mengaitkan pentaksiran dengan pengajaran matematik

4
Mengaitkan Pentaksiran Dengan Pengajaran Matematik [Hit Counter] Oleh : Shakir Bin Mohamed Johar Pentaksiran memainkan peranan yang penting dalam pendidikan. Pentaksiran dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti ststus semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program pembaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, pentaksiran dilakukan bagi memastikan sama ada guru `mengajar` dan pelajar `belajar`. Melalui pentaksiran pengajaran dan pembelajaran, para guru, murid dan ibu bapa, pentadbir dan perancangan pendidikan mempunyai asas yang kukuh bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan keberkesanan pembelajaran pelajar. Malah , aktiviti pentaksiran menjadi sebati dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tanpa pentaksiran, kita tidak dapat menentukan sama ada pengajaran dan pembelajaran berkesan. Tanpa pentaksiran, bidang pendidikan tidak mungkin berkembang sebagaimana perkembangannya pada hari ini. Justeru itu, pentaksiran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti emperik, iaitu bukti-bukti sahih tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh mengunakan pengukuran, perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang teknologi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pengertian Pentaksiran. Menurut Stufflebeam (1971) pentaksiran adalah proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna abagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Pentaksiran menentukan jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan. Pentaksiran merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan. Beberapa pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996) menyatakan pada asasnya pentaksiran merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, petaksiran boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tercapai. Di dalam kursuspendidikan matematik berasaskan konsep sekolah bestari, kami telah didedahkan tentang pentaksiran prestasi. Pentaksiran prestasi

