mengapakah orang melayu menentang malayan union

18
SOALAN TUGASAN: MENGAPAKAH ORANG MELAYU MENENTANG MALAYAN UNION YANG DIPERKENALKAN PADA 1946?

Upload: arsyad-arifin-ismail

Post on 15-Aug-2015

123 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mengapakah orang melayu menentang malayan union

SOALAN TUGASAN:

MENGAPAKAH ORANG

MELAYU MENENTANG

MALAYAN UNION YANG

DIPERKENALKAN PADA

1946?

Page 2: Mengapakah orang melayu menentang malayan union

1.0 PENDAHULUAN

Umum mengetahui bahawa negara kita telah dijajah selama 446 tahun iaitu semenjak kejatuhan

Empayar Melaka oleh Portugis pada tahun 1511, disambung dengan penjahahan oleh pihak

Belanda dan British dan berakhir dengan kolonialisme oleh Jepun. Kedatangan para kolonial ini

sememangnya penuh dengan tipu muslihat, penganiayaan dan menjadikan pentadbiran Tanah

Melayu menjadi caca merba. Dasar kolonial oleh kuasa – kuasa besar ini adalah tidak berubah,

melainkan untuk mengambil kesempatan ke atas kekayaan hasil bumi dan dibawa pulang untuk

dinikmati oleh rakyat mereka.

Selain melaksanakan undang – undang yang ditetapkan oleh mereka sendiri, para

kolonial ini sememangnya telah bertindak kejam ke atas rakyat Tanah Melayu dengan menafikan

hak mereka sebagai peribumi. Golongan yang paling teruk terjejas iaitu para bangsawan yang

terdiri daripada pembesar Tanah Melayu dan golongan pemerintah iaitu Sultan. Hak mereka

sebagai pemerintah hampir hilang sepenuhnya dan kedudukan mereka dijadikan boneka oleh

pihak penjajah. Mereka hanya berperanan dalam mengendalikan adat – istiadat orang Melayu

dan agama Islam sahaja manakala tugas yang selain dua perkara itu dipegang oleh pihak

penjajah.

Kedatangan Jepun yang dikatakan menjadi alternatif untuk mencapai kemerdekaan oleh

pihak Kesatuan Melayu Muda (KMM) hanyalah indah khabar dari rupa malah kesatuan itu

sendiri dibubarkan oleh Jepun. Janji – janji dan slogan “Asia untuk Orang Asia” benar – benar

mempengaruhi rakyat Tanah Melayu. Masing – masing menganggap Jepun sebagai penyelamat

daripada penjajahan British ketika itu. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya,

Insfrastruktur Tanah Melayu hampir lenyap akibat serangan oleh pihak Jepun semasa Jepun

menyerang Tanah Melayu pada tahun 1942. Apa yang lebih menyedihkan, rakyat di Tanah

Melayu semasa penjajahan Jepun amat tersiksa kerana kekejaman tentera Jepun yang

menganggap rakyat Tanah Melayu sebagai hamba yang boleh diperlakukan sewenang-

wenangnya. Golongan wanita ditangkap dan diperkosa manakala golongan lelaki ditangkap dan

dijadikan hamba untuk membina “Jalan Keretapi Maut” yang menghubungkan Thailand dan

Burma (Myanmar). Kehidupan rakyat pada ketika itu umpama “kais pagi makan pagi kais petang

makan petang”. Inflasi dan kebuluran merupakan isu yang utama semasa Jepun menjajah negara

kita.

Page 3: Mengapakah orang melayu menentang malayan union

2.0 Malayan Union: Sejarah dan Ciri – cirinya.

2.1 Sejarah Sebelum Tertubuhnya Malayan Union.

Setelah pengeboman Hiroshima 6 Ogos 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos 1945, pihak Jepun mula

mengangkat bendera putih untuk mengisytiharkan kekalahan kepada Pakatan Berikat. Mengikut

British, walaupun cara ini telah mengorbankan banyak nyawa iaitu sekitar 250 000 nyawa dan

mengakibatkan penyakit serius berleluasa, tetapi pada hemat British, cara itu adalah sesuatu yang

alternatif untuk mengelakkan Perang Dunia II berlarutan dengan lebih panjang dan dapat

mengelakkan daripada lebih banyak nyawa lagi terkorban. Setelah Jepun secara rasmi menyerah

kalah pada 2 September 1945, keadaan di Tanah Melayu belum lagi sunyi dengan bunyi

tembakan dan keperitan penduduk untuk membina semula kehidupan setelah diporakperandakan

oleh pihak Tentera Jepun.

