mesyuarat panitia matematik kali kedua

Upload: khairy-kamarudin

Post on 04-Apr-2018

1.123 views

Category:

Documents


41 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Mesyuarat Panitia Matematik Kali Kedua

    1/4

    MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI KEDUA

    SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BUAYA

    42700 BANTING

    BIL : 2/2011

    TARIKH : 08/04/2011

    HARI : JUMAAT

    MASA : 11.00 PAGI

    TEMPAT : BILIK GURU

    KEHADIRAN:

    1. PN. FATIMAH BT EMBONG PK1

    2. PN. RUSHITA BT HASHIM

    3. PN. NORHAYATI BT BAHAROM

    4. CIK NURASHIKIN BT SUPERMAN5. PN. MAZLIFAH BT MOKHTAR

    6. EN. MOHAMMAD FATHUR RAZI B A. WAHAB

    7. EN. MUHAMMAD SHARUL FARDLY B SAPIAN

    8. EN. KHAIRY ASHRAF B KAMARUDIN

    9. PN. NORHAZANA BT KAMARDEN

    10.EN. SALLEHUDIN

    TIDAK HADIR:1. PN. SITI WAHIDAH BT YAACOB K.Panitia

  • 7/31/2019 Mesyuarat Panitia Matematik Kali Kedua

    2/4

    AGENDA

    1. Ucapan Pengerusi Majlis

    - Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan ummul kitab Al-Fatihah.

    - Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir.

    Tindakan: Makluman

    2. Ucapan Penasihat

    - Pn. Fatimah berharap Mesyuarat pada hari ini akan membuahkan hasil.

    - Beliau mengharapkan mesyuarat berjalan lancar dan mendapat kata

    sepakat di dalam menentukan hala tuju panitia.

    - Pencapaian ka arah peningkatan prestasi pelajar perlu dibincangkan

    untuk menaikkan peratus murid.

    - Beliau berharap setiap soalan peperiksaan dibincangkan dengan guru

    lain. Setiap soalan hendaklah dihantar ke ketua panitia serta GPK 1

    untuk disemak.

    - Beliau memberitahu peratus kelulusan setiap tahun iaitu tahun 1

    sebanyak 97.37%, tahun 2 sebanyak 86.81%, tahun 3 sebanyak 60.92%,

    tahun 4 sebanyak 80.56%, tahun 5 sebanyak 47.52% dan tahun 6

    sebanyak 54.92%.

    Tindakan: Makluman

    3. Pembentangan minit

  • 7/31/2019 Mesyuarat Panitia Matematik Kali Kedua

    3/4

    4. Perkara berbangkit

    - Semua guru matematik membincangkan masalah yang dihadapi murid

    setiap tahun yang menyebabkan murid gagal dalam ujian bulanan 1.

    Tahun 1

    - Terdapat murid yang masih tidak tahu membaca.

    - Murid tidak membaca soalan kerana baru kali pertama menduduki

    ujian.

    Tahun 2

    - Guru sentiasa bertukar ganti (tiada guru tetap)

    - Murid gagal menjawab soalan tentukan yang mane kanan yang mane

    kiri.

    Tahun 3- Soalan penyelesaian masalah sukar dijawab kerana masalah sukar faham

    dan malas membaca masalah yang diberi.

    Tahun 4

    - Peralihan jenis soalan dari tahun 3 ke tahun 4.

    - Murid tidak mahir darab.

    - Terdapat 2 orang murid dari 4 Usaha tidak tahu membaca.

    Tahun 5

    - Soalan terlalu banyak perkiraan dan mengambil masa yang lama untuk

    menjawab soalan.

    - Masa tahun 3 tidak diajar dengan baik, diikuti tahun 4 dan tahun 5.

    - Sikap tahun 5 Usaha yang suka bermain.

    Tahun 6

    - Murid malas nk memahami soalan.

    - Soalan yang panjang jalan kerjanya tidak dibuat.

    - Murid tidak mahu berfikir untuk menyelesaikan masalah.

    Tindakan: AJK

  • 7/31/2019 Mesyuarat Panitia Matematik Kali Kedua

    4/4

    5. Hal-hal lain

    5.1 Cara-cara mengatasi murid yang lemah dalam matematik:

    - Menggunakan pendekatan psikologi terhadap murid-murid.

    - Mengguakan kaedah Polya untuk menyelesaikan soalan

    penyelesaian masalah.

    - Minum air yassin pada hari jumaat.

    - Jalankan program mento-menti.

    - Buat LADAP untuk cara menjawab soalan matematik bagi guru

    baru.

    - Dedahkan murid-murid dengan soalan-soalan seperti dalam ujian

    lebih awal.

    - Membuat ujian congak.

    - Gunakan pendekatan ganjaran dan dendaan.

    - Gunakan kad imbasan.- Pilih 2 atau 3 buku untuk membuat modul bagi tahun 3 6.

    Tindakan: AJK

    Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12:30 tengah hari.

    Disediakan oleh, Disemak oleh,

    .. ..

    ( Khairy Ashraf B. Kamarudin) ( Siti Wahida bt Yaacob)

    Setiusaha Panitia Ketua Panitia