mengupayakan keilmuan bangsa melayu mengharungi cabaran keilmuan semasa

11
Mengupayakan S&T Melayu Mengharung Cabaran S&T Kini Oleh : Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir Timbalan Pengarah (Penyelidikan), Akademi Kajian Ketamadunan, Sg Ramal Dalam, Kajang, Selangor. 21/4/2015 1.Pengenalan Apabila seseorang penyelidik (selalunya yang muda) bertanyakan soalan kepada kami, “Bagaimanakah sebenarnya sumber S&T Melayu boleh dibandingkan dengan S&T Eropah/Barat?”, kami akan menjawabnya dengan mudah, iaitu “Lakukan analisis falsafah terhadap sumber S&T Melayu tersebut”. Walaupun sebenarnya amatlah sukar melakukan hal itu. Selalunya mereka tidak akan bertanyakan kembali, seumpama soalan-soalan “Bagaimanakah analisis falsafah itu boleh dilakukan?” “Apakah sumber Sains Melayu?”, “Apakah sumber Teknologi Melayu?, “Kenapakah mesti melakukan analisis falsafah?”, dll soalan yang patut. Mungkin sebab tergiang-giang sahaja difikiran mereka tentang apakah falsafah, analisis falsafah, sumber Sains, sumber Teknologi, S&T Barat, dll? Seingat kami, tatkala selepas kami membentangkan makalah yang berkaitan, dalam banyak seminar, hanyalah sekali dua kami berkesempatan menjawab soalan-soalan tadi. Namun, soalan-soalan tersebut terpisah-pisah atau dikerat-kerat, tidak seluruhnya. Maksudnya, adalah sekali dua soalan ini ditanyakan kepada kami, dalam bentuk sebahagian-sebahagian, lalu kami menjawabnya lisan, sepertimana tadi, tanpa rekod bertulis. Kali ini kami akan menjawabnya secara bertulis. Sains disini sebenarnya bukanlah merujuk kepada Sains Tabii yang dikuliahkan di universiti seumpama Fizik, Matematik, Kimia, Astronomi, Sains Komputer, dll, tetapi merujuk juga kepada Sains Sosial seperti Sosiologi, Psikologi, Ekonomi, Sejarah, Linguistik, dll. Teknologi pula merujuk kepada segala kemajuan peralatan untuk memudahkan manusia menharungi kehidupan. Jika kita melakukan penyelidikan yang melibatkan penggalian kebudayaan tempatan, atau lebih khusus, penggalian S&T tempatan, seumpama

Upload: ammar-amsyar

Post on 16-Jan-2016

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Makalah yang akan dibentangkan oleh Dr. Mohammad Alinor dalam Wacana Ilmiah: Keupayaan Keilmuan Bangsa Melayu Mengharungi Cabaran Keilmuan Semasa' sempena Minggu Terbuka Akademik 2015, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

TRANSCRIPT

Page 1: Mengupayakan Keilmuan Bangsa Melayu Mengharungi Cabaran Keilmuan Semasa

Mengupayakan S&T Melayu Mengharung Cabaran S&T KiniOleh : Dr Mohammad Alinor Abdul KadirTimbalan Pengarah (Penyelidikan), Akademi Kajian Ketamadunan, Sg Ramal Dalam, Kajang, Selangor.21/4/2015

