minggu 7

30
PENGURUSAN KURIKULUM PJ DAN SAINS SUKAN MINGGU 7

Upload: colleges

Post on 13-Jan-2017

265 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minggu 7

PENGURUSAN KURIKULUM PJ DAN SAINS SUKAN

MINGGU 7

Page 2: Minggu 7

HASIL PEMBELAJARAN

• Mengulas konsep pengurusan kurikulum pendidikan.• Memberikan kaedah bagaimana garis panduan dan

Surat Pekeliling Ikhtisas perlu diperjelaskan kepada pelanggan atau pemegang taruh.

• Menganalisis sejauhmana kepatuhan guru terhadap surat-surat pekeliling ikhtisas.

• Menjelaskan bagaimana guru menguruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas.

Page 3: Minggu 7

• Pengurusan kurikulum pendidikan adalah dinamik kerana di sekolah berlaku interaksi di antara pengurus pendidikan dengan pelanggan atau pemegang taruh (murid, ibubapa dan masyarakat).

• Justeru itu, kepemimpinan sekolah seharusnya dapat mengenali, memahami dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengurus pendidikan di sekolah dengan lebih berkesan.

Page 4: Minggu 7

• Pengurus pendidikan bertanggungjawab mewujudkan situasi yang merangsang pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kualiti pendidikan.

Page 5: Minggu 7

• Kepemimpinan adalah proses pengurusan yang mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan.

• Proses pengurusan melibatkan penggubalan dan perancangan, melaksanakan perancangan dan bekerjasama secara berkesan dengan individu, masyarakat dan ahli organisasi yang terlibat.

Page 6: Minggu 7

Sumber Tadbir Urus

• Dasar-dasar Negara• Dasar Pendidikan Kebangsaan• Akta Pelajaran 1996 dan Peraturan-peraturan

yang dibuat di bawahnya.• Surat Pekeliling Am Jabatan Perkhidmatan

Awam, • Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam

(PKPA),

Page 7: Minggu 7

• Arahan Kerajaan seperti Arahan Perkhidmatan, Kewangan, Pentadbiran dan lain-lain, Perintah Am, Surat-Surat Pekeliling seperti Surat Pekeliling Pentadbiran, Perbendaharaan, Kewangan, Ikhtisas, dan Surat-Surat pekeliling lain yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Malaysia turut menjadi rujukan untuk tadbir urus pendidikan

Page 8: Minggu 7

SPI BERKAITAN PJPK & SAINS SUKAN

Page 9: Minggu 7

• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1979 bertarikh 2 Mei 1979 Pendidikan Jasmani.

• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 1985 Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran.

Page 10: Minggu 7

• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 bertarikh 13 Mac 1986 Panitia Mata Pelajaran.

• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 bertarikh 11 November 1987 Penyelia Pengajaran Pembelajaran Di Dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah.

• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1988 bertarikh 13 Januari 1988 Pendidikan Jasmani – Pindaan.

Page 11: Minggu 7

• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988 bertarikh 24 November 1988 Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa Untuk Mata-mata pelajaran Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi Kelas Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 Mulai 1989.

Page 12: Minggu 7

• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1990 bertarikh 15 Disember 1990 Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa Untuk Mata-mata pelajaran Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi Sekolah Menengah, Atas Mulai Tahun 1992.

Page 13: Minggu 7

• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995 bertarikh 6 April 1995 Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah.

• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 25/1998 bertarikh 11 November 1998 Pelaksanaan Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Page 14: Minggu 7

• Surat Arahan KPPM/7 bertarikh 23 November 1998 Taraf Kecergasan Murid-Murid Sekolah.

• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 bertarikh 9 Mac 1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.

Page 15: Minggu 7

• Pelaksanaan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 bertarikh 18 Mei 1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.

• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 bertarikh 30 Mac 2000 Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah.

Page 16: Minggu 7

• Surat Arahan KP(BSUKAN) 1095/08/20(13) bertarikh 27 Oktober 2000 Kecergasan Pelajar.

• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2002 bertarikh 16 Oktober 2002 Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah.

Page 17: Minggu 7

• Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1/2002 bertarikh 4 Januari 2002 – Pelaksanaan mata pelajaran sains sukan

Page 18: Minggu 7

Sejauh manakah pengurus pendidikan mengetahui dan mematuhi arahan dan

garis panduan yang diberi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui

Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas? Sejauhmanakah pelaksanaan kurikulum mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan

Pendidikan Kesihatan berdasarkan Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas

Kementerian Pelajaran Malaysia?

Page 19: Minggu 7

Panitia

• Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah.

• Badan ini dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Pengetua Sekolah.

• Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara automatik menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

Page 20: Minggu 7

• Jawatankuasa ini mewakili panitia mata pelajaran masing-masing dan menjadi penghubung di antara ahli panitia dengan Pengetua Sekolah bagi membentangkan masalah atau isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau permintaan ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

Page 21: Minggu 7

Tujuan Panitia

• Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

• Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran.

Page 22: Minggu 7

• Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi / target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.

• Mewujudkan semangat kerjasama di antara mata pelajaran dengan persatuan kelab akademik

Page 23: Minggu 7

Peranan Panitia

• Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli panitia;

• Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu tingkatan dan juga di antara tingkatan di mana ada kaitan;

Page 24: Minggu 7

• Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar berdasarkan kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka;

• Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah;

Page 25: Minggu 7

• Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi setiap tingkatan dan jika perlu, menubuhkan bank soalan;

• Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar dalam setiap peperiksaan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran;

Page 26: Minggu 7

• Mengadakan mesyauarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara 'ad-hoc' bila dan jika perlu;

• Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah atau isu yang berkaitan seperti masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut;

Page 27: Minggu 7

• Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperoleh setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli lain;

• Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalin hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran;

Page 28: Minggu 7

• Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan;

• Bekerjsama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu;

Page 29: Minggu 7

• Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;

• Menyelenggarakan fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod yang berkenaan.

Page 30: Minggu 7

HURAIAN SPI