memperkasakan tadbir urus kemudahan kediaman pelajar_fairus

12
Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis 37 MEMPERKASAKAN TADBIR URUS KEMUDAHAN KEDIAMAN PELAJAR MENUJU KECEMERLANGAN HARI ESOK Fairus Muhamad Darus ABSTRAK Perubahan masa yang berlalu diikuti pula dengan pelbagai keperluan masa kini dan akan datang telah banyak mengubah gaya dan corak tadbir urus kemudahan kediaman pelajar di institut pengajian tinggi khususnya di Universiti Teknologi MARA. Kemudahan kediaman pelajar (kolej kediaman/asrama) bukan sahaja merupakan tempat utama bagi kebanyakan pelajar menghabiskan masa selain daripada di fakulti. Ianya berfungsi menyediakan kemudahan dan perkhidmatan penginapan dan makanan kepada pelajar, di samping itu kemudahan kediaman juga bertindak menyediakan program pembangunan dan kepimpinan pelajar di dalam membentuk modal insan yang cemerlang secara holistik. Kertas kerja ini membincangkan hala tuju dan cabaran yang bakal dihadapi oleh pengurusan kolej kediaman di untuk memperkasakan tadbir urus kemudahan pelajar demi menuju kecemerlangan di masa hadapan. Kata kunci: Tadbir Urus, Kolej Kediaman, Universiti Teknologi MARA (UiTM) PENGENALAN Kemudahan kediaman pelajar di institut pengajian tinggi atau universiti mempunyai makna yang berbeza dengan asrama seperti mana yang terdapat di lain-lain tempat. Asrama secara umumnya membawa pengertian sebagai tempat penginapan, makan, minum, beristirehat, tidur dan bersosial. Dalam konteks ini tiada usaha yang khusus mengabungkan konsep masyarakat akademik atau scholar dalam pengurusan dan pentadbiran asrama diawal kewujudannya di universiti (Mohd Sabri, 2003). Terdapat pelbagai istilah pada masa kini yang digunakan untuk kemudahan kediaman pelajar seperti kolej kediaman, kampung siswa-siswi (kamsis), mahallah dan desasiswa di pelbagai institut pengajian tinggi. Dewasa ini, peranan kemudahan kediaman bukan sahaja menyediakan perkhidmatan penginapan yang memberi khidmat sokongan, kemudahan dan apa jua keperluan untuk menjadikan kemajuan akademik meningkat serta proses pembelajaran berkesan. Kemudahan kediaman juga memainkan peranan di dalam proses pembentukan diri dan keperibadian pelajar di dalam aktiviti pembangunan dan kepimpinan diri. Menurut Jamaludin (2005), antara matlamat mengadakan kemudahan kediaman adalah seperti berikut:

Upload: fairus

Post on 08-Jun-2015

1.061 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Perubahan masa yang berlalu diikuti pula dengan pelbagai keperluan masa kini dan akan datang telah banyak mengubah gaya dan corak tadbir urus kemudahan kediaman pelajar di institut pengajian tinggi khususnya di Universiti Teknologi MARA. Kemudahan kediaman pelajar (kolej kediaman/asrama) bukan sahaja merupakan tempat utama bagi kebanyakan pelajar menghabiskan masa selain daripada di fakulti. Ianya berfungsi menyediakan kemudahan dan perkhidmatan penginapan dan makanan kepada pelajar, di samping itu kemudahan kediaman juga bertindak menyediakan program pembangunan dan kepimpinan pelajar di dalam membentuk modal insan yang cemerlang secara holistik. Kertas kerja ini membincangkan hala tuju dan cabaran yang bakal dihadapi oleh pengurusan kolej kediaman di untuk memperkasakan tadbir urus kemudahan pelajar demi menuju kecemerlangan di masa hadapan.

TRANSCRIPT

Page 1: Memperkasakan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

37

MEMPERKASAKAN TADBIR URUS KEMUDAHAN KEDIAMAN PELAJAR

MENUJU KECEMERLANGAN HARI ESOK

Fairus Muhamad Darus

ABSTRAK

Perubahan masa yang berlalu diikuti pula dengan pelbagai keperluan masa kini dan akan datang telah banyak mengubah gaya dan corak tadbir urus kemudahan kediaman pelajar di institut pengajian tinggi khususnya di Universiti Teknologi MARA. Kemudahan kediaman pelajar (kolej kediaman/asrama) bukan sahaja merupakan tempat utama bagi kebanyakan pelajar menghabiskan masa selain daripada di fakulti. Ianya berfungsi menyediakan kemudahan dan perkhidmatan penginapan dan makanan kepada pelajar, di samping itu kemudahan kediaman juga bertindak menyediakan program pembangunan dan kepimpinan pelajar di dalam membentuk modal insan yang cemerlang secara holistik. Kertas kerja ini membincangkan hala tuju dan cabaran yang bakal dihadapi oleh pengurusan kolej kediaman di untuk memperkasakan tadbir urus kemudahan pelajar demi menuju kecemerlangan di masa hadapan. Kata kunci: Tadbir Urus, Kolej Kediaman, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