1.PengenalanApabila seseorang penyelidik (selalunya yang muda) bertanyakan soalan kepada kami, “Bagaimanakah sebenarnya sumber S&T Melayu boleh dibandingkan dengan S&T Eropah/Barat?”, kami akan menjawabnya dengan mudah, iaitu “Lakukan analisis falsafah terhadap sumber S&T Melayu tersebut”. Walaupun sebenarnya amatlah sukar melakukan hal itu. Selalunya mereka tidak akan bertanyakan kembali, seumpama soalan-soalan “Bagaimanakah analisis falsafah itu boleh dilakukan?” “Apakah sumber Sains Melayu?”, “Apakah sumber Teknologi Melayu?, “Kenapakah mesti melakukan analisis falsafah?”, dll soalan yang patut. Mungkin sebab tergiang-giang sahaja difikiran mereka tentang apakah falsafah, analisis falsafah, sumber Sains, sumber Teknologi, S&T Barat, dll? Seingat kami, tatkala selepas kami membentangkan makalah yang berkaitan, dalam banyak seminar, hanyalah sekali dua kami berkesempatan menjawab soalan-soalan tadi. Namun, soalan-soalan tersebut terpisah-pisah atau dikerat-kerat, tidak seluruhnya. Maksudnya, adalah sekali dua soalan ini ditanyakan kepada kami, dalam bentuk sebahagian-sebahagian, lalu kami menjawabnya lisan, sepertimana tadi, tanpa rekod bertulis. Kali ini kami akan menjawabnya secara bertulis. Sains disini sebenarnya bukanlah merujuk kepada Sains Tabii yang dikuliahkan di universiti seumpama Fizik, Matematik, Kimia, Astronomi, Sains Komputer, dll, tetapi merujuk juga kepada Sains Sosial seperti Sosiologi, Psikologi, Ekonomi, Sejarah, Linguistik, dll. Teknologi pula merujuk kepada segala kemajuan peralatan untuk memudahkan manusia menharungi kehidupan. Jika kita melakukan penyelidikan yang melibatkan penggalian kebudayaan tempatan, atau lebih khusus, penggalian S&T tempatan, seumpama mengkaji batu bersurat Melayu, mengkaji manuskrip Melayu, mengkaji sastera lisan Melayu, mengkaji artifak Melayu, dll yang seumpamanya, kerja-kerja awal yang kita patut lakukan adalah melakukan pengumpulan bahan-bahan sumber S&T tadi. Itupun sebenarnya selepas kita faham benar apakah sebenarnya yang mahu kita lakukan sebelum pengumpulan dilaksanakan. Kalau batu bersurat, mungkin kita perlu mendapatkan salinan karbon, gambar, transkripsi, terjemahan, atau apa sahaja berkenaan batu bersurat demikian. Kalau di Asia Tenggara ini, jumlahnya sekitar 2000 buah. Kalau tak silap telah diusahakan terjemahan seluruhnya oleh EFEO menerusi wakil mereka di Indonesia, Dr Daniel Perret. Kalau manuskrip, mestilah kita mendapat salinan ribuan manuskrip yang berada di puluhan perpustakaan dunia. Manuskrip Melayu sahaja jumlahnya sekitar lebih 30,000 naskhah, dalam berbagai pengelasan S&T. Pengelasan S&T Melayu dibina oleh pasukan KUPELEMA, INSPEM, UPM. Kalau sastera lisan, mestilah kita mendapat rakaman bertulis sastera lisan ini, mantera, pantun, sajak, lagu, cerita rakyat, peribahasa, dll. Status pengumpulannya masihlah langka di Malaysia, malahan masih belum ada yang melakukan analisis terhadapnya.

Page 2: Mengupayakan Keilmuan Bangsa Melayu Mengharungi Cabaran Keilmuan Semasa

Mengumpulkannya sahaja sudah sukar, apalah lagi menganalisisnya. Contohnya, dapatkah kita mengetahui bilakah setiap pantun yang dibicarakan oleh budayawan Melayu itu diciptakan? Bilakah abadnya? Apakah ini boleh kita jawab jika kedapatan beberapa peristiwa utama dirakamkan dalam pantun itu? Meletusnya Gunung Daik katakan? Letusan gunung berapi yang menjadi latar Batu Belah Batu Tertangkup? Tragedi Si Tanggang yang menjadi batu disebabkan terkena lava gunung berapi? Fikirkanlah bersama. Kalau artifak budaya, ini lagilah sukar sebab pengumpulannya amatlah sukar dilakukan. Inilah fungsi muzium yang gagal di Malaysia. Contohnya, apakah muzium di Malaysia mengumpulkan replika semua rumah Rumpun Melayu? Sampan/Jong/Kapal Melayu? Replika semua istana Melayu? Replika semua mesjid Melayu? Mengkajinya jauhlah lagi. Lokasi-lokasi tapak bersejarah inipun belum dikenal. Kenapakah “sumber S&T Melayu” mesti dilakukan “analisis falsafah” terhadapnya? Tak bolehkah analisis bahasa sahaja, tapi bukan analisis falsafah? Kami akan jelaskan.

