mengenal sains (1)

20
Modul 1: MENGENAL SAINS MENGENAL SAINS Penerangan Ringkas Modul Modul ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal tentang sains, teknologi dan kepentingan dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru- guru sains sekolah rendah. Objektif Selepas mengikuti modul ini anda sepatutnya dapat: 1. menerangkan sejarah perkembangan sains 2. menerangkan sains dan teknologi dalam perspektif yang betul 3. menjelaskan kaedah saintifik 4. menerangkan sikap dan etika sains 5. menyatakan peranan sains dan teknologi dalam pembangunan negara

Upload: loh-jer-ling

Post on 26-Jan-2016

233 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

N

TRANSCRIPT

Page 1: Mengenal Sains (1)

Modul 1:MENGENAL SAINS

MENGENAL SAINS

Penerangan Ringkas Modul

Modul ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal tentang sains, teknologidan kepentingan dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru-guru sains sekolah rendah.

Objektif

Selepas mengikuti modul ini anda sepatutnya dapat:

1. menerangkan sejarah perkembangan sains

2. menerangkan sains dan teknologi dalam perspektif yang betul

3. menjelaskan kaedah saintifik

4. menerangkan sikap dan etika sains

5. menyatakan peranan sains dan teknologi dalam pembangunan negara

Page 2: Mengenal Sains (1)

Modul 1:MENGENAL SAINS

PENDAHULUAN_________________________________________________________

Sains dan Teknologi yang ada pada hari ini adalah hasil daripada perkembanganyang berlaku semenjak beribu-ribu tahun yang lalu melalui beberapa tamadunmanusia. Ia merupakan daya usaha manusia memahami alam dan seterusnyaberikhtiar untuk meningkatkan kesejahteraan hidup mereka. Setelah mengalamiperubahan yang begitu pesat mengikut keperluan masyarakat, peranan sainsmenjadi lebih kompleks dan kadang kala boleh menimbulkan kesan negatif.Petunjuk kemajuan sesebuah negara banyak bergantung kepada perkembangansains dan teknologi. Justeru itu program pendidikan sains dan teknologi adalahpenting dan perlu diberi penekanan yang sewajarnya bagi melahirkan warganegaraseperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan2020.

APAKAH ITU SAINS

Sains adalah cabang ilmu pengetahuan yang mempunyai banyak ciri dan perbezaanberbanding dengan disiplin ilmu yang lain. Sains boleh ditakrifkan dari pelbagaiperspektif. Kamus Oxford (1983), mentakrifkan sains sebagai cabang ilmupengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen yang bersistemterhadap fenomena alam semula jadi. Sains bermatlamat untuk membuat rumusanidea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena semula jadi.

John Ziman (1984), seorang ahli sejarah sains telah memberikan takrif sains yangberlainan mengikut aspek tertentu. Jika sains ditakrifkan sebagai alat untukmenyelesaikan masalah, ia memain peranan sebagai alat yang berhubung rapatdengan teknologi. Jika sains ditakrifkan sebagai pengetahuan yang terancang iamemperlihatkan ciri keilmiahan yang mana fenomena alam yang dikaji dan ditemuimelalui penyelidikan diterbitkan dalam buku atau jurnal untuk bacaan umum.Pengetahuan ini mempunyai pengaruh yang kuat melalui penggunaannya dalamteknologi.

Page 3: Mengenal Sains (1)

Modul 1:MENGENAL SAINS

Dari aspek falsafah, tradisi sains menekankan kepada prosedur sains yangbersistem dalam menjalankan penyiasatan seperti membuat hipotesis, menjalankaneksperimen, menganalisis dan mentafsirkan maklumat, membuat kesimpulan danmembuat teori. Sains juga boleh dilihat dari aspek vokasional yang mana ahli-ahlisains menjalankan penyelidikan dalam masa lapang melalui kebolehan serta minatmereka. Cain (1990), melihat sains sebagai terdiri daripada empat komponen, iaituhasil atau kandungan, proses atau kaedah, sikap dan teknologi. Sebarang programpendidikan sains seharusnyalah mencakupi kesemua komponen ini.

SEJARAH SAINS

Sains moden yang lahir daripada tamadun barat itu bukanlah suatu yang baru danwujud tersendiri. Ia merupakan rantaian perkembangan sejak zaman dahuludaripada sains tamadun Mesir Purba, Yunani, India, China, Islam sehinggalahkepada zaman pertengahan di Eropah. Walau bagaimanapun setiap tamaduntersebut mempunyai ciri-ciri khusus dari segi bentuk dan falsafah.

Sains moden berbeza daripada sains zaman pertengahan dan juga daripada sainsIslam dari segi falsafahnya. Sains moden tidak meletakkan ketuhanan sebagaisumber utama pemikiran, tetapi sebaliknya meletakkan akal manusia sebagai pusatyang menjadikan penentu segala-galanya. Akhirnya sains moden menganggapsegala fenomena alam dapat dijelaskan melalui akal fikiran semata-mata dan tidakmemerlukan pertolongan daripada Tuhan. Falsafah sains sebegini menjadipegangan sebahagian besar ahli sains hari ini khasnya di Barat.

