mesyuarat jk permuafakatan bil 1

6
MESYUARAT JK PERMUAFAKATAN BIL 1/2013 SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 20 , SHAH ALAM TARIKH : 19 APRIL 2013 HARI : JUMAAT MASA : 2.30 PTG HINGGA 6.00 PTG TEMPAT : BILIK WAWASAN SK SEKSYEN 20 SHAH ALAM KEHADIRAN 1. PN SAMSIAH BINTI SULAIMAN 2. EN MOHIMIN ABDUL FATAH 3. EN AZMIR 4. PN SITI ZUBAIDAH BINTI MOHD YUSOP 5. PN SUZANA BINTI IBRAHIM 6. PN LIM PECK KIM 7. PN NURUL IZZAH BINTI YAHAYA 8. PN ROHANA BINTI BAJURI 9. PN ROSMAINI BINTI MAT KAZI 10. EN MOHAMAD BIN ISMAIL 11. PN ROZITA BINTI IBRAHIM 12. PN AZIZAH BINTI JAMIL 13. PN SURIA HAYATI BINTI MAT SHAH 14. PN AZIMAH BINTI KHAMIS 15. PN HARLIZA BT RAMLI 16. PN RUSILAH BT HASSAN 17. PN MARINA BT AZIZ 18. PN NORLIZA MOHD ZAIDI 19. PN HAMIDAH ALI 20. TIDAK HADIR- BERSEBAB 1. EN MOHAMMAD ABDULLAH ABD RAZAK 2. EN AL RASHID HARUN 3. EN KHAIRUL FAIZ KHAIRUDDIN 4. EN AHMAD BIN MOHD HASSAN 5. PN WAZNI BINTI MOHD ARIF 6. EN NURUL AZHAR 7. PN AMUTHA A/P SHANMUGAM

Upload: abu-ilham

Post on 29-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

mesyuarat

TRANSCRIPT

Page 1: Mesyuarat Jk Permuafakatan Bil 1

MESYUARAT JK PERMUAFAKATAN BIL 1/2013

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 20 , SHAH ALAM

TARIKH : 19 APRIL 2013HARI : JUMAATMASA : 2.30 PTG HINGGA 6.00 PTGTEMPAT : BILIK WAWASAN SK SEKSYEN 20 SHAH ALAM

KEHADIRAN1. PN SAMSIAH BINTI SULAIMAN2. EN MOHIMIN ABDUL FATAH3. EN AZMIR4. PN SITI ZUBAIDAH BINTI MOHD YUSOP5. PN SUZANA BINTI IBRAHIM6. PN LIM PECK KIM7. PN NURUL IZZAH BINTI YAHAYA8. PN ROHANA BINTI BAJURI9. PN ROSMAINI BINTI MAT KAZI10. EN MOHAMAD BIN ISMAIL11. PN ROZITA BINTI IBRAHIM12. PN AZIZAH BINTI JAMIL 13. PN SURIA HAYATI BINTI MAT SHAH14. PN AZIMAH BINTI KHAMIS15. PN HARLIZA BT RAMLI16. PN RUSILAH BT HASSAN17. PN MARINA BT AZIZ18. PN NORLIZA MOHD ZAIDI19. PN HAMIDAH ALI20.

TIDAK HADIR- BERSEBAB1. EN MOHAMMAD ABDULLAH ABD RAZAK2. EN AL RASHID HARUN3. EN KHAIRUL FAIZ KHAIRUDDIN4. EN AHMAD BIN MOHD HASSAN5. PN WAZNI BINTI MOHD ARIF6. EN NURUL AZHAR7. PN AMUTHA A/P SHANMUGAM

Page 2: Mesyuarat Jk Permuafakatan Bil 1

AGENDA MESYUARAT

1. Bacaan doa

1.1 Bacaan doa diketuai oleh En Azmir selaku Pengerusi Permuafakatan Tahun 6

2. Ucapan Pengerusi- En Azmir

2.1 Mengucapkan terima kepada guru-guru dan wakil ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat

Permuafakatan Kali Pertama /2013

2.2 Memperkenalkan semua AJK yang hadir di kalangan guru dan ibubapa

3. Objektif dan peranan JK Permuafakatan Tahun 6

3.1 Membantu pihak pentadbiran dan guru ke arah kecemerlangan murid Tahun 6

3.2 Mengenal pasti faktor kelemahan dan strategi penambahbaikan

3.3 Mencapai KPI SKS20 kelulusan mencecah 90% pada tahun 2013 berbanding 80% pada tahun

2012.

3.4 Misi :-

Semua ahli jawatankuasa merupakan perantara untuk menyampaikan maklumat kepada

ibubapa mengenai anak- anak yang bermasalah. Ibubapa dan guru hendaklah menerima anak-

anak ini seadanya tanpa membuat perbandingan dengan yang lain. Guru memainkan peranan

yang penting di dalam mendidik murid- murid kerana kelebihan guru terletak pada ‘teknik’

dan peranannya menjurus kepada ‘kejayaan’. Untuk mencapai kejayaan ini sikap

kesederhanaan perlu ada pada semua guru dan murid supaya tidak terlalu yakin pada kejayaan

yang bakal dikecapi. Selain itu, kita perlulah mengamalkan konsep usaha, doa dan tawakal.