Kemenangan pihak Berikat hanyalah memberikan keuntungan kepada pihak

British, namun secara khususnya Tanah Melayu masih lagi tidak mempunyai pentadbiran yang

benar – benar teratur. Setelah pihak Jepun pulang ke negara asal mereka, muncullah satu

kumpulan pemberontak yang ditubuhkan oleh golongan opportunis komunis melalui Parti

Komunis Malaya yang menggelarkan diri mereka sebagai Malayan’s People Anti Japanese Army

(MPAJA). Mereka mula keluar dari sarang persembunyian mereka selama ini iaitu di hutan dan

melancarkan serangan untuk membalas dendam terhadap pihak yang selama ini bersikap pro –

Jepun kerana mereka amat mendendami pihak Jepun. Pemberontakan selama 14 hari oleh

MPAJA atau dikenali dengan nama Bintang Tiga juga agak sama dengan cara yang dilakukan

oleh tentera Jepun. Apa yang membezakan antara mereka ialah Jepun menyeksa dengan teruk

individu yang memihak kepada negara dan rakyat China, tetapi menjalankan dasar berbaik – baik

dengan individu yang menyokong perjuangan Jepun terutama dari kalangan orang Melayu dan

India manakala MPAJA mendendami orang Melayu dan India kerana menyokong pihak Jepun

dan membalasnya selama mereka berkuasa di Tanah Melayu.

Pada zaman pendudukan Jepun, kumpulan ini mendapat sokongan British, malahan

British melatih mereka tentang taktik peperangan di 101 Special Training School (STS) bersama

– sama Force 136 untuk menentang Jepun. Namun begitu, setelah Jepun menyerah kalah,

kumpulan ini cuba untuk mencetuskan huru – hara dengan menentang British pula. Golongan

Page 4: Mengapakah orang melayu menentang malayan union

komunis cuba untuk menubuhkan negara yang berpaksikan fahaman komunis sepertimana yang

telah ditetapkan oleh Pertubuhan Komunis Sedunia yang berpusat di China. Pihak British

sememangnya menghadapi masalah untuk memerangi dan menghapuskan MPAJA ini

disebabkan kekurangan anggota dan kelebihan taktikal mereka.

Gerakan MPAJA yang dibantu dengan pasukan pembantu iaitu pasukan Min Yuen juga

amat berkesan kerana pasukan ini membantu MPAJA dalam mendapatkan makanan, ubat-ubatan

dan berita yang terbaru tentang perkembangan British. Gerakan Min Yuen yang kebanyakannya

dianggotai oleh orang Cina secara tidak langsung menyebabkan orang Melayu pada waktu itu

tidak mempercayai malah membenci orang Cina kerana terbabit secara langsung bagi membantu

pihak komunis mendapat keperluan asas kehidupan. Orang Melayu pada ketika itu juga

menganggap bangsa Cina adalah kesemuanya menganut fahaman komunis sedangkan

sebahagian besar daripada mereka membantu komunis dengan hati yang berbelah bahagi kerana

mereka terpaksa bersifat hipokrit untuk menyebelahi pentadbiran British dan komunis.

2.2 Malayan Union : Kolonial Baru Barat

British kembali semula ke Tanah Melayu pada September 1945 dan misi mereka ialah

bagaimana untuk meredakan pemberontakan yang dilakukan oleh MPAJA dan apa yang paling

penting di sini, bagaimana untuk menyatukan kembali masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

Perasaan perkauman yang memuncak dalam kalangan Cina – Melayu telah menyebabkan

mereka bermusuhan dan sistem ekonomi di Tanah Melayu pada masa itu hampir lumpuh akibat

pemerintahan Jepun yang tidak menitikberatkan ekonomi.