PENGENALAN

Kemudahan kediaman pelajar di institut pengajian tinggi atau universiti mempunyai makna yang berbeza dengan asrama seperti mana yang terdapat di lain-lain tempat. Asrama secara umumnya membawa pengertian sebagai tempat penginapan, makan, minum, beristirehat, tidur dan bersosial. Dalam konteks ini tiada usaha yang khusus mengabungkan konsep masyarakat akademik atau scholar dalam pengurusan dan pentadbiran asrama diawal kewujudannya di universiti (Mohd Sabri, 2003). Terdapat pelbagai istilah pada masa kini yang digunakan untuk kemudahan kediaman pelajar seperti kolej kediaman, kampung siswa-siswi (kamsis), mahallah dan desasiswa di pelbagai institut pengajian tinggi.

Dewasa ini, peranan kemudahan kediaman bukan sahaja menyediakan perkhidmatan penginapan yang memberi khidmat sokongan, kemudahan dan apa jua keperluan untuk menjadikan kemajuan akademik meningkat serta proses pembelajaran berkesan. Kemudahan kediaman juga memainkan peranan di dalam proses pembentukan diri dan keperibadian pelajar di dalam aktiviti pembangunan dan kepimpinan diri. Menurut Jamaludin (2005), antara matlamat mengadakan kemudahan kediaman adalah seperti berikut:

Page 2: Memperkasakan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

38

1. Menyediakan pengalaman yang menyeronokkan dan berfaedah bagi memangkin kejayaan akademik

2. Memberi hak pelajar untuk “privacy”, keselamatan diri dan harta peribadi

semasa berada di universiti

3. Mewujudkan persekitaran yang bersesuaian untuk keperluan peribadi bagi mencapai prestasi diri yang baik

4. Melahirkan generasi pelajar yang bertanggungjawab, berbudaya ilmu, pintar

bermasyarakat, berkepimpinan tinggi, mampu bersaing di peringkat antarabangsa, berakhlak mulia dan berbudaya bangsa.

Peranan universiti untuk melahirkan graduan yang yang seimbang dari

kecerdasan intelektual (IQ), kecerdasan emosi (EQ) dan oleh disokong kecerdasan Spritual (ES) serta sahsiah peribadi unggul dan mempunyai cukup kemahiran bagi menjadi seorang individu yang dinamik dan pragmatik serta menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara. Fungsi dan peranan kemudahan kediaman pelajar seperti yang dinyatakan di atas semakin mencabar di alaf baru ini bagi membantu universiti mencapai hasrat pemimpin negara melahirkan modal insan yang personaliti unggul (Mazura, 2006)

Justeru itu, kertas kerja ini ingin berkongsi pandangan dan idea berkaitan latar belakang, hala tuju dan cabaran yang bakal diharungi oleh individu atau organisasi yang terbabit di dalam memantapkan tadbir urus pengurusan kemudahan kediaman pelajar khususnya dalam konteks dan perspektif Universiti Teknologi MARA dan institut pengajian tinggi amnya.

LATAR BELAKANG KEMUDAHAN KEDIAMAN UiTM Sejarah UiTM

Universiti Teknologi MARA (UiTM) bermula pada tahun 1956 dengan penubuhan Dewan Latehan RIDA (Rural Industrial Development Authority) di Jalan Othman, Petaling Jaya telah membuka wadah baru bagi membantu masyarakat bumiputra di desa untuk membina semula kehidupan dan meningkatkan taraf ekonomi mereka. Bagi mengukuhkan keberkesanan dan aktiviti di dalam pembangunan modal insan bumiputra, Dewan Latehan RIDA pada tahun 1965 bertukar nama kepada Maktab MARA (Majlis Amanah Rakyat) yang diletakkan dibawah selian Bahagian Latihan MARA.

Pada tahun 1965, sekali lagi institusi ini bertukar wajah demi memperkasakan fungsi dan peranannya daripada Maktab MARA kepada Institut Teknologi MARA (ITM) dengan mendapat autonomi penuh dan pada ketika itu diletakkan dibawah seliaan Kementerian Pembangunan Dalam Negeri. Nama ITM terus diguna pakai bermula pada tahun 1965 hingga 1999, meskipun pada tahun 1996, kewujudan Akta Institut MARA (Pindaan 1996) yang memberi kuasa untuk ITM berfungsi sebagai universiti sepenuh dan seiring dengan universiti-universiti lain dalam negara. Sehinggalah pada tahun 1999, YAB Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu membuat pengistiharaan nama ITM bertukar kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kini UiTM menawarkan sejumlah 179 pelbagai

Page 3: Memperkasakan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

39

bentuk program dalam pelbagai peringkat pengajian di pelbagai fakulti yang meliputi pelbagai disiplin bidang pengajian (UiTM, 2008) Sejarah penubuhan UiTM bukan hanya berada di negeri Selangor sahaja, ianya turut melibatkan pembinaan kampus cawangan di setiap negeri secara berperingkat-peringkat. Jadual 1 menunjukkan jumlah bilangan pelajar di setiap kampus negeri UiTM di seluruh negara, tahun penubuhan kampus, bilangan dan kapasiti yang boleh ditampung oleh kemudahan kediaman di kampus tersebut.

