menu rm10-ep.5

11
MEGAPINE (M) SDN. BHD. (LOGO) RANCANGAN MASAKAN : MENU RM10 EPISOD : 5 STESEN : TVi PENULIS SKRIP : A.KAZAR NOR SYAFINAZ SAMSUDIN ARAHAN : PAK ABU

Upload: kazar-abdul

Post on 19-Dec-2015

99 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Contoh Skrip Menu RM10 untuk siaran TVi. Sebuah program masakan yang dihoskan oleh Chef Azli.

TRANSCRIPT

Page 1: MENU RM10-EP.5

MEGAPINE (M) SDN. BHD.

(LOGO)

RANCANGAN MASAKAN :

MENU RM10 EPISOD : 5

STESEN :

TVi

PENULIS SKRIP :

A.KAZAR NOR SYAFINAZ SAMSUDIN

ARAHAN : PAK ABU

Page 2: MENU RM10-EP.5

1

VISUAL AUDIO

OPENING MONTAGE

SEGMEN 1

1.a 1.b 1.c

PENGENALAN - TEMA DAN MENU Tema Episod 2 : Diet sihat LUAR- RUMAH CHEF – PETANG Chef Azli baru balik daripada berjogging. DALAM RUMAH CHEF - PETANG Chef bercakap pada penonton.

GRAFIK TEKS

- Lempeng dengan Sambal Sardin

- Jeli Teh Buah Koktel

Chef Azli sebut Agar-Agar

CHEF AZLI Hai, Assalamualaikum, bertemu lagi kita dalam rancangan MENU RM10, bersama saya, Chef Azli Razali yang akan mengajak anda untuk menyediakan menu 3M, iaitu, Mudah, Murah dan Menyihatkan. Untuk setiap menu yang akan saya kongsikan bersama anda, jumlahnya tidak melebihi daripada RM10. Selain daripada bersenam kita memerlukan diet yang sihat. Jadi untuk episod kali ini saya akan menyediakan dua menu. Menu yang pertama iaitu Lempeng Oat bersama Sambal Sardin dan menu yang kedua Agar-Agar Teh Buah Koktel. Badan saya pun dah melekit, jadi saya nak bersihkan diri. Selepas ini ikut saya beli barang.

Page 3: MENU RM10-EP.5

2

1.d 1.e 1.f 1.g 1.h 1.i 1.j 1.h 1.i 1.j 1.k

JOM BELI BARANG MONTAJ PASARAYA Chef di berjalan menuju ke pasaraya. DALAM – KEDAI Chef interaksi dengan penonton. Beli barang Lempeng Sardin. BAHAGIAN BARANG KERING Chef ambil oat. GRAFIK TEKS Oat = RM2.85 GRAFIK TEKS 1 Tin Koktel = RM4.00 GRAFIK TEKS Sardin = RM3.40 GRAFIK TEKS Serbuk Agar-Agar = RM2.50 GRAFIK TEKS Asam Jawa = RM1.59 GRAFIK TEKS Bayam = RM1.50

CHEF AZLI Kali ini saya nak cari bahan-bahan untuk Lempeng Sardin. Bahan-bahan yang saya perlukan ialah sardine, oat, bayam dan asam jawa. Untuk Agar-Agar Koktel saya perlukan serbuk agar-agar, sebiji lemon, susu dan koktel dalam tin. CHEF AZLI Yang ini oat, saya nak masukkan oat ini dalam adunan lempeng saya. Khasiat oat ini boleh mengurangkan kolesterol di dalam badan. Harga sepaket RM2.85 sen. CHEF AZLI Untuk menyedapkan agar-agar koktel saya perlukan buah koktel dalam tin yang berharga lebih kurang RM4.00. CHEF AZLI : Lempeng yang saya buat ini saya akan makan dengan sambal yang diperbuat daripada sardin dalam tin.Macam ini yang berharga RM3.40 sen. CHEF AZLI Hah..inilah bahan paling penting dalam agar-agar koktel kita iaitu serbuk agar-agar. Kalau tak ada bahan ini tidak jadilah menu kita. Harga dia murah aje RM2.50 sen. CHEF AZLI Untuk hilangkan bau hanyir saya gunakan asam jawa. Macam satu paket ini harganya RM1.59 sen. CHEF AZLI Bayam ini saya akan masukkan dalam lempeng saya. Saya perlukan satu ikat. Harga dia RM1.50 sen.