Kebanyakan sarjana Islam pada zaman kegemilangan, bermula dengan pengajianagama sebagai ilmu asas, seterusnya mempelajari dan menerokai ilmu-ilmu sainskemudiannya. Ibn Sina yang dikenali sebagai ahli falsafah al Quran sejak berusiasepuluh tahun. Begitu juga dengan sarjana Kristian pada zaman pertengahan darisegi pendidikannya juga telah menerima ilmu bersepadu kerana mereka rata-ratamenerima pendidikan di biara. Copernicus pada mulanya belajar untuk menjadi ahligereja yang unggul, tetapi kemudiannya terkenal sebagai ahli astronomi.

Antara tamadun besar manusia yang telah menyumbang kepada perkembanganilmu pengetahuan sains ialah Tamadun Mesir Purba, Tamadun Yunani, TamadunIndia, Tamadun China, Tamadun Islam, Tamadun Eropah Zaman Pertengahan,Tamadun Eropah Renaissance dan Zaman Revolusi Sains hinggalah ke hari ini.

Page 4: Mengenal Sains (1)

Modul 1:MENGENAL SAINS

SAINS MESIR PURBA

Tamadun Mesir Purba muncul sejak 3000 SM. Mereka memperkenalkanpenggunaan rajah dan simbol dalam ilmu matematik. Konsep jam masa sudah punwujud pada ketika itu. Satu hari dikira daripada permulaan naik matahari hingganaik matahari keesokan harinya. Teknologi mereka yang mengkagumkan manusiaialah teknologi binaan piramid. Setiap piramid dibina daripada bungkah batu kapuryang berat setiap satunya 2.5 tan. Untuk membina sebuah piramid, berjuta-jutabungkah batu kapur diperlukan. Piramid Khubu Siva dibina daripada 2.3 jutabungkah batu kapur.

SAINS YUNANI___________________________________________________________________

Dalam perkembangan tamadun dunia, Tamadun Yunani telah dianggap oleh ahlisejarah Eropah sebagai tamadun yang amat penting. Tamadun ini menjadi salahsatu unsur penting dalam Tamadun Barat. Sains Yunani melahirkan ramai ahlifalsafah dan ahli matematik terkenal seperti Thales (624 - 565 SM), Pythagoras(580-500 SM), Plato (427 - 347 SM) dan Aristotles (384 - 322 SM).

Teorem Pythagoras merupa salah satu contoh yang digunakan sehingga hari ini.Archimedes (287 - 212 SM) pula merupakan seorang sarjana fizik yang termasyhur.Beliau dikenali kerana jeritannya Eureka!, Eureka! (Ku jumpa!) ketika beliaumemperolehi ilham untuk menyelesaikan masalah bagi menentukan ketulenanemas. Hippocrates yang dianggap sebagai bapa perubatan dikenang sehingga kehari ini melalui angkat sumpah doktor sebelum mereka mengamalkan perubatan.

Idea tentang atom dipelopori oleh Leucippus dan Democretos. Idea ini seterusnyadikembangkan oleh John Dalton, seorang ahli sains barat dalam abad kesembilanbelas.

Page 5: Mengenal Sains (1)

Modul 1:MENGENAL SAINS

SAINS INDIA

Tamadun India adalah antara yang tertua. Dari segi perkembangan sains terdapatdua zaman; Zaman Sulvasutra (800 - 300 SM) dan Zaman Siddhanta (selepas 300SM). Antara contoh sumbangan tamadun ini ialah dalam bidang pembedahan.Mereka boleh membuat pembedahan mata untuk mengubati penyakit katarak.Kewibawaan perubatan India terletak dalam empat kitab iaitu Caraka, Susruta,Atreya dan Vagbhata. Mereka juga telah melakukan pembedahan yang kita kenalisekarang sebagai pembedahan plastik apabila mereka menampal telinga seorangpesakit dengan kulit yang di ambil daripada tempat di badan pesakit itu.Perkembangan Tamadun India banyak dipengaruhi oleh Tamadun Yunani.

SAINS CHINA

Dalam sejarah China terdapat ‘Lima Buah Kanun’ dan satu daripadanya jugadikenali sebagai Yi Jin atau “Buku Tentang Pilihatur”. Dalam buku inilah diterangkankonsep Yang dan Yin atau prinsip Liang Yi yang menjadi asas kepada Sains China.

Orang China berpegang konsep Yang dan Yin dan Teori Lima Unsur apabila merekamenerang suatu fenomena. Yang dikaitkan dengan sifat kelelakian, panas, keras,terang, matahari, api dan sebagainya. Yin dikaitkan dengan kewanitaan, sejuk,lembut, gelap, bulan, air dan sebagainya. Teori Lima Unsur atau Wu Xing berertilima kegiatan atau kuasa. Teori ini mengandaikan bahawa kebanyakan fenomenaberlaku dalam lima kategori, seperti lima warna (kuning, hijau, merah, putih, hitam),lima arah (timur, barat, utara, selatan, tengah) dan lima rasa (manis, pahit, pedas,masam, masin) atau lima unsur itu merujuk kepada air, api, logam, kayu dan tanah.

Pengetahuan mengenai kemagnetan telah ditemui pada zaman ini bagimembolehkan mereka mereka cipta kompas. Dalam bidang teknologi, TamadunChina telah mencapai kemajuan yang menakjubkan seperti dalam pembuatankertas, mesin cetak, serbuk letupan dan teknologi binaan.

