math anxiety-part hayati

10

Click here to load reader

Upload: moshi89

Post on 24-May-2015

786 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Math Anxiety-Part Hayati

1

1.0 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEBIMBANGAN

MATEMATIK

Kebimbangan Matematik boleh didefinisikan sebagai suatu perasaan ketegangan atau

kebimbangan oleh campur tangan memanipulasi nombor dalam pelbagai kehidupan biasa.

Kebimbangan Matematik ini juga boleh menyebabkan seseorang itu lupa dan kehilangan

keyakinan diri terhadap subjek Matematik. Selain itu, kebimbangan Matematik juga boleh

dikatakan sebagai perasaan emosi yang wujud dan kurang penekanan dari segi masalah

intelektual. Hal ini menyebabkan mereka sentiasa takut dan tidak dapat melakukan dengan

baik dalam menyelesaikan Matematik.

Mereka yang tiada keyakinan terhadap subjek Matematik dan sering beranggapan akan

gagal dalam Matematik. Perasaan kebimbangan Matematik sentiasa ada selagi mereka

beranggapan yang subjek Matematik susah dan lemah dalam menguasainya. Selain itu,

kebimbangan Matematik boleh juga dikatakan suatu keadaan yang melumpuhkan,

menyebabkan ketakutan, kemarahan, penghinaan dan panik. Kebimbangan matematik

ini ada pada setiap manusia normal tetapi kebimbangan yang melampau

boleh menyebabkan tekanan di mana seseorang tidak mampu berfikir

secara baik dan boleh mencetuskan masalah emosi yang membawa

kepada masalah intelektual.

Pendek kata, kebimbangan Matematik adalah perasaan kecewa yang hebat dan tidak

berkeupayaan untuk menguasai Matematik. Kebimbangan Matematik ini boleh memberi

kesan yang negatif dan menghalang mereka untuk mendapatkan ilmu Matematik. Masalah

seperti ini adalah amat serius jika dibiarkan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk

mengatasinya.

Page 2: Math Anxiety-Part Hayati

2

2.0 KENAPA MASALAH KEBIMBANGAN MATEMATIK INI BERLAKU?

Kebimbangan Matematik ini sebenarnya melalui beberapa peringkat di mana ia

bermula dari kita sendiri bagaimana penerimaan kita terhadap subjek Matematik. Menurut

Dreger dan Aiken menyiasat tentang sindrom tindak balas emosi terhadap Matematik.

Terdapat beberapa tahap kebimbangan Matematik. Antaranya ialah mathophobia, suatu tahap

kritikal Matematik yang tidak rasional. Sebenarnya tahap Mathophobia ini boleh menjadi

lebih teruk sehingga dapat menjejaskan prestasi Matematik pelajar melalui beberapa kitaran

yang semakin teruk dan semakin sukar untuk menghadapinya.

Anggapan mereka terhadap Matematik turut terjejas. Bagi mereka, Matematik adalah

subjek yang sukar untuk menguasai dan terlalu kompleks untuk menyelesaikannya.

Matematik memerlukan beberapa formula yang komplek untuk menyelesaikannya.

Disebabkan formula yang kompleks, pelajar gagal dalam menyelesaikan saolan Matematik.

Secara tidak langsung, minat mereka terhadap subjek Matematik semakin kurang dan lemah.

Ada yang salah konsep dan mempercayai mitos tentang matematik

seperti orang yang pandai matematik memang dilahirkan semulajadi atau

mempunyai genetik di mana keluarganya pandai matematik, untuk bagus

dalam matematik perlu pandai dalam pengiraan, matematik memerlukan

logik dan bukan kreativiti, perkara penting dalam matematik adalah

mendapat jawapan dan lelaki adalah lebih baik dalam pengiraan

berbanding perempuan.

Kaedah pengajaran guru juga mempengaruhi kebimbangan

matematik di mana guru tidak menggunakan kaedah yang sesuai dalam

proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). selain itu sistem peperiksaan

yang membebankan, anggapan pelajar itu sendiri, sikap dan perasaan

mereka dalam menerima matematik, persepsi ibu bapa dan pengaruh

rakan sebaya.

Page 3: Math Anxiety-Part Hayati

3

3.0 SIAPA YANG ADA FENOMENA INI

Sebenarnya, sikap seseorang itu sendiri yang mempengaruhi pandangan kita terhadap

subjek Matematik. Oleh yang demikian, wujudnya kebimbangan Matematik. Melalui sikap,

timbullah pengalaman sama ada baik atau buruk yang boleh diubah suai mengikut situasi.