Upload: nur-syahmi-za-nazri

Post on 04-Sep-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pentaksiran

TRANSCRIPT

Mengaitkan Pentaksiran Dengan Pengajaran Matematik[Hit Counter]Oleh : Shakir Bin Mohamed JoharPentaksiran memainkan peranan yang penting dalam pendidikan. Pentaksiran dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti ststus semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program pembaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, pentaksiran dilakukan bagi memastikan sama ada guru `mengajar` dan pelajar `belajar`.Melalui pentaksiran pengajaran dan pembelajaran, para guru, murid dan ibu bapa, pentadbir dan perancangan pendidikan mempunyai asas yang kukuh bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan keberkesanan pembelajaran pelajar. Malah , aktiviti pentaksiran menjadi sebati dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tanpa pentaksiran, kita tidak dapat menentukan sama ada pengajaran dan pembelajaran berkesan. Tanpa pentaksiran, bidang pendidikan tidak mungkin berkembang sebagaimana perkembangannya pada hari ini.Justeru itu, pentaksiran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti emperik, iaitu bukti-bukti sahih tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh mengunakan pengukuran, perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang teknologi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Pengertian Pentaksiran.Menurut Stufflebeam (1971) pentaksiran adalah proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna abagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Pentaksiran menentukan jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan. Pentaksiran merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan. Beberapa pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996) menyatakan pada asasnya pentaksiran merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.Dari segi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, petaksiran boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tercapai.Di dalam kursuspendidikan matematik berasaskan konsep sekolah bestari, kami telah didedahkan tentang pentaksiran prestasi. Pentaksiran prestasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu pelaksanaan tugasan dan yang satu lagi ialah set pemarkahan kriteria atau Rubric.Pentaksiran prestasi melalui pelaksanaan tugasanPenilaian prestasi dalam matematik memerlukan pelajar mempersembahkan pengetahuan dan kemahiran, termasuk proses dalam tugasan penyelesaian masalah, penyiasatan ataupun penyelidikan. Penilaian prestasi mengukur kemahiran dari segi keupayaan untuk mengintegrasi pengetahuan merentas pelbagai disiplin, sumbangan kepada kerja kumpulan dan membina pelan tindakan bila berhadapan dengan situasi baru.Kenapa harus guru melaksanakan pentaksiran prestasi ?Pentaksiran prestasi merupakan kayu pengukur yang lebih sahih terhadap pengatahuan dan keupayaan pelajar kerana pelajar melakukan apa yang mereka ketahui Pentaksiran prestasi boleh mencetus dan menambah kefahaman pelajar tantang apa yang perlu mereka ketahui dan boleh dilakukan.Pelajar menilai kerja mereka sendiri semasa menjalankan tugasan keranasemasa menjalankan tugasan prestasi pelajar telah dimaklumkan tentang cara penilaian kerja tugasan akan ditaksirkanPentaksiran prestasi berkait rapat dengan satu cara baru dalam pengajaran guru. Ia memberi lebih informasi tentang keperluan pembelajaran pelajar dan membolehkan guru membaiki kaedah pengajaran sejajar dengan keperluan.Pentaksiran prestasi juga menggalakkan pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka kerana mereka boleh metaksir kemajuan sendiri.Pentaksiran prestasi juga memberi pendidik maklumat tentang apa yang pelajar telah belajar bukan sahaja sebaik mana mereka belajar.Methods Of Performance Assessment:1. Open-ended or extented response exercises are questions or other prompts that require student to explore a topic orally or in writing. Student might be asked to describe their observations from a science experiment, or present arguments an historic character would make concerning a particular proposition. For example, what would Abraham Lincoln argue about the cause of Civil War.2. Extented tasks are assingment that require susteined attention in a single work area and are carried out over several hour or longer. Such tasks could include drafting, reviewing, and revising a poem; conducting and explaning the result of a science experiment on photosyntesis; or even painting a car in auto shop.3. Portfolios are selected collection of a variety of performance-based work. A portfolio might include a students best pieces. The portfolio may also contain some work in progress that illustrate the improvements the student has made over time.4. Group projek enabling a number of students to work together on a complex problems that requires planning, research, internal discussion, and group presentation.5. Essay assessing students understanding of a subject through written description, analysis, explanation, or summary.6. Demonstration giving student opportunities to show their mastery of subject-area content and procedures.Contoh pentaksiran matematik dalam satu penyelesaian masalah(problem solving)Soalan :Mariam suka mengumpul duit syiling satu sen. Dia tidak pasti bilangan syiling satu sen dalam simpanannya cuma ianya kurang daripada seratus. Suatu hari dia telah menyusun koleksi syiling satu sennya. Dia dapati yang apabila dia letakkan mereka dalam longgokan dua-dua, dia ada baki satu. Perkara yang sama juga berlaku jika dia longgokkan silingnya secara tiga-tiga dan secara empat-empat. Apabila dia susun syilingnya dalam longgokan lima-lima, dia dapati tiada syiling yang tertinggal. Berapa banyak syiling satu sen yang mariam ada ?Jawapan :Latar masalah1. Bilangan syiling yang diperolehi kurang daripada seratus. Bererti nombor itu adalah dua digit.2. Bila dibahagikan kepada 2 berbaki 13. Bila dibahagikan kepada 3 berbaki 14. Bila dibahagikan kepada 4 berbaki 15. Bila dibahagikan kepada 5 tiada berbaki 06. Jawapan yang terendah ialah 25 kerana 25 bahagi 2 = 24 berbaki 1 25 bahagi 3 = 8 berbaki 125 bahagi 4 = 6 berbaki 125 bahagi 5 = 5 tiada baki7. Jawapan sebenar tidak terhenti setakat ini. Sekiranya pelajar mencari Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK) bagi nombor 2, 3, 4 dan 5 jawapannya adalah 60.8. Jadi dengan tambahan gandaan 60. Jawapan lain boleh diperolehi iaitu 25 + 60 = 859. Cara pentaksiran dibuat bagi latihan ini :0 markah untuk tiada jawapan atau jawapan tiada kaitan langsung.1 markah untuk jawapan 25 sahaja.2 markah untuk jawapan mungkin bilangannya ialah 25 atau 85 (25 +60)3 markah untuk jawapan yang memberi sebab mengapa jawapan yang mungkin ialah 25 atau 85 mengapa tambah 25 dengan 60 sebagai jawapan kemungkinan kedua.http://www.geocities.ws/gardner02_6/sinopsis_shakir.htm