mendepani seni warisan dan kreatif dalam mencapai satu ... · pdf fileapabila menyentuh soal...
TRANSCRIPT
1
Mendepani Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai
Satu Gagasan Melayu di Nusantara
Dr. Sabzali Musa Kahn
En. Effendi Shamsuddin
Dr. Nik Nairan Abdullah
Universiti Malaya
Abstrak
Pembinaan Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum, seni serta warisan di rantau Nusantara. Keupayaan membina bangsa bergantung pada perkongsian nilai serta semangat cintakan negara. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai masyarakat. Oleh itu, persoalan pembinaan suatu bangsa merupakan persoalan penting yang terus menjadi agenda utama negara dalam perlaksanaan seni warisan dan kreatif dalam mencapai gagasan Malayu-Nusantara di rantau ini. Justeru itu, seni warisan dan kreatif dirasakan amat penting untuk dijadikan sebahagian dari strategi bagi memupuk pembinaan bangsa terutama ke arah persamaan, toleransi, dan persefahaman di kalangan masyarakat. Kertas kerja ini melihat sejauh mana seni warisan dan kreatif dalam mencapai gagasan satu Malaysia mampu menjadi asas kepada pewujudan nilai-nilai jati diri, dan toleransi di kalangan masyarakat sebagai satu cabaran pembinaan bangsa. Seminar yang berkaitan dengan seni warisan dan kreatif secara bijaksana boleh menjadi pemangkin kepada usaha jati diri untuk pembinaan bangsa Malaysia. Apabila masyarakat memahami aspek yang berkaitan dengan seni warisan dan kreatif yang mereka miliki, dengan sendirinya mereka akan berusaha membina satu ketamadunan Malaysia di Nusantara yang tinggi nilainya sebagai satu kaedah pembinaan bangsa pada masa hadapan.
1.0 Pengenalan
Pembinaan negara satu gagasan amat penting bagi sebuah negara yang mempunyai
berbilang kaum, seni serta warisan seperti Malaysia. Keupayaan membina gagasan ini
bergantung pada perkongsian nilai serta semangat cintakan negara. Ia menjadi semakin penting
terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas nilai, budaya,
2
warisan dan kepercayaan dari pelbagai masyarakat. Oleh itu, persoalan pembinaan gagasan satu
merupakan persoalan penting yang harus menjadi agenda utama negara dalam perlaksanaan
aspek seni warisan dan kreatif untuk mencapai wawasan 2020. Justeru itu, seni warisan dan
kreatif dirasakan amat penting untuk dijadikan sebahagian dari strategi bagi memupuk
pembinaan bangsa terutama berteraskan ajaran islam ke arah persamaan, toleransi, dan
persefahaman di kalangan masyarakat. Penulis juga mendapati seni warisan dan kreatif dalam
mencapai gagasan satu ini mampu menjadi asas kepada pewujudan nilai-nilai jati diri, dan
toleransi di kalangan masyarakat sebagai satu cabaran pembinaan bangsa. Apabila masyarakat
memahami aspek yang berkaitan dengan seni warisan dan kreatif yang mereka miliki. Maka
dengan sendirinya mereka akan berusaha membina satu ketamadunan yang tinggi nilainya
sebagai satu kaedah pembinaan bangsa dan agama yang tinggi nilainya pada masa hadapan.
2.0 Memartabatkan Perpaduan Dari Konteks Seni Warisan dan Budaya Kreatif.
Salah satu daripada tujuan mempelajari dan mendepani seni warisan dan budaya kreatif ialah
untuk menjaga dan memartabatkan kesenian dan kebudayaan satu bangsa. Timbulnya tujuan ini
adalah untuk menjaga dan memartabatkan kesenian dan kebudayaan sebagai satu gagasan kerana
penulis sedar bahawa ianya dapat menyatu dan meningkatkan maruah bangsa seterusnya dapat
mencapai gagasan satu Malaysia di Nusantara yang boleh kita banggakan. Kerajaan Malaysia
melalui Rancangan Malaysia Ke Sembilan (2006-2010), memperakui bahawa peranan budaya
dan seni mampu menyumbang ke arah membangun individu secara keseluruhan. Ianya juga
dapat mempereratkan perpaduan serta mempertingkatkan kualiti hidup melalui penglibatan aktif
semua golongan dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan. Malahan ia dapat mewujudkan
3
kesedaran dan penghayatan yang lebih baik terhadap kekayaan warisan serta seni budaya negara
yang kita miliki sekarang di Malaysia maupun di alam Nusantara.
Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan
perpaduan sebagai penggabungan, persesuaian, kecocokan, dan perihal berpadu (bergabung
menjadi satu, sepakat dan lain-lain), persatuan, manakala keutuhan bermaksud perihal (sifat,
keadaan) utuh. Perpaduan juga bermaksud penggabungan. Perihal bergabung menjadi satu atau
persatuan. Menurutnya lagi, lawan bagi perpaduan ialah permusuhan, kehancuran dan
perpecahan. Dalam pengertian yang lain, perpaduan bererti hubungan erat yang bersifat toleransi
bagi mencapai matlamat secara jujur dan ikhlas. Oleh itu, perpaduan adalah proses
menyatupadukan seluruh masyarakat bagi membentuk satu identiti, mewarisi seni serta budaya,
menanamkan perasaan cinta dan seterusnya mencapai gagasan satu Malaysia dikongsi bersama
dengan masyarakat di Nusantara.
Kesenian adalah sesuatu produk, pertunjukan atau persembahan, benda atau apa-apa yang
berseni yang memiliki ciri-ciri estetika, keindahan atau kecantikan. Kesenian lahir dari sentuhan
rasa yang mendalam. Ianya dihasilkan untuk meninggalkan kesan kepada nurani orang lain. Seni
daripada sumber Ensiklopedia, menterjemahkan seni sebagai jelmaan rasa indah yang
terkandung dalam jiwa manusia, dilahirkan dengan perantaraan alat komunikasi ke dalam bentuk
yang dapat ditangkap oleh pancaindera pendengaran (seni suara), penglihatan (seni lukis) atau
dilahirkan dengan perantaraan gerak (seni tari atau drama). Bergitu juga dengan aspek budaya,
budaya akan wujud dengan adanya kelompok bangsa atau kaum. Kebudayaan tercetus apabila
budaya sesuatu bangsa itu mempunyai nilai peradaban yang tinggi dalam sesuatu tamadun.
Dalam kebudayaan terdapat empat komponen penting iaitu fikiran atau idea (contoh : falsafah,
4
mitos, lagenda, sastera, kepercayaan, bahasa dan lain-lain), kebendaan (contoh : seni bina,
perkakasan, teknologi, perubatan dan lain-lain), kesenian (contoh : seni lakon, tarian, nyanyian,
seni visual, lukisan dan lain-lain), nilai dan norma (contoh : undang-undang, adat resam,
perlakuan, kesopanan dan kesantunan, nilai-nilai keagamaan, pantang larang dan lain-lain).
3.0 Perpaduan Dalam Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai Gagasan.
Perpaduan antara masyarakat yang melibatkan aspek seni warisan dan budaya penting dalam
mencapai kesepakatan dan kesatuan bangsa. Perlunya perpaduan sebegini adalah kerana
keteguhan bangsa membolehkan masyarakat maju dalam pelbagai lapangan di samping
menikmati kehidupan aman dan bebas daripada ketakutan. Perpaduan bukan sesuatu yang sukar
untuk dicapai. Ia juga boleh dicapai antaranya melalui kesenian dan kebudayaan. Gangasan yang
inovatif dan kreatif mampu untuk mengeratkan perpaduan yang utuh di samping menjadi bangsa
yang berbudaya dan mempunyai moral yang tinggi nilainya. Akan tetapi, bagi mencapai
perpaduan ini sesuatu bangsa tidak terlepas daripada rintangan dan halangan. Rintangan dan
halangan ini ada yang berpunca dari dalam setiap sikap individu dalam masyarakat itu sendiri
dan tidak kurang juga yang datang dari luar.
Sifat sombong adalah sifat yang perlu dikikis oleh sesuatu bangsa. Sifat ini adalah
penghalang utama seseorang untuk menerima pendapat atau buah fikiran orang lain dan ianya
mendorong ke arah perpecahan. Selain itu, sesuatu bangsa perlu buang sikap menyebarkan hal
atau keburukan orang lain. Perbuatan ini akan menggagalkan perpaduan. Sesungguhnya tidak
ada sesiapa yang mahu keburukan atau masalah yang dihadapi dicanang atau disebar kepada
khalayak umum. Bagi mencapai perpaduan bangsa yang padu, maka kita perlulah berpegang
5
kepada prinsip dan nilai agama yang tinggi, menghormati budaya, mencintai seni warisan,
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan, memelihara maruah diri, berdisiplin,
bertoleransi, prihatin dan pendamaian. Perpaduan sesuatu bangsa akan terbentuk dengan adanya
kesedaran. Apabila ianya mulai sedar, segala pembentukan dan perlaksanaan pelbagai agenda ke
arah satu gagasan mudah digerak dan dirancang. Ini kerana kesedaran akan membawa kepada
usaha yang bersungguh-sungguh dalam mencapai objektif yang akan ditetapkan.
