media baru dan politik

Upload: mr-oyiez

Post on 10-Jul-2015

117 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN Kemunculan medium media ketiga iaitu internet telah menyemarakkan lagi proses transformasi media dan melancarkan lagi revolusi Teknologi Komunikasi Maklumat atau lebih dikenali dengan nama ICT. Malaysia pada lewat tahun 1990-an telah memikirkan tentang pentingnya kemajuan teknologi perkomputeran untuk pembangunan rakyat dan negara. Ini terbukti apabila kerajaan telah berjaya melahirkan ramai bilangan rakyat yang celik information teknology atau IT di peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti. Revolusi IT malahan berterusan hingga kini dengan prasarana yang cukup kondusif untuk masyarakat melayari internet dan boleh berurusan di mana jua mereka berada. Akibatnya, media ketiga telah menjadi satu peralatan media yang terpenting selain dari akhbar dan majalah dalam menjana informasi secara global. Dengan kepesatan IT kini, kemampuan masyarakat memperolehi maklumat telah bertambah. Di samping membaca akhbar, masyarakat juga boleh menambah informasi mereka melalui pembacaan berita dan sesekali bersama-sama pembaca lain membuat perbincangan di dalam laman-laman blog. Kini blog semakin popular di Malaysia apabila bloger-bloger aktif mengutarakan pandangan mereka tentang isu-isu semasa. Ketika kempen pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini, banyak isu-isu politik dijadikan bahan perbincangan bersama dan rakyat biasa boleh mengutarakan pandangan seperti apa yang boleh dikatakan sebagai perbualan di kedai kopi. Namun begitu isu perpaduan kaum adalah perkara penting yang perlu dipelihara. Laman blog dijadikan sebagai tempat pembujukan dan mendapat respon dengan cukup pantas apabila isu-isu politik diutarakan. Keadaan menjadi gawat apabila isu-isu perkauman, perlembagaan dan agama dijadikan topik perbincangan yang boleh menjejaskan perpaduan kaum di negara ini. Inilah yang terjadi apabila Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali dengan nama pendeknya RPK menyiarkan artikal di Malaysia Today pada 11hb Julai 2007 yang mencemuh raja dan agama Islam. Pada 23 Julai 2007, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib telah membuat satu laporan polis terhadap Malaysia Today dibawah Seksyen 121 (B) dan Seksyen 123, Seksyen 4 di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 263 dan Seksyen 266, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kemasukan blog di laman web yang dianggap mengandungi penulisan yang menghina Yang Di-pertuan Agong, merendahkan Islam dan menghasut kebencian serta keganasan di antara kumpulan etnik tempatan.

MEDIA BARU Media baru ialah media interaktif atau multimedia yang tidak menghadapi apa juga sekatan kerana transmisi yang dibuat melepasi jarak dan waktu. Media baru juga boleh digelar sebagai media ketiga di mana penglibatan komunikasi pengguna yang lebih aktif daripada media lama seperti radio dan televisyen. Blog adalah media ke tiga atau media baru yang menggunakan teknologi peringkat tinggi yang disebut sebagai Teknologi Komunikasi Maklumat. Kandungan dan percetakan kandungan media adalah dalam bentuk elektronik di dalam internet. Dengan kemudahan rangkaian World Wide Web skop penggunaan internet semakin luas di mana pengguna komputer dapat membuat pelbagai urusan seperti menghantar e-mel, video digital, membina laman web dan blog. Dari sudut sejarah, internet bermula dalam tahun 1960an oleh tentera Amerika semasa krisis peperangan. Di Malaysia, penyediaan infrastruktur internet berkait rapat dengan dasar kerajaan yang didorong oleh Wawasan 2020, Agenda IT Negara (NITA), projek Koridor Raya Multimedia (MSC) dan undang-undang siber. Kegunaan internet berbeza pada konteks kumpulan, contohnya golongan muda lebih banyak menggunakan internet daripada golongan dewasa. Manakala peralatan digital yang berbeza membolehkan sesetengah individu mempunyai akses yang lebih berbanding individu lain. Internet telah melepasi sempadan masa dan ruang seperti kemudahan mengakses berita luar negara dan teknologi video conferencing. Dalam konteks politik, internet dan blog menjadi alat yang berguna dalam membuat propaganda kerajaan kerana ianya memiliki kelebihan untuk menembusi khalayak tanpa halangan. Media baru ini yang mampu menyalurkan maklumat tanpa had mendorong masyarakat membuat pelbagai persepsi terhadap keputusan kerajaan dengan pantas. Kebanjiran pelbagai blog juga menjadi daya penarik kepada pembaca walaupun masyarakat telah dihidangkan dengan pelbagai sumber media seperti televisyen, majalah, akhbar dan akhbar nyamuk. Kajian yang dibuat oleh laman blog Dr Mahathir Mohamad iaitu jumlah pencapaian ke chedet.com ketika ianya mula dilancarkan dengan menggunakan server percuma di blogspot.com pada 1 Mei 2007 telah mendapat jumlah kunjungan melebihi satu juta pada 31 Mei 2008 dan mencapai dua juta pengunjung pada 17 Jun 2008. Bilangan pengunjung terus meningkat

