menulis4

97
ISU MURID SEKOLAH GAGAL MEMBACA DAN MENULIS 1.0 PENGENALAN Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga guru atas jasa bakti tidak kenal erti jemu dalam usaha mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan negara. Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat, katanya. Menurut beliau, Kementerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah.

Upload: educhi-rzen

Post on 08-Nov-2015

243 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

penulisan

TRANSCRIPT

ISU MURID SEKOLAH GAGAL MEMBACA DAN MENULIS

1.0 PENGENALAN

Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga guru atas jasa bakti tidak kenal erti jemu dalam usaha mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan negara.

Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat, katanya. Menurut beliau, Kementerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah.

"Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum, kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didik. "Langkah untuk meningkatkan profesionalisme guru akan meningkatkan martabat keguruan untuk terus dihormati, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat," terangnya. Katanya, warga pendidik sendiri selaku agen perubahan perlu memainkan peranan berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing.

Namun, pada masa kini tugas guru telah dipersoalkan dalam semua bicara. Tugas guru yang dahulunya terlalu diangkat tinggi oleh masyarakat sekeliling telah menjadi satu bidang yang telah dipersoalkan mutunya. Ramai masyarakat berpendapat profesion keguruan tidak mencapai standard yang telah ditetapkan dan ini merupakan salah satu isu yang tidak patut timbul di kalangan masyarakat. Siapakah yang patut dipersoalkan? Guru, murid, staf sekolah ataupun masyarakat sekeliling?

2.0ISU MURID SEKOLAH GAGAL MEMBACA DAN MENULISSaya ingin merujuk kepada tulisan Hassan Salleh bertajuk 'Di Manakah Silap Guru' di ruangan ini yang menyentuh soal wujudnya murid-murid yang masih tidak boleh membaca dan menulis. Ketika negara memasuki fasa kedua menuju Wawasan 2020, terdapat lebih 100,000 murid tahun dua hingga enam sekolah rendah di seluruh negara didapati tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Datuk Mohd. Sarit Yusoh berkata, ``Tidak guna kita laungkan ingin menjadi negara maju ke hulu ke hilir, melaungkan Wawasan 2020 tetapi terdapat tiga peratus murid sekolah rendah tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Kita tidak boleh biarkan perkara ini berlaku. Kementerian Pelajaran perlu mempunyai program jangka panjang bagi memastikan tidak ada lagi murid-murid sekolah rendah tidak tahu membaca, menulis dan mengira.'' Beliau merasakan Kementerian Pelajaran tidak melakukan pemantauan sewajarnya terhadap murid-murid sekolah rendah sehingga timbul masalah itu.

Selain itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengakui hampir semua sekolah rendah di seluruh negara ada menempatkan murid yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira pada masa ini. Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, senario membimbangkan itu dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk kekurangan guru bagi mengendalikan kelas pemulihan bagi murid yang mengalami masalah membaca dan menulis. ``Masalah ini sudah lama berlaku, ia hampir berlaku di setiap sekolah rendah. Kerajaan pernah cuba menangani masalah ini dengan mewujudkan kelas pemulihan bagi membantu murid ini. ``Tetapi kita dapati guru yang mengendalikan kelas ini amat terbatas, ada sekolah yang menyediakan hanya seorang guru untuk mengendalikan kelas pemulihan bagi semua kelas tahun satu hingga tahun tiga,''

Jawapan saya sebagai seorang guru yang telah lima tahun belajar di institut pendidikan guru ialah di institut pendidikan guru, kami diajar bahawa murid yang tidak mengikut peraturan perlu dihukum. Tapi hakikatnya di sekolah, semua jenis hukuman ditangguhkan. Hukuman terbesar seperti buang sekolah pun boleh dibangkang oleh murid kerana kita ada dasar pendidikan wajib 11 tahun. Jadi semua murid boleh melanggar semua peraturan sekolah, seperti ponteng kelas dan tidak perlu menyiapkan kerja sekolah kerana tidak ada satu peraturan yang boleh menyentuh mereka. Murid boleh berjalan keluar dari kelas ketika guru sedang mengajar dan tidak ada siapa boleh menghalang mereka.

Di institut pendidikan guru, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan murid berbanding sekolah. Tapi hakikatnya di sekolah, guru disuruh bertungkus-lumus membuat kerja perkeranian sehingga tidak ada masa untuk mengajar. Terbaru di negeri Johor, pertandingan dibuat di antara sekolah-sekolah untuk mencari siapakah guru yang paling cekap membuat kerja perkeranian dan mengurus fail. Tentunya guru yang menang itu akan diberi anugerah dan dapat mengharumkan nama pengetua. Tapi kebanyakan guru yang menang itu tidak pernah memenangkan murid dalam apa-apa pertandingan pun. Di institut pendidikan guru, kami diajar supaya memikirkan cara bagaimana hendak mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid yang pelbagai kerenah boleh dibantu. Tapi hakikatnya di sekolah, yang dipelbagaikan ialah jenis jawatankuasa, borang dan fail, bukan teknik pengajaran. Akhirnya setiap guru akan memegang 10 hingga 15 jawatan dalam pelbagai jawatankuasa, dan murid kadang-kadang satu buku pun tidak ada.

3.0 KAITAN DENGAN ETIKA PERGURUAN

Integriti mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan. Ia juga merangkumi keikhlasan, keterbukaan, amanah, berpegang kepada prinsip, sukar dipengaruhi dan boleh dipercayai. Dalam teras memartabatkan profesion keguruan, integriti merupakan dorongan dalaman agar guru melaksanakan amanah mendidik anak bangsa sebaik-baiknya serta berusaha meningkatkan keupayaan diri.

Dalam permasalahan ini, guru memainkan peranan yang amat penting sebagai pendidik masyarakat. Guru mestilah prihatin dan peka terhadap keadaan atau kondisi pembelajaran murid-murid mereka. Apabila guru dapat mengesan murid yang menghadapi masalah membaca dan menulis ini, guru mestilah segera mengambil tindakan yang khusus untuk membendung masalah ini sebelum menjadi lebih kritikal. Isu yang terlibat dalam masalah ini ialah isu kepedulian guru.

Menurut beberapa orang tokoh, kepedulian guru bermaksud perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan perhatian yang diberikan kepada sesuatu isu atau tugas dan gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya. Kepedulian guru boleh dikategorikan kpd 3 peringkat iaitui. Penyempurnaan diriii. Tugas-tugas pengajaraniii. Impak pengajaran

Kepedulian terhadap impak pengajaran terlibat secara langsung dalam masalah ini iaitu guru perlu yakin terhadap kebolehan murid dan perlu lebih fokus kepada keperluan murid dan penambahbaikan yang perlu dilakukan kepada murid yang terlibat. Guru yang mementing kepedulian perlu mewujudkan suasana kondusif, memahami pelajar secara individu, berempati dan memenuhi keperluan akademik dan emosi pelajar dengan sepenuhnya.

4.0 PUNCASelain faktor kekurangan guru kelas pemulihan, masalah ini juga disebabkan oleh faktor berikut:

4.1 Murid kelas pemulihan juga terpaksa mengikuti kelas sukatan pelajaran lain, jadi mereka tidak boleh memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas pemulihan. Kebanyakan guru tidak mempedulikan tahap murid di dalam kelas masing-masing. Mereka berasa culas untuk mengasingkan murid-murid yang lemah ini. Bagi mereka, yang penting sekali adalah untuk menghabiskan silibus yang diwajibkan ke atas mereka tanpa mempedulikan murid-murid yang akan ketinggalan.

4.2 Murid tidak mendapat pendidikan asas dari awal (prasekolah) sehingga menyukarkan mereka menyesuaikan diri dengan kelompok murid pintar. Hal ini juga melibatkan peranan ibubapa sebagai guru di rumah. Ibubapa perlu mendedahkan anak mereka dengan pendidikan awal untuk membiasakan mereka dengan keadaan pembelajaran. Ramai murid yang baru memasuki Tahun 1 tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran yang baru dan ini mengakibatkan mereka berasa janggal dan tidak dapat mengikut pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu ada juga murid lewat mendaftar masuk kelas tahun satu (ada yang lewat hingga satu dan dua bulan) menyebabkan mereka tidak mengikuti pendidikan asas membaca dari awal.

4.3 Masalah keluarga, murid kerap tidak hadir ke sekolah sehingga ketinggalan dalam proses pembelajaran. Ada segelintir ibubapa yang memandang ringan terhadap kehadiran anak-anak mereka ke sekolah. Kadang-kadang ada murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah, malas untuk bangun awal untuk ke sekolah, berpura-pura sakit dan sebagainya. Ibubapa yang terlalu manjakan anak mereka akan melayan kerenah anak mereka dan apabila murid-murid tidak menghadirkan diri ke sekolah, mereka akan ketinggalan dalam pembelajaran dan kadang-kadang guru tidak akan mengulang kembali pengajaran yang telah dilakukan dan ini telah menyebabkan salah satu punca murid-murid tidak dapat membaca dan menulis.

4.4 Wujud kelompok murid yang mempunyai daya pemikiran yang pantas dan lembap. Jika tidak diasingkan, yang lembap akan terus ketinggalan. Dalam aspek kepedulian, guru perlu peka dan prihatin terhadap kemampuan murid sendiri. Jika terdapat murid yang mempunyai daya pemikiran yang tajam dan pantas, mereka perlu diasingkan dari murid yang lain. Guru perlu sensitif dan mengambil berat akan masalah ini. Kadang-kadang guru berasa selesa dengan murid yang selalu faham dan tidak pernah bertanyakan mengenai isi pembelajaran dan langsung melupakan murid-murid yang lemah dan tidak faham akan pengajaran guru.

4.5 Murid tidak mempunyai sebarang minat untuk belajar. Masalah ini merupakan masalah yang paling berat dan perlu dipandang serius oleh setiap guru.jika timbul sekelumit perasaan ini dalam diri klien mereka, maka tugas guru akan menjadi lebih mencabar dan rumit. Guru dan ibubapa perlu bersekongkol untuk memastikan masalah ini tidak timbul dalam sanubari kanak-kanak walaupun sekelumit.

4.6 Kaedah Pengajaran Guru salah satu punca berlakunya masalah membaca dalam kalangan murid. Masalah dalam kaedah pengajaran guru yang dapat dirumuskan kepada tiga punca utama, iaitu(i) kurang pengalaman,(ii) penggunaan kaedah pengajaran membaca secara beramai-ramai dan individu(iii) tidak ada kaedah yang berkesan dalam pengajaran membaca.

4.7 Faktor seterusnya yang dikenal pasti punca berlakunya masalah membaca dalam kalangan murid ialah persekitaran yang tidak kondusif. Terdapat tiga faktor persekitaran yang ditemui dalam iaitu(i)keluarga,(ii)sekolah(iii)rakan.

