menjamin masa hadapan - majalah.com · emas adalah pelindung nilai yang terbaik. lindungi diri anda...

44
S S i i mpanan mpanan E E mas mas Emas adalah pelindung nilai yang terbaik. Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yang akan menyebabkan wang simpanan anda menyusut nilai. Berubahlah kepada simpanan emas. “Akan tiba suatu zaman, di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia kecuali emas dan perak. Maka simpanlah dinar dan dirham. -Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal- Katalog Emas Katalog Emas Goldcrest Pavilion Sdn.Bhd (GCP) www.gcp.com.my Menjamin masa Hadapan Menjamin masa Hadapan

Upload: others

Post on 13-Feb-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • S S iimpananmpanan E E masmas

    Emas adalah pelindung nilai yang terbaik. Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yang akan menyebabkan wang simpanan anda menyusut nilai. Berubahlah kepada simpanan emas. “Akan tiba suatu zaman, di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia

    kecuali emas dan perak. Maka simpanlah dinar dan dirham.

    -Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal-

    Katalog EmasKatalog Emas

    Goldcrest Pavilion Sdn.Bhd (GCP)www.gcp.com.my

    Menjamin masa HadapanMenjamin masa Hadapan

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    KENAPA EMASKENAPA EMAS

    11

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    PENYIMPAN NILAI TERBAIKPENYIMPAN NILAI TERBAIKPakar-pakar pelaburan menyarankan supaya memilih emas sebagai simpanan dan pelaburan kerana emas sentiasa bernilai sepanjang zaman dan merupakan penyimpan nilai yg baik serta kalis inflasi. Rahsia jutawan mengekalkan kekayaan mereka walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil serta kejatuhan matawang ialah dengan menyimpan emas sebagai penyimpan nilai harta mereka.

    KALIS INFLASIKALIS INFLASIWang kertas atau disebut ‘wang fiat’ boleh dimanipulasikan oleh mana-mana kerajaan di dunia dengan sewenang-wenangnya. Contohnya, Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang telah bertindak mencetak wang yang terlalu banyak, tidak seiring dengan perkembangan ekonominya, mengakibatkan negara tersebut mengalami hyperinflation. Kadar inflasi di negara tersebut menjangkau sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%.

    Pada zaman Rasulullah SAW, Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

    “(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut.

    Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar.

    Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu. ”Rasulullah bertanya:

    22

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    Bagaimana kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

    Kesimpulan dari riwayat tersebut menunjukkan harga semasa seekor kambing pada zaman Rasulullah ialah 1 dinar. Kini harga seekor kambing adalah sekitar RM 700 hingga RM800 manakala harga emas 1 dinar ketika ini adalah dalam lingkungan RM700 hingga RM800. Ini menunjukkan emas mengekalkan kuasa belinya sejak zaman berzaman.

    HARGA EMAS YANG TERUS MENINGKATHARGA EMAS YANG TERUS MENINGKATPeningkatan harga emas dari tahun ke tahun adalah salah satu sebab, mengapa anda perlu menyimpan emas. Contohnya, harga emas telah meningkat daripada RM30/gram sekitar tahun 2000 kepada rm180/gram pada tahun 2012. Trend tersebut menjadikan menyimpan emas dalam jangkamasa panjang adalah satu langkah aktiviti pelaburan yang amat selamat. Rekod dan graf harga emas semasa dunia boleh di semak di website www.kitco.com.

    Graf emas dunia dalam jangkamasa 10 tahun.

    33

    http://www.kitco.com/

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    Cuba anda bayangkan kalau anda membeli 1kg emas pada tahun 2000 pada harga ketika itu RM30k dan pada tahun 2012 nilainya menjadi RM180k . Apa akan jadi kalau anda menyimpan RM30k di bank atau Amanah Saham pada tahun 2000. Adakah mungkin pada tahun 2012 nilai simpanan itu menjadi RM180K? Belum lagi ditolak dengan inflasi yang kadar puratanya 2%.

    MUDAH DITUKARKAN KEPADA TUNAIMUDAH DITUKARKAN KEPADA TUNAIDengan kata lain emas merupakan aset yang sangat cair jika dibandingkan dengan eset tanah atau rumah yang amat sukar untuk dijual semula. Dengan memiliki emas, anda boleh menukarkannya kepada tunai dengan menjualnya.

    Anda bimbang emas anda susah untuk di jual? Dimana-mana di seluruh dunia, permintaan terhadap logam emas adalah tinggi. Anda boleh menjualnya dikedai-kedai emas atau peraih emas dan pilihlah pembeli emas yang boleh membeli emas anda dengan harga paling tinggi.

    Dalam situasi di mana anda perlukan wang tunai dengan segera tanpa melepaskan pemilikan emas, gadaian adalah jalan terbaik. Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% sehingga 70% daripada nilai emas anda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa.

    LAIN-LAIN KEISTEMEWAAN EMASLAIN-LAIN KEISTEMEWAAN EMAS✔ Warna kekuningannya yang cantik, menjadi kebanggaan kepada pemiliknya.

    ✔ Diiktiraf di seluruh dunia sebagai logam yang paling berharga.

    ✔ Bernilai untuk selama-lamanya walaupun telah berubah bentuk fizikalnya seperti patah, bengkok, telah menjadi serbuk dan sebagainya. Tidak seperti wang kertas, menjadi tidak bernilai bila terbakar atau koyak.

    ✔ Mudah untuk dibahagikan tanpa merosakkan nilainya.

    ✔ Meningkatnya keperluan emas untuk jangkamasa panjangdan sifatnya yang tidak boleh dicipta serta sumbernya makin berkurangan menyebabkan harganya semakin mahal.

    44

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    PANDUAN PANDUAN SIMPANAN EMASSIMPANAN EMAS

    55

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    DAPATKAN INFO BERKAITAN EMASDAPATKAN INFO BERKAITAN EMASIni akan membantu anda dari terjebak dengan skim pelaburan emas atau syarikat yang menawarkan pembelian saham emas dan sebagainya. Baca tentang simpanan emas di internet sama ada melalui forum, blog-blog emas atau menyertai mana -mana group perbincangan tentang emas di facebook. Cara ini lebih praktikal dan sesuai untuk mereka yang ada akses internet dan selalu online.

    Anda juga boleh hadir ke seminar-seminar emas. Biasanya mana-mana seminar emas pasti akan menyampaikan info yang sama dan beza hanyalah pada produk dan sistem syarikat serta servis yang ditawarkan. Tapi pastikan anda hadir ke seminar emas yang menawarkan emas fizikal.

    PASTIKAN BELI EMAS DAPAT EMASPASTIKAN BELI EMAS DAPAT EMASPastikan beli emas dapat emas, bukannya beli emas hanya dapat sijil atau surat perjanjian sahaja. Jika berlaku sesuatu kepada syarikat tersebut seperti ditutup, bankrup dan sebagainya, emas telah berada ditangan anda dan boleh menjualnya ke pihak lain tanpa menanggung apa-apa kerugian.

