metafora

19

Click here to load reader

Upload: jenny

Post on 30-Jul-2015

71 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Metafora

Metafora

Penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat atau disebut bahasa kiasan. Gabungan kata konkrit dan abstrak.

Fungsi : Bahasa bandingan untuk menggerakkan imaginasi pembaca.

Contoh : Bulan kini bukan lagi menara kasih jernih terbenam di kaki hari.

Ironi

Gaya bahasa sindiran yang menyatakan sesuatu tetapi mempunyai makna yang lain.(satu-satu yang berlainan dengan realiti atau pertentangan dengan sebenarnya).

Fungsi : Untuk menggerakkan imaginasi pembaca.

Contoh : kadangkala ada akhir tak ada mula.

Paradoks

Gaya bahasa yang bertentangan kata-kata dalam ayat. Suasana / keadaan yang berlawanan.

Fungsi : Memperlihatkan satu keadaan atau suasana yang berlawanan.

Contoh : buruk dalam cantik pahit dalam ubat.

Hiperbola

Page 2: Metafora

Pernyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha menekankan sesuatu pandangan, idea atau peristiwa.

Fungsi : Untuk memukau pembaca.

Contoh : atau cakap-cakap gunung. Isinya lembah sampah.

Alusi

Kiasan / menyindir / merujuk kepada sesuatu secara tidak langsung.

Fungsi : Untuk menggerakkan imaginasi pembaca.

Onomatopoeia

Pembentukan kata yang meniru bunyi asal sesuatu atau perbuatan.

Fungsi : menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran.

Contoh : angin menderu ru ru ru.

Rima

Skema bunyi pada akhir baris dalam rangkap.

Fungsi : Menimbulkan keindahan irama.

Contoh :

Aku telah dihimpit bising peradapan - akasih dan cinta manusia - b

Page 3: Metafora

yang luput - cketika kau tetap abadi menatap alam - dmenyaksi kejadian serba takjub - esepi namun sentosa - bbahagia sekalipun purba. - b

Ritma/Irama

Alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak. Keharmonian bunyi dan susunan kata dalam karya puisi. Rentak / ragam / tingkah.

Fungsi : Menimbulkan keindahan irama.

Anafora

Perulangan perkataan di awal baris yang sejajar / berturutan.

Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama.

Contoh : betapa rumitnya betapa seksanya dia menunda usia.

Apifora

Perulangan perkataan di akhir baris yang sejajar / berturutan.

Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama.

Page 4: Metafora

Contoh : menggoda hati tergugah mengusik hati tergugah.

Repitasi

Fungsi : Pengulangan perkataan di tengah baris.

Inversi

Pembalikan kata / ayat / rangkaikata.

Fungsi : Untuk menimbulkan kelainan penyebutan / pengucapan bunyi.

Contoh : gelisah hidupku (sepatutnya: hidupku gelisah) samar waktu (sepatutnya: waktu samar).

Asonansi

Perulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris sajak.

Fungsi : Untuk menimbulkan kemerduan bunyi / kelembutan bunyi / keindahan bunyi.

Contoh : hamparan kasihku (perulangan bunyi vokal [a]).

Aliterasi

Perulangan bunyi konsonan dalam sesuatu baris sajak.

Fungsi : Untuk menimbulkan kemerduan bunyi / kelembutan bunyi / keindahan bunyi.

Page 5: Metafora

Contoh : kuletakkan di langkah setiamu (perulangan bunyi konsonan [k]).

Simile

Membandingkan sesuatu keadaan, suasana atau benda lain. Setiap benda perbandingannya diikuti oleh kata-kata: seperti, bak, bagai, laksana, umpama.

Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama.

Contoh : kurun serigala menerkam mangsa seperti di Sahara Afrika bulan yang kupandangi bagai ketuaan ditelan waktu.

Sinkope

Gaya bahasa sinkope merupakan gaya bahasa singkatan bagi sesuatu perkataan.

Contoh :  tak adalah tidak

Personifikasi

Pemberian sifat manusia pada binatang, tumbuhan atau benda bukan hidup.

Fungsi : Menggerakkan imaginasi pembaca.

Contoh : menyentak celaru kehidupan yang kupapah menggaru di paru-paru.

Page 6: Metafora

Citra

Gambaran, lukisan, arca, atau imej.

Fungsi : Untuk memberikan gambaran tertentu.

Contoh : warga petani (Penyair menyifatkan petani sebagai sekelompok warga sebuah negara).

Perlambangan

Simbol yang membawa makna tertentu.

Fungsi : Untuk menegaskan maksud.

Contoh : kubaling jauh-jauh kunci di mataku.