2. Kenapakah Analisis Falsafah S&T Perlu?Jika saudara/i berpeluang menyertai mana-mana kumpulan penyelidik S&T tempatan dimana-mana di Alam Melayu ini, saudara/i mestilah kemudian termaklum bahawa sumber S&T tempatan yang dikumpulkan itu bertarikh sekitar 300SM-1800M. Khusus untuk Melayu-Islam, sumber maklumat yang perlu diperhatikan adalah sekitar 1300M-1800M. Jika belum pernah tahu, inilah kami maklumkan. Maksudnya, sumber S&T itu mungkin sahaja sebahagian, satu atau beberapa daripada ratusan/ribuan bentuk S&T yang dihasilkan oleh pelbagai tamadun manusia, Mesir, Melayu, Jepun, China, India, Greek, Rom, Islam, Eropah dan Barat. Malah, S&T itu sendiri telah menjalani beberapa kali perubahan falsafahnya. Ada yang berteraskan kepada empirik seperti ajakan al-Haytham, al-Biruni dan Roger Bacon, berteraskan angka seperti ajakan Pitagoras, Ikhwan al-Safa dan Sangkakalan (Jawa Kuno), ada yang berteraskan metafizik seperti Plato, al-Suhrawardi dan Hamzah Fansuri, ada yang berteraskan Laduni seperti ajakan Ibn Arabi dan Mulla Sadra. Lalu, kalau kita mengumpulkan maklumat berkenaan masukkan-masukkan falak/astrologi/astronomi dalam batu bersurat Melayu atau manuskrip Melayu, kita mestilah mengetahui bilakah maklumat itu dirakamkan secara berpahat/bertulis. Janganlah berhenti disitu dan mula mendakwa dalam seminar-seminar bahawa kita menemui sesuatu yang baru, walaupun itu maklumat yang baru diketahui umum. Sebabnya adalah, walaupun penemuan kita itu adalah penemuan baru, belumlah lagi ditunjukkan bahawa sumber itu adalah asli, bukan ambilan/salinan, dan tak wujud dalam sumber ilmu kebudayaan-kebudayaan lain. Itu satu hal. Ini memerlukan kita melakukan perbandingan dengan keilmuan semasa dengan penemuan baru kita itu. Membandingkannya secara semasa akan menunjukkan bahawa penemuan baru kita itu adalah benar-benar baru, ambilan/salinan langsung dari luar, atau ubahan daripada ilmu luar. Namun, penemuan kita itu masihlah ketinggalan berbanding penemuan sekarang, walau dalam bidang yang sama sekalipun. Inilah masalah utamanya, masalah yang akan menunjukkan bahawa penemuan ilmu baru kita itu hanyalah layak dipertontonkan dalam muzium atau rancangan sejarah. Bagaimana mahu dilonjakkan penemuan baru kita itu dengan lebih baik? Hanyalah ada satu jalan, iaitu analisis falsafah mestilah dilakukan terhadapnya. Dengan cara ini sahaja dapat dipertemukan dua S&T yang terpisah jauh oleh ukuran masa dan geografi boleh berada dalam

Page 3: Mengupayakan Keilmuan Bangsa Melayu Mengharungi Cabaran Keilmuan Semasa

satu medan perbincangan yang setara. Kenapakah analisis falsafah S&T? Bukan cukup hanya dengan analisis S&T? Sebabnya adalah, hanyalah analisis falsafah yang mampu memberikan duduk letak dua S&T yang terpisah jauh secara masa dan geografi boleh ditemukan pada pentas perbahasan yang sama. Contohnya adalah penemuan terhadap sebuah pantun Melayu yang merekodkan “empat matahari”. Bolehlah seseorang yang tidak mengetahui tentang astronomi moden mengatakan bahawa pemantun hanyalah berkhayal, mungkin ratusan tahun yang lepas (itu sebab penting diketuai bilakah sesuatu pantun itu dicipta)? Kepada yang mengetahui tentang sistem cakrawala, mereka akan maklum bahawa setiap cakrawala dihidupkan oleh sebuah bintang/matahari. Lalu, jutaan cakrawala membuktikan bahawa sejumlah jutaan sama bilangan matahari. Lalu, pemantun mengetahui empat cakrawala dan empat matahari. Di Barat, ini cumalah diketahui dengan sah selepas Galileo mencipta/mengadaptasi teleskop sekitar 400 tahun yang lepas. Analisis falsafah terhadap pantun menunjukkan bahawa konsep cakrawala-matahari tadi benar semenjak zaman awal dan zaman moden kini. Namun, analisis astrologi/nujum kuno terhadap cakrawala-matahari berbanding analisis astronomi moden terhadap cakrawala-matahari amatlah berbeza, mungkin dibezakan dengan rajah geometri yang tak bersistem berbanding formula matematik fizik yang canggih. Beralih contoh, bagaimana boleh dilakukan analisis falsafah terhadap komunikasi Melayu agarnya terbanding dengan TMK/ICT kini? Apakah yang dimaksudkan komunikasi Melayu? Apakah konsepnya dua manusia Melayu berhubungan secara bahasa antara satu sama lain? Apakah ini dituliskan dalam teks sastera Melayu atau teks sastera Rumpun Melayu? Sangkakalan (Jawa Kuno) boleh dimanfaatkan untuk menjawab soalan ini. Setara dengan usaha Turing mencipta konsep mesin yang boleh memproses perkataan, atau komputer. Mampukah kita memulai kajian Sains Komputer Melayu berteraskan kefahaman kita terhadap konsep huruf-nombor Sangkakalan Jawa Kuno?

