menjulang belaga, menjulang sarawak · pdf filemenjulang belaga, menjulang sarawak page 1...

3
MENJULANG BELAGA, MENJULANG SARAWAK Page 1 Semua Pengetua & Guru Besar, SMK/SK, Daerah Belaga, Tuan, Surat Pemakluman/Surat Peringatan Bil. 1/2013 Sukacita dimaklumkan perkara seperti di atas adalah dirujuk . 2. Sehubungan perkara di atas , terdapat beberapa isu serta tindakan yang perlu diberi penekanan khas oleh semua Ketua Jabatan di semua peringkat berdasarkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus JPNS Bil. 3/2012 . Isu Tindakan 2.1.1 Ketidakpatuhan Terhadap SP BKew. KPM Bil.5 Tahun 2005 dan SPI Bil. 7 Tahun 1991 dan syor SPRM supaya penambahbaikan dilaksanakan ke atas SP BKew. KPM Bil.5, Tahun 2005 mengenai kadar caj/sewaan penggunaan kemudahan-kemudahan di sekolah supaya merangkumi semua jenis sewaan termasuk Dewan Makan 2.1.2 Kesilapan pengendalian wang sumbangan bagi Program Anugerah Tokoh MILAM 2010 . Mohon agar semua Pengetua dan Guru Besar supaya membaca kedua-dua surat Pekeliling tersebut bersama/bersekali dengan Surat Pekeliling ruj: KP.AK.SEK/500-5(40) bth 30 Mac 2012 tentang Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.( Juga digunapakai untuk 2.1.2 ) . SPRM mengesyorkan supaya Kementerian menentukan tindakan yang wajar dan bersesuaian, khususnya berkaitan mekanisme atau kaedah sebenar mengendalikan wang sumbangan atau pembayaran . 2.2 Sistem Dan Pembudayaan Kerja Pembudayaan Prinsip “ CTI – PCI “ Dalam Perkhidmatan Awam . Semua Penjawat Awam di bawah seliaan PPD Belaga diminta membudayakan prinsip “ CTI – PCI “ dalam menjalankan perkhidmatan seharian selaras dengan ekspektasi dan permintaan rakyat yang semakin meningkat serta cabaran masa depan yang semakin kompetitif . Untuk itu, semua Ketua Jabatan( KJ ) diminta agar memuat turun Panduan bertajuk “ Meneruskan Momentum Transformasi Kecemerlangan Perkhidmatan Awam Berteraskan CTI – PCI “, keluaran MAMPU melalui laman sesawang : www.mampu.gov.my/pdf/flipbook/cti-pci/files/ctipci.pdf Bab 2 CEPAT – Memacu Kepantasan Bertindak Bab 3 TEPAT – Mengarusperdanakan Budaya Ketepatan Bab 4 INTEGRITI – Mendakap Integriti Bab 5 PRODUCTIVITY – Menjulang Produktiviti

Upload: lehuong

Post on 06-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENJULANG BELAGA, MENJULANG SARAWAK · PDF fileMENJULANG BELAGA, MENJULANG SARAWAK Page 1 Semua Pengetua & Guru Besar, SMK/SK, Daerah Belaga, Tuan, Surat Pemakluman/Surat Peringatan

MENJULANG BELAGA, MENJULANG SARAWAK Page 1

Semua Pengetua & Guru Besar,

SMK/SK,

Daerah Belaga,

Tuan,

Surat Pemakluman/Surat Peringatan Bil. 1/2013

Sukacita dimaklumkan perkara seperti di atas adalah dirujuk .

2. Sehubungan perkara di atas , terdapat beberapa isu serta tindakan yang perlu diberi penekanan khas oleh semua Ketua Jabatan di semua peringkat berdasarkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus JPNS Bil. 3/2012 .

Isu Tindakan

2.1.1 Ketidakpatuhan Terhadap SP BKew. KPM Bil.5 Tahun 2005 dan SPI Bil. 7 Tahun 1991 dan syor SPRM supaya penambahbaikan dilaksanakan ke atas SP BKew. KPM Bil.5, Tahun 2005 mengenai kadar caj/sewaan penggunaan kemudahan-kemudahan di sekolah supaya merangkumi semua jenis sewaan termasuk Dewan Makan 2.1.2 Kesilapan pengendalian wang sumbangan bagi Program Anugerah Tokoh MILAM 2010 .

Mohon agar semua Pengetua dan Guru Besar supaya membaca kedua-dua surat Pekeliling tersebut bersama/bersekali dengan Surat Pekeliling ruj: KP.AK.SEK/500-5(40) bth 30 Mac 2012 tentang Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.( Juga digunapakai untuk 2.1.2 ) . SPRM mengesyorkan supaya Kementerian menentukan tindakan yang wajar dan bersesuaian, khususnya berkaitan mekanisme atau kaedah sebenar mengendalikan wang sumbangan atau pembayaran .

