memasyarakatkan masjid dan memasjidkan...

7
Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2015) (e-ISBN 978-967-13087-0-7). 1-2 December 2015, Shah Alam, Selangor, MALAYSIA. Page 1 MEMASYARAKATKAN MASJID DAN MEMASJIDKAN MASYARAKAT: SATU TINJAUAN DI SURAU AD DEENIAH,PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA. Puan Siti Rashidah binti Abd Razak Jabatan Pendidikan Islam,Fakulti Pendidikan KUIS [email protected] Encik Kamal Eazzat bin Mat Isa Jabatan Perhubungan Awam(Seksyen Hal Ehwal Islam) Pusat Perubatan Universiti Malaya [email protected] ABSTRAK Masjid adalah institusi penting dalam Islam.Fungsinya tidak terhad bagi urusan solat lima waktu semata-mata,bahkan melangkaui urusan kemasyarakatan dan sosial. Jawatankuasa masjid di bawah pengurusan Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam Universiti Malaya memainkan peranan penting dalam memasyarakatkan masjid dan memasjidkan masyarakat.Kertas kerja ini akan menjelaskan latar belakang pembinaan Surau Ad Deeniah, fungsi utama Ad Deeniah di PPUM, sorotan berkaitan pengurusan dan pentadbiran serta program dan aktiviti yang disusun oleh pihak jawatankuasa bagi memasyarakatkan masjid khususnya bagi warga kerja PPUM dan pelawat yang berurusan di PPUM amnya. Kata kunci: Memasyarakatkan masjid,memasjidkan masyarakat Pengenalan Konsep tamadun Islam dibina atas kerangka agama Islam itu sendiri sebagai satu cara hidup. Justeru ia terbina berdasarkan akidah,syariah, akhlak dan semua prinsip Islam yang mengikatnya .Keistimewaan ini membezakan Islam dengan tamadun-tamadun yang lain di dunia. Dalam pembinaan tamadun yang kukuh Islam menekankan keperluan bagi memelihara konsep hak Allah,hak manusia dan hak alam. Tuntasnya,keperluan bagi mengimbau kembali konsep kemasyarakatan dalam Islam yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w adalah satu kewajipan. Konsep Kemasyarakatan Islam. Fitrah manusia adalah hidup bermasyarakat. Masing-masing saling perlu-memerlukan di antara satu dengan yang lain. Keperluan setiap individu tidak berdiri dengan sendirinya tanpa sokongan masyarakat di sekelilingnya. Hal ini sejajar dengan firman Allah dalam Surah Al Hujurat ayat 13:

Upload: phunghanh

Post on 08-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMASYARAKATKAN MASJID DAN MEMASJIDKAN …conference.kuis.edu.my/i-maf/images/eproceedings/2015/masjid/m06... · Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf

Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2015) (e-ISBN 978-967-13087-0-7). 1-2 December 2015, Shah Alam, Selangor, MALAYSIA. Page 1

MEMASYARAKATKAN MASJID DAN MEMASJIDKAN MASYARAKAT: SATU TINJAUAN DI SURAU AD DEENIAH,PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI

MALAYA.

Puan Siti Rashidah binti Abd Razak Jabatan Pendidikan Islam,Fakulti Pendidikan KUIS

[email protected]

Encik Kamal Eazzat bin Mat Isa Jabatan Perhubungan Awam(Seksyen Hal Ehwal Islam)

Pusat Perubatan Universiti Malaya [email protected]

ABSTRAK

Masjid adalah institusi penting dalam Islam.Fungsinya tidak terhad bagi urusan solat lima waktu semata-mata,bahkan melangkaui urusan kemasyarakatan dan sosial. Jawatankuasa masjid di bawah pengurusan Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam Universiti Malaya memainkan peranan penting dalam memasyarakatkan masjid dan memasjidkan masyarakat.Kertas kerja ini akan menjelaskan latar belakang pembinaan Surau Ad Deeniah, fungsi utama Ad Deeniah di PPUM, sorotan berkaitan pengurusan dan pentadbiran serta program dan aktiviti yang disusun oleh pihak jawatankuasa bagi memasyarakatkan masjid khususnya bagi warga kerja PPUM dan pelawat yang berurusan di PPUM amnya. Kata kunci: Memasyarakatkan masjid,memasjidkan masyarakat

