minggu 08

47
1

Upload: thuy

Post on 13-Jan-2016

53 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

MINGGU 08. Frasa: Frasa Nama dan Frasa Adjektif. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: Pengertian frasa Pengertian dan rumus frasa nama dan frasa adjektif Binaan frasa nama dan frasa adjektif Fungsi frasa nama dan frasa adjektif. FRASA. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: MINGGU 08

1

Page 2: MINGGU 08

HASIL PEMELAJARAN

Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan:

• Pengertian frasa

• Pengertian dan rumus frasa nama dan frasa adjektif

• Binaan frasa nama dan frasa adjektif

• Fungsi frasa nama dan frasa adjektif

2

Page 3: MINGGU 08

FRASA

• Tatabahasa Tradisional: Sekumpulan kata yang membentuk unit sintaksis dan tidak bertaraf ayat sempurna.

• Tatabahasa Sistemik: Salah satu daripada unit tatabahasa. Dalam hierarki tatabahasa, frasa terletak antara kata dengan klausa.

• Tatabahasa Transformasi Generatif: Frasa digunakan dalam pencirian umum peringkat awal analisis, seperti rumus struktur frasa dan sebagai unit analisis, seperti FN dan FK.

3

Page 4: MINGGU 08

FRASA

• Frasa boleh jadi satu perkataan atau deretan perkataan yang membentuk satu kesatuan makna.

• Frasa bahasa Melayu terbahagi empat, iaitu:

> Frasa Nama> Frasa Kerja> Frasa Adjektif> Frasa Sendi Nama

4

Page 5: MINGGU 08

CONTOH FRASA

• Frasa Nama: rumah, rumah kecil, rumah kecil itu, kedua-dua buah rumah kecil itu.

• Frasa Adjektif: indah, indah sungguh, tidak indah sungguh, tidak berapa indah sungguh.

• Frasa Kerja: tidur, hendak tidur, belum hendak tidur, belum hendak tidur lagi.

• Frasa Sendi Nama: di dalam kotak, di tepi kali, ke Kelantan.

5

Page 6: MINGGU 08

INTI FRASA

• Frasa Nama (S) Frasa Kerja (P)Pasir (inti) putih (pen) roboh (inti) di tepi kali (pen)

• Frasa Nama (S) Frasa Nama (P)Haji (pen) Mhd Amin (inti) pensyarah (inti) bahasa (pen)

• Frasa Nama (S) Frasa Adjektif (P)Gadis (inti) desa itu (pen) cantik (inti) amat

(penguat)

6

Page 7: MINGGU 08

CIRI FRASA NAMA

• Kata nama sebagai intinya.

• Wujud bersendirian.

• Wujud bersama dengan sederetan penerang, sesudah atau sebelumnya.

• Berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.

7

Page 8: MINGGU 08

KATA YANG HADIR DALAM FN

• Nama Am: desa, kerusi, arnab, komputer, almari, baju, kain, kereta…

• Nama Khas: Hang Jebat, Mastura, Hassan, Halimah, Lim Swee Tin…

• Kata Ganti Nama: beliau, kamu, mereka, dia, engkau…• Gelaran: Tan Sri, Datin Paduka, Tun, Datuk Seri…• Kata Tunjuk: ini, itu.• Kata Tanya: siapa, bagaimana, di mana, bila, apa…• Kata Arah: atas, bawah, belakang, hadapan, samping…• Kata Bilangan: beberapa, kedua, keempat…• Penjodoh Bilangan: kaki, utas, rawan, butir, bilah…

8

Page 9: MINGGU 08

RUMUS FRASA NAMA

• bil + penj bil + gel + KNInt + KNInt + pen + pent

• Contoh Frasa Nama:> Empat orang murid perempuan itu> TYT Tun Dato’ Seri (Dr) Hj Hamdan Sheikh Tahir> Beberapa ekor ayam jantan> Perigi berhampiran gunung Jerai> Sesetengah pelabur asing> Dua orang peserta pertandingan debat> Datuk Panglima Hitam> Dua pasang subang berlian> Beberapa orang mahasiswa UPM

9

Page 10: MINGGU 08

BINAAN FRASA NAMA

• Frasa Nama (inti + penerang) terbahagi dua, iaitu inti + penerang nama dan inti + penerang bukan nama.