Orang yang mempunyai sikap kebimbangan terhadap matematik ialah mereka yang tidak suka

mencabar keupayaan diri, kebolehan mental dan fikiran menyebabkan kesan negatif di mana

mereka berasa takut dan berdebar-debar apabila disuruh melakukan kerja melibatkan

matematik. Mereka juga mempunyai keyakinan diri yang rendah dan berasa lemah untuk

menyelesaikan masalah matematik. Perasaan bimbang ini akan menyebabkan mereka tidak

suka mencuba kerana takut melakukan kesalahan dan kesilapan yang berulang lagi.

Bagi pelajar yang mengalami masalah pembelajaran seperti pelajar lembam, mereka

sukar memahami sesuatu konsep dan sering keliru kaedah yang digunakan untuk

menyelesaikan masalah dan mengambil masa yang lama untuk berfikir. Mereka biasanya

menyalahkan diri mereka sendiri kerana prestasi matematik mereka kurang memuaskan.

Disamping sikap mereka yang malas, tidak minat, lambat faham dan kurang latihan dan

kurang usaha.

Personaliti dan sikap seorang guru juga turut mempengaruhi kebimbangan matematik.

Sikap guru semasa mengajar amat dititikberatkan. Hal ini kerana, minat seseorang pelajar

untuk mempelajari sesuatu subjek bergantung kepada corak penyampaian guru tersebut sama

ada corak penyampaian dapat diterima oleh guru atau tidak. Jika penyampaian guru dapat

diterima oleh pelajar, itu bermaksud guru itu berjaya menarik minat pelajar untuk

mempelajarinya. Corak pengajaran yang disampaikan oleh guru mudah difahami, ringkas dan

padat. Tambahan pula guru yang bersikap penyabar dalam mendidik pelajar yang sukar

memahami dalam sesuatu tajuk.

Page 4: Math Anxiety-Part Hayati

4

4.0 BILA FENOMENA INI BERMULA DAN BERLAKU?

Sebenarnya, kebimbangan Matematik boleh juga berpunca daripada latar belakang

seseorang, taraf kehidupan, status keluarga dan sebagainya. Pendek kata, ia bermula dari

rumah itu sendiri. Ibu bapa yang mementingkan pelajaran anak-anaknya dapat melahirkan

kejayaan anak-anak mereka dan mendapat pendidikan yang bagus. Tetapi malangnya, jika ibu

bapa tidak mempedulikan pendidikan anak-anak mereka sendiri menyebabkan anak-anak juga

tidak mengambil berat dan hilang semangat untuk mencapai kejayaan mereka.

Ada juga pendapat mengatakan ianya terjadi pada peralihan

daripada sekolah menengah rendah kepada sekolah menengah atas iaitu

tingkatan 4. Hal ini disebabkan corak Penilaian Menengah Rendah (PMR)

dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbeza di mana peringkat PMR

pengiraan dan konsepnya agak senang jika dibandingkan dengan SPM

yang memerlukan langkah pengiraan yang agak panjang, logik dan

sebagainya. Jadi pelajar memerlukan masa untuk mengadaptasi perkara

baru dalam berfikir mengenai matematik. Menjadi lumrah, semakin

meningkat gred, pengajaran akan menjadi lebih mencabar mengikut tahap

keseseuaian dan kematangan pelajar. Jadi, ada sesetengah pelajar yang

tidak dapat mengikuti pelajaran dengan baik apabila pembelajaran

menjadi semakin sukar.

Jika pelajar gagal dalam ujian Matematik sama ada ujian bulanan atau ujian akhir

tahun, secara tidak langsung perasaan mereka terhadap Matematik menjadi lemah dan tidak

berminat untuk mempelajari subjek Matematik. Selain itu juga, membuat mereka berasa

tersisih daripada rakan-rakan yang lain dan masa depan mereka turut terjejas. Perasaan

kebimbangan Matematik jelas digambarkan apabila seseorang itu menghadapi sesuatu ujian

Matematik. Mereka berasa sangat tertekan dan takut walaupun mereka belum menjawab

soalan lagi. Perasaan seperti ini muncul tanpa disedari dan tidak dapat dikawal. Hal ini akan

menyebabkan mereka tiada semangat dan keyakinan dalam menjawab peperiksaan.