sehingga enam juta pada 3 September 2008. Dengan tren yang berlaku ini kita boleh membuat kesimpulan bahawa masyarakat kita telah celik IT dan sudah mula beralih kepada media baru iaitu boleh membaca berita dan pada masa yang sama mengemukakan pandangan. MASALAH YANG TERSURAT a) Pengaruh Media Ketiga Dengan kemudahan internet, masyarakat mudah untuk mendapat maklumat dan cenderung mempercayai maklumat yang diterima. Blog merupakan media baru yang mampu memberikan ruang yang cukup untuk pembaca memberikan komen dan pandapat terhadap sesuatu isu yang dikemukakan. Menurut ketua laman web Malaysia Today, blog RPK menjadi popular kepada penduduk Malaysia kerana blog ini sering mensensasikan sesuatu berita. Seperti artikel beliau pada 11 Julai 2007 di mana ianya telah mencemuh sistem raja dan agama islam. RPK menggunakan saluran ke-3 sebagai medan untuk menyuarakan pendapat dan pandangan beliau terhadap sistem raja dan agama islam sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat Islam serta menggugat perpaduan kaum. Isu ini menjadi hangat apabila masyarakat yang kurang pengetahuan turut serta memberi komen dan pandangan walaupun di kalangan mereka itu kurang memahami tentang perlembagaan negara. b) Kebebasan Media RPK iaitu seorang bloger telah mengamalkan kebebasan media sama seperti di Barat. Ini terbukti apabila beliau tidak berasa bersalah dengan alasan bahawa laman webnya tidak tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Oleh yang demikian, RPK boleh menyuarakan pandangan dengan bebas sehingga sanggup mencemuh Raja dan isu-isu berkaitan perlembagaan. Jika ditinjau dari sudut politik, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berpelembagaan yang mengamalkan undang-undang dan sebarang isu mempunyai saluran tertentu untuk diselesaikan dan bukannya menggunakan blog yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Isu-isu berkaitan perlembagaan haruslah dibincangkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan isu-isu yang berkaitan raja hendaklah di bawa ke Majlis Raja-Raja untuk dibincangkan.

c) Blog Mewujudkan Konflik Dalam Masyarakat Blog mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat hari ini. Melalui blog, isu-isu seperti keganasan, perlakuan seksual, masalah sosial, konflik perkauman dan hal-hal peribadi sering dibincangkan untuk menarik perhatian pembaca blog. Dalam sistem demokrasi, peranan media massa dan blog amat penting dalam menyebarkan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai. Oleh itu, hal-hal yang boleh mengganggu kestabilan politik negara tidak harus berlaku. Peranan penulis blog juga merupakan nadi kepada proses demokrasi. Oleh yang demikian RPK atau siapa saja yang terlibat dalam bidang kewartawanan harus memegang amanah dalam memastikan penyebaran maklumat kepada awam adalah tepat dan benar. Jika sebaliknya maka sudah tentu akan berlaku konflik dalam masyarakat apabila mereka terpengaruh dengan hasil tulisan yang disiarkan atau dibincangkan. d) Masyarakat Majmuk Di Malaysia Perpaduan kaum amat penting di Malaysia kerana negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Kita harus menjaga perpaduan dalam masyarakat supaya ekonomi, politik dan sosial negara ini stabil. Media massa harus meniupkan semangat nasional dan bukan mewujudkan sentimen perkauman dan suasana tidak tenteram. Dalam hal yang demikian, blog boleh dijadikan alat untuk mewujudkan suasana sedemikian kerana sifatnya yang sukar dikawal. Kerana itulah RPK boleh membincangkan isu sensitif berkaitan agama dan raja di dalam blognya yang mana boleh mewujudkan kesan kurang senang terhadap masyarakat. Namun demikian RPK sukar untuk diambil tindakan kerana beliau mendakwa bahawa laman blognya tidak tertakluk di bawah undangundang komunikasi di Malaysia. e) Malaysia Mengamalkan Politik Demokrasi Dalam sistem demokrasi, peranan media seperti akhbar, buku, radio dan televisyen amat penting bagi menyebarkan maklumat yang tepat dan dipercayai. Institusi media diberikan kebebasan dalam membuat laporan. Di samping itu juga peranan media ini menjadi nadi kepada proses demokrasi. Ini membawa maksud pengamal media seperti pemberita, wartawan, penulis