• Inti + Penerang Nama: keturunan, jenis, penyambut, kegunaan, kelamin, tempat, arah, anggota badan, tenaga penggerak, hal/perkara, milik/kepunyaan, nama khas, panggilan/gelaran.

• Inti + Penerang bukan Nama: penentu (hadapan/belakang), kata kerja, kata adjektif, frasa sendi nama, dan bilangan ordinal.

• Frasa Nama (Inti + inti) terbahagi dua, iaitu inti + penerang seerti dan inti + inti bertentangan.

10

Page 11: MINGGU 08

INTI + PENERANG NAMA

• Inti + Penerang Keturunanorang Jawabahasa Jepunketurunan lanunaskar Melayubangsa India

• Inti + Penerang Jenisular lidibaju kebayabuah mempelampingat emassukan Asiakayu cendanaayam Belanda

11

Page 12: MINGGU 08

INTI + PENERANG NAMA

• Inti + Penerang Penyambut/Objekpemandu lorijaga bankanak harampengarang novelpekerja kilang

• Inti + Penerang Kegunaan

minyak pengasihjamu penguatwang pengerasbacaan pendinding

12

Page 13: MINGGU 08

INTI + PENERANG NAMA

• Inti + Penerang Kelaminayam jantanpelayan perempuansetiausaha lelakigajah betina

• Inti + Penerang Tempat

orang kampungMelayu PataniCina Kelantantepi kali

13

Page 14: MINGGU 08

INTI + PENERANG NAMA

• Inti + Penerang Arahkulit dalamangin tenggarapintu belakangtingkat tengah

• Inti + Penerang Anggota Badan

rantai lehertali pinggangtudung kepalabarah hati

14

Page 15: MINGGU 08

INTI + PENERANG NAMA

• Inti + Tenaga Penggerakkereta apilampu minyakkipas anginkapal layardapur gas

• Inti + Penerang Halsurat nikahsijil perkahwinanhari wanitamajlis berkhatangaris pemisahborang permohonanwanita penggoda

15

Page 16: MINGGU 08

INTI + PENERANG NAMA

• Inti + Penerang Milik/Kepunyaanrumah kerajaankulit buayagading gajahkaki gergasitapak harimau

• Inti + Penerang Khasnegara Cinasungai SarawakTanjung BidaraKampung New Zealand

16

Page 17: MINGGU 08

INTI + PENERANG NAMA

• Penerang Panggilan + Inti

Profesor Diraja Ungku AzizWan AmuddinTuan hakimDato’ Seri Anwar IbrahimPuan Azah AzizTuan Haji SulaimanEncik ZamriNik Mustapha

17

Page 18: MINGGU 08

INTI + PENERANG BUKAN NAMA

• Penerang/penentu/bil./penj. bil. + Intidua orang graduanbeberapa sikat pisangsegala aktivititiga kumpulan sukansegerombolan lanun

• Inti + Kata Kerjafikiran terganggufilem bicaragunung berangkathati terikatlangit runtuhwad bersalin

18

Page 19: MINGGU 08

INTI + PENERANG BUKAN NAMA

• Inti + Penerang Adjektifsaudara dekatbulan gerhanapengantin baharuair sucidemam panas

• Inti + Penerang Frasa Sendi Namanovel oleh Hamkahadiah untuk kekasihlawatan ke Singapurakakak di bilik

19

Page 20: MINGGU 08

INTI + PENERANG BUKAN NAMA

• Inti + Penerang Bilangan(bertingkat/ordinal)

pelawat keseratusisteri keempatanak kesembilantempat keduakekasih pertamarumah ketiga

20

Page 21: MINGGU 08

INTI + INTI

• Inti + Inti (seerti)

sahabat handairibut taufanhutan rimbasemak samunbukit bukausawah ladangkampung halamanbandar pekan

21

Page 22: MINGGU 08

INTI + INTI

• Inti + Inti (bertentangan)

api airbumi langit dapur serambidatuk datinguru muridhadapan belakangtuan puanjantan betinapria wanita

22

Page 23: MINGGU 08

HUKUM D - M

D M D M

lelaki Melayu majalah mingguanperempuan Cina sos cililembu kereta pisang gorengkereta lembu faktor lainrestoran Minang bola sepakklinik gigihal lainperkataan lainaskar Gurkajurnal bulanan