Page 5: Math Anxiety-Part Hayati

5

Pada awalnya, konsep Matematik dapat difahami oleh pelajar dan dapat dikuasai

Tetapi apabila pelajar beralih ke sekolah menengah, mereka didedahkan konsep Matematik

yang lebih meluas dan mencabar. Daripada pembelajaran yang senang ke susah. Hal ini

menyebabkan sesetengah pelajar tidak dapat mengikuti dan memahami konsep Matematik.

Dan inilah yang menyebabkan mereka tidak berminat dengan subjek Matematik yang

memeningkan kepala mereka dan tertekan dalam subjek ini.

Kemahiran Matematik mereka diuji apabila mereka menjalani ujian Penilaian

Menengah Rendah (PMR). Melalui peperiksaan PMR, mereka diberi pilihan untuk menjawab

dalam bentuk objektif bagi kertas iaitu 1, A, B, C, D dan kertas 2 dalam bentuk struktur.

Walaubagaimana pun, format ini berbeza apabila pelajar beralih ke tingkatan 4 dan 5. Soalan

Matematik lebih berfokus kepada pemikiran dan mengaplikasikan semua konsep yang

dipelajari dan menyelesaikan semua soalan yang diberi dalam cara yang betul. Hal ini

menyebabkan mereka terkejut dengan perubahan teknik dan beberapa kaedah yang baru dan

lebih komplek untuk menyelesaikan soalan Matematik.

Secara tidak langsung, anggapan pelajar terhadap Matematik mula berubah dari

pembelajaran senang ke pembelajaran susah. Setiap kali mereka cuba menyelesaikan masalah,

mereka selalu gagal mencari jawapan yang betul. Sebab itu lah, mereka berasa bosan dan

minat mereka terhadap Matematik mula lemah.

Page 6: Math Anxiety-Part Hayati

6

5.0 APAKAH YANG MENWUJUDKAN FENOMENA INI?

Kebimbangan mereka terhadap Matematik juga berpunca daripada rakan-rakan

mereka sendiri. Bagi mereka yang mempunyai kelebihan dan minat terhadap subjek

Matematik, mereka tiada masalah dalam menyelesaikan sesuatu soalan dan dapat memahami

konsep Matematik. Hal ini disebabkan, mereka amat minat dengan Matematik dan cuba

sedaya upaya dalam memahami sesuatu konsep. Apabila mereka bergaul dengan rakan-rakan

yang mempunyai minat yang sama dan suka akan Matematik, mereka dapat memberi

pendapat atau idea masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberi. Secara

tidak langsung, mereka cuba berdaya saing antara satu sama lain untuk mendapatkan jawapan

yang betul.

Apabila seorang pelajar yang pandai dalam Matematik bergaul dengan sekumpulan

pelajar yang lemah dalam Matematik, secara tidak langsung, pelajar yang pandai ini tidak

mempunyai daya saingan yang tinggi dan tidak berasa tercabar dalam kumpulan mereka. Dan

akhirnya, mereka tidak menunjuk minat dalam subjek Matematik.

Pengalaman dalam kelas yang kurang kondusif di mana murid takut,

malu dan tidak tahu cara hendak bertanya menyebabkan kebimbangan

matematik dalam kalangan pelajar. Ada sesetengah guru memarahi

pelajar yang bertanya soalan kerana dianggap tidak menumpukan

perhatian, bodoh dan malas. Jadi pelajar mengambil inisiatif berdiam diri

ketika diajar dan pura-pura memahami sesuatu topik agar tidak dimarahi

guru. Guru yang terlalu garang dan tegas menimbulkan keresahan kepada

pelajar. Jadi perkaitan ini jelas menunjukkan kaitan antara perasaan

pelajar terhadap guru mempengaruhi perasaan pelajar terhadap subjek

yang diajar oleh guru tersebut.

Page 7: Math Anxiety-Part Hayati

7

6.0 BAGAIMANA ANDA MENGURANGKAN FENOMENA INI

(SEBAGAI GURU)

Untuk mengurangkan kebimbangan dan berasa tertekan dengan pembelajaran

Matematik, guru perlu mengubah cara dan teknik mengajar yang menarik dan kreatif. Guru

perlu memainkan peranan dalam membantu pelajar untuk meringankan kebimbangan

Matematik mereka melalui kaedah yang berbeza dan untuk membantu mereka membina tahap

keyakinan mereka apabila bekerja dengan Matematik dan bagaimana kebimbangan

Matematik boleh menjejaskan pembelajaran mereka.