    Elakkan dari menyertai skim-skim pelaburan emas yang menawarkan pulangan tetap setip bulan atau keuntungan yang tidak munasabah.

    BELI SEMASA HARGA MURAHBELI SEMASA HARGA MURAHRamai yang takut bila harga emas jatuh sedangkan masa itulah paling sesuai untuk membeli emas. Dengan membeli emas semasa harga murah, anda akan mendapat lebih kuantiti emas. Harga rendah, duit jimat, gram lebih.

    Kebiasaannya peniaga emas akan memborong emas pada awal tahun kerana ketika itu kebiasaannya harga emas akan murah. Mereka akan menjualnya semasa musim perayaan di mana harganya melambung tinggi.

    JANGAN TERLALU MENUNGGU BILA HARGA AKAN RENDAHJANGAN TERLALU MENUNGGU BILA HARGA AKAN RENDAHJangan terlalu menunggu bila harga akan rendah. Orang selalu berkata bahawa harga emas mahal, tak berkemampuan nak beli. Ya, memang betul harga emas mahal, hampir setiap tahun orang akan berkata bahawa harga emas mahal. Bila masa harga emas akan murah?

    Tahun demi tahun harga emas semakin mahal. Rugilah golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain semakin kaya dengan emas. Belilah emas sekarang sebelum harganya akan semakin mahal.

    BELI EMAS BILA ADA WANGBELI EMAS BILA ADA WANGSebagaimana anda menyimpan wang kertas di rumah mahupun bank, begitulah juga konsep simpanan emas ini. Simpanlah mengikut kemampuan, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit emas.

    66

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    Tapi, janganlah pula 100% simpanan ditukarkan kepada emas, cukuplah 50%-80% dari simpanan, mengikut keperluan dan iklim kewangan masing-masing. Pastikan anda mempunyai 10% dalam bentuk wang kertas untuk keperluan kecemasan yang perlu tindakan segera.

    Jangan gunakan wang perbelanjaan harian untuk membuat simpanan emas. Kehidupan seharian memerlukan wang fiat. Gunakan wang simpanan yang tidak digunakan atau gunakan wang simpanan untuk jangka masa panjang untuk membeli emas.

    Rancang dengan bijak, bezakan simpanan tetap, simpanan kecemasan dan simpanan perbelanjaan. Bagi yang berniaga gunakan keuntungan perniagaan untuk menyimpan dalam bentuk emas.

    JANGAN JUAL EMAS TANPA SEBABJANGAN JUAL EMAS TANPA SEBABEmas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang. Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual, maka tiada apa di tangan anda nanti. Jual emas hanya untuk perkara menambah aset seperti, membeli rumah, membeli hartanah, membeli emas dalam bentuk lain (contohnya barang kemas) dan untuk modal perniagaan

    Jika anda menjual emas anda dengan harga tinggi, belum tentu anda dapat membelinya kembali dengan harga anda beli dahulu. Kecuali, jika anda mahir membaca pergerakan harga emas, anda boleh menjual semasa harga tinggi dan menyimpan wang tersebut sehinggalah harga emas agak turun sedikit, anda beli semula. Dengan cara ini anda mendapat gram yang lebih.

    Kaedah membeli emas ketika harga rendah dan menjualnya bila harga tinggi memerlukan sedikit kemahiran menganalisis harga emas, tetapi jika anda bukanlah seorang yang suka memantau harga emas dan sibuk, cara ini tidak bersesuaian dengan anda sebaliknya anda boleh menghafal trend pergerakan harga emas, sebagai contoh setiap kali musim perayaan, harga emas akan menjunam sedikit.

    TETAPKAN MATLAMAT DAN KONSISTENTETAPKAN MATLAMAT DAN KONSISTENContoh matlamat simpanan emas adalah seperti, menyimpan emas untuk perbelanjaan pengajian anak ke IPT.

    Katakanlah kos sekarang untuk pengajian di IPT = RM30K dan

    harga emas ketika ini = RM190 segram (contoh)

    Pengiraan

    Kos pengajian dalam bentuk simpanan emas = RM30K/RM190 = 157 g

    Umur anak sekarang = 3 tahun

    Umur akan masuk ke IPT = 18 th

    Masa diperlukan untuk mengumpul emas= 18 tahun – 3 tahun = 15 tahun ( 180 bln)

    Anda perlu kumpul 157 g untuk tempoh 15 tahun.

    Dalam sebulan anda perlu beli dan simpan emas sebanyak = 157g/180 bln =0.87 g

    77

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    Kesimpulannya, anda perlu beli dan simpan emas sekurang-kurangnya 0.87g atau anggaran 1g sebulan secara konsisten bagi membiayai perbelanjaan pengajian anak ke IPT untuk tempoh 15 tahun lagi. Ketika itu kos pengajian ke IPT bukan lagi RM30K malah akan bertambah mahal lagi.

    Oleh kerana anda menyimpan emas, kenaikan tersebut tidak menjadi masalah kerana kenaikan harga emas untuk jangkamasa 15 tahun akan datang mengatasi kenaikan kos pengajian ke IPT.

    Contoh lain ialah seperti :

    • menyimpan 100g emas atau 15 keping dinar jika anda ingin menunaikan haji.

    • Simpan untuk diri sendiri dan niat juga untuk diinfakkan sebahagiannya mengikut kemampuan anda.

    Simpan 100g emas untuk kos perkahwinan dan dinar untuk hantaran.

    PILIH EMAS YANG MEMPUNYAI SPREAD RENDAHPILIH EMAS YANG MEMPUNYAI SPREAD RENDAHAPA ITU SPREAD?APA ITU SPREAD?Spread ialah peratus perbezaan antara harga jualan dan harga belian emas. Harga jualan ialah harga yang syarikat atau institusi yang menjual emas gunakan semasa menjual emas kepada kita. Manakala harga belian ialah harga yang syarikat atau institusi yang menjual emas gunakan semasa membeli semula emas daripada kita. Spread juga dikenali sebagai Susut Nilai.

    Lihat ilustrasi dibawah untuk memahami apakah maksud spread.

    KEPENTINGAN SPREAD DALAM PELABURAN EMASKEPENTINGAN SPREAD DALAM PELABURAN EMASDalam pelaburan atau simpanan emas, keuntungan akan diperolehi oleh pelabur apabila emas yang telah dibeli telah dijual semula semasa kenaikan harga emas. Jadi pemilihan produk emas

    88

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    untuk pelaburan wajib mengambil kira kadar Spread yang paling rendah, berbanding saiz, berat dan ketulenan emas tersebut.

    Sila lihat rekod harga emas sedunia yang diambil dari www.kitco.com di bawah.

    Rekod menunjukkan harga emas pada 1 Januari 2012, 25 Mac 2012 dan 10 September 2012.

