mendidik kanak-kanak

15
MENDIDIK KANAK-KANAK MEMBACA Kata orang bijak pandai, "Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan." Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga. Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik. Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan "mama" dan "papa". Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya. Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan

Upload: nashklasiknasrahmihat

Post on 16-Nov-2015

9 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kajian Kanak-Kanak

TRANSCRIPT

MENDIDIK KANAK-KANAK MEMBACAKata orang bijak pandai, "Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan."

Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.

Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa.

Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.

Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi

Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian.

Contohnya perkataan "mama" dan "papa".

Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.

Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat.

Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.

Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :

Umur 1 hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, "Ni apa?" atau "Apa tu?" Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah.

Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.

Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak

Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat.

Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca.

Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :

Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.Kesan tidak tahu membaca

Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa.

Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.

Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru.

Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.

Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar.

Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.

Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan.

Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.

Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba.

Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang.

Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.

Bagaimana kanak-kanak belajar membaca?

Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.

0 hingga 2 tahun

mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.kosa kata berkembang sehingga 270.2 hingga 4 tahun

peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.4 hingga 7 tahun

perkembangan otak memasuki fasa terakhir.kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.Walau bagaimana pun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat.

Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.

Membantu kanak-kanak membaca

Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting.

Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.

1.Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.2.Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.3.Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali.Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.4.Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.

Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak

PERANAN MUZIK DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAHMuzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti menyanyi bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau diprasekolah. Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak.

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Menurut Dr. Lihanna Borhan, pensyarah perkembangan kanak-kanak di Universiti Malaya, kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan.

Semasa usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi daripada irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.

Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa :

1. Muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia

2. Meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada

3. Mempunyai faedahkognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan

4. Keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama.

5. Peningkatan celik huruf, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.

6. Berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baikdan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental.

7. Merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. ia menjadi faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak.

Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran. Menyanyi, bermain dan menarilah bersama muridprasekolahanda. Kerana tiada pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa dan guru.

Dicatat olehCikgu Mala :)di4:21 PG0 ulasanperanan muzik dalam pembentukan minda kanak-kanakMUZIK sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyi-bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah.

Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak.

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.

Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk operasi lengkap. Oleh itu, ia mudah menerima sebarang bentuk informasi. Ketika itu, telinga fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali suara ibu dan bunyi sekeliling.

Pada peringkat ini, Stimulasi Prenatal adalah digalakkan kerana kaedah ini melibatkan pelbagai rangsangan seperti bunyi, gerakan, tekanan dan getaran unuk berkomunikasi dengan bayi anda sebelum bayi dilahirkan.

Pada peringkat ini, bayi mula belajar mengenali dan bertindak-balas kepada rangsangan berbeza yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan deria mereka. Latihan ini membantu mengukuhkan ikatan hubungan ibu dan bayi, serta membantu dalam perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi.

Dalam tempoh sebelum dan selepas bayi dilahirkan, muzik klasik telah diyakini dapat memberi pengaruh yang kuat terhadap kepintaran kanak-kanak. Tetapi kajian menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan degupan jantung bayi bertindak balas terhadap muzik klasik, tiada kajian yang dapat membuktikan bahawa bayi hanya menggemari muzik klasik.

Kepelbagaian muzikKebanyakan pakar kanak-kanak akan bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti telinga bayi.

Kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi anda kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan, kata Dr. Lihanna Borhan, pensyarah Perkembangan Kanak-kanak di Universiti Malaya.

Baru-baru ini, ibu bapa di Malaysia telah dibanci tentang dua soalan berhubung muzik dalam perkembangan awal anak mereka melalui Tinjauan Pendapat Ibu Bapa Bijak yang dikendalikan oleh Mead Johnson Nutritionals.

Salah satu soalan yang dikemukakan mengkehendaki ibu bapa memberikan pendapat mereka sama ada muzik membantu anak mereka belajar dengan lebih baik.

91 peratus ibu bapa yang dibanci bersetuju dengan persoalan tersebut dan memberikan kesimpulan bahawa lebih ramai ibu bapa kini yang terdedah kepada sumber-sumber yang membantu dalam perkembangan awal anak-anak mereka termasuk muzik.

Satu lagi soalan yang dikemukakan adalah pilihan ibu bapa terhadap muzik klasikal atau muzik pop untuk anak mereka. Ia memberikan tindak balas bercampur kerana 57 peratus memilih muzik klasik manakala 43 peratus memilih muzik pop.