British cuba memperkenalkan Sistem Pentadbiran Tentera British (British Military

Administrations) bagi memulihkan keadaan di Tanah Melayu. Keadaan ini sebenarnya

memberikan gambaran bahawa satu lagi program kolonial British telah dirancang dan

hakikatnya, perjalanan untuk mencapai kemerdekaan negara pada masa itu masih lagi panjang

dan harus menempuh pelbagai liku dan ranjau bagi memastikan kemerdekaan itu tercapai.

Pada 10 Oktober 1945, ketika parlimen British bersidang, mereka telah membentangkan

satu kertas kerja yang dikenali sebagai pentadbiran di Tanah Melayu selepas Perang Dunia II

tamat. Sebenarnya, gagasan Malayan Union ini telah lama dirancang oleh pihak British iaitu

semenjak Perang Dunia II meletus lagi. Ini dapat dibuktikan dalam buku Rohani Ab. Ghani dan

Page 5: Mengapakah orang melayu menentang malayan union

Zulhilmi Paidi dalam Kenegaraan Malaysia : isu dan cabaran yang menyatakan “...menjelang

tahun 1943, Setiausaha bagi Tanah Jajahan menyerahkan satu memorandum kepada Kabinet

Perang British yang membentangkan beberapa syarat umum mengenai perlunya perubahan

perlembagaan Tanah Melayu yang bakal diduduki semula..”. Melalui bukti ini, dapat dibuktikan

bahawa pihak British sudah lama merangka dan menjangka keadaan di Tanah Melayu akan

berlaku.

Reconstruction of Malaya yang dibincangkan oleh Whitehall (Setiausaha Tanah Jajahan) dan

Pejabat Perang British pada 1943 memutuskan bahawa Malayan Union mesti dilaksanakan untuk

memastikan kemandirian British di Tanah Melayu terus terbela. Proses penjajahan tetap

diteruskan walaupun dengan nama yang lain. Buktinya di dalam buku Rohani Ab. Ghani dan

Zulhilmi Paidi dalam Kenegaraan Malaysia : isu dan cabaran yang menyatakan “...moreover, it

was generally recognized that in the post – war world Malaya would be vital for Britain’s

strategic and economic need...”. Setelah membuat beberapa rundingan antara pentadbir Tanah

Jajahan dan Parlimen British, akhirnya Malayan Union diisytihar secara rasmi pada Januari

1946 melalui titah di raja di Parlimen British dan disiarkan dalam Warta Kerajaan pada 22

Januari dan dikenali dengan nama Kertas Putih 6724. Malayan Union diisytihar secara rasmi di

Tanah Melayu pada 1 April 1945 di Carcosa Seri Negara (King’s House) dan Sir Edward Gent

sebagai Gabenor pertama. Mohammed Noordin Sopiee (2005) melalui bukunya menerangkan

James Allen iaitu individu yang bertanggungjawab membentangkan kertas kerja Malayan Union

kepada Parlimen British telah mendeklamasikan tiga perkara mengapa Malayan Union ini perlu

dilaksanakan iaitu :

James Allen, who has presented the lengthiest and most sophisticated analysis of the Malayan Union

thus far, suggest three motives for British commitment to the Union policy: the desire to prepare

Malaya for self government; the desire to create a military more defensible polity; and a motive

related to “disillusionment with the Malay”

Rohani Ab. Ghani dan Zulhilmi Paidi (2002) menyatakan bahawa Setiausaha Tanah Jajahan

juga berkata tentang perkara yang hampir sama iaitu:

We are pledged to guide Colonial people along the road to self – government within the framework of

the British Empire. We are pledged to build up their social and economic institution and we are

pledged to develop their natural resources.

Page 6: Mengapakah orang melayu menentang malayan union

2.3 Ciri – Ciri Malayan Union

1. Negeri – negeri Melayu Bersekutu (Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan), Negeri – negeri Melayu Tidak Bersekutu ( Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu) dan dua buah Negeri Selat ( Pulau Pinang dan Melaka) digabungkan sebagai satu unit politik yang dikenali sebagai Malayan Union.