    Kaitan rekod harga di atas dengan % spread yang berlainan iaitu 2%, 6% dan 9%

    Harga Belian 1 oz pada

    1/1/2012

    spread

    Tempoh: 2 hari Tempoh: 3 bulan Tempoh: 8 bulanHarga

    semasa3/1/2012

    Hargaditolakspread

    Untung&

    Rugi

    Harga semasa

    25/3/2012

    Hargaditolakspread

    Untung&

    Rugi

    Harga semasa

    10/9/2012

    Hargaditolakspread

    Untung&

    Rugi

    $1,560.20 2% $1,598.00 $1,566.04 Untung$5.84

    $1,662.50 $1,629.25 Untung$69.05

    $1,730.70 $1,696.09 Untung$135.89

    $1,560.20 6% $1,598.00 $1,466.59 Rugi$93.61

    $1,662.50 $1,562.75 Untung$2.55

    $1,730.70 $1,626.85 Untung$66.65

    $1,560.20 9% $1,598.00 $1,454.18 Rugi$106.02

    $1,662.50 $1,512.88 Rugi$47.32

    $1,730.70 $1,574.93 Untung$14.73

    Kesimpulan daripada analisa harga emas dengan spread yang berbeza.

    ✔ Semakin RENDAH SPREAD, semakin tinggi keuntungan yang diperolehi.

    ✔ Semakin RENDAH SPREAD , semakin singkat tempoh untuk meraih keuntungan.

    ✔ Rugi menyimpan emas dalam jangkamasa yang pendek jika SPREAD TINGGI.

    ✔ Tetap mendapat keuntungan dengan menyimpan emas dalam jangkamasa panjang walaupun SPREAD TINGGI.

    PILIH JENIS EMAS MENGIKUT MATLAMAT SIMPANANPILIH JENIS EMAS MENGIKUT MATLAMAT SIMPANANMana satu nak pilih, samada gold bar, syiling emas , dinar atau barang kemas? Soalan ini seringkali ditanya oleh mereka yang baru ingin bermula dalam bidang pelaburan dan simpanan emas.

    Pemilihan jenis dan berat emas yang perlu dibeli adalah bergantung kepada matlamat simpanan atau pelaburan dan tujuan penggunaanya.

    99

    http://www.kitco.com/

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    1.1. GOLD BARGOLD BARGold bar biasanya terdapat dalam variasi 1g, 10g,20g,50g dan100g.

    Gold Bar lebih sesuai dipilih bagi tujuan pelaburan atau simpanan dalam tempoh masa pertengahan ( Mid Term ) iaitu sekitar 1-2 tahun.

    Contoh simpanan dalam tempoh 'Mid Term'

    Anda mempunyai tunai sebanyak RM10,000.00 dan bercadang untuk membayar deposit rumah baru dalam masa 2 tahun lagi.

    Gunakan wang RM10,000.00 tersebut untuk membeli 50g gold bar dalam variasi gold bar seberat 20g x 2 = RM8,000 dan gold bar seberat 10g x 1 = RM2,000.

    Bila berlaku kenaikan harga emas sebanyak 25% setahun, maka kenaikan selama 2 tahun adalah 50%. Jual gold bar 20g x 1 dan 10g x 1 sahaja untuk mendapatkn tunai sebanyak RM10,000.00 yang ingin digunakan untuk membayar deposit rumah baru.

    Dengan cara ini, anda masih mempunyai sekeping gold bar 20g yang telah meningkat nilai sebanyak 50% dan ianya boleh digunakan pada masa akan datang bagi tujuan pembelian rumah yang kedua pula. Berbanding jika anda membeli hanya sekeping goldbar 50g, pemilihan seperti ini lebih menguntungkan lagi.

    2.2. DINARDINARDinar adalah syiling emas dengan ketulenan 917. Ada juga dinar yang diperbuat dari emas berketulenan 916 dan 999. Berat untuk 1 dinar adalah 4.25g.

    1010

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    Dinar Emas lebih sesuai digunakan sebagai simpanan dan penggunaan bagi keperluan semasa dan boleh diibaratkan sebagai Saving Account yang anda ada ketika ini. Berbanding jika anda hanya membiarkan wang tunai tidak membiak di dalam akaun simpanan, adalah lebih baik menukarkan kesemuanya kepada dinar.

    Pada bila-bila masa sekiranya anda memerlukan tunai, anda hanya perlu menjualkan beberapa keping dinar sahaja. Sekiranya anda mempunyai sejumlah wang yang tidak digunakan, tukarkannya kepada dinar sebagai tambahan kepada simpanan dinar yang sedia ada.

    Dengan cara ini, anda bukan sahaja menyimpan, bahkan juga membuat pelaburan. Walaupun penambahan 1 dinar hanya serendah RM700-RM800, tetapi simpanan anda tetap berganda dari masa ke semasa apabila anda menukarkannya kepada tunai kelak.

    3.3. BARANG KEMASBARANG KEMAS

    Selain daripada dijadikan simpanan untuk tempoh masa pertengahan (Mid Term), barang kemas juga boleh digunakan untuk mendapatkan pinjaman tunai segera iaitu dengan menggadaikan di mana-mana institusi Ar Rahnu. Oleh kerana itu pilihlah design emas yang padu supaya ia boleh memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Jadi anda akan mendapat pinjaman daripada ar-Rahnu dengan nilai ketulenan emas sebenar.

    Dengan cara menggadaikan di mana-mana institusi Ar Rahnu, anda akan mendapat pinjaman tunai segera tanpa mengurangkan pemilikan simpanan emas anda. Gunakanlah kemudahan Ar Rahnu sebaik-baiknya seperti untuk modal perniagaan, belanja perubatan, pendidikan dan sebagainya.

    PILIH DESIGN YANG 100% EMASPILIH DESIGN YANG 100% EMASPilih design yang tiada batu permata (emas 100%). Untuk memaksimakan keuntungan, beli barang kemas yang tidak ada batu permata. Ini kerana akan ada masalah bila hendak gadaikan di Ar-Rahnu sebab mesin densimeter tidak boleh menimbang dengan tepat. Selain daripada itu, bila jual balik , kedai tak mengambil kira berat batu permata. Mereka hanya mengambil nilai emas sahaja

    1111

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    PANDUAN BELI EMAS DI KEDAI EMASPANDUAN BELI EMAS DI KEDAI EMAS✔ Dapatkan maklumat samada kedai emas tersebut boleh menjual emas di bawah harga

    FGJAM (Persatuan Pekedai Emas). Harga piawaian pekedai emas boleh di rujuk di www.fgjam.org.my. Walaupun kedai emas memaparkan harga FGJAM namun bila anda rajin tawar menawar, mereka akan memberikan harga lebih murah.

    ✔ Buat kajian terhadap kos workmanship untuk design kesukaan anda di beberapa kedai emas. Kemudian tawar-menawar untuk harga upah. Katakan anda sukakan sesuatu design, tanya kedai emas tersebut berapa upah tukang (workmanship) untuk design tersebut. Anda jangan terkejut kalau harga tukang antara satu kedai dan kedai lain adalah jauh berbeza walaupun design adalah sama (sehingga 100% perbezaan). Jadi, kalau kos upah lebih murah maka anda akan lebih jimat. Anda boleh tawar menawar upah tukang.

