memastikan tahap pendidikan daripada segi … manifesto bn.pdf · kaedah sistem air graviti dalam...

10
1 Transformasi Kota Marudu Kota Yang Membangun, Maju dan Berdaya Saing MEMASTIKAN TAHAP PENDIDIKAN DARIPADA SEGI PERKHIDMATAN DAN INFRASTRUKTUR FIZIKAL ADALAH SETARAF DENGAN DAERAH-DAERAH LAIN SERTA MENEPATI STANDARD NASIONAL Meneruskan usaha untuk membina bangunan-bangunan sekolah baru demi memenuhi keperluan pendidikan di Kota Marudu. Misalnya, cadangan untuk membina sekolah rendah di kawasan terpencil yang boleh menyediakan kemudahan kepada kampung-kampung seperti Kg Lingkabungan 2, Kg Makatol Darat, Kg Makatol Laut, Kg Bombong 3, Kg Munguou, Bambangan dan Gontoi, di mana yang sesuai. Cadangan pembinaan sebuah SMK baru juga turut diberi perhatian khususnya di kawasan Marak Parak. Infrastruktur asas lain di sekolah-sekolah yang berkenaan juga akan ditambahbaik bagi mendekati sasaran kita untuk meningkatkan pencapaian para pelajar di sekolah rendah dan menengah. Kerjasama strategik di antara Ahli Parlimen dan pihak swasta untuk memberi peluang kepada para pelajar Kota Marudu melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tinggi melalui penawaran biasiswa. Setakat ini kita menerima tawaran biasiswa daripada dua buah universiti/kolej swasta. Usaha akan dipertingkatkan untuk memperbanyakkan lagi penyediaan biasiswa khas untuk para pelajar Kota Marudu dalam bidang-bidang utama demi melahirkan lebih ramai tenaga kerja warga Kota Marudu yang profesional dan terlatih.

Upload: phungnguyet

Post on 30-Mar-2019

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Transformasi Kota MaruduKota Yang Membangun, Maju dan Berdaya Saing

MEMASTIKAN TAHAP PENDIDIKAN DARIPADA SEGI PERKHIDMATAN DAN INFRASTRUKTUR FIZIKAL ADALAH SETARAF DENGAN DAERAH-DAERAH LAIN

SERTA MENEPATI STANDARD NASIONAL

Meneruskan usaha untuk membina bangunan-bangunan sekolah baru demi memenuhi keperluan pendidikan di Kota Marudu. Misalnya, cadangan untuk membina sekolah rendah di kawasan terpencil yang boleh menyediakan kemudahan kepada kampung-kampung seperti Kg Lingkabungan 2, Kg Makatol Darat, Kg Makatol Laut, Kg Bombong 3, Kg Munguou, Bambangan dan Gontoi, di mana yang sesuai. Cadangan pembinaan sebuah SMK baru juga turut diberi perhatian khususnya di kawasan Marak Parak.

Infrastruktur asas lain di sekolah-sekolah yang berkenaan juga akan ditambahbaik bagi mendekati sasaran kita untuk meningkatkan pencapaian para pelajar di sekolah rendah dan menengah.

Kerjasama strategik di antara Ahli Parlimen dan pihak swasta untuk memberi peluang kepada para pelajar Kota Marudu melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tinggi melalui penawaran biasiswa. Setakat ini kita menerima tawaran biasiswa daripada dua buah universiti/kolej swasta. Usaha akan dipertingkatkan untuk memperbanyakkan lagi penyediaan biasiswa khas untuk para pelajar Kota Marudu dalam bidang-bidang utama demi melahirkan lebih ramai tenaga kerja warga Kota Marudu yang profesional dan terlatih.

2

Meneruskan sokongan dan kerjasama dengan pihak sekolah untuk mendedahkan para pelajar kepada konsep pembelajaran yang baru seperti lawatan sambil belajar dan penganjuran seminar dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan.

Meneruskan sokongan dan bantuan kepada aktiviti–aktiviti yang dijalankan oleh PIBG-PIBG untuk meningkatkan penglibatan aktif para ibubapa dalam agenda kita untuk memperkasakan pendidikan di Kota Marudu.

Berusaha mencapai sasaran sekurang-kurangnya satu graduan bagi setiap kampung menjelang tahun 2016 dan satu graduan dalam setiap keluarga menjelang tahun 2020 melalui sokongan program motivasi, bantuan penempatan di IPTA/IPTS serta pemberian dana dan biasiswa awam/swasta kepada yang layak.

“Pendidikan! Pendidikan! Pendidikan!Adalah Asas Kemajuan Bangsa Dan Negara”

- Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili-

Transformasi Kota MaruduKota Yang Membangun, Maju dan Berdaya Saing

3

MENERUSKAN USAHA MENINGKAT KUALITI KEMUDAHAN DAN JARINGAN JALANRAYA SERTA AMENITI ASAS DI KOTA MARUDU

Mengatasi masalah kesesakan jalanraya di Pekan Kota Marudu dengan menaiktaraf Jalan Langkon – Pitas (KM8.0 – KM11.40) kepada dual carriageway.