2. Singapura diasingkan dari Malayan Union kerana jumlah penduduk Cina yang ramai, kedudukan strategik dan pelabuhan bebas. Singapura menjadi kawasan yang berasingan dan ditadbir oleh seorang Gabenor.

3. Kedudukan Sultan dikekalkan tetapi kekuasaan dan kewibawaan mereka dikurangkan. Sultan tidak dibenarkan mempunyai hak dalam pentadbiran melainkan dalam hal adat – istiadat orang Melayu iaitu kuasa untuk melantik Pengerusi Majlis Penasihat Melayu negeri masing – masing.

4. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan tetapi tertakluk dalam kuasa kerajaan pusat.5. Malayan Union akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British dan diketuai oleh Gabenor

di Kuala Lumpur. 6. Gabenor akan menjalankan tugas dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis

Perundangan Pusat. Selain itu, Majlis Penasihat juga ditubuhkan. 7. Seorang Gabenor Jeneral dilantik untuk mengawasi pentadbiran Malayan Union,

Singapura dan wilayah Borneo.

3.0 Sebab – sebab Orang Melayu Menentang Malayan Union

3.1 Tindakan Sir Mac Michael

Sir Harold Mac Michael merupakan seorang mastermind dalam percaturan politik perang

Britain. Berkelulusan sebagai mahasiswa di Universiti Cambridge, beliau merupakan individu

yang bertanggungjawab dalam memastikan pergerakan untuk menubuhkan satu kolonial baru

British selepas Perang Dunia Kedua sepertimana Malayan Union yang ditubuhkan di Tanah

Melayu selepas perang tamat.

Mac Michael telah memaksa individu berkepentingan iaitu Sultan untuk menurunkan

tandatangan bagi menyatakan persetujuan terhadap penubuhan Malayan Union. Pemaksaan ini

telah menyebabkan orang Melayu terutamanya bangkit menentang tindakan Mac Michael yang

dianggap telah mencemarkan kedaulatan Raja – Raja Melayu. Contohnya seperti Sultan Kedah

pada ketika itu iaitu Sultan Badlishah yang diugut akan diturunkan jawatan sekiranya tidak

mempersetujui perjanjian untuk menubuhkan Malayan Union.

Mac Michael juga tidak memberikan masa yang mencukupi kepada Raja – Raja Melayu

untuk membuat keputusan bagi melaksanakan Malayan Union sepertimana yang ditandatangani

Page 7: Mengapakah orang melayu menentang malayan union

oleh Sultan Perak pada ketika itu. Ugutan juga diberikan kepada Raja kerana apabila Raja tidak

menandatangani perjanjian persetujuan, mereka akan dituduh sebagai pihak radikal yang pro –

Jepun.

Selain itu juga, Mac Michael tidak mendedahkan tentang isi perjanjian Malayan Union

kepada Sultan Melayu. Perkara ini menyebabkan Sultan terasa seperti terpinga – pinga sama ada

pentadbiran baru ini akan mendatangkan keburukan atau kebaikan secara total kepada

masyarakat Melayu umumnya yang berada di wilayah Malayan Union tersebut.

3.2 Kewibawaan Sultan yang akan terus – terusan diperkecilkan.

Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, Sultan telah memainkan peranan penting. Peranan

yang mereka mainkan amat besar yang mencakupi bidang politik, pentadbiran dan agama

sehingga dikenali sebagai wakil Tuhan di Bumi. Malahan pada zaman Sultan Iskandar atau

dikenali dengan nama Parameswara memeluk Islam, seluruh rakyat Melaka pada kurun ke – 13

turut memeluk agama tersebut. Begitu besar pengaruh Sultan dalam jiwa orang Melayu sehingga

ada yang sanggup berkorban untuk mempertahankan Sultan.

Perkara yang berlaku dalam percaturan politik Sultan semasa era penubuhan Malayan

Union adalah sama dengan yang berlaku semasa era pentadbiran British selepas tamatnya

penjajahan Belanda di Tanah Melayu. Kedudukan Sultan sebagai pemerintah yang mempunyai

kuasa atau konsep mandala tidak lagi dapat dipertahankan. Keadaan ini tiada bezanya dengan

pentadbiran British semasa era penjajahannya sebelum tercetusnya Perang Dunia. Konsep

ketertinggian Sultan tidak lagi dihormati apabila tidak mempunyai kuasa untuk membuat

keputusan di dalam pentadbiran Malayan Union. Kuasa Sultan yang terhad pada adat resam

orang Melayu dan agama Islam membuatkan orang Melayu pada ketika itu tidak berpuas hati

dengan cadangan penubuhan Malayan Union. Kuasa eksekutif yang sepatutnya dinikmati oleh

Sultan untuk mempertahankan orang Melayu akan dipegang oleh Gabenor yang berpusat di

Kuala Lumpur. Apa yang lebih membangkitkan kemarahan orang Melayu ialah Majlis

Mesyuarat Agama yang berfungsi sebagai platform untuk membincangkan hal – hal berkaitan

dengan agama Islam juga turut akan dipengerusikan oleh Gabenor. Dengan cara ini, dapat

disimpulkan bahawa Malayan Union akan mengambil keseluruhan peranan Sultan dengan cara

yang lebih halus. Perkiraan ini dilakukan setelah mengambil kira tentang bidang kuasa Gabenor

dan Gabenor Jeneral.

Page 8: Mengapakah orang melayu menentang malayan union

3.3 Usaha untuk menghapuskan Hak orang Melayu sebagai Bumiputera

Siapakah Melayu? Melayu ialah individu yang mengamalkan cara hidup Islam, kebiasaannya

bercakap dalam Bahasa Melayu, berpakaian seperti orang Melayu lain, yang lahir sebelum Hari

Merdeka (31 Ogos 1957). Seperti yang diterangkan dalam buku Syed Husin Ali (2008) ada

menyebut:

...the definition of Malay more complex in the context of two other issues , namely, its legal definition and

newly coined term Bumiputera (son of the soil). According to the Malaysian Constitution, a Malay is defined as

meaning “a person who professes the Muslim religion, habitually speaks Malay, conforms to Malay custom and :

(a) was born before Merdeka Day, in the Federation or Singapore or born of parents one of whom was born in the

Federation or Singapore, or was on Merdeka Day domiciled in the Federation or Singapore; or (b) is the issue of

such of person.” (Article 160). Merdeka Day refers to Independence on 31 August 1957...

Keadaan ini bermakna individu yang berbangsa Melayu merupakan penduduk asal di

Tanah Melayu ini. Jadi tidak menghairankan apabila mereka menentang Malayan Union setelah

mendapat tahu bahawa bahawa Perlembagaan Malayan Union itu amat berat sebelah dan tidak

menyebelahi mereka sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Hak orang Melayu sebagai

masyarakat asal atau “Bumiputera” dinafikan malahan hak sosial imigran pada masa itu diberi

perhatian khusus oleh British. Imigran Cina sebagai contohnya diberi kebebasan oleh British

namun orang Melayu disekat dan dikenakan pelbagai birokrasi yang amat ketat.

3.4 Prinsip Jus Soli

Mohd Fuad Sadkan (1999) menyatakan prinsip jus soli merupakan salah satu

prinsip dimana ia berdasarkan undang-undang tempat lahir, iaitu sesiapa yang

lahir di Malaysia antara hari Merdeka dan Oktober 1962,secara automatik

mendapat taraf warganegara Tanah Melayu. Terdapat beberapa prinsip yang

membolehkan seseorang itu menjadi warganegara. Bagi yang lahir selepas

1962 dia boleh menjadi warganegara sekiranya ibu dan bapanya adalah

warganegara maka ia boleh menjadi sebahagian daripada tersebut.

Selain itu juga, jika ibu bapa mereka masih lagi bermastautin di Tanah

Melayu pada ketika itu maka secara automatik mereka juga menjadi

warganegara. Dan satu lagi prinsip yang boleh menjadikan mereka seorang

Page 9: Mengapakah orang melayu menentang malayan union

warganegara ialah jika dia masih lagi tidak mempunyai warganegara daripada

negara lain. Dengan cara ini British berpendapat ia akan dapat menyelesaikan

masalah tersebut, prinsip yang di utarakan telah mendapat tentangan hebat

daripada orang Melayu yang mengatakan bahawa hak mereka menjadi semakin

tidak bermakna dan lama kelamaan ia akan terhakis dengan sendirinya.