Page 4: MENU RM10-EP.5

3

1.l 1.m 1.n 1.o

Chef cakap pada penonton. GRAFIK TEKS Lemon = RM0.99 GRAFIK TEKS Susu Cair = RM2.40 MONTAJ DAN GRAFIK TEKS Untuk memasak Lempeng Sambal Sardin, Chef Azli membeli Oat = RM2.85 Sardin = RM3.40 Asam Jawa = RM1.59 (RM1.60) Bayam = RM1.50 Jumlah = RM9.35 Untuk memasak Jeli The Buah Koktel, Chef Azli membeli 1 Tin Koktel = RM4.00 Serbuk Agar-Agar = RM3.40 Lemon = RM0.99 (RM1.00) Susu Cair = RM2.40 Jumlah = RM9.90 *Chef sebut Agar-Agar Koktel

CHEF AZLI Lemon ini akan saya gunakan dalam Agar-Agar Koktel. Kalau hendak tahu segar atau tidak lemon ini, tengok kulit dia, kalau tak kecut dan tangkai dia masih melekat. Harga sebiji RM0.99 sen. CHEF AZLI Bahan terakhir untuk Agar-Agar Koktel ialah susu cair. Saya perlukan satu tin sahaja. Harganya ialah RM2.40 sen. CHEF AZLI Dah selesai saya membeli bahan-bahan untuk masakan saya.Untuk menu Lempeng Sambal Sardin berharga RM9.00. Untuk Agar-Agar Koktel berharga RM9.90 sen Semuanya berharga RM18.90 sen.

SEGMEN 2

Page 5: MENU RM10-EP.5

4

2.a 2.b 2.c 2.d

EST. RUMAH CHEF DAPUR CHEF Chef di hadapan bahan-bahan untuk membuat lempeng. GRAFIK TEKS Bahan-bahan 125 gm Tepung Gandum Bayam Oat Susu Sardin Telur Bawang Putih Bawang Merah Cili Boh Asam Jawa Halia Chef menyediakan semua bahan.Potong bawang dan kikis halia.Kemudian basuh semua bahan-bahan tadi.

CHEF AZLI Untuk diet sihat saya akan sediakan resipi pertama saya iaitu Lempeng Bersama Sambal Sardin. CHEF AZLI Pertamanya saya akan membuat sambalnya. Bahan-bahan yang saya perlukan adalah bawang dan bawang putih. Yang itu saya nak kisarkan dia dulu. Bahan-bahan lain yang saya perlukan untuk mengisar ialah halia. Lebih kurang salam 1 inci. Yang akan kita gunakan.Yang ini kita akan kisarkan. Yang ini Cili Boh. Kepada mereka yang tiada Cili Boh, jangan risau anda boleh mengisar cili kering dekat rumah. CHEF AZLI Sambal sardin ni saya gunakan sardin yang dalam tin. Kepada mereka yang nak gunakan bahan-bahan yang segar seperti daging ke, ayam pun boleh guna tiada masalah. Bila saya masak sambal itu nanti saya akan menunjukkan macam mana kita akan menyediakan dia punya lempeng. Lempeng ini pun saya dah ubah sikit.Kita ini menu sihat, kita letakkan bahan-bahan yang berkhasiat di dalam itu, kalau anda boleh tengok disini saya akan menggunakan bayam dan kita punya oat.Kita nak berkhasiat. *Chef beri tips mengenai khasiat oat CHEF AZLI Bahan-bahan tadi saya perlu kisar di dalam pengisar ini. Kemudian saya akan masukkan cili boh ke dalam lebih kurang satu setengah cawan. Baiklah bahan-bahan tadi saya akan kisarkan.

Page 6: MENU RM10-EP.5

5

2.e 2.f

BREAKER EST RUMAH CHEF DAPUR CHEF Chef Azli sedang mengisar bahan-bahan.