4.0 Kesenian dan Kebudayaan Mengeratkan Perpaduan
Apabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan
kebudayaan adalah cabang yang membawa kepada hiburan. Pemikiran konvensional sebegini
menghalang kita daripada meneroka kesenian dan kebudayaan yang kita warisi dengan lebih
mendalam lagi, sedangkan sedar atau tidak pemikiran ini telah membuatkan masyarakat kita kian
lupa akan kesenian dan kebudayaan bangsa sendiri terutama aspek-aspek kesenian yang
berteraskan Islam sebagai pegangannya . Ini dapat kita lihat apabila menyentuh soal Melayu,
secara majoritinya mereka adalah beragama Islam. Apabila menyentuh soal kesenian dan
kebudayaan, persoalan yang timbul ialah adakah Islam mengharamkan kesenian dan kebudayaan
secara keseluruhan? Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi (2005) dalam tulisannya mengenai seni dan
hiburan dalam islam menyatakan bahawa perkara-perkara yang melibatkan seni dan budaya
dibolehkan selagi perkara-perkara tersebut tidak melalaikan dan tidak bertentang dengan tuntutan
agama Islam. Katanya lagi, seni dan budaya akan mengurangi keimanan dan memasukkan
seseorang ke lembah kelalaian dan seterusnya menjadi haram adalah disebabkan oleh sikap
manusia itu sendiri yang berlebih-lebihan sewaktu menikmati keindahan sehingga menyebabkan
kenikmatan yang dinikmati itu bertentangan dengan tuntutan Islam.
6
Menyentuh tentang perpaduan mencapai gagasan satu Malaysia melalui kesenian,
warisan dan kebudayaan, dilihat bahawa program atau upacara yang berkait rapat dengan
kesenian dan kebudayaan mampu mewujudkan persefahaman dan kekuatan kerjasama sesama
kita. Kesenian dan kebudayaan bangsa satu Malaysia bukan sahaja tinggi nilai estetika dalam
seni drama tari sahaja (merujuk kepada persembahan Mak Yong yang merupakan seni budaya
dari Malaysia) malahan keindahannya juga dapat dilihat melalui seni tari, seni suara, lukisan,
seni hiasan dan fesyen, dan filem dan sebagainya.
Kesemua kesenian dan kebudayaan yang disebutkan di atas sememangnya mampu
memperkukuhkan perpaduan bangsa dan mencapai gagasan satu Malaysia di Nusantara
sekiranya penglibatan secara serius dan bersungguh-sungguh dilakukan. Ini kerana, aktiviti serta
dan program yang melibatkan kesenian dan kebudayaan memerlukan penglibatan lebih daripada
seorang bagi menjayakan. Dengan penglibatan menjayakan aktiviti dan program sebegini sesuatu
bangsa akan lebih bersatu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Penglibatan
dalam aktiviti dan program sebegini secara tidak langsung akan menganjurkan perpaduan bangsa
kita melalui aktiviti bekerja berpasukan, bertukar-tukar pendapat atau idea serta persepakatan.
Sesuatu persembahan kesenian dan kebudayaan akan berjaya dengan adanya sifat-sifat yang
dinyatakan. Jadi, jelaslah bahawa penganjuran aktiviti dan program sebegini mampu memupuk
nilai-nilai murni dalam kehidupan di negara kita bersesuaian dengan Malaysia sebagai sebuah
negara Islam di rantau ini .
Oleh itu, usaha memartabatkan seni, budaya dan warisan memerlukan perancangan yang
bersepadu dan tersusun serta melibatkan kerjasama sektor awam, pihak swasta dan komuniti
7
masyarakat. Justeru itu, pembentukan sesuatu bangsa yang bertamadun dalam erti kata
mendepani seni warisan dan kreatif dalam mencapai satu gagasan . Ianya suatu proses membina
negara bangsa yang tidak mungkin tercapai tanpa perancangan yang terancang. Pelaksanaan
perancangan ke arah tersebut perlu disertai pendekatan praktikal yang lebih menyeluruh hingga
sampai ke akar umbi.