dan penyunting memegang amanah yang besar dan bertanggungjawab dalam memastikan penyebaran maklumat kepada awam adalah tepat dan benar. Melalui maklumat inilah satu keputusan itu dihasilkan dan ternyata mempunyai peranan besar dalam masyarakat. f) Media Menjadi Alat Pembujukan Dalam dunia global kini, media berperanan besar di dalam proses membuat pembujukan dan membantu menyebarkan fahaman politik melalui saluransaluran komunikasi seperti televisyen, internet dan media massa. Media juga adalah institusi yang boleh melepasi ruang sempadan demi untuk mendapatkan dan memberi maklumat kepada masyarakat. Kita harus sedar bahawa media dan politik saling dokong mendokongi kerana kedua-dua institusi ini saling memerlukan bagi melaksanakan sesuatu matlamat tertentu demi kepentingan agenda tertentu. ISU-ISU TERSIRAT Perpaduan Perpaduan rakyat adalah satu isu yang paling penting untuk diberi perhatian dan dititik beratkan. Perpaduan merupakan konsep ilmiah yang mempunyai pengertian luas. Perpaduan merupakan satu keperluan yang tidak dapat dipisahkan oleh mana-mana masyarakat dalam sesebuah negara demokrasi. Pelbagai masalah yang timbul akibat daripada tiada persefahaman antara masyarakat yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama, bahasa dan adat resam. Malaysia adalah sebuah negara bermasyarakat majmuk yang mempunyai penduduk pelbagai kaum dan golongan etnik yang mempunyai ciri-ciri dan identiti yang berbeza. Walaupun dasar perpaduan yang khusus tidak wujud pada zaman penjajahan, namun rakyat negara ini tetap dapat hidup dengan aman. Namun keamanan ini telah tergugat dengan tercetusnya salah faham antara kaum. Pertelingkahan dan pertikaian kaum ini menjadi buruk apabila tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa selepas keputusan pilihanraya umum diumumkan di mana Parti Perikatan telah mendapat kemenangan tetapi majoriti kurang memuaskan untuk membentuk sebuah Kerajaan. Parti pembangkang mendapat kemenangan dengan bilangan kerusi bertambah, telah merayakan kemenangan tersebut di bandar raya Kuala Lumpur sambil menghina orang Melayu. Penghinaan tersebut telah membangkitkan

