mesej untuk pekerja pembuatan amalan kerja yang selamat · pdf fileseorang krew...

1
Seorang krew penyelenggaraan telah memasang semula paip di bahagian atas reaktor di sebuah kilang penapis minyak. Reaktor itu telah dibersihkan dengan nitrogen untuk menghindari oksigen di udara dari berinteraksi dengan pemangkin di dalamnya, dan bahagian atas reaktor telah di buka (1). Tanda A menunjukkan bahawa reaktor adalah ruang terkurung dan permit diperlukan untuk masuk, tetapi tiada tanda amaran mengenai kehadiran nitrogen. Dalam permit kerja, kotak yang menunjukkan "Purge Nitrogen atau lengai" telah diperiksa "N / A" - Tidak Berkenaan (2). Apabila pekerja penyelenggaraan memulakan kerja, mereka mendapati bahawa ada segulung pita salur di dalam reaktor (3), iaitu yang perlu dikeluarkan. Mereka cuba untuk mengeluarkan pita daripada luar menggunakan wayar yang panjang untuk disambung ke pita, tetapi tidak berjaya. Apa yang berlaku seterusnya adalah tidak jelas. Seorang pekerja mungkin telah sengaja memasuki reaktor untuk mengeluarkan pita berkenaan, dan bercadang untuk keluar dengan cepat. Satu lagi kemungkinan adalah bahawa pekerja yang cuba untuk menhampiri dengan lebih dekat dengan pita berkenaan dengan duduk di pinggir pembukaan reaktor, dan sama ada tergelincir atau jatuh, atau tidak sedarkan diri daripada persekitaran suasana oksigen yang kurang berhampiran pembukaan reaktor lalu jatuh ke dalam reaktor. Seorang rakan sekerja mendapati bahawa lelaki itu tidak sedar di dalam reaktor lantas cuba masuk kedalam reactor untuk tujuan menyelamat. Akan tetapi, beliau juga tidak sedarkan diri dan pengsan. Satu pasukan penyelamat yang telah tiba dengan peralatan yang lengkap dan mengeluarkan dua orang yang tidak sedarkan diri tadi, tetapi ianya sudah terlambat. Kedua-duanya telah disahkan meninggal dunia di hospital. Apa yang anda boleh dilakukan? Fahami sistem permit kerja kilang anda! http://www.aiche.org/CCPS/Publications/Beacon/index.aspx Mesej untuk Pekerja Pembuatan © AIChE 2015. All rights reserved. Reproduction for non-commercial, educational purposes is encouraged. However, reproduction for any commercial purpose without express written consent of AIChE is strictly prohibited. Contact us at [email protected] or 646-495-1371. Amalan Kerja Yang Selamat The Beacon is usually available in Arabic, Afrikaans, Chinese, Czech, Danish, Dutch, English, French, German, Greek, Gujarati, Hebrew, Hindi, Italian, Japanese, Korean, Malay, Marathi, Norwegian, Persian, Polish, Portuguese, Romanian, Russian, Spanish, Swedish, Telugu, Thai, Turkish, and Vietnamese. www.aiche.org/ccps April 2015 This issue sponsored by www.iomosaic.com “Amalan Kerja Selamat’’ merujuk kepada proses yang kita gunakan untuk membenarkan aktiviti kerja bukan rutin, dan untuk mengawal bahaya dan menguruskan risiko yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti ini. Amalan Kerja Yang Selamat sering kali membenarkan kerja melalui permit, yang selalunya termasuk di dalam senarai semak tentang bahaya yang mungkin timbul dengan kerja yang berkaitan dengan nya. “Aktiviti bukan rutin" tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan berapa kerap aktiviti yang dilakukan. Sebaliknya ia merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang BUKAN sebahagian daripada proses biasa untuk menukarkan bahan-bahan mentah kepada produk akhir, dan TIDAK TERMASUK dengan prosedur operasi standard kilang itu untuk operasi secara normal. Contoh Amalan Kerja Yang Selamat: membuka saluran paip, masuk ke dalam lurang, masuk kedalam ruang terkurung, kawalan sumber tenaga, Lock Out / Tag Out, permit kerja panas, permit kerja yang tinggi, penggalian di kawasan proses. Adakah anda tahu? Fahami semua Amalan Kerja Yang Selamat di kilang anda dan kawasan kerja anda, termasuklah kebenaran dan sistem permit. Tahu apa aktiviti yang memerlukan permit, dan apa proses untuk mendapatkan permit tersebut. Jika anda membenarkan aktiviti kerja bukan rutin yang termasuk di dalam sistem permit kerja kilang anda, pastikan anda betul-betul terlatih, memahami sistem permit, dan memahami bahaya yang berkait dengan kerja. Jika anda mengeluarkan permit, pastikan semua yang terlibat melakukan kerja tersebut memahami bahaya yang ada. Jangan bergantung pada orang lain untuk mengesahkan bahawa sistem yang betul disediakan untuk kerja-kerja. Jika anda yang akan menandatangani permit berkenaan, anda sendiri yang memeriksanya semua! Jika anda melakukan aktiviti kerja yang bukan rutin, pastikan bahawa anda mempunyai permit yang diperlukan, mengikut semua prosedur yang diperlukan untuk mengawal bahaya, dan menggunakan peralatan perlindungan diri yang betul. Jika berlaku perubahan semasa kerja sedang berlangsung, hubungi orang yang membenarkan kerja untuk mendapat kebenaran dan untuk menentukan sama ada perlu apa-apa langkah keselamatan tambahan diperlukan. 1 2 3

Upload: tranhanh

Post on 06-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mesej untuk Pekerja Pembuatan Amalan Kerja Yang Selamat · PDF fileSeorang krew penyelenggaraan telah memasang semula paip di bahagian atas reaktor di sebuah kilang penapis minyak

Seorang krew penyelenggaraan telah memasang semula paip di bahagian atas reaktordi sebuah kilang penapis minyak. Reaktor itu telah dibersihkan dengan nitrogen untukmenghindari oksigen di udara dari berinteraksi dengan pemangkin di dalamnya, danbahagian atas reaktor telah di buka (1). Tanda A menunjukkan bahawa reaktor adalahruang terkurung dan permit diperlukan untuk masuk, tetapi tiada tanda amaran mengenaikehadiran nitrogen. Dalam permit kerja, kotak yang menunjukkan "Purge Nitrogen ataulengai" telah diperiksa "N / A" - Tidak Berkenaan (2).

