hukum merayakan maulid nabi s

14
HUKUM MERAYAKAN MAULID NABI S.A.W Disediakan oleh: Nur Aida binti Mohd Aron

Upload: aino-aiyno

Post on 14-Dec-2015

240 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Maulid Nabi

TRANSCRIPT

Page 1: Hukum Merayakan Maulid Nabi s

HUKUM MERAYAKAN

MAULID NABI S.A.W

Disediakan oleh: Nur Aida binti Mohd Aron

Page 2: Hukum Merayakan Maulid Nabi s

PENGERTIAN MAULID NABI :

• Dari segi istilah ‘Maulid nabi” ialah : Waktu lahirnya nabi. Maka dari sinilah munculnya istilah-istilah baru seperti : Ihtifal Maulid nabi, Haflah Maulid nabi, Ihtifal Li zikri Maulid nabi ( Perayanan memperingati Maulid nabi) , dan sebagainya yang mana kata dasarnya berkembang dari “ Maulid ” iaitu waktu lahir.

• Secara keseluruhan adalah sama iaitu mempelajari hikmah, dan memperingati sejarah hari lahir nabi. Jikalau kita faham istilah ini tidak jadi masalah iaitu ; “Waktu lahirnya nabi” serta sirah nabi.Cuma yang beza adalah istilah sahaja menurut peredaran zaman , manakala cara pelaksanannya pula tidak ada percanggahan di dalam Islam .

Page 3: Hukum Merayakan Maulid Nabi s

DALIL AL-QURAN :

• Allah berfirman: “Dan terhadap nikmat Tuhanmu , maka hendaklah kamu menyebut –menyebutkan (atau menceritakan ).” -surah Duha ayat 11:

• Keterangan:

Di dalam ayat ini sangat jelas Allah mengalakan kita supaya menyebut atau menceritakan nikmatnya , maka siapakah nikmat yang paling agung di sini? Maka tidak lain tidak bukan adalah Nabi kita Muhammad SAW.Caranya bagaimana? Iaitu dengan menceritakan atau membaca sirah nabawi dari mula baginda lahir sehinggalah di bangkitkan atau sehinggalah wafat.

• Allah berfirman: “Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia di lahirkan dan pada hari ia di meninggal dan pada hari ia di bangkitkan hidup kembali” –Surah Maryam 15 –

Page 4: Hukum Merayakan Maulid Nabi s

• Keterangan:

• Allah memberikan kesejahteran dan selamat pada hari maulid nabi Isa. Jikalau Allah memberikan kesejahteran di atas kelahiran nabi Isa , apatah lagi Nabi kita yang paling agung, yang di lahirkan untuk kita menyambutnya.

• Allah berfirman “Dan kesejahteran semoga di limpahkan kepadaku, pada hari aku di lahirkankanpada hari aku meninggal dan pada hari aku di bangkitkan hidup kembali” -surah Maryam 33-

• Keterangan:Di sini Nabi Isa berkata : “Kesejahteraan di limpahkan kepada ku pada hari aku di lahirkan “ Dalil ini juga menunjukkan nabi Isa juga menerima anugerah yang sama pada hari ia di lahirkan yang di sebut “Maulid nabi”

Page 5: Hukum Merayakan Maulid Nabi s

Persoalan yang berkaitan:

• Apakah hukum merayakan Maulid Nabi kerana tidak ada riwayat yang menyebut Baginda s.a.w pada setiap ulang tahun kelahirannya merayakan upacara tertentu. Bahkan para sahabat Baginda pun tidak pernah mengadakan perayaan secara khusus.

Page 6: Hukum Merayakan Maulid Nabi s

Penjelasan

• Khususnya, Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah menganjurkan apa-apa upacara tertentu bagi meraikan ulang tahun kelahiran Baginda.

• Selepas kewafatan baginda juga, para sahabat dan tabi’in tidak melakukan apa-apa upacara tertentu dalam menyambut kelahiran Baginda.

Page 7: Hukum Merayakan Maulid Nabi s

• Sambutan Maulid Nabawi mula diadakan oleh sebahagian golongan khalaf pada zaman terkemudian.

• Catatan terawal yang direkodkan ialah pada zaman pemerintahan Fatimiyyah.

• Al-Maqrizi merekodkan dalam bukunya:

“Para khalifah-khalifah kerajaan Fatimiyyah mempunyai beberapa perayaan dan sambutan musim tertentu sepanjang tahun. Sambutan tersebut ialah, musim permulaan tahun, hari Asyura, maulid Nabi s.a.w, maulid Ali bin Abi Talib r.a, maulid Hassan, maulid Hussien, maulid Fatimah al-Zahra’….”