Pengenalan Konsep tamadun Islam dibina atas kerangka agama Islam itu sendiri sebagai satu cara hidup. Justeru ia terbina berdasarkan akidah,syariah, akhlak dan semua prinsip Islam yang mengikatnya .Keistimewaan ini membezakan Islam dengan tamadun-tamadun yang lain di dunia. Dalam pembinaan tamadun yang kukuh Islam menekankan keperluan bagi memelihara konsep hak Allah,hak manusia dan hak alam. Tuntasnya,keperluan bagi mengimbau kembali konsep kemasyarakatan dalam Islam yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w adalah satu kewajipan. Konsep Kemasyarakatan Islam. Fitrah manusia adalah hidup bermasyarakat. Masing-masing saling perlu-memerlukan di antara satu dengan yang lain. Keperluan setiap individu tidak berdiri dengan sendirinya tanpa sokongan masyarakat di sekelilingnya. Hal ini sejajar dengan firman Allah dalam Surah Al Hujurat ayat 13:

Page 2: MEMASYARAKATKAN MASJID DAN MEMASJIDKAN …conference.kuis.edu.my/i-maf/images/eproceedings/2015/masjid/m06... · Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf

Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2015) (e-ISBN 978-967-13087-0-7). 1-2 December 2015, Shah Alam, Selangor, MALAYSIA. Page 2

13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal -kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).1 Maksud Masyarakat Menurut Kamus Dewan2,masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama iaitu dalam sesuatu tempat dengan peraturan—peraturan dan cara-cara tertentu.Manakala masyarakat Islam pula membawa maksud sebuah masyarakat yang terdiri daripada orang Islam dan orang bukan Islan yang mengamalkan peraturan-peraturan asas Islam dalam melaksanakan hak dan tanggungjawab bermasyarakat. Pembentukan Masyarakat Baharu Masyarakat Islam yang pertama dibentuk ialah masyarakat yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w di Madinah selepas peristiwa hijrah. Pembentukan masyarakat Islam di Madinah terbina berdasarkan akidah,akhlak dan syariah Islam.Ia diikuti dengan proses persaudaraan dan pembinaan masjid. Pembinaan Masjid Nabawi Masjid yang pertama dibina dinamakan sebagai Masjid Nabawi. Baginda meminta supaya masjid dibina di tempat untanya berhenti semasa ketibaan baginda di Madinah. Tanah tersebut dibeli daripada dua orang anak yatim yang memilikinya. Baginda sendiri terlibat dalam proses pembinaan masjid tersebut. Tanah di mana tempat masjid itu dibina adalah tanah perkuburan lama orang Musyrikin. Di situ juga terdapat runtuhan bangunan usang,kebun kurma dan pokok-pokok. Rasulullah s.a.w telah memerintahkan supaya kubur orang musyrikin dibongkar dan runtuhan bangunan usang itu diratakan sementara pokok kurma dan pokok-pokok lain ditebang dan diatur di arah kiblat masjid. Kiblat masjid ketika itu menghala ke Baitul Maqdis.Dua galang pintunya dibuat daripada batu,sementara dindingnya diperbuat daripada bata dan tanah liat. Atapnya pula dibuat daripada pelepah-pelepah tamar sementara tiangnya dibuat daripada batang tamar. Lantainya dihamparkan dengan pasir dan batu kerikil. Masjid itu dibuat dengan tiga pintu. Panjangnya dari kiblat hingga hujungnya ialah seratus hasta,sementara kiri kanannya juga seperti itu atau kurang sedikit. Tapak asasnya hampir tiga hasta.3 Fungsi Asas Masjid Masjid merupakan lambang persaudaraan dan kesatuan umat Islam.Masjid berfungsi sebagai pusat untuk mendirikan solat 5 waktu secara berjemaah. Selain itu masih juga mempunyai fungsi-fungsi lain yang tidak terhad setakat tempat untuk mendirikan solat semata-mata. Masjid juga berfungsi sebagai tempat pertemuan orang Islam untuk mempelajari ilmu pengetahuan Islam dan bimbingan-bimbingannya. Dalam sejarah baginda Rasulullah s.a.w turut menjadikan masjid sebagai pusat penyampaian dan penyebaran ilmu Islam.Pada ketika itu sistem pendidikan berpusat di masjid di mana baginda merupakan Murabbi manakala ql Quran dan as Sunnah adalah silibus utama ketika itu. Bagi memastikan kesucian masjid sebagai tempat ibadah maka nabi s.a.w telah membina sebuah surau yang bersambung dengan masjid tersebut dikenali sebagai al Suffah.Ia boleh dikatakan sebagai sekolah kerana kegiatan pengajaran dan pembelajaran dijalankan di situ lebih sistematik dan