Apabila pekerja penyelenggaraan memulakan kerja, mereka mendapati bahawa adasegulung pita salur di dalam reaktor (3), iaitu yang perlu dikeluarkan. Mereka cuba untukmengeluarkan pita daripada luar menggunakan wayar yang panjang untuk disambung kepita, tetapi tidak berjaya. Apa yang berlaku seterusnya adalah tidak jelas. Seorang pekerjamungkin telah sengaja memasuki reaktor untuk mengeluarkan pita berkenaan, danbercadang untuk keluar dengan cepat. Satu lagi kemungkinan adalah bahawa pekerja yang cuba untuk menhampiri dengan lebih dekat dengan pita berkenaan dengan duduk di pinggir pembukaan reaktor, dan sama ada tergelincir atau jatuh, atau tidak sedarkan diridaripada persekitaran suasana oksigen yang kurang berhampiran pembukaan reaktor lalujatuh ke dalam reaktor.

Seorang rakan sekerja mendapati bahawa lelaki itu tidak sedar di dalam reaktor lantascuba masuk kedalam reactor untuk tujuan menyelamat. Akan tetapi, beliau juga tidaksedarkan diri dan pengsan. Satu pasukan penyelamat yang telah tiba dengan peralatanyang lengkap dan mengeluarkan dua orang yang tidak sedarkan diri tadi, tetapi ianyasudah terlambat. Kedua-duanya telah disahkan meninggal dunia di hospital.

Apa yang anda boleh dilakukan?

Fahami sistem permit kerja kilang anda!

http://www.aiche.org/CCPS/Publications/Beacon/index.aspxMesej untuk Pekerja Pembuatan

©AIChE 2015. All rights reserved. Reproduction for non-commercial, educational purposes is encouraged. However, reproduction for any commercial purpose without express written consent of AIChE is strictly prohibited. Contact us at [email protected] or 646-495-1371.

Amalan Kerja Yang Selamat

The Beacon is usually available in Arabic, Afrikaans, Chinese, Czech, Danish, Dutch, English, French, German, Greek, Gujarati, Hebrew, Hindi, Italian, Japanese, Korean, Malay, Marathi, Norwegian, Persian, Polish, Portuguese, Romanian, Russian, Spanish, Swedish, Telugu, Thai, Turkish, and Vietnamese.

www.aiche.org/ccps

April 2015

This issue sponsored by

www.iomosaic.com

“Amalan Kerja Selamat’’ merujuk kepada proses yang kita gunakan untuk membenarkan aktiviti kerja bukanrutin, dan untuk mengawal bahaya dan menguruskanrisiko yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti ini.

Amalan Kerja Yang Selamat sering kali membenarkankerja melalui permit, yang selalunya termasuk di dalam senarai semak tentang bahaya yang mungkintimbul dengan kerja yang berkaitan dengan nya.

“Aktiviti bukan rutin" tidak mempunyai apa-apakaitan dengan berapa kerap aktiviti yang dilakukan. Sebaliknya ia merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang BUKAN sebahagian daripada proses biasa untukmenukarkan bahan-bahan mentah kepada produkakhir, dan TIDAK TERMASUK dengan proseduroperasi standard kilang itu untuk operasi secaranormal.

Contoh Amalan Kerja Yang Selamat: membukasaluran paip, masuk ke dalam lurang, masuk kedalamruang terkurung, kawalan sumber tenaga, Lock Out / Tag Out, permit kerja panas, permit kerja yang tinggi, penggalian di kawasan proses.

Adakah anda tahu? Fahami semua Amalan Kerja Yang Selamat di kilang anda dan

kawasan kerja anda, termasuklah kebenaran dan sistem permit. Tahuapa aktiviti yang memerlukan permit, dan apa proses untukmendapatkan permit tersebut.

Jika anda membenarkan aktiviti kerja bukan rutin yang termasuk di dalam sistem permit kerja kilang anda, pastikan anda betul-betulterlatih, memahami sistem permit, dan memahami bahaya yang berkait dengan kerja.

Jika anda mengeluarkan permit, pastikan semua yang terlibatmelakukan kerja tersebut memahami bahaya yang ada.

Jangan bergantung pada orang lain untuk mengesahkan bahawasistem yang betul disediakan untuk kerja-kerja. Jika anda yang akanmenandatangani permit berkenaan, anda sendiri yang memeriksanyasemua!

Jika anda melakukan aktiviti kerja yang bukan rutin, pastikanbahawa anda mempunyai permit yang diperlukan, mengikut semuaprosedur yang diperlukan untuk mengawal bahaya, danmenggunakan peralatan perlindungan diri yang betul. Jika berlakuperubahan semasa kerja sedang berlangsung, hubungi orang yang membenarkan kerja untuk mendapat kebenaran dan untukmenentukan sama ada perlu apa-apa langkah keselamatan tambahandiperlukan.

1

2

3