membaling dan menangkap

7
Kemahiran Pertama: Balingan Bola a. Balingan bahu b. Balingan lantun c. Balingan aras dada

Upload: pokkohangguk

Post on 20-Jul-2015

1.129 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Membaling dan menangkap

Kemahiran Pertama:Balingan Bola

a. Balingan bahu

b. Balingan lantun

c. Balingan aras dada

Page 2: Membaling dan menangkap

Hantaran BahuCara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan Bola Baling. Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan badannya.

Page 3: Membaling dan menangkap

Hantaran Lantun

Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini biasanya dilakukan dengan sebelah tangan.

Page 4: Membaling dan menangkap

Balingan Aras DadaBerasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. Sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.

Page 5: Membaling dan menangkap

Cara Menangkap Bola

• Dengan kedua belah tangan – bola aras muka

Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.

Page 6: Membaling dan menangkap

Cara Menangkap Bola• Dengan kedua belah tangan – bola rendah

Untuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa menangkap bola.

Page 7: Membaling dan menangkap

Cara Menangkap Bola• Menangkap Bola Tinggi

Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas.