memo check-out asrama -...

4
UNIT PENGURUSAN ASRAMA POLITEKNIK KOTA KINABALU JALAN POLITEKNIK, MENGGATAL 88450 KOTA KINABALU MEMO UNIT PENGURUSAN ASRAMA Daripada : Ketua Unit Pengurusan Asrama Kepada : Semua Penghuni Asrama Politeknik Kota Kinabalu (PKK) Sesi Disember 2013 Tarikh : 8 April 2014 Rujukan : PKK/KAMSIS/015 JLD 3 ( ) TARIKH AKHIR DAN PROSEDUR DAFTAR KELUAR ASRAMA YANG PERLU DIPATUHI OLEH PENGHUNI ASRAMA PKK SESI DISEMBER 2013 Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan kepada semua penghuni asrama PKK sesi Disember 2013 bahawa tarikh akhir untuk daftar keluar daripada asrama PKK adalah sebelum atau pada 25 April 2014 jam 4.30 petang. 3. Sehubungan dengan itu, semua penghuni asrama PKK sesi Disember 2013 diminta untuk mematuhi prosedur daftar keluar berikut iaitu : 3.1 Sebelum daftar keluar pastikan : i. Semua peralatan di dalam bilik berada di dalam keadaan baik, sempurna dan lengkap seperti katil, almari, kerusi, meja, tilam, kipas, lampu, soket dan lain- lain (laporkan jika rosak) ii. Kunci bilik asrama berada dalam simpanan dan bertag serta tombol kunci berfungsi dan dalam keadaan baik (laporkan jika rosak) iii. Melengkapkan Borang Daftar Keluar Asrama seperti yang dilampirkan dengan memo ini

Upload: danglien

Post on 06-Feb-2018

255 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: memo check-out asrama - spmp.polikk.edu.myspmp.polikk.edu.my/ukamsisv2/pdfdokumen/borangcheckout.pdf · unit pengurusan asrama politeknik kota kinabalu jalan politeknik, menggatal

UNIT PENGURUSAN ASRAMA POLITEKNIK KOTA KINABALU JALAN POLITEKNIK, MENGGATAL 88450 KOTA KINABALU

MEMO UNIT PENGURUSAN ASRAMA

Daripada : Ketua Unit Pengurusan Asrama

Kepada : Semua Penghuni Asrama Politeknik Kota Kinabalu (PKK) Sesi Disember 2013

Tarikh : 8 April 2014

Rujukan : PKK/KAMSIS/015 JLD 3 ( )

TARIKH AKHIR DAN PROSEDUR DAFTAR KELUAR ASRAMA YANG PERLU DIPATUHI

OLEH PENGHUNI ASRAMA PKK SESI DISEMBER 2013

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan kepada semua penghuni asrama PKK sesi Disember 2013 bahawa

tarikh akhir untuk daftar keluar daripada asrama PKK adalah sebelum atau pada 25 April 2014

jam 4.30 petang.

3. Sehubungan dengan itu, semua penghuni asrama PKK sesi Disember 2013 diminta

untuk mematuhi prosedur daftar keluar berikut iaitu :

3.1 Sebelum daftar keluar pastikan :

i. Semua peralatan di dalam bilik berada di dalam keadaan baik, sempurna dan

lengkap seperti katil, almari, kerusi, meja, tilam, kipas, lampu, soket dan lain-

lain (laporkan jika rosak)

ii. Kunci bilik asrama berada dalam simpanan dan bertag serta tombol kunci

berfungsi dan dalam keadaan baik (laporkan jika rosak)

iii. Melengkapkan Borang Daftar Keluar Asrama seperti yang dilampirkan dengan

memo ini

Page 2: memo check-out asrama - spmp.polikk.edu.myspmp.polikk.edu.my/ukamsisv2/pdfdokumen/borangcheckout.pdf · unit pengurusan asrama politeknik kota kinabalu jalan politeknik, menggatal

UNIT PENGURUSAN ASRAMA POLITEKNIK KOTA KINABALU JALAN POLITEKNIK, MENGGATAL 88450 KOTA KINABALU

3.2 Semasa daftar keluar pastikan:

i. Bilik berada di dalam keadaan bersih dan kemas – lantai bilik disapu, tilam

disandarkankan, laci meja dibersihkan dan ditelungkupkan, almari dibersihkan,

suis lampu dan kipas ditutup, sampah dikutip dan dibuang di rumah sampah

ii. Semua barang dan peralatan peribadi telah dikeluarkan daripada bilik termasuk

nota atau dokumen yang ditampal di dinding bilik dan softboard.