3. Apakah Maksud Pengumpulan Teratur?Ada banyak tempat di atas yang kami menyebut bahawa kita mesti melalukan pengumpulan terhadap S&T Melayu, samada pengumpulan batu bersurat, pengumpulan manuskrip, pengumpulan sastera lisan atau pengumpulan artifak. Namun, maksud kami bukanlah sebarang pengumpulan, tetapi pengumpulan yang teratur. Maksudnya, tatkala kita melakukan pengumpulan keilmuan Melayu itu, pengumpulan yang kita lakukan itu sudahpun “hampir bersih” untuk terus kita lakukan analisis terhadapnya. "Hampir bersih” bermaksud kita sudah mengumpulkan sesuatu S&T itu dalam kelas-kelasnya yang tersendiri, contohnya angka di dalam angka/nombor, rajah di dalam geometri/bentuk, peta di dalam geografi/ilmu-alam, ramalan tentang perangai manusia dalam psikologi/ilmu-jiwa, dll. Kepayahan melakukan pengumpulan teratur ini terletak kepada keupayaan seseorang penyelidik mentelaah hampir keseluruhan satu-satu sumber S&T dan memecah-mecahkannya kepada bidang-bidang S&T tertentu. Contohnya, mentelaah seluruh pantun dan berusaha membahagi-bahagikannya kepada bidang botani, zoologi, geografi, angka, psikologi, geologi, sastera, dll. Ini sukar sebab seseorang penyelidik di Malaysia tidak terlatih dalam lebih daripada satu bidang, sedangkan kita memohon mereka terlatih dalam lima bidang. Inilah kesukarannya. Mantera Melayu juga perlu dipisahkan demikian. Batu Bersurat, Manuskrip, Artifak, dll perlu menjalani pengumpulan sebegini. Mahu

Page 4: Mengupayakan Keilmuan Bangsa Melayu Mengharungi Cabaran Keilmuan Semasa

diberitahukan bahawa kajian berbentuk sebeginilah yang paling banyak dilakukan oleh Pengajian Melayu dan Pengajian Islam di Malaysia, walaupun kajiannya tidak teratur, malah selalunya hanyalah mengumpulkan sesuatu itu seperti didapatnya. Banyak juga yang mendapat gelar kedoktoran disebabkan melakukan hal sebegini. Kami berikan suatu contoh pengumpulan yang teratur yang dilakukan oleh Po Dharma dan Nara Vija terhadap 1789 judul manuskrip Campa yang berusia 1600-1900M yang disimpan di Perancis, Britain dan USA. Sepuluh pengelasan manuskrip Campa adalah :

i. Bahasa, Bahasa Berbunga, Kamus, Peribahasa, Syair, Sajak dan Teka-Teki;ii. Astronomi, Azimat, Kalendar, Kosmogeni, Geografi, Alamat, Perbintangan, Melukis

Peta, Magik/Sihir, Tangkal dan Doa/Jampi/Mentera;iii. Dewa, Jin dan Simbol;iv. Akhlak dan Moral;v. Undang-Undang dan Adat;vi. Ketuhanan, Ibadat/Ritual, Sembahyang dan Agama;vii. Rekod Kerajaan, Salasilah, Pertabalan, Peperangan, Tokoh, Panji, Tugu, Surat-Surat

Kerajaan Pandurangga, Sejarah, Arkib, Diari, Jurnal Perjalanan dan Autobiografi;viii. Sastera, Epik, Hikayat, Dongeng, Cerita Rakyat, Perayaan, Nyanyian Rakyat,

Syair/Sajak, Pantun, Upacara dan Perkahwinan;ix. Embriologi, Kelahiran, Perubatan, Pembenci, Pengasih, Pelembut Hati, Seks,

Kebersihan Diri, Seri Penampilan, Ilmu Hitam, Farmasi dan Tafsiran Mimpi;x. Teknik, Berburu, Bekerja, Berubat, Pengkebumian, Pertanian, Empangan,

Penternakan dan Perumahan.