kemarahan dan orang Melayu mulai bertindak balas. Keadaan emosi dan kemarahan yang tidak terkawal ini telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan kerosakan harta benda. Kesan daripada Peristiwa 13 Mei, rakyat Malaysia memerlukan satu dasar perpaduan yang membolehkan mereka hidup bersama dalam suasana aman dan damai. Sikap toleransi dan persefahaman menjadi tonggak penting untuk mewujudkan dan mengekalkan perpaduan. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah bagi melaksanakan dasar yang lebih tegas dalam memberi pendekatan dan keutamaan untuk mengekalkan perpaduan. Setiap warganegara hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup ini kerana ianya mengandungi matlamat untuk menyemai unsur-unsur keamanan, kesetiaan kepada Raja yang pemerintah, kepatuhan kepada Perlembangaan serta kesopanan dan kesusilaan. Pengajaran dari Peristiwa 13 Mei membuatkan masyarakat lebih hormat-menghormati antara satu sama lain. Tanpa nilai-nilai persefahaman, toleransi dan hormatmenghormati maka selagi itulah perasaan curiga dan syak wasangka akan wujud di kalangan setiap kaum di negara ini. Kestabilan Ekonomi Artikel RPK yang telah disiarkan didalam blog miliknya yang berbaur unsur perkauman berupaya membangkitkan rasa kebencian serta keganasan antara kaum. Isu-isu perkauman ini boleh menyebabkan pergaduhan sesama sendiri dan bangsa lain. Menyentuh sensitiviti agama islam adalah menjadi satu kesalahan di mana RPK sendiri adalah seorang islam. Agama islam merupakan agama rasmi persekutuan. Akibat daripada penjelasan beliau telah mewujudkan pergaduhan dan kepincangan di kalangan kaum dalam menegakkan kebenaran. Ini boleh menyebabkan negara menjadi tidak aman. Demontrasi diadakan untuk menunjukkan ketidakpuashati di kalangan kaum. Sentimen agama adalah suatu perkara yang amat sensitif untuk diperkatakan. Ini boleh menyebabkan negara berada di dalam keadaan tidak aman jika terlalu banyak demontrasi dan juga perbalahan antara kaum juga boleh mengakibatkan kerosakkan harta benda awam dan mengancam nyawa. Keadaan persekitaran yang tidak aman menyebabkan pelabur dari luar tidak berminat untuk melabur di Malaysia. Ini membolehkan negara mengalami krisis ekonomi dan seterunya pendapatan ekonomi turut menjadi tidak stabil.

Kestabilan Politik Ketika ini Malaysia sedang mengalami tsunami politk iaitu setelah 50 tahun kerajaan Barisan Nasional memerintah negara. Ianya berlaku pada bulan Mac 2008 semasa Pilihanraya Umum yang ke-12 di mana Barisan Nasional telah mengalami kekalahan yang teruk. Akibat daripada itu politik di Malaysia telah mengalami banyak perubahan. Pihak pembangkang telah dapat menguasai lima buah negeri di mana salah satu negeri adalah negeri Perdana Menteri. Buat pertama kalinya Malaysia menjadi satu kerajaan campuran yang mana telah mewujudkan check and balance. Blog RPK telah menyebarkan berita-berita yang tidak berasas terhadap kerajaan sedia ada. Akibat dari itu, para pengundi keliru dengan kenyataan yang dikeluarkan sama ada benar atau tidak. Pihak pembangkang mengambil kesempatan daripada kekeliruan yang dihadapi oleh rakyat. Laman blog yang dihasilkan oleh RPK ini banyak memberi kesan buruk terhadap suasana politik semasa. Perlembagaan Menurut Tun Mohd Salleh Abas (1984:2), Perlembagaan adalah satu suratan (bertulis) atau suratcara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara moden. Undangundang tertinggi ini seterusnya akan menjadi punca bagi semua undangundang sama ada yang sudah ada atau akan digubal. Undang-undang persekutuan mahupun negeri yang digubal mestilah tidak bertentangan dengan Perlembagaan dan sekiranya ini berlaku undang-undang berkenaan secara automatik akan terbatal dengan sendirinya. Perlembagaan ialah dokumen asas sesebuah negeri atau negara. Perlembagaan merupakan garis rangka struktur asas cara pemerintahan sesebuah kerajaan atau sesebuah bangsa dan negara. Perlembagaan juga menyenaraikan hak jaminan-jaminan asas rakyat sesebuah negara untuk jangka masa panjang. Perlembagaan juga disebut sebagai satu bentuk kontrak sosial (Pakatan Murni) yang menstrukturkan sistem sosial. Proses penggubalan dan penerimaannya penuh dengan perundingan, perdebatan dan tolak ansur. Sebahagian daripada pelaksanaannya masih

