maulid dyiaul lami

30
عِمَ الُياء الضCAHAYA YANG TERANG BENDERANG ِرْكِذِ بدِلْوَ ميب النعِافَ الشDALAM MENGINGATI KELAHIRAN NABI PEMBERI SYAFAAT نظميب الحب عمر بنحمد م بن سالم بن حفيظDisusun oleh al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz

Upload: fahmi-shah

Post on 18-Dec-2015

303 views

Category:

Documents


53 download

DESCRIPTION

Maulid Dyiaul Lami' karangan al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz.

TRANSCRIPT

  • CAHAYA YANG TERANG BENDERANG

    DALAM MENGINGATI KELAHIRAN NABI PEMBERI SYAFAAT

    Disusun oleh al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz

  • 1

    Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian dalam majlis ini

    menambah seri dan barakah dalam majlis ini dan semoga dengan majlis ini

    perkahwinan kami mendapat naungan dan limpahan rahmat, barakah dan

    pemeliharaan dari Allah. Amiin.

    Daripada:

    Mohammad Fahmi Bin Mohd Shah & isteri, Siti Syuhadah Binti Mat Yusup

  • 2

    Maulid Adh-Dhiyaul Lami ditulis pada tahun 1994 di kota Syihir, dekat Mukalla,

    Hadramaut, Maulid Adh-Dhiyaul Lami ini ditulis oleh Guru Mulia Al-Habib

    Umar pada saat sebelum akhir sepertiga malam terakhir.

    Guru Mulia Al-Habib Umar banyak sekali membuat syair, beberapa di antaranya

    sempat tercatat oleh murid-murid beliau, ada juga yang merakamnya dan di

    antara ribuan syair tersebut adalah Maulid Adh-Dhiyaul lami ini. Guru Mulia

    memiliki keahlian sastera bahasa yang tinggi dan beliau memadunya dengan

    kekuatan ruh beliau di dalam makrifah dan dipadu pula dengan kedalaman llmu

    syariah dan keluasan ilmu hadis yg beliau miliki, beliau memadukan semuanya

    ke dalam Maulid Adh-Dhiyaul Lami.

    Guru Mulia pada suatu malam memanggil salah satu muridnya yang penulis, lalu

    berkata: Bawakan kertas, tulislah. Lalu beliau berucap, melantunkan Maulid

    Adh-Dhiyaul Lami mulai tengah malam, dan sekitar sepertiga malam terakir

    seluruh Maulid Ad-Dhiyaul Lami sudah selesai.

    Banyak rahsia terpendam dalam maulid ini, antaranya pembukannya adalah 12

    bait, melambangkan kelahiran Rasulullah s.a.w pada tangggal 12, lalu fasal

    pertama terdiri dan diambil dari tiga surah, iaitu Surah Al-Fath, Surah At-

    Taubah, dan Surah Al-Ahzab. Tiga surah ini melambangkan lahirnya Rasulullah

    s.a.w pada bulan tiga (Rabi'ul Awal), lalu bait-baitnya berjumlah 63,

    melambangkan usia beliau saw 63 tahun.

    Guru Mulia mampu menuliskan dengan penuh hampir seluruh dari sejarah

    Rasulullah s.a.w mulai dari masa lahir, tanggal lahir, bulan lahir, tahunnya,

    jumlah peperangan yang dijalani Rasulullah saw, perjuangan di Makkah,

    perjuangan di Madinah, Fathul Makkah, usia Rasul, jumlah Ahlul Badr yang

    wafat, tahun perang Badr, tanggalnya, bulannya, dan ratusan sejarah-sejarah lain

    yg terjadi di masa Rasulullah s.a.w. Wallahu alam.

  • 3

    imaL lU ayihD-hdA diluaM hdifaH nib milaS nib dammahuM nib ramU bibaH-lA ,nagnaraK

  • 4

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

    Ya Allah limpahkanlah selawat atas Muhammad

    Kekasih Mu pemilik syafaat yang dilimpahi syafaat Mu.

    Ya Allah limpahkanlah selawat atas Muhammad

    Semulia-mulia ciptaan, dalam keagungan dan darjatnya.

    Ya Allah limpahkanlah selawat atas Muhammad

    Makhluk yang termulia kedudukannya, melebihi segenap ciptaan.

    Ya Allah limpahkanlah selawat atas Muhammad

    Jalankanlah kami wahai Allah ke jalan yang paling benar.