4. Laporan Prestasi Peperiksaan Tahun 6 (Jan- Mac)

4.1 Membentangkan perbandingan peratusan lulus dan bilangan murid galus setiap subjek UPSR bagi

Percubaan 1 & 2.

Page 3: Mesyuarat Jk Permuafakatan Bil 1

4.2 Dapatan daripada keputusan ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan keputusan bagi

Percubaan UPSR 2 berbanding UPSR.

4.3 Bahasa Inggeris –Pn Suzana Binti Ibrahim. Memaklumkan terdapat peningkatan semua subjek

tetapi masih terdapat segelintir pelajar yang cuai dan terlalu yakin menjawab soalan-solan yang

mudah sehingga berlaku kesilapan dan menyebabkan penurunan markah.

4.4 Bahasa Melayu – Pn Siti Zubaidah Binti Mohd Yusop. Kebanyakan pelajar masih

menggunakan bahasa pasar dalam membina ayat dan membuat karangan. Masih terdapat

pelajar yang membina sturuktur ayat secara terbalik. Untuk bahagian penulisan pelajar

tidak dapat menghubungkaitkan cerita yang diberikan kerana masih lagi tidak menghafaz

nilai yang telah guru berikan.

4.5 Matematik-Pn Rozita Ibrahim. Kebanyakkan pelajar masih tidak menghafal sifir

Ini menyukarkan mereka untuk menyelesaikan soalan matematik yang diberikan.

4.6 Sains- Pn Rohana Bajuri. Latihan dilakukan secara berkala dan guru-guru Sains

menggunakan Akhbar Didik untuk latih tubi. Sekiranya pelajar patuh dan mengikut

arahan guru ketika membuat latihan dalam Akhbar Didik pelajar boleh mencapai tahap

lulus.

5. Perbincangan penambahbaikan prestasi murid berdasarkan LTM

Antara langkah- langkah yang akan diambil bagi mangatasi masalah ini ialah:-

5.1 Guru- guru diminta mengenalpasti jumlah murid- murid yang GALUS atau berada di borderline.

5.2 Keputusan murid- murid GALUS ini akan diberikan kepada ibubapa secara individu.

5.3 Faktor- faktor murid GALUS ini dikenalpasti kerana kurangnya keinsafan di kalangan murid-

murid dan kurang kerjasama daripada ibubapa itu sendiri.

5.4 Guru- guru akan memberikan kerja rumah setiap hari mengikut subjek masing- masing.

5.5 Pihak pentadbiran juga meminta kerjasama daripada ibubapa untuk memainkan peranan yang

penting dalam memastikan kejayaan anak- anak mereka.

Page 4: Mesyuarat Jk Permuafakatan Bil 1

5.6 Guru khususnya guru agama diminta untuk menyediakan doa khusus untuk dibacakan setiap hari

samada di dataran perhimpunan mahupun di dalam kelas serta melakukan Solat Dhuha mengikut

kelas ( sebagai santapan rohani ).

6. Hal- hal lain

6.1 Pn Siti Zubaidah- mencadangkan agar Program mento- menti dijalankan secara santai/ sendiri serta

mewujudkan kumpulan masing-masing untuk mengadakan perbincangan pada hari minggu @ cuti.

6.2 Pn Azizah Jamil- memaklumkan agar ibu bapa lebih berperanan dan memantau pelajaran anak-

anak di rumah serta membantu untuk mengadakan aktiviti- aktiviti yang bermanfaat serta kelas

bimbingan bagi anak- anak yang tidak bersekolah agama.

6.3 Pn Marina- mengklasifikasikan masalah ini sebagai kurang daya saing di kalangan pelajar- pelajar

itu sendiri.

6.4 Pn Suzana Ibrahim- mengenalpasti prestasi murid- murid kelas ketiga kurang memuaskan

berbanding murid kelas keempat pada tahun lepas. Ini kerana sikap pelajar itu sendiri yang kurang

menitikberatkan pelajaran akibat daripada suasana dan persekitaran mereka sendiri.

6.5 Pn Suria Hayati- membentangkan aktiviti- aktiviti yang akan dijalankan untuk murid Tahun 6

sepanjang tahun ini. Rujuk Lampiran 1

Dapatan daripada guru-guru matepelajaran

6.5.1 Memantau kerja , latihan , beg sekolah , anak-anak di rumah agar kerja-kerja

yang dibekalkan dapat disiapkan

6.5.2 Mementingkan kehadiran pelajar ke sekolah agar tidak sering ponteng

6.5.3 Murid menganggap peperiksaan tiada nilai dan tidak bermotivasi untuk

menjawab kertas peperiksaan.

7. Ucapan Penagguhan

7.1 Agar perjumpaan ini mendapat manfaat yang banyak. Semangat guru-guru tidak pernah

luntur dan sentiasa berusaha untuk meningkat pencapaian prestasi pelajaran anak-anak.

Menyarankan kepada ibu bapa agar menyuntik semangat dan kasih sayang dari rumah.

Pendekatan agama mestilah sejajar dengan pendidikan akademik.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_____________________ ________________

Pn Nurul Izzah binti YahayaSetiausaha Tahun 6

Page 5: Mesyuarat Jk Permuafakatan Bil 1