Jadual 1: Maklumat penubuhan dan bilangan pelajar di kampus UiTM negeri.

Bil. Nama Kampus Bilangan pelajar

keseluruhan (orang)

Tahun beroperasi

Bilangan Kolej

Kediaman (buah)

Kapasiti Kemudahan kediaman

(orang)

1. UiTM Sabah 2600 1973 2 2000

2. UiTM Sarawak 5100 1973 3 4200

3. UiTM Perlis 7000 1974 14 6500

4. UiTM Kedah 4,000 1997 3 3300

5. UiTM Pulau Pinang 6,000 1996 3 3000

6. UiTM Perak 9,500 1985 4 7200

7. UiTM Negeri Sembilan 400 1999 1 400

8. UiTM Melaka 8,000 1984 17 5500 9. UiTM Johor 6,000 1983 2 4400

10. UiTM Pahang 4500 1985 3 4500

11. UiTM Terengganu 6400 1975 7 4800

12. UiTM Kelantan 4100 1985 4 3400

Sejarah kemudahan kediaman pelajar di UiTM

Dalam tempoh hampir 52 tahun, proses transformasi dari Dewan Latehan RIDA kepada UiTM turut mempengaruhi sejarah dan perkembangan kemudahan kediaman pelajar di UiTM. Bermula dengan penyewaan bangunan diluar kampus demi untuk menyediakan kemudahan kediaman sehinggalah pembinaan kemudahan kediaman di dalam kampus. Kemudahan kediaman pelajar yang pertama merupakan bangunan awam yang disewa iaitu kemudahan kediaman pelajar lelaki di bangunan Petaling Tin di Petaling Garden, Petaling Jaya; manakala kediaman pelajar perempuan di bangunan kompleks Jalan Bangsar. Apabila Dewan Latehan RIDA bertukar kepada Maktab MARA, maka bilangan pengambilan pelajar turut meningkat sehingga satu lagi bangunan terpaksa disewa iaitu Bangunan ”Happy Mansion” yang diletak di Seksyen 17, Petaling Jaya (Wan Zawiyah dan Fairus, 2006).

Apabila Maktab MARA bertukar kepada Institut Teknologi MARA (ITM) dan

kemudian berpindah daripada Jalan Othman, Petaling Jaya ke Seksyen 1, Shah Alam maka bermulalah pembinaan kemudahan kediaman pelajar di dalam kampus dengan pembinaan pertama melibatkan Kolej kediaman Cempaka dan Kolej kediaman Kenanga. Namun, bilangan kemudahan kediaman yang terhad di dalam kampus, menyebabkan pengurusan universiti turut membeli kediaman awam untuk dijadikan kemudahan kediaman pelajar iaitu rumah pangsa di Sg. Renggam dan rumah teres di Seksyen 2, Shah Alam.

Pada hari ini, jumlah kemudahan kediaman pelajar semakin bertambah

seiring dengan peningkatan bilangan pelajar pengajian sepenuh masa yang

Page 4: Memperkasakan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

40

melebihi 37,000 orang di kampus induk, Shah Alam dan 53,000 orang di kampus-kampus negeri di seluruh negara. Dalam erti kata lain, pada hari ini bilangan pelajar pengajian sepenuh masa yang belajar di dalam sistem UiTM seluruh negara adalah melebihi 100,000 orang. Sehingga hari ini, terdapat sebanyak 12 buah kolej kediaman yang memberi perkhidmatan penginapan pelajar pengajian sepenuh masa di kampus UiTM induk (Shah Alam), kampus Sekyen 17, kampus Jalan Othman (Petaling Jaya) dan kampus Puncak Perdana (Jadual 2).

Perkembangan fungsi dan peranan kemudahan kediaman pelajar di UiTM

Bermula dari Dewan Latehan RIDA kepada ITM, fungsi dan peranan kemudahan kediaman pelajar hanya tertumpu kepada menjaga kebajikan pelajar khususnya di dalam penyediakan tempat tinggal dan penyediaan perkhidmatan makanan. Pada tahun 1975, pengurusan dan pentadbiran di kemudahan kediaman dikendalikan oleh warden untuk menjaga kebajikan dan disiplin pelajar. Kebanyakkan warden yang dilantik pada ketika itu terdiri daripada bekas askar. Penempatan warden di kemudahan kediaman adalah untuk membendung gejala demostrasi yang pada ketika itu menjadi satu budaya di kalangan pelajar untuk memprotes sesuatu isu semasa.