    Ya Allah limpahkanlah selawat atas Muhammad

    Sembuhkanlah kami dari segala keluhan penyakit,

  • 5

    Ya Allah limpahkanlah selawat atas Muhammad

    Perbaikilah hati dan maafkanlah, dan berilah kami (segala yang) manfaat.

    Ya Allah limpahkanlah selawat atas Muhammad

    Bentengilah dari yang sedang memusuhi kam dan

    hindarkanlah kami dari musuh yang akan datang kepada kami.

    Ya Allah limpahkanlah selawat atas Muhammad

    Kami berlindung di dalam Benteng Mu yang melindungi dari segala gangguan,

    Ya Allah limpahkanlah selawat atas Muhammad

    Ya Allah redhailah kami dengan keredhaan Mu Yang Agung,

    Ya Allah limpahkanlah selawat atas Muhammad

    Jadikanlah kami berkumpul dengan Nabi Mu di syurga.

    Ya Allah limpahkanlah selawat atas Muhammad

    Jadikanlah kami selalu berdampingan dengan sebaik-baik ciptaan Mu

  • 6

    )(

    )(

    )(

    Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu

    jalan kemenangan yang jelas nyata.

    Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu

    yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya

    kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam

    mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).

    Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai

    kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak

    ada bandingannya).

    )(

    )(

    Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu

    sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya

    sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan)

    kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih

    sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

  • 7

    Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan

    dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman

    berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan

    penghormatan yang sepenuhnya.

    Ya Allah limpahkanlah selawat dan salam serta keberkatan ke atas Baginda

    dan ahli keluar Baginda

  • 8

  • 9

    Wahai Rasulallah, wahai Nabi,

    Engkaulah pemilik syafaat dan itulah tujuanku wahai Nabi

    . Engkaulah harapan kami padi hari kebangkitan.

    Syafaatkan kami wahai sebaik baik manusia

    Syafaatkan kami, wahai kekasih kami.

    Engkaulah pemilik syafaat, wahai Rasulallah, wahai Nabi.

    . Kami berlindung pada mu wahai yang tercinta.

    Engkaulah harapan makhluk, wahai sang penawar.

    Syafaatkan kami, wahai kekasih kami.

    Engkaulah pemilik syafaat, wahai Rasulallah, wahai Nabi.

  • 10

    Segala puji bagi Allah yang telah memberi kita petunjuk,

    Melalui Hamba- Nya yang terpilih yang telah menyeru kami.

    Kepada-Nya dengan izin-Nya, dan sungguh Baginda telah menyeru kami,

    Kami datang kepadamu wahai yang telah menunjukkan kami ke jalan yang benar dengan

    seruan lemah lembut lagi indah.

    Limpahan selawat ke atas mu daripada Allah yang telah menciptakan-mu,

    Yang dengan-mu wahai pembawa syafaat, telah membuat kami terpilih dari dikasihi.

    Juga ke atas keluarga-mu yang suci, sebagai sumber-sumber rasia-mu

    yang tinggi, maka merekalah bahtera Ppnyelamat yang membentengi kami

    Dan ke atas para sahabat-mu yang mulia, yang menjadi dinding penyelamat bagi ajaran-

    mu dan insan panutan bagi pencinta

    Juga terhadap para tabiin setelah mereka, yang mengikuti mereka dengan jujur dan bersungguh-sungguh, Sebanyak puji-pujian kerinduan yang merobohkan kesedihan.

    Demi Allah tidaklah diperdengarkan nama kekasih kepada orang yang mencintainya,

    kecuali akan tersentak gembira dan hilanglah segala kesusahan.

  • 11

    Di manakah para pecinta, yang mereka itu rela berkorban dengan nyawa dan

    meremehkan hal-hal yang berharga (yang bersifat duniawi).

    Tidaklah mereka mendengar sebutan nama ToHa al-Musthafa , kecuali terbangkitlah

    semangat dan hilanglah segala kegundahan hati,

    Maka bergetarlah ruh merindukan perjumpaan, dan merintih memohon keredhaan dari

    Rabb-nya.

    Begitulah keadaan para pecinta maka dengarlah perjalanan hidup sang pembawa syafaat dan tetapkanlah pendengaran.

    Maka semaklah akan sifat-sifat ToHa , imam yang terpilih

    Dan hadirkanlah hatimu, nescaya terpenuhilah hatimu dengan kerinduan kepadanya

    Ya Rabb kami, limpahkanlah selawat dan salam sejahtera yang berpanjangan ke atas

    Kekasih Mu yang telah menyeru kami kepada-Mu.