(Al-Mawa’iz wa al-I’tibar, 1/432)

Page 8: Hukum Merayakan Maulid Nabi s

• Mantan Mufti Mesir Syeikh Muhammad Bakhit al-Muthi’I di dalam bukunya Ahsan al-Kalam mengatakan bahawa dari Khalifah Al-Mu’izz Lidinillah merupakan khalifah kerajaan Fatimiyyah pertama yang mengadakan sambutan maulid. Pada tahun 362H, beliau telah menganjurkan sambutan enam maulid di Kaherah, iaitu Maulid Nabawi s.a.w, Maulid Ali bin Abi Talib, Maulid Fatimah, Maulid Hassan, Maulid Hussien dan Maulid Khalifah al-Hadhir.

• Akhirnya, setelah terbukti bahawa kegiatan ini memberi kebaikan dan mampu membawa umat Islam untuk selalu ingat kepada Nabi Muhammad s.a.w, menambah ketakwaan dan keimanan, kegiatan ini pun berkembang ke seluruh wilayah Islam, termasuk Nusantara Melayu.

Page 9: Hukum Merayakan Maulid Nabi s

(bida’ah hasanah ialah setiap perkara yang tidak berlaku pada zaman Nabi s.a.w tetapi mempunyai kaitan dengan maslahah(kebaikan umum) dan berlandaskan syarak serta tidak menyalahinya)

• Kitab Al-hawi Li Al-Fatawi, Imam Al-Suyuti – daripada Syeikhul Islam Ibnu Hajar Al-Asqalani berkenaan dengan sambutan Maulid Nabawi, :

“ Asal sambutan mauled adalah bida’ah(perkara yang tidak berlaku pada zaman Nabi s.a.w) yang tidak pernah dinukilkan oleh seorang pun dari kalangan al-salaf al-soleh pada tiga kurun pertama hijriah. Namun perayaan itu mengandungi perkara-perkara kebaikan dan juga perkara-perkara yang berlawanan dengan kebaikan. Justeru, sesiapa yang hanya melakukan perkara kebaikan serta menjauhi perkara yang berlawanan dengannya, maka ia dikira bida’ah hasanah.”

Page 10: Hukum Merayakan Maulid Nabi s

• Abu Qatadah Al-Ansari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengapa baginda berpuasa pada hari Isnin, jawapan yang diberikan ialah: “Itulah hari aku dilahirkan dan itulah juga hari aku diangkat menjadi Rasul.”

(Riwayat Muslim, 2/819, no: 1162)

Page 11: Hukum Merayakan Maulid Nabi s

• Sambutan Maulid nabi s.a.w boleh dimasukkan dalam perkara maslahah mursalah, iaitu perkara-perkara yang tidak kedapatan anjuran dan larangan secara khusus daripada syarak, tetapi ia boleh membawa kebaikan kepada masyarakat Islam. Yang dimaksudkan dengan sambutan Maulid Nabi di sini ialah merujuk kepada memperingati kelahiran Rasulullah s.a.w yang bertujuan untuk meneladani jejak langkah Baginda s.a.w dalam seluruh aspek kehidupan dengan mengikut Sunnah dan ajaran yang telah dibawa oleh Baginda.

• Justeru, sambutan Maulid Nabi s.a.w hendaklah diisi dengan perkara-perkara yang tidak bercanggahan dengan syariat Islam seperti amalan-amalan kebaikan yang mempunyai anjuran umum di dalam syarak.

Page 12: Hukum Merayakan Maulid Nabi s

• Rasulullah s.a.w pernah menyebutkan:

“Barang siapa merintis jalan kebaikan maka dia akan mendapatkan pahalanya dan pahala orang-orang yang menjalankannya, dan barang siapa merintis jalan kesesatan maka dia akan mendapat dosa dan dosa orang yang menjalankannya.”

(Riwayat Muslim, 2/704, no:1017)

Page 13: Hukum Merayakan Maulid Nabi s

• Maulid Nabi ini tidak boleh disamakan dengan perayaan Hari Natal atau Krismas kerana umat Kristian menyambut hari tersebut sebagai hari lahirnya anak Tuhan, manakala umat Islam menyambut Maulid Rasul s.a.w kerana memperingati lahirnya seorang Rasulullah pembawa rahmat seluruh alam.

• Maulid Nabi yang disambut setiap tahun oleh kaum Muslimin seluruh dunia pada alaf ini adalah satu bentuk pengagungan dan tanda kecintaan serta penghormatan seluruh umat terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan pengisian sambutan hendaklah tidak mengandungi perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak.

Page 14: Hukum Merayakan Maulid Nabi s

• Hukum berkenaan dengan Maulid Nabi, tidak wajib dan ia bukanlah Sunnah nabi, dalam hadis nabi, “ sesiapa yang mereka-reka(perkara baru) yang tidak ada kena mengena dengan agama, maka ditolak.” Maulid nabi ini merupakan bida’ah hasanah dan ia mendatangkan kebaikan. Inn shaa Allah ada ganjaran yang Allah sediakan. Maulid Nabi juga merupakan salah satu langkah untuk kita memupuk dan menunjukkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w.