Menaiktaraf beberapa jalan luar bandar dalam tempoh RMK-10 seperti Jalan JKR Mangin, Jalan Teringai, Jalan Panikuan-Toporoi, Jalan Sebayan, Jalan Sikuati-Rampai, Jalan Nangka-Pinawantai, Jalan Lampaki, Jalan Nangka-Dualog, Jalan Indarason-Muhang, Jalan Samparita-Sg. Magandai, Jalan Terintidon–Gontoi/Pampang Poring, Jalan Singgahmata, Minitampak-Lingkabungan 2, Jalan Makatol Darat, Jalan Sorinsim-Bambangan, Jalan Kipopogong-Tagibang, Jalan Sungoi Darat-Nalapak dan jalan-jalan utama yang lain.

Meneruskan usaha memperolehi pencapaian 100% bekalan elektrik di Parlimen Kota Marudu serta 100% pencapaian bekalan air retrikulasi, air dirawat dan melalui kaedah sistem air graviti dalam tempoh 5 tahun yang akan datang.

Transformasi Kota MaruduKota Yang Membangun, Maju dan Berdaya Saing

4

PERUMAHAN BAGI RAKYAT YANG KURANG BERKEMAMPUAN TERUS MENJADI FOKUS PENTING DI PARLIMEN KOTA MARUDU

Meneruskan usaha untuk membina semula atau membaiki SEMUA rumah panjang sedia ada yang mengalami kerosakan di Parlimen Kota Marudu. Setakat ini kita telah berjaya mendapat kelulusan membina semula 24 daripada lebih 30 buah rumah panjang sejak tahun 2009.

Meningkatkan penyediaan rumah di bawah Program Bantuan Rumah untuk isi rumah miskin dan skim rumah mampu milik di bawah Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi memenuhi keperluan para pemohon yang layak di Kota Marudu.

Sebuah rumah pangsa lima tingkat yang akan menyediakan 600 unit kediaman juga akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat oleh Jabatan Perumahan Negara.

Memastikan lebih ramai penduduk yang layak menerima manfaat daripada pelaksanaan pembaikan rumah di bawah program Yayasan 1MDB, FELDA dan FELCRA, serta Program Pembaikan Rumah Nelayan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang dilaksanakan dalam tempoh 4 tahun bermula 2012.

Serah kunci kepada penerima rumah PBR di Tandek

Rasmi rumah panjang Singgahmata Salimandut, Tandek

Majlis pecah tanah rumah panjang Kg. Minikodong, Matunggong

Rasmi rumah panjang Kg. Nangka, Matunggong

Transformasi Kota MaruduKota Yang Membangun, Maju dan Berdaya Saing

MENERUSKAN USAHA PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN DI KAWASAN PARLIMEN KOTA MARUDU

Bertekad mendapatkan kelulusan kerajaan untuk membina sebuah kompleks sukan untuk memajukan bidang sukan di kalangan belia Kota Marudu supaya daerah ini dapat melahirkan ramai atlet di peringkat negeri dan negara.

Memperluaskan kemudahan seperti gelanggang futsal, bola tampar, sepak takraw serta padang permainan dengan kerjasama Kementerian berkenaan bagi menggalakkan aktiviti sihat dan bersukan di kalangan para belia, terutama sekali di kampung-kampung yang kian membangun.

Memperbanyakkan klinik-klinik atau bengkel-bengkel sukan, seperti latihan referee, klinik bola sepak dan futsal serta bidang-bidang sukan lain yang digemari oleh golongan belia di peringkat sekolah mahupun kampung untuk memajukan sukan di daerah ini.

Usaha juga dipertingkatkan untuk menyediakan platform memperkasa dan melahirkan para belia yang berwawasan, mempunyai kualiti kepimpinan, menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara, berkeyakinan diri, bersemangat sukarelawan dan mempunyai kebolehan dalam bidang-bidang tertentu, melalui inisiatif 1M4U and program-program belia nasional yang lain.

5

Transformasi Kota MaruduKota Yang Membangun, Maju dan Berdaya Saing

6

MENJADIKAN PEKAN KOTA MARUDU SEBUAH KOTA YANG MAJU, BERDAYA SAING DAN TARIKAN KEPADA PARA PELABUR

Perancangan bandar yang lebih teratur dan baik, yang berpandukan kepada permintaan dan keperluan awam.

Meningkatkan kebersihan dan keceriaan kawasan pekan dengan penglibatan masyarakat dalam pemeliharaan alam sekitar, selaras dengan kempen My Beautiful Malaysia.

Memperolehi tapak yang tetap untuk menyelesaikan masalah pembuangan sampah daerah Kota Marudu.

Mengenakan rating fees / cukai yang munasabah yang diputuskan melalui proses perundingan dengan pembayar cukai.

Mempertingkatkan operasi majlis daerah dan memperkasakan prestasi dan peranan ahli-ahli majlis daerah melalui perlantikan ahli-ahli yang berpengalaman dan berlatarbelakang bidang-bidang yang relevan dan tepat dengan keperluan semasa.