4.8 Faktor sekolah juga adalah penyumbang kepada masalah ini. Masalah membaca ini sepatutnya sudah selesai atau tidak lagi ada bagi murid darjah 6. Contoh saya pada masa ini lebih fokus kepada murid untuk menghadapi peperiksaan UPSR , saya tidaklah lagi akan banyak menumpukan perhatian kepada mengajar membaca murid-murid yang lemah ini, kerana bagi saya murid darjah 6 ini mesti lulus peperiksaan PSR ini nanti. Caranya saja ialah murid yang lemah ini diajar oleh guru-guru lain khusus untuk membaca sahaja. Bagi saja ini sudah terlambat. Sepatutnya mengatasi kelemahan membaca ini sudah bermula sejak murid itu dikenal pasti lemah membaca itulah. Kerana pada Darjah 1, 2 atau 3 mereka ini sepatutnya sudah mantap dengan kemahiran membaca. Jadi bila dia berada di darjah 4, 5 dan 6 tumpuan guru hanya kepada pengajaran mata pelajaran seperti Matematik, Sains, Geografi, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

4.9 Faktor PsikologiMinat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan membaca. Minat yang mendalam terhadap bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami proses pembacaannya. Terdapat dua factor yang berkaitan dengan psikologi, iaitu(i)kurang minat belajar dan(ii)kurang mengambil perhatian semasa belajar.Faktor tidak minat membaca merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalam kalangan murid.

4.10 Faktor IndividuFaktor individu berkait rapat dengan kecerdasan dan kebolehan membaca. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi selalunya berpeluang memahami dengan cepat bahan bacaan yang dibaca berbanding murid yang lemah membaca. Dalam konteks kajian ini, faktor individu ialah faktor yang berkaitan dengan kecerdasan murid lemah dalam pembelajaran dan membaca. Murid-murid ini juga mempunyai ingatan yang lemah dan tidak dapat mengingat maklumat dan apa yang telah dipelajari dalam jangka masa yang panjang. Faktor kecerdasan murid atau individu adalah berkait rapat dengan kebolehan membaca mereka. Kecerdasan murid yang rendah menjadikan individu berkenaan tidak boleh mengingati apa yang dipelajari untuk jangka masa panjang dan menyebabkan murid-murid ini membuat tanggapan yang meleset dari apa yang telah dipelajari

5.0 KESAN DAN AKIBAT

Kemahiran membaca merupakan aspek yang sangat penting dalam menguasai sesuatu ilmu pengetahuan. Seseorang yang mempunyai kemahiran membaca dengan mudah dapat memperolehi serta meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Sehubungan itu kemahiran asas yang diajar di sekolah, sejak zaman berzaman yang lalu, ialah menguasai kemahiran membaca dan menulis. Para pendidik bersetuju bahawa membaca merupakan petanda pencapaian akademik yang paling signifikan.

Namun begitu, walaupun penekanan diberikan terhadap kemahiran-kemahiran tersebut, sehingga kini masih terdapat murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran tersebut. Keadaan ini tidak dapat dipandang ringan kerana dalam zaman globalisasi ini, dengan perubahan yang mendadak dari segala aspek kehidupan, pendidikan terus berperanan bukan sahaja sekadar untuk mencelikkan mereka yang buta huruf dan buta angka, tetapi turut berperanan untuk mencelikkan generasi muda kita yang buta IT, buta jati diri, buta budaya, buta nilai, budi bahasa dan sopan santun. (Majalah Pendidik Bil 55/ Dis 2008)

Kegagalan murid membaca dengan baik seringkali dikaitkan dengan kegagalan dalam peperiksaan. Kegagalan dalam peperiksaan ini banyak dipengaruhi oleh kesukaran murid-murid untuk memahami isi kandungan pelajaran yang dipelajari disebabkan oleh kegagalan mereka membaca dengan baik.

Murid yang menghadapi masalah membaca ini juga didapati berhadapan dengan masalah untuk menguasai mata pelajaran lain selain Bahasa Melayu. Akibat daripada kelemahan menguasai kemahiran membaca ini, pencapaian mereka terhadap mata pelajaran lain seperti Matematik, Bahasa Inggeris, Sains juga terjejas.

Minat dan motivasi sangat dominan dan berperanan dalam membina tabiat suka membaca. Di samping itu, dorongan dan pemupukan minat perlu ditanamkan oleh guru, ibu bapa serta komuniti setempat. Minat yang tinggi terhadap membaca membolehkan individu tersebut berjaya dalam kehidupannya. Murid yang lemah menguasai kemahiran membaca akan menghadapi berbagai-bagai impak psikologi. Murid yang lemah dan tidak pandai membaca akan disingkirkan oleh kawan-kawan mereka, menyebabkan murid ini terasa terasing dan tidak dipedulikan menyebabkan mereka tidak minat belajar. Saya mendapati murid yang lemah membaca ini selalu merasa rendah diri di kalangan kawan-kawan mereka kerana mereka tahu yang mereka ini tidak ada kebolehan seperti kawan-kawan mereka itu. Disebabkan mereka tidak boleh membaca menyebabkan murid ini malas untuk belajar mungkin kerana terlalu banyak sudah mencuba akhirnya mereka merasa malaslah untuk mencuba. Murid yang lemah membaca ini juga kurang motivasi untuk belajar berbanding murid yang pandai membaca.

6.0 LANGKAH MENGATASI

Tanggungjawab guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya berat kerana guru bukan sahaja bertanggungjawab memberi pengalaman kepada pelajar dalam bidang mata pelajaran yang diajar tetapi ia juga bertujuan membentuk pelajar menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Kalau itu tidak mencukupi banyak lagi tugas dan tanggungjawab guru yang ditanggungnya di luar proses pengajaran. Tugas guru bukannya mudah kerana ada banyak perkara lain yang dianggap seseorang guru harus boleh lakukan sungguh pun guru itu tidak mendapat latihan khusus dalam bidang itu.

Tanggungjawab dalam bidang pengajaran dan pembelajaran membaca bukannya terhad pada seseorang guru sahaja. Untuk setiap mata pelajaran disediakkan buku teks. Ini bererti setiap guru mata pelajaran juga harus menjadi seorang guru bacaan. Kalau ditanya kepada guru, ramai akan mengatakan bahawa buku teks digunakan sebagai rujukan atau untuk memberi latihan kepada pelajar. Persoalannya ialah bilakah pelajar betul-betul berpeluang untuk diberi kemahiran membaca dalam erti kata membaca dengan penuh perhatian. Begitulah juga keadaannya di dalam kelas bahasa, membaca tidak begitu penting, yang penting ialah menjawab soalan kefahaman, lalu kita akan bertanya tanggungjawab siapakah untuk mengajar membaca. Latihan yang diterima oleh guru dalam bidang membaca terlalu minima dan ada guru yang tidak pernah menerima sebarang pendedahan tentang pengajaran membaca dan ilmu membaca terutamanya guru mata pelajaran. Kefahaman tentang ilmu membaca terlalu penting untuk diabaikan dalam proses pendidikan guru. Sekurang-kurangnya apabila seorang guru itu tamat pengajiannya dia telah pun menerima pendedahan dalam bidang ilmu membaca dan pengajaran membaca.

Pihak Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan beberapa program di sekolah antaranya program KIA2M atau Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis serta program pemulihan bagi memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis sejak di peringkat awal lagi. Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.a. Berpusatkan GuruGuru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.b. Berpusatkan MuridMurid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.c. Berpusatkan BahanBahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.d. Pendekatan secara kelasPendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.e. Pendekatan secara berkumpulanKonsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid. Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan.f. Pendekatan secara individuGuru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu.

7.0 PENUTUP

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berke[perluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut.

Dengan jumlah penduduk yang tidak ramai dan dilengkapi dengan kemudahan pendidikan yang serba maju, sepatutnya masalah tidak boleh membaca ini tidak boleh berlaku atau sekurangnya dalam jumlah yang sedikit. Terdapat banyak faktor yang telah dikenal pasti. Oleh itu, agensi-agensi bawah Kementerian Pelajaran seperti Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Buku Teks, Bahagian Pendidikan dan Latihan Guru, Jabatan Pendidikan Dearah dan lain-lain perlu mengenalpasti langkah-langkah untuk mengatasi masalah ketidakbolehan membaca dalam kalangan murid ini.

Dalam kajian ini, saya dapat mengasah lagi kemahiran dan ilmu saya dalam bidang perguruan. Saya dapat mengkaji dan memahami beberapa masalah yang semakin meruncing dalam profesion keguruan. Saya harap, melalui kajian ini dapat saya manfaatkan dengan sepenuhnya untuk kegunaan saya pada masa hadapan.

8.0 BIBLIOGRAFI

BUKU

Syed Ismail Bin Syed Mustafa, Ahmad Subki Bin Miskon,Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru,2010, Kuala Lumpur terbitan Multimedia Sdn Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah,Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, 2010, Kuala Lumpur terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd

WEB

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htmhttp://motivasimindamu.blogspot.com/2005/10/100000-murid-tahun-2-hingga-6-tidak.html

9.0 REFLEKSI Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, saya telah dapat menyiapkan Kerja Kursus Projek (KKP) bagi subjek (EDU 3108) Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru dengan jayanya. Bagi melaksanakan kerja kursus ini, saya telah memilih satu kajian mengenai isu masalah membaca dan menulis di kalangan murid sekolah. Projek ini juga bertujuan untuk meningkatkan kepekaan saya terhadap isu-isu semasa dalam profesion keguruan.

Apa yang saya dapat kaji dalam projek ini ialah keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik.

Daripada pengalaman saya menyiapkan KKP ini, banyak ilmu dan pengalaman yang cukup berguna kepada saya sebagai seorang bakal pendidik di era globalisasi ini. Antara pengalaman berguna yang saya perolehi dalam kajian ini ialah saya dapat memaksimakan pengetahuan saya dalam bidang guru terutama sekali dalam isu masalah menulis dan membaca di kalangan murid sekolah. Saya telah mengkaji dengan mendalam dan dapat mengenal pasti segala akar umbi masalah ini dan syukur pada Tuhan, saya juga dapat menigkatkan ilmu saya dalam subjek Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru. Akhir sekali, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Latifah A.Jamil selaku pensyarah bagi mata pelajaran Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu berguna kepada saya sepanjang menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada semua waga kelas Kajian Sosial 1 yang telah memberi kerjasama dan bantuan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Terima kasih juga kepada ahli kumpulan saya iaitu Rahman dan Noh Hilmi diatas bantuan dan panduan kalian dalam membetulkan segala salah silap saya dalam kajian ini.

10.0 LAMPIRAN100,000 murid tahun 2 hingga 6 tidak tahu membacaDalam NegeriPetikan Berita Utusan Malaysia 12 Oktober 2005

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Ketika negara memasuki fasa kedua menuju Wawasan 2020, terdapat lebih 100,000 murid tahun dua hingga enam sekolah rendah di seluruh negara didapati tidak tahu membaca, menulis dan mengira.Datuk Mohd. Sarit Yusoh (BN-Temerloh) semasa mendedahkan angka itu berkata: ``Tidak guna kita laungkan ingin menjadi negara maju ke hulu ke hilir, untuk melaungkan Wawasan 2020 tetapi terdapat tiga peratus murid sekolah rendah tidak tahu membaca, menulis dan mengira. ``Kita tidak boleh biarkan perkara ini berlaku. Kementerian Pelajaran perlu mempunyai program jangka panjang bagi memastikan tidak ada lagi murid-murid sekolah rendah tidak tahu membaca, menulis dan mengira.'' Beliau menyatakan demikian ketika membahaskan Bajet 2006 pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. Bagi sebuah negara seperti Malaysia, kata Mohd. Sarit lagi, keadaan itu tidak seharusnya berlaku.Beliau merasakan Kementerian Pelajaran tidak melakukan pemantauan sewajarnya terhadap murid-murid sekolah rendah sehingga timbul masalah itu. Sehubungan itu ahli Parlimen tersebut menggesa agar dilaksanakan program bagi mengatasi masalah berkenaan yang dianggapnya sebagai defisit pendidikan. Mohd. Sarit juga membangkitkan mengenai infrastruktur pendidikan yang tidak selari di seluruh negara kerana ada sekolah-sekolah yang tidak ada bekalan air, elektrik dan kemudahan lain. ``Apa yang menjadi persoalannya ialah bukan kita tidak mampu, kalau tidak mampu lain cerita. Ini kita mampu, bagaimana keadaan ini boleh berlaku,'' ujarnya.Sehubungan itu beliau meminta Kementerian Pelajaran menyelesaikan masalah itu dengan segera dengan harapan ia tidak lagi timbul tahun depan.