    ✔ Pilih barang kemas yang padu dan tumpat sahaja.

    ✔ Pilih barang kemas dengan gred emas 999(24k) atau 916 (22k) ke atas. Gred emas biasa untuk barang kemas adalah emas 916. Elakkan membeli barang kemas dibawah gred 916 (contohnya 20 karat atau 18 karat).

    ✔ Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata kerana apabila dijual semula, batu permata tidak diambilkira.

    ✔ Elakkan beli emas putih kerana kebanyakan institusi pajakan Ar Rahnu tidak menerima emas tersebut.

    ✔ Pilih kedai yang menawarkan belian balik barang mereka dengan nilai yang tinggi.

    1212

    http://www.fgjam.org.my/

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    KATALOGKATALOGEMAS EMAS

    1313

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    MENGENAI GCPMENGENAI GCPGoldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP) adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya. ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009. GCP menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli barang kemas, jongkong emas, membeli emas terpakai, dinar, syiling emas dan sebagainya.

    PRODUK UTAMAPRODUK UTAMABagi menggalakkan masyarakat menyimpan emas tulin, GCP telah mengeluarkan Rantai Tangan emas 999 sebagai produk utama. Selain itu GCP telah mengeluarkan dinar sendiri iaitu DINAR GCP yang berketulinan 999.9 mengikut piawaian matawang dinar yang digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W. GCP juga membekalkan jongkong emas PAMP SUISSE keluaran PAMP S.A Switzerland.

    VISI DAN MISIVISI DAN MISISimpanan emas menjamin masa depan dandapat meningkatkan ekonomi umat Islam melalui Simpanan Emas.

    MATLAMATMATLAMATMendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik. Melahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi. Membuka peluang kepada Bumiputra untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas.

    KEISTEMEWAAN GCPKEISTEMEWAAN GCP✔ Emas yang di jual, tidak dikenakan kos upah.

    ✔ Penghantaran percuma.

    ✔ Kemudahan membeli online 24 jam di www.gcp.com.my

    ✔ Harga emas dijual dengan harga yang lebih murah daripada di kedai emas.

    ✔ Seminar celik emas percuma.

    ✔ Harga berubah-ubah setiap hari mengikut pasaran emas sedunia.

    ✔ Harga di website GCP akan dikemaskini dan berubah 2 kali sehari iaitu pada pukul 9.30 am dan 4.30 pm.

    ✔ Jaminan belian balik emas yang dijual dengan harga tertinggi.

    1414

    http://www.gcp.com.my/

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    Emas adalah pelindung nilai yang terbaik. Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yang akan

    menyebabkan wang simpanan anda menyusut nilai. Berubahlah kepada simpanan emas.

    “Akan tiba suatu zaman, di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia kecuali emas dan perak. Maka simpanlah dinar dan dirham”

    -Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal-

    1515

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    1616

    Gold Bar GCP 1g

    Gold Bar GCP 1g adalah antara produk GCP yang terlaris.

    ✔ Murah untuk dimiliki dan mudah untuk di simpan.

    ✔ Sesuai untuk penyimpan yang mempunyai bajet rendah.

    ✔ Sangat sesuai dijadikan simpanan bulanan sebagai ganti simpanan wang yang susut nilainya saban tahun.

    ✔ Menguntungkan untuk simpanan jangka masa panjang.

    Gold Bar GCP 1g

    Gold Bar GCPGold Bar GCP

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    1717

    ✔ Selain Gold Bar 1g, GCP juga menawarkan Gold Bar 10g, 20g, 50g, dan 100g.

    ✔ Sangat sesuai dijadikan simpanan dan pelaburan untuk jangka masa sederhana.

    Gold Bar GCP 10g Sijil ketulenan

    Gold Bar GCP 20g Sijil ketulenan

    Gold Bar GCP 50gSijil ketulenan

    Gold Bar GCP 100gSijil ketulenan

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    1818

    Pandangan hadapan Pandangan belakang

    ✔ Ramai yang terpukau dan terpesona dengan keunikan designnya yang sangat islamik, lain dari yang lain.

    ✔ Dinar GCP ini berketulenan 24 karat (999.9) berbanding dinar lain di pasaran yang kebanyakannya berketulenan 22 karat (917). Ini menjadikan ianya pilihan TERBAIK untuk dimiliki, sungguh berbaloi untuk wang anda.

    ✔ Boleh dijadikan hantaran/mas kawin, digunakan untuk membayar zakat, dijadikan hadiah/saguhati/cenderamata, digunakan untuk bermuamalat dan simpanan emas.

    Dinar GCPDinar GCP

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    1919

    Rantai Leher Rantai Leher Gajah

    Rantai Leher Pintal Rantai Leher Melur

    ✔ Dalam variasi berbagai reka bentuk dengan berat 15g,16g, 20g, 30g, 40g, 50g & 100g yang berketulenan 999 & 916

    ✔ Diterima untuk gadaian Ar Rahnu.

    ✔ Selain dijadikan perhiasan wanita,juga menguntungkan untuk simpanan jangka masa panjang dan sederhana.

    Rantai LeherRantai Leher

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    2020

    Rantai Leher

    Ketulenan 999Berat (gram) 20.++gLebar 0.3 cmPanjang 18.75cm

    Rantai Leher

    Ketulenan 916Berat (gram) 20.++gLebar 0.2cmPanjang 24 inci

    Rantai Leher

    Ketulenan 999Berat (gram) 30.++gLebar 0.3 cmPanjang 29 inci

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    2121

    Rantai Leher

    Ketulenan 916Berat (gram) 30.++gLebar 0.3 cmPanjang 24 inci

    Rantai Leher Gajah

    Ketulenan 916Berat (gram) 40.++gLebar 0.3 cmPanjang 24 inci

    Rantai Leher Gajah

    Ketulenan 999Berat (gram) 50.++gLebar 0.3 cmPanjang 25inci

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    2222

    Rantai Leher Gajah

    Ketulenan 916Berat (gram) 50.++gLebar 0.4 cmPanjang 22 inci

    Rantai Leher Gajah

    Ketulenan 999Berat (gram) 100.++gLebar 0.6 cmPanjang 24 inci

    Rantai Leher Gajah

    Ketulenan 916Berat (gram) 100.++gLebar 0.6 cmPanjang 24 inci

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    2323

    Rantai Leher Melur

    Ketulenan 916Berat (gram) 20.++g Lebar 1 cmPanjang 60cm

    Rantai Leher Melur

    Ketulenan 916Berat (gram) 30.++gLebar

    Panjang 60cm

    Rantai Leher Pintal

    Ketulenan 916Berat (gram) 15.++g & 16.++gLebar Panjang

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    2424

    Rantai Tangan Bunga Pasir Rantai Tangan Melur

    Rantai Tangan Pasir

    Rantai Tangan Gajah

    ✔ Dalam variasi 5g, 10g, 20g, 30g, 40g, 50g & 100g yang berketulenan 999 & 916

    ✔ Rantai Tangan GCP rekabentuk padu diterima untuk gadaian Ar Rahnu.