6.0 Kepentingan Seni Warisan Dalam Satu Gagasan
Warisan adalah berkaitan dengan sesuatu yang diwarisi secara turun-temurun oleh seseorang dan
sesuatu kelompok masyarakat daripada generasi yang terdahulu. Warisan menggambarkan
memori kepada keseluruhan kehidupan sesuatu bangsa dan seterusnya melambangkan
ketamadunannya. Warisan secara umumnya terbahagi kepada dua kategori iaitu warisan ketara
(tangible heritage) dan warisan tak ketara (intangible heritage). Warisan ketara adalah sesuatu
yang kekal dilihat dan boleh dipegang sama ada statik atau mudah alih. Selain daripada itu,
terdapat satu lagi kategori warisan yang dikenali sebagai warisan budaya (culture heritage) dan ia
juga bolehlah dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu warisan budaya ketara (tangible
culture heritage) dan warisan budaya tak ketara (intangible culture heritage).
Sehubungan dengan itu, memandangkan sesebuah warisan budaya ketara mempunyai
nilai harta budaya yang tinggi, maka sewajarnya ia perlu dipulihara. Bagi memastikan warisan
budaya ketara yang akan dipulihara adalah warisan yang benar-benar mempunyai kepentingan
dari nilai emosi, budaya dan kegunaan, maka terdapat beberapa kriteria yang perlu diambil kira
dalam usaha untuk mengenalpastinya. Setiap satu daripada warisan berkenaan hendaklah
menepati atau mempunyai kriteria seperti antaranya, tarikan arkitektural yang berupaya menarik
8
perhatian awam disebabkan oleh rekabentuk senibina, dekorasi dan pertukangannya yang halus
sepertimana yang terdapat pada kebanyakan bangunan, monumen dan tapak tanah bersejarah.
Teknologi pembinaan yang mempunyai contoh penting dari segi jenis dan teknik pembinaan
serta mempunyai reka bentuk pelan yang ganjil juga seperti yang terdapat pada kebanyakan
bangunan, monumen dan tapak tanah bersejarah. Nilai kemasyarakatan iaitu bangunan,
monumen dan tapak tanah bersejarah yang mempunyai kepentingan arkitektural, ekonomi,
sejarah, budaya, adat resam dan keagamaan seperti kampung, kota, bandar serta pelabuhan yang
amat penting pada suatu masa dahulu pada sesebuah negara. Tarikan sejarah yang berupaya
menggambarkan aspek penting dari segi sosiologi dan budaya masyarakat setempat seperti asal
usul, lagenda, mitos dan keagamaan. Hubungan sejarah yang mempunyai hubungkait dengan
tokoh negarawan negara atau penjajah asing dengan bangunan, monumen dan tapak tanah
bersejarah di mana pernah berlaku peristiwa-peristiwa penting di dalam sejarah negara seperti
pembunuhan, perperangan dan perjuangan menuntut kemerdekaan.
7.0 Kepentingan Pemuliharaan Seni Warisan dan kreatif Sebagai satu Gagasan.
Dalam usaha untuk memulihara sesuatu seni warisan terutama sekali warisan budaya,
pemuliharaan perlu dilaksanakan dengan mengambil kira beberapa faktor seperti nilai sejarah,
fungsi, senibina, usia, bahan binaan serta sokongan daripada pelbagai pihak yang berkaitan
dengannya. Kesedaran mengenai kepentingan terhadap usaha pemuliharaan warisan adalah
merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap individu dalam masyarakat.
Justeru itu, usaha pemuliharaan seni warisan perlu dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab
agar generasi yang akan datang berpeluang untuk melihat dan menikmatinya pada masa hadapan.
9
Antara kategori kepentingan pemuliharaan warisan ialah seni warisan budaya mempunyai
nilai nostalgia, senibina, estetik, simbolik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial dan
juga politik serta rohani. Seni warisan budaya berupaya menggambarkan ciri-ciri keunikan
sesuatu seni bangsa. Seni warisan budaya juga berupaya memberi imej dan identiti pada rupa
bentuk bandar dan budaya setempat. Dengan adanya seni warisan budaya, lokasi dan kawasan
persekitaran akan menjadi lebih dikenali seterusnya menyumbang kepada pembangunan
ekonomi melalui industri pelancongan dan sebagainya. Peninggalan warisan seni budaya akan
mengingatkan generasi sekarang kepada sejarah penjajahan masa lampau seterusnya memberi
iktibar dan meningkatkan semangat patriotisme serta semangat cintakan negara kepada segenap
lapisan masyarakat kita.