Jadual 2: Nama kolej kediaman yang terdapat di UiTM Kampus induk, Seksyen 17,

Jln. Othman (Petaling Jaya) dan Puncak Perdana.

Bil. Nama Kolej Tahun mula beroperasi

Kapasiti Muatan (orang)

1. Kolej Cempaka/Kenanga 1970 1,200

2. Kolej Seroja 1972 1,320

3. Kolej Perindu 1974 1,900

4. Kolej Jati 1980 1,470

5. Kolej Meranti / Cendana 1980 1,300

6. Kolej Cemara / Akasia 1986 2,000

7. Kolej Anggerik 1991 800

8. Kolej Delima 1991 860

10. Kolej Teratai 1991 1,800

11. Kolej Mawar 2002 3,450

12. Kolej Melati 2002 3,450

13. Kolej Puncak Perdana 2004 3,200

14. Kolej Almanda 2006 920

15. Kolej Kristal 2008 180

Kemudian apabila perkhidmatan penyediaan makanan di sediakan dengan konsep Dewan Makan, maka jawatan penolong pengurus makanan diwujudkan. Dan ketika itu, graduan daripada Program Pengurusan Makanan, Fakulti Pengurusan Hotel dan pelancongan diambil untuk menjawat jawatan penolong pengurus makanan.

Pertambahan kemudahan kediaman pelajar bagi menampung peningkatan

bilangan pelajar dan menekanan penglibatan pentadbir akademik di dalam pengurusan telah mempengaruhi bentuk tadbir urus kemudahan kediaman pelajar. Pada ketika ini, kemudahan kediaman tidak sahaja dilihat sebagai asrama yang hanya menyediakan kemudahan fizikal sahaja. Malahan, kemudahan kediaman pelajar dilihat dapat memainkan peranan secara aktif di dalam pembangunan dan pembentukan insan, pemantapan ilmu dan juga pengalaman hidup penghuni. Ini

Page 5: Memperkasakan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

41

menjadikan tadbir urus kemudahan kediaman pelajar menjadi lebih kompleks, dinamik dan mencabar berbanding dengan pengurusan asrama.

Bagi mencapai hasrat di atas, maka tadbir urus kemudahan kediaman pelajar

telah mewujudkan dua skop jawatan yang mempunyai fungsi masing-masing tetapi saling berkait antara satu sama lain di dalam menjaga kebajikan, keselamatan dan pembentukan sahsiah peribadi pelajar. Pengawa atau kini dikenali sebagai Pengetua merupakan pentadbir yang dilantik di kalangan staf akademik bagi merancang dan melaksanakan program pembangunan dan kepimpinan pelajar. Manakala, Pengurus Asrama pula adalah bertanggungjawab mengurus dan menyelenggara hal-hal berkaitan dengan kemudahan dan perkhidmatan kemudahan kediaman pelajar. Rajah 1 menunjukkan perkembangan perjawatan di dalam tadbir urus kemudahan penginapan pelajar.

Pada masa kini, dalam konteks memperkasakan modal insan, kemudahan

kediaman memainkan peranan sama penting dengan fungsi pusat pengajian atau fakulti yang memberi input kemahiran berat (hard skill) dalam bentuk akademik. Hampir 70% masa kehidupan pelajar mereka berada di kemudahan kediaman pelajar (Mohd Sabri, 2003). Justeru itu, banyak aktiviti-aktiviti pembangunan dan kepimpinan pelajar boleh diatur dan dilaksana kepada pelajar untuk memberi input kemahiran generik atau ringan (soft skill) seperti kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berkumpulan dan lain-lain kemahiran (Fairus, 2006a).

1975 - Warden asrama - Penolong Pengurus Makanan - Pekerja Am Rendah

1980 - Pengurus Asrama - Penolong Pengurus Asrama - Pekerja Am Rendah

1987 - Pengawa (staf akademik) - Pengurus Asrama - Penolong Pengurus Asrama - Pekerja Am Rendah

2000 - Pengetua (staf akademik) - Pengurus Asrama - Penolong Pengurus Asrama - Pekerja Am Rendah

1970 - Penolong Penguasa Asrama - Pekerja Am Rendah

Page 6: Memperkasakan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

42

Rajah 1: Perkembangan perjawatan pegawai di kemudahan kediaman di UiTM, Shah Alam

Dengan perkembangan dan keperluan masa kini, kemudahan kediaman pelajar bukan sahaja menyediakan bilik untuk menginap sahaja tetapi ianya turut melibatkan pelbagai kemudahan lain yang boleh menjana dan membentuk keperibadian pelajar yang tinggal di situ. Sehinggakan kemudahan kediaman pelajar yang tradisional berubah menjadi kompleks yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan. Jadual 2 menunjukkan jenis-jenis kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di kemudahan kediaman pelajar pada masa kini.