Page 6: Mengenal Sains (1)

Modul 1:MENGENAL SAINS

SAINS ISLAM__________________________________________________________________

Antara pertengahan abad kelapan hingga permulaan abad ketiga belas, TamadunIslam merupakan yang paling terkemuka serta mengatasi tamadun lain. SarjanaIslam mempelopori perkembangan dunia ilmu pengetahuan dan meningkatkan tarafilmu yang diwarisi daripada tamadun sebelumnya ke tahap yang lebih tinggi untukdiwarisi oleh tamadun berikutnya:

Sarjana Islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada tamadun danperkembangan sains dunia. Mereka menggunakan AL Quran dan As Sunnahsebagai sumber rujukan utama dalam meneroka pelbagai bidang ilmu. SarjanaIslam juga memperolehi pengetahuan menerusi penterjemahan dokumen yangdihasilkan oleh tamadun sebelumnya bagi memantap dan memperkembangkanbidang ilmu berkenaan. Peringkat pertama penterjemahan ditumpukan kepada ilmuyang boleh memberi penyelesaian kepada masalah kehidupan harian sepertiperubatan, astronomi, dan kimia. Peringkat kedua penterjemahan mencakupi ilmuMantik Yunani dan Matematik Hindu. Antara penterjemah yang terkenal ialahHunnaim ibn Ishak (808 - 873M) Thabit ibn Qurah (834 - 901M) yang telahmenterjemahkan buku Element karya Euclid ke Bahasa Arab.

Salah satu sumbangan Tamadun Islam dalam Matematik ialah sistem nombor yangdigunakan pada hari ini (1, 2, 3, .....9). Sarjana Al Khawarizmi (780 - 850 M)sentiasa diingati oleh ahli sains kerana sumbangannya yang besar dalam ilmuAljabar dan bukunya Al Jabr Waalmuqabala sentiasa dirujuk. Al Battanimengemukakan kaedah pengiraan astronomi secara trigonometri. Kaedah inisentiasa dirujuk oleh tokoh astronomi Eropah sehingga abad ke tujuh belas, sepertiCopernicus, Keppler dan Galileo. Bidang astronomi merupakan salah satusumbangan Islam yang besar dan tinggi nilainya

Abu Bakar Mohammad ibn Zakaria al Razi (865 - 927 M) merupakan tokohperubatan Islam yang agung. Karya beliau melebihi 200 judul. Antara penyakityang pernah dikaji ialah campak dan cacar. Ibn Sina (980 - 1037 M) ialah tokohfalsafah, astronomi, matematik dan perubatan yang memberi sumbangan dalambidang ofthalmologi. Karya perubatan beliau yang teragung ialah Qanun Fi al Tibb(Kanun Perubatan) telah menjadi teks perubatan di universiti-universiti Eropahselama lebih kurang 600 tahun.

Para sarjana Islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada tamadundan perkembangan Sains dan Teknologi hari ini. Hakikat ini jelas diperlihatkandengan terdapatnya lebih daripada suku juta manuskrip sarjana Islam dalamperpustakaan-perpustakaan besar hari ini.

Page 7: Mengenal Sains (1)

Modul 1:MENGENAL SAINS

SAINS EROPAH RENAISSANCE___________________________________________________________________

Renaissance ialah istilah bagi merujuk kepada gerakan menghidupkan semulasemangat pembelajaran, seni dan kesusasteraan di Eropah pada abad keempatbelas hingga ketujuh belas. Gerakan ini juga merujuk kepada permulaan aliranrasionalisme, yang meletakkan kebolehan akal manusia lebih tinggi daripada segala-galanya.Fenomena alam boleh diterangkan secara akal dan penjelasan berdasarkanhujah yang boleh dicerap dan dilihat sahaja dianggap rasional. Alam ini dianggapsebagai alam benda sahaja, tidak terdiri daripada alam ghaib atau roh.

Pada zaman ini terdapat kaum intelek yang menentang gereja sama ada atas dasarpegangan sains mereka atau kerana pegangan agama Kristian mereka berlainandaripada amalan gereja. Zaman Renaissance juga merupakan zaman penjelajahandan penaklukan tanah jajahan baru di Afrika, Asia dan Amerika oleh kuasa-kuasaEropah. Penjelajahan ke benua baru ini memberi kesan yang mendalam terhadappemikiran sains dan pemikiran Barat kerana pertembungan dengan budaya dantamadun bangsa lain.

Antara tokoh terkenal zaman ini Leonardo da Vinci (1452 - 1516 M), yang bukansahaja sebagai pelukis Mona Lisa, tetapi pemikiran sains beliau menyentuh bidangmatematik, kejuruteraan dan fisiologi. Sumbangan Corpernicus (1473 - 1543 M)dalam bidang astoronomi tidak boleh dilupakan kerana beliau membuat pembetulankepada teori Ptolemy yang menyatakan bumi sebagai pusat pergerakan cakerawala.Corpernicus berpendapat matahari adalah pusat pergerakan planet di angkasa.