1 Al Qur’an:Al Hujurat:13

2 Kamus Dewan Edisi 4

3 Al Rahiq Al Makhtum(SirahNabawiyyah S.A.W) ms. 264

Page 3: MEMASYARAKATKAN MASJID DAN MEMASJIDKAN …conference.kuis.edu.my/i-maf/images/eproceedings/2015/masjid/m06... · Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf

Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2015) (e-ISBN 978-967-13087-0-7). 1-2 December 2015, Shah Alam, Selangor, MALAYSIA. Page 3

formal. Metod pengajaran adalah dalam bentuk halaqah dan disampaikan pula melalui kaedah syarahan dan praktikal.4 Ringkasnya masjid merupakan pusat agama dan kemasyarakatan. Di dalam penulisan ini pengkaji berkongsi hasil tinjauan dan penyelidikan fungsi Surau ad Deeniah,Pusat Perubatan Universiti Malaya dalam memasyarakatkan masjid dan memasjidkan masyarakat. Kata kunci Memasyarakatkan masjid Terma memasyarakatkan masjid yang digunakan oleh pengkaji adalah bagi melihat sejauh mana masjid dijadikan sebagai pusat kemasyarakatan khususnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM). Memasjidkan masyarakat Terma memasjidkan masyarakat pula merujuk kepada kegiatan-kegiatan masjid yang dilaksanakan melibatkan masyarakat setempat khususnya staf di PPUM. Pengenalan Surau Ad Deeniah,PPUM Surau Ad Deeniah PPUM merupakan surau Jumaat di bawah seliaan Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam Pusat Perubatan Universiti Malaya. Surau ini terletak setentang bangunan Menara Timur hospital dan berhampiran dengan Kompleks Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak(KWKK) PPUM. Surau yang boleh menampung seramai 300 ke 350 Jemaah dalam satu-satu masa dan ruang solat sementara dibuka bagi menampung jemaah bagi solat Jumaat. Surau ini mempunyai ruang solat lelaki dan perempuan,mimbar, tandas lelaki dan perempuan,ruang wudu’,ruang persalinan wanita, pejabat Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam PPUM,dewan serbaguna,bilik pegawai surau dan bilik mandi dan pengurusan jenazah. Fungsi Surau Ad Deeniah PPUM Selain menyediakan ruang utama untuk menunaikan solat Jumaat bagi kakitangan di PPUM dan pelawwat ,Surau Ad Deeniah turut menjalankan solat lima waktu secara berjemaah dengan jadual imam yang diselia oleh Ketua Pegawai Surau.Setiap waktu sama ada hari bekerja atau cuti umum, solat berjemaah akan dilaksanakan di surau ini mengikut jadual yang telah ditetapkan. Keadaan ini memudahkan para staf yang bertugas dan pelawat untuk sama-sama mendirikan solat secara berjemaah di surau ini. Pelbagai yang disusun oleh pihak PKKPI bagi memasjidkan masyarakat dan memasyarakatkan masjid.Fungsinya turut bertambah dari sehari ke sehari apabila PPUM turut tersenarai sebagai Hospital Mesra Ibadah. Organisasi Pengurusan Surau Ad Deeniah adalah di bawah kelolaan Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam PPUM.Persatuan di dalam perlembagaannya telah bersetuju bagi mengadakan pemilihan ahli jawatankuasa setiap dua tahun sekali.Proses pemilihan adalah seperti pengundian biasa iaitu proses pencalonan, pengundiandan kemudian mesyuarat agong tahunan. Ahli jawatankuasa PKPPI dilantik melalui proses pemilihan ini dengan tambahan ahli jawatankuasa kerja tambahan bagi melancarkann proses pengurusan dan pelaksanaan program dan aktivi ti yang disusun. Jawatankuasa diketuai oleh Yang Dipertua dan dipilih berdasarkan jumlah majoriti undian bagi calon yang telah bertanding untuk jawatan tersebut.Manakala ahli jawatankuasa yang lain biasanya