Jadual 2: Jenis-jenis kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di kemudahan kediaman pelajar pada masa kini (merujuk kepada kemudahan kediaman pelajar UiTM, Shah Alam)

Bil. Kemudahan Bil. Perkhidmatan

1. Bilik tidur 1. Mini mart

2. Bilik bacaan 2. Cyber café

3. Bilik mesyuarat 3. Tele siswa

4. Bilik seminar 4. Telefon awam

5. Bilik komputer 5. Suratkhabar/majalah

6. Bilik Studio 6. Pinjaman Peralatan sukan

7. Bilik pejabat pemimpin pelajar 7. Perkhidmatan siaraya dalaman

8. Bilik rekreasi 8. Salon kecantikan

9. Bilik Mini gym 9. Mesin basuh/ dobi

10. Bilik karaoke 10. Perkhidmatan internet

11. Bilik Snooker 11. Pinjaman Peralatan teknikal untuk aktiviti

12. Bilik jahitan 12. Vending machine

13. Bilik memasak 13. Perkhidmatan PPP

14. Bilik tv/astro 14. Water cooler

15. Bilik sakit 15. Perkhidmatan edaran surat dan bungkusan

16. Bilik pelawat 17. Bilik pantry

18. Rumah tamu

19. Dewan kafetaria

20. Surau

21. Wakaf 22. Gelanggang permainan

TADBIR URUS KEMUDAHAN KEDIAMAN PELAJAR DI UITM

Tadbir urus kemudahan kediaman di dalam sistem UiTM, sebuah universiti mega mempunyai keunikan tersendiri di antara kampus induk dan kampus negeri. Perbezaan yang wujud antara kedua-dua kampus induk dan negeri disebabkan faktor bilangan pelajar di kampus tersebut. Berikut dibincangkan secara ringkas mengenai sistem tadbir urus kemudahan kediaman di kampus induk, Shah Alam dan kampus negeri secara amnya.

Tadbir urus kemudahan kediaman pelajar di kampus induk

Tadbir urus kemudahan kediaman pelajar di kampus induk, Shah Alam; diketuai oleh Pengetua yang terdiri daripada pensyarah (staf akademik) dan dibantu oleh staf pentadbir dan sokongan iaitu Pengurus Asrama, Penolong Pengurus Asrama, Penyelia dan Pembantu Am Pejabat. Secara amnya komposis struktur organisasi yang ada di kampus induk ini merupakan antara sistem tadbir urus yang terbaik di antara universiti-universiti tempatan yang lain. Rajah 2 menunjukkan struktur organisasi kemudahan kediaman pelajar kampus induk, Shah Alam dan kampus UiTM negeri kecuali kampus Jalan Othman (Petaling Jaya) dan kampus

Page 7: Memperkasakan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

43

Seksyen 17, Shah Alam. Kemudahan kediaman kampus Jalan Othman hanya diketuai oleh Pengurus Asrama, manakala bagi kampus Seksyen 17 atau Kampus INTEC struktur organisasinya sama seperti kampus UiTM negeri yang lain.

(a)

(b) Rajah 1: Struktur organisasi umum pengurusan kemudahan kediaman pelajar

UiTM kampus induk, Shah Alam (a) dan UiTM kampus negeri (b)

Program pembangunan dan kepimpinan pelajar di kolej kediaman adalah menjadi tanggungjawab Pengetua Kolej, dan Pengurus Asrama hanya membantu jika diperlukan. Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP) turut membantu Pengetua Kolej bagi merancang dan melaksanakan program pembangunan dan kepimpinan pelajar di kolej kediaman (Fairus dan Raja Razuan, 2006). Jawatankuasa Perwakilan Pelajar atau Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) pula bertindak sebagai penghubung antara pelajar dengan pihak pengurusan kolej kediaman (Fairus, 2006a).