NUTP akui banyak murid tak tahu baca

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengakui hampir semua sekolah rendah di seluruh negara ada menempatkan murid yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira pada masa ini.Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, senario membimbangkan itu dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk kekurangan guru bagi mengendalikan kelas pemulihan bagi murid yang mengalami masalah membaca dan menulis. ``Masalah ini sudah lama berlaku, ia hampir berlaku di setiap sekolah rendah. Kerajaan pernah cuba menangani masalah ini dengan mewujudkan kelas pemulihan bagi membantu murid ini.``Tetapi kita dapati guru yang mengendalikan kelas ini amat terbatas, ada sekolah yang menyediakan hanya seorang guru untuk mengendalikan kelas pemulihan bagi semua kelas tahun satu hingga tahun tiga,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.Beliau mengulas kenyataan seorang penyokong kerajaan yang mendedahkan 114,000 murid dari tahun dua hingga tahun enam di seluruh negara tidak tahu membaca, menulis dan mengira.

Kementerian sedar wujud murid tidak tahu membaca

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kementerian Pelajaran menyedari wujudnya masalah murid yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira seperti yang dibangkitkan di Dewan Rakyat semalam.Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, usaha mengatasi masalah itu sedang dilakukan termasuk persetujuan Kabinet supaya guru pemulihan khas segera ditambah segera ke sekolah terbabit. ``Jadi tugas kita sekarang adalah untuk bekerjasama dengan JPA bagi memastikan perjawatan guru pemulihan khas dapat diisi dan dihantar segera dengan tumpuan akan diberikan kepada sekolah kurang murid dan sekolah luar bandar.``Malah Kabinet juga mahu supaya program pemulihan khas dimantapkan dan semua ini memang sedang dalam proses pelaksanaan kerana masalah ini memang kita sedar ada berlaku,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Wacana Ilmu Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.Hishammuddin ditanya mengenai pendedahan Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Mohd. Sarit Yusoh di Parlimen semalam bahawa terdapat 100,000 murid sekolah rendah dari tahun 2 hingga tahun 6 tidak tahu membaca, mengira dan menulis. Jumlah itu mewakili tiga peratus dari murid sekolah rendah di negara ini.Menurut Hishammuddin, bilangan sebenar murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) belum dapat disahkan sama ada benar 100,000 atau kurang daripada itu. Untuk itu, katanya, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon diarah menyiapkan laporan lengkap mengenai masalah itu. ``Ia akan dimaklumkan esok dan dari situ baru kita dapat tahu jumlah serta di sekolah-sekolah mana yang perlu diatasi segera.``Namun saya percaya jumlah pelajar yang tidak dapat menguasai sepenuhnya ketiga-tiga kemahiran itu mungkin tidak sampai 100,000 tetapi jumlah 100,000 mungkin mencakupi kegagalan menguasai salah satu dari tiga kemahiran itu,'' jelasnya.Beliau menambah, Kementerian Pelajaran sebenarnya sudah melihat masalah ini sejak awal tahun ini lagi dengan Ahamad sendiri diamanahkan untuk mengatasinya. ``Kita sebelum ini berhadapan dengan bilangan guru pemulihan yang terhad hingga kita kena kenal pasti betul-betul mana sekolah yang efektif untuk kita hantar,'' katanya.Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Hishammuddin berkata, beliau berhasrat melihat sekolah-sekolah agama setanding dengan sekolah terkenal di negara ini. ``Bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia dan pelajar yang dilahirkan di sekolah agama juga sebaris dengan pelajar yang dilahirkan sekolah-sekolah terkenal di dunia lain. ``Ini cabaran kita, malah sepanjang saya menghadiri persidangan UNESCO (Pertubuhan Kebudayaan, Sains dan Pendidikan Bangsa-Bangsa Bersatu) di Perancis baru-baru ini, isu persepsi terhadap umat Islam juga sangat panas dengan tragedi pengeboman Bali.

