menggambar

7
MENGGAMBAR Tarikh : 3 Julai 2012 Hari : Selasa Masa : 7.45 - 8.45 pagi Tahun : 4 Bestari Bilangan Murid : 28 Orang Bidang Kegiatan : Menggambar Jenis Kegiatan : Kolaj Tajuk : Buah-buahan Tempatan Teknik : Melakar, menggunting, mengoyak dan menampal, Objektif : Pada akhir pengajaran, murid dapat i) Menyatakan konsep kolaj dan kepelbagaian teknik untuk menghasilkannya, iaitu menggunting, mengoyak, menampal dan melakar. ii) Menghasilkan kolaj secara kreatif bagi menghasilkan gambar buah-buahan tempatan. Pengetahuan sedia ada murid :

Upload: yus-iza

Post on 29-Jul-2015

260 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menggambar

MENGGAMBAR

Tarikh : 3 Julai 2012

Hari : Selasa

Masa : 7.45 - 8.45 pagi

Tahun : 4 Bestari

Bilangan Murid : 28 Orang

Bidang Kegiatan : Menggambar

Jenis Kegiatan : Kolaj

Tajuk : Buah-buahan Tempatan

Teknik : Melakar, menggunting, mengoyak dan menampal,

Objektif : Pada akhir pengajaran, murid dapat

i) Menyatakan konsep kolaj dan kepelbagaian teknik untuk menghasilkannya, iaitu menggunting,

mengoyak, menampal dan melakar.

ii) Menghasilkan kolaj secara kreatif bagi menghasilkan gambar buah-buahan tempatan.

Pengetahuan sedia ada murid :

i) Murid pernah melihat gambar buah-buahan.

ii) Murid mahir menampal kertas dan menyiapkan hasilan kolaj.

Page 2: Menggambar

Nilai Murni : Kreatif, keseronokan, kepatuhan, ketelitian, kekemasan, menghargai.

KBKK : Kecerdasan pelbagai visual-ruang, pemerhatian, kontekstual.

ABM & BBM : Kertas lukisan, pensel, gam, gunting, kertas warna / kain dan lain-lain

bahan yang dirasakan sesuai, contoh hasil karya kolaj, kad gambar buah-

buahan tempatan, lakaran gambar buah-buahan tempatan, carta langkah.

Rujukan : Huraian Sukatan Pelajaran PSV KBSR,

Zulaiha Ismail (2003) Spot A Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun 4. Info

Didik Sdn. Bhd.

Page 3: Menggambar

LANGKAH

PENGAJARAN

/ MASA

PERKEMBANGAN ISI

PELAJARAN

AKTIVITI P&P STRATEGI/

GAMBARAJAH/

NILAI/CATATAN

Set induksi

(5 minit)

Guru menunjukkan gambar

buah-buahan tempatan

(menggunakan slide Power

Point) sambil mengedarkan kad

bergambar tentang buah-

buahan tempatan.

Guru bersoal jawab dengan murid

berkenaan buah-buahan

tempatan yang terdapat dalam

gambar tersebut.

Murid memerhatikan gambar

yang diedarkan

Murid bersoal jawab dengan guru

berkenaan gambar-gambar

tersebut.

Teori Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan Linguistik

Kecerdasan hubungan

antara manusia

Kecerdasan dalaman

diri

Langkah 1

(10 minit)

Pengenalan tajuk pelajaran hari

ini, iaitu kolaj.

Penerangan tentang pengertian

kolaj.

“Kolaj adalah suatu cara

menghasilkan gambar atau

corak dengan melekatkan

bahan, objek atau bentuk yang

berlainan di atas asas latar. “

Guru memberi penerangan tentang

pengertian kolaj.

Guru memberitahu murid bahawa

mereka akan menghasilkan gambar

buah-buahan tempatan

menggunakan teknik kolaj.

Guru bersoal jawab dengan murid

mengenai kefahaman mereka

tentang konsep kolaj.

Teori Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan dalaman

diri

BBM: Pernyataan

pengertian, contoh hasil

karya kolaj.

Page 4: Menggambar

Mempamerkan contoh hasil

karya kolaj.

Guru memperlihatkan contoh-

contoh hasil karya kolaj kepada

murid.

Murid melihat hasil karya tersebut

dengan penuh perhatian.

Langkah 2

(10 minit)

Penerangan mengenai jenis-

jenis susunan grid dan cara

menyusun motif.

Guru menerangkan cara menyusun

motif-motif mengikut susunan grid

batu-bata, dam dan sisik ikan.

Murid mendengar penerangan guru

dengan penuh minat.

Teori Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan ruang

Kecerdasan dalaman

diri

Nilai: kepatuhan,

keseronokan untuk belajar.

BBM: carta hasil karya

murid.

Langkah 3

(30 minit)

Penghasilan corak:

1. Koyak atau gunting kertas

warna ataupun kain menjadi

cebisan kecil.

2. Lakarkan motif dan jenis

susunan yang diingini di atas

Guru mengarahkan murid

menggunting atau mengoyak kertas

warna.

Murid mengoyak kertas menjadi

cebisan.

Teori Kecerdasan Pelbagai

Kontekstual,

pemerhatian.

Nilai: Kreatif, kekemasan,

ketelitian, kepatuhan.

Page 5: Menggambar

kertas lukisan.

3. Tampal cebisan kertas

warna pada bahagian yang

dikehendaki menggunakan

gam.

Guru meminta murid menampal

cebisan kertas pada lakaran

gambar buah-buahan.

Guru menunjukkan demontrasi

menampal kertas pada lakaran

tersebut.

Murid mengikut arahan guru dan

menampal dengan teliti.

BBM: carta langkah.

Langkah 4

(5 minit)

Sesi apresiasi Guru memilih hasilan murid secara

rawak untuk sesi apresiasi.

Guru memanggil 2-3 orang murid

ke hadapan untuk sesi apresiasi

terhadap corak yang dihasikan

melalui teknik kolaj oleh rakan

mereka.

Guru membuat rumusan pelajaran

Teori Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan Linguistik

Kecerdasan hubungan

antara manusia

Nilai

- Menghargai

Page 6: Menggambar

hari ini dan bertanya beberapa

soalan untuk menguji kefahaman

murid.

1. Apakah konsep kolaj?

2. Nyatakan teknik-teknik untuk

menghasilkan kolaj.