23

Page 24: MINGGU 08

KEKECUALIAN HUKUM D - M

M D

perdana menteritimbalan menterinaib canselortimbalan ketuapembantu penyelidikibu pejabatpembantu pensyarahpenolong pendaftartimbalan pengerusitimbalan pendaftarpenolong bendahari

24

Page 25: MINGGU 08

CIRI FRASA NAMA YANG LAIN

• Kata bilangan dan penjodoh bilangan hadir di hadapan KN inti. Contoh:kata bilangan penjodoh bilangan KN inti

dua orang perdana menteribeberapa ekor untase kawan gajahse gelintir mahasiswapara pendengarse jambak puisise pucuk suratse keping hatise kumpulan perusuhse kuntum mawar

25

Page 26: MINGGU 08

CIRI FN YANG LAIN

• Kata panggilan atau gelaran hadir di hadapan KN inti. Contoh:

kata panggilan/gelaran KN inti

Tuan Haji Mohamad KasimPuan Zaiton MudaRaja Zazman Raja HassanTengku Norhayati bt Tengku

MuhammadDatuk Nik Aziz Nik MatTYT Tun Dato Seri (Dr) Haji Hamdan Sheikh TahirProfesor Dr Haji Amat Juhari Moain

26

Page 27: MINGGU 08

CIRI FN YANG LAIN

• Kata nama inti hadir dengan penerang lebih daripada satu. Contoh:

inti + pen. Adj + penerang + pent. belakang

kereta baharu ayah itupintu besar rumah iniIsteri muda orang itukekasih lama mahasiswa itu

27

Page 28: MINGGU 08

CIRI FN YANG LAIN

• Inti + pen. Adj + pen. (inti + pen) + pent

Kereta baharu ayah Ramli itu.

Pintu besar rumah menteri itu.

Isteri muda orang kaya ini.

Kekasih lama mahasiswa kedekut itu.

28

Page 29: MINGGU 08

CIRI FN YANG LAIN

• Dua FN wujud serentak dengan merujuk objek yang sama.

SubjekFN FN

semangkuk bubur kacang pengalas perut kosongsepucuk surat pemain bola sepak

Terengganudua buah rumah Perdana Menteri Thailand itusepasang subang berlian pengantin baharu ini

29

Page 30: MINGGU 08

UNSUR BUKAN NAMA PENGISI FN

• Bersukan menyihatkan badan.• Umpat-mengumpat menjadi kegemaran wanita.• Memfitnah perbuatan yang keji.• Hijau melambangkan kedamaian.

• Pengisi jati yang dihilangkan adalah seperti yang berikut:

• Kegiatan bersukan menyihatkan badan.• Kebiasaan umpat-mengumpat menjadi kegemaran wanita.• Perbuatan memfitnah perbuatan yang keji.• Warna hijau melambangkan kedamaian.

30

Page 31: MINGGU 08

FUNGSI FN

• Konstituen subjek: Pakaian orang itu anggun.

• Konstituen predikat: Suaminya guru sekolah agama.

• Konstituen objek: Mereka menaiki kapal terbang.

• Konstituen pelengkap: Anaknya menjadi pramugari.

• Konstituen FSN: Wang hantaran itu untuk tunangnya.

• Konstituen frasa keterangan: Pembangunan umah memerlukan iltizam daripada semua rakyat.

31

Page 32: MINGGU 08

FRASA ADJEKTIF

• Unsur pengisi wajib FAdj ialah kata adjektif. Unsur lain merupakan tambahan yang bersifat pilihan sahaja.

• Dua kata adjektif yang hadir serentak, dan membawa makna bertentangan, tidak boleh digugurkan. Contoh:

besar kecil, tinggi rendah, panjang pendek…

• Dua kata adjektif yang hadir serentak, dan membawa makna keserasian atau berunsur rima, kata adjektif kedua boleh digugurkan. Contoh:

tinggi lampai, riang gembira…

32

Page 33: MINGGU 08

BINAAN FRASA ADJEKTIF

• Satu perkataan:

kata dasar satu kata, dan kata berimbuhan.