    ✔ Selain dijadikan perhiasan wanita,juga menguntungkan untuk simpanan jangka masa panjang dan sederhana.

    Rantai TanganRantai Tangan

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    2525

    Rantai Tangan Melur

    Ketulenan Berat Lebar Panjang916 5.++g 0.3cm 16 cm-17cm916 10.++g 0.5cm 17cm-18cm916 20.++g 0.6cm 18.0cm-19cm

    Rantai Tangan Gajah

    Ketulenan Berat Lebar Panjang916 & 999 20.++g 0.4cm 18.0cm916 & 999 30.++g 0.5cm 17.5cm916 40.++g 0.5cm 18.0cm916 & 999 50.++g 0.7cm 19.0cm916 & 999 100.++g 1.0cm 21.0cm

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    2626

    Rantai Tangan Pasir

    Ketulenan Berat Lebar Panjang916 5.++g 0.3cm 19.0cm916 & 999 10.++g 0.5cm 18.5cm916 & 999 20.++g 0.7cm 18.0cm916 & 999 30.++g 0.9cm 18.5cm916 & 999 40.++g 0.9cm 18.5cm916 & 999 50.++g 1.0cm 19.0cm916 & 999 100.++g 1.5cm 20.5cm

    Rantai Tangan BungaPasir

    Ketulenan Berat Lebar Panjang999 50.++g 0.7cm 19.0cm999 100.++g 1.0cm 21.0cm

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    PANDUANPANDUANMEMBELI EMAS MEMBELI EMAS

    2727

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    HARGA EMAS GCPHARGA EMAS GCPHarga emas GCP berubah dua kali sehari iaitu pada pukul 9.30 am dan 4.30 pm setiap hari mengikut turun naik harga emas semasa dunia. Harga emas GCP yang terkini boleh di semak di website GCP atau SMS.

    SEMAK DI LINK WEBSITE GCPSEMAK DI LINK WEBSITE GCP1. Emas 999

    http://gcp.com.my/kami-jual-999.php

    2. Emas 916

    http://gcp.com.my/kami-jual-916.php

    3. Silver Bar

    http://gcp.com.my/kami-jual-silver.php

    4. Emas Rekaan Terkini

    http://gcp.com.my/kami-jual-916-baru.php

    MELALUI SMSMELALUI SMSPertanyaan harga emas juga boleh dibuat melalui SMS seperti ditunjukkan di bawah.

    2828

    http://gcp.com.my/kami-jual-916-baru.phphttp://gcp.com.my/kami-jual-silver.phphttp://gcp.com.my/kami-jual-916.phphttp://gcp.com.my/kami-jual-999.php

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    PEMBELIAN MELALUI AUTHORISED DEALERPEMBELIAN MELALUI AUTHORISED DEALERGCP kini mempunyai lebih 4500 Authorised Dealer di seluruh Malaysia. Hubungi Authorised Dealer terdekat untuk membantu anda mendapatkan produk emas GCP. Kelebihan belian melalui Authorised dealer adalah:

    1. Memudahkan urusan jual beli emas GCP.

    1. Mendapat khidmat nasihat dan runding cara percuma cara simpanan emas.

    2. Menikmati diskaun harga daripada Authorised dealer.

    3. Memudahkan untuk jual semula emas.

    4. 'Cash and carry' sekiranya emas yang anda kehendaki ada di dalam stok dealer.

    PEMBELIAN SECARA ONLINEPEMBELIAN SECARA ONLINEPerkhidmatan pembelian secara online dibuka 24 jam sehari. Sebelum memulakan proses pembelian, anda terlebih dahulu perlu menjadi FREE MEMBER. Pendaftaran adalah percuma.

    Pendaftaran FREE MEMBER boleh dibuat melalui link di bawah.

    http://www.gcp.com.my/daftar.php?id=AD4568

    Nota

    Masukkan No Ad : 4568 sekiranya ingin mendaftar sebagai FREE MEMBER GCP di bawah rangkaian

    MOHD NAIM BIN ARIFFIN atau hubungi talian 013-2122418 untuk bantuan.

    2929

    http://www.gcp.com.my/daftar.php?id=AD4568

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    LANGKAH DEMI LANGKAH PROSES BELIAN SECARA ONLINELANGKAH DEMI LANGKAH PROSES BELIAN SECARA ONLINE

    ✔ Langkah 1 Log masuk ke akaun FREE MEMBER GCP anda di www.gcp.com.my

    ✔ Langkah 2Pilih produk dan buat tempahan secara online. Berikan maklumat yang dikehendaki dan ikuti segala proses tempahan hingga akhir.

    ✔ Langkah 3Buat bayaran Deposit sebanyak 10% daripada harga tempahan ke akaun;

    Maybank : 5051 03003954 (GOLDCREST PAVILION SDN.BHD.)

    Hantar bukti bayaran seperti tarikh, masa dan jumlah bayaran ke

    email [email protected] atau,

    SMS ke 012 9883 145

    ✔ Langkah 4Pengurusan GCP akan hubungi anda untuk mengesahkan tempahan anda.

    ✔ Langkah 5Pengurusan GCP akan memaklumkan berat sebenar dan harga muktamad emas yang anda tempah dan juga memaklumkan baki bayaran yang perlu di bayar.

    ✔ Langkah 6Buat bayaran baki dalam tempoh 24 jam ke akaun GCP dan hantar bukti bayaran sebagaimana Langkah 3.

    ✔ Langkah 7Pengurusan GCP akan menghubungi anda lagimeminta anda mengesahkan alamat untuk penghantaran emas yang ditempah.

    ✔ Langkah 8Emas akan di hantar ke alamat yang disahkan menggunakan POSLAJU. Pengurusan GCP akan menghantar SMS Tracking No POSLAJU untuk rujukan anda.

    ✔ Langkah 9Produk ditempah sampai ke tangan anda dalam masa 3 hari atau lebih awal dari tempoh tersebut.

    Hantar SMS ke GCP di talian 012 9883 145 untuk memaklumkan tempahan telah diterima dengan selamat dan hantarkan juga lafaz akad jual beli untuk melengkapkan proses belian.

    3030

    mailto:[email protected]://www.gcp.com.my/

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    TAWARAN HARGA BORONGTAWARAN HARGA BORONG

    Mengapa Perlu Bayar Lebih sedangkan anda boleh berjimat sehingga 8%. Dapatkan Harga Borong dengan mendaftar sebagai Pengedar Sah (Authorished Dealer) Goldcrest Pavilion Sdn. Bhd.