Transformasi Kota MaruduKota Yang Membangun, Maju dan Berdaya Saing

7

MENGEMBANGKAN AKTIVITI PERTANIAN SEBAGAI SEKTOR UTAMA EKONOMI KAWASAN PARLIMEN KOTA MARUDU

Meneruskan usaha memperluaskan pengusahaan tanaman-tanaman komersil seperti getah, kelapa sawit dan penanaman padi melalui bantuan-bantuan dan insentif-insentif kerajaan yang dihulurkan setiap tahun.

Produktiviti dan hasil tanaman akan terus dipertingkatkan melalui pengenalan teknologi moden serta tanaman berteknologi tinggi dan varieti berhasil tinggi misalnya bagi penanaman vanila, nenas, stevia, petai belalang dan pisang berangan.

Bagi sektor perikanan, produk-produk marin yang terdapat di Teluk Marudu akan terus dibangunkan untuk membantu meningkat pendapatan dan kesejahteraan komuniti setempat. Penternakan, pengusahaan serta pemuliharaan produk marin akan diteruskan dengan aplikasi sains dan teknologi termasuk penternakan ikan dan sub sektor perikanan seperti udang, gamat, tiram serta belangkas yang akan diusahakan di Kota Marudu dengan kerjasama para pelabur.

Produk–produk pertanian yang berpotensi akan dibangunkan sebagai produk agro-pelancongan, termasuk produk-produk marin dan darat.

Meningkatkan aktiviti pertanian termasuk pemprosesan dan pemasaran produk-produk dengan mencari pasaran-pasaran baru. Ini termasuk membekalkan produk-produk pertanian kepada ESSCOM yang diwujudkan dengan tujuh batalion di Sabah.

Transformasi Kota MaruduKota Yang Membangun, Maju dan Berdaya Saing

8

PEMBANGUNAN SOSIAL AKAN DILAKSANAKAN SELARI DENGAN PEMBANGUNAN EKONOMI UNTUK MEMASTIKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT SECARA

MENYELURUH

Meneruskan usaha memberi lebih banyak peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat Kota Marudu melalui pembangunan aktiviti ekonomi dengan pengwujudan industri-industri, serta meningkatkan kesedaran mengenai peluang-peluang pekerjaan dan kerjaya.

Pembangunan budaya yang mampan dan tersusun melalui persatuan-persatuan budaya yang ada di daerah Kota Marudu dengan menyediakan bantuan dana untuk mengadakan program kesedaran budaya serta anjuran pesta-pesta kebudayaan.

Meneruskan sokongan kepada badan-badan agama untuk aktiviti-aktiviti perkembangan agama rasmi dan semua agama yang wujud di Kota Marudu dalam usaha menggalakkan pembangunan rohani di samping pembangunan fizikal.

Program-program perpaduan akan dipertingkatkan lagi untuk menggalakkan sikap hormat-menghormati antara kaum dan agama selaras dengan konsep 1Malaysia.

Transformasi Kota MaruduKota Yang Membangun, Maju dan Berdaya Saing

9

MEMBERI PENEKANAN YANG PENTING TERHADAP ASPEK KESELAMATAN BAGI MENJAMIN KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN EKONOMI KOTA MARUDU

Memberi sokongan untuk memastikan kejayaan pelaksanaan Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZONE) yang mana Kota Marudu adalah sebahagian daripadanya.

Memastikan agar projek menaiktaraf Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu dapat dilaksanakan seperti yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9).

Memastikan agar bilangan anggota keselamatan Kota Marudu dapat ditingkatkan sesuai dengan keperluan daerah ini.

Mengadakan seminar yang berkaitan dengan keselamatan kampung dan tanggungjawab warga Parlimen Kota Marudu terhadap keselamatan di kawasan ini, khususnya dalam menangani masalah pendatang tanpa izin (PTI) dan kehadiran orang asing.

Transformasi Kota MaruduKota Yang Membangun, Maju dan Berdaya Saing

10

HAK PEMILIKAN TANAH AKAN TERUS DIPERJUANGKAN

Berusaha mempertahankan Pemilikan Tanah Adat (NCR) sepertimana dituntut oleh masyarakat setempat melalui proses perundingan dan perundangan dengan pihak berkuasa seperti Pejabat Hasil Bumi, Jabatan Tanah dan Ukur dan Jabatan Perhutanan.

Jalan penyelesaian akan terus diusahakan untuk mengatasi isu tunggakan permohonan dan penyukatan tanah termasuk menggesa kerajaan negeri untuk meningkatkan peruntukan bagi tujuan pemprosesan permohonan tanah, penyukatan dan pengeluaran geran. Kes-kes yang dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC) Kota Marudu untuk pertimbangan juga akan diperbanyakkan.

Usaha akan diperhebatkan untuk mengeluarkan geran-geran komunal mengikut persetujuan pihak kampung-kampung yang terlibat dalam isu pertindihan tuntutan tanah Begaraya dan Safoda. Matlamat akhir adalah untuk mendapat geran individu bagi semua orang kampung yang layak. Setakat ini 2 geran komunal sudah sedia dikeluarkan iaitu bagi Kg. Bombong 1 dan Kg. Sungai Magandai.

Transformasi Kota MaruduKota Yang Membangun, Maju dan Berdaya Saing