Zaman Renaissance Eropah ternyata merupakan tempoh penting, yang menjadipermulaan kepada kemunculan revolusi sains pada abad kelapan belas. Ini diikutikemunculan revolusi industri pada abad ke sembilan belas dan kedua puluh.Renaissance menandakan peningkatan kebangkitan Eropah sehingga zaman intelekEropah meninggalkan pemikiran yang berasaskan pegangan ajaran gereja lalumembina kerangka pemikiran berlandaskan pemikiran rasional manusia.

Page 8: Mengenal Sains (1)

Modul 1:MENGENAL SAINS

SAINS MODEN___________________________________________________________________

Satu perkembangan yang penting dalam bidang sains moden ialah pembinaankaedah sains yang berkesan dan berjaya meletakkan sains ke tahap yang kitadapati sekarang. Perkembangan sains moden berlaku mengikuti kaedah sains yangdipelopori oleh beberapa tokoh abad ke tujuh belas seperti Descartes dan FrancisBacon. Descartes menekankan kaedah induksi akal sementara Francis Bacon pulamenggunakan kaedah deduksi untuk meningkatkan mutu sesuatu penyelesaianmasalah sains.

Antara tokoh yang terkenal ialah Galileo (1564 -1642 M) seorang ahli fizik dan ahliastronomi yang agung. Kemampuannya membina teleskop berkuasa tinggimembolehkan beliau berjaya memerhati permukaan bulan dengan lebih terperincidan menemui bulan di planet yang lain.

Isaac Newton (1642 -1727 M) ahli fizik ternama telah mengemukan Hukum Gravitiyang boleh membantu ahli sains menyelesaikan masalah harian mereka. Disamping itu beberapa Hukum Newton yang lain juga telah menjadi asas yangpenting dalam bidang fizik pada hari ini. Teori Atom Dalton walaupun bukanlah ideabaru, tetapi teori tersebut membawa perkembangan pesat dalam bidang kimia padaabad ke sembilan belas.

Ringkasan sejarah di atas, sains yang kita kenali hari ini bukanlah kepunyaansesuatu bangsa dan negara semata-mata, tetapi merupakan kepunyaan semuabangsa dan merentasi kepercayaan, warna kulit dan adat resam. Ianya diasaskandan dibina atas tamadun-tamadun sebelumnya, terbit dari fitrah manusia yangsentiasa meneroka dan memperbaiki mutu hidup mereka. Sebenarnya terdapatbanyak lagi tamadun awal dan pertengahan dengan kemajuan dalam bidang sainsdan teknologi yang tinggi seperti yang terdapat di Asia Tenggara, Afrika dan AmerikaSelatan. Peninggalan tamadun-tamadun ini masih boleh dilihat sehingga kini.

Page 9: Mengenal Sains (1)

Modul 1:MENGENAL SAINS

SAINS MERANGKUMI PROSESDAN HASIL

Ahli sains berusaha untuk mencapaikan sesuatu matlamat yang membabitkanpengumpulan maklumat tentang fenomena alam semula jadi dan dirumuskandengan cara bersistem. Pengetahuan ini diharap dapat membantu manusiamemahami alam semula jadi dan seterusnya menggunakannya untuk meningkatkanmutu hidup mereka. Kaedah saintifik digunakan untuk mencapai matlamat tersebutyang melibatkan penggunaan pengetahuan yang sedia ada untuk membuat teoriumum atau model yang mana kebenaran dan kesahihannya boleh diuji melaluipenyelidikan dalam keadaan yang terkawal.

Pada masa lalu sains diajar dengan cara memberi fakta atau kumpulan maklumatyang tidak boleh dicabar kesahihannya. Ia menggambarkan sains sebagaikebenaran semata-mata, pada hal itu bukanlah imej sains yang sebenarnya.Pengetahuan sains sebenarnya diperolehi daripada hasil penglibatan masalah.Sebahagian daripada proses sains ialah mengenalpasti masalah, membuathipotesis, menjalankan eksperimen, membuat inferens dan kesimpulan.

Merangka konsep, prinsip, hukum dan teori, iaitu hasil sains merupakan aktivitiutama. Jika prinsip atau hukum am diperolehi berdasarkan fakta tertentu, maka ahlisains menggunakan kaedah penaakulan induksi, iaitu daripada kes yang khususkepada kes yang umum. Sebaliknya jika seseorang itu menemui sesuatu keadaandan kesimpulan mengenainya dibuat berasaskan hukum am yang telah diterima,maka beliau telah membuat kesimpulan menggunakan kaedah penaakulan deduksi,iaitu dari kes umum kepada kes yang khusus. Sebagai contoh:

PENAAKULAN INDUKSI

Ahli sains melakukan eksperimen ringkas mengenai pemanasan logam besi,timah, tembaga dan beberapa logam yang lain. Mereka mendapati logam-logam tersebut mengalirkan haba. Oleh hal yang demikian mereka membuatkesimpulan bahawa semua logam mengalirkan haba.

PENAAKULAN DEDUKSI

Jika pemansan dibuat terhadap beberapa bahan, ahli sains bolehmenentukan yang mana boleh mengalirkan haba dan yang mana tidak. Dengan itu mereka boleh mengenal pasti yang mana logam dan yang manabukan logam.