• Dua perkataan:

kata adjektif + kata adjektif: keserasian makna, berlawanan makna, unsur rima.

kata adjektif + kata nama: keserupaan, kiasan

33

Page 34: MINGGU 08

BINAAN KATA ADJEKTIF SATU KATA

• Kata dasar: sifatan, warna, ukuran, bentuk, pancaindera, waktu, jarak, cara, perasaan, dan kekerapan.

• Sifatan: amat letih• Warna: darah putih• Ukuran: seluar pendek• Bentuk: kepala lonjong• Pancaindera: rasa: manis sangat, pandang: sungguh indah, dengar: terlalu

merdu, aroma: tengik amat, sentuh: sungguh halus• Waktu: spontan amat• Jarak: amat jauh• Cara: menari lincah• Perasaan: begitu malu• Kekerapan: sungguh kerap

34

Page 35: MINGGU 08

BINAAN KATA ADJEKTIF BERIMBUHAN

• Wajahnya kemerah-merahan.• Suaminya kemalu-maluan.• Abang tidak sehebat adiknya.• Hajatnya setinggi gunung Kinabalu.• Orang itu nampak kekampung-kampungan amat.• Perangainya masih kekelantanan. • Tindakannya nampak kecinaan.• Sifat kemelayuannya masih tidak berobah.• Mesyuarat UMNO nampak keindiaan.• Beliau telah meluahkan perasaan serindu-rindunya.

35

Page 36: MINGGU 08

BINAAN KATA ADJEKTIF DUA PERKATAAN

• Kata adjektif + kata adjektif• Keserasian makna: pucat lesi, letih lesu, gagah berani, riang

gembira, hitam manis…• Pertentangan makna: asyik jemu, baharu lama, bahagia

derita, benar dusta, curam datar, mahal murah…• Unsur rima: tua bangka, kaya raya, terang benderang, indah

permai, hina dina.• Contoh ayat:

* Putera itu pucat lesi.* Bahagia derita menjadi asam garam kehidupan.* Suaminya sudah tua bangka.

36

Page 37: MINGGU 08

BINAAN KATA ADJEKTIF DUA PERKATAAN

• Kata adjektif + kata nama (penerang)

• Maksud kesamaan/keserupaan: merah menjahang, kuning merona, hijau daun, jinak lalat, hitam manggis, biru laut…

• Maksud kiasan: panjang mata, panjang untung, keras tulang, panas hati, berat perut, ringan lidah, sakit akal, tua keladi, keras lutut, keras kematu…

• Contoh ayat:

* Jinak lalat mahasiswi itu.* Orang tua itu masih kuat lutut.* Orang baik selalunya keras tulang.* Wajahnya merah merona.

37

Page 38: MINGGU 08

HUBUNGAN FRASA ADJEKTIF DENGAN KATA LAIN

• Kata penguat: hadapan: terlalu rajin, paling dungu, belakang: dalam sekali, cerdik benar, indah nian, bebas: amat malu, pelek sungguh…

• Kata bantu: hadapan: sudah manis, belum masak, masih dingin, harus rajin…

• Kata penegas: masih belum masak lagi.

Catatan:• Dua penguat boleh hadir sederetan: sungguh amat sopan

• Kata bantu boleh juga hadir sebelum atau sesudah penguat.: masih amat bodoh, belum terlalu jauh, benar telah kecewa…

38

Page 39: MINGGU 08

BINAAN FRASA ADJEKTIF

• kb + kp + KAdj + KAdj + kata ket + AKomp

• kb + KAdj: masih manis, belum sihat, mahu cantik, selalu baik…• kp + KAdj: sungguh malang, amat cetek, paling indah, agak

bodoh…• kb + kp + KAdj: masih agak muda, belum terlalu tua, sudah amat

terang, sudah agak baik…• KAdj + kp: indah nian, dalam sekali, pandai sungguh, cantik amat…• kb + KAdj + kp: masih muda benar, belum masak betul, sudah tua sangat…• kp + KAdj + kp: amat indah sekali, sangat bodoh betul, sungguh

cantik nian…• kp + KAdj + ket: amat cinta akan kekasihnya, sungguh indah ibarat syurga

idaman, sangat masam pada bahagian atasnya.