Tim. Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar &

Alumni

Penyelia Pen. Pengurus Asrama Pen. Pengurus Asrama

Pem. Am Pejabat

Pengurus Asrama

Pegawai Pembangunan Pelajar

Pengetua Kolej

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (kolej)

Pengarah Kampus

Pen. Pengurus Asrama Pen. Pengurus Asrama

Pem. Am Rendah

Pengurus Asrama Pegawai Pembangunan

Pelajar

Timb. Pengarah Kampus

Penyelia

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (kolej)

Page 8: Memperkasakan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

44

Tadbir urus kemudahan kediaman pelajar di kampus negeri

Tadbir urus kemudahan kediaman pelajar di kampus negeri pula diketuai oleh Pengurus Asrama dan dibantu Penolong Pengurus Asrama, Penyelia, Kerani dan Pembantu Am Pejabat. Pengurus Asrama bertanggungjawab untuk melapor terus kepada Timbalan Pengarah Kampus (HEP). Program pembangunan dan kepimpinan pelajar di kolej kediaman adalah di bawah tanggungjawab Pengurus Asrama. Sama seperti tadbir urus program pembangunan dan kepimpinan pelajar di kolej kediaman di kampus induk, pelaksanaanya di kampus negeri turut melibatkan PPP dan JPK. Manakalan. Timbalan Pengarah Kampus (HEP) pula bertanggungjawab dalam hal ehwal pelajar secara keseluruhan di kampus tersebut.

TADBIR URUS KEMUDAHAN KEDIAMAN PELAJAR MASA KINI DAN HARI ESOK

Perubahan fungsi dan peranan kemudahan kediaman pelajar yang hanya memberi khidmat kemudahan bilik penginapan kepada pelajar telah berubah menjadi kediaman yang dapat menjana dan membentuk keperibadian insan serta meransang ke arah kecemerlangan akademik merupakan perkara yang telah berlaku pada masa kini.

Di alaf ini, hala tuju pengurusan UiTM telah melalui suatu proses tranformasi yang progresif dan dinamik. Hasrat memartabatkan UiTM menjadi sebuah universiti bertaraf dunia menjelang 2020, ditambah pula dengan tanggungjawab sosial untuk memenuhi hasrat kerajaan bagi menempatkan seramai 200,000 pelajar bumiputra paling awal menjelang tahun 2010 atau paling lewat pada tahun 2015. Segala perancangan yang dilakarkan ini turut memberi kesan kepada bentuk tadbir urus kemudahan kediaman. Kefahaman yang jelas oleh mereka yang bertanggungjawab di dalam tadbir urus kemudahan kediaman terhadap perkara di atas adalah amat penting. Demi memastikan perancangan pengurusan atasan universiti berjaya direalisasikan, maka pengurusan kemudahan kediaman harus lebih bersedia dengan mewujudkan pelan tindakan strategik dan membuat persediaan terhadap segala cabaran yang bakal dihadapi.

Bilangan pelajar

Peningkatan bilangan pelajar daripada 100,000 kepada 200,000 orang dalam tempoh yang pendek memerlukan satu iltizam yang bersungguh untuk menyediakan ke semua kemudahan kediaman yang diperlukan (Wan Zawiyah dan Fairus, 2006). Usaha mencari dana kewangan bagi tujuan pembinaan bangunan kediaman bukanlah tanggungjawab pengurusan kemudahan kediaman, namun persediaan dengan senarai dan spesifikasi keperluan yang teliti akan memudahkan pihak pengurusan tertinggi universiti untuk membuat anggaran keperluan kos dan ini akan mempercepatkan proses pembinaannya. Selain itu, kemudahan kediaman alternatif iaitu penyewaan atau pembelian bangunan awam sedia ada sebagai langkah jangka pendek untuk menampung keperluan kemudahan pelajar yang meningkat ini perlu juga dilaksanakan. Proses mengenal pasti, perundingan dan penyediaan dokumen sewaan atau belian akan mengambil masa. Justeru itu, pengurusan kediaman perlu bertindak segera dengan melakukan tinjauan dan penilaian bagi dikemukakan kepada pengurusan tertinggi universiti untuk diambil tindakan selanjutnya.

Page 9: Memperkasakan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

45

Kemudahan Pelajar

Keperluan pelbagai kemudahan di kediaman pelajar seperti mana yang ditunjukkan dalam Jadual 2 perlu dirancang dan dilaksanakan secara berhemah dan teliti. Kesilapan di dalam membuat keputusan akan mengakibatkan kemudahan yang ada tidak dapat digunakan secara optimum atau terpaksa ditokok-tambah di kemudian hari. Kemudahan yang ingin dibina perlu dikaji dari pelbagai perspektif supaya pelajar yang menduduki kemudahan kediaman tersebut mendapat manfaat sepenuhnya. Budaya penyelenggaraan terhadap semua kemudahan yang disediakan juga adalah penting. Satu mekanisma pemantauan perlu ada, supaya penyelenggaraan secara berkala dapat dilakukan bagi memanjangkan hayat sesuatu kemudahan tersebut. Memupuk rasa tanggungjawab terhadap penjagaan kemudahan yang disediakan di kalangan pelajar adalah perlu, supaya kos penyelenggaraannya dapat dijimatkan (Fairus, 2006b). Penglibatan pelajar di dalam tadbir urus kemudahan yang terdapat di kediaman mereka akan memberi peluang kepada mereka untuk melalui proses belajar secara pratikal serta melatih kepimpinan diri dan organisasi.