  • 12

    :

    Telah dating khabar dari Allah yang berfirman: Telah dating kepadamu cahaya, Maha Suci yang telah mengkhabarkan kepada kita.

    Dan cahaya ToHa hamba- Nya, terlimpahkan dengan mengingatnya , maka

    agungkanlah Sang Pemberi Anugerah.

    } {

    Dia adalah rahmat dari Sang Pencipta, maka renungkanlah firman Nya: Maka

    bergembiralah kamu, maka bergegaslah untuk bergembira dengan kedatangannya ,

    Dengan berpegang teguh pada tali terkuat (al-Quran dan Hadith) dan berusahalah sentiasa untuk berada di jalan Allah, yang telah menciptakan kita.

    : :

    Renungkanlah cahaya-cahaya (Baginda ) yang ketika dikatakan kepadanya Sejak

    bilakah kenabian-mu? maka sabdanya Kenabianku sejak Nabi Adam alaihi-salam..

    Masih berada di antara air dan tanah, maka sedarlah kamu dari kelalaian-mu itu dan bangkitlah.

    Maka fahamilah rahsia-rahsia Rabb-ku yang selalu memindahkan-ku di antara sulbi

    orang mulia ke sulbi orang yang mulia dan terpilih.

  • 13

    Tidaklah terpisah dari dua kelompok (suku), terkecuali aku berada pada yang terbaik,

    begitulah hingga aku dilahirkan.

    Maka aku adalah yang terpilih dari yang terpilih, dan aku terlahir dari pernikahan yang

    Rabb-ku telah menjaganya.

    Allah telah menyucikan Baginda , serta menjaga dan memilihnya , maka tidaklah

    pernah Allah memunculkan manusia menyerupainya .

    Dan dengan mencintainya dan mengingatnya serta membantu syariatnya dan dengan

    penghormatan ke atas-nya Allah Pencipta Arasy telah mewasiatkan kita.

  • 14

    Begitulah, dan telah Rabb sebarkan tentang sifat-sifat Baginda dalam kitab-kitab

    terdahulu dan al-Quran yang menjelaskannya dengan sejelas-jelasnya,

    Dia (Allah) telah mengambil perjanjian dari para Nabi ketika telah ku datangkan pada

    kalian hikmah dan kemuliaan,

    Dan datanglah kepada kalian (wahai para Nabi) Utusan Kami maka agar kalian

    (wahai para Nabi) beriman padanya, dan kalian (wahai para Nabi) mendukungnya ,

    dan agar kalian (wahai para Nabi) menjadi pengikutnya,

    Dan bahwasannya para Nabi terdahulu telah memberi kabar gembira pada umat umat

    mereka akan kedatangan nabi terpilih, maka muliakanlah martabat dan kedudukannya,

    Maka apabila telah datang hari kiamat, para Nabi terdahulu berjalan di bawah naungan

    Panji Sang Nabi yang telah menyeru kita,

    Wahai Umat Islam, aku adalah yang pertama sebagai Pemberi Syafaat dan yang

    pertama menyebarkannya, dan tidaklah aku ragu dan memperlambatkannya,

  • 15

    Hingga diserukan kepadaku (ketika bersujud memohon syafaat) angkatlah kepalamu

    (wahai Muhammad), dan katakanlah permintaanmu nescaya Ku kabulkan permohonan-

    mu dan bicaralah nescaya Ku dengar pembicaraan-mu, sungguh bintang kemuliaan-mu

    sungguh jelas dan terang,

    Dan panji pujian kepada Allah Yang Maha Perkasa berada di tangan-ku dan aku

    adalah manusia pertama yang mendatangi syurga- Nya,

    Dan akan Dia limpahkan kepada-mu , anugerah kami hingga engkau puas (dan ayat

    ini) merupakan tanda kebesaran dari Yang Maha Pemberi, dan pemberian itu merupakan

    hal yang akal sulit untuk menerimanya (seperti banyaknya mukzijat beliau )

    Dan aku telah menjadi ciptaan yang paling mulia di sisi Allah, maka sungguh engkau

    (wahai Nabi) telah terpelihara oleh Allah dengan kasih sayang- Nya,

    Demi Allah ulang-ulanglah peringatan sifat-sifat Muhammad , agar menjadi penawar

    dan pengikis kotoran-kotoran hati.