Perulangan

Terdapat beberapa jenis perulangan yang terdapat dalam sajak.

Perulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris sajak. (Asonansi).

Perulangan bunyi konsonan dalam sesuatu baris sajak. (Aliterasi).

Perulangan perkataan/kata di awal baris yang sejajar / berturutan (Anafora).       Contoh : aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan.

Perulangan frasa dalam baris yang sama / sejajar / berurutan. Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi /

Page 7: Metafora

Menegaskan maksud. Contoh : aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan

Perulangan perkataan/kata di akhir baris yang sejajar / berturutan (Epifora).      Contoh : menggoda hati tergugah mengusik hati tergugah.

Perulangan perkataan/kata di tengah baris. Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud. Contoh : menggoda hati tergugah mengusik hati tergugah.

Perulangan perkataan/kata dalam baris yang sama. Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud. Contoh : aku pun terbang setelah hinggap, dan terbang lagi. Begitulah.

Perulangan kata di awal baris pertama rangkap. Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud. Contoh : Perkataan ‘Dalam’ di awal rangkap 1,2,3,4,5, dan 6 dalam sajak. www.sibermerdeka.com.my

Perulangan kata di akhir baris pertama rangkap. Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud. Contoh : Perkataan ‘diriku’ di akhir rangkap 1,2,3,4,5, dan 6 dalam sajak. www.sibermerdeka.com.my

Bentuk Dalam Sajak

Distikhon : Dua baris setiap rangkap.

Terzina : Tiga baris setiap rangkap.   

Kuatren : Empat baris setiap rangkap.

Page 8: Metafora

Kuantren : Lima baris setiap rangkap.   

Sestet : Enam baris setiap rangkap.

Septet : Tujuh baris setiap rangkap.

Oktaf : Lapan baris setiap rangkap.

Soneta : Empat belas baris setiap rangkap.

Jenis-Jenis Nada Dalam Sajak

Melankolik : sedih/sayu/hiba/murung/dukacita/kesal/kecewa/hampa/dll.

Romantis : cinta/kasih/sayang/mesra/tenang/gembira/bangga/kepuasan/damai.

Patriotisma : semangat cinta tanah air/negara/bangsa/menentang penjajah/penentang/penghianat bangsa.

Sinisma : menyindir/mengena/mengejek/memperli.

Protes : penentangan/perolakan/pemberontakan/tidak bersetuju.

Page 9: Metafora

Koleksi Puisi & Pantun   Newsfeed Komen

Utama Pengenalan

o Info Ringkas o Visi & Misi o Organisasi o Penulisan2u Di Media

Upload Hantar Karya Carian Karya

o Carian Kata kunci o Carian cerpen terbaru o Carian novel terbaru o Carian Cerpen Ikut Abjab o Carian Novel Ikut Abjab

Maklumat o Soalan lazim o Info Penulis o Ingin menjadi penulis? o Promosi Hebat o Laman Web Pilihan o Pengiklanan o Langganan Novel o Peraduan o Muat Turun o Borang Permintaan Lagu o Anugerah Pilihan Pembaca 2011

Hubungi

Car i novel

Page 10: Metafora

Aktiviti Cerpen Info Terkini Menarik Di Sini Menarik Di Tv Novel Novel Di Pasaran Pemenang

o Pemenang Peraduan o Pengulas Terbaik Bulanan o Penulis Terbaik Bulanan

Peraduan Tip Penulisan video pilihan

Selamat Datang ke Penulisan2u.myKehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

Page 11: Metafora

Selamat Datang ke Penulisan2u.myKehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

Carian >Utama / Cerpen / Cerpen : Hujan Yang Hilang

Cerpen : Hujan Yang Hilang28 January 2015   Kategori: Cerpen

0 bacaan 11 ulasan

Oleh: AmHuz RoRy

Page 12: Metafora

Aku merenung diriku melalui cermin tinggi yang menghadap ke arahku. Lengkap berbaju melayu hitam; satu warna yang paling aku tidak suka. Ibu pernah kata, elok kita sediakan sepasang baju melayu warna itu untuk digunakan dalam waktu tertentu. Aku sudah hilang kira berapa kali aku telah menyarungkan sepasang baju melayu itu. Cuma untuk hari ini, aku berat hati untuk memakainya lagi.

Lama aku memerhatikan bayangan diriku sendiri yang terpancul di cermin bertentangan. Tidak terurus. Wajah yang tidak bermaya, dengan mata yang sembab berserta lingkaran hitam di bawahnya. Aku seolah-olah melihat bayangan orang lain di situ, sedangkn aku sedar itu adalah diriku sendiri. Perlahan, aku larikan jari-jemariku yang kurus di daguku. Terasa kasar di situ dek jambang yang baru tumbuh yang tidak di cukur. Aku melepaskan keluhan.

