minggu 10

19
1

Upload: lita

Post on 19-Mar-2016

53 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

MINGGU 10. Fonetik dan Fonologi. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat: >merumuskan maksud fonologi >mengenal pasti bunyi konsonan, bunyi vokal dan diftong >menghuraikan bahagian fonetik. TATARAN LINGUISTIK. FONOLOGI. FON ( bunyi ) + LOGI ( ilmu ). - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: MINGGU 10

1

Page 2: MINGGU 10

HASIL PEMELAJARAN

• Pelajar dapat:

> merumuskan maksud fonologi> mengenal pasti bunyi konsonan, bunyi

vokal dan diftong> menghuraikan bahagian fonetik

2

Page 3: MINGGU 10

3

TATARAN LINGUISTIK

FONOLOGI

FON ( bunyi) + LOGI ( ilmu )

Bidang linguistik yang mempelajari, menganalisis dan membicarakan bunyi bahasa

FONETIK FONEMIK

Page 4: MINGGU 10

4

FONETIK

Mempelajari bunyi bahasa dengan tidak memperhatikan fungsi bunyi itu sama ada pembeda makna atau tidak

Fonetik Artikulasi

Mempelajari bagaimana mekanisme artikulasi alat tutur manusia digunakan untuk menghasilkan bunyi bahasa dan bagaimana bunyi itu diklasifikasi

Fonetik Akustik

Mempelajari bunyi bahasa sebagai peristiwa fizikal atau fenomena alam.Bunyi itu diselidiki frekuensi getaran dan intensitinya

Fonetik Auditori

Mempelajari bagaimana mekanisme penerimaan bunyi bahasa itu oleh telinga kita

Page 5: MINGGU 10

5

ALAT UJARAN

Daerah Artikulasiboleh digerakkan

Titik ArtikulasiTidak bolehdigerakkan

CARA BUNYI DIHASILKAN

1. Udara dari paru-paru dihembuskan keluar

2. Bahagian alat ujaran digerakkan

3. Pita suara digetarkan atau tidak digetarkan

Page 6: MINGGU 10

6

BUNYI BAHASA

KONSONAN

Arus udara melalui rongga mulut mengalami sekatan

VOKAL

Arus udara melalui rongga mulut tanpasekatan

Kawasanartikulasi

Cara artikulasi

Kedudukan lidah

Bahagian lidah yang terlibat

Keadaan bibir

Page 7: MINGGU 10

7

KAWASAN ARTIKULASI

LABIAL ( BIBIR)

Bunyi terhasil apabila bibir digerakkan. Apabila bibir dirapatkan terhasillah bunyi [p, b, m], iaitu bunyi bilabial (dua bibir)

Bunyi labiodental (bibir gigi) [f, v] terhasil apabila gigi atas menyentuh bibir bawah

INTERDENTAL (GIGI)

Bunyi terhasil apabila lidah diletakkan antara dua bibir. Contohnya bunyi , iaitu bunyi pinjaman bahasa Arabθ

Page 8: MINGGU 10

8

ALVEOLAR (GIGI GUSI)

Hujung lidah dinaikkan ke kawasan antara gigi dengan gusi akan menghasilkan bunyi [t, d, n, s, z]

PALATAL (LELANGIT KERAS)

Depan lidah yang diangkat ke kawasan lelangit keras akan menghasilkanbunyi [ž , š]. Bunyi [ž] tiada dalam BM

VELAR

Belakang lidah yang diangkat menyentuh lelangit lembut akan menghasilkan bunyi [k, g, ŋ]

Page 9: MINGGU 10

9

CARA ARTIKULASI

HENTIAN DAN LETUPAN

Hentian terjadi apabila udara yang melalui rongga mulut disekat sepenuhnya di tempat tertentu. Antara bunyi hentian ialah [p, b, t, d, k, g, m, n, ŋ]Sebahagian bunyi itu juga merupakan bunyi letupan kerana udara yang disekat itu dilepaskan serta merta. Antara bunyi letupan ialah [p, b, t, d, k, g]. Bunyi [m, n, ŋ] ialah bunyi hentian sepenuhnya

[ p, b, m ] = hentian bilabial[ t, d, n ] = hentian alveolar[ k, g, ŋ ] = hentian velar[ m, n, ŋ ] = hentian sengau

Page 10: MINGGU 10

10

FRIKATIF / GESERAN

Udara dihalang dengan cara penyempitan rongga mulut, dan ini menyebabkan udara itu bergeser. Contohnya [ s, z, f, v, θ, x ]

[ f, v ] = frikatif labiodental[ s, z ] = frikatif alveolar[ θ ] = frikatif interdental [ s ] = frikatif palatal[ x ] = frikatif velar