Membaca PERMASALAHAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS BAHASA MELAYU MURID-MURID SEKOLAH RENDAH SESI PENGAJIAN : PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG) TUGASAN : KUMPULAN TAJUK TUGASAN KRB 3013 : PRINSIP PENGAJARAN BACAAN NAMA PENSYARAH : PROF MADYA DR ROHIZANI BT YAAKOB TARIKH HANTAR : MARKAH : 2.1 (The Problems Pertaining To Reading And Writing Skills In Malay Language Among Primary School Children) ABSTRAK: Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian,kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran membacadan menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Responden kajian terdiri daripada 35 murid sekolah rendah tahun 1 diluar bandar Bandar Kota Bharu.Kajian ini adalah berbentuktinjauan deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik yang merangkumimaklumat latar belakang serta masalah yang murid-murid alami dalam kemahiranmembaca dan menulis.Sehubungan itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapatmasalah dalam diri murid untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis dalamBahasa Melayu, antaranya pengetahuan asas membaca dan menulis, persekitaran dankaedah pengajaran guru. Dapatan kajian dalam masalah kemahiran membacamenunjukkan bahawa kegagalan murid-murid memahami kandungan maklumat dalamteks yang dibaca BAB 1 3.2 PENGENALAN Masalah tidak dapat menguasai membaca dikalangan murid sekolah telah dipandang serius oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kerana kerajaan mensasarkan sifar buta huruf pada tahun 2020. Kementerian Palajaran Malaysia melaporkan pada tahun 1993 terdapat sejumlah 80,000 murid sekolah rendah di Malaysia masig menghadapi masalah dalam penguasaan asas 2M iaitu membaca dan menulis. Laporan Kajian Penilaian Program Pemulihan Khas di sekolah Rendah oleh Bahagian Perancangan dan penyelidikan Dasar Pendidikan (2002) juga turut menemui pelbagai kes berkaitan dengan Pendidikan Pemulihan khas.Dapatan kajian menunjukkan secara purata tahun 1999 terdapat lebih 78,000 orang murid sekolah rendah telah mengikuti pemulihan matapelajaran Bahasa Melayu. Menurut Deller (1991), membaca adalah kemahiran yang bernilai kepada semua murid sama ada murid itu normal ataupun istimewa. Membaca merupakan proses berkomunikasi sebagai usaha untuk memperoleh maklumat dan penguasaan bahasa seseorang. Kegagalan murid-murid menguasai kemahiran membaca akan mewujudkan masalah seseorang murid menguasai kemahiran dan matapelajaran lain. Kirk dan Gallgner (1989) menyatakan kanak-kanak pemulihan adalah individu yang mempunyai masalah dalam membaca, mengeja dan menulis. Kelemahan ini dapat dilihat apabila kanak-kanak ini berada di bawah paras normal. Aras pencapaian pelajar dapat dikesan berdasarkan umur iaitu murid-murid ini akan ketinggalan dua atau tiga tahun berbanding dengan rakan-rakan sebaya mereka yang lain. Namun begitu, ini tidak bermakna bahawa mereka mengalami kecacatan mental, masalah emosi yang serius atau kecacatan sensori. Berdasarkan pernyataan penyelidik maka kajian ini amat penting untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan dalam menguasai kemahiran membaca perkataan dan ayat-ayat yang mengandungi suku kata kv+ kvk. 4.3 Mereka juga kurang minat dalam masalah pembelajaran.Latihan yang diberikan dalam kelas tidak dapat disiapkan dengan sempurna kerana masalah membaca yang dihadapi oleh mereka. Melalui pemerhatian yang telah dibuat menunujukkan punca murid ini tidak dapat menguasai kemahiran membaca seperti murid-murid lain disebabkan oleh tahap kognitif mereka lemah berbanding murid-murid-murid lain. Selain itu murid-murid ini tergolong dalam keluarga yang berpendapatan rendah dan dibawah paras kemiskinan. Mereka ini kurang bimbingan kerana tiada siapa yang dapat member sokongan semasa mereka berada di rumah. Proses pembelajaran mereka terhad dan hanya berlaku di sekolah sahaja. Faktor lain, mereka kurang tumpuan dan hilang minat untuk belajar dan hanya mementingkan bermain sahaja. Sukatan Pelajaran yang diajar dikelas biasa agak tinggi dan tidak sesuai dengan aras pemikiran mereka. Beberapa ujian saringan telah dibuat untuk mengenalpasti dimana kelemahan murid-murid ini.Antara ujian tersebut ialah ujian pra mengenal huruf dan membaca perkataan mudah beserta gambar. Kebiasaannya murid pemulihan ini tidak melepasi ujian dan tersekat sekat dalam membaca walaupun perkataan tersebut mudah. Kajian ini lebih memfokuskan kepada peningkatan kemahiran membaca dengan memberi penekanan dalam mengenal huruf memadamkan dengan gambar dan menyebut serta mengeja perkataan. menggunakan satu kaedah yang dikira berkesan iaitu kaedah Pandang dan Sebut mengunakan kad kata. Namun banyak kekangan yang terpaksa di hadapi oleh guru dalam masalah ini kerana kebanyakkan murid ini mempunyai keluarga yang tidak mementingkan pelajaran. Tahap kesedaran yang rendah di kalangan ibubapa dan mereka mudah selesa dengan apa yang ada. Disebabkan golongan ini berpendapatan rendah maka mereka tidak mampu untuk membeli bahan bacaan dan mengharapkan pelajaran di sekolah sahaja. 1.1Latar belakang program 5.4 Kajian ini lebih memfokuskan kepada peningkatan kemahiran membaca dengan memberi penekanan dalam mengenal huruf memadamkan dengan gambar dan menyebut serta mengeja perkataan. menggunakan satu kaedah yang dikira berkesan iaitu kaedah Pandang dan Sebut mengunakan kad kata 1.1.1 tempat kajian : sk sultan ismail 1.1.2 tempoh kajian : 3 minggu 1.1.3 kumpulan sesaran : Murid tahap 1 1.1.4 bilangan kumpulan sesaran : 35 orang ( 1 kelas) 1.2Tujuan dan objektif program 1.2.1 tujuan program Menghasilkan modul pembelajaran berasaskan permasalahan membaca di kalangan murid.Dan meningkatkan penguasaan kemahiran membaca berasaskan pengunaaan kad bergambar dan suku kata. 1.2.2 Objektif program Kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan penggunaan kaedah pandang dan sebut dalam membantu murid tahap satu kelas pemulihan dalam menguasai kemahiran membaca dengan cepat tanpa mengalami keciciran berulang dan mencapai kejayaan kearah sifar buta huruf 2020 nanti. Antara objektif yang hendak dicapai iaitu: 1.2.2.1 Mengkaji keberkesanan kaedah pandang dan sebut untuk digunakan kepada murid-murid pemulihan dalam menguasai kemahiran membaca. 1.2.2.2 Memastikan kaedah pandang dan sebut dapat menarik minat murid-murid membaca dan meransang perkembangan kognitif mereka supaya dapat menguasai kemahiran membaca. .1.2.2.3 Mengenapasti kaaedah dan teknik yang digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan tahap kognitif murid-murid. 6.5 1.3Signifikan kajian Program pelaksanaan Kaedah pandang dan sebut ini akan dapat diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pemulihan dan dapat member manfaat kepada semua murid supaya dapat menguasai kemahiran membaca dalam masa yang singkat. Program cepat membaca ini diharapkan akan dapat membendung masalah keciciran murid dalam menguasai kemahiran membaca di kalangan murid-murid sekolah Rendah. Selain itu kajian ini dapat member manfaat kepada guru Bahasa Melayu mengenalpasti kelemahan murid dan menangani sifar buta huruf menjelang 2020 di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Program pelaksanaan Kaedah pandang dan sebut ini akan dapat memberi dorongan atau motivasi kepada guru untuk mengajar murid-murid tanpa rasa jemu dan dapat memupuk minat membaca supaya bacaan mereka lebih lancar berbanding menggunakan kaedah lain. Di samping itu, guru pemulihan dapat menyumbang idea yang kreatif kearah mendidik anak bangsa 1.4Jawatan kuasa program Tajuk : JAWATAN KUASA PROGRAM PEMULIHAN 2M Penasihat: : TUAN GURU BESAR SK SULTAN ISMAIL 1 Pengerusi : GPK 1 Penyelaras Program : Pn Noor laily Bt Mustapha Setiausaha : En Radnan Ibrahim Jawatan Kuasa Kerja 1. Latihan Dan Pengayaan 7.6 En Mazri bin Ibrahim( Guru BM tahun 1) En Abdullah Awang ( Guru Linus tahap 1) 2. Penilaian Pentaksiran Pn Shalkis Samihah Bt Ismail Pn Azzizah Joned Cik maznah Hamid 3. Bimbingan Dan Bantuan Pn Rohaizat bt Jamaluddin En Azam Derahman En Zainuddin Salleh 4. Bahan Bantu Mengajar Dan Sokongan Encik Ahmad Murdani B Yusuf BAB 2 8.7 LITERATURE Membaca merupakan amalan yang mulia yang amat dituntut di dalam Islam.Bahkan wahyu pertama didalam Islam ialah iqra yang bererti bacalah. Di dunia moden kini,kita terpaksa mengakui bahawa membaca sudah menjadi sesuatu yang keperluan. Tanpa kemahiran membaca,kita tidak akan mampu untuk pergi lebih jauh dan maju dalam kehidupan. John Everatt dalam bukunya Membaca dan Disleksia ( 2008:1 ) telah mendefinisikan membaca sebagai pentafsiran perkataan dan pemahaman bahasa. Manakala Yusof Othman dalam bukunya Mengajar Membaca : Teori dan Aplikasi:Panduan Meningkatkan Kemahiran ( 2004:159 ), telah mendefinisikan membaca sebagai proses mengecam,membuat interpretasi,membuat persepsi keatas bahan bercetak atau bertulis. Membaca ialah proses penguasaan terhadap konseo huruf,penguasaan perbendaharaan kata dan tumpuan ( Mohd Sharani Ahmad dan Zainal Madon:2003 ). Kebanyakan pakar dalam bidang bidang membaca memberikan makna membaca yang agak sama yang membezakannya hanyalah susunan ayat. Secara ringkasnya,membaca ialah satu proses untuk mentafsirkan lambang-lambang kedalam bentuk pemahaman berbahasa. Walaupun makna membaca begitu mudah diberikan,kita terpaksa menerima hakikat bahawa negara kita mempunyai tahap buta huruf yang agak tinggi berbanding dengan kemudahan pendidikan yang disediakan oleh pihak kerajaan.Tidak ada umur tertentu untuk mengajarkan anak-anak membaca namun ada sesetengah pakar sosiologi tidak menggalakkan belajar membaca pada umur yang terlalu muda kerana dibimbangi akan menyebabkan proses pembesaran akan terganggu. Umur yang sesuai untuk diajarkan membaca dalam lingkungan lima hingga enam tahun.Perlu diketahui.masalah membaca sebenarnya berpunca daripada banyak faktor tetapi masalah besar boleh diklasifikasikan sebagai masalah dalaman dan masalah luaran. Dalam tugasan ini,kami akan menjelaskan punca-punca dalaman 9.8 dan luaran yang menyebabkan seseorang itu menghadapai masalah kesukaran untuk membaca yang sekaligus akan merugikan negara daripada segi