Aku cuba membetulkan rambutku yang sedikit kusut itu. Tidak ada perubahan. Selalunya, aku akan memastikan diriku dalam keadaan kemas sentiasa. Rambutku pula akan di gayakan dengan elok. Tetapi bukan hari ini. Hari ini, aku seperti lupa cara untuk menghiaskan diriku seperti yang selalu aku lakukan. Untuk apa? Bukannya dia ada untuk melihat diriku lagi. Aku mengeluh sekali lagi. Pasti dia kecewa kalau dia melihat diriku begini.Hana…

Aku menarik nafas panjang bila aku tersedar betapa jauhnya aku mengelamun. Sekuat yang mungkin aku menggenggam kemas kedua belah tanganku. Wajahku tertunduk sedikit ke bawah dengan mata yang di pejam rapat. Berkali-kali aku beristighfar, cuba mencari kekuatan. Lama aku berkeadaan begitu. Setelah aku merasakan ada sedikit kekuatan terkumpul, aku bangkit perlahan dari tempat dudukku di hujung katil. Songkok di meja solek aku capai dan segera di sarungkan ke kepala tanpa melihat ke arah cermin lagi.

Tanganku yang ingin memulas tombol pintu terhenti sendiri. Pantas aku mengalihkan pandanganku ke arah tingkap. Hujan. Tidak terlalu lebat, cuma renyai-renyai sahaja. Kekuatan yang aku cuba kumpul tadi hilang entah ke mana. Lantas, fikiranku terus kepadanya. Macam mana aku tidak teringkat akan dirinya bila hujan adalah kegemarannya. Oh, Hana…******“Orang harap sangat orang boleh main dalam hujan sekarang…”

Rengekkan manja Hana kedengaran. Aku tahu dia kecewa. Tapi apakan daya, keadaannya sekarang tidak mengizinkan untuk dia melakukan apa yang diinginkannya saat itu. Aku memandang ke arahnya yang ketika itu sedang melemparkan pandangan ke luar tingkap, memerhatikan titisan hujan yang turun. Rasa kasihan dan kasihku tumpah di situ. Perlahan, aku mengambil tempat di sebelahnya yang sedang bersandar di kepala katil. Tangannya aku capai dengan berhati-hati, takut-takut dia merasa sakit dengan sentuhanku yang tiba-tiba.

Page 13: Metafora

“Macam yang abang selalu cakap, cepat-cepat sembuh and I’ll grant your wish, dear.” Aku cuba memujuknya dengan lembut. Belakang tangannya aku kucup perlahan. Ini bukan kali pertama kami dalam situasi begini. Bila hujan turun, Hana pasti akan memujukku untuk membenarkannya keluar bermain dalam hujan. Dan aku, pasti tidak akan sesekali membenarkannya. Aku takut. Hana pernah di serang demam panas yang teruk dahulu di sebabkan dia keluar bermain di dalam hujan tanpa memberitahu sesiapa. Nyawa aku bagaikan di ragut bila mendapat tahu dirinya pengsan di sebabkan suhu yang tinggi dalam badannya. Aku takkan lupa bagaimana pucatnya wajah Hana ketika itu. Tak sanggup aku hadapinya lagi.

Dan Hana, seolah-olah tidak serik dengan apa yang pernah menimpanya dulu. Apa yang menarik sangat dengan hujan? Pernah aku tanyakan soalan itu kepadanya. Dia cuma tersenyum lebar dan seperti anak kecil, dia terus menjawab, “Hujankan sejuk. Seronok sangat! Abang tak suka ke dengan hujan?” Dia terus ketawa bila melihat diriku yang terkulat-kulat cuba mencerna jawapannya yang agak kebudak-budakan itu. Sejak dari itu, aku tidak bertanya lagi soalan itu kepadanya.

“Hmm…bilalah agaknya orang nak sembuh. Sampai ke sudah rasanya orang tak dapat main hujan,” keluh dirinya.

“Jangan cakap macam tu, Hana. Jangan putus asa. Allah kan ada. We have to believe in Him. Teruskan berdoa. Don’t ever give up,” panjang teguranku kepadanya. Aku tidak suka bila dia berkata begitu. Genggamanku pada tangannya aku kemaskan lagi dan aku kucup kepalanya yang ditutupi dengan topi kait warna merah hati pemberian umi. Dia membalas genggamanku dengan semampunya.