4 Ghazali Darusalam,Prinsip-prinsip Metodologi Pendidikan Islam dalam Pedagogogi Pendidikan Islam,m.s 59-

60

Page 4: MEMASYARAKATKAN MASJID DAN MEMASJIDKAN …conference.kuis.edu.my/i-maf/images/eproceedings/2015/masjid/m06... · Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf

Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2015) (e-ISBN 978-967-13087-0-7). 1-2 December 2015, Shah Alam, Selangor, MALAYSIA. Page 4

ditentukan oleh senarai akhir yang mendapat jumlah undi yangg besar kurang lebih 10 ke 15 ahli semuanya.Yang Dipertua Persatuan secara automatik adalah Pengerusi bagi Surau Ad Deeniah. Sebarang aktiviti dan program kendalian surau adalah di bawah pemantauan YDP selaku pengerusi Surau. PKPPI akan mengadakan mesyuarat bulanan setiap bulan atau 2 bulan sekali bagi memstikan program yang disusun berjalan lancar dan isu-isu berkaitan persatuan,ahli dan surau dapat diatasi bersama. Pegawai Surau Secara umumnya semua pegawai surau adalah staf serta bekas staf PPUM.Pegawai surau iaitu imam bilal dan siak surau ini kesemuanya mendapat tauliah di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.Kesemuanya terlibat dalam memenuhi jadual imam bagi solat fardu,solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri dan aidil adha. Seorang wakil pekerja turut dilantik bagi menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan surau. Selain mendapat elauan tugas dari pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, para pegawai surau turut diberi sumbangan honararium bulanan oleh pihak persatuan. Honararium tersebut bagi menghargai amanah yang dilaksanakan oleh pihak pegawai. Pegawai Surau diketuai oleh Ketua Pegawai Surau iaitu Imam 1. Ketua Pegawai Surau bertanggungjawab dalam memastikan setiap pegawai yang dijadualkan bertugas hadir pada masa yang ditetapkan serta membuat pemakluman sekiranya memerlukan gantian dan pertukaran tugas. Ketua Pegawai Surau akan memangil pegawai surau untuk bermesyuarat atas keperluan atau setiap dua bulan sekali. Jadual pengajian zuhur. Selain itu surau ini turut menjalankan kelas pengajian pada waktu Zuhur. Jadual pengajian disusun oleh pihak PKPPI manakala pengajian meliputi fardu ain,al Qur’an, fikah dan kuliah muslimah.Guru yang menyampaikan kuliah tersebut dijemput khas dari luar dan dalam PPUM dan kelas pengajian ini turut terbuka kepada semua staf dan pelawat hospital. Program Ihya’ Ramadan PKPPI dan Surau Ad Deeniah turut terlibat dalam menghidupkan Ramadan. Solat terawih diadakan begitu juga solat jemaah bagi maghrib dan Isyak pada bulan Ramadan.Bagi mendapatkan kelainan imam luar turut dijemput bagi mengimamkan solat sunat terawih.Bekalan juga diagih-agihkan kepada staf yang bertugas sewaktu berbuka puasa.Proses agihan ini dibuat secara teratur iaitu setiap jabatan yang stafnya bertugas pada waktu berbuka akan memberi jumlah bungkusan yang diperlukan.Sekitar 30 minit sebelum berbuka wakil dari jabatan berkenaan perlu mengambil di pusat agihan di Dewan Serbaguna Surau Ad Deeniah..Selain itu, setiap hari juadah berbuka turut disediakan untuk mereka yang berbuka secara berjemaah di surau Ad Deeniah. Pada waktu malamnya pula,selepas solat terawih dan witir,jamuan moreh turut disediakan. Pada siang hari di bulan Ramadan,pihak PKPPI dengan kerjasama Surau Ad Deeniah mengadakan majlis tadarus al Qur’an.Kumpulan tadarus dibahagikan oleh pihak jawatankuasa dengan mengagihkna juzuk- juzuk tertentu kepada kumpulan-kumpulan yang terlibat.Pada majlis iftar jamaie majlis khatam al Qur’an turut diadakan bagi meraikan kejayaan menamatkan tadarus al Qur’an pada bulan yang mulia itu. Solat Sunat Hari raya Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Ad deeniah turut mengadakan solat sunat hari raya. Pada kebiasaannya mereka yang hadir adalah dalam kalangan staf yang tidak bercuti serta pelawat dan waris keluarga pesakit. Selain itu, PKPPI dengan kerjasama surau Ad Deeniah turut meraikan mereka dengan mengadakan jamuan raya di perkarangan surau selepas solat sunat hari raya selesai.