CHEF AZLI Ok..bahan-bahan yang kita kisar ni dah halus begini. Apa yang perlu saya buat ialah saya akan menumis dia. Untuk menumis ini ada juga teknik dari segi penggunaan bahan. *Chef beri tips penggunaan minyak masak CHEF AZLI Baiklah..minyak pun dah panas. Saya tumiskan kemudian kita kacau. Biarkan mendidih. Sementara itu saya perlu sediakan lempeng. Apa yang perlu saya buat adalah saya perlu menggunakan tepung gandum. Tepung gandum ini lebih kurang 120 gram saya gunakan.Kemudian kita letakkan bersama oat. Oat ini saya gunakan lebih kurang dalam 50 gram. Setengah cawanlah. Ini memang berkhasiat..kita kacaukan begini CHEF AZLI : Bahan seterusnya saya akan gunakan susu. Susu ini memberikan rasa lemak lagi pada kita punya lempeng. Yang ini dalam satu cawan saya gunakan. Satu cawan susu, apa perlu kita buat ialah kacau sahaja. Kacaukan sehingga dia sebati begini CHEF AZLI Ok sementara itu saya nak menambahkan lagi khasiat kita punya lempeng ini, saya ceritakan tadi kita perlu masukkan kita punya bayam tadi. Apa yang saya ambik adalah daunnya sahaja. Saya gunakan daunnya sahaja supaya lagi satu kita punya lempeng itu lagi bertambah warna. Yang ini kita cincangkan begini

Page 7: MENU RM10-EP.5

6

sahaja. Kita potong dia halus-halus begini supaya ada warna-warna hijau dekat dalam dan lagi berkhasiat ada sumber fibre ataupun serat. Oat tadi pun sumber serat juga. Masuk kat sini aje yea. CHEF AZLI Kemudian saya akan campurkan sedikit air lebih kurang setengah cawan untuk kita cairkan lagi kita punya lempeng ini. Baiklah bila dah sebati begini cair dia bahan yang terakhir yang perlu saya masukkan adalah soda bikarbonat. Yang ini adalah serbuk penaik supaya lempeng kita itu tak adalah padat sangat. Dia akan jadi macam gebu begitu sebab kita gunakan bahan penaik ini saya gunakan soda. CHEF AZLI Saya panaskan kuali sebab saya nak masakkan kita punya lempeng ini. Seperti biasalah saya tak menggunakan mentega, nak menjaga kesihatan. Saya gunakan minyak sayuran. Biarkan kuali kita ini panas dan kemudian apa yang perlu saya buat kita ambil sesenduk begini sahaja. Kita ratakan dekat atas kuali yang panas. Kita letakkan begini, kita lebarkan sahaja lempeng CHEF AZLI Dan biarkan sebelah ini masak. Api kena sederhana sikit takut kita punya sebelah lempeng itu hangus pulak nanti. Yang ini saya kena buat dalam 2,3 kan. Lebih dari 2, 3 ni maklumlah kawan pun baru lepas bersenam dah lapar dah. CHEF AZLI Saya nak flip, yang ini kita balikkan, Nampakkan yang hijau-hijau itu. Kalau

Page 8: MENU RM10-EP.5

7

2.g

Chef merasa sedikit sambal dan memberi komen sedap. Chef plating sambal sardin pada lempeng. Hias dengan daun parsley dan potongan limau.

letakkan lobak merah lagi kita boleh Nampak warna merah-merah kita punya lempeng. CHEF AZLI Yang ini cara penyediaan dia sangat senang aja. Kita perlukan pinggan yang bulat begini dan kita letakkan atas ini. Dan kita perlu menyambung untuk kita punya sambal ini ya. Sambal kita dah pecah minyak macam ini, garing dah naik bau macam tu, kita masukkan kita punya sardin ke dalam .Dan bahan seterusnya yang saya perlu letak adalah perisa untuk kita punya sambal.Saya gunakan asam jawa ini untuk bagi rasa masam dan memotong rasa hanyir daripada kita punya sambal sardin. CHEF AZLI Saya ambilkan sedikit dalam setengah sudu begitulah dan kita gaulkan sedikit dengan air. Curahkan saja sedikit sahaja jangan lebih-lebih sangat sebab takut nanti rasa masam pulak kan. Kemudian saya perlukan garam sebagai dia punya perisa tambahan. Sedikit sahaja sebab sardin itu dah masin. Ok sikit. Dan bahan untuk kita potong rasa pedas dalam kita punya sambal semestinya saya menggunakan gula. Dan kita kacau sahaja begini, dah pun siap kita punya sambal. CHEF AZLI Baiklah, sambal kita kita ini pun, warnanya dah menarik, dah pecah minyak macam ini, saya nak rasa tengok cukup tak bahan perisa yang saya dah letakkan itu. Sekian saja untuk menu saya yang pertama iaitu Lempeng bersama Sambal Sardin

Page 9: MENU RM10-EP.5

8

2.h

MONTAJ GRAFIK TEKS Lempeng dengan Sambal Sardin CB

SEGMEN 3

3.b 3.c 3.d 3.e

DAPUR CHEF Chef menyiapkan bahan untuk memasak Jeli teh buah koktel Chef menyusun dan menunjukkan semua dan bercakap kepada kamera. GRAFIK TEKS Bahan-bahan 500ml air teh 20gm serbuk agar-agar larutkan dengan 100ml air 50gm gula 2 sudu besar jus lemon Susu Cair ½ tin buah koktel dalam sirap-ayam brand Chef mendidihkan air teh. Memasukkan gelatin dan gula. .