Sebenarnya ayat itu lebih memujuk diriku yang sentiasa takut akan kehilangan dirinya. Aku sedar, masa untuk kami bersama tidak panjang. Kata doktor, kanser darah yang Hana hidapi amat pelik. Walaupun sudah menjalani kemoterapi, penyakitnya tidak menampakkan harapan untuk sembuh. Kalau ada pun, cuma sedikit dan tidak bertahan lama. Aku tahu yang Hana sedar akan hakikat itu dan dia pasrah. Aku juga harus begitu walaupun pahit untuk kami berdua menerimanya.

“Tidurlah. Sayang dah mengantuk sangat dah tu,” segera aku memberi arahan bila melihat dirinya menguap kecil.

Tanpa banyak soal, Hana merebahkan badannya perlahan ke katil dan aku cuba membantunya supaya dia dapat berbaring dengan lebih selesa. Tanganku masih tidak dilepaskannya. Dia mengiringkan badannya tiba-tiba dan aku faham akan caranya itu. Lantas, aku berbaring di sebelah Hana dengan posisi yang sama di lakukannya. Lenganku aku jadikan alas kepalanya dan sebelah tangan lagi yang bertaut dengan tangannya aku bawa ke hadapannya. Memeluknya dengan erat.

Hujan turun sepanjang hari itu. Tiada kata pun terkeluar antara kami. Masing-masing tenggelam dengan keasyikkan dalam melihat hujan yang turun. Ini masa kegemaran Hana. Tak perlulah aku menganggu masa berharganya ini dengan cerita atau jenaka yang

Page 14: Metafora

tidak penting. Aku mahu membiarkannya menikmati waktu yang dia paling suka ini.“Abang?” Suara Hana kedengaran tiba-tiba.

“Hmm?”

“… Orang sayang abang. Sayang sangat-sangat.”

Dan aku terus memeluknya dengan lebih erat.******“Adam.”

Aku tersentak bila ditegur tiba-tiba dari arah belakang.

“Oh, umi. Kenapa umi? Ada masalah ke?” Segera aku bertanya. Bimbang kalau-kalau ada masalah timbul dalam persiapan untuk majlis hari itu. Umi menggelengkan kepala sambil menguntumkan senyuman kecil. Senyuman yang tidak selebar seperti selalu.“Semuanya baik-baik saja, Adam. Jangan risau, ramai yang membantu. Abah kata kita gerak lepas hujan reda sikit.” Aku cuma mengangguk tanda faham.

“Tak sangka pula hujan turun hari ni. Semalam cerah elok je.” Aku cuma mendengar celoteh umi tanpa menjawab apa-apa. Seperti dia, aku juga turut memerhatikan titisan hujan yang masih tidak henti turun di tingkap yang terletak di satu sudut yang agak tersorok dari pandangan orang ramai.

“Terima kasih Adam, sebab bahagiakan anak umi. Umi dan abah terhutang budi sangat-sangat dengan Adam,” perlahan umi meluahkan rasa hatinya. Aku tergamam sekejap. Hatiku terusik.

“Umi, apa yang umi cakap ni? Diakan isteri Adam. Memang tanggungjawab Adam untuk buat dia bahagia.” Tiba-tiba sahaja hatiku rasa ingin menangis di situ.

“Umi tahu, umi tahu… Umi cuma nak sampaikan rasa terima kasih umi dengan abah pada Adam. Adam dah bagi sesuatu yang umi dan abah tak mampu bagi kepada dia sepanjang dia masih bersama kita. Terima kasih sebab hadir dalam hidup kami. Dan terima kasih, sebab sanggup hidup bersama anak umi walaupun sekejap saja…” Ayat umi mati di situ. Tidak mampu untuk meneruskan lagi. Pandanganku tidak lagi terarah ke wajah tua di sebelahku ini. Tidak berdaya rasanya bila melihat titisan air jernih mengalir dari tubir matanya. Seketika kemudian, umi meninggalkan aku keseorangan di situ. Mungkin dia sedar yang keadaan aku juga sepertinya tadi. Mungkin sama hebat dengan hujan yang turun di luar sana.******Hujan lebat turun tidak hentinya. Aku mengeluh. Aku paling tidak suka keluar dalam waktu begini. Basah dan lembap, siapa yang suka. Kalau bukan kerana kawan baikku, si Faiz masuk hospital, tak sanggup aku nak meredah hujan hari ini. Dahlah susah nak dapatkan tempat letak kereta kat sini sampai aku terpaksa mengelilingi kawasan tempat letak kereta beberapa kali. Leceh betul!

Page 15: Metafora

Sengaja aku mengambil jalan di sebelah luar. Keadaanku yang separuh lencun ni