Page 5: MEMASYARAKATKAN MASJID DAN MEMASJIDKAN …conference.kuis.edu.my/i-maf/images/eproceedings/2015/masjid/m06... · Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf

Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2015) (e-ISBN 978-967-13087-0-7). 1-2 December 2015, Shah Alam, Selangor, MALAYSIA. Page 5

Korban dan akikah Surau dengan kendalian pihak PKPPI menganjurkan program korban dan akikah pada setiap tahun.Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli dan bukan ahli .Proses penyembelihan,melapah dan memasak dilakukan secara bergotong-royong di perkarangan surau Ad Deeniah. Program Khatan Perdana Setiap kali cuti persekolahan panjang pihak PKPPI dengan kerjasama Surau Ad Deeniah akan mengadakan program khatan perdana.Dalam program tersebut setiap peserta dikenakan yuran yang meliputi kos berkhatan serta majlis meraikan mereka yang bakal berkhatan.Pada majlis tersebut peserta akan diarak beramai-ramai dengan iringan kompang.Kemuadian majlis turut dihadiri oleh pengarah PPUM serta pihak peengurusan PPUM. Majlis Meraikan Pesara dan Penerima Anugerah Selain itu pihak PKKPI dan surau Ad deeniah turut para pesara dan penerima anugerah kecemerlangan akademik dalam kalangan ahli dan anak-anak dalam peperiksaan awam.Pada majlis tersebut pihak PKPPI turut mengeluarkan sumbangan wang serta sijil penghargaan diiringi cenderahati. Program Kem Ibadah Cuti Sekolah Pada julung-julung kalinya pada cuti persekolahan akhir tahun 2015 pihak PKPPI dengan kerjasama Surau Ad Deeniah melantik pihak konsultan bagi mengadakan kem ibadah bagi anak-anak yang sedang bercuti.Penyertaan adalah terbuka kepada ahli dan bukan ahli. Ilat,kecemasan dan kematian PKPPI turut menyumbang sumbangan berbentuk wang bagi menampung keperluan ahli dan waris sekiranya menghadapi i’illat,kecemasan mahupun kematian. Persatuan turut menyediakan sedikit dana bagi ahli sekiranya terpaksa membuat pinjaman kecemasan dari tabung Persatuan. Sukan Selain acara ilmiah dan keraian,PKPPI turut menganjurkan aktiviti berbentuk sukan.Pada tahun-tahun yang lepas pihak PKPPI telah beberapa kali menganjurkan sukan boling, sukan memanah dan perlawanan persahabatan badminton. Hadiah dan cenderahati diperolehi sama ada dari tajaan mahupun dana yang diluluskan oleh pihak persatuan. Khidmat Ummah Surau Ad Deeniah dengan kerjasama Pusat Alkohol Rehab(REHAB) telah melaksanakan program rawatan rintis yang menawarkan pendekatan baharu untuk rawatan ketagihan.Ia menggabungkan pengurusan methadon dengan kaunseling Islam. Rawatan ini telah berjalan selama 3 tahun dan menunjukkan beberapa kejayaan. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan sangat teruja dengan keputusan projek rintis tersebut dan sedang mengkaji bagi melaksanakannya ke seluruh negara. Kombinasi antara rehab dengan unsur agama dan kerohanian bukanlah satu idea baharu.Program sedemikian telah banyak dipelopori oleh mereka di barat.Pendekatan agama ini turut mempunyai kekangannya sendiri dan secara umumnya bukan semua pesakit berjaya dipulihkan dengan kaedah ini. Pihak PKPPI PPUM turut menganjurkan beberapa kursus untuk ahli dan bukan ahli.Antara kursus yang telah dilaksanakan termasuklah kursus imam contohnya pada 2013.Kursus tersebut adalah di bawah kendalian PKPPI dengan kerjasama surau dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Imam yang bertauliah dijemput untuk mengisi siri kursus tersebut yang mengandungi perbincangan teori dan praktikal sebagai imam.

