minggu 1 praktikum jie

4
Refleksi TARIKH : 6 JULAI 2015 HARI : ISNIN Saya telah melapor diri di sekolah menengah kebangsaan pernu Melaka pada hari ini. Pada hari ini pengetua iaitu Pn Hjh Hafshah binti Muhammad tidak ada di kawasan sekolah kerana mempunyai hal lain di luar sekolah. Justeru itu sesi pendaftaran diri bersama dengan GPK HEM iaitu En Khairatul Anuar bin Kabil telah dijalankan di pejabat. En khairatul Anuar telah menceritakan serba sedikit berkenaan sekolah kebangsaan pernu. Iaitu bila penubuhannya. Sekolah menengah kebangsaan pernu mula beroperasi pada 21 jun 2010. Permulaan sesi persekolahan 2015 bilangan murid adalah 826 dan ditempatkan di dalam 24 kelas dari tingkatan 1 hingga 5 dan terdapat juga murid program pendidikan khas intergrasi . sekolah ini juga mempunyai 24 kelas. Bilangan guru di sekolah ini ialah seramai 62 orang dan mempunyai seramai 12 staf pelaksana. Sekolah ini dikategorikan sekolah Gred B. Visi sekolah ini iaialh Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera. Beliau juga memberikan tunjuk ajar dan membri nasihat sedikit bagi kami berdua untuk menjalankan praktikum selama 4 bulan di sekolah tersebut. Selepas itu kami berdua iaitu bersama pasangan saya Siti Nur Aqila Binti Mat Rohim telah melawat sekitar kawasan sekolah bagi mengetahui selok belok kawasan sekolah ini. Selepas sesi itu kami telah berjumpa dengan GPK PENTADBIRAN iaitu En. Zulkifli Mohd Daud. Beliau telah berjumpa kami bagi mengetahui pengkhusan kami

Upload: nurul-afzan-ahmad

Post on 16-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

2015

TRANSCRIPT

Refleksi TARIKH: 6 JULAI 2015HARI: ISNINSaya telah melapor diri di sekolah menengah kebangsaan pernu Melaka pada hari ini. Pada hari ini pengetua iaitu Pn Hjh Hafshah binti Muhammad tidak ada di kawasan sekolah kerana mempunyai hal lain di luar sekolah. Justeru itu sesi pendaftaran diri bersama dengan GPK HEM iaitu En Khairatul Anuar bin Kabil telah dijalankan di pejabat. En khairatul Anuar telah menceritakan serba sedikit berkenaan sekolah kebangsaan pernu. Iaitu bila penubuhannya. Sekolah menengah kebangsaan pernu mula beroperasi pada 21 jun 2010. Permulaan sesi persekolahan 2015 bilangan murid adalah 826 dan ditempatkan di dalam 24 kelas dari tingkatan 1 hingga 5 dan terdapat juga murid program pendidikan khas intergrasi . sekolah ini juga mempunyai 24 kelas. Bilangan guru di sekolah ini ialah seramai 62 orang dan mempunyai seramai 12 staf pelaksana. Sekolah ini dikategorikan sekolah Gred B. Visi sekolah ini iaialh Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera. Beliau juga memberikan tunjuk ajar dan membri nasihat sedikit bagi kami berdua untuk menjalankan praktikum selama 4 bulan di sekolah tersebut. Selepas itu kami berdua iaitu bersama pasangan saya Siti Nur Aqila Binti Mat Rohim telah melawat sekitar kawasan sekolah bagi mengetahui selok belok kawasan sekolah ini. Selepas sesi itu kami telah berjumpa dengan GPK PENTADBIRAN iaitu En. Zulkifli Mohd Daud. Beliau telah berjumpa kami bagi mengetahui pengkhusan kami untuk memberikan kelas kepada kami. beliau telah memberitahu bahawa kemungkinan bahawa kelas kami akan bermula pada hari jumaat. Hal ini kerana keputusan di tangan pengetua dan juga pada minggu tersebut adalah minggu peperiksaan. Selepas perjumpaan dengan beliau kami telah ditunjukkan meja guru bagi kami berdua menjalankan kerja kami. sepanjang hari itu kami diberi tunjuk ajar oleh guru-guru senior yang ada di situ dan telah diberikan nasihat oleh mereka. Saya merasa sangat gembira kerana sekolah ini mempunyai guru yan ramah dan kawasan sekolah juga adalah bersih. Sesi persekolahan tamat pada jam 2.40 petang dan guru dibenarkan pulang pada jam 3.00 petang.

RefleksiTARIKH: 7 JULAI 2015HARI: SELASAPada hari ini kelas tidak diberikan lagi kepada saya. Saya telah menggantikan kelas guru Bahasa inggeris pada jam 11.20 sehingga 12.00 iaitu kelas tingkatan 3 C . seterusnya bagi masa ke 10 saya telah menggantikan kelas Bahasa inggeris juga pada jam 2.00 sehingga 2.40 petang iaitu kelas tingkatan 4U. Sesi perekolahan pada hari ini berakhir pada jam 2.40 dan guru dibenarkan pulang pada jam 3.00 petang.

RefleksiTARIKH: 8 JULAI 2015HARI: RABUPada hari ini juga saya masih tidak diberikan kelas sendiri lagi. Saya masih menggantikan kelas pada hari ini iaitu kelas tingkatan 2 Unggul. Pelajar sedang menjalani peperiksaan. Pada masa yang 1 iaitu dari jam 7.30 pagi sehingga jam 9.00 pagi. Setrusnya pada masa ke 5 dan 6 iaitu jam 10.40 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari saya telah menggantikan kelas tingkatan 1 Pintar. Seterusnya bagi masa ke 8 dan 9 saya telah menggantikan kelas tingkatan 3 Bijaksana dari jam 12.40 tengahari sehingga jam 2.00 petang. Kesemua kelas ganti pada hari tersebut adalah waktu bahsa inggeris. Sesi persekolah pada hari tersebut berakhir pada jam 2.40 petang dan guru dibenarkan pulang pada jam 3.00 petang.

RefleksiTARIKH: 9 JULAI 2015HARI: KHAMISPada hari ini peperiksaan bagi tingkatan 1, 2 dan 4. Saya telah menggantikan kelas bagi tingkatan 1 Pintar iaitu pada kelas 11.20 sehingga 12.00 tegah hari. Seterusnya pada jam 1.20 petang sehingga jam 2.00 petang saya telah mengganti kelas 5 pintar yang sedang menjalani peperiksaan. Sesi perseolahn berakhir pada jam 2.00 dan guru dibenarkan pulang pada jam 2.30 petang.

RefleksiTARIKH: 10 JULAI 2015HARI: JUMAATPada hari ini saya tidak masuk kelas secara rasmi lagi. Saya telah masuk ke kelas 1 pintar bersama dengan Guru Hafisyah iaitu guru asal geografi bagi kelas 1 pintar. Kelas pada hari itu hanya menanda kertas peperiksaan dan sesi perkenalan bersama dengan pelajar. Kelas pada hari tersebut pada jam 8.20 pagi sehingga 9.00 pagi . seterusnya saya telah menggantikan kelas pada waktu keempat iaitu pada jam 9.40 pagi sehingga jam 10.40 pagi iaitu kelas 4 Arif . sesi persekolah pada hari tersebut berakhir pada jam 12.00 tengahhari dan guru dibenarkan pulang pada jam 12.30 tengah hari.