Walaupun majoriti ibu bapa menjawab ya, terdapat golongan ibu bapa yang berpendapat bahawa muzik pop juga bersesuaian. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan bagaimana cara ibubapa pada masa ini menggunakan muzik sebagai alat pembelajaran.

Apabila bayi anda mula membesar, dia mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik. Semua bayi mempunyai naluri deria irama dan menggemari muzik. Ingat lagi irama kanak-kanak yang anda pelajari di zaman kanak-kanak? Jika anda suka menyanyi Twinkle Twinkle Little Star, begitu juga dengan bayi anda.

PerasaanIbu bapa juga boleh mengetahui perasaan bayi anda dengan mengaitkan muzik atau bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu. Misalnya, apabila bayi atau anak anda tidak gembira, ibu biasanya akan mendakap anak mereka, mendendang atau mendodoikan anak dengan irama muzik.

Tidak kisahlah jika anda boleh menyanyi dengan sedap atau tidak, nada yang tenang atau melodi yang mendamaikan di sebalik suara ibu membantu menenangkan emosi bayi. Ringkasnya, bunyi yang tenang mempunyai kesan menenangkan terhadap bayi.

Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak, menjadikan mereka gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik. Sebaliknya, muzik klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan kanak-kanak, menjadikan mereka tenang dan patuh.

Dalam usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut.

Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.

Semasa usia bertatih, anak boleh menentukan penekanan terhadap bunyi seperti Tidak dan Berhenti, diikuti oleh bunyi geram, nada tinggi atau lain-lain konotasi agresif.

Ini juga boleh digunakan untuk perkataan positif seperti, Baik, Bagus atau Hebat. Kanak-kanak berupaya untuk mentafsirkan maksud melalui nada perkataan; umumnya jika apa-apa perkataan yang diucapkan tidak mempunyai ritma yang betul, tidak ada seorangpun yang boleh memahaminya.

Otak kiriPada bahagian kiri otak, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai Memori Tugasan Verbal. Bahagian otak ini mengendalikan semua simpanan dan pemprosesan informasi verbal, serta peranan penting pemprosesan bahasa. Semasa usia awal perkembangan kanak-kanak, mendengar adalah lebih baik dari membaca, sering dianggap sebagai bentuk pembelajaran yang efektif.

Memandangkan bahasa ucapan biasanya sementara, apa-apa bunyi yang tertinggal di belakang disalurkan dengan cepat dan disimpan dalam otak untuk rujukan dan perkaitan di masa depan. Oleh itu, pemahaman mendengar mengesyorkan bahawa lebih banyak pemprosesan semantik dalam Kawasan Broca.

Misalnya, dalam bahasa Mandarin, setiap suku kata dan nada adalah penting dalam membezakan di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain; jika diucapkan mengikut tahap nada yang berbeza, perkataan mi mungkin bermaksud untuk mengecilkan mata, nasi atau kebingungan.

Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak dileksia.

Seperti yang dinyatakan dari awal, pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada.

John Gabrielli, bekas Profesor Psikologi Stanford menekankannya dengan berkata: Apa yang ditunjukkan oleh kajian ini, yang penting, terdapat aspek tertentu bahasaYang berubah dalam minda dan otak manusia dengan latihan muzikal.

Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan.

Di dalam artikel Adakah muzik menjadikan kita lebih pintar? (Does music make us smarter?) oleh BabyClassroom.com mengaitkan muzik dengan perkembangan awal otak.

Mereka memetik kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw yang menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil pelajaran muzik menampilkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama.

Selain daripada itu, muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf. Malah, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.

Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, anak anda berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental.

Satu lagi faktor positif muzik adalah ia merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. Ya, muzik boleh memberikan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan tidak menggunakan pelajaran muzik yang boleh memberi tekanan kepada anak-anak sehingga melampaui keupayaan mereka kerana ini boleh memberikan akibat negatif.

Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran dan ibubapa perlu sentiasa bersama anak dan berinteraksi dengan mereka untuk memperoleh sepenuhnya kreativiti anak mereka, meningkatkan kemahiran motor atau mengatasi halangan kognitis anak mereka.

Menyanyi, bermain dan menarilah bersama anak anda, kerana tiada pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa

http://cikgumala.blogspot.com/2011/02/mendidik-kanak-kanak-membaca.html