iii. Pastikan semua tingkap ditutup dan pintu dikunci

iv. Menghantar sendiri Borang Daftar Keluar Asrama yang telah disahkan dan

ditandatangani oleh warden blok masing-masing bersama kunci bilik yang betul

dengan tag di pejabat Unit Pengurusan Asrama PKK pada waktu pejabat (wakil

atau borang yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap sebagai

tidak daftar keluar)

v. Menandatangani sendiri Buku Daftar Penghuni Asrama pada ruangan daftar

keluar

vi. Selepas daftar keluar, pelajar tidak dibenarkan sama sekali masuk semula ke

bilik asrama tanpa kebenaran warden asrama.

4. Penghuni asrama yang gagal mematuhi prosedur daftar keluar yang telah ditetapkan

akan dikenakan denda seperti berikut :

4.1 Denda RM5.00 bagi setiap item yang kotor seperti bilik, perabot, wing, ruang legar

dan tandas, tidak menutup suis lampu dan kipas dan tidak mengeluarkan barang

dan peralatan kepunyaan peribadi

4.2 Denda RM50.00 bagi penghuni asrama yang tidak daftar keluar

4.3 Membayar ganti rugi bagi kerosakan perabot atau peralatan di dalam bilik mengikut

kadar yang telah ditetapkan

4.4 Membayar ganti rugi bagi perabot atau peralatan yang didapati hilang

Page 3: memo check-out asrama - spmp.polikk.edu.myspmp.polikk.edu.my/ukamsisv2/pdfdokumen/borangcheckout.pdf · unit pengurusan asrama politeknik kota kinabalu jalan politeknik, menggatal

UNIT PENGURUSAN ASRAMA POLITEKNIK KOTA KINABALU JALAN POLITEKNIK, MENGGATAL 88450 KOTA KINABALU

5. Penghuni asrama yang gagal untuk menjelaskan denda yang dikenakan seperti di atas

akan menyebabkan slip keputusan peperiksaan anda ditahan oleh Unit Peperiksaan dan hanya

akan diserahkan kepada anda setelah denda yang dikenakan tersebut dijelaskan.

6. Bagi penghuni asrama yang terpaksa untuk daftar keluar selepas daripada tarikh akhir

yang telah ditetapkan adalah dikehendaki untuk membuat permohonan secara bertulis ke

pejabat Unit Pengurusan Asrama dengan memberikan alasan dan bukti yang kukuh dan

munasabah sebelum atau pada 21 April 2014 jam 4.30 petang.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Saya Yang Menurut Perintah”

(AZMIY BIN LAKATU) Ketua Unit Unit Pengurusan Asrama Politeknik Kota Kinabalu

s.k 1. Pengarah 4. Ketua Warden

2. Timbalan Pengarah Sokongan Akademik 5. Warden

3. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar 6. Fail

Page 4: memo check-out asrama - spmp.polikk.edu.myspmp.polikk.edu.my/ukamsisv2/pdfdokumen/borangcheckout.pdf · unit pengurusan asrama politeknik kota kinabalu jalan politeknik, menggatal

UNIT PENGURUSAN ASRAMA POLITEKNIK KOTA KINABALU JALAN POLITEKNIK, MENGGATAL 88450 KOTA KINABALU

BORANG DAFTAR KELUAR ASRAMA

Sesi :

Nama Pelajar :

No. K/P : No. Pendaftaran :

Nama Blok / Aras / No. Bilik : No. Telefon :

Sebab daftar keluar (*sila potong yang tidak berkenaan) : * KEMAHUAN SENDIRI / CUTI SEMESTER

Alamat Tempat Tinggal :

No. Telefon Ibubapa / Penjaga : No. Telefon Rumah :

Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya akan mendaftar keluar daripada asrama PKK berdasarkan

sebab di atas dan saya telah memaklumkan serta mendapat kebenaran daripada ibubapa / penjaga

saya berkenaan perkara ini. Saya juga telah memastikan bahawa keadaan bilik saya adalah bersih dan

kemas serta perabot dan peralatan asrama di bilik saya adalah lengkap, teratur dan dalam keadaan

baik. Saya dengan ini bersedia untuk menerima apa-apa tindakan / denda daripada pihak pengurusan

asrama sekiranya saya gagal mematuhi prosedur daftar keluar yang sedang berkuatkuasa.

Tandatangan Pelajar : Tarikh :

PENGESAHAN WARDEN

Tandatangan Warden :

Nama Warden :

Tarikh :