  • 16

    Ketika telah dekat waktu kelahiran Ahmad daripada izin-Nya, yang apabila

    menghendaki sesuatu tidaklah akan terhalang,

    Baginda berada di dalam kandungan sang ibu Aminah binti Wahab, yang baginya

    telah Allah muliakan martabatnya (sebagai ibu bagi sebaik-baik ciptaan),

    Daripada ayah sang hamba yang terpilih , iaitu Abdullah bin Abdul Muthalib yang

    melihat tanda-tanda (kenabian).

    Telah terjadi bahwa wajahnya (ayahnya) diterangi cahaya Toha yang kemudian

    berpindah kepada Sang Anak yang terjaga ini (cahaya itu) terlihat dengan jelas,

    Dan dia adalah keturunan Hasyim yang mulia dan perkas , putra Abdul Manaaf,

    keturunan Qushay yang dahulu,

    Ayahnya digelari Hakiim (orang yang adil) dan keperibadiannya telah termasyhur, maka

    berbanggalah dengan keperibadian itu,

    Dan hafalkanlah silsilah keturunan Nabi yang Terpilih hingga kau temukan silisilahnya

    pada (datuknya) Adnan,

  • 17

    Apabila telah sampai kepada Adnan maka berhentilah, dan ketahuilah bahwa nasabnya

    bersambung hingga Ismail alaihi salam (putra Ibrahim alaihi salam) yang telah menjadi

    pendukung ayahnya.

    Dan ketika Aminah mengandungnya tidaklah ia merasa sakit sebagaimana keluhan

    wanita hamil,

    Baginya diselubung kelembutan dari Allah Pemelihara Langit, hilanglah segala

    gangguan, kegelisahan dan kesedihan,

    Kemudian ia menyaksikan sebagaimana yang telah diketahuinya, bahwa Yang Maha

    Pemelihara telah memuliakan Alam Semesta,

    Dengan kesucian bayi di dalam kandungannya, maka ia pun bergembira ketika telah

    dekat saat-saat kelahiran, maka berluapanlah limpahan keredhaan-Nya,

  • 18

    (Tasbih, Tahmid, Tahlil, Takbir, 4X)

    Maka muncullah cahaya-cahaya dari segala penjuru dan detik kelahiran pun tiba.

    Beberapa saat sebelum terbitnya fajar muncullah mentari hidayah, lahirlah Sang Kekasih

    yang termuliakan lagi terpeihara.

  • 19

    Mahalul Qiyam

    Wahai Nabi, salam sejahtera bagi mu. Wahai Rasul salam sejahtera bagi mu.

    Wahai Kekasih salam, sejahtera bagi mu, Selawat Allah bagi mu.

    Telah tiba dengan kehendak Allah, Sang Pemberi Syafaat, Pemilik darjat yang

    dimuliakan.

    Maka limpahan cahaya memenuhi segala penjuru, meliputi seluruh alam semesta.

  • 20

    Maka tumbanglah patung-patung berhala di Kabah, dan bangunan kemusyrikan

    pun roboh.

    Dan telah dekatlah waktu hidayah, dan benteng kekufuran pun berguncang.

    Salam sejahtera dan selamat datang kepadamu, wahai Sang Pemilik Darjat yang

    mulia.

    Wahai Imam Para Rasul, yang dengannya bencana-bencana diangkat.

    Engkaulah satu-satunya tempat berlindung pada hari kiamat, padamulah seluruh

    ciptaan harapkan.

    Kemudian mereka datang memanggil-manggilmu, ketika menyaksikan dahsyatnya

    kesulitan dan rintangan (pada hari kiamat).

  • 21

    Maka kerana itulah engkau (Wahai Muhammad) bersujud, maka diserukan padamu

    (oleh Rabbmu) Berilah syafaat, engkau telah diizinkan memberi syafaat.

    Maka kepada-mu limpahan selawat dari Allah, selama keabadian Yang Maha

    Bercahaya lagi bersinar terang-benderang.

    Dan perantaraan denganmu kami memohon kepada ar-Rahman, maka Pencipta

    Arasy mendengar doa kami.

    Wahai Maha Pemberi Anugerah, wahai Rabb, kumpulkanlah keperibadian kami

    bersama al-Musthofa.

  • 22

    Dan dengan Baginda maka pandangilah kami dengan kasih sayang-Mu, dan

    berilah kami segala yang kami inginkan.

    Dan hindarkanlah kami dari segala bencana, dan musnahkanlah segala kesulitan,

    dan angkatlah sejauh jauhnya.

    Dan siramilah kami dan bantulah kami, dengan kehidupan yg dicurahi lebatnya

    hujan rahmat Mu.

