mesyuarat agung tahunan pibg 2015

6
Mensyuarat PIBG Bil.1/2015 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK LONG SOBENG SESI 2014/2016 Tarikh : 8 Februari 2015 Masa : 1400 Tempat: Dewan Serbaguna SKLS Agenda: Ucapan Alu-Aluan oleh YDP PIBG Ucapan Guru Besar SKLS Pengesahan Minit Mesyuarat Laporan Kewangan Perlantikan Setiausaha PIBG Gotong royong PIBG Permohonan projek ‘dam sekolah’ dan projek ‘alur gajah’ Hari pelaporan sarana ibu bapa Majlis sambutan guru baru dan majlis perpisahan guru yang berpindah Perkara-perkara lain Kehadiran: Rujuk Lampiran 1 Ketidakhadiran: En. Awang En. Joseph Cik. Syazwina BIL PERKARA TINDAKAN 1. Ucapan alu-aluan oleh Yang Di-Pertua PIBG 1.1 Yang Di-Pertua, En. Wilson Braim merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua hadirin. 1.2 Beliau juaga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan segala aktiviti PIBG yang lepas. Makluman

Upload: mohamad-aizat

Post on 12-Nov-2015

246 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

.,,

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK LONG SOBENG SESI 2014/2016

Tarikh: 8 Februari 2015Masa: 1400Tempat: Dewan Serbaguna SKLS

Agenda:Ucapan Alu-Aluan oleh YDP PIBG Ucapan Guru Besar SKLSPengesahan Minit MesyuaratLaporan KewanganPerlantikan Setiausaha PIBGGotong royong PIBGPermohonan projek dam sekolah dan projek alur gajahHari pelaporan sarana ibu bapaMajlis sambutan guru baru dan majlis perpisahan guru yang berpindahPerkara-perkara lain

Kehadiran: Rujuk Lampiran 1Ketidakhadiran: En. Awang En. Joseph Cik. Syazwina

BILPERKARATINDAKAN

1. Ucapan alu-aluan oleh Yang Di-Pertua PIBG

1.1 Yang Di-Pertua, En. Wilson Braim merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua hadirin.1.2 Beliau juaga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan segala aktiviti PIBG yang lepas.Makluman

2Ucapan Guru Besar SKLS

2.1 Guru Besar menyatakan hasrat yang ingin dicapai: - meningkatkan infrastukrur dan kemudahan di sekolah terutamanya masalah kekurangan air -meningkatkan tahap keceriaan kelas-kelas di SKLS -meningkatkan tahap keputusan dalam peperiksaan UPSR. -pihak ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap akademik murid SKLS, tidak hanya bergantung kepada pihak sekolah semata-mata.

3Pengesahan minit Mesyuarat Agung yang lepas

Dicadang Oleh: En. Mohd Hamidi Disokong Oleh: Pn. Theresa Telan Luhat

4Perkara berbangkit:

4.1 I-sobengSetelah berbincang, keputusan telah dicapai secara bersama antara pihak sekolah dan ahli PIBG. Projek ini dibatalkan dan laptop akan dipulangkan semula kepada pihak penama laptop tersebut iaitu waris kepada murid.

5Laporan Kewangan:

5.1 En. Nelson Subom membentangkan status kewangan PIBG - baki pada 1.1.2015 = RM 1483.70 - kemaskini terakhir pada 26.1.2015 = RM 1663.70

5.2 En. Nelson Subom memaklumkan sumbangan sebanyak RM10 daripada sebuah keluarga yang mempunyai anak serta guru-guru dan Anggota Kakitangan Pelaksana di SK Long Sobeng akan diteruskan. 5.3 Penama baru untuk akaun PIBG perlu dilantik semula kerana salah seorang penama akaun PIBG iaitu setiausaha PIBG 2014/2016, En. Kevin Chong Khin Loong telah berpindah sekolah.

6Perlantikan Setiausaha PIBG 2015/2017

6.1 Setiausaha PIBG 2014/2016 telah bertukar sekolah.

6.2 Setiausaha PIBG 2015/2017 telah dilantik : En. Mohamad Aizat B. Ahmad Sofi

7Gotong-royong PIBG

7.1 Guru besar mencadangkan gotong royong ini melibatkan aktiviti membaiki bangunan, kelas dan sistem perparitan di SKLS.

7.2 YDP PIBG mencadangkan kepada pihak ibu bapa untuk membantu menyediakan papan untuk kegunaan membaik pulih bangunan sekolah. Berikut merupakan butiran papan: - sais papan = 10 (panjang) x 1(tebal) x 7(lebar)

7.3 Pihak guru akan membuat sumbangan sebanyak RM20/person

Tindakan:Dipersetujui pihak ibu bapa dan guru.

8. Permohonan Projek Dam Sekolah dan Projek Alur Gajah

8.1 Guru Besar memaklumkan kepada semua pihak bahawa peruntukan untuk kos Projek Dam Sekolah dan Projek Alur Gajah ini akan dipohon kepada ahli parlimen Baram, P220 iaitu YB En. Anyie Ngau sebanyak RM10 000.

8.2 YDP PIBG dan Guru Besar memberi kata putus bahawa projek ini akan dilakukan secara bergotong royong antara pihak sekolah dan ahli PIBG.

Makluman

9Hari Pelaporan Sarana Ibu Bapa

9.1 En. Peter Landy memaklumkan bahawa Hari Pelaporan Sarana Ibu Bapa akan diadakan pada bulan Mac.

9.2 En. Peter Landy juga memaklumkan bahawa Hari Penetapan Target Tahun 6 juga turut akan dilakukan pada Hari Pelaporan Sarana Ibu Bapa tersebut.

9.3 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ibu bapa kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik semasa Hari Anugerah Cemerlang dan Sukan Tahunan SKLS.

9.4 Guru Besar juga turut merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak ibu bapa kerana telah memberikan kerjasama yang begitu baik dalam menjayakan sebarang program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah pada tahun 2014

10 Majlis Sambutan Hari Guru Baru dan Majlis Perpisahan Guru Yang Berpindah

10.1 En. David Ubong memaklumkan bahawa tarikh majlis tersebut ialah pada hari Khamis 12.2.2015 jam 7 petang.

11 Perkara-perkara lain

11.1 En. Tai Chin Siong menjelaskan mengenai peraturan baru yang telah ditetapkan berkaitan buku teks: - Buku teks perlu dibalut - Denda RM1 akan dikenakan sekiranya buku teks tidak dibalut.

11.2 En. Peter Landy menyuarakan hasrat agar tandas murid lelaki juga diberikan perhatian serius dan meminta agar dapat diperbaiki semasa gotong royong diadakan kelak.

11.3 Guru Besar memaklumkan berkaitan sukan MSSR.

11.4 Guru Besar meminta kata putus berkaitan masalah anjing yang berkeliaran dalam kawasan sekolah.Masalah anjing berkeliaran:Masih tiada tindakan khusus.

10. Oleh kerana tiada lagi perkara yang hendak dibincangkan, maka mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul 1711.

Dicadang Oleh: En. Abdul Azim Disokong Oleh: En. Allen

Mensyuarat PIBG Bil.1/2015

Disediakan Oleh;___________________________(MOHAMAD AIZAT B. AHMAD SOFI)Setiausaha PIBGSK Long SobengDisahkan Oleh;

Disemak oleh:

___________________________(WILSON BRAIM)Yang Di-Pertua PIBGSK Long Sobeng