mesyuarat tmk 1 tahun 2015

5
MINIT MESYUARAT PERTAMA PANITIA TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN SERUMBU, BAU Tarikh : 29 Januari 2015 Hari : Khamis Masa : 1.15 petang Tempat : Bilik Akses SK Serumbu Kehadiran : Hadir 1. Encik Biden Mesui - (Guru Besar) 2. Encik Janting Briak - (Penolong Kanan 1) 3. Puan Nur Emmalizawati Abdullah - Guru TMK Tahun 4 & 5 Tidak Hadir 1. Tiada Agenda Mesyuarat 1. Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru. 1.2 Pengerusi juga memaklumkan lantikan Pn Nur Emmalizawati Abdullah sebagai Ketua Panitia TMK 2015 merangkap Setiausaha. (Tindakan : Makluman)

Upload: emmot-lizawati

Post on 27-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Mesyuarat

TRANSCRIPT

Page 1: Mesyuarat TMK 1 Tahun 2015

MINIT MESYUARAT PERTAMA

PANITIA TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN SERUMBU, BAU

Tarikh : 29 Januari 2015

Hari : Khamis

Masa : 1.15 petang

Tempat : Bilik Akses SK Serumbu

Kehadiran : Hadir

1. Encik Biden Mesui - (Guru Besar)

2. Encik Janting Briak - (Penolong Kanan 1)

3. Puan Nur Emmalizawati Abdullah - Guru TMK Tahun 4 & 5

Tidak Hadir

1. Tiada

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.

1.2 Pengerusi juga memaklumkan lantikan Pn Nur Emmalizawati Abdullah

sebagai Ketua Panitia TMK 2015 merangkap Setiausaha.

(Tindakan : Makluman)

2. Penerangan mata pelajaran TMK Tahun 4 dan 5

2.1 Pengerusi menerangkan bahawa TMK bagi tahun 4 adalah yang kedua

diajar pada tahun 2015 manakala TMK tahun 5 adalah kesinambungan

kepada mata pelajaran TMK yang telah diajar kepada murid tahun 4 tahun

2014.

2.2 Bermula tahun 2015, mata pelajaran TMK akan diajar sepanjang tahun

berbanding tahun 2014, memandangkan pada tahun lepas, berlaku

Page 2: Mesyuarat TMK 1 Tahun 2015

masalah pertindihan jadual dengan mata pelajaran RBT yang terpaksa

dilaksanakan secara 6 bulan pertama bagi RBT dan 6 bulan kedua bagi

TMK.

2.3 GB berharap pada tahun ini mata pelajaran TMK bagi tahun 4 dan 5 akan

dapat dilaksanakan PdP tanpa sebarang masalah.

2.4 Mata pelajaran TMK akan diajar selama 1 jam sekali bagi setiap kelas

dalam minggu pembelajaran. Bagi kelas TMK tahun 5, kelas telah

diagihkan kepada dua kelas dan bagi mata pelajaran TMK tahun 4, kelas

hanya sebuah sahaja dan kelas tersebut akan dikelolakan oleh:

Puan Nur Emmalizawati Abdullah: Kelas Tahun 4, Tahun 5A dan Tahun

5B

2.5 Ketua panitia menerangkan DSKP TMK Tahun 4 ada 7 tajuk dalam 2

modul.

Modul 1 : Modul Dunia Komputer

Modul 2 : Modul Elemen Multimedia

2.6 Manakala bagi TMK tahun 5, DSKP ada 6 tajuk dalam 2

modul.

Modul 3 : Sistem Rangkaian Dunia Internet

Modul 4 : Dunia Pangkalan Data

(Tindakan: Makluman)

3. Penyelarasan Buku Rekod Mengajar dan Rancangan Tahunan

3.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa penulisan buku rekod mengajar

ditulis dalam Bahasa Malaysia.

3.2 Perkara-perkara yang perlu ada semasa penulisan rancangan harian TMK

Tahun 4 seperti berikut:-

Tema

Tajuk

Page 3: Mesyuarat TMK 1 Tahun 2015

STD Kandungan

Objektif/Hasil pembelajaran

Aktiviti

EMK

Refleksi

3.3 Rancangan Pelajaran Tahunan boleh didapati melalui Ketua Panitia TMK

dalam bentuk simpanan flashdrive

(Makluman: Semua Guru)

4. Perancangan Tahun 2015

4.1 Ketua panitia menyatakan tidak ada maklumat tentang perancangan

aktiviti yang diarahkan oleh JPN namun akan mewujudkan aktiviti di

peringkat sekolah.

(Tindakan : Semua Guru)

5. Peruntukan Kewangan

5.1 Peruntukan kewangan bagi TMK KSSR adalah dibawah peruntukan

bersama Panitia Kajian Tempatan, namun begitu Guru Besar telah

memaklumkan akan menyemak saluran peruntukkan sebagai kepastian

dan diberitahu kelak.

5.2 Semua guru diminta menyenaraikan alatan yang hendak dibeli dan

menyerahkan kepada ketua Panitia.

(Tindakan: Semua Guru)

6. Hal-hal lain

6.1 Ketua Panitia memohon kerjasama semua guru agar dapat

menyampaikan pengajaran yang sebaiknya kerana TMK merupakan

subjek baru bagi murid Tahun 4 dan bagi tahun 5 adalah satu proses

perkembangan.

6.2 Ketua panitia menyatakan format peperiksaan adalah seperti yang telah

diberikan oleh pihak jabatan melalui contoh soalan penggal pertama dan

kedua selain berpandukan bank soalan sedia ada yang disediakan oleh

guru.

Page 4: Mesyuarat TMK 1 Tahun 2015

7. Ucapan penutup

7.1 Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru dan

mengharapkan dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik lagi pada

tahun 2015. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh

_______________________________ ______________________

(PN NUR EMMALIZAWATI) (EN BIDEN MESUI)

Setiausaha Panitia TMK Guru Besar SK Serumbu