diperkatakan dari segi legitimasi politiknya. Pembinaan kontrak sosial ini adalah terbina di atas semangat tolak ansur (give & take) kerana adanya kesedaran di kalangan semua golongan etnik akan perlunya berkongsi kuasa. Artikel 152, 153 & 181 yang merujuk kepada Tanah Simpan Melayu, kuota golongan Melayu dalam pendidikan, perniagaan dan perkhidmatan awam, peranan raja sebagai pelindung agama islam, islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Setiap undang-undang yang digubal haruslah tidak bertentangan dengan Perlembangaan dan tidak membelakangkan kontrak sosial yang telah dipersetujui. Di dalam kes Raja Petra ini beliau menghina Yang Dipertuan Agong di mana di dalam Pindaan Perkara 10 Perlembagaan (Kebebasan Bercakap) iaitu Perkara 153 adalah menjadi tangungjawab Yang Di-Pertuan Agong memerlihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan kaum lain. Kedudukan dan peranan Yang Di-Pertuan Agong serta Sultan-Sultan Melayu tidak boleh dipertikaikan lebih-lebih lagi menghina kedudukan YDP Agong. Ianya terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan Bahagian 4;14;15). KOMPOSISIAN MESEJ Media baru harus dijadikan alat untuk menyuburkan semangat perpaduan demi pembangunan negara. Masyarakat harus menyedari bahawa internet memberi input yang positif kerana ianya memudahkan untuk mendapat sumber rujukan, berita dan hiburan. Walaupun internet beroperasi di atas landasan terbuka dan tanpa kawalan ini tidak bermakna masyarakat bebas sepenuhnya di dalam kenyatan-kenyataan yang ditulis dalam internet. Justeru itu, kerajaan harus menggunakan sepenuhnya kuasa internet untuk menyampaikan agenda kerajaan kepada masyarakat. Sebagai contoh undang-undang siber harus dikuatkuasakan supaya masyarakat tahu akan batas-batas di dalam membuat penulisan terutama di dalam blog persendirian. Di dalam sistem demokrasi, peranan media baru ini amat penting bagi menyebarkan maklumat yang cepat, tepat dan segar. Demokrasi yang diberikan terhadap media tidak harus dianggap kebebasan hakiki kerana pihak media ada tanggungjawab sosial yang harus dipikul. Pengamal media seperti wartawan, penulis dan penyunting harus memegang amanah yang cukup besar dan bertanggungjawab dalam memastikan penyebaran

maklumat kepada pihak awam adalah jelas dan tepat. Media mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat. Isu-isu seperti keganansan, perlakuan seksual, masalah sosial dan konflik perkauman seringkali dibangkitkan untuk menarik perhatian pembaca. Namun, isu-isu tersebut perlulah dibincangkan dalam konteks masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum agar tidak menimbulkan konflik dalam masyarakat. Semua ini perlu diimbangi dengan etika (Md Sidin Ahmad Ishak 2006) Menghalang media daripada menjatuhkan semangat perpaduan nasional. Dasar Perpaduan Nasional telah mengariskan bahawa.. Justeru itu, pelbagai undang-undang dibentuk demi untuk mengawal perilaku penulis dan dalam yang masa sama dapat menjamin kesejahteraan masyarakat. Undang-undang Fitnah (Akta Fitnah 1957), Undang-undang Hasutan (Akta Hasutan 1948), Undang-undang Rahsia Rasmi (Akta Rahsia Rasmi 1972), Undang-undang Cetak dan Penerbitan (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984) dan Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri (Akta Keselamatan Dalam Negeri-ISA 1960) Undang-undang ini mampu mengawal penulis dan individu lain daripada menyalahgunakan umber media. PENYELESAIAN a) Penerapan Nilai-nilai Murni Penerapan nilai-nilai tanggungjawab terhadap perpaduan rakyat dan negara amat penting. Kerajaan perlu mengambil langkah proaktif untuk menghalang daripada tersebarnya cerita-cerita tidak berasas yang telah disiarkan melalui laman web Raja Petra. Jika langkah-langkah yang sepatutnya tidak diambil, rakyat mungkin terpengaruh dan menganggap apa yang dipaparkan adalah betul. Masyarakat moden pada masa kini lebih selesa melayari laman sawang untuk mencari maklumat terkini. Kebanyakan mereka adalah golongan celik IT, maka portal web adalah agen informasi yang terbaik, mudah dan cepat. Pihak kerajaan perlu mewujudkan laman blog sendiri untuk menangkis apa jua cerita yang tidak berasas dan serangan siber yang disiarkan. b) Mengadakan Forum Mengadakan forum juga adalah satu langkah yang bijak untuk membetulkan mentaliti rakyat bahawa setiap warganegara Malaysia tidak seharusnya mempertikaikan kedudukan dan menghina YDP Agong serta merendahkan