4. Perbandingan Dengan S&T SezamanApabila kita telah memiliki kelas-kelas S&T Melayu yang agak teratur/kemas, dan kita mengetahui juga maklumat tambahan seperti tahun dicipta/ditulis, tempat dimana dituliskan, latarbelakang penulis, rujukan-rujukan yang digunakan, dll, maka bolehlah dengan agak teliti kita membandingkan satu-satu kelas S&T Melayu itu dengan kelas S&T yang dinukilkan sama/lebih-kurang-sama oleh tamadun-tamadun manusia yang lain disebelah atau yang berhubungan dengan Tamadun Melayu. Ini untuk membuktikan adakah kelas S&T Melayu tadi sebenarnya asli atau ambilan/salinan atau diubah dari sumber keilmuan tamadun lain. Kita bolehlah memanfaatkan rujukan-rujukan Sejarah S&T Tamadun Greek/China/India/Rom/ Islam/Parsi/Jepun/dll. Namun, kerapkali juga kepayahannya adalah status sejarah S&T tamadun berkenaan masihlah tidak dikaji. Contohnya, Tamadun Thai, Tamadun Tibet, Tamadun Afrika, dll. Ini akan ditambah kepayahannya disebabkan perbezaan bahasa yang digunakan oleh tamadun manusia yang lain. Pantun memanglah asli nukilan Melayu, namun kandungannya berkemungkinan ambilan/salinan daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku di China/India/dll. Peribahasa, yang istilah asalnya adalah suatu bahagian dalam Tatabahasa Sanskrit, pastilah bukan asli Melayu, sebab peribahasa wujud pada semua tamadun manusia. Mantera, asalnya mandrum, istilah ambilan dari Sanskrit, malah kandungannya juga adalah berasal dari Hindu/Buddha, kini telahpun menjalani PengIslaman Ilmu secara luaran, iaitu secara mengganti-

Page 5: Mengupayakan Keilmuan Bangsa Melayu Mengharungi Cabaran Keilmuan Semasa

gantikan watak di dalamnya dengan Allah, Nabi, Khalifah, Al-Quran, Hadith, dll. Nama lainnya jampi, serapah, dll. Kajian pentarikhan terhadap pantun, peribahasa dan mantera masih belum dilakukan. Jika kita mampu mengumpulkan secara teratur Nujum/Astrologi/Falak/Astronomi Melayu, lalu kita melakukan perbandingan dengan Astronomi sezaman, kemungkinan untuk menunjukkan bahawa ahli-ahli Astronomi Melayu Silam menghasilkan juga teori-teori dan prinsip-prinsip/landasan-landasan baru dalam bidang ini boleh diketahui. Contohnya, kita teliti maklumat Pengelasan Astronomi Campa (ii) Astronomi, Azimat, Kalendar, Kosmogeni, Geografi, Alamat, Perbintangan, Melukis Peta, Magik/Sihir, Tangkal dan Doa/Jampi/Mentera, kemudian bandingkan dengan pencapaian Falsafah Astronomi Islam dan Eropah dikala itu, iaitu sekitar kurun ke15-17M, tentunya banyak maklumat silang yang kita akan perolehi. Maklumat-maklumat yang menunjukkan bahawa Astronomi Campa itu asli/mengubahsuai adalah penting kepada khazanah kita. Maklumat-maklumat seperti penemuan konsep astronomi yang baru katakan, mungkin juga kemajuan kaedah dicapai, atau cerapan yang baru, atau apakah prinsip-prinsip Newton ditemui, dll. Inilah yang boleh dikembangkan selanjutnya. Proses inilah yang boleh kita ulangi untuk semua 9 pengelasan S&T Campa yang lain itu. Penemuan-penemuan sebegini, dalam bentuk empirik, sistem. teori mahupun falsafah S&T, boleh memberikan masukkan yang bermakna untuk teks-teks pendidikan sekolah dan diploma/ijazah-pertama, disamping memberikan semangat menuntut S&T yang positif kepada anak-anak muda. Di Malaysia, dalam penyelidikan sumber S&T Melayu, bahagian ini hampir langka, mungkin hanya ASASI melakukannya.