Page 6: MEMASYARAKATKAN MASJID DAN MEMASJIDKAN …conference.kuis.edu.my/i-maf/images/eproceedings/2015/masjid/m06... · Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf

Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2015) (e-ISBN 978-967-13087-0-7). 1-2 December 2015, Shah Alam, Selangor, MALAYSIA. Page 6

Pihak PKKPI dengan kerjasama surau juga telah mengadakan kursus asas penyembelihan.Pada 2015 baru-baru ini pihak persatuan telah menghantar empat orang wakil bagi mendalami isu-isu berkaitan penyembelihan serta praktikal penyembelihan. Solat hajat dan bacaan yaasin serta pengurusan jenazah Pihak Surau Ad Deeniah turut meraikan permohonan staf dan pengunjung bagi mengadakan solat hajat khas mahupun bacaan yaasin bagi waris mereka yang sedang dirawat di wad.Sejak pembabitan PPUM sebagai Hospital Mesra Ibadah satu lagi bidang tugas pegawai surau dengan kerjasama pihak seksyen hal ehwal Islam Perhubungan Awam PPUM Ketua Pegawai Surau serta timnya turut menerima bagi urusan jenazah. Sebelum ini jenazah orang Islam hanya diuruskan di bilik mayat tetapi kini satu bilik mandi dan urusan jenazah telah dibina di perkarangan Surau ini. Dana Dan kutipan Bagi menjalankan setiap program dan aktiviti tentulah memerlukan sejumlah kutipan dan dana.Surau Ad Deeniah melalui PKPPI menyediakan khidmat pemotongan gaji bagi melangsaikan yuran ahli. Melalui skim potongan itulah pihak persatuan mendapatkan dana.Selain itu setiap hari Jumaat kutipan turut dibuat dan kebiasaannya jumlah kutipan mencecah ribuan ringgit. Selain itu pihak PKPPI juga mengadakan jualan air mineral di perkarangan surau dengan harga RM1 setiap botol dan tabung bagi bayaran disediakan di situ. Cadangan dan Perancangan Dengan ruang yang terhad serta bangunan yang kecil semakin sukar untuk mengadakan pelbagai aktiviti di Surau ini sahaja. Satu cadangan telah dikemukakan bagi mendapatkan tapak tetap kompleks masjid di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan( JAWI).Walaubagaimanapun proses tersebut masih di peringkat perbincangan dan belum ada kata putus mengenainya. PENUTUP Berdasarkan usaha, pengurusan,program dan aktiviti yang dilaksanakan di Surau Ad Deeniah jelas menunjukkan kepada kita usaha murni pihak persatuan dan surau bagi memasjidkan masyarakat iaitu dengan mengimarahkan surau ini dengan pelbagai aktiviti yang boleh diikuti oleh masyarakat sama ada dalam kalangan staf mahupun pengunjung. Selain itu masyarakat juga lebih dekat kepada masjid berbanding hanya menggunakan fungsinya asasnya yang sangat terhad iaitu bagi mendirikan solat sahaja. Ringkasnya pihak masjid di pusat perubatan dan hospital yang lain perlu membuat perbincangan dan mengambil kira pengalaman pihak PKPPI dan Surau Ad Deeniah dalam mengimarahkan masjid dan pusat Islam institusi masing-masing.Ini sejajar dengan promosi Hospital Mesra Ibadah dan menjaga kebajikan serta habbalu minan nas.

Page 7: MEMASYARAKATKAN MASJID DAN MEMASJIDKAN …conference.kuis.edu.my/i-maf/images/eproceedings/2015/masjid/m06... · Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf

Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2015) (e-ISBN 978-967-13087-0-7). 1-2 December 2015, Shah Alam, Selangor, MALAYSIA. Page 7

Rujukan Al Qur’an Kamus Dewan Edisi 4,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur:2005 Ghazali Darusalam( 2001) ,Prinsip-prinsip Metodologi Pendidikan Islam dalam Pedagogogi Pendidikan Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Muhammad Ramzi Omar( 2011)Al Rahiq Al Makhtum(SirahNabawiyyah S.A.W) Kuala Lumpur:Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Buku Perlembagaan Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam Hospital Universiti(t.t),Kuala Lumpur Fail Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam Universiti Malaya