Penumpuan yang lebih harus diberi untuk mempertingkat peranan budaya dan seni dalam
kehidupan rakyat serta menggalakkan industri berkaitan seni warisan dan kreatif. Penumpuan ini
adalah kerana penglibatan aktif semua golongan dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian juga
menyumbang ke arah membangun individu secara total, mempererat perpaduan negara serta
mempertingkatkan kualiti hidup rakyat. Sehubungan ini, usaha lebih gigih harus diambil bersama
bagi mewujudkan kesedaran dan penghayatan yang lebih baik terhadap kekayaan warisan
budaya negara.
7.1 Mendepani seni warisan dan kreatif, tumpuan yang perlu diberikan ialah
nilai budaya yang positif.
Usaha yang berterusan untuk membangun nilai budaya yang positif dan mewujudkan satu bangsa
adalah penting untuk mengekalkan perpaduan negara dan keharmonian dalam mencapai
matlamat pembangunan terutamanya dalam suasana kepelbagaian etnik di Malaysia maupun di
10
Nusantara. Sehubungan ini, beberapa kempen ke arah memperkukuh nilai sosial dan kesedaran
diberi penekanan. Kempen dan program lain yang berkaitan akan memberi tumpuan kepada
perlunya seseorang rakyat mengamalkan sikap bertolak ansur, hormat-menghormati dan nilai
positif lain yang perlu untuk mengekal perpaduan negara begi mencapai satu gagasan
Bagi memupuk penghayatan yang lebih baik kepada budaya, seni dan warisan di
kalangan rakyat, akses kepada aktiviti kesenian dan kebudayaan harus ditingkatkan manakala
penglibatan aktif kesemua komuniti mesti digalakkan. Sehubungan ini, program merakyatkan
seni dan budaya yang bertujuan untuk mendekatkan seni kepada masyarakat serta menjadikan
seni yang berteraskan ajaran islam sebahagian daripada kehidupan seharian perlu dijayakan.
Aktiviti seperti ini antaranya boleh merangkumi persembahan seperti tarian tradisional dan
moden, drama dan muzik serta aktiviti berkaitan seni halus dan kraf dan akan melibatkan semua
lapisan sama ada masyarakat di bandar dan luar bandar.
7.2 Mendepani seni warisan dan kreatif, tumpuan yang perlu diberikan ialah
menghubungkan komuniti seni dengan sektor pendidikan.
Program untuk mendidik dan menghebahkan kepentingan dan penghayatan nilai budaya,
seni dan warisan di kalangan belia harus diberi penekanan yang lebih mendalam. Bagi mencapai
tujuan ini, langkah gigih harus diambil oleh agensi berkaitan untuk menambah bilangan yang
dilatih dalam pelbagai bidang berkaitan budaya dan seni. Mereka ini harus dihantar kepada
beberapa institusi yang berkaitan dengannya bagi menjalani latihan dalam bidang kesenian.
Program ini menghubungkan komuniti seni dengan sektor pendidikan bagi menyokong
pembangunan profesional pendidik seni dan penyedia pendidikan seni. Di samping itu, program
yang sama harus diperluas meliputi kakitangan sektor awam dan belia bagi meningkatkan
11
mereka terhadap bidang kesenian. Perkongsian strategik antara kerajaan, pihak berkuasa
tempatan, organisasi berasaskan seni dan masyarakat berserta sektor swasta harus diwujudkan
untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan program ini.
Untuk meningkatkan penghayatan seni dan budaya terutamanya di peringkat akar umbi,
pelbagai program terancang harus dipergiat dan diperluaskan ke semua negeri atau wilayah. Bagi
meningkatkan kesedaran dan penghayatan serta kefahaman dalam seni tampak dan persembahan,
beberapa program interaktif melibatkan penyertaan remaja atau belia, masyarakat dan sektor
swasta harus dilaksanakan dengan lebih tersusun dan terancang bagi merealisasikan Kuala
Lumpur sebagai pusat budaya dan aktiviti kesenian pada masa hadapan.
Seni persembahan juga merupakan jentera bagi pemuliharaan dan penyebaran seni
budaya dan warisan di samping sebagai sumber ilmu, hiburan yang berlandaskan ajaran islam
dan penghayatan kebudayaan kepada individu. Sehubungan ini, peranan Istana Budaya di Kuala
Lumpur sebagai pusat kecemerlangan bagi pementasan seni persembahan yang berkualiti tinggi
harus diperkukuhkan. Usaha yang berterusan harus diambil untuk menarik lebih banyak
pementasan asing menggunakan Istana Budaya sebagai tempat persembahan yang akan
menyumbang ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat budaya serantau.