    Kadar diskaun untuk Authorished Dealer adalah seperti berikut:

    ✔ Diskaun 8% untuk Rantai Tangan Emas 999 GCP

    ✔ Diskaun 8% untuk Rantai Leher Emas 999 GCP

    ✔ Diskaun 8% untuk Gold Bar 999 GCP

    ✔ Diskaun 4% untuk Rantai Tangan Emas 916 GCP

    ✔ Diskaun 4% untuk Rantai Leher Emas 916 GCP

    ✔ Diskaun RM30.00 Dinar GCP

    ✔ Harga emas Pamp Suisse = harga Loco London + 1.5% ( harga Loco London)

    FAEDAH SEBAGAI AUTHORISED DEALERFAEDAH SEBAGAI AUTHORISED DEALER1. Dapat membeli emas dengan harga yang amat murah (harga borong)

    2. Modal disediakan dalam bentuk stok emas.

    3. Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.

    4. Jaminan pembelian semula emas yang telah dijual kepada PELANGGAN dengan susut nilai sebanyak 15% hingga 25% daripada harga jualan (Harga CP) semasa.

    5. Jaminan pembelian semula daripada pengedar dengan susut nilai 5% hingga 15% daripada harga pengedar (Harga DP) semasa.

    6. Modal tunai untuk membeli emas terpakai.

    7. Perkhidmatan penghantaran dengan cara serahan tangan atau melalui Pos. Kehilangan barangan sewaktu penghantaran Kepada PENGEDAR adalah tanggungan sepenuhnya oleh pihak GCP. 11.

    8. Penghantaran bagi Silver Bar SAHAJA (tidak bersama emas) akan dikenakan caj penghantaran minima RM15 atau mengikut caj yang dikenakan oleh syarikat penghantaran.

    9. Mencuci emas (percuma)

    10. Mencelup emas (kos minima)

    11. Menilai harga emas terpakai (percuma)

    3131

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    12. Teknik membuat keuntungan dengan emas menggunakan arrahnu (percuma)

    13. PERCUMA Kursus Usahawan emas- Training Of Trainers (TOT)

    14. Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif komisyen RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.

    15. Komisyen RM1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar GCP 999 sahaja)

    16. Jika dalam tempoh 1 bulan, pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar baru, pihak GCP akan memberikan Bonus RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.

    17. Bantuan Modal utk pemasaran

    18. Seminar anjuran Pengedar- 100% kos perbelanjaan diberi oleh GCP.

    19. Gerai Jualan (Booth) - 50% kos perbelanjaan diberi oleh GCP.

    20. Iklan di Akhbar dan Majalah - 95% kos diberi oleh GCP.

    21. Iklan di Radio- 50% kos perbelanjaan diberi oleh GCP.

    22. 100 keping kad perniagaan dan 1 keping id tag.

    23. Insentif Jualan tertinggi dan pengenal tertinggi.

    Bersiaran di akhbar Sinar Harian setiap hari rabu. Salah satu bantuan pemasaran secara PERCUMA dari GCP.

    3232

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    PENDAFTARAN SEBAGAI AUTHORISED DEALERPENDAFTARAN SEBAGAI AUTHORISED DEALER

    SYARAT KELAYAKANSYARAT KELAYAKAN Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

    ✔ Beragama Islam

    ✔ Berumur 18 tahun ke atas

    YURAN PENDAFTARANYURAN PENDAFTARANYuran pendaftaran hanya RM1000 seumur hidup.

    PENDAFTARAN MELALUI AUTHORISED DEALERPENDAFTARAN MELALUI AUTHORISED DEALERHubungi Authorised Dealer GCP MOHD NAIM BIN ARIFFIN, di talian 013-2122418 dengan memberikan butir-butir yang diperlukan kepadanya.

    MENDAFTAR DENGAN CARA UPGRADE FREE MEMBERMENDAFTAR DENGAN CARA UPGRADE FREE MEMBERKaedah paling mudah untuk mendaftar sebagai Authorised Dealer adalah dengan cara upgrade FREE MEMBER sahaja. Langkah demi langkah bagaimana untuk upgrade FREE MEMBER adalah seperti berikut:

    ✔ Langkah 1Login ke akaun FREE MEMBER anda dan cari menu upgrade ke status dealer.

    ✔ Langkah 2Lengkapkan borang yang disediakan dan ikut arahan hingga akhir.

    Bank in RM 1,000 ke akaun Goldcrest Pavilion sdn bhd.

    No akaun Maybank 5051 0300 3954

    Sms waktu bayaran ke 012-988 3145 atau email bukti bayaran, ke [email protected] .

    ✔ Langkah 3Pendaftaran akan diproses oleh pihak GCP dalam tempoh 24jam mengikut masa bayaran dibuat. Kata nama/kata laluan akan dihantar melalui email dan sms sebaik sahaja bayaran anda disahkan.

    ✔ Langkah 4Kata nama dan kata laluan akan dihantar melalui email dan sms. Pendaftaran sebagai Authorised Dealer GCP telah selesai.

    3333

    mailto:[email protected]

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    DOKUMEN YANG DIPERLUKANDOKUMEN YANG DIPERLUKANSelesai pendaftaran anda dikehendaki menghantar dokumen-dokumen berikut untuk syarikat GCP menyediakan id tag dan kad perniagaan PERCUMA.

    1. Satu salinan kad pengenalan.

    2. Dua keping gambar ukuran passport.

    3. Salinan bil elektrik/air/telefon kediaman terkini.

    Emailkan dokumen-dokumen tersebut kepada cik siti fatimah : [email protected]

    Contoh kad perniagaan yang dibekalkan oleh GCP kepada pengedarnya

    3434

    MOHD NAIM BIN ARIFFINAuthorised Dealer

    AD4568013-2122418

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    TESTIMONIALTESTIMONIAL EMAS EMAS

    3535

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    APA KATA MEREKA TENTANG SIMPANAN EMASAPA KATA MEREKA TENTANG SIMPANAN EMASSimpanan emas tidak menjanjikan kekayaan esok hari tetapi mampu mengelakkan anda daripada menjadi miskin. Simpanlah emas dari “SIMPANAN BIASA-BIASA” kepada “SIMPANAN LUAR BIASA”. Buktinya! Apa kata mereka tentang simpanan emas.

    Ruly Sibat Masiga "Saya memilih simpanan emas kerana kelebihan simpanan emas tidak dapat di tandingi oleh wang fiat dari semua sudut" - ruly sibat masiga ad3966 kawasan jajahan tawau-kunak-semporna-indonesia ..