ekonomi,sosial mahupun politik. Mooney (1992, dalam Mohd Arif Abdul Rani, 1995) dalam kajiannya dengan menggunakan senarai semak masalah terhadap 600 orang pelajar sekolah tinggi mendapati masalah yang selalu dihadapi oleh pelajar adalah belajar, kewangan, suasana kehidupan, menyesuaikan diri dengan sekolah dan memilih kerjaya di masa hadapan. Kajian Tajul Ariffin (1980,dalamMohd Arif Abdul Rani, 1995) mendapatipelajar suka lebih mengumpul kerja-kerjakursus daripada belajar memahamkan isi kuliah dan mula belajar pada saat-saat akhirsemasa peperiksaan. Selain itu, pelajar jugamengalamigangguan fikiran semasa belajar danmudah kehilangan minat untuk belajar apabila berhadapan dengan tajuk dan masalah yang sukar.Malahan kira-kira 40% pelajar tidak mempunyai jadual belajar yang tetap.Kajian Ahmad Amiruddin (1999) mendapati masalah yang mempengaruhi pencapaianakademik pelajar ialah masalah keluarga, persekitaran, dan kerjaya manakala kewanganbukan masalah yang mempengaruhi pencapaianakademik mereka. Menurut Jalil Said(1997), Kerajaan telah menggariskan beberapa matlamat dalam Pelan IndukPembangunan Pendidikan (PIPP).Antaranya ialah pembangunan insan yang merujukkepada ilmu pengetahuan. Salah satu sumber untuk memperolehi ilmu pengetahuan pulamelalui membaca . Logiknya, individu tidak akan dapat membaca dan menulis sekiranya mereka tidak menguasai asas membaca dan menulis. Hal ini ditegaskan oleh Smith(dalam Sofiah Hamid, 1983) yang menyatakan bahawa murid perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran asas membaca sebelum menguasai kemahiran membaca. Dewasa ini kelemahan membaca dalam kalangan murid sekolah sama adasekolah menengah atau sekolah rendah menjadi perhatian masyarakat. MengikutStatistik daripada Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1997)menunjukkan bahawa seramai 85 377 orang murid sekolah rendah seluruh Malaysiamenghadapi masalah dalam membaca dan menulis iaitu tidak boleh menguasaikemahiran asas membaca, menulis dan mengira. 10.9 Selain itu, minat membaca masih belum menggalakkan.Di dalam satu kajian,didapati hanya 42% yang telah membaca buku di dalam tempoh 6 bulan sebelum kajiantersebut dijalankan.Itupun hanya separuh (20%) yang tidak dapat menyatakan tajukbuku yang dibacanya (Atan Long. et. al. 1984). Manakala dari segi bilangan muka surat yang dibaca didapati rakyat Malaysia hanya membaca secara purata satu muka surat setahun, berbanding Jepun iaitu 200 muka surat setahun dan juga Amerika Syarikat. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang membincangkan tentang kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar tahun dua, menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca dengan menggunakan kaedah yang mudah difahami serta memberi kesan yang mendalam terhadap tahap ingatan kanak-kanak supaya masalah membaca tidak membelenggu kehidupan mereka kelak. Laporan dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (1999) pula menyatakan bahawa terdapat seramai 24 000 dalam kelas peralihan tingkatan satumasih tidak dapat membaca, menulis dan mengira. Laporan tersebut menunjukan bahawa masalah membaca dalam kalangan murid sekolah adalah satu perkara yang perlu diatasi segera.Justeru itu Noriah (1999) telah menggariskan peranan pendidikan pemulihan sebagai langkah khusus dalam menangani masalah membaca, menulis dan mengira ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dikesan. BAB 3 11.10 METADOLOGI KAJIAN 3.1 Kumpulan Sesaran Pelajar tahap 1 Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 1 3.2 Lokasi Pinggir Bandar Kota Bharu 3.3 Prosedur Perlaksanaan Reka Bentuk Kajian Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan mengikut model Somekh (1989) seperti berikut: Langkah 1- Mengenalpasti masalah/ fokus yang diminati Pengkaji pergi ke sekolah dan mengenalpasti masalah yang berlaku dan memfokuskan kajian yang ingin dijalankan. Setelah masalah dikenalpasti, pengkaji akan meneruskan kajian kepada langkah 2. Langkah 2- Mengumpul data Pengkaji merancang untuk menemubual guru kelas dan guru Bahasa Melayu yang terlibat dengan sampel yang akan dikaji, sampel kajian merupakan pelajar dari kelas Satu SK Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan. Selain itu, pengkaji akan mengambil data berkaitan mata pelajaran BM serta menemubual pelajar yang terlibat dengan kajian yang akan dilakukan nanti. 12.11 Langkah 3- Menganalisis data/ membentuk hipotesis Pengkaji merancang akan melakukan ujian pra terlebih dahulu. Ujian pra ini merupakan ujian yang akan dilakukan sebelum aktiviti dijalankan terhadap pelajar-pelajar tersebut. Ujian pra akan dijalankan pada 10 Januari 2013 bagi mengetahui tahap pencapaiaan pelajar kelas Satu ini dalam menguasai sebutan dan perbendaharaan kata Bahasa Melayu. Ujian ini akan melibatkan 30 orang pelajar Melayu. Format ujian ialah soalan berbentuk aneka pilihan sebanyak 10 soalan dan satu soalan berbentuk karangan ringkas perlu dijawab oleh pelajar. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini merupakan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan perbendaharaan kata manakala soalan karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar menggunakan perbendaharaan kata dalam membina ayat-ayat mudah. Langkah 4- Merancang pelan tindakan Setelah berbincang antara ahli kumpulan, kami merancang untuk menggunakan simulasi watak (Role Play Simulation) dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di SK Sultan Ismail Kota Bharu Langkah 5- Melaksanakan pelan tindakan Simulasi watak (Role Play Simulation) akan dilakukan: Aktiviti 1: Menyebut suku kata dengan sebutan yang betul Aktiviti 2: Lakonan dalam Kumpulan Aktiviti 3: Ejaan bagi suku kata yang diajar Langkah 6- Mengumpul data untuk mengesahkan perubahan 13.12 Ujian pasca adalah ujian yang akan dijalankan selepas aktiviti dilaksanakan terhadap pelajar-pelajar tersebut. Ujian pasca akan dijalankan pada 25 Mac 2011 bagi mengetahui tahap peningkatan pelajar setelah kaedah lakon semula dijalankan terhadap pelajar ini melalui proses P & P. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini melibatkan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan perbendaharaan kata manakala soalan berbentuk karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar mennggunakan perbendaharaan kata dalam membina ayat mudah. Langkah 7- Menganalisis dan menilai Analisis dan penilaian akan dilakukan berdasarkan perbandingan penyebutan bagi menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti simulasi watak. Langkah 8- Refleksi Refleksi akan dilakukan bagi membuat penilaian bagi keseluruhan keberkesan kajian ini. i) Sasaran Kajian Kumpulan sasaran ialah seramai 26 orang yang terdiri daripada pelajar kelas Satu yang terdiri daripada pelajar Melayu. Seramai 14 orang perempuan dan 16 orang pelajar lelaki. ii) Instrumen Kajian 14.13 Kajian ini akan melibatkan beberapa kaedah pengumpulan data seperti di bawah : Pemerhatian- Pemerhatian akan dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. Ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana tahap penguasaan pelajar terhadap penggunaan perbendaraan kata Bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu. Pengkaji juga akan meninjau cara pelajar menyebut perkataan serta melihat cara pelajar ini berkomunikasi di dalam kelas sama ada ketika bertanyakan soalan, menjawab soalan mahupun ketika berkomunikasi dengan rakan-rakan di dalam kelas. Ujian Pencapaian- Ujian oral akan dijalankan di mana pelajar perlu menyebut beberapa patah perkataan di dalam Bahasa Melayu. Mereka juga akan diminta berkomunikasi di dalam kumpulan bagi sesi soal jawab untuk mengetahui pencapaian tahap penguasaan pelajar-pelajar tersebut. iii) Metod Analisis Analisis data akan dilakukan bagi mengetahui sejauhmana keberkesanan tindakan kajian yang akan diambil. Manakala satu solan berbentuk karangan ringkas akan dijawab oleh pelajar. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini melibatkan soalan- soalan berkaitan tatabahasa dan pembendaharaan kata manakala soalan berbentuk karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar mennggunakan pembendaharaan kata dalam membina ayat mudah. bagi mengetahui tahap peningkatan pelajar setelah kaedah lakon semula dijalankan terhadap pelajar ini melalui proses P & P. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini melibatkan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan perbendaharaan kata manakala soalan berbentuk karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar mennggunakan perbendaharaan kata dalam membina ayat mudah. Semua peraturan am tentang pentadbiran bagi kedua-dua ujian ini adalah sama dengan pentadbiran ujian penilaian yang lazim diamalkan di sekolah-sekolah. Sebelum 15.14 ujian dijalankan, persetujuan dengan pihak pentadbiran dan guru mata pelajaran perlu diperolehi.Ketiga aktiviti akan dijalankan dalam masa 60 minit yang mana jangka masa bagi ujian ini bersesuaian dengan satu waktu pelajaran yang terdapat di sekolah ini. Pemerhatian - Sikap pelajar sebelum dan selepas tindakan diambil boleh dianalisis melalui pemerhatian. Perubahan positif yang dilihat seperti pelajar mampu berinteraksi dalam kumpulan menggunakan perbendaraan kata Bahasa Melayu yang betul menunjukkan keberkesanan tindakan yang diambil.Selain itu pemerhatian ini juga dapat mengenalpasti sikap belajar pelajar-pelajar ini dan bagaimanakah mereka membuat respon terhadap pengajaran guru. 16.15 BAB 4 MODUL LATIHAN 4.1modul 1 Aktiviti 1: Menyebut suku kata dengan sebutan yang betul Bahan yang digunakan : kad bergambar, pen maker, papan putih. Tarikh : 17 Januari 2013, 7 Mac 2013, & 4 April 2013 Tempoh : 30 minit Langkah- langkah : a) Kad suku kata diedarkan kata kepada setiap pelajar. b) Pelajar diminta menyebut suku kata yang terdapat pada kad suku kata yang dipegang oleh pengkaji dan mengulang sebutan yang diajar. c) Pelajar diminta menukarkan kad suku kata yang dipegang dengan rakan- rakan kelas sekurang-kurangnya 10 kali. d) Oleh itu, mereka dapat menyebut suku kata tersebut sekurang-kurangnya 10 kali secara berulang-ulang. 