Guru perlu mencari kekuatan pelajar dan membina kemahiran mereka supaya mereka

dapat menguasai sesuatu topik dalam Matematik. Contohnya, jika pelajar dapat menguasai

sesuatu topik dalam Matematik seperti tajuk persamaan serentak, jadi guru perlu mengekalkan

kemahiran mereka dan tingkatkan lagi kemahiran mereka dalam menguasai tajuk ini. Guru

tidak boleh membiarkan mereka mengabaikan kemahiran ini apabila mereka beralih ke tajuk

baru. Apabila beralih ke tajuk baru, terdapat beberapa kaedah yang lain dan baru yang perlu

digunakan untuk menyelesaikan masalah. Jadi setiap topik dalam Matematik, terdapat banyak

kaedah yang boleh digunakan dan saling berkait antara satu sama lain.

Menggunakan kaedah atau teknik konstruktif dan strategi untuk kegunaan guru dalam

membantu menggelakkan kebimbangan Matematik dalam kalangan murid-murid. Teknik

yang dicadangkan untuk digunakan ialah mencipta sesuatu yang positif, sokongan bilik

darjah, memahami proses stress, hapuskan mitos Matematik yang tidak betul, membekalkan

pengalaman Matematik yang positif, menggunakan bahan konkrit untuk mengajar kontek,

memastikan setiap konsep mudah difahami belum bermula. Kurangkan ketegangan dan

tekanan dalam kelas Matematik, memberi tindak balas yang positif.

Page 8: Math Anxiety-Part Hayati

8

Hubungan guru dengan murid-murid perlu mempunyai satu komunikasi yang berkesan

antara satu sama lain. Apabila interaksi antara guru dengan murid-murid berlaku, secara tidak

langsung Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dapat berlaku seperti yang dirancang. Selain

itu, dapat membantu murid-murid bertanya hal-hal mengenai subjek Matematik yang mereka

susah memahami. Secara tidak langsung, mereka dapat menggurangkan kebimbangan

Matematik atau tanggapan yang negatif terhadap Matematik.

7.0 BAGAIMANA ANDA MENGHAPUSKAN FENOMENAN INI?

(SEBAGAI GURU)

Untuk menghapuskan fenomena kebimbangan Matematik ini, peranan guru amat

penting dalam mengatasinya. Hal ini kerana, pengajaran dan pembelajaran guru amat penting

dalam mencapai objektif pelajarannya. Untuk mengubah anggapan pelajar terhadap

Matematik ini, guru perlu mencari alternatif dan kaedah yang bagus dan menarik perhatian

pelajar untuk mempelajari dan menimbulkan minat terhadap subjek Matematik.

Pengajaran yang ingin disampaikan oleh pelajar perlulah mudah difahami dan senang

bagi mereka untuk menguasai pembelajaran mereka. Pemahaman yang baik dapat

menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan dapat berjalan lancar. Untuk

pengajaran Matematik, guru perlu mencipta satu konsep yang mencabar minda mereka dan

menarik minat mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Secara tidak langsung, minda

mereka dapat bergerak ke arah yang lebih afektif dan mewujudkan perasaan ingin tahu untuk

menyelesaikan masalah Matematik.

Penerimaan Matematik dalam hidup keluarga perlu dan bersikap terbuka. Walaupun

ibu bapa tidak mendapat pendidikan sempurna, tapi itu tidak menghalang anak-anaknya

dalam mendapatkan pendidikan dan minat mereka dalam pelajaran. Sikap positif ibu bapa

dalam pelajaran akan menghasilkan impak yang besar dalam kehidupan anak-anak mereka.

Sekaligus, kebimbangan mereka terhadap Matematik dapat diatasi dengan sokongan ibu bapa

dan minat pelajar itu sendiri.

Sebagai guru, tidak wajar menyalahkan murid sahaja jika mereka tidak dapat

memahami topik-topik Matematik dengan baik. Sememangnya tanggungjawab guru dalam

Page 9: Math Anxiety-Part Hayati

9

mendidik dan mengajar murid-murid dalam memahami sesuatu topik tidak semestinya topik

Matematik sahaja, malah subjek lain seperti bahasa melayu, sejarah, sains dan sebagainya.