Page 10: Mengenal Sains (1)

Modul 1:MENGENAL SAINS

Dari perspektif ini bolehlah dirumuskan bahawa proses sains yang menghasilkanpengetahuan sains iaitu konsep prinsip, hukum dan teori adalah hasil sains yangamat penting. Justeru itu, peningkatkan perkembangan kemahiran prosesdi kalangan pelajar harus diberi penekanan yang sewajarnya. Adalah diharapkandalam pengajaran dan pembelajaran sains guru memberi peluang di mana sesuaikepada pelajar untuk menjalankan aktiviti yang dapat mempertingkatkan lagipenguasaan kemahiran saintifik mereka.

FAKTA KONSEP, HIPOTESIS, PRINSIP,HUKUM DAN TEORI

Fakta, konsep, hipotesis, prinsip, hukum dan teori adalah kosa kata yang lazimdalam sains dan merupakan hasil daripada inkuiri saintifik. Berikut adalahpenjelasan ringkas mengenai kosa kata:

Fakta ialah suatu peristiwa, kenyataan atau maklumat yang diketahui benar atau dianggap benar berdasarkan pemerhatian. Misalnya satu objek akan jatuh ke tanahapabila dilepaskan atau semua planet beredar mengelilingi matahari atau air tulenmembeku pada suhu 0oC.

Konsep ialah idea, proses, fenomena atau gagasan yang mempunyai ciri sepunya.Mamalia adalah satu konsep dan beberapa fakta terbabit dalam merumuskankonsep ini. Mamalia mempunyai bulu badan dan menyusukan anak. Magnetterdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz, tetapi semua magnet mempunyai kutubmagnet.

Hipotesis ialah pernyataan umum yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatuperistiwa yang bersifat sementara dan boleh diuji. Melalui pemerhatian seseorangitu membuat hipotesis bahawa besi yang dicat tidak akan berkarat. Tetapi apakahini sentiasa benar? Jika daripada beberapa pemerhatian didapati hipotesis tadisentiasa benar dan tiada satu keadaan yang dapat menyangkal hipotesis ini, makaianya bolehlah diterima sebagai suatu prinsip atau kebenaran asas. Membuathipotesis adalah salah satu langkah penting dalam menjalankan penyelidikan sains.

Prinsip ialah pengitlakan mengenai perhubungan beberapa konsep. Prinsip dibinaberasaskan kepada beberapa pemerhatian menerusi penaakulan induktif.Contohnya, udara mengembang apabila dipanaskan. Kejadian ini menunjukkanperhubungan di antara haba, udara dan pengembangan.

Hukum ialah prinsip yang dibuktikan benar dan diterima oleh ahli sains. Sungguhpun hukum dianggap sah pada sesuatu ketika tetapi tidaklah semestinya muktamaddan boleh digunakan dalam semua keadaan. Contohnya, Hukum Ohm yang

Page 11: Mengenal Sains (1)

Modul 1:MENGENAL SAINS

mengaitkan beza keupayaan, arus dan rintangan di dalam suatu litar elektrik. Walaubagaimana pun hukum ini tidak sesuai digunakan dalam semikonduktor dan hukumini perlu diubahsuai serta diperluaskan.

Teori adalah rangkaian fakta, konsep dan prinsip dalam pernyataan yang lebih luasuntuk mengitlakkan secara sementara sesuatu kejadian, peristiwa atau fenomena.Ia juga adalah gambaran imiginasi ahli sains mengenai sesuatu kejadian ataufenomena. Teori boleh disahkan kebenarannya atau dibatalkan sahaja berdasarkankepada dalil-dalil baru sama ada bersifat maujud atau mujarad. Sebagai contoh,pada awal abad kesembilan belas, John Dalton (1808) mengemukakan teoriatomnya yang antaranya menyatakan bahawa atom tidak dapat dipecah ataudicipta. Pada ketika itu teori ini merupakan satu kejayaan besar dalam memecahkankebuntuan ahli sains semenjak Tamadun Yunani dan Tamadun Islam untukmemahami struktur jisim. Dengan terciptanya peralatan baru yang lebih canggih,atom dapat dipecahkan dan seterusnya Teori Atom yang telah bertahan selama satuabad kemudian diubahsuai dan diperbaiki. Teori baru ini pula seterusnyamencetuskan pengkajian dan penerokaan lanjutan.

KAEDAH SAINTIFIK

Pada asasnya pengetahuan sains bersifat relatif dan sementara. Hanya Tuhansahaja yang mengetahui segala-galanya. Sains hanyalah suatu wasilah untukmencari kebenaran dan menghayati kebesaran Tuhan. Kemahiran saintifik sepertimemerhati, mengelas, mengukur, membuat hipotesis dan mengeksperimenmerupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan penyelidikan saintifik dalamusaha mencari kebenaran tersebut.