5. Perbandingan Dengan S&T Kini/SekarangWalaupun tahap sebelum ini sudah agak bermakna, dapat memberikan masukkan-masukkan yang agak bermakna kalau diterapkan kedalam teks-teks pendidikan, namun S&T Melayu itu belum mampu mencabar S&T kini. Bayangkan, bagaimana penemuan angka kosong/soun/sunya/0 dan sistem persepuluhan {0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9} pada batu-batu bersurat Funan. Campa, Sriwijaya, Sailendra, Kediri, dll sebelum kurun ke-8M dapat menyamai pencapaian Cantor atau Frege atau Whitehead-Russell pada kurun ke-20M dalam bidang Aritmetik dan Falsafah Aritmetik? Bagaimana kita boleh membandingkan ekonomi masyarakat Melayu yang rata-ratanya masihlah berteraskan pertanian sehingga 1800M dengan ekonomi berteraskan ilmu, yang digelar k-economy atau ekonomi-i, yang diwar-warkan oleh dunia sekarang? Kedudukan dan jurang yang jauh inilah yang memerlukan kita menganalisis satu-satu keilmuan sehingga tahap falsafahnya. Contohnya, apakah falsafah angka? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan angka? Kenapakah kita memberikan simbol sedemikian kepada angka? Apakah simbol angka berbeza dengan simbol huruf? Apakah sistem angka bersamaan dengan sistem huruf-perkataan-ayat-bahasa? Dll persoalan dasar. Begitu juga, apakah sebenarnya dasar ekonomi pertanian? Apakah dasar ekonomi-i? Apakah ekonomi berteraskan pertanian dan ekonomi berteraskan ilmu bermatlamatkan dua perkara yang lain, atau dua perkara yang lebih kurang sama? Apakah pada ekonomi pertanian tidak kedapatan ekonomi-i? Kalau tidak, kenapa dulu Malaysia ada Universiti Pertanian Malaysia? Universiti yang sekitar 15 tahun lepas kita malu dengan namanya lalu menukar namanya kepada Universiti Putra Malaysia?

Page 6: Mengupayakan Keilmuan Bangsa Melayu Mengharungi Cabaran Keilmuan Semasa

Samalah malunya Rektor UUM dengan nama Sekolah Ekonomi lalu menukarnya kepada Fakulti Ekonomi. Hanyalah soalan-soalan yang benar-benar teras, iaitu kelas soalan-soalan falsafah S&T, sahajalah yang mampu meletakkan dua S&T yang jauh jurang perbezaannya pada suatu pentas perbahasan yang sama. Kalau kita berusaha mencari persamaan/perbezaan dua S&T berdasarkan soalan-soalan berteknik, seperti takrif, teorem/teori, rumus, dll, makanya samalah masalahnya dengan pasukan penyelidik yang saya bawakan ke Kemboja lalu beberapa ahlinya bertanyakan kepada saya, “Manakah batu bersurat yang ada Matematik?”. Tahap inilah yang patut dilakukan, terutamanya apabila kita berusaha membangunkan sesuatu bentuk S&T yang jurang keberadaannya jauh dalam lipatan sejarah. Membandingkan Politik Minangkabau dengan Demokrasi Moden, contoh yang lain, dan amatlah mencabar. Jika kita berjaya melakukan hal ini, tahap seterusnya iaitu memanfaatkan pembangunan ilmu terkini berbanding ilmu tempatan itu bolehlah dilakukan dengan agak baik, walaupun masih sukar. Contohnya, bolehkah kita perkenalkan pilihanraya kedalam Politik Minangkabau? Bolehkah kita membina Pangkalan Data Berkomputer untuk Penghasilan Budu di Kelantan? Untuk mengkaji masa simpanan/pembuatan budu berbanding kualiti/rasa? Dll. Contohnya adalah Pengelasan Astronomi Campa (ii) Astronomi, Azimat, Kalendar, Kosmogeni, Geografi, Alamat, Perbintangan, Melukis Peta, Magik/Sihir, Tangkal dan Doa/Jampi/Mentera, tersebut. Berdasarkan penemuan kita terhadap perbandingan dengan pencapaian Tamadun Islam dan Eropah yang sezamannya, dalam serba-serbinya yang asli/mengubahsuai, lalu kita bandingkan pula pencapaian Astronomi Campa tersebut dengan pencapaian Astronomi Eropah/Barat sekarang. Tentunyalah dengan Teori Kenisbian Poincare/Einstein dan Teori Kosmologi Quantum Hawking, maka apakah yang kita perolehi? Apakah maklumat-maklumat Astronomi Campa itu menunjukkan kesamaan atau keselarian konsep? Atau apa? Inilah yang patut dikaji dan dikembangkan. Tahap ini hampir sifar keberjayaannya di Malaysia.