Ramlan Adam 2005 menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang dilahirkan

di Tanah Melayu dan Singapura dan telah bermastautin di situ sebelum perintah

tersebut dikuatkuasakan. Sesiapa sahaja yang berumur sekurang-kurangnya 18

tahun yang telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura selama 10

tahun dari masa 15 tahun sebelum 15 Februari 1942.

Azmah Abd Manaf (2003) berpendapat bahawa prinsip Jus Soli

diperkenalkan oleh British semasa pentadbiran Malayan Union dengan

anggapan bahawa masyarakat majmuk di Tanah Melayu akan dengan

sendirinya bersatu padu melalui konsep ini.

Namun begitu, harapan British merupakan angan – angan Mat Jenin, iaitu

bukan sahaja konsep ini pada permulaannya tidak diterima oleh orang Melayu,

malahan tidak mendapat respon dari masyarakat bukan Melayu.

Orang Melayu beranggapan bahawa konsep Jus Soli tidak dapat diterima

langsung dan wajib ditentang kerana isu kerakyatan merupakan isu sensitif.

Masyarakat Melayu berpendapat bahawa masyarakat bukan Melayu pada masa

itu diragui tahap kesetiaan mereka terhadap Tanah Melayu. Penguasaan

ekonomi oleh orang Cina dalam bidang pelombongan pada masa itu

menambahkan lagi rasa curiga orang Melayu terhadap konsep Jus Soli. Di

samping itu, orang bukan Melayu sememangnya telah dijanjikan dengan konsep

ini semasa era pemerintahan BMA lagi dan mengharapkan balasan yang lebih

besar daripada British.

Selain itu juga, orang Melayu berasa bimbang dengan taraf Jus Soli yang

dipraktikkan oleh British dalam Malayan Union kerana isu ini berkaitan dengan

taraf kerakyatan yang terlalu liberal akan menyebabkan tamadun Melayu

terhakis dengan sendirinya. Keadaan ini disebabkan populasi masyarakat Cina

Page 10: Mengapakah orang melayu menentang malayan union

telah melebihi daripada masyarakat Melayu yang berjumlah hanya 49.46

peratus daripada bilangan penduduk Tanah Melayu.

3.5 Isu “Balas Dendam” British terhadap Masyarakat Melayu

Kebanyakan pengkaji dalam sejarah Malayan Union menyatakan bahawa tindakan British

menubuhkan Gagasan Malayan Union tidak lain tidak bukan untuk membalas dendam kerana

kebanyakan orang Melayu menyokong Jepun untuk masuk ke Tanah Melayu sepertimana yang

dinyatakan oleh Rohani Ab. Ghani dan Zulhilmi Paidi (2002) bahawa:

...British juga berhasrat untuk mencipta satu dasar ketenteraan yang lebih mudah untuk dipertahankan

dan satu lagi tujuan ialah rancangan Malayan Union ini secara tidak langsung merupakan satu bentuk

“balas dendam” dan rasa kecewa British terhadap orang – orang Melayu yang menyokong Jepun

semasa perang berlangsung. Selaras dengan itu, British mengemukakan satu rancangan iaitu

rancangan penubuhan Malayan Union sebagai “hukuman” kepada orang Melayu dan sebagai satu

ganjaran kepada orang Cina...

Status negara jajahan menyebabkan kebanyakan orang Melayu tidak berpuas hati dengan

layanan dan pentadbiran British. Taraf hidup yang tidak banyak berubah terutamanya dalam

kalangan rakyat bawahan, ditambah pula dengan propaganda Jepun iaitu “Asia untuk Orang

Asia” yang begitu berkesan membuatkan orang Melayu mengharapkan Jepun untuk

membebaskan dan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu seperti yang dijanjikan.

Namun keadaan itu tidak berlaku malahan KMM turut diharamkan oleh Jepun kerana dianggap

sebagai nasionalis Tanah Melayu pada ketika itu.

