metode analisis kandungan

2
ANALISIS KANDUNGAN Analisis Kandungan adalah satu bentuk analisis terhadap bahan-bahan media cetak (seperti akhbar, majalah, jurnal, buku, kitab, laporan bertulis, minit mesyuarat dan sebagainya) juga bahan-bahan elektronik (seperti filem, drama, rancangan radio, tv, cd dan papan iklan). Ia digunakan bagi mengkaji beberapa istilah, perkataan, konsep, tema, frasa, atau ayat yang ada dalam media berkenaan. Analisis kandungan boleh digunakan dalam pelbagai bidang ilmu seperti politik, sosial, pengurusan, pendidikan dan Pengajian Islam. Terdapat dua bentuk analisis kandungan iaitu Analisis Konseptual dan Analisis Relational. Analisis Konseptual adalah satu analisis yang mengutamakan huraian atau penjelasan tentang konsep dalam sesuatu kandungan yang dikaji seperti kandungan ucapan. Makna-makna yang bersifat implisit dijelaskan. Beberapa perkataan utama dan kekerapan penggunaannya dikenalpasti. Analisis dimulakan dengan mengenalapsti peroalan kajian dan memilih sampel kajian. Perkataan atau ungkapan yang dipilih kemudiannya dikelaskan kepada beberapa kategori mengikut keutamaan penyelidik. Sebagai contoh, penyelidik memilih ucapan-ucapan Dato’ Seri Abdullah Badawi bagi membuat satu perangkaan terhadap perkataan yang digunakan sama ada bersifat positif atau negatif terhadap parti pembangkang. Analisis Relational (atau Analisis Semantik) adalah analisis hubungan antara konsep-konsep dalam kandungan. Ia menggunakan metode yang sama seperti Analisis Konseptual tetapi lebih daripada itu ia menganalisis hubungan sesuatu konsep yang ada dalam sesuatu kandungan bahan yang dikaji. Analisisnya juga lebih kepada semantik atau makna sesuatu perkataan dan hubungannya dengan konsep-konsep lain. Antara langkah seterusnya ialah: memastikan apakah konsep yang akan digunakan dalam analisis, memastikan soalan-soalan yang akan dikaji, memilih sampel untuk dianalisiis, menentukan jenis analisis, menerokai hubungan antara konsep, mengenengahkan analisis statistik dan menjelaskan dalam bentuk graf atau jadual. Berikut contoh Analisis Kandungan tentang Keganasan Rancangan TV Satu temubual tentang episod keganasan rancangan TV mungkin boleh digunakan untuk menganalis melalui dengan soalan-soalan berikut:

Upload: ahmad-sunawari-long

Post on 10-Jun-2015

2.880 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: METODE ANALISIS KANDUNGAN

ANALISIS KANDUNGAN

Analisis Kandungan adalah satu bentuk analisis terhadap bahan-bahan media cetak (seperti akhbar, majalah, jurnal, buku, kitab, laporan bertulis, minit mesyuarat dan sebagainya) juga bahan-bahan elektronik (seperti filem, drama, rancangan radio, tv, cd dan papan iklan). Ia digunakan bagi mengkaji beberapa istilah, perkataan, konsep, tema, frasa, atau ayat yang ada dalam media berkenaan. Analisis kandungan boleh digunakan dalam pelbagai bidang ilmu seperti politik, sosial, pengurusan, pendidikan dan Pengajian Islam.

Terdapat dua bentuk analisis kandungan iaitu Analisis Konseptual dan Analisis Relational. Analisis Konseptual adalah satu analisis yang mengutamakan huraian atau penjelasan tentang konsep dalam sesuatu kandungan yang dikaji seperti kandungan ucapan. Makna-makna yang bersifat implisit dijelaskan. Beberapa perkataan utama dan kekerapan penggunaannya dikenalpasti. Analisis dimulakan dengan mengenalapsti peroalan kajian dan memilih sampel kajian. Perkataan atau ungkapan yang dipilih kemudiannya dikelaskan kepada beberapa kategori mengikut keutamaan penyelidik. Sebagai contoh, penyelidik memilih ucapan-ucapan Dato’ Seri Abdullah Badawi bagi membuat satu perangkaan terhadap perkataan yang digunakan sama ada bersifat positif atau negatif terhadap parti pembangkang.

Analisis Relational (atau Analisis Semantik) adalah analisis hubungan antara konsep-konsep dalam kandungan. Ia menggunakan metode yang sama seperti Analisis Konseptual tetapi lebih daripada itu ia menganalisis hubungan sesuatu konsep yang ada dalam sesuatu kandungan bahan yang dikaji. Analisisnya juga lebih kepada semantik atau makna sesuatu perkataan dan hubungannya dengan konsep-konsep lain. Antara langkah seterusnya ialah: memastikan apakah konsep yang akan digunakan dalam analisis, memastikan soalan-soalan yang akan dikaji, memilih sampel untuk dianalisiis, menentukan jenis analisis, menerokai hubungan antara konsep, mengenengahkan analisis statistik dan menjelaskan dalam bentuk graf atau jadual. Berikut contoh Analisis Kandungan tentang Keganasan Rancangan TV

Satu temubual tentang episod keganasan rancangan TV mungkin boleh digunakan untuk menganalis melalui dengan soalan-soalan berikut:

1. How long did you last, in minutes and seconds? 2. What program were you shown on?

3. On what channel, what date, and what time?

4. Was that program local or imported? Series or one-off?

5. What was the nature of the violent action?

6. How graphic or realistic was the violence?

7. What were the effects of the violence on the victim/s?

8. Who did the violent act: heroes or villains? Men or women? Young or old? People of high or low social status?

Page 2: METODE ANALISIS KANDUNGAN

9. Who was the victim/s: heroes or villains? Men or women? (etc.)

10. To what extent did the violent action seem provoked or justified?

Dan sebagainya lagi. Jawapan atau analisis boleh diberikan dalam bentuk skala.