CHEF AZLI : Resipi kedua saya untuk diet sihat adalah Agar-Agar Koktel. CHEF AZLI Bahan-bahan yang saya perlukan adalah saya menggunakan serbuk agar-agar. Dalam kita membuat agar-agar sebenarnya ada dua pilihan, pertama yang paling senang kita gunakan serbuk agar-agar, yang keduanya kita boleh gunakan agar-agar yang tadi tu. Yang itu perlu kita rebus mengambil masa lebih sedikitlah dan kita perlu tapis. Kalau kita menggunakan serbuk agar-agar ini kita tidak perlu untuk tapis lagilah sebab dia mudah larut dan istimewanya saya punya resipi ini adalah agar-agar saya ini berperisa teh. CHEF AZLI Yang pertamanya saya perlu membuat air the. Sebab namanya pun dah berkhasiat *Chef beri tips khasiat teh . CHEF AZLI Dan saya gunakan bahan seterusnya untuk memberikan rasa manis pada kita punya agar-agar ini. Saya letak 250 gram gula. Gula kasar atau gula kaster.Kita larutkan kemudian kita masukkan serbuk agar-agar dan

Page 10: MENU RM10-EP.5

9

3.f 3.g 3.h 3.i 3.j

Chef potong dan perah limau ke dalam bekas air teh. Kemudian memasukkan air teh ke dalam acuan. Sebelum itu memasukkan buah koktel terlebih dahulu ke dalam acuan. Chef Azli memasukkan acuan tadi ke dalam peti sejuk untuk dibekukan. GRAFIK TEKS Selepas 20 minit Bukan 2 jam ke? Chef tunjuk cara tekan agar-agar dari acuan. Chef keluarkan pinggan dan plating. MONTAJ GRAFIK TEKS Agar-Agar Koktel

larutkan dalam kita punya air teh. *Chef Azli beri tips CHEF AZLI Untuk rasa yang lebih enak dalam saya punya agar-agar saya perahkan buah lemon supaya dia boleh rasa masam sedikitlah. *Chef Azli beri tips khasiat lemon CHEF AZLI Terpulang pada masing-masing nak menggunakan acuan apa sebenarnya. Jangan penuh sangat sebab nk isi agar-agar pula ke dalam acuan. Kemudian tuang air teh ke dalam bekas acuan. CHEF AZLI : Baiklah saya dah tuangkan semua ke dalam bekas acuan ini, air yang lebih ini kita boleh letak dalam bekas yang besar sedikit. CHEF AZLI : Baiklah setelah 2 jam kita tengok kita punya agar-agar itu dah keras ke belum.Keluarkan satu macam ini.kita tekan aje..agar-agar kita pun dah siap CHEF AZLI Agar-agar ini saya akan sajikan dengan susu supaya memberikan rasa lemak lagi kepada kita punya agar-agar dan apa yang saya perlu buat, buah koktel yang lebih tadi tu, kita penuhkan di atas pinggan. Kemudian boleh tuangkan susu di atas. Baiklah saya dah siapkan menu saya yang kedua iaitu Agar-Agar Koktel.

Page 11: MENU RM10-EP.5

10

3.k 3.l

EST RUMAH CHEF RUANG TAMU- MEJA MAKAN Chef hidangkan makanan dan interaksi dengan penonton.

CHEF AZLI Dengan bermodalkan RM10, saya dapat sediakan menu saya yang pertama iaitu Lempeng Oat bersama Sambal Sardin, dan dengan RM10 lagi, saya dapat sediakan menu yang kedua iaitu Agar-Agar Teh Buah Koktel. Walaupun ringkas tapi sedap. Jangan lupa penonton diet yang sihat sebenarnya bagus untuk kesihatan kita. Sehingga kita bertemu lagi saya Chef Azli Razali, Assalamualaikum dan salam sejahtera.

TAMAT