Sebenarnya, jika diperhatikan secara teliti, orang Melayu pada waktu itu berbelah bahagi

mengenai persoalan ini iaitu sama ada untuk menyokong atau menolak Jepun. Keadaan ini

disebabkan mereka tidak mengetahui tentang nasib mereka sebagai rakyat yang dina, apabila

perhubungan mereka terhadap dunia luar disekat oleh British. Oleh sebab itu, mereka mengambil

keputusan untuk menyokong Jepun kerana mereka mengharapkan bahawa Jepun itu sebagai

pembela masyarakat Asia yang telah sekian lama “dipijak” oleh kolonial Eropah.

Apabila keadaan ini disedari oleh orang Melayu kebanyakan, mereka

menganggap bahawa tindakan British menubuhkan Malayan Union tidak lain adalah untuk

membalas dendam disebabkan perasaan kecewa pihak British. James V. Allen dalam bukunya,

Page 11: Mengapakah orang melayu menentang malayan union

“the Malayan Union” ada menyatakan bahawa kebanyakan pegawai British bersikap anti –

Melayu selepas Perang Dunia Kedua tamat. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka kecewa

dengan sebilangan besar masyarakat Melayu yang bertindak menyokong Jepun.

Penutup

Proses penentangan terhadap Malayan Union telah menyebabkan orang Melayu bergabung dan

berpadu suara serta tenaga untuk menyuarakan bantahan terhadap gagasan ini. Penolakan

masyarakat Melayu menyebabkan tertubuhnya United Malay National Organization (UMNO)

atau PEKEMBAR yang merupakan platform untuk menyuarakan bantahan secara teratur dan

berkesan. Pelbagai rapat umum diadakan oleh pelbagai pihak terutamanya oleh UMNO dengan

sokongan mantap orang Melayu. Hasilnya, pihak British telah menarik semula cadangan untuk

menubuhkan Malayan Union kerana sedar rancangan gagasan ini tidak akan berjaya tanpa

sokongan orang Melayu. Dengan hasil kebijakan pemimpin negara pada waktu itu yang diketuai

oleh Tunku Abd Rahman, Dato’ Onn Jaafar, Tun Tan Cheng Lock, E.E.C Thuraisingham dan

pemimpin – pemimpin lain di Tanah Melayu, satu kerangka dibuat oleh pihak British pada bulan

Julai 1946. Kerangka itu mencadangkan satu jawatankuasa ditubuhkan yang dikenali dengan

nama Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang ditandatangani pada 21 Januari 1948.

Sebagai kesimpulannya, proses penjajahan selama 446 tahun ini telah mengajar kita

tentang harga dan erti perpaduan di dalam konteks sesebuah negara. Perpaduan merupakan

sesuatu yang penting, kerana keyakinan daripada penjajah British tentang perpaduan masyarakat

majmuk yang menyebabkan mereka bersetuju untuk memerdekakan Tanah Melayu daripada

kolonial mereka. Pengakhirannya, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos

1957 dan apabila Sabah dan Sarawak mengumumkan untuk menyertai Tanah Melayu pada 13

September 1963, nama “Tanah Melayu” digantikan dengan nama Malaysia iaitu penyatupaduan

daripada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Page 12: Mengapakah orang melayu menentang malayan union

BIBLIOGRAFI

Malayan Union dan Sejarah Kemerdekaan (2006). Diperoleh pada November 20, 2011 daripada

http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760609/1/

Mohamed Noordin Sopiee (2005). From Malayan Union to Singapore Separation: political

unification in the Malaysia region 1945-1965, Kuala Lumpur: University of Malaya Press

Mohd Syariefuddin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim (2009).

Kenegaraan dan Ketamadunan, Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd

Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah dan Ismail Hj. Mohd

Rashid (2009), Pengajian Malaysia : Kenegaraan dan Kewarganegaraan, Petaling Jaya,

Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Ong Siew Im. P (1998), One’s Man Will: a portrait of Dato’ Sir Onn bin Jaafar, Penang,

Malaysia: Island Printers Sdn. Bhd

Rohani Ab. Ghani dan Zulhilmi Paidi (2002). Kenegaraan Malaysia : isu – isu dan

perkembangan. Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Syed Husin Ali (2008). The Malays: their problem and future, Petaling Jaya, Other Press

Sdn.Bhd