    Abdul Rashid Basar Saya memilih simpanan emas kerana banyak faedahnya. Faedah utama ialah boleh dijadikan simpanan untuk masa hadapan menggantikan simpanan wang yang semakin susut nilainya di mamah inflasi. Keduanya ia boleh digunakan di waktu kecemasan iaitu semasa keadaan terdesak untuk memerlukan wang segera. Dalam keadaan tersebut emas boleh di gadaikan di Ar Rahnu untuk mendapatkan wang tunai segera tanpa menjualnya. Masalah kewangan selesai, kuantiti simpanan emas pun tidak berkurangan. AD4006,www.facebook.com/adagangemas

    Erie Zangetsu Saya memilih simpanan emas kerana saya nampak potensi dengan menyimpan emas dapat banyak membantu saya untuk mengukuhkan lagi kewangan diri saya,emas adalah metal kalis inflasi dan nilainya semakin meningkat saban tahun,bahkan saya tidak risau jika terjadi apa-apa kepada emas yang berada dalam simpanan saya kerana jika ia patah,kemek,putus hatta jadi serbuk sekalipun,ia tetap berharga dan bernilai..jadikan emas sebagai aset anda hari ini..saya Mohd Norhazerie Abd Razak,ad3871..

    Ansargold Kecek " Saya memilih simpanan emas kerana saya percaya dengan emas ia membantu kita dari segi pengurusan wang, mengelak kebocoran duit dan membantu penyimpannya dari jatuh kepada kemiskinan. " Uthman- Tokan Emas Mahasiswa AD3186. Universiti Malaya.

    ZulHazmi Kassim Saya memilih simpanan emas kerana ia boleh diguna dimana mana sahaja di dunia ini . AD4296

    Nik Ahmad Zanalddin Saya memilih simpanan emas kerana saya yakin saya tidak akan rugi dengan emas. -- Emas Malaysia

    3636

    http://www.facebook.com/emasmalaysia.prohttp://www.facebook.com/adagangemas

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    Faiz Fazreen sy memilih simpanan emas kerana emas adalah satu pelaburan yg bijak dan selamat,,dengan menyimpan emas, sy dpt menjana keuntungan dlm jangka masa panjang di samping dpt menjauhkn diri dari permainan mata wang kertas yg sentiasa mengalami inflasi..atas kesedaran itu, sy memilih untuk berhijrah dengan mendaftar sbgai dealer GCP..bg sy, itu adalah langkah yg drastik dan sgt bijak..sy yakin GCP merupakan stu platform yg istimewa dan sebagai batu loncatan bg sy untuk berjaya dlm perniagaan EMAS. faiz fazreen(0177527692)..AD4319..

    Kak Wae Taukemas Gcp Saya memilih simpanan emas kerana ia tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia,biasanya bila harga barang naik, harga emas pun sama naik. Orang simpan emas juga akan selamat dari inflasi sebab emas mengekalkan kuasa belinya . Harga emas juga tidak akan jatuh seperti saham. berdasarkan sejarah belum pernah ada orang bangkrap sebab simpan emas , tapi terlalu banyak sejarah yang menceritakan orang/organisasi yang telah bangkrap disebabkan menyimpan duit kertas begitu juga kalau melabur dalam hartanah memerlukan modal yang besar. Untuk itu saya memilih emas kerana tidak memerlukan modal yang besar. Hasil daripada emas bolehlah dikembangkan pula di dalam bidang hartanah.WAN AZIZAH WAN DAUD- AD2977 , KOTA BHARU, KELANTAN (0135248694)

    Nuur Suriati Saya memilih simpanan emas dan mula berubah kepada simpanan emas kerana saya dah sedar fiat yang selama ni dari kecik saya tabungkan rupanya adalah agenda yahudi.Alhamdulillah, Allah dah celikkan saya dengan simpanan emas, sehinggalah saya mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai dealer GCP walaupun masih bergelar student yang belum bergaji tetap.Buat muslimin muslimat yang masih belum celik emas, masih belum terlambat untuk mulakan langkah pertama berubah kepada simpanan emas.Kenapa perlu amik masa yang lama untuk berubah kepada simpanan emas setelah kita tau emas itu tak susut nilai?pm saya di fb : Nuur Suriati atau sms sy : 013 3055013 untuk info lanjut tentang GCP dan urusan jual beli emas GCP-NSuriati (AD3858).Barokallahufikum

    Rezuan Rezali Saya pilih simpana emas kerana kenaikan harga emas tinggi dan emas kalis infalisi berbanding dengan mata wang..emas jgk matawang sunnnah apa bila dijadikn dinar boleh utk muamalat..emas jgk aset kekal yang tak akan buat kita miskin dan harganya bertambah mahal walaupun kuantiti berat tetap..

    Norhafiza Muzelan.. Saya memilih simpanan emas adalah kerana mutu emas itu sendiri. Selain sinonim sebagai perhiasan wanita, emas juga adalah lambang kekayaan dan kemewahan. Emas dapat melindungi harta dari terus terjebak ke kancah kemiskinan. Dengan nilai yang semakin meningkat saban tahun, emas kini dilihat sebagai simpanan yang paling sesuai untuk masa hadapan. Kenali saya di facebook Norhafiza Muzelan dan boleh hubungi di talian 019 7370014 untuk sebarang maklumat lanjut.Norhafiza MuzelanAD2851 J.BAHRU

    3737

    http://www.facebook.com/norhafiza.muzelanhttp://www.facebook.com/nuur.suriati

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    Shahrani Kancil NgV Saya memilih simpanan emas kerana ia umpama modal hidup membantu saya bila di perlukan. - www.facebook.com/kedaishahzana

    Suzana Sulong Saya memilih simpanan emas kerana ianya matawang kita yang sebenar digunakan sejak zaman Rasullullah SAW bukan hanya sekadar barangan perhiasan wanita semata-mata. Simpanan/pelaburan emas juga menguntungkan dan menjamin masa depan diri dan keluarga tersayang. Sememangnya EMAS ADALAH PERISAI KEBAL INFLASI - Suzana Sulong AD3891 – Kuantan, Pahang DM (Hubungi: 016-9808989)

    3838

    http://www.facebook.com/kedaishahzana

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    BELAJAR ILMU EMASBELAJAR ILMU EMASDALAM 10 BABDALAM 10 BAB

    ✔ Anda ingin lebih banyak ilmu, bagaimana memulakan simpanan emas?

    ✔ Berminat nak buat pelaburan atau tambah pendapatan tapi tak tau cara?

    PENGALAMAN PENULISPENGALAMAN PENULISEbook ini ditulis oleh NOR FAZILAH ABD MOHD, hasil pengalamannya melibatkan diri dengan simpanan emas fizikal sejak 2008 dan bergelar pengedar/peniaga emas yg aktif secara online (95%) dan offline (5%). Sepanjang tempoh itu, penulis menimba ilmu dengan belajar dari otai2 emas seperti En Syukor Hashim (mentor penulis yg pertama dlm bidang emas) dan ramai lagi nama2 besar yg lain. Kemudian penulis mengenali jutawan emas GCP, En Shamsul Anuar Md Ali dan belajar ilmu emas serta ilmu bisnes yang lebih advanced.

