menurut nik safiah karim dalam.docx

Upload: frank-perez

Post on 02-Jun-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Menurut Nik Safiah Karim dalam.docx

    1/5

    Menurut Nik Safiah Karim dalam

    bukunya Pendekatan Pengajaran Bacaan Peringkat Sekolah Rendah (1998), kaedah

    ini telah mula diperkenalkan oleh Smith (dalam Sofiah Hamid, 1983) yang

    menerokai bidang penyelidikan tentang masalah membaca dalam kalangan kanakkanak

    bermula dari tahun 1891 hingga tahun 1966 di Eropah. Smith (dalam Sofiah

    Hamid, 1983) memperkenalkan kaedah ini sebagai kaedah ayat dan cerita pendek.

    Hasil perkembangan semasa kaedah ini mula diubah suai menjadi satu kaedah baru

    yang dikenali sebagai kaedah kad suku kata. Kaedah ini memerlukan guru menulis

    perkataan yang mudah dalam satu kad bagi memudahkan murid membaca

    Murid boleh mengeja perkataan tersebut namun sukar membacanya. Berdasarkan latihan mengeja dan

    membatang suku kata, pengkaji mendapati tahap kemahiran membaca murid ini sangat lemah sehingga

    tidak dapat membaca perkataan yang mempunyai dua suku kata terbuka. Pengkaji memberikan

    bimbingan kepada murid tersebut dengan cara latih tubi menyebut perkataan-perkataan yang

    mempunyai dua suku kata terbuka. Kemudian, pengkaji memberi latihan yang sama kepada murid

    tersebut. Dengan bimbingan secara individu dan didapati ada peningkatan cara membatang suku kata

    dan membaca perkataan yang dibentuk dengan suku kata. Namun, hanya tiga dari lima suku kata yang

    ditunjukkan berjaya dieja dan disebut dengan betul. Berdasarkan pemerhatian tersebut maka murid ini

    perlukan bimbingan yang khusus dengan menggunakan kaedah kad suku kata bagi membantunya

    menguasai kemahiran asas membaca.

    Selain daripada kaedah pemerhatian, satu tinjauan awal telah dijalankan untuk memperoleh data awal

    iaitu melalui kaedah temu bual dan soal selidik yang dilakukan ke atas murid tersebut yang bernama

    Muhammad Zulkhairi Bin Johari. Melalui temubual yang dilakukan secara terbuka, maklum balas

    daripada murid berkenaan, masalah dan punca murid lemah dalam membaca dapat diketahui. Ibu bapa

    yang ditemu bual juga membantu dalam mencari punca masalah mengapa anak mereka belum

    menguasai kemahiran asas membaca. Mereka mengakui bahawa kelambatan mengeja dan ayat yang

    panjang adalah masalah bagi mereka. Selain itu, terlalu banyak perkataan di dalam bahan bacaan

    menjadikan mereka keliru, buntu dan mula malas untuk mengeja dan membaca.

    bimbingan untuk membaca hanya diberikan semasa berada di sekolah sahaja. Tiada bimbingandiberikan kepada murid ini semasa di rumah. Kemungkinan kesibukan ibu bapa dan tidak mengambil

    tahu perihal anak-anak menyebabkan murid ini tidak berminat langsung untuk belajar di rumah. Guru

    hanya dapat membimbing murid ini semasa berada di sekolah. Ibu bapa atau keluarga murid ini

    sepatutnya memainkan peranan mereka sepanjang berada di rumah. Taraf kehidupan keluarga juga

    memberikan kesan yang mendalam kepada diri murid ini. Taraf kehidupan biasanya rendah dan tidak

    terdapat cukup makanan yang berkhasiat yang tidak bagus untuk perkembangan minda. Rumah yang

  • 8/11/2019 Menurut Nik Safiah Karim dalam.docx

    2/5

    sesak juga mengakibatkan satu lagi kekurangan atau penderitaan yang serius. Terdapat kurangnya

    perhubungan antara ibu bapa dan Muhammad Zulkhairi Bin Johari yang menyebabkan ibu bapanya

    kurang memberikan galakan dan rangsangan serta kasih sayang kepada anak-anak mereka. Keadaan ini

    juga akan menimbulkan lagi masalah, misalnya masalah gangguan masa tidur, rehat dan keletihan yang

    akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan seterusnya pencapaian akademik mereka.

    KEPENTINGAN FOKUS (OBJ KAJIAN)

    dapat membantu guru-guru pendidikan khas terutamanya yang mengajar mata pelajaran Bahasa

    Malaysia membantu murid-murid bermasalah pembelajaran dalam kelas Program Pendidikan Khas

    Integrasi membaca suku kata terbuka dengan lebih berkesan. Selain itu kajian ini dijangka turut

    membantu murid-murid lain seperti murid LINUS tegar, murid kelas pemulihan khas dan murid kelas

    arus perdana yang masih belum menguasai kemahiran asas membaca suku kata terbuka.

