minggu 4 tujuan mengkaji sumber

8
Tujuan mengkaji Sumber

Upload: carolinerong

Post on 25-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Minggu 4 Tujuan Mengkaji Sumber

TRANSCRIPT

Page 1: Minggu 4 Tujuan Mengkaji Sumber

Tujuan mengkaji Sumber

Page 2: Minggu 4 Tujuan Mengkaji Sumber

O Tujuan mengkaji sumber adalah untuk mendapatkan maklumat penulisan sejarah

Page 3: Minggu 4 Tujuan Mengkaji Sumber

O Sumber adalah suatu keperluan yang hakiki. Tanpa sumber sejarawan tidak berupaya menghasilkan pensejarahannya; samalah keadaannya dengan sasterawan tanpa ilham

Page 4: Minggu 4 Tujuan Mengkaji Sumber

O Sejarawan haruslah mencari serta mengumpulkan dan mempastikan sumbernya. Kepada sumberlah ia berharap akan dapat bergantung untuk menghasilkan penulisannya. Dan kepada sumber jugalah ia bergantung untuk mendapatkan faktanya, iaitu salah suatu daripada unsur yang akan memperkukuhkan kebenaran penulisannya.

Page 5: Minggu 4 Tujuan Mengkaji Sumber

O Tanpa fakta, penulisannya akan menjadi kosong dari segi kesejarahannya; mungkin ia menjadi sebuah karya falsafah, ataupun logik, ataupun karya kreatif yang barangkali tinggi mutunya dari sudut bidang yang berkenaan.

Page 6: Minggu 4 Tujuan Mengkaji Sumber

O Bagi sejarah, fakta itu boleh dianggap sebagai tulang belakang, malah nadi, bagi kesejarahannya. Tanpanya, sejarawan hanya berbicara di arena yang kosong

Page 7: Minggu 4 Tujuan Mengkaji Sumber

O Dan, seperti yang telah dikatakan tadi, hubungannya dengan sumber sangat rapat; dari sumber itulah datangnya fakta.

Page 8: Minggu 4 Tujuan Mengkaji Sumber

O Ketiga-tiga bidang itu tidaklah memerlukan fakta sejarah itu demi fakta itu sendiri, iaitu untuk dihurai serta ditafsirkan, tetapi jika fakta itu dimuatkan juga maka ia adalah untuk dipergunakan sebagai alat bagi memperkukuhkan penghujahan mahupun teori yang berkaitan.