Tadbir Urus

Tadbir urus kemudahan kediaman pelajar akan lebih efektif dan efesien jika mempunyai struktur organisasi yang mantap khususnya dari segi sumber tenaga manusia. Peredaran masa telah mengubah bentuk dan struktur organisasi tadbir urus kemudahan kediaman pelajar seperti mana yang telah ditunjukkan dalam rajah 1. Namun, tadbir urus kemudahan kediaman pelajar di dalam sebuah universiti mega seperti UiTM merupakan satu cabaran yang unik. Dengan latar belakang dan proses perkembangan kampus induk dan kampus-kampus UiTM negeri yang berbeza-beza, sedikit sebanyak berlaku ketidak seragaman dalam struktur organisasi tadbir urus kemudahan kediaman pelajar. Meskipun usaha menyeragaman telah dilakukan oleh pihak pengurusan namun prosesnya mengambil masa dan ini merencat serta menjadikan tadbir urus kemudahan kediaman pelajar tidak efisien.

Perkembangan kerjaya di dalam bidang tadbir urus kemudahan kediaman juga berkembang seiring dengan perkembangan masa. Pada hari ini, telah wujud pelbagai jawatan yang berkaitan dengan dalam bidang tadbir urus kemudahan kediaman yang membolehkan individu yang terlibat dalam bidang ini untuk mengembangkan kerjaya mereka. Dengan adanya laluan perkembangan kerjaya ini maka akan memberi motivasi serta meningkatkan daya produktiviti kerja.

Teknologi Komunikasi dan Maklumat

Peningkatan bilangan pelajar yang menginap di kemudahan kediaman pelajar memerlukan satu sistem tadbir urus yang lebih cekap, efektif dan effisien. Dengan adanya kemudahan infakstruktur teknologi komunikasi dan maklumat (information and communication tecnology – ICT), sistem tadbir urus harus diubah daripada kaedah tradisional yang mengambil masa dan tenaga manusia kepada sistem komputer yang lebih cepat dan menjimatkan masa dan kos. Pembangunan sistem tadbir urus menggunakan ICT akan memudahkan pelajar sebagai pengguna untuk berurusan dengan pengurusan kemudahan kediaman pelajar. Di samping itu, penjanaan dan analisan laporan akan dapat dibuat dengan lebih cepat dan tepat.

Page 10: Memperkasakan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

46

Amalan dan Budaya Kualiti

Amalan dan budaya kualiti di institut pengajian tinggi khususnya di dalam usaha mendapat pensijilan ISO di institut masing-masing bukanlah sesuatu yang baru pada masa kini. Organisasi kemudahan kediaman pelajar di institut pengajian tinggi juga tidak terkecuali dalam hal ini. Bermula dengan amalan ’5 S’, pertandingan kumpulan inovasi dan kreatif (KIK), pertandingan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) dan pertandingan Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM) serta pensijilan ISO adalah di antara amalan dan budaya kualiti yang kini telah dilaksanakan di semua kemudahan kediaman pelajar di dalam sistem UiTM.

Amalan dan budaya kualiti ini dilaksanakan atas dasar kehendak dan dorongan pengurusan atasan yang menyedari kepentingannya untuk menghasilkan graduan atau modal insan yang gemilang melalui khidmat yang cemerlang. Selain itu, amalan dan budaya kualiti ini perlu ada di dalam membentuk persiapan organisasi yang berhasrat menjadi sebuah institut pengajian tinggi bertaraf dunia. Amalan dan budaya kualiti ini harus dihayati dan diamalkan oleh setiap individu di setiap peringkat di dalam organisasi kemudahan kediaman pelajar.

Keselamatan dan Kesihatan

Kemudahan kediaman pelajar berfungsi untuk menyediakan tempat yang selamat untuk diri dan harta benda pelajar termasuklah menyediakan khidmat penyediaan makanan yang bersih dan selamat. Justeru itu, elemen keselamatan dan kesihatan yang melibat staf dan pelajar yang berada di kawasan kemudahan kediaman pelajar harus diberi perhatian yang sewajarnya. Pihak pengurusan kemudahan kediaman pelajar harus mempunyai organisasi dan rangka kerja yang boleh siap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang berkaitan dengan isu keselamatan dan kesihatan yang melibatkan staf dan pelajar.

Elemen keselamatan makanan harus dikendalikan secara bersama dengan pihak berkaitan seperti Pusat / Unit Kesihatan, pengusaha makanan dan juga jawatankuasa pelajar supaya sama-sama dapat memastikan hal yang berkaitan makanan boleh ditangani dengan secara berkesan.