AFRIKAT / LETUSAN

Gabungan dua cara artikulasi, iaitu antara bunyi hentian dengan bunyi frikatif Udara disekat dalam rongga mulut dan kemudiannya dilepaskan secara menggeserkannya. Bunyi ini juga dinamakan bunyi letusan. Misalnya [ č, ] = bunyi afrikat alveolar

Page 11: MINGGU 10

11

NASAL

Bunyi yang dikeluarkan melalui hidung kerana disekat pada titik artikulasi seperti bilabial, alveolar dan velar. Antara bunyi nasal ialah[ m, n, ŋ , n ]

BERSUARA / TIDAK BERSUARA

Berasaskan getaran pada pita suara. Jika pita suara bergetar, itu ialah bunyi bersuara dan jika pita suara tidak bergetar, itu ialah bunyi tidak bersuara

Contohnya ialah :

[ t, p, k, s, č ] = bunyi tidak bersuara[ d, b, g, z, ] = bunyi bersuara

Page 12: MINGGU 10

12

VOKAL

KEDUDUKAN LIDAH

Darjah ketinggian lidah, iaitu jarak antara permukaan lidah dengan lelangit

VOKAL SEMPIT

Lidah diangkat ke lelangit setinggi mungkin tetapi tidak menyentuhnya. Ruang sempit yang terjadi akan mewujudkan bunyi [ i, u ]

VOKAL SEPARUH SEMPIT

Lidah diangkat 2 / 3 daripada kedudukan biasanya. Ruang yang terjadi akan menghasilkan bunyi [ e, o ]

Page 13: MINGGU 10

13

VOKAL SEPARUH LUAS

Lidah diangkat 1 / 3 daripada kedudukan biasa. Ruang yang terjadi akan menghasilkan bunyi [ ε, د ]

[ b ε k ε ŋ ][ r a ŋ د ]

VOKAL LUAS

Lidah berada serendah mungkin atau dalam keadaan biasa. Ruang yang wujud akan menghasilkan bunyi [ a ]

Page 14: MINGGU 10

14

BAHAGIAN LIDAH

DEPAN TENGAH BELAKANG

[ i ] sempit[ e ] separuh sempit[ ε ] separuh luas[ a ] luas

[ ә ] [ u ] sempit[ o ] separuh sempit separuh luas [ د ][ b ] luas

KEADAAN BIBIR

HAMPAR BUNDAR NEUTRAL

Page 15: MINGGU 10

15

i

e

ε

a

u

o

د

ь

Depan Tengah Belakang

Sempit

Separuh sempit

Separuh luas

Luas

ә

CARTA VOKAL

Page 16: MINGGU 10

16

DIFTONG

Dua bunyi vokal yang digeluncurkan, iaitu satu bunyi vokal kepada satu bunyi yang lain. Diftong boleh dianggap sebagai satu suku kata dan mempunyai puncak kelantangan

Contoh :

[ ai ] = vokal depan rendah + vokal depan tinggi * capai, hairan

[ au ] = vokal depan rendah + vokal belakang tinggi* kacau, kalau

[ oi ] = vokal belakang separuh tinggi + vokal depan tinggi

* baloi, kaloi[ el ] -------- age [ eldz][ әu ] -------- home [ hәum ][ eә ] -------- hair [ heә ]

Page 17: MINGGU 10

17

TRANSKRIPSI

• Proses catatan pertuturan dalam bentuk tulisan dengan menggunakan satu sistem tanda graf• Penggunaan abjad fonetik yang ditetapkan oleh International Phonetics Association ( IPA )• Satu lambang untuk satu bunyi dan ditulis kembali serapi mungkin untuk mewakili pertuturan sebenarnya

•Antara transkripsi termasuklah transkripsi fonetik, transkripsi fonemik dan trankripsi ejaan

Contoh :

tulisan

Saya belajar di UPM[ sayә bәlaja di yu pi εm ]

Page 18: MINGGU 10

KESIMPULAN

• Fonologi ialah bidang linguistik yang mempelajari, menganalisis dan membicarakan bunyi bahasa

• Fonetik terbahagi tiga bahagian, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori

• Alat ujaran terbahagi dua, iaitu yang boleh digerak-gerakkan dan yang tidak boleh digerak-gerakkan

• Bunyi konsonan dapat dianalisis melalui cara artikulasi dan kawasan artikulasi

• Bunyi vokal dapat dianalisis berdasarkan kedudukan lidah, bahagian lidah yang terlibat, dan keadaan bibir

• Transkripsi ialah pemindahan bunyi bahasa kepada tulisan

18

Page 19: MINGGU 10

KATA BIJAK PANDAI

• UNTUK MENGGAPAI CITA-CITA, KITA BUKAN SAHAJA MESTI BERTINDAK, TETAPI JUGA MESTI BERMIMPI. KITA BUKAN SAHAJA PERLU MERANCANG, TETAPI JUGA PERLU MEYAKINI

19