7.3 Mendepani seni warisan dan kreatif, tumpuan yang perlu diambil ialah
penghayatan terhadap seni warisan dan budaya.
Penyelidikan yang mendalam serta terkini tentang aspek seni warisan dan budaya akan
membolehkan satu pendekatan dan pemuliharaan produk seni warisan negara secara lebih selaras
12
dan bersepadu. Ianya meliputi langkah penguatkuasaan bagi memastikan amalan pemeliharaan
mematuhi piawaian standard antarabangsa. Kesedaran dan penghayatan penyelidikan semasa
akan memudahkan proses mengenalpasti dan menentukan bangunan, monumen dan tapak yang
mempunyai kepentingan sejarah untuk diwartakan sebagai zon bersejarah. Bagi tujuan ini,
penyelidik dan institusi yang terlibat secara langsung harus mempelbagai dan meningkatkan
kualiti koleksi dan perkhidmatannya serta memperluaskan kepakarannya dalam pelbagai bidang
berkaitan dengannya. Berikutan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, maka
penyimpanan rekod elektronik dan pemeliharaan dokumen yang mempunyai nilai sejarah secara
digital dan senang untuk dicapai oleh mereka yang berminat dengan seni warisan atau bahan
yang berkaitan dengannya.
7.4 Dengan mendepani seni warisan dan kreatif, tumpuan yang perlu diambil ialah
penjagaan budaya dan warisan.
Usaha untuk memupuk kesedaran dan penjagaan terhadap kekayaan warisan budaya, bilangan
muzium harus tambah contoh seperti muzium menggunakan kenderaan tertentu dan sebagainya
Dengan adanya penambahan muzium dan perbagaikan pameran, ianya dapat membantu
menyebar pengetahuan dan maklumat serta menggalakkan penyelidikan produk seni warisan dan
kesenian seperti tenunan, songket, batik, lukisan, seramik, arca dan lain-lain dari seluruh negara.
Muzium ini juga menjadi pusat sumber yang baik kepada pelajar, penyelidik, ahli akademik,
pengusaha kraf dan mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya.
7.5 Dengan mendepani seni warisan dan kreatif, tumpuan yang perlu ialah nilai
pasaran seni warisan dan kreativiti budaya.
13
Usaha yang berterusan harus diambil untuk membangun dan meningkatkan kualiti hasil seni
warisan. Usaha ini termasuklah menjalankan penyelidikan dan pembangunan mengenai kaedah
baru bagi meningkatkan kemahiran pertukangan serta membangunkan reka bentuk dan teknologi
baru dalam penghasilannya. Usaha mempromosi seni dan warisan dipasaran harus dilaksanakan
secara meluas dengan kerjasama dengan berbagai sektor swasta. Kaedah pemasaran yang
inovatif dan kreatif serta penjenamaan baru produk seni negara harus diusahakan dan
diutamakan.
7.6 Dengan mendepani seni warisan dan kreatif, tumpuan yang perlu diambil ialah
sumber seni budaya yang kreatif.
Malaysia dan negara-negara di sekitar Nusantara mempunyai sumber budaya yang kreatif dan
luas dalam bidang seni persembahan, seni halus, kaligrafi Islam, filem, pendidikan seni dan kraf
yang boleh dimaju dan diterokai. Potensi ekonomi terhadap industri budaya kreatif ini harus
terus dibangunkan melalui kerjasama erat antara berbagai sektor awam dan swasta. Bagi
memudahkan pembangunan industri ini, kerajaan harus menyediakan persekitaran yang
kondusif. Pihak industri harus digalakkan untuk mengguna pelbagai kemudahan di peringkat
negeri seperti pusat kebudayaan negeri dan galeri untuk menjayakan aktiviti mereka. Di samping
itu, kerajaan juga harus menyediakan premis perniagaan yang sesuai kepada usahawan untuk
mempromosi produk seni warisan dan kreatif kraf keluaran mereka. Promosi dan pemasaran
keluaran seni, budaya dan produk warisan di peringkat tempatan dan antarabangsa harus
dipergiatkan melalui pelbagai kempen pemasaran dan penganjuran acara antarabangsa yang
menarik dan berprestij.