Pelan tindakan kecemasan dan latihan yang berkaitan perlu diadakan secara berkala agar staf dan pelajar yang bekerja dan tinggal di kemudahan kediaman pelajar dapat mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil jika berlaku sesuatu bencana. Peralatan dan laluan kecemasan juga perlu diselenggara dengan baik dan diperiksa dari masa ke semasa.

Peningkatan bilangan pelajar yang menginap di kemudahan kediaman pelajar serta corak dan gaya hidup pelajar hari ini sedikit sebanyak telah menyumbang peningkatan kes-kes kehilangan dan kecurian harta benda di tempat tinggal mereka. Langkah pencegahan dan kempen keselamatan perlu dilakukan dari masa ke semasa demi meningkatkan kesedaran dan tahap keselamatan untuk meminimakan kes kehilangan dan kecurian di kawasan kemudahan kediaman pelajar.

Page 11: Memperkasakan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

47

Pengantabangsaan

Program pengantarabangsaan UiTM telah menyebabkan kehadiran pelajar-pelajar antarabangsa yang menginap di kemudahan kediaman pelajar. Pengalaman ini telah memberi demensi baru dalam tadbir urus kemudahan kediaman pelajar disebabkan latar belakang dan kefahaman pelajar antarabangsa yang berbeza dengan pelajar tempatan. Pertambahan bilangan pelajar antarabangsa dari tahun ke setahun memerlukan pengurusan kemudahan kediaman pelajar untuk merangka pelan pengurusan yang mantap untuk mengendalikan pelajar-pelajar ini.

KESIMPULAN

Peredaran masa dan perkembangan dunia semasa telah mengubah banyak fungsi dan peranan kemudahan kolej kediaman pelajar di institut pengajian tinggi khususnya di UiTM. Pertambahan fungsi dan peranan menjadikan urus tadir kemudahan kediaman pelajar lebih kompleks dan mencabar. Perancangan dan persiapan serta pelaksanaan tadbir urus kemudahan kediaman pelajar perlu lebih dinamik dan progresif seiring dengan keperluan masa kini dan akan datang. Perkongsian pengalaman, maklumat dan amalan terbaik di dalam tadbir urus kemudahan kediaman pelajar melalui persidangan, seminar, forum dan sebagainya seharusnya dilaksanakan secara berkala demi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah efektif dan efisien.

RUJUKAN:

Fairus Muhamad Darus. 2006a. Kepimpinan Mahasiswa Di Kolej Kediaman Memperkasakan Kemahiran Insaniah (soft skills). Seminar Kepimpinan Mahasiswa di Kolej Kediaman. 9 – 10 September 2006. Kolej Jati, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Fairus Muhamad Darus. 2006b. Budaya Penyelenggaraan Kemudahan Pelajar:

Kajian Kes Kolej Melati, Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan. 8 – 9 Ogos 2006, Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.

Fairus Muhamad Darus dan Raja Razuan Raja Deris. 2006. Peranan,

Tanggungjawab dan Cabaran Pegawai Pembangunan Pelajar di Kolej Kediaman Universiti Teknologi MARA. Seminar Tadbir urus Kolej Kediaman Zon Timur. 23 – 25 Jun 2006. Universiti Teknologi MARA Terengganu.

Jamaludin Mohaiadin. 2005. Kampus Universiti sebagai Institusi “Living-

Environment”. Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Nasional (SPARK). Hotel Century Mahkota, Melaka. 27 – 30 November 2005.

Mohd Sabri Mohd Amin. 2003. Peranan Kolej Kediaman Dalam Penbentukan

Peribadi Siswa. Kursus Biro Tatanegara Anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Shah Alam. Meru, Klang. 20 Jun 2003.

Mazura Anuar, Fairus Muhamad Darus dan Syed Yusainee Syed Yahaya. 2006.

Memperkasakan Modal Insan: Peranan Dan Cabaran Kolej Kediaman Di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Persidangan Pembangunan Pelajar

Page 12: Memperkasakan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar_Fairus

Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

48

Peringkat Kebangsaan. 8 – 9 Ogos 2006, Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.

UiTM. 2008. Buku Syarat Kemasukan ke UiTM: Program Ijazah Sarjana Muda

Sepenuh Masa Tahun Akademik 2008/2009. Wan Zawiyah Wan Abdullah dan Fairus Muhamad Darus. 2006. Tadbir urus Kolej

Kediaman Menjelang 2010. Seminar Tadbir urus Kolej Kediaman Zon Timur. 23 – 25 Jun 2006. Universiti Teknologi MARA Terengganu.

-------- Fairus Bin Muhamad Darus Fakulti Sains Gunaan [email protected] Fairus Muhamad Darus. 2008. Memperkasakan Tadbir urus Kemudahan Kediaman Pelajar Menuju Kecemerlangan Hari Esok. Dlm. Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008. Ed.: Syed Yusainee Syed Yahya, Fairus Muhamad Darus dan Adnan Omar. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).