martabat agama islam sebagai agama rasmi. Jika di dalam perlembagaan telah termaktub bahawa kedudukan YDP Agong serta Sultan-sultan tidak boleh dipertikaikan, maka, keistimewaan agama islam dan kesucian kitab suci Al-Quran juga tidak boleh dipertikaikan. Pihak-pihak yang bertanggungjawab dan mereka yang arif tentang Perlembagaan Malaysia perlu memaklumkan kepada rakyat tentang erti sebenar Perlembagaan. Bukan hanya cakap-cakap kosong malah ianya harus disertakan dengan bukti dan fakta-fakta yang padat dan tepat bagi memudahkan rakyat agar benar-benar memahami erti Perlembagaan. Masyarakat muda dan orangorang kampung seharusnya diberi penekanan yang lebih kuat ini kerana mereka lebih banyak bercakap dan mudah menerima perkara-perkara yang tidak benar tanpa membuat rujukan dan penyelidikan terlebih dahulu. Mereka lebih menyuarakan rasa marah akibat dari pengaruh cerita-cerita dari laman sawang seperti blog Malaysia Today. Forum berkenaan mestilah lebih terbuka supaya segala kekalutan dan kurangnya pemahaman dapat dibuat secara terus dan telus. Setiap persoalan dan kemusykilan rakyat terhadap laman blog ini seharusnya dititikberatkan Di dalam sesebuah negara, sistem media mempunyai perkaitan langsung dengan sistem politik yang diamalkan oleh negara tersebut. Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, media massa perlu diberi kebebasan di dalam membuat laporan sekalipun ia menonjolkan aspek negatif seperti yang sering diamalkan media asing. Media asing misalnya kerap menonjolkan aspek negatif apabila melaporkan sesuatu ucapannya. Mereka sering menonjolkan aspek negatif daripada ucapan saya, kita beri kebebasan... katanya ketika menjawab satu soalan wakil media asing. Beliau juga berkata kerajaan membenarkan media membuat spekulasi mengenai sesuatu perkara, jika itulah yang akan meningkatkan jualan serta menambahkan pembaca akhbar mereka (Utusan Malaysia 19 Januari 1998). d) Wujudkan Ruangan Blog Masyarakat sekarang juga cenderung mempercayai blog walaupun mereka dihidangkan dengan pelbagai jenis media seperti televisyen, majalah, akhbar dan akhbar nyamuk, maka dengan ini kita harus memanafaatkan sebaik mungkin pelayar blog ini. Para bloger seperti Raja Petra perlu dipanggil dan didedahkan hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang penulisan kerana negara kita mengamalkan kebebasan media selagi mana ianya tidak menjejaskan keselamatan negara.

Walaupun kita sedar Raja Petra hanya menyatakan sesuatu isu untuk dibincangkan di dalam blognya tetapi bila diamati tindakan pelayar-pelayar blog yang memberikan pandangan yang bermacam itu telah mewujudkan situasi panas sedangkan isu yang dimaksudkan hanya isu yang berkaitan pemakaian tudung terhadap wanita islam. Sebagai langkah yang berkesan adalah perlu bagi kita mewujudkan kod etika penulisan dan dicetak serta diedarkan secara percuma di tempat-tempat awam. Dengan demikian masyarakat mendapat serba sedikit hal-hal berkaitan penulisan khususnya undang-undang serta akta-akta yang boleh mengawal dan mendisiplinkan masyarakat di samping dapat membantu masyarakat mengenali dan mendalami ilmu penulisan di dalam blog yang mereka sertai. e) Menerapkan Nilai Etika Dalam Masyarakat Organisasi atau masyarakat yang menggunakan komputer untuk melakukan sesuatu tugas harus sentiasa mementingkan ketepatan input maklumat dan data yang diperolehi daripada komputer adalah dari sumber yang benar. Ini adalah kerana maklumat dan data yang tidak tepat boleh menghasilkan keputusan yang salah. Selain daripada memberi kesan kepada organisasi dan masyarakat, maklumat yang tidak tepat juga banyak mempengaruhi penggunaan internet. Ini adalah kerana pelbagai isu yang kontroversi telah timbul daripada maklumat yang tidak dapat disahihkan kebenarannya yang didapati daripada Internet. Media harus menwarwarkan kepentingan etika penulisan dalam blog dan secara tidak langsung media itu telah mendidik masyarakat agar faham terhadap kepentingan beretika. g) Menguatkuasakan Undang-Undang Undang-undang tidak membezakan mereka dengan rakyat lain dan undangundang yang sedia ada tidak memberikan sebarang keistimewaan kepada penulis media. Antara undang-undang dan penulis media sentiasa ada pertalian. Pertalian secara langsung wujud apabila kesalahan dilakukan seperti menghasut di mana penulis akan didakwa di bawah undang-undang hasutan. Begitu juga kesalahan memfitnah, penulis media juga boleh didakwa di bawah Undang-Undang Fitnah (Akta Fitnah 1957).

