mesyuarat tmk 2 tahun 2015

4
MINIT MESYUARAT KEDUA PANITIA TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN SERUMBU, BAU Tarikh : 16 November 2015 Hari : Isnin Masa : 1.15 petang Tempat : Bilik Akses SK Serumbu Kehadiran : Hadir 1. Encik Biden Mesui - (Guru Besar) 2. Encik Janting Briak - (Penolong Kanan 1) 3. Puan Nur Emmalizawati Abdullah - Guru TMK Tahun 4 & 5 4. Encik Salem Botik Tidak Hadir 1. Tiada Agenda Mesyuarat 1. Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru. 1.2 Pengerusi juga memaklumkan lantikan Pn Nur Emmalizawati Abdullah sebagai Ketua Panitia TMK 2015 akan berakhir

Upload: emmot-lizawati

Post on 27-Jan-2016

30 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Mesyuarat

TRANSCRIPT

Page 1: Mesyuarat TMK 2 Tahun 2015

MINIT MESYUARAT KEDUA

PANITIA TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN SERUMBU, BAU

Tarikh : 16 November 2015

Hari : Isnin

Masa : 1.15 petang

Tempat : Bilik Akses SK Serumbu

Kehadiran : Hadir

1. Encik Biden Mesui - (Guru Besar)

2. Encik Janting Briak - (Penolong Kanan 1)

3. Puan Nur Emmalizawati Abdullah - Guru TMK Tahun 4 & 5

4. Encik Salem Botik

Tidak Hadir

1. Tiada

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.

1.2 Pengerusi juga memaklumkan lantikan Pn Nur Emmalizawati Abdullah

sebagai Ketua Panitia TMK 2015 akan berakhir kerana beliau akan

berpindah ke sekolah lain pada tahun 2016.

(Tindakan : Makluman)

2. Penerangan mata pelajaran TMK Tahun 4, 5 dan 6

2.1 Pengerusi menerangkan bahawa TMK bagi tahun 4 adalah yang kedua

diajar pada tahun 2015 manakala TMK tahun 5 adalah kesinambungan

kepada mata pelajaran TMK yang telah diajar kepada murid tahun 4 tahun

Page 2: Mesyuarat TMK 2 Tahun 2015

2014. Bagi Tahun 6, subjek TMK akan lebih tertumpu kepada

Pengaturcaraan.

2.2 Mata pelajaran TMK telah diajar dengan lancar pada tahun ini. Namun,

terdapat sedikit masalah dengan bekalan komputer VDI-Thin Client yang

dibekalkan sejak tahun 2013. Komputer-komputer tersebut tidak dapat

digunakan. Guru TMK hanya bergantung harap pada 8 buah komputer

bekalan baru dan murid-murid terpaksa berkongsi untuk menjalankan

tugasan TMK mereka.

2.3 Ketua panitia menerangkan DSKP TMK Tahun 6 ada 7 tajuk dalam 2

modul.akan melibatkan pengaturcaraan Scratch. Semua aplikasi Scratch

terdapat dalam komputer VDI Thin-Client. Adalah diharapkan semoga

komputer server VDI Thin-Client tiada masalah pada tahun 2016.

(Tindakan: Makluman)

3. Perancangan Tahun 2016

3.1 GB menyarankan agar semua ahli panitia TMK menyusunatur

perancangan untuk panitia TMK terlebih awal supaya boleh

diketengahkan semasa mesyuarat panitia yang pertama pada tahun

hadapan.

(Tindakan : Semua Guru)

4. Hal-hal lain

4.1 GB memohon kerjasama semua guru agar dapat menyampaikan

pengajaran yang sebaiknya dan tidak membiarkan masalah-masalah

seperti kerosakan komputer dan lain-lain menghalang PdP dari dijalankan.

4.2 Encik Salem akan mengajar subjek TMK bagi tahun 6 pada tahun

hadapan. Guru TMK bagi kelas-kelas lain belum ditentukan lagi dan akan

diputuskan dalam Mesyuarat Kurikulum sebelum sesi persekolahan 2016

bermula.

(Makluman : Semua Guru)

Page 3: Mesyuarat TMK 2 Tahun 2015

5. Ucapan penutup

5.1 Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru dan

mengharapkan dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik lagi pada

tahun 2016. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh

_______________________________ ______________________

(PN NUR EMMALIZAWATI) (EN BIDEN MESUI)

Setiausaha Panitia TMK Guru Besar SK Serumbu