Dalam tradisi disiplin sains, ahli sains sememangnya dilatih untuk menjalankanpenyelidikan yang bersistem untuk memahami fenomena alam dan mencarikebenaran. Kebiasaannya langkah-langkah berikut diikuti semasa menajalankanpenyelidikan saintifik, iaitu:

v mengenal pasti masalahv membuat hipotesisv mengumpul datav menganalisis datav mentafsir datav membuat kesimpulanv berkomunikasi

Hipotesis dibentuk berdasarkan kepada beberapa pemerhatian awal yangmerupakan suatu telahan atau ramalan yang munasabah. Ahli sains hendaklah

Page 12: Mengenal Sains (1)

Modul 1:MENGENAL SAINS

membuktikan bahawa hipotesisnya benar dengan cara mengumpul data untukmencari dalil yang dapat membuktikan kebenaran hipotesis tersebut. Sebagaicontoh, seorang pelajar membuat hipotesis bahawa semua gagak berwarna hitam”.Jika data yang dikumpulkan itu dianalisis dan didapati bahawa tiada seekor pungagak berwarna lain selain daripada hitam, beliau boleh membuat kesimpulanbahawa semua berwarna hitam. Dapatannya ini boleh dilaporkan mengikut caraberkomunikasi yang lazim.

SIKAP SAINTIFIK

Antara sikap saintifik yang harus dimiliki oleh ahli sains adalah seperti berikut:

Pemikiran kritikal iaitu pemikiran yang sentiasa menyoal tentang bagaimana .siapa, di mana, bila dan mengapa serta sentiasa mencabar kesahihan sesuatuperistiwa.

Penangguhan keputusan iaitu memahami kekangan bukti-bukti mutlak bagisesetengah pernyataan dan konsep sains.

Menghormati bukti sentiasa mencari bukti melalui kaedah empirikal.

Jujur iaitu melaporkan semua bukti dan mengakui sumbangan orang lain tentangsesuatu kajian.

Objektiviti iaitu berupaya membuat pertimbangan yang wajar terhadap kebaikandan keburukan berpandukan bukti-bukti yang ada.

Kerelaan iaitu sanggup mengubah hipotesis, tafsiran, taakulan dan konsep apabilaada pandangan atau bukti lain yang lebih sahih.

Page 13: Mengenal Sains (1)

Modul 1:MENGENAL SAINS

ISU ETIKA AHLI SAINS

Walaupun pada zahirnya ahli sains bebas menjalankan sebarang penyelidikanmengikut minat dan kehendak mereka, hakikatnya mereka terikat kepada undang-undang dan peraturan yang tersurat atau yang tersirat. Mereka sedar terhadapnorma-norma yang harus dipatuhi. Berikut adalah antara norma-norma menjadipanduan kepada ahli sains:

KEMASYARAKATAN

Sains ialah pengetahuan yang harus dikongsi oleh masyarakat umum. Inimenegaskan bahawa dapatan sains tidak seharusnya menjadi milik ahli sainsindividu sahaja. Dapatan sains hendaklah dikomunikasikan secepat mungkinkepada masyarakat umum dan ahli sains yang lain.

KESEJAGATAN

Sains menegaskan bahawa setiap dapatan hendaklah diberi wajaran berdasarkankepada nilai intrinsiknya tanpa mengira kewarganegaraan, bangsa, agama, warnakulit, jantina, umur atau kedudukan orang yang menemui dapatan tersebut.

KEPENTINGAN ILMU DAN UMMAH

Sains diterokai untuk tujuan perkembangan sains itu sendiri dengan hasrat untukmemakmurkan ummah. Ini bererti ahli sains hendaklah melakukan penyelidikanmereka dan mempersembahkan dapatan mereka tanpa motif yang tersembunyi.Adakah norma ini dipatuhi oleh ahli sains hari ini?

KEASLIAN

Sains mengutamaan kajian dan penemuan baru. Kajian yang tidak menghasilkandapatan yang baru tidak memberi sumbangan yang bermakna kepada sains.

KESANGSIAN

Ahli sains sentiasa menganalisis secara mendalam untuk mencari kemungkinanwujudnya kesilapan atau ketidaksahihan sebelum menerima sesuatu kenyataan ataupendapat.

Page 14: Mengenal Sains (1)

Modul 1:MENGENAL SAINS

APAKAH ITU TEKNOLOGI?

Irama dan lagu tidak dapat dipisahkan, begitulah juga dengan sains dan teknologi!Ada pendapat yang mengatakan teknologi lahir lebih awal daripada sains dan adapula yang berpendapat sebaliknya. Yang pastinya kedua-dua saling berkaitan danperlu memerlukan. Keupayaan manusia sebenarnya adalah terhad dan teknologiadalah daya usaha manusia untuk mengatasi had keupayaan tersebut. Manusiamereka cipta kaca mata untuk mengatasi had deria dan kecacatan penglihatan, duainsan yang berjauhan tidak boleh berbicara tanpa bantuan telefon. Kaca mata dantelefon adalah dua contoh hasil teknologi, tetapi telefon dan kaca mata tidakmungkin direka cipta tanpa pengetahuan sains.

Dalam konteks ini teknologi boleh dilihat sebagai aplikasi pengetahuan sains dalammereka cipta alat-alat yang dapat meningkatkan keupayaan manusia. Teknologipada asasnya telah wujud beribu-ribu tahun dahulu. Manusia di zaman batu merekacipta alat-alat daripada batu untuk memburu dan melapah hasil buruan. Manusiamereka cipta sampan untuk pengangkutan di air. Manusia menemui teknikmengawet untuk mengekalkan mutu makanan. Dengan penemuan baru dalambidang sains teknik-teknik di atas diperbaiki dan menjadi semakin canggih sertaberkesan. Dalam konteks yang lain, teknologi pula meningkatkan pengetahuansains. Penggunaan teleskop membolehkan ahli sains mengkaji alam semestadengan lebih terperinci. Pelbagai penemuan telah dibuat dan tidak kurang juga yangmencabar kefahaman dan teori yang terdahulu.