KESIMPULAN Perpaduan antara kaum di Malaysia merupakan elemen terpenting bagi memastikan negara kita sentiasa berada di paksi yang selamat, aman damai serta penting bagi memudahkan penjanaan pembaharuan di dalam pelbagai sektor terutamanya sosial dan ekonomi. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan kesejahteraan dan keamanan negara sentiasa terpelihara dengan cara saling hormat menghormati sesama manusia dan peka ke atas sensitiviti setiap lapisan masyarakat. Perpaduan boleh diibaratkan nyawa sesebuah negara. Runtuhnya perpaduan maka hancurlah negara tersebut. Dalam hal ini media memainkan peranan yang sangat besar dalam memupuk semangat cintakan tanah air dan tidak sesuka hati menimbulkan isu-isu panas yang dibangkitkan semata-mata demi menjana keuntungan tanpa memikirkan impaknya kepada rakyat dan negara khususnya. Kerajaan harus bijak mengurus teknologi kerana disebabkan kelemahan kerajaan maka sesuatu agenda yang sepatutnya memihak kepada kerajaan telah beralih kepada parti pembangkang. Seseorang pengendali blog haruslah menulis dengan penuh sopan kerana sifat begini adalah budaya timur. Dengan adanya sifat ini ianya dapat mengawal diri blogger dari menulis perkara yang menyentuh sensitiviti masyarakat. Blog adalah tempat bagi individu berkarya dan seharusnya penulis blog menyuarakan pandangan dengan berhemah dan tidak menyinggung kaum tertentu. Blog adalah alat yang boleh mempengaruhi minda pembaca dan mampu mencetuskan pembujukan dan menentukan agenda terhadap masyarakat. Masyarakat haruslah mengamalkan sedikit self-censoring (kawalan kendiri) untuk menjadikan sesuatu ruangan forum dalam blog ini lebik baik seiring dengan etika dan kepatuhan berkomunikasi. Di samping itu, minda penerima teknologi harus dibentuk secara positif supaya mereka dapat menerima dan menyebarkan maklumat dengan bijak. Media dan politik tidak boleh dipisahkan kerana sejarah juga telah membuktikan kemajuan teknologi boleh menaik dan menjatuhkan sesebuah kerajaan. Ini dapat kita lihat melalui kejatuhan kerajaan Filipina di bawah kepimpinan Estrada. Manakala kemenangan Presiden Amerika, Barrack Obama dapat dinilai dari awal hasil undian melalui internet. Masyarakat sebenarnya memerlukan teknologi sebagai alat untuk merubah sesuatu nilai

kerana reliti kehidupan manusia itu sentiasa berubah dan dinamik.

RUJUKAN Robiah binti Alias, Jiyana Binti Jibril. 2007. Malaysia Negara Kita: Kuala Lumpur. MDC Publishers Sdn. Bhd. Shelly Cashman Vermaat. 2008. Discovering Computer. Boston. Thomson. International Law Book Services, Perlembagaan Persekutuan (Hingga 15hb Ogos 2003).Selangor Darul Ehsan. Dr Mahathir Mohamad. 2008. Chedet.com, Blog merentas Halangan: Kuala Lumpur. Berita Publishing Sdn. Bhd. m.s 169 Haji Dr. Syed Ibrahim. 2007. Malaysia Kita. Selangor. International Law Book Services. Md Sidin Ahmad Ishak. 2006. Etika dalam komunikasi media. Pengenalan dan persoalan. Dalam Hamedi Mohd. Adnan dan Rahman Shaari, penyt. Media Malaysia: Mendukung citra bangsa. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaysa Haji Tajuddin bin Hussein. 2007. Malaysia Negara Kita. Kuala Lumpur. MDC Publisher Sdn. Bhd. Raja Petra Kamaruddin. 2008. Political Involvement and Controversies. http://en.wikipedia.org/wiki/RajaPetra Kamarudin [20 November 2008] Mohd Salleh Abas.1984.Sejarah Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Mohd Aris Haji Osman. 1983. Perkembangan Malaysia. Selangor. Fajar Bakti.