    Penulis pernah melalukan dua kesilapan besar sepanjang terlibat dengan emas ini dan pernah rugi puluhan ribu. Waktu itu ilmu tersebut dikatakan ilmu emas, tak sangka ianya ilmu emas yg salah.Hasil dari pengalaman itulah, penulis cuba memberi ilmu emas (yang betul) kepada semua orang melalui perkongsian di fb, fb group,fanpage dan blognya sendiri (www.jutawangold.com)

    3939

    http://www.jutawangold.com/

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    Dan ianya juga merupakan adunan dari pengalamannya mendidik lebih dri 300 pengedar (direct), beratus yg lain (secara tdk langsung), serta beribu penyimpan emas. Tak kurang juga penulis menjadi tempat aduan mereka yg terjerat dgn pelbagai skill emas, manipulasi ar rahnu dan skim/scam emas.

    Di awal pembabitannya dulu, beliau banyak melabur untuk mendapatkan ilmu, termasuk ilmu emas. Beliau pernah beli sebuah ebook tentang emas, dan pernah kecewa dengan hasilnya, apakan tidak, penulis tersebut hanya baru kenal emas dlm 3 bulan..jadi apaa yg ditulisnya langsung tak sampai ke jiwanya dan rakan lain yang membeli juga memberi pendapat yg sama. Sebab itulah beliau mengambil masa setahun lebih untuk ebook ini bagi memberikan info yg terbaik dan pemahaman yg betul (mengikut persepsinya)

    LAPORAN PERCUMALAPORAN PERCUMAIngin muat turun LAPORAN PERCUMA ebook ini? Sila dapatkan di group perbincangan EMAS terhangat di Malaysia ini sekarang di link:

    http://www.facebook.com/groups/goldinvestorclub/457237157663436/

    KANDUNGANKANDUNGANDalam ebook ini anda akan BELAJAR tentang :

    ✔ FAKTA dan SEJARAH tentang emas dan perkaitannya dengan wang kertas yang WAJIB diketahui

    ✔ KEISTIMEWAANemas

    ✔ Jawapan mengapa harga emas dikatakan MAHAL

    ✔ 10 SEBAB anda harus menyimpan emas

    ✔ 6 SOALAN Popular

    ✔ TIP: Berapa banyak perlu simpan emas dan perak?

    ✔ TIP khas Penyimpan, Pelabur dan Peniaga

    ✔ Konsep Modal dalam simpanan emas: Perlu atau tidak?

    ✔ Kajian: Emas sebagai Simpanan atau Pelaburan

    ✔ Tip Menabung Emas

    ✔ Panduan Meningkatkan Simpanan Emas Keluarga

    ✔ 3 Langkah awal menceburi bidang emas

    ✔ 3 Cara menjana keuntungan dengan meniaga emas

    4040

    http://www.facebook.com/groups/goldinvestorclub/457237157663436/

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    ✔ Tip: Menjadi pengedar emas yang HEBAT

    ✔ Tip: Pemasaran online (fb,blog) dan pemasaran offline yang terbukti berkesan

    ✔ 13 SEBAB anda harus jadi pengedar emas

    ✔ Kenali 7 Ketakutan masyarakat kepada emas

    ✔ 7 JANGAN dalam emas

    ✔ Perbandingan emas dengan aset lain dari segi MODAL, ILMU DAN MASA

    ✔ Kajian Kes: Punca masyarakat kurang terlibat dengan simpanan emas

    ✔ 10 keraguan terhadap emas yang telah terjawab

    ✔ 4 Tip membuat simpanan dan pelaburan emas yang SELAMAT. Ketahui apa itu

    1. #Skim cepat kaya

    2. #Bagaimana mengesan skim cepat kaya

    3. #Bagaimanakah untuk melindungi diri daripada terjebak

    4. #Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda menjadi mangsa skim seperti ini?

    ✔ 9 Tip untuk elak dari terjebak dengan skim dan scam emas

    ✔ 12 Artikel terbaik tentang emas

    ✔ 3 Teknik termudah beli dan simpan emas

    ✔ RAHSIA Spread dan 5 kaedah menjual emas

    ✔ Tip HEBAT menjual EMAS tanpa ada susut nilai

    ✔ Pelajari 2 Teknik Kutu Emas yang asas (boleh aplikasi secara online dan offline) dengan pelbagai kaedah

    ✔ RAHSIA membina kredibiliti sebagai pengedar emas dan menjadi penyimpan secara konsisten yang berjaya (jika anda bukan pengedar emas –HANYA di support group pembeli ebook).

    DAPATKAN SEKARANG!DAPATKAN SEKARANG!➢ Dapatlan sekarang dengan tawaran harga PROMOSI RM99 sahaja

    ➢ Lengkap dengan 8 Bonus untuk para pembeli beserta bimbingan (perkhidmatan selepas jualan).

    4141

  • Simpanan Emas Menjamin Masa Hadapan

    RM99 bukan harga ebook sahaja!! Tetapi harga ebook dan :-

    ➔ EXTRA 8 Bonus

    ➔ Laporan PERCUMA yang akan diupdate kepada pemilik ebook

    ➔ Bimbingan dan sokongan di support group khas untuk pemilik ebook

    ➔ Tawaran BIMBINGAN PERCUMA secara online/face to face /by phone

    ➔ 10% diinfakkan

    EXTRA 8 BONUS EXTRA 8 BONUS # Bonus 1

    Rahsia spread + Teknik Kutu /Ansuran Emas (individu dan kumpulan-bagaimana nak menjana keuntungan dgn kutu emas (bimbingan melalui ebook secara ringkas,group coaching untuk lebih detail)

    # Bonus 2 Setiap pembeli ebook akan dimasukkan ke sebuah group khas utk guide anda dan anda blh mendapatkan bimbingan dari sy secara esklusif + nota dan pelbagai lampiran

    # Bonus 3 13 artikel terbaik tentang emas yang MESTI anda baca

    # Bonus 4Bimbingan esklusif di group khas utk support pembeli ebook selama 6 bulan

    # Bonus 5Power point seminar emas (3 slide) iaitu 1.Simpanan emas, 2.Celik emas bersama GCP dan 3. Pengurusan kewangan

    # Bonus 6Tools marketing untuk pengedar secara online di support group@fb

    # Bonus 7Power point training dealer ( 1 slide)

    # Bonus 8Rakaman radio tentang emas sebanyak 3 Siri

    CARA MEMBELI EBOOKCARA MEMBELI EBOOKDapatkan secara online dengan melayari www.ebookemas.arbdagangemas.com

    4242

    mailto:group@fbhttp://www.ebookemas.arbdagangemas.com/

  • GOLDCREST PAVILION SDN BHDPT 7490, 1st Floor, Jalan BBN 1/1E,Putra Point 1, Bandar Baru Nilai 71800 Nilai(Belakang Bank rakyat Nilai)

    FAX : 012 - 268 4526HOTLINE : 1-700-81-7969TEL : 06-7333 869HP : 012-988 3145 / 013-3180 447AUTHORISED DEALER

    MOHD NAIM BIN ARIFFINMOHD NAIM BIN ARIFFINNo. AD : 4568No. AD : 4568

    Tel :[email protected]

    www.facebook.com/NaemGoldJewellerywww.naemgold.blogspot.comwww.naemgold.blogspot.com