    Dan akhirilah usia kami dengan husnul khotimah, dan perbaikkanlah keadaan yang

    akan datang dan saat kami kembali kepada Mu.

  • 23

    Dan melimpah-ruah selawat-selawat daripada Allah yang terkumpul padanya segala

    kebaikan.

    Ahmad yang suci dan keluarganya serta para sahabatnya dengan selawat yang

    selalu bercahaya lagi terang-benderang.

  • 24

    Doa Penutup

    Maka telah ku isyaratkan untuk menyifatkan budi pekerti Baginda

    yang menghidupkan dan mengguncangkan kegundahan,

    Dan Allah telah memujinya maka apalah ertinya pujian kita dan

    bagaimana (pujian kita ini) dinamakan pujian,

    Akan tetapi cinta kasih dalam sanubari telah menuntut untuk memuji

    hamba pilihan Pencipta kita yang telah menyeru kita dengan

    kelembutan,

  • 25

    Maka setelah kita berpadu dengan cinta dan kasih sayang (terhadap

    Baginda ) maka di sinilah kita mengangkat kedua tangan kita yang

    hina untuk berdoa dengan penuh pengharapan,

    Kepada Allah, Yang Maha Tunggal dalam Ke-Esaan Nya, serta Maha

    Mulia dengan mengambil perantara kepada yang telah menyeru kita

    kepada Nya,

    Hamba- Nya yang terpilih, kekasih-Nya serta hamba- Nya yang

    terkemuka dan sebaik-baik ciptaan di alam semesta yang dengannya ,

    Allah telah menciptakan kita,

    Wahai Rabb kami, Wahai Rabb Kami, Wahai Rabb kami, Demi Nabi

    yang Terpilih terimalah kami dan kabulkanlah doa kami,

  • 26

    Hanya Engkaulah harapan kami, hanya Engkaulah harapan kami, wahai

    satu-satunya tempat memohon dan harapan di dunia dan di akhirat

    kami,

    Perbaikilah keadaan kami dan ampunilah dosa-dosa kami dan janganlah

    Engkau murkai kami apabila kami membuat kesalahan,

    Dan jadikanlah kami selalu berjalan pada ajaran Nabi Thaahaa (saw)

    yang terpilih dan kuatkanlah serta tetapkanlah langkah-langkah kami

    pada jalan yang telah dilalui oleh Sang Kekasih,

    Dan perlihatkanlah kami demi anugerah dari Mu, wajah Nabi Mu

    dalam gemilangnya kegembiraan dengan pandangan kasih sayang serta

    keredhaan yang selalu menaungi kami,

  • 27

    Dan ikatlah kami selalu dengan Baginda dalam segala gerak-geri

    kami, dan juga orang-orang yang mengikuti kami dan mencintai kami,

    Demikian pula orang-orang yang beramal soleh dan orang-orang yang

    mendengar dakwah kami, orang yang kami berhutang budi pada

    mereka dan orang-orang yang memohon nasihat dari kami,

    Juga atas para hadirin dan penyelenggara, maka wahai Allah inilah

    kami di hadapan Mu dan Engkau melihat kami,

    Dan bahwasanya kami mengharapkan Mu, maka kabulkanlah

    permohonan kami dan dengarlah demi kemurahan Mu doa kami wahai

    Yang Maha Mendengar,

  • 28

    Dan pilihlah kami sebagai penolong Sunnah ToHa di seluruh

    pelusuk bumi, dan hancurkanlah semua yang memusuhi kami,

    Dan pandanglah kami dengan kasih sayang Mu dan berilah kami

    minuman dari cangkir-cangkir (kecintaan Rasul ) dan sembuhkanlah

    penyakit yang ada pada kami dengan segera,

    Dan kabulkanlah segala hajat kami dan akhirilah hidup kami dengan

    kebaikan dan jadikanlah kebaikan pula di hari kemudian,

    Wahai Allah kumpulkanlah kami bersama kekasih-kekasih kami di

    syurga Firdaus- Mu, wahai yang hanya kepada Nya harapan kami,

  • 29

    Demi Hamba yang terpilih yang limpahan selawat selalu atasnya dan

    atas keluarga serta keturunannya sebanyak hembusan angin di pagi

    hari,

    Maha Suci Rabb, Pencipta Yang Maha Memiliki Kekuasaan,

    Dari apa yang mereka sifatkan,

    Dan Salam Sejahtera atas Para Rasul,

    Dan Segala Puji Bagi Allah Pencipta