17.16 4.2modul 2 Aktiviti 2 : Lakonan dalam Kumpulan Bahan yang digunakan : kad manila, gunting, benang. Tarikh : 24 Januari 2013, 31 Januari 2013, 14 Mac 2013, 21 Mac 2013,& 11 April 2013. Tempoh : 30 minit Langkah-langkah : a) Kad manila dan gunting diedarkan kepada pelajar. b) Pelajar diminta untuk menulis perkataan pada kad manila yang disediakan bagi watak masing-masing dalam lakonan yang akan dilakonkan. c) Pelajar diminta mengikat benang pada kad manila tersebut dan mengantung pada badan mereka sendiri bagi mewakili watak masing-masing. d) Lakonan simulasi dimulakan selepas semua bahan yang diperlukan telah disediakan di bawah tunjuk ajar guru. e) Pelajar perlu menyenaraikan perkataan yang memerihalkan tentang watak masing-masing seperti pekerjaan, pakaian, tugas, lokasi dan sebagainya. f) Pelajar akan berkongsi dengan pelajar lain hasil dapatan mereka dengan menceritakan semula apa yang telah diperolehi. g) Pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru bagi melatih penggunaan bahasa. 4.3modul 3 18.17 Aktiviti 3: Ejaan bagi suku kata yang diajar Bahan yang digunakan: kertas putih, pensel. Tarikh: 28 Februari, 28 Mac 2013, & 18 April 2013 Tempoh: 30 minit Langkah-langkah: a) Kertas putih akan diedarkan kepada pelajar. b) Pelajar diminta menulis nama pada kertas yang diedarkan. c) Pelajar mengeja perkataan yang disebut oleh guru. d) Masa ejaan dibekalkan dengan secukupnya. e) Hasil ejaan dikutip. f) Tamatnya masa ejaan dan hasil ejaan dibawa untuk disemak dan dinilaikan. 19.18 BAB 5 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN 5.1 Kekuatan Dan Kelemahan a) Kekuatan keistimewaan yang terdapat dalam kaedah ini yang dilihat dapat membantu murid- murid pemulihan khas untuk menguasai kemahiran membaca. Antara kekuatan dan keistimewaan kaedah ini adalah; i. Sesuai dengan sistem ejaan Bahasa Melayu yang fonik dan suku kata yang jelas. ii. Murid-murid tidak terbeban dengan menghafal abjad. iii. Susunan bahan secara developmental, kumulatif dan sisitematik memudahkan guru mengajar dan murid belajar. iv. Menarik minat dan tidak menjemukan kerana murid belajar bunyi huruf, suku kata, perkataan dan frasa dalam satu pelajaran. v. Murid-murid tidak perlu mengeja dan membatang. vi. Tidak memerlukan bahan Bantu mengajar yang banyak dan tidak susah untuk dibina. Bahan Bantu mengajar utama ialah kad imbasan dan papan hitam. vii. Sesuai dengan murid pemulihan khas kerana tidak memerlukan hafalan. 20.19 viii. Menekankan aspek bahasa berirama yang menarik minat murid-murid. ix. Boleh disesuaikan dengan lain-lain kaedah seperti kaedah bercerita. x. Penggunaan ICT boleh digunakan dengan meluas dalam mengajar menggunakan kaedah ini. xi. Murid-murid pemulihan khas di sekolah rendah boleh menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding menggunakan kaedah yang biasa. b) Kelemahan i. Murid sudah biasa menggunakan kaedah lain seperti kaedah abjad akan menyebabkan berlakunya kekeliruan. Hal ini juga menjejaskan kebolehan murid tersebut dan terpaksa bermula semula. ii. Murid sukar membezakan antara bunyi abjad dengan nama abjad. iii. Sukar menyebut bunyi abjad tertentu dan mengganggu pembelajaran. iv. Sukar mencari contoh perkataan yang sesuai dengan konsonan yang telah diajar. v. Murid tidak memahami maksud perkataan yang telah dibina dan memerlukan penjelasan daripada guru. Murid-murid pemulihan khas sukar untuk memahami maksud perkataan dan memerlukan bahan maujud atau gambar untuk membantu penerangan. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid tidak mempunyai perbendaharaan yang cukup. 5.2 Cadangan Penambahbaikan 21.20 i. Kemahiran-kemahiran asas bacaan perlu diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum murid dapat membaca frasa. ii. Murid-murid lebih mudah memguasai kemahiran jika diajar secara individu berbanding secara kumpulan atau kelas. iii. Lebih mudah mengajar murid-murid yang tidak tahu apa-apa daripada murid- murid yang telah menguasai beberapa kemahiran asas seperti mengeja dan membatang. iv. Latih tubi adalah aspek yang perlu diutamakan. v. Gabungan dengan kaedah bercerita banyak membantu penguasaan kemahiran dan ingatan murid-murid 5.3 Implikasi Memandangkan aktiviti yang dijalankan telah dapat meningkatkan penguasaan murid membaca perkataan dua suku kata, saya bercadang untuk memperluaskan kajian terhadap kemahiran membaca perkataan tiga suku kata. Saya turut bercadang untuk mengaplikasi kepada murid pemulihan yang menghadapi masalah yang sama iaitu tidak memahami konsep mencantum perkataan. 5.4 Penutup Sebenarnya kajian mengajar menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi-kata di peringkat sekolah menengah belum lagi dijalankan.Apa yang dilakukan oleh penulis dalam menyediakan kertas kerja ini ialah kaedah dan modul mengajar murid-murid pemulihan khas di sekolah penulis mengajar. Pada mula penulis mengajar menggunakan kaedah fonik tetapi kesannya begitu lambat dan mengambil masa. Selain itu juga, terlihat sikap murid-murid yang boring dengan apa yang diajar. Perkara ini lumrah kerana murid- 22.21 murid terpaksa menghafal perkara yang sama iaitu abjad a hingga z semenjak di sekolah rendah lagi. Murid-murid juga mungkin berasa rendah diri kerana masih membaca abc.Dengan menggunakan KGBK kata ini murid-murid berasakan satu kelainan dan mereka sudah mampu untuk membaca buku cerita yang mudah.Keyakinan murid-murid dapat ditegarkan suapaya kemahiran asas ini dapat dikuasai. Tuntasnya, penulis mendapati Kaedah Gabungan Bunyi-kata mampu mempercepatkan penguasaan kemahiran menulis murid pemulihan khas di sekolah menengah.Hal ini dibuktikan dengan kejayaan murid-murid penulis yang kini mampu membaca dengan lancar buku cerita mudah termasuklah buku cerita yang mempunyai suku kata tertutup. Penulis hanya mengajar lebih kurang tiga bulan; secara formal seminggu sekali dan pada masa pembelajaran biasa dalam kelas.Pembelajaran formal selama 30 minit dan melibat waktu khusus untuk murid-murid pemulihan khas sahaja.Manakala pembelajaran biasa dalam kelas adalah pengajaran pemulihan dalam kelas biasa di samping mengajar sukatan pelajaran biasa. Oleh itu, keperluan untuk kajian terhadap keberkesanan KGBK kepada murid-murid pemulihan sekolah menengah perlu dilakukan.Hal ini penting untuk mendapat hasil kajian dan dapatan yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi.Sebenarnya di sekolah rendah banyak bilangan murid-murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca.Terutama untuk memenuhi tuntutan difinisi boleh membaca iaitu mengenal dan mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Selain itu yang memerlukan murid-murid memahami apa yang dibaca bukan setakat bunyi-bunyi abjad dan gabungan bunyi-bunyi abjad. 23.22 Lampiran Rancangan mengajar harian HARI : Selasa MASA : 8.15 9.15 pagi KELAS : TEMA : Kekeluargaan TAJUK : Kasih Ibu FOKUS UTAMA SK : 2.1 : Asas membaca dengan sebutan yan betul. SP : 2.1.2 : Mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul FOKUS SAMPINGAN SK : 3.2 : Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas SP : 3.2.2 : Menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran murid dapat: i. Mengeja suku kata terbuka dengan betul ii. Membatangkan suku kata terbuka dengan betul. iii. Menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas. 24.23 PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu: Pendidikan Moral ii. KBT: KB mencirikan KP Verbal Linguistik BCB Bacaan Intensif SISTEM BAHASA : Tatabahasa: kata nama BBM : Buku Teks, Buku Aktiviti, Bahan Grafik, Laptop NILAI : Kasih Sayang, Hormat Menghormati STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Set Induksi; 1. Guru memperdengarkan lagu IBU Lirik Lagu IBU Ibu.ibu.. Engkaulah ratu hatiku Bila ku berduka Engkau hiburkan selalu Ibu.ibu Engkaulah ratu hatiku. - KBT Kecerdasan pelbagai - Muzik Lembaran Kerja Lirik Lagu Ibu BBB : Laptop, LCD Versi/Melodi : P. Ramlee Langkah 1 1. Guru mengedarkan lirik lagu kepada murid 2. Guru membaca lirik lagu mengikut sebutan dan intonasi yang betul. KBT KP Verbal Linguistik Lirik lagu 25.24 3. Guru mengeja dan membatangkan suku kata terbuka yang terdapat dalam lirik lagu dan diikuti oleh murid. Langkah 2 1. Murid diminta mengeja suku kata terbuka yang terdapat lagu Contoh: ibu, bila, ratu 2. Murid diminta mengeja suku kata terbuka yang terdapat dalam buku teks sambil dipantau oleh guru. Contoh: bi, bu, la, ra, tu, la, ti KBT KP- Verbal Linguistik Lirik lagu Langkah 3 1. Murid diminta membatangkan suku kata berdasarkan kata nama yang diberi dengan menggunakan sebutan yang betul. Contoh: gula cili baju pagi muka dadu 2. Murid membatang suku kata berdasarkan kata nama yang terdapat dalam buku teks. Contoh: Gu la Ba ju KBT KB- Mencirikan Buku teks m/s 13 Langkah 4 1. Murid diminta menulis suku kata terbuka yang terdapat dalam lirik lagu dengan betul dan kemas. KBT BCB bacaan intensif Buku aktiviti (jilid 1) M/s : 13 26.25 2. Murid diminta mengeja semula suku kata yang telah ditulis dengan betul sebagai latih tubi. Pentaksiran Terdapat 10 daripada 25 orang murid yang masih lemah dalam mengeja dan membatangkan suku kata terbuka berdasarkan perkataan yang diberikan oleh guru. Pemulihan 1. Guru memberikan lembaran kerja yang mengandungi suku kata terbuka sebagai latih tubi kepada murid. Pengayaan 1. Murid membaca kata nama yang mengandungi suku kata terbuka secara mekanis. Buku teks Refleksi Sebahagian murid tidak dapat mengeja dan membatangkan suku kata terbuka. Objektif pada hari ini tidak tercapai. 27.26 Bibliografi Abdullah Hassan, (1989), Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Abdullah Hassan, (1989), Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.Tanjung Malim: Quantum Books. Azman Wan Chik (1979).Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung Malim:UPSI. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti. J.S. Farrant (1971). Principles and Practice of Education. London: Longman GroupLimited Norjiah Bt. Sulaiman, (1996), Kajian Tindakan: Penyelidikan Dalam Bilik Darjah, Kementerian Pendidikan Malaysia Wiley Blevins (1998). Phonics From A to Z: A Practical Guide. New York: ProfessionalBooks.