39

Page 40: MINGGU 08

BINAAN FRASA ADJEKTIF

• kp + KAdj + AKomp* sungguh yakin bahawa dialah yang bersalah* amat percaya bahawa hidup ini penuh pancaroba dan pancarona* sangat sedar bahawa kita perlu bekerja keras

• KAdj + kp + AKomp* Percaya amat bahawa kita akan berjaya* Sedar sungguh bahawa pasukannya akan kalah

• kb + KAdj + KAdj* Masih tinggi rendah* Sudah muda belia* Masih riang gembira

• Catatan: deretan KAdj boleh didahului kb tetapi tidak boleh didahului kp.

40

Page 41: MINGGU 08

FRASA ADJEKTIF DAN PERBANDINGAN

• Darjah biasa: pensyarah itu kedekut, anaknya rajin, cuaca redup, dia masih kuat, suaranya merdu…

• Darjah bandingan sama: suaranya semerdu suara Saloma, mahasiswa itu setampan mahasiswa ini, rumahnya sebesar istana…

• Darjah bandingan berbeda: isteri pertama lebih garang daripada isteri kedua, isteri lebih nakal daripada suami, larinya lebih cepat daripada lari kancil, abang kurang cermat daripada adik…

• Darjah penghabisan.

41

Page 42: MINGGU 08

KATA ADJEKTIF DAN PERBANDINGAN

• Darjah penghabisan

• se + KAdj + gandaan + KN: selembut-lembut biskut, seindah-indah lukisan, secantik-cantik bunga, sepandai-pandai tupai…

• yang + ter + KAdj: yang termuda, yang tercinta, yang terlaju, yang terpendek…

• paling + KAdj: paling nakal, paling tajam, paling sulit, paling cendekia…

• KAdj + sekali: kuat sekali, lambat sekali, lazat sekali, masin sekali…

• yang + ter + amat/sangat/sungguh: yang teramat besar, yang tersangat rindu, yang tersungguh pahit…

42

Page 43: MINGGU 08

MAKNA KETERANGAN DALAM FRASA ADJEKTIF

• keterangan cara: miskin dengan tiba-tiba• keterangan bandingan: masam seperti cuka• keterangan hal: masih kaya dalam kemiskinan• keterangan tujuan: cermat demi masa hadapan• keterangan kekerapan: sering kecewa• keterangan terhadap: suka akan durian, takut akan hantu• keterangan musabab: kuat kerana tongkat Ali• keterangan waktu: bahagia ketika sekolah dahulu• keterangan tempat: bonjol pada bahagian bawahnya

43

Page 44: MINGGU 08

FRASA ADJEKTIF DAN AYAT KOMPLEMEN

• Ayat majmuk. Contoh:

* Hakim percaya bahawa banduan itu bersalah.

* Orang itu kurang yakin bahawa negeri Terengganu akan muncul sebagai johan.

* Kita mesti insaf bahawa perbuatan itu adalah tidak betul.

* Saudara harus sedar bahawa perjuangan kita masih belum selesai.

* Dia yakin bahawa suaminya masih hidup.

44

Page 45: MINGGU 08

FUNGSI FRASA ADJEKTIF

• Sebagai predikat, hadir selepas subjek• Orang itu sangat alim (biasa), Sangat alim orang itu

(songsang), Anaknya sudah besar (biasa), Sudah besar anaknya (songsang)

• Sebagai keterangan, hadir selepas frasa kerja.• Mereka berjalan sangat lambat (biasa), sangat lambat

mereka berjalan (songsang), air mengalir amat deras (biasa), amat deras air mengalir (songsang)…

• Sebagai penerang kata nama, hadir dalam frasa nama.• Singa binatang buas, kereta lembu kenderaan lambat,

pengat pisang makanan enak…

45

Page 46: MINGGU 08

KESIMPULAN

• Pengertian frasa boleh diberi mengikut pendekatan tradisional, sistemik dan transformasi generatif.

• Rumus frasa nama:> Bil + penj bil + gel +KNInti + KNInti + pen + pent

• Rumus frasa adjektif:> Kb + kp + KAdj + KAdj + ket + AKomp

• Frasa nama dan frasa adjektif dapat dijelaskan dari aspek binaan dan fungsinya

46

Page 47: MINGGU 08

KATA BIJAK PANDAI

• KALAU DALAM TAHUN TERAKHIR, ANDA BELUM MEMBERIKAN IDEA ATAU MEMPEROLEH IDEA BAHARU, PERIKSALAH NADI ANDA, MUNGKIN ANDA SUDAH MATI

47