minggu ketiga

2

Click here to load reader

Upload: archana-selvarajoo

Post on 14-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

JURNAL PRAKTIKUM

TRANSCRIPT

Page 1: minggu ketiga

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

MINGGU PERTAMA

( 10 - 14 OGOS 2015)

Masalah :

Pada minggu ketiga ini, saya telah menghadapi masalah pengurusan masa . Saya tidak dapat melaksanakan aktiviti harian sepertimana yang dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan masa. Hal ini menimbulkan masalah dalam mencapai objektif , khususnya objektif melaksanakan sesi kaunseling .

Analisis :

Masalah ini timbul kerana pada minggu ini , beberapa aktiviti menceriakan bilik Bimbingan dan Kaunseling , kelas pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran elektif dan sebagainya. Sebenarnya ,sesi kaunseling sesuai dilaksanakan pada waktu matapelajaran elektif sahaja. Jadi masalah dalam menguruskan masa timbul kerana , masa yang dirancang untuk melaksanakan sesi kaunseling bercanggahan dengan aktiviti lain seperti menceriakan bilik bimbingan dan kaunseling.Saya juga menghadapi kekangan masa untuk menyediakan bahan bantu mengajar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Cadangan :

Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa.Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada masa lapang supaya boleh ikut mana-mana pilihan ikut masa dan keperluan. Saya bercadang hendak pergi ke sekolah untuk menghabiskan kerja - kerja menceriakan Bilik Bimbingan dan Kaunseling.Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing .

Tempoh masa :

Saya akan melaksanakan cadangan ini sepanjang tempoh praktikum.

Tindakan susulan :

Saya akan membuat plan A dan plan B.Projek menceriakan Bilik Bimbingan dan Kaunseling perlu diselesaikan pada minggu ini supaya tidak terlalu menghabiskan masa dalam aktiviti keceriaan.

Page 2: minggu ketiga

Penilaian kejayaan :

Penilaian kejayaan ini akan dicatat pada hasil pelan tindakan dan laporan aktiviti.