Ahli sains dan ahli teknologi tidak semestinya mempunyai hasrat yang sama, tetapimereka berkongsi proses dan hasil. Sebagai contoh, seorang ahli fizik dan seorangjurutera berusaha memahami kelakuan nukleus atom. Mereka mengambil kirapengitlakan saintifik (hasil sains) tentang nukleus dan mengganggapnya pentingdalam usaha memahami perkara tersebut. Ahli fizik itu mungkin sedang berusahamembina suatu teori baru mengenai struktur nukleus manakala jurutera sedangmereka cipta reaktor nuklear yang lebih canggih.

Page 15: Mengenal Sains (1)

Modul 1:MENGENAL SAINS

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Malaysia kini sedang mengorak langkah ke arah mencapai taraf negara majudalam segala aspek menjelang Tahun 2020. Ada sembilan cabaran yang harusdilalui. Antara cabaran yang berkenaan ialah:

“Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahanyang tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadipengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik danteknologi masa hadapan”

(Malaysia: Melangkah Kehadapan)

Bagi mencapai wawasan ini beberapa langkah maujud haruslah diambil . Antaranyaialah:

• Menyedarkan masyarakat tentang kepentingan sains dan teknologi dalamkehidupan harian. Ini boleh dilaksanakan menerusi media cetak dan elektronik.Penulisan serta penyampaiannya haruslah mudah difahami dan menarik.

• Membina dan meningkatkan keupayaan sains dan teknologi watan demi

mengekalkan daya saing di peringkat antabangsa. Keupayaan penyelidikan danpembangunan hendaklah dipertingkatan.

• Membina dan memastikan kesinambungan sumber manusia dalam pelbagaibidang sains dan teknologi dengan mempopularkan disiplin sains dan teknologidi kalangan pelajar.

• Menjadikan sains dan teknologi lebih bermakna dan humanistik dengan

mengaitkannya kepada ilmu-ilmu lain. • Meningkatkan literasi sains dan teknologi di kalangan masyarakat.

Page 16: Mengenal Sains (1)

Modul 1:MENGENAL SAINS

Menggunakan sains dan teknologi sebagai wasilah untuk mencapai kemajuan dankesejahteraan hidup sudah menjadi agenda kebanyakan negara. Pada tahun 1993,International Council of Association for Science Education (ICASE) dan UNESCOtelah melancarkan satu projek antarabangsa yang dikenali sebagai PROJECT2000+ yang bermatlamat meningkatkan literasi sains dan teknologi untuk semuamasyarakat negara anggota. Sungguh pun penganjur gagasan ini mengakuibahawa literasi sains dan teknologi mempunyai tahap yang berbeza mengikut umur,peranan, budaya serta tahap kemajuan sesebuah negara, namun terdapat terassepunya yang menjiwai literasi sains dan teknologi.

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam gagasan ini. Peranan dan kepentingan sainsdan teknologi dalam mencapai hasrat menjadi sebuah negara perindustrian yangmaju dinyatakan dengan jelas dalam dokumen tentang dasar pembangunan negara.Sehubungan dengan ini penghasilan tenaga manusia yang relevan amatlah penting.Menjelang tahun 2000, lebih kurang 180 000 pekerjaan baru berasaskan sains danteknologi dalam pelbagai peringkat akan diwujudkan dan 83 % daripada jumlah iniadalah dalam bidang kejuruteraan. Adakah amalan pendidikan negara sekarangberupaya memenuhi permintaan ini?

Melentur aur biarlah dari rebungnya. Para pelajar kita hendaklah “dijinakkan”kepada bidang sains dan teknologi sejak dari awal. Pelaksanaan Sains SekolahRendah merupakan satu daya usaha ke arah itu. Pada prinsipnya pendidikan sainsdan teknologi di peringkat sekolah memainkan dwifungsi. Pertama, memberipendidikan sains dan teknologi yang bercorak umum agar mereka menjadi warganegara yang celik sains dan teknologi. Kedua, memberi pendidikan sains yangbercorak khusus mengikut minat, bakat dan kebolehan sebagai asas untukmelanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan. Walau bagaimanapun daridata yang dikumpulkan beberapa tahun kebelakangan ini, pola pemilihan mata-matapelajaran elektif sains oleh pelajar di peringkat menengah atas agak merosot. Initentunya menimbulkan kerisauan di kalangan para pendidik dan pembuat dasar.Kita semua boleh memainkan peranan untuk mengubah pola ini!

Page 17: Mengenal Sains (1)

Modul 1:MENGENAL SAINS

Rujukan

Alberta, Education Curriculum Support (1990) Monograph on STS ScienceEducation Unifying the Goals of Science Education.

Barnes, B (1985). About Science. Basil Blackwell, UK.

Cain, S.E. (12990) Sciencing, An Involvement Approach to Elementary ScienceMethods. Merill Publishing Co. USA.