Kemahiran menulis Topik8 Kemahiran Menulis HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan definisi konsep kemahiran menulis serta jenis-jenisnya; 2. Mengenal pasti pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran kemahiran menulis; 3. Menilai kekuatan dan kelemahan bentuk penulisan berdasarkan jenis-jenisnya; dan 4. Mengaplikasikan teori pemilihan dan penyesuaian bahan untuk membina bahan pengajaran karangan. PENGENALANKemahiran menulis ialah kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiranberbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telahmenguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, dan kemahiranmembaca. Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya melibatkan aspekteknikal dan mekanikal semata-mata, tetapi penulisan turut melibatkanpenggemblengan aspek psikologi dan kognitif. Hal ini kerana penulisan itusendiri meliputi proses pemilihan dan pengolahan bahan untuk menghasilkantulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, topik ini akan menjelaskan konsep,jenis dan pendekatan dan teknik dalam kemahiran menulis. 2.TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS 101 8.1 KEMAHIRAN PENULISANMenulis ialah suatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun aturmenjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk ayat-ayat yangbermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud penghasilanwacana-wacana yang bermakna dan bermaklumat. Oleh itu, kemahiran menulissecara mekanis; iaitu kemahiran membentuk dan menyusun simbol-simboltulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja. Sebaliknya kemahiran ini akanditeruskan dengan aktiviti mengarang, yang memerlukan penggemblenganaspek psikologi dan kognitif.8.1.1 Konsep dan Proses Mengarang Mengarang, khususnya karangan ialah aktiviti penting dalam kemahiranmenulis. Mengarang ialah proses menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dansebagainya dalam bentuk simbol-simbol secara bertulis. Zaba (1952) mengatakanbahawa mengarang ialah kemahiran menyusun dan menggubah kata-kata untukdijadikan ayat, dan seterusnya sebuah cerita. Bagi Isahak Haron (1979), karanganbukan sekadar hasil kemahiran menggubah dan menyusun kata-kata, sebaliknyaialah kemahiran menyampaikan idea, fakta, dan sebagainya, yang terdapatdalam pemikiran pengarang tersebut melalui perantaraan bahasa. Tegasnya,bolehlah disimpulkan bahawa mengarang itu ialah proses melahirkan idea secaratersusun dan lojik melalui tulisan. Hasilan sesuatu proses mengarang ini bolehmerupakan, ayat, petikan, nota ringkas, laporan atau sebuah buku.Kamarudin Husin (1998) menjelaskan bahawa proses menulis karangan atauproses mengarang itu sendiri ialah:(a) Persediaan: menentukan tajuk atau persoalan yang akan ditulis, dan memilih serta menentukan format penulisan.(b) Mengingat kembali pengalaman: mengingat atau memilih pengalaman atau pengetahuan sedia ada berkaitan tajuk atau persoalan dipilih.(c) Kreativiti: mencari bahan-bahan penulisan.(d) Perbincangan: perbincangan tentang bahan-bahan atau isi yang diperoleh.(e) Penulisan draf: menulis draf atau struktur karangan secara ringkas.(f) Semakan draf dan perbincangan.(g) Penulisan karangan. 3.102 TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS8.1.2 Pendekatan dalam Kemahiran Menulis (proses, Komunikatif, Pengalaman Bahasa (LEA), Terkawal, Bebas)(a) Pendekatan Proses Pendekatan proses menekankan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukan kepada hasil penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, meyemak dan membincangkannya. Dalam pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan penggunaan tatabahasa yang tepat, sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang format atau model penulisan yang baik.(b) Pendekatan Komunikatif Pendekatan berasaskan prinsip bahawa bahasa ialah alat komunikasi yang penting. Justeru penulisan perlu diajarkan dalam bentuk fungsinya untuk berkomunikasi. Dalam hal ini, tajuk-tajuk atau persolan yang ada kaitannya dengan situasi komunikasi boleh dieksploitasi untuk memotivasi pelajar. Pendekatan ini mencadangkan pengajaran kemahiran menulis dalam konteks situasi komunikasi sebenar. Dalam pendekatan ini, bahan- bahan berbentuk autentik seperti dialog, perbahasan, ceramah dan sebagainya sangat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran & pembelajaran. Bahan autentik ini membolehkan pelajar menulis dalam keadaan bebas dan tidak terikat dengan sebarang unsur bahasa berbentuk formal. Hal ini kerana pendekatan ini beranggapan bahawa penulisan ialah proses menukarkan bentuk pertuturan kepada tulisan. Oleh itu, pendekatan ini mencadangkan agar guru bertolak ansur dengan kesalahan dan kesilapan pelajar, khususnya dalam aspek bahasa. Hal ini kerana, kesalahan bahasa dalam komunikasi ialah perkara biasa. Itu menunjukkan bahawa berlakunya perkembangan dalam penguasaan bahasa tersebut.(c) Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA) Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) berasaskan prinsip bahawa kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang berasingan, seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Sehubungan dengan itu pendekatan ini menekankan konsep dan penggunaan struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan dituliskan. Pendekatan ini juga mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna dalam kalangan pelajar untuk dijadikan bahan perbincangan dalam proses penulisan karangan. 4.TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS 103(d) Pendekatan Terkawal Pendekatan ini mencadangkan pembelajaran kemahiran menulis mengikut peringkat-peringkat yang bermula daripada peringkat prapenulisan hinggalah peringkat penulisan yang memerlukan pemikiran. Secara umumnya terdapat lima peringkat penulisan dan pendekatan ini iaitu: (i) Peringkat meniru dan menyalin. (ii) Peringkat mengingat kembali. (iii) Peringkat menggabungkan. (iv) Peringkat penulisan berpandu. (v) Peringkat penulisan bebas.(e) Pendekatan Bebas Berdasarkan pendekatan ini guru perlu memberikan banyak latihan penulisan kepada pelajar. Latihan-latihan ini perlu dipelbagaikan dari segi jenis dan format penulisan tersebut. Pendekatan ini beranggapan bahawa, semakin banyak pelajar membuat latihan maka semua perkara yang perlu ada dalam sesebuah karangan seperti ejaan, ketepatan kosa kata, tatabahasa, pemerengganan, dan gaya tulisan akan dapat dikuasai pelajar tersebut secara automatik. Berdasarkan pendekatan ini terdapat tiga langkah dalam proses menulis. (i) Langkah 1: Pramenulis (ii) Langkah 2: Membuat rangka dan draf (iii) Langkah 3: Menyemak dan memeriksa kembali8.1.3 Peringkat MenulisTerdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis; iaitu:(a) Peringkat pramenulis Pada peringkat ini pelajar diberikan persediaan secara mekanikal untuk membolehkannya menggunakan alat tulis, dan dapat menulis dengan selesa dan tepat. Dalam peringkat ini guru akan memberikan aktiviti- aktiviti pergerakan tangan dan mata, supaya pelajar boleh mengkoordinasi kedua-dua anggota ini untuk tujuan menulis. Antara latihan-latihan yang boleh dilakukan untuk membentuk kemahiran ini ialah: (i) Latihan membentuk garis lurus dan lengkok berdasarkan garisan putus-putus. (ii) Latihan mewarna mengikut arah yang ditentukan. 5.104 TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS (iii) Latihan membentuk bulatan di udara: dari kiri ke kanan, dan sebaliknya. (iv) Latihan membentuk garisan lurus. (v) Latihan membentuk corak: lurus, bulatan, persegi dan sebagainya. (vi) Latihan melukis gambar yang ada garis lurus, lengkong, bulat, dan sebagainya.(b) Peringkat mekanis Setelah pelajar boleh menggunakan alat tulis, peringkat seterusnya ialah peringkat tulisan mekanis. Pada peringkat ini pelajar-pelajar dilatih membentuk lambang-lambang yang ada kaitannya dengan bentuk-bentuk huruf. Akhirnya, pelajar akan dapat menuliskan huruf-huruf untuk membentuk perkataan, dan seterusnya ayat. Secara umumnya, latihan- latihan yang boleh digunakan pada peringkat ini ialah: (i) Latihan membentuk bulatan dan garis lurus secara terkawal. (ii) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris. (iii) Latihan membentuk huruf dengan cara yang betul, secara bebas.(c) Peringkat pelahiran Pada peringkat ini pelajar sepatutnya telah menguasai kemahiran membentuk huruf dan mengeja. Peringkat pelahiran ialah pelajar dilatih untuk melahirkan sesuatu untuk ditulis. Latihan dimulakan secara terkawal, tetapi pada akhir peringkat ini pelajar sepatutnya telah tahu memberikan reaksi bertulis terhadap bahan-bahan rangsangan yang diberikan. Antara latihan-latihan yang boleh diguna pakai dalam peringkat ini ialah: (i) Mengisi silang kata. (ii) Mengisi tempat kosong dalam ayat. (iii) Melengkapkan ayat. (iv) Melengkapkan petikan atau cerita. (v) Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan-gambar. (vi) Menulis jawapan kefahaman. (vii) Menulis rencana daripada bahan rangsangan. (viii) Menulis karangan. 6.TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS 105 AKTIVITI 8.1 1. Jelaskan ketiga-tiga langkah dalam proses menulis dalam penulisan bebas. 2. Bincangkan lima aktiviti yang boleh dijalankan dalam penulisan peringkat pelahiran. 8.2 JENIS PENULISANDari segi jenisnya, terdapat pelbagai jenis penulisan yang boleh dieksploitasiuntuk tujuan pengajaran & pembelajaran kemahiran ini. Penjenisan ini dibuatberdasarkan bentuk dan cara penulisan itu dibuat. Dalam konteks pengajaran &pembelajaran kemahiran menulis, penentuan dan pemilihan jenis-jenis penulisanini perlu disesuaikan dengan tahap pencapaian pelajar itu sendiri. Antara jenispenulisan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialahpenulisan terkawal, separa terkawal, penulisan berpandu, separa berpandu,penulisan bebas dan penulisan kreatif. Jenis penulisan tersebut dijelaskan sepertiberikut.(a) Penulisan Terkawal Penulisan terkawal ialah penulisan yang dikawal sepenuhnya oleh oleh guru, sama ada dalam aspek format, pilihan kata dan tatabahasa. Dalam penulisan terkawal, pelajar banyak menulis berdasarkan model-model yang diberikan guru. Pelajar didedahkan dengan bentuk penulisan yang baik dengan cara meniru atau menulis semula petikan, ayat-ayat, atau karangan yang dianggap baik. Penulisan terkawal ialah tahap pertama ke arah penulisan bebas, kerana latihan-latihan penulisan terkawal akan membantu pelajar menguasai bentuk bahasa yang tepat, pengolahan isi, dan gaya penulisan yang baik. Bentuk-bentuk penulisan terkawal ialah: (i) Menulis semula cerita yang dibaca atau didengar; (ii) Menulis surat:isi disediakan; dan (iii) Menuliskan isi perbincangan/dialog yang didengar.(b) Penulisan Separa Terkawal Penulisan separa terkawal ialah jenis penulisan yang tidak dikawal sepenuhnya oleh guru. Pelajar diberi peluang menggunakan daya pemikiran sendiri untuk memilih perkataan yang sesuai dengan tajuk yang diberi. Latihan-latihan seperti menyalin semula petikan yang diberikan dan pelajar dibenarkan menukarkan beberapa perkataan yang sesuai dalam 7.106 TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS petikan tersebut, ialah satu contoh bagaimana pelajar diberikan kebebasan dalam penulisan ini. Bentuk-bentuk penulis separa terkawal yang lain ialah: (i) Mengisi tempat kosong dalam petikan; (ii) Menuliskan cerita daripada gambar; (iii) Membuat ayat daripada perkataan; dan (iv) Menjawab soalan berdasarkan tajuk.(c) Penulisan Berpandu Penulisan berpandu ialah jenis penulisan yang bahan asasnya dikawal oleh guru, tetapi pelajar diberi kebebasan menyambung, melengkap atau menukarkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahan yang dikawal itu. Penulisan jenis ini akan memotivasi pelajar untuk terus menulis. Aktiviti-aktiviti atau latihan yang digunakan dalam penulisan jenis ini ialah: (i) Menukarkan dialog kepada bentuk naratif; dan (ii) Menukarkan bentuk puisi kepada prosa.(d) Penulisan Separa Berpandu Penulisan separa berpandu ialah jenis penulisan yang memberikan kebebasan kepada pelajar untuk menulis berdasarkan sedikit panduan daripada guru. Penulisan jenis ini merupakan suatu kaedah untuk membiasakan pelajar terhadap struktur penulisan dan pemerengganan. Dalam penulisan jenis ini pelajar akan diberikan asas atau klu yang menjurus kepada tajuk atau perkara yang akan ditulis. Aktiviti penulisan yang boleh dikaitkan dengan penulisan separa berpandu ialah: (i) Menyudahkan cerita; dan (ii) Menulis karangan yang isinya disediakan guru.(e) Penulisan Bebas Penulisan bebas dijalankan setelah pelajar menguasai aspek mekanikal, dan tatabasa yang baik. Penulisan jenis ini tidak lagi menitikberatkan persoalan proses untuk menulis, tetapi sebaliknya pelajar diminta memberikan tumpuan kepada apa yang akan ditulis. Tegasnya, pelajar sepatutnya boleh mengeksploitasi kemahiran sedia ada untuk menghasilkan suatu tulisan yang baik dan bermakna. Dalam penulisan jenis ini, penglibatan guru adalah di peringkat minimum. Guru hanya akan campur tangan jika terdapat kesalahan-kesalahan atau kesilapan dalam penulisan sahaja. Secara umumnya terdapat beberapa bentuk penulisan yang boleh dilakukan dalam penulisan bebas; iaitu: 8.TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS 107 (i) Penulisan naratif; (ii) Penulisan deskriptif; (iii) Penulisan imaginatif; dan (iv) Penulisan argumentatif.(f) Penulisan Kreatif Penulisan kreatif adalah salah satu bentuk penulisan yang terdapat dalam penulisan bebas. Dalam penulisan ini, pelajar bukan sahaja telah mahir dalam pengolahan idea, tetapi juga telah boleh mengeksploitasi pengalaman atau imaginasi untuk dijadikan bahan tulisan. Penulisan kreatif mempunyai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan bentuk penulisan bebas yang lain kerana penulisan jenis ini bukan hanya memfokuskan terhadap isi yang akan ditulis, tetapi memerlukan kemahiran estetika untuk mengolah dan mempersembahkan isi tersebut dengan cara yang berkesan dan menarik. Bentuk-bentuk penulisan yang terdapat dalam penulisan kreatif ialah: (i) Cerpen; (ii) Puisi; (iii) Drama; dan (iv) Novel. AKTIVITI 8.2 1. Apakah perbezaan antara penulisan terkawal dengan penulisan berpandu? 2. Bincangkan bentuk-bentuk penulisan dalam penulisan bebas. 9.108 TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS 8.3 PENDEKATAN DAN TEKNIK SEMAK KENDIRI 8.1 1. Bincangkan perbezaan antara pendekatan penulisan bebas dengan jenis penulisan bebas. 2. Bincangkan perbezaan antara jenis penulisan berpandu dengan jenis penulisan terkawal. 