7.7 Dengan mendepani seni warisan dan kreatif, tumpuan yang perlu diambil ialah
14
program dan pembangunan seni budaya yang berterusan.
Selaras dengan aspirasi untuk mencapai kecemerlangan di kalangan profesional dalam bidang
kesenian dan kebudayaan. Kursus yang ditawarkan diperingkat pengajian tinggi haruslah
diperluaskan meliputi kursus di peringkat ijazah dalam bidang pengajian seni warisan
merangkumi museumology, arkeologi dan sains arkib. Di samping itu, pihak institusi pengajian
tinggi kerajaan mahupun swasta juga harus mempergiatkan latihan kemahiran untuk melahirkan
tenaga profesional yang berkualiti dalam bidang kesenian dan budaya seperti yang berkaitan
dengan pementasan dan pengurusan teater, pencahayaan dan bunyi, peralatan dan serta
pemasaran yang berkesan. Untuk terus menggalak dan membangunkan industri tersebut,
penekanan harus juga diberikan kepada aktiviti bina upaya untuk membangunkan modal insan
berkemahiran tinggi dalam bidang berkaitan denganya. Program bina upaya harus terus
dilaksanakan di institut-institusi berkaitan serta melalui pelbagai program pembangunan
usahawan bagi menyumbang kepada pembangunan artisan berkemahiran teknologi bagi
menghadapi cabaran masa depan. Harus juga diwujudkan program-program khas, seperti skim-
skim perantisan yang berkaitan dengan seni warisan dan kreatif untuk memberi kemahiran di
samping memelihara seni warisan dan kreatif dalam industri seni kraf tradisional dan juga kraf
moden.
8.0 Kesedaran dan Penghayatan Terhadap Seni Warisan dan Budaya.
Selaras dengan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang kaya dengan budaya, pelbagai
program dilaksanakan untuk meningkatkan penghayatan terhadap seni dan budaya di kalangan
rakyat di semua peringkat. Sehubungan ini, aktiviti berkaitan seni dan budaya harus dilaksanakan
15
secara terancang di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kampung. Taman budaya
merupakan tempat yang terbaik untuk memperkenalkan aktiviti kesenian dan kebudayaan serta
menganjurkan program latihan dan bina upaya untuk memupuk bakat dalam seni persembahan
dikalangan masyarakat sama ada di bandar mahupun luar bandar.
Dalam usaha untuk memupuk penghayatan dan cintakan budaya di kalangan generasi
muda. Pelbagai program dan aktiviti seperti kelab seni warisan harus dianjur di sekolah rendah
dan menengah. Bantuan dalam bentuk latihan, khidmat nasihat dan kostum serta peralatan juga
harus disediakan. Pelajar yang terlibat dalam aktiviti ini diberi peluang untuk menghasilkan
persembahan kreatif dalam majlis rasmi atau tidak resmi di setiap peringkat. Ianya bertujuan
untuk untuk menyebar kesedaran dan penghayatan seni budaya serta warisan di kalangan lebih
ramai rakyat Malaysia.
9. Kesimpulan
Sesungguhnya perpaduan dalam aspek kesenian dan warisan adalah penting kerana melaluinya,
ianya boleh mencapai visi dan misi sesebuah kejayaan negara. Sesungguhnya kekuatan terhadap
seni warisan dan kreatif boleh menjadi antara formula kejayaan negara pada masa sekarang dan
hadapan. Maka melalui kesedaran ini, kita hendaklah sentiasa memupuk kesedaran generasi
sekarang supaya menghargai nilai perpaduan serta berusaha untuk memelihara dan
memperelokkannya. Kita juga mesti sentiasa mengingatkan generasi sekarang supaya mereka
menjauhi daripada gejala-gejala yang boleh mencemarkan maruah bangsa dan berpecah-belah
serta bermusuhan antara satu sama lain. Perpaduan satu bangsa Melayu Islam melalui seni
warisan dan budaya bukan sahaja mampu untuk menyatupadukan sesuatu kaum sahaja malah
16
kesenian dan kebudayaan adalah satu bidang yang profesional yang dapat menyumbang ke arah
menjana pendapatan negara sekiranya kita bersungguh-sungguh memperjuangkan melalui
kesenian dan kebudayaan bangsa kita sendiri. Oleh itu, sesuatu bangsa perlulah sedar dan
berusaha dengan gigih serta teratur dalam memartabatkan perpaduan yang dikecapi pada hari ini
terpelihara selamanya malahan lebih baik daripada apa yang dicapai pada hari ini. Seterusnya
mendepani seni warisan dan kreatif untuk mencapai satu gagasan yang lebih mantap pada masa
hadapan.