6. Cabaran dan Strategi Kepada Siswa/i-SiswazahWalau apapun sebenarnya tajuk diatas diubahkan bentuknya, namun persoalan kepada siapakah cabaran tersebut mahu dipertanggungjawabkan tidaklah akan berubah. Hanya ada dua golongan manusia Melayu yang patut memikul beban cabaran tersebut, iaitu kalangan ilmuwan-pensyarah-penyelidik dan kalangan siswa/i-siswazah. Tak perlukah kita bicarakan peranan yang sepatutnya diambil oleh golongan yang pertama itu. Kita hanya mahu tumpukan peranan yang sepatutnya dipikul oleh golongan yang kedua itu, iaitu siswa/i-siswazah. Tidaklah sukar untuk menjelaskan apakah cabarannya, namun amatlah sukar untuk melaksanakan cabarannya, lebih-lebih lagi kalau diketahui bahawa tiadanya kesedaran dan minat terhadap subjek Keilmuan Melayu ini. Mengajar Matematik dan Falsafah Matematik semenjak tahun 1999 memberikan suatu bentuk kefahaman kepada kami tentang bagaimanakah peritnya memasukkan bahan-bahan keilmuan Melayu kedalam silabus Matematik, Sains dan Teknologi. Memanglah istilah Matematik Melayu, Sains Melayu dan Teknologi Melayu itu akan menggugah fikiran siswa/i-siswazah, namun apakah yang patut dilakukan selepas itu? Bagaimana pula nak mendekatkan jurang masa diantara keilmuan Melayu dan keilmuan semasa? Apakah ada siswa/i-siswazah mahu menjadikan keilmuan Melayu ini sebagai kajiannya? Menggali konsep S&T daripada pantun, katakan, dll.

Page 7: Mengupayakan Keilmuan Bangsa Melayu Mengharungi Cabaran Keilmuan Semasa

Kami jelaskan dahulu apakah yang kami maksudkan sebagai keilmuan Melayu itu. Ilmu yang kami maksudkan adalah Sains Fizikal dan Sains Sosial, yang sebenarnya takrifnya adalah berteraskan juzuk-juzuk ilmu yang memiliki kaedah mengkajinya. Istilah semasanya adalah Sains. Satu lagi bentuk ilmu yang dahulunya tidaklah digelar episteme/scientia/ilmu adalah Teknologi, yang Melayu memanggil manusia yang pakar tentangnya sebagai Tukang/Pandai/Ahli. Lalu, bagi menjawab apakah cabarannya kepada siswa/i-siswazah untuk melakukan pembacaan dan kajian dalam bidang ini, kami senaraikan strateginya :

i. Mengkaji dan memahami falsafah, teori, sistem dan amalan (FTSA) Sains dan Teknologi Eropah/Barat semenjak 1600M.

ii. Menunjukkan dengan baik kelemahan falsafah, teori, sistem dan amalan S&T Eropah/Barat.

iii. Mengkaji dan memahami falsafah, teori, sistem dan amalan S&T Melayu. Mencungkil segala konsepnya yang perlu mengikut perbandingan dengan Eropah/Barat.

iv. Membandingkan FTSA S&T Melayu dengan FTSA S&T Eropah/Barat. Bertujuan untuk menggantikan landasan FTSA S&T Barat dengan FTSA S&T Melayu, dimana-mana yang munasabah.

v. Membangun FTSA S&T Melayu.Akhir kata, kami mengharapkan perkembangan ilmiah yang baik dikalangan siswa/i seluruhnya.