minda bil 2 (februari 2017) kaunseling kaunseling... · langsung terhadap gangguan psikologi dan...

2
Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493 Minda 2017 Kaunseling BIL 2 (FEBRUARI 2017) Perjumpaan Pegawai Psikologi Bersama Naib Canselor UiTM Pada 22 Februari 2017, 2.30pm-4.00pm Di Dewan Senat, Canselori UiTM Shah Alam Melibatkan 24 Pegawai Psikologi UiTM Shah Alam, Puncak Alam dan Dengkil. Semua Pegawai Psikologi di Kampus Negeri Menyaksikan Melalui Livestreaming. Konferensi Kes Kaunseling/Perkongsian Ilmu 2017 Tarikh Tajuk Penceramah 8/2/2017 Perkongsian Sesi Kaunseling Staf Tn Hj Mohamad Soder Rahmad 21/2/2017 Career In New Era Pn Liana Aziz, AXA Affin 25/5/2017 Penulisan Laporan Kaunseling Pn Roslinda Mohd Subbian Pn Siti Nuraini Amran 18/8/2017 Perkongsian Kes Pelajar Kemurungan Pn Masrina Abdul Halim 26/9/2017 Perkongsian Kes Kecelaruan Pemikiran Pn Nurain Atan 24/10/2017 Art And Mental Illness Pn Hairul Fazzlinyanna Mohd Harris

Upload: hoanghuong

Post on 01-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minda BIL 2 (FEBRUARI 2017) Kaunseling Kaunseling... · langsung terhadap gangguan psikologi dan simptom somatik dalam kalangan pelajar. ... Hasil kajian seterusnya menunjukkan pelajar

Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493

Minda 2017 Kaunseling

BIL 2 (FEBRUARI 2017)

Perjumpaan Pegawai Psikologi Bersama Naib Canselor UiTM

Pada 22 Februari 2017, 2.30pm-4.00pm Di Dewan Senat, Canselori UiTM Shah Alam

Melibatkan 24 Pegawai Psikologi UiTM Shah Alam, Puncak Alam dan Dengkil. Semua Pegawai Psikologi di Kampus Negeri Menyaksikan Melalui Livestreaming.

Konferensi Kes Kaunseling/Perkongsian Ilmu 2017

Tarikh Tajuk Penceramah

8/2/2017 Perkongsian Sesi Kaunseling Staf Tn Hj Mohamad Soder Rahmad

21/2/2017 Career In New Era Pn Liana Aziz, AXA Affin

25/5/2017 Penulisan Laporan Kaunseling Pn Roslinda Mohd Subbian

Pn Siti Nuraini Amran

18/8/2017 Perkongsian Kes Pelajar Kemurungan Pn Masrina Abdul Halim

26/9/2017 Perkongsian Kes Kecelaruan Pemikiran Pn Nurain Atan

24/10/2017 Art And Mental Illness Pn Hairul Fazzlinyanna Mohd Harris

Page 2: Minda BIL 2 (FEBRUARI 2017) Kaunseling Kaunseling... · langsung terhadap gangguan psikologi dan simptom somatik dalam kalangan pelajar. ... Hasil kajian seterusnya menunjukkan pelajar

Kemahiran Strategi Daya Tindak Menangani Stres Artikel: Pn Masrina Abdul Halim K.B.,P.A.

Susunan & Ilustrasi: Pn Siti Nuraini Amran K.B.,P.A.

Pelajar universiti sering terdedah dengan stres. Isu akademik merupakan punca stres utama yang disebabkan terlalu banyak tugasan, tidak cukup masa untuk mengulangkaji, mendapat markah yang lemah dalam ujian, sukar memahami subjek yang diajar, tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh pensyarah, menunggu keputusan peperiksaan dan tidak dapat memberi tumpuan serta perhatian kepada pelajaran.