Bibliografi:
Abdul Latiff Abu Bakar, 2000. Media dan Seni Warisan Melayu Serumpun Dalam Gendang
Nusantara . Media dan Seni Warisan Melayu Serumpun dalam Gendang Nusantara. Jabatan
Pengajian Media, Universiti Malaya & Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah.
Alan P. Merriam, 1964. The Anthropology of Music. Northwestern University Press, United
States of America.
Asmah Haji Omar, 1986, Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
Azhar Hj Mad Aros, 2000,Titas Kertas 2, Petaling Jaya : Fajar Bakti
Cote, James E. and Charles Levine (2002). Identity Formation, Agency, and Culture. New
Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.
Hayes, John R., 1976, The Genius of Arab Civilization-Source of Renaissance, Great Britain:
Westerham Press
Ismail al-Faruqi dan Lois Lamya al-Faruqi, 1992, Atlas Budaya Islam, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan , Edisi Ketiga, 1994. Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kuala Lumpur.
Mat Rofa bin Ismail, 1996, ‘Pembudayaan Matematik Dalam Gugusan Kepulauan Melayu’,
dalam Mohd Yusuf Hj. Othman (ed.), 1996, Siri Wacana Sejarah dan Falsafah Sains Jilid 5,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
Mounir Farah dan Andrea Barens Karls, 1994, World History The Human Experience, New
York: Macmillan
17
Nathan Sivin, 1988, The Contemporary Atlas of China, London : Weidenfeld & Nicolson
Nik Rosila Nik Yaacob, “TITAS : Mampukah Melahirkan Generasi Berjiwa Malaysia? Jun 1998,
Dewan Masyarakat.
Samuel P.Huntington, 1997, The Clash of Civilizations and The Remaking of World Order,
London: Simon & Schuster.
Seyyed Hossein Nasr, 1968, Science and Civilization in Islam, New york : New American
Library
Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, 2000, Tamadun Dunia, Shah
Alam: Fajar Bakti
Sudheer Birodkar, 1998, India’s Contribution to The World Culture, Hindu Press
Wan Fuad Wan Hassan, 1996, Ringkasan Sejarah Sains, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Biodata
Dr.Sabzali Musa Kahn dilahirkan di Besut, Terengganu. Latar belakang akademik dan bidang
pengajian beliau ialah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Seni Halus), Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana
(Pendidikan) Universiti Putra Malaysia, Sarjana Pengurusan (Irish Univ.) seterusnya pemegang
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Pengajian Senibina di Universiti Putra Malaysia.
Sebagai pengiat seni, beliau telah menimba pengetahuan dan pengalaman dalam dan luar negara
dengan menyertai pelbagai pameran-pameran utama anjuran universiti-universiti, galeri-galeri,
Balai Seni lukis Negeri dan juga Balai Seni Lukis Negara. Beliau juga memberi tumpuan
penyelidikan dalam bidang seni rupa, teater dan bengkel dalam aspek kreativiti pengajaraan di
peringkat pra-sekolah serta pembangunan kurikulum pengajian seni visual di peringkat
universiti. Beliau juga telah berjaya memenangi beberapa pertandingan dalam bidang senilukis
dan senireka. Antaranya mendapat Hadiah Insentif Utama dalam pameran Media Seni 2006,
pemenang Anugerah Khas Media Seni VIII, 2009 dan Anugerah Khas Media Seni IX, 2010.
Beliau juga pemenang ‘Gold Medal’ dalam pameran Innovation and Creativity EXPO 2010,
University of Malaya. Penyelidikan ini yang menjurus kepada penggunaan bahan serta teknik
baru dalam penghasilan karya seni visual. Merupakan rakyat Malaysia yang pertama terpilih
menjadi juri hakim dalam kategori seni visual di pertandingan 8th International Abilympics
Seoul 2011 yang berlangsung di Korea. Beliau juga menjadi pelatih kepada peserta dalam
kategori lukisan sutera dan berjaya membawa meraih ‘Gold Medal’ di 8th International
Abilympics Seoul. Beliau turut terlibat dalam kerja kreativiti sosial dan program yang
melibatkan pendekatan aktiviti kreatif, seni visual bersama masyarakat. Pada masa sekarang,
beliau bertugas sebagai Timbalan Pengarah (Ijazah Dasar) dan juga Penyelaras Program Seni
Rupa di Pusat Kebudayaan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.