Carin, Arthur A. (1993) Teaching Science Through Discovery. MacmillamPublishing Co. USA

Cameron, I et. al (1979) Scientific Image and Their Social Uses. ButterworthPublication, UK

Fenshem, PJ (1990) What Will Science Education Do About Technology. TheAustralian Science Teacher Journal, Vol.36, No 3, pp 9 - 21

Malcom, C. et. al (1990). Technology and Science: Meaning and EducationalImplication. The Australian Science Teacher Journal, Vol. 36, No.3, pp 23 - 27.

Mahathir bin Mohamad, Dr. YAB Perdana Menteri Malaysia (1991) Malaysia:Melangkah Kehadapan. Jabatan Percetakan Negara, K. Lumpur.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1993). Strategi Peningkatan Penyertaan Pelajardalam Mata-Mata Pelajaran Sains KBSM. Pusat Perkembangan Kurikulum, K.Lumpur.

Rithter, M. N. (1972). Science as a Cultural Process. Scherkman Publication Co.Massachusette.

Wan Fuad Wan Husasan (1990). Ringkasan Sejarah Sains, Dewan Bahasa danPustaka. K. Lumpur.

Ziman, J. (1985). An Introducation to Science Studies: The Philosophical andScience Aspects of Science and Technology, Cambridge University Press, U.K.

Page 18: Mengenal Sains (1)

Modul 1:MENGENAL SAINS

Penilaian Kendiri___________________________________________________________________

Sila uji kefahaman anda tentang modul ini dengan berpandukan kepada soalan-soalan berikut:

1. Senaraikan tamadun-tamadun yang memberikan sumbangan besar terhadapperkembangan sains.

2. Apakah perspektif yang betul mengenai sains dan teknologi.

3. Senaraikan kaedah-kaedah saintifik

4. Senaraikan sikap dan etika yang perlu ada pada ahli sains.

5. Pada pendapat anda apakah sumbangan sains dan teknologi dalampembangunan negara.

Page 19: Mengenal Sains (1)

Modul 1:MENGENAL SAINS

Penasihat Penggubalan PuLSaR

Dr. Hanafi bin Mohamed KamalPengarah Pusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia

Tn. Hj. Yusof bin Ngah (dari 16 FEBRUARI 1994)Tn. Hj. Sa’ari Hasan (sehingga 15 FEBRUARI 1994)Timbalan Pengarah 1Pusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia

Datin Hjh. Aidah Abdul GhaniTimbalan Pengarah IIPusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia

Perancang Projek PuLSaR

Hj. Shamsuddin AhmadKetua Penolong PengarahPusat Perkembangan Kurikulum

Ahmad Hozi H.A. RahmanPenolong PengarahPusat Perkembangan Kurikulum

Azian T. S. AbdullahPenolong PengarahPusat Perkembangan Kurikulum

Rosli bin SuleimanPenolong PengarahPusat Perkembangan Kurikulum

Abd. Wahab b. IbrahimPenolong PengarahPusat Perkembangan Kurikulum

Rohaida bt. Mohd SaatPenolong PengarahPusat Perkembangan Kurikulum

Ng Soo BoonPenolong PengarahPusat Perkembangan Kurikulum

Page 20: Mengenal Sains (1)

Modul 1:MENGENAL SAINS

Panel PenggubalPukal Latihan Sains Rendah (PuLSaR)

Ahmad Hozi H. A. Rahman Hj. Sulaiman b. Hj. HabibPusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

Azian b. T.S. Abdullah Yahaya b. MoktaramPusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Johor

Rosli b. Suleiman Zakaria b. AwangPusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Terengganu

Abd. Wahad b. Ibrahim Hj. Abd. Ghani b. MatPusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Kelantan

Ng Soo Boon Amin b. SeninPusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Sabah

Rohaida bt. Mohd Saat Kushan KeridauPusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Sabah

Rohana bt. Mahmood Johara bt. ZenPusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Sarawak

Abdul Zubir b. Abdul Ghani Kamarudin YunusPusat Perkembangan Kurikulum Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Kelantan

Hjh. Aminah b. Abdul Rahim Nasrudin b. TalibJemaah Nazir Sekolah , W. Persekutuan Pusat Pendidikan Negeri, Kelantan

Noor Shah b. Hj. Saad Mohd Safian Hj. YunosBahagian Pendidikan Guru SRK Tengku Makmood Iskandar (2) Pontian

Tan Ying Kee Narajan a/l M. KandasamyBahagian Pendidikan Guru SRK King Edward VII (1), Taiping

Lee Bao Ling Hj. Ismail b. OthmanBahagian Sekolah Institut Perguruan Darulaman, Kedah

Abdul Ghani b. Abdullah Dr. Aminah bt. AyobBahagian Sekolah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM

Abdul Aziz b. Abdullah Dr. Siow Heng LokeJabatan Pendidikan Perlis Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Chai Hock Beng Seth b. SulaimanJabatan Pendidikan Kedah Fakulti Pendidikan, UTM

Khalid b. Ahmad Said bin ManapJabatan Pendidikan Pulau Pinang SEAMEO-RECSAM, P. Pinang

Zahidi b. YusufJabatan Pendidikan Perak