    Dapatan daripada kajian yang dijalankan diharap dapat memberi gambaran sebenar mengenaikeberkesanan penggunaan kaedah bimbingan secara individu dan penggunaan kad suku kata dalam

    kemahiran asas membaca dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran Secara tidak langsung

    ianya memberikan peluang kepada pihak guru untuk merangka satu pendekatan yang lebih efektif untuk

    murid-muridnya dan sebagai garis panduan kepada ibu bapa, guru dan pihak pentadbir pendidikan khas

    untuk menyediakan peluang pendidikan yang lebih baik dan berkesan kepada murid-murid yang

    bermasalah pembelajaran ini

    (Prosedur Tindakan)

    Langkah-langkah kajian dijalankan selama tiga minggu bermula pada Mac 2013 hingga 11 April 2013. Di

    mana, setiap minggu latihan yang berlainan akan dijalankan. Hasil daripada tinjauan awal kajian yang

    telah dijalankan, beberapa langkah untuk memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti melalui

    pemerhatian pada sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini kaedah bimbingan individu dan

    penggunaan kad suku kata digunakan untuk mengatasi masalah Ahmad Zulkhairi yang lemah dalam

    kemahiran asas membaca. Tindakan ini dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa

    Malaysia dan diajar secara individu.

    PROSEDUR CARA MENGUMPUL DATA

    Pengumpulan data dilakukan secara triangulasi iaitu menggunakan soal selidik, temu bual dan

    pemerhatian. Sebelum soal selidik diedarkan kepada murid kajian, saya sebagai pengkaji terlebih dahulumenemu bual murid tersebut bagi mendapatkan pandangan awal tentang kajian ini. Selepas mendapat

    pandangan yang positif dan mendapat kerjasama daripada murid, saya mengedarkan borang soal selidik

    kepada peserta kajian. Selain itu, saya juga membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku dan respon

    yang ditunjukkan oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

    Semasa pemerhatian, saya menyediakan nota lapangan iaitu catatan yang berkaitan dengan aktiviti dan

    penglibatan peserta kajian semasa aktiviti. Saya juga telah menjalankan temu bual secara formal dan

  • 8/11/2019 Menurut Nik Safiah Karim dalam.docx

    3/5

  • 8/11/2019 Menurut Nik Safiah Karim dalam.docx

    4/5

    7 Rosinah Edinin. (2012). PENYELIDIKAN TINDAKAN: Kaedah dan Penulisan.

    Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

    8 Munir. (1998). Pengajaran Membaca Bagi Kanak-Kanak Melalui Kaedah Bahasa

    Meyeluruh*. Jurnal Dewan Bahasa 42(2), 115-120.

    Siti Zaliha Binti Hasan (2005) Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca

    Ayat Tunggal Dalam Tajuk Jiran Saya Menggunakan Kaedah Kad Cantuman.

    S K Ujong Batu. Institut Perguruan Perlis.

    Zainora binti Mohd @ Man.(2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid

    Tahun 5

    Melalui Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata. Sekolah

    Kebangsaan Merting. Pahang

    Mohd Israfi Sayati, Mad Isa Mamat Dan Dr Yasmin Hussain (2007) PenguasaanAwal

    Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid Tahun Satu (KIA2M) Sekolah

    BIBLIOGRAFI

    Buku panduan, Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (masalah

    penguasaan 3M) (1998) Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan

    Malaysia.

    Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai DalamPengajaran & Pembelajaran ,Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Belajar Cara

    Belajar. Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa (2000), Tatabahasa Dewan Jilid 2,

    Perkataan, Fajar Bakti Sdn. Bhd,

    Jurnal Kajian Tindakan , Sekolah - sekolah Negeri Johor Jilid 2/2009

    OthmanPuteh,Talib Abdullah, L. Shirley, Kamus bergambar generasi baharu KBSR,

    Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Pengolahan Persembahan, Microsoft Powerpoint 2007,

    http://www.webmediacenter.com

  • 8/11/2019 Menurut Nik Safiah Karim dalam.docx

    5/5

    (SELINA)

    1. Amran Kasimin (1989). Istiadat Perkahwinan Melayu: Satu Kajian Perbandingan. DewanBahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

    Ismail Hussein, A. Aziz Deraman & Abd Rahman Al-Ahmadi (1993). Tamadun Melayu

    Jilid Satu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

    Mohd Taib Osman (1981). Bunga Rampai Kebudayaan Melayu. Dewan Bahasa dan

    Pustaka. Kuala Lumpur.

    Mohd. Yusof Hassan (1991). Dunia Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala

    Lumpur.

    Muhammad Abu Bakar, Amarjit Kaur & Abdullah Zakaria Ghazali (1984). Historia.

    Persatuan Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur.

    Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan

    Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur.

    Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972). Islam Faham Agama dan Asas Akhlak.

    Angkatan Belia Islam. Kuala Lumpur.

    William A. Haviland (1987). Cultural Anthropology. 5th Edition. Saunders CollegePublishing. United State of America.

    Jurnal

    Etnimusikologi. Volume 1, Nomor 3, Januari 2006. Jurnal Ilmu Pengetahuan dan Seni.

    Departemen Etnomusikologi, Universitas Sumatera Utara. Medan, Indonesia.

    Tenggara. Journal of Southeast Asian Literature. 1987. Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Kuala Lumpur.

    Share this: