matematik t5 k2

7
1 SULIT Nama : Kela s : Tahun 5 Matematik UB 1 Februari 2015 1 Jam SK PANGLIMA ADNAN UJIAN BULANAN 1 (FEBRUARI) MATEMATIKS KERTAS 2 TAHUN 5 1 Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Upload: amirul-amzar

Post on 18-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

matematik

TRANSCRIPT

1

SULITNama :Kelas :

Tahun 5MatematikUB 1Februari20151 Jam

SK PANGLIMA ADNAN

UJIAN BULANAN 1(FEBRUARI)MATEMATIKSKERTAS 2TAHUN 51 Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

MAKLUMAT KEPADA CALON

1.Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3.Jawapan hendaklah ditulis dengan jelas dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan.

4.Tunjukkan langkah-langkah penting. Ini boleh membantu anda untuk mendapatkan markah.

5.Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan jawapan yang telah dibuat.Kemudian tuliskan jawapan yang baru.

6.Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukiskan mengikut skala kecuali dinyatakan.

7.Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan ditunjukkan dalam kurungan.

4.Kertas soalan ini hendaklah diserahkan di akhir peperiksaan.

Nama Guru:

SoalanMarkah PenuhMarkah Diperoleh

11

22

32

42

52

62

72

83

92

103

112

123

133

143

153

163

173

183

193

203

Jumlah/50

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak

015/2 2015 Hak Cipta SK PANGLIMA ADNAN

[40 markah]

Jawab semua soalan.

1) Lima ratus satu ribu sembilan puluh empat boleh ditulis dalam angka sebagai

[1 markah]

2) Nyatakan nilai tempat bagi digit 2 dalam nombor 621 495.

[2 markah]

3) Nyatakan nilai digit bagi digit 2 dalam nombor 621 495.

[2 markah]

4) Bundarkan 659 805 kepada ribu yang terdekat.

[2 markah]

5) Pada Bulan Januari dan Februari, seramai 132 789 orang pelancong mengunjungi Pulau Tioman. Bundarkan bilangan pelancongyang mengunjungi Pulau Tioman kepada puluh ribu yang terdekat.

[2 markah]

6) Hitung 137 614 + 294 057 =

[2 markah]

7) Tolakkan 62 002 daripada 852 002

[2 markah]

8) Jika, R 345 783 = 497 336. Cari nilai R.

[3 markah]

9) Rajah 1 menunjukkan dua kad nombor. 150 994612 400

Diagram 1Rajah 1

Cari hasil tambah bagi nilai di atas.

[2 markah]

10) Sebuah syarikat telah menjual 134 820 buah kereta pada bulan Januari dan kemudian menjual lagi 197 493 buah kereta pada bulan Februari. Berapakah jumlah kereta yang telah dijual oleh syarikat tersebut?

[3 markah]

11) Rajah 1 menunjukkan beberapa angka.

831

705

Rajah 1

Gunakan semua angka di atas untuk membina satu nombor terbesar.

[2 markah]

12) Cari beza nilai di antara 93 875 dengan 100 400.

[3 markah]

13) Hitung jumlah nombor 78 155 dan 153 670.

[3 markah]

14) Kilang W mempunyai 420 000 orang pekerja manakala Kilang Z mempunyai 159 364 orang pekerja. Berapakah lebihnya bilangan pekerja di Kilang W berbanding Kilang Z ?

[3 markah]

15) 134 650 + 231 098 76 090 =

[3 markah]

16) 9919 + 6418 = 4964 Apakah nombor yang mesti ditulis dalam petak kosong di atas?

[3 markah]

17) Hitungkan 307 251 + 39 867 + 145 003, Bundarkan jawapan kepada ribu yang terdekat

[3 markah]

18) Azfar ada 21 455 keping setem. Aziz ada 1800 keping lebih daripada Azfar. Berapakah jumlah setem mereka berdua?

[3 markah]

19) Sebuah badan amal telah menyumbangkan peruntukan sebanyak 900 000 kampit beras kepada mangsa bencana alam di Negeri A, B dan C. Negeri A menerima sebanyak 253 000 kampit, Negeri B sebanyak 589 200 kampit dan selebihnya ke Negeri C. Berapakah peruntukan sumbangan yang diberikan kepada negeri C ?

[3 markah]

20) Bilangan pendudukan bandar A ialah 286 890 orang. Bilangan penduduk bandar B adalah 19 830 kurang daripada penduduk bandar A. Bilangan penduduk di bandar C adalah 9 476 orang kurang daripada penduduk bandar B. Hitung bilangan penduduk bandar C.

[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT