mig.pptx

Upload: vipsdontcros

Post on 04-Mar-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KOLEJ VOKASIONAL ARAU MTA 702 IMPLEMENT MOTOR TRADE REGULATIONS SEMESTER 3 DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF

KOLEJ VOKASIONAL ARAU

MTA 703 KIMPALAN MIG

SEMESTER 3 DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF DISEDIAKAN OLEH:YOGATHEVAN A/L JAGENDRENNAMA PENSYARAH:EN.AZHAR SAIFULIZAN BIN MOHD ABIDIN MAY 2015

Pengenalan Kimpalan Arka & Gas

Kimpalan adalah proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan satu bahan yang khas. Contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza dengan pematerian yang cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri.Terdapat dua jenis kimpalan iaitu kimpalan arka dan kimpalan gas. Kimpalan dilakukan dengan menggunakan pelbagai jenis kaedah. Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti adalah kimpalan dengan menggunakan nyalaan api, tenaga elektrik bervoltan tinggi, sinaran laser, tembakan elektron dan ultrabunyi.

Kimpalan arka dijalankan secara mengalirkan tenaga elektrik daripada elektrod ke atas logam asas dan menukarkan tenaga elektrik ini kepada tenaga haba yang tinggi. Tenaga haba ini digunakan untuk melebur logam elektrod, logam tambahan atau logam penyambung yang akhirnya menghasilkan satu sambungan kimpal. Pada asasnya, banyak tenaga elektrik diperlukan untuk mencapai suhu tertentu bagi melebur logam dalam jangka masa yang pendek.Kimpalan gas adalah satu cabang daripada kerja kimpalan yang telah lama diamalkan dalambidang industri terutamanya dalam bidang fabrikasi logam. Ini adalah kerana kimpalan gas adalah didapati amat sesuai untuk kepingan logam-logam yang nipis. Contoh bidang kerja yang melibatkan proses kimpalan gas ialah kerja membaik pulih badan kenderaan serta kerja-kerja fabrikasi logam yang melibatkan kepingan logam nipis.Terdapat dua jenis kimpalan gas iaitu kimpalan gas tekanan rendah dan kimpalan gas tekanan tinggi.

Kimpalan tekanan rendah menerima bekalan gas asetilina dari janakuasa gas asetilina yang mempunyai tekanan kurang dari 1.0psi atau 1.0Bar.Manakala kimpalan gas tekanan tinggi menerima bekalan gas dari janakuasa gas asetilina yang mempunyai tekanan dari 1-15psi atau 1-15Bar.Dalam bidang perindustrian kimpalan gas banyak digunakan dalam kerja fabrikasi logam yangmelibatkan kepingan logam yang ketebalannya melebihi daripada 1.0mm sehingga 3.0mm.Contohnya, dalam kerja-kerja membaikpulih badan kenderaan yang melibatkan kerja-kerja ketukmengetuk dan menampal bahagian-bahagian badan kenderaan yang rosak.Dua jenis gas yangbiasa digunakan dalam kerja kimpalan gas adalah oksigen(O2) dan asetilina (CH). Campurankedua-dua gas menghasilkan haba yang paling tinggi berbanding gas-gas bahan api yang lainnya. Suhunya boleh mencapai sehingga 3316 celcius.KIMPALAN ARKA LOGAM GAS LENGAI (MIG) MIG (Metal Innert Gas Welding) atau Kimpalan Gas Lengai. Dalam proses tersebut elektrod akan melebur dan bercampur dengan leburan logam induk untuk membentuk lopak kimpal. Oleh itu, elektrod mestilah dibekalkan arus yang berterusan sepanjang proses kimpalan itu dijalankan. Untuk bekalan elektrod yang berterusan, elektrod dibuat dalam bentuk dawai yang boleh dihulurkan keluar dari muncung pengimpal secara automatik pada kelajuan yang ditentukan. Gas pelindung dibekalkan melalui muncung kimpal seperi yang dilakukan dalam kimpalan TIG. Proses ini boleh dilakukan secara automatik atau seperuh automatik. Walau bagaimanapun, alat kelengkapan MIG lebih rumit kerana prosesnya memerlukan huluran elektrod yang berterusan yang seragam.

PERALATAN MIG 1.Bekalan Kuasa Dalam kebiasaannya, mesin untuk kegunaan kimpala MIG ialah penjana motor atau penerus jenis bekalan kuasa bervoltan malar yang membekalkan arus terus sehingga 250 Ampere. Secara automatiknya, voltan berubah-ubah mengikut jarak celahan di antara hujung dawai elektrod dengan benda kerja manakala arus pula berubah secara songsang apabila kerja dijalankan.

2.Penembak Kimpalan Penembak bekalan biasanya untuk mengeluarkan dawai elektrod dan gas pelindung. Keadah mengeluarkan dawai elektrod dari muncung penembak secara tarik atau tolak.

3.Gas Pelindung Ia digunakan bagi MIG ialah gas karbon dioksida. Gas karbon dioksida digunakan untuk mengimpal MIG keluli karbon.4.Dawai Elektrod Ia digunakan dalam sebarang kimpalan MIG mestilah dari logam yang mempunyai kerencaman yang sama dengan bahan kerja yang dikimpal.

LANGKAH-LANGKAH KERJA SAMBUNGAN SILINDER MIG

Silinder dibersihkan dahulu dan diletakan di atas meja.Buka bekalan kuasa dan laraskan arus elektrik kimpalan kepada 120 Alaraskan gas pelindung, pastikan dawai elektrod penembak ada. Silinder 1 diletakkn dgn silinder 2, dan kimpal paku dibuat pd sambungan tersebut.Mulakan kimpal sambungan silinder sehingga tegak sehingga siap.Kemudian lihat hasil kerja kimpal tersebut. Sejukkan benda kerja dan bersihkan.

Kelebihan

Proses boleh diautomasikan (digabungkan dengan robot). Proses lebih cepat. Hasil kimpalan bermutu tinggi. Sedikit kerja pembersihan selepas kimpal. Arka dan kubang kimpal mudah dilihat semasa mengimpal. Kimpalan boleh dibuat pada semua kedudukan. Boleh mengimpal kesemua logam utama.Kekurangan

Gas pelindung dibekalkan secara berasingan (kos meningkat). Peralatan yang diperlukan kompleks dan mahal.Sistem tidak mudah alih.Peralatan Kimpalan (Welding Equipments)

Pemegang elektrod (Electrode holder)

Elektrod(Electrode)

Pengapit bumi(Grounding clamp)

Tukul penyerpih(Chipping hammer)

Berus dawai(Steel brush)

PAKAIAN KESELAMATAN (SAFETY CLOTHING)

Kasut keselamatan(safety shoes)

Sarung tangan(Gloves)

Apron(Apron)

Gogel(Goggles)

PERATURAN(REGULATIONS)

1.Pemakaian dan penampilan diri yang sesuai.2. Peka dan patuh pada arahan.3. Laksanakan setiap aktiviti amali mengikut prosedur dan dibawah pemerhatian pakar.4.Pastikan keselamatan diri dan rakan-rakan diutamakan.5. Elakkan kemalangan berikut daripada berlaku

Kebakaran atau letupan.Kecederaan terkenaobjek tajam.Renjatan elektrik.Terjatuh atau tergelincir.ALATAN YANG PERLU DIGUNAKAN UNTUK MENGIMPAL

LAMPIRAN/GALERI

Kimpalan Arka @ GASGambar Mesin MIG

Contoh Kumai

PERALATAN KIMPALAN(Welding

Equipments)

Peralatan keselamatan(Safety

equipments)

Mesin tekanan tinggi(high pressure

machine)

Mesin tekanan(Pressure machine)

Silinder gas(Gas cylinder)

SEKIAN TERIMA KASIH