3. Jelaskan kaitan antara pendekatan proses dengan teknik pengajaran peta minda.Dalam konteks pengajaran & pembelajaran, pendekatan & teknik ialah strategiyang digunakan oleh guru untuk mencapai matlamat dan tujuan yangdirancangan dalam objektif pengajaran. Dalam hal ini, guru seharusnyamenyedari apakah pendekatan yang sesuai, dan dapat pula memilih teknikyang terbaik, yang sesuai dengan objektif pengajaran dan pelajar sasaran. Dalampengajaran kemahiran penulisan, teknik-teknik yang dihuraikan berikut sesuaidigunakan di sekolah.8.3.1 Peta Minda, Penyoalan, dan Pendekatan ProsesPeta Minda, dan Penyoalan ialah teknik yang boleh digunakan untukmempertingkat kemahiran menulis. Kedua-dua teknik ini boleh dipasangkandengan pendekatan proses; iaitu suatu pendekatan yang berasaskan prosespenulisan itu sendiri.(a) Peta Minda Rajah 8.1: Contoh peta minda 10.TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS 109 Teknik Peta Minda digunakan untuk memandu pelajar ke arah penghasilan isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini, guru akan menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangan dengan pelajar, dalam bentuk Peta Minda di papan tulis. Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-isi, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk. Sila lihat Rajah 8.1 yang menggambarkan beberapa contoh peta minda yang boleh anda gunakan.(b) Penyoalan Teknik penyoalan boleh digunakan untuk mencungkil idea dalam penulisan karangan. Dalam teknik ini guru akan menyediakan soalan- soalan yang berkaitan dengan isu atau perkara yang akan ditulis. Penyoalan yang melibatkan apa, bila, mengapa, dan bagaimana boleh digunakan untuk menggalakkan pelajar befikir k e arah isi-isi penulisan.(c) Pendekatan Proses Pendekatan proses berasaskan andaian bahawa sesuatu penulisan yang baik itu bermula daripada proses bagaimana tulisan itu dihasilkan. Oleh itu pendekatan ini menekankan ketepatan bahasa dan format tulisan dengan cara menulis dalam bentuk draf terlebih dahulu. Draf ini akan disemak, dikritik, dan diulas, yang kemudiannya akan ditulis semula. Semakan terhadap tulisan atau draf akan berlaku secara berterusan sekiranya masih terdapat kesalahan tatabahasa, format, atau maklumat dalam draf tersebut. Pendekatan ini memang memakan masa yang panjang untuk seseorang itu menyiapkan sesuatu penulisan, dan ini memberikan peluang yang banyak kepada pelajar untuk mempelajari setiap aspek penulisan tersebut.Secara umumnya penulisan dalam pendekatan proses beradasarkan kepadaprinsip-prinsip berikut:(i) Penulisan ialah proses pemikiran terpilih yang membolehkan penulis mengolah dan menyusun idea.(ii) Proses penulisan disusun secara hierarki, bermula dengan prapenulisan, dan berakhir dengan penulisan semula.(iii) Penulisan ialah proses yang berpandukan sesuatu matlamat. 11.110 TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS8.3.2 Membina Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran MenulisSebelum sesuatu bahan pengajaran dibina, seseorang guru perlu mengambil kiraprinsip-prinsip pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran. Secara umumnyaprinsip-prinsip yang dimaksudkan itu ialah:(a) Ketepatan maklumat kandungan;(b) Ketepatan bahasa dan gaya;(c) Sesuai dengan umur, tahap, dan keupayaan pelajar;(d) Sesuai dengan masyarakat, agama, dan budaya;(e) Sesuai dengan objektif pengajaran;(f) Sesuai dengan masa pengajaran; dan(g) Mudah diguna dan dikendalikan.Dalam pengajaran kemahiran menulis, bahan-bahan rangsangan seperti gambar,petikan, rakaman audio (ceramah, ucapan, perbahasan, dan sebagainya),rakaman video, dan filem sangat sesuai dijadikan bahan pengajaran.8.3.3 Menilai Kemahiran MenulisMenurut Kamarudin Husin (1997), aspek-aspek yang boleh dinilai dalamkemahiran menulis adalah seperti berikut:(i) Penggunaan bahasa aspek tatabahasa.(ii) Aspek mekanikal pemerengganan, tanda baca, dan sebagainya.(iii) Ketepatan dan kesinambungan isi Kesesuaian dan huraian isi.(iv) Gaya penulisan penggunaan ungkapan/kosa kata menarik.(v) Kemahiran mengolah menarik dan sesuai dengan pembaca sasaran.Aspek-aspek yang dinyatakan di atas boleh dilihat atau dinilai melalui aktiviti-aktiviti seperti mencatat nota, mengembangkan maklumat, mengisi borang,menulis surat, menulis karangan (pelbagai bentuk) dan menulis laporan. 12.TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS 111 AKTIVITI 8.2 1. Bincangkan bagaimana teknik peta minda dan penyoalan boleh membantu pelajar memulakan aktiviti penulisan. 2. Rancangkan pembinaan bahan pengajaran kemahiran menulis karangan bentuk fakta untuk pelajar Tahun 5. Mengarang ialah proses menyampaikan maklumat, idea, perasaan dan sebagainya dalam bentuk simbol-simbol secara bertulis. Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis iaitu prapenulisan, penulisan mekanis dan pelahiran. Antara jenis penulisan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah penulisan terkawal, separa terkawal, penulisan berpandu, separa berpandu, penulisan bebas dan penulisan kreatif.Pendekatan Bebas Penulisan KreatifPendekatan Proses Penulisan MekanisPendekatan Terkawal PenyoalanPenulisan Bebas Peta MindaPenulisan Berpandu PrapenulisanAbd Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Kamarudin Husin. (1998). Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.Kamarudin Husin. (1995). Perkaedahan mengajar bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. 13.112 TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULISKamarudin Husin. (1997). Pengajian Melayu 1, ilmu bahasa dan kecekapan berbahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.Kamarudin Husin, & Siti Hajar Abdul Aziz. (1997). Penguasaan kemahiran menulis. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.Institut Bahasa. (1994). Strategi pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Institut Bahasa. (1992). Asas kemahiran berbahasa KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran KBSM, Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian sukatan pelajaran KBSR, Tahun 4, Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.Kemahiran menulis 2 . Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai guru di sekolah. Sediakan satu contoh yang sesuai. Teknik 1 1. Edar contoh karangan lengkap kepada murid 2. Guru baca bersama murid 3. Menyalin perenggan demi perenggan 4. Semak ejaan/tanda bacaan 5. Edar karangan yang sama - dalam bentuk isi tempat kosong sebagai latihan Teknik 2 1. Beri gambar tunggal/bersiri 2. Bina ayat berdasarkan gambar 3. Berikan kosa kata yang dominan dengan gambar 4. Mula mengarang 5. Semak karangan/kesan tanda baca dan ejaan Teknik 3 1. Edar karangan lengkap 2. Cari perkataan sukar, catat di papan kapur 3. Guru/murid - sebut/baca/ulang/terangkan makna perkataan tersebut 4. Guru menyebut - murid mengeja 5. Perbetulkan ejaan 6. Ambil isi karangan dalam perenggan 1 sahaja 7. Tuliskan di papan kapur 8. Bina ayat daripada isi karangan 9. Beri penekanan kepada pemerengganan dan tanda baca Teknik 4 1. Salin contoh karangan 2. Mengambil imlak 3. Latihan mengarang/banyak salah buat semula 4. Baca contoh-contoh karangan 2.5. Tampal contoh karangan dalam bilik darjah Apa yang saya bincangkan, teknik di atas diamalkan oleh guru sekolah rendah. Namun, dengan sedikit ubahsuai, rasanya boleh diaplikasikan di semua peringkat. Jikalau sudi, bolehlah kongsi teknik-teknik yang mungkin anda telah cuba. Harap memberi manfaat... :) Assalamualaikum... Dalam pembelajaran di sekolah pada peringkat awal ,pelajaran menulis dan membaca biasanya dijalankan serentak atau dalam masa yang selari.Ia diberi penekanan mengikut peringkat dan tahap penguasaan murid. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran.Pelajar dan guru akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasaan antara satu sama lain melalui butiran tulisan dan penulisan mereka. Apabila sudah dapat menulis dengan baik para pelajar seterusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis penulisan seperti cerita, laporan atau fakta. Assalamualaikum... Dalam pembelajaran di sekolah di peringkat awal sememangnya aktiviti menulis harus diberi penekanan mengikut tahap penguasaan murid. Murid akan diajar cara menulis dengan teknik yang betul. Setelah murid pandai menulis, mereka akan diajar pula menghasilkan berbagai jenis penulisan seperti karangan bentuk cerita, berita daln lain-lain. Menurut Ahmad Khair Mohd. Nor (2005), dalam pengajaran kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca. Dalam pengajaran bahasa, pada umumnya terdapat empat kemahiran yang penting, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. (Mackey 1974:261). Dalam keempat-empat kemahiran tersebut, kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling kompleks. Ini kerana kemahiran ini melibatkan pergerakan mata, pergerakan tangan dan juga kepintaran otak. Antara aktiviti yang disarankan oleh cikgu ialah pelaksanaan penulisan mekanis . Tulisan mekanis hanyalah tulisan yang berbentuk peniruan sahaja dan aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di peringkat awal proses pembelajaran di sekolah rendah. Bagi proses melahirkan perasaan atau buah fikiran penulis, adalah penting untuk murid untuk mempelajari kemahiran penulisan kreatif. Pelbagai teknik yang boleh digunakan oleh guru dalam mengajar penulisan.Bergantunglah kepada kreatifnya seseorang guru itu asalkan ianya bersesuaian dengan tahap murid itu sendiri.Bagi saya yang mengajar di salah satu kelas yang terdiri daripada murid lemah ,saya akan menggunakan teknik di mana pada awal sesi pengajaran,saya akan mengedarkan satu petikan karangan yang lengkap (berdasarkan tajuk karangan pada hari itu) kepada murid saya.Kemudian saya akan membimbing murid membaca bersama-sama saya.Saya juga akan meminta murid-murid membaca petikan secara individu dengan bimbingan saya.Selepas murid-murid membaca,murid diminta menyalin semula karangan perenggan demi perenggan yang lengkap itu ke dalam buku tulis.Di sinilah saya akan meminta murid-murid menyemak semula tanda baca dan ejaan yang ditulis itu betul sebelum saya menyemaknya.Apabila semua kerja telah dikumpul,saya 3.akan mengedar satu karangan yang sama yang tidak lengkap.Di sini murid-murid akan mengisi tempat kosong dengan perkataan yang telah mereka salin supaya menjadi karangan yang lengkap.Murid yang berjaya melengkapkan karangan akan diberi pujian. Kesimpulannya, jelaslah bahawa tulisan dan penulisan adalah perkara yang saling berkait rapat dan amat penting dalam pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Dalam pengajaran bahasa, pada umumnya terdapat empat kemahiran yang penting, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. (Mackey 1974:261). Dalam keempat-empat kemahiran tersebut, kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling kompleks. Ini kerana kemahiran ini melibatkan pergerakan mata, pergerakan tangan dan juga kepintaran otak. Antara aktiviti yang disarankan oleh cikgu ialah pelaksanaan penulisan mekanis . Tulisan mekanis hanyalah tulisan yang berbentuk peniruan sahaja dan aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di peringkat awal proses pembelajaran di sekolah rendah. Bagi proses melahirkan perasaan atau buah fikiran penulis, adalah penting untuk murid untuk mempelajari kemahiran penulisan kreatif. Menurut Za'ba (1969), tujuan utama bagi belajar mengarang ialah menyebutkan fikiran- fikiran atau pendapat sendiri dengan terang dan teratur untuk dibca oleh orang lain serta memberi kesan kepada pembacanya. Penulisan karangan adalah teknik pegujian yang penting untuk menguji kemahiran penulisan murid. Melalui penulisan karangan, murid akan diuji kebolehan mereka dalam menyampaikan maklumat, buah fikiran, serta pengetahuan hasil daripada pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Salam 1 Malaysia Saya bersetuju dengan pandangan cikgu itu.Peta Minda ialah teknik yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kemahiran menulis.Teknik ini boleh dipasangkan dengan pendekataan proses iaitu suatu pendekatan yang berasaskan proses penulisan itu sendiri.Teknik Peta Minda digunakan untuk memandu pelajar ke arah penghasilan isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan.Dalam teknik ini,guru akan menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangan dengan pelajar,dalam bentuk Peta Minda di papan tulis.Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi- isi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk.Sememangnya penggunaan Peta Minda ini telah pun saya aplikasikannya kepada pelajar Tahun 6 saya di kelas sederhana.Melalui teknik pengajaran ini juga secara tidak langsung menjadikan pelajar berani memberi pandangan mereka. 4.Salam 1 Malaysia.... Dalam merancang dan membentuk model pengajaran, terdapat kaedah dan teknik-teknik yang boleh digunakan untuk memastikan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang. Kaedah pengajaran penulisan adalah cara atau langkah tentang kaedah bagi seseorang guru menyampaikan isi pengajarannya berasaskan kemampuan dan pencapaian murid-muridnya, dengan ini objektif pengajaran dapat dicapai. Terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang dapat digunakan untuk mengajar penulisan.Teknik ialah cara yang khusus yang dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran dan menjayakan kaedah pengajaran. Antara teknik yang biasa digunakan dalam pengajaran ialah penggabungjalinan teknik-teknik. Contohnya ialahteknik bercerita, perbincangan,soal jawab, sumbang saran dan teknik menggunakan gambar. Penggunaan kaedah ini bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah berasaskan gambar iaitu gambar bersiri atau gambar tunggal yang dilihat dan ditunjukkan. Kebiasaannya, gambar bersiri akan digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan peristiwa yang terdapat dalam gambar-gambar itu akan dijadikan bahan penulisan. Murid dapat menggunakan gambar- gambar tersebut untuk mendapatkan isi-isi tentang sesuatu tajuk karangan. Namun begitu, kaedah ini juga dapat dilaksanakan menerusi teknik penyampaian dengan menggunakan slaid. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dapat dijalankan dimana teknik slaid lebih menarik dan dapat menimbulkan minat pelajar. Ini kerana penggunaan slaid dapat merangsang minat murid. Kelainan yang ditunjukkan oleh guru akan menceriakan dan menyeronokkan murid ,apatah lagi jika ditambah lagi dengan iringan irama muzik yang bersesuaian, umpamanya pertunjukan slaid tentang kemeriahan sambutan majlis Hari Raya yang dihadiri oleh semua kaum yang terdapat di Malaysia.. Namun, teknik slaid memerlukan peralatan yang tertentu. Jika menggunakan teknik ini, pelajar mesti mempunyai daya ingatan yang kuat untuk mengingati gambar-gambar slaid yang telah ditonton. Dalam menggunakan kaedah bergambar, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti dalam menyampaikan pengaj