Oleh itu, strategi menangani tekanan dilihat sebagai salah satu cara untuk meringankan kesan daripada permintaan yang wujud. Strategi inilah yang dikenali sebagai strategi kemahiran berdaya tindak. Strategi yang diambil akan dapat merangsang sikap dan pemikiran individu secara positif dan sekaligus dapat mengurangkan tekanan yang dialami (Sabitha, 1995). Oleh sebab itu, remaja perlu diajar kemahiran berdaya tindak dan diberi sokongan sosial terutamanya daripada ibu bapa, adik-beradik, rakan-rakan dan saudara mara semasa menghadapi sesuatu masalah supaya mereka terhindar daripada kesan yang aversif (Hall & Torres, 2002). Menurut Mc Cubbin dan Mc Cubbin (dalam Plunckett, Radmacher & Moll-Phanara, 2000), strategi daya tindak bermaksud usaha menggunakan tingkah laku untuk menyelesaikan pelbagai tuntutan yang dihasilkan oleh punca stres.

Plunckett, Radmacher dan Moll-Phanara melihat strategi daya tindak dalam kalangan pelajar dari dua sudut utama iaitu daya tindak produktif dan daya tindak tidak produktif. Daya tindak produktif diwakili oleh tindakan seperti mendapatkan sokongan sosial, melibatkan diri dengan aktiviti kolej, meluahkan masalah, mendapatkan nasihat, meningkatkan daya kerohanian, dan penyelesaian masalah. Sementara itu, daya tindak yang tidak produktif pula diwakili oleh tindakan meluahkan stres dengan cara yang tidak patut seperti menyalahkan orang lain, mencarut, menjerit, menafikan masalah, pengelakan dan penyalahgunaan dadah. Charles dan Michael (1994) pula berpendapat daya tindak terhadap stres boleh dibahagikan kepada problem-focused dan emotion-focused. Problem-focused merujuk kepada usaha daya tindak untuk menghapuskan perkara atau situasi yang menggugat atau menghilangkan kesan stres manakala emotion-focused adalah usaha untuk mengurangkan perasaan negatif yang meningkatkan respon terhadap ancaman.

Dalam kajian yang berkaitan aspek daya tindak pelajar dalam menangani stres hidup, Beasley, Thompson dan Davidson (2003) mendapati kekuatan kognitif, cara berdaya tindak dan peristiwa hidup yang negatif didapati memberi kesan secara langsung terhadap gangguan psikologi dan simptom somatik dalam kalangan pelajar. Diane dan Misty (1997) pula mendapati bahawa pelajar remaja lebih kerap manggunakan strategi daya tindak yang produktif seperti pengawalan kognitif, istirehat dan alih perhatian berbanding dengan daya tindak yang tidak produktif seperti penyalahgunaan dadah dan tingkah laku agresif. Fatimah Wati Halim dan Wan Sharazad Wan Sulaiman (2001) pula mendapati tret personaliti kestabilan emosi berhubung secara negatif dengan sumber stres dan simptom stres dalam satu kajian yang melibatkan pelajar universiti. Mereka turut mendapati semakin tinggi tahap penggunaan strategi daya tindak menangani stres, maka semakin tinggi tahap kestabilan emosi pelajar. Hasil kajian seterusnya menunjukkan pelajar yang mempunyai tahap emosi yang stabil kurang mengalami sumber stres, memperlihatkan simptom stres yang rendah dan bijak menggunakan strategi yang bersesuaian untuk menangani stres.

Oleh itu, pelajar universiti perlu mempelajari dan seterusnya mengaplikasikan strategi daya tindak dalam berdepan dengan situasi stres yang dialami. Kemahiran ini secara tidak langsung dapat membantu mereka mengurus dan menangani stres secara berkesan agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih sejahtera.

Rujukan: Lazarus, R. S., & Folkman, S. (1984). The coping process: An alternative to

traditional formulations. In Stress, appraisal, and coping, pp. 141-178. New York: Springer.

Stern, M., & Zevon, M. A. (1990). Stress, coping, and family environment:

The adolescents' response to natural occurring stressors. Journal of Adolescent Research. 5(3):290-305.

Surianti Binti Lajuma.(2011). Strategi daya tindak remaja terhadap kebimbangan yang dihadapi dan pengaruhnya ke atas masalah kemurungan. Laporan Penyelidikan yang tidak diterbitkan. Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, UMS. Sabah.