2.2 Sistem Dan Pembudayaan Kerja – Pembudayaan Prinsip “ CTI – PCI “ Dalam Perkhidmatan Awam .

Semua Penjawat Awam di bawah seliaan PPD Belaga diminta membudayakan prinsip “ CTI – PCI “ dalam menjalankan perkhidmatan seharian selaras dengan ekspektasi dan permintaan rakyat yang semakin meningkat serta cabaran masa depan yang semakin kompetitif . Untuk itu, semua Ketua Jabatan( KJ ) diminta agar memuat turun Panduan bertajuk “ Meneruskan Momentum Transformasi Kecemerlangan Perkhidmatan Awam Berteraskan CTI – PCI “, keluaran MAMPU melalui laman sesawang : www.mampu.gov.my/pdf/flipbook/cti-pci/files/ctipci.pdf Bab 2 CEPAT – Memacu Kepantasan Bertindak Bab 3 TEPAT – Mengarusperdanakan Budaya Ketepatan Bab 4 INTEGRITI – Mendakap Integriti Bab 5 PRODUCTIVITY – Menjulang Produktiviti

Page 2: MENJULANG BELAGA, MENJULANG SARAWAK · PDF fileMENJULANG BELAGA, MENJULANG SARAWAK Page 1 Semua Pengetua & Guru Besar, SMK/SK, Daerah Belaga, Tuan, Surat Pemakluman/Surat Peringatan

MENJULANG BELAGA, MENJULANG SARAWAK Page 2

Bab 6 CREATIVITY – Mengungguli Kreativiti Bab 7 INNOVATION – Menyemarak Inovasi

2.3 Penggunaan Sistem Integrity Pact Dalam Pelaksanaan Projek Di KPM

Semua KJ hendaklah menekankan Penggunaan Integrity Pact Dalam Pelaksanaan Projek Dan Perolehan Kerajaan . Bagi memperoleh Kejelasan dan Penjelasan lanjut, sila muat turun Garis Panduan Pelaksanaan Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaan melalui laman sesawang : www.treasury.gov.my dan Our Organisation/Integrity Pact : www.transparency.org

2.4 Isu Karenah Birokrasi Yang Menyumbang Ke Arah Gejala Rasuah, Penyelewengan Dan Salah Guna Kuasa Dalam Perkhidmatan Awam .

KJ hendaklah melaksanakan Inisiatif Penambahbaikan Ke Arah Memantapkan Keutuhan Sistem Pengurusan Dan Mengurangkan Karenah Birokrasi yang menyumbang kepada kejayaan gerakan memerangi dan membasmi gejala rasuah, penyelewengan serta salahguna kuasa dalam perkhidmatan awam .

2.5 Isu Surat Layang KJ hendaklah mengambil tindakan sewajarnya ke atas Surat Layang yang diterima sekiranya maklumat yang dikemukakan adalah jelas dan mempunyai asas . Ini termasuklah tindakan susulan yang perlu diambil ke atas tohmahan terhadap KJ sendiri atau terhadap pegawai, terutamanya sekiranya tohmahan tersebut mempunyai asas . KJ boleh dipertanggungjawabkan jika gagal melaporkan penyelewengan kewangan yang dilakukan oleh pegawai/staf sokongan di bawah seliaan masing-masing .

2.6 Isu Penggunaan Surat Sokongan oleh Kementerian/Agensi

Sila rujuk kepada Surat Arahan KSN bth 8 Mac 2010 : Garis Panduan Pengendalian Surat Sokongan Daripada Pemimpin Kerajaan, Individu Berpengaruh Atau Mana-Mana Orang Mengenai Sesuatu urusan Kerajaan . SPRM juga mengesyorkan supaya Maklumbalas/Jawapan kepada surat-surat sokongan yang dikemukakan kepada sumber/pegawai terbabit disalinkan kepada SPRM untuk makluman dan tindakan Unit NKRA Rasuah. Sekiranya ada pihak yang menggunakan surat sokongan, KJ dinasihatkan untuk merekodkan secara bertulis ( written/minuted ) apa jua bentuk arahan yang diterima dari mana-mana Ahli Politik atau Menteri berkaitan pemberian sesuatu kontrak/tender kerajaan sebagai perlindungan dan bukti jika sebarang isu timbul atau semasa siasatan dilakukan .

3. Perhatian dan tindakan segera yang sewajarnya daripada pihak tuan amat dihargai .

Page 3: MENJULANG BELAGA, MENJULANG SARAWAK · PDF fileMENJULANG BELAGA, MENJULANG SARAWAK Page 1 Semua Pengetua & Guru Besar, SMK/SK, Daerah Belaga, Tuan, Surat Pemakluman/Surat Peringatan

MENJULANG BELAGA, MENJULANG SARAWAK Page 3

Sekian. Terima Kasih .

" CEPAT, TEPAT, INTEGRITI – PRODUCTIVITY, CREATIVITY, INNOVATION "

PEGAWAI PELAJARAN DAERAH BELAGA

JANUARI 2013