masyarakat majmuk tanah melayu zaman kolonial

8
2.0 PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI TANAH MELAYU ZAMAN KOLONIAL BRITISH Dalam abad ke-19, keadaan ekonomi di Britain begitu buruk, dan kemerosotan ekonomi ini telah menggugat kedudukan kelas kapitalis di mana sumber-sumber bahan mentah berkurangan, tempat memasarkan barang- barang siap tiada dan tempat untuk melabor modal juga tiada. Pada ketika ini, persaingan dalam Revolusi Perindustrian 1 di Eropah telah menyebabkan British berhasrat menguasai Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang kaya dengan bijih timah untuk keperluan kilang-kilangnya. British mengambil kesempatan untuk campur tangan dan memaksa sultan-sultan Melayu menerima naungan British bagi negeri-negeri ini kerana ketidakstabilan politik pada masa itu. Campur tangan British bermula secara rasmi dengan termaktubnya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Hal ini merupakan satu titik permulaan yang telah meletakkan seluruh Semenanjung Tanah Melayu di bawah taklukan Inggeris, hasil daripada berbagai tipu helah yang dilakukan pihak Inggeris (Shamsul Amri Baharuddin, 1979, pp. 335- 339). Tujuan utama mereka adalah untuk mengeksploitasi kekayaan hasil bumi negeri-negeri di Tanah Melayu demi keperluan untuk Revolusi Perindustrian di Eropah. Bagi tujuan tersebut, penjajah Inggerismembawa masuk imigran-imigran luar terutamanya dari negara China dan India untuk bekerja di Tanah Melayu. Kemasukan imigran sebagai buruh asing tersebut adalah satu agenda ekonomi Inggeris bagi mengeksploitasi hasil bumi di Tanah Melayu, antaranya untuk mengusahakan pertanian dagangan, lombong-lombong bijih timah dan ladang-ladang getah. 2.1 Penghijrahan Imigran Cina dan India Setelah menguasai Tanah Melayu, British memperkenalkan pertanian dagangan. Pada awalnya British mengusahakan beberapa jenis tanaman tradisional seperti lada hitam, gambir, buah pala, cengkih, ubi kayu, tebu dan 1 Revolusi Perindustrian adalah zaman pada akhir kurun ke-18 dan awal kurun ke-19 apabila perubahan besar dalam pertanian, pembuatan dan pengangkutan memberi impak yang besar kepada sosioekonomi dan kebudayaan di Britain.

Upload: ikhwan-saa

Post on 30-Dec-2014

81 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Hubunag Etnik tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: Masyarakat Majmuk Tanah Melayu Zaman Kolonial

2.0 PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI TANAH

MELAYU ZAMAN KOLONIAL BRITISH

Dalam abad ke-19, keadaan ekonomi di Britain begitu buruk, dan

kemerosotan ekonomi ini telah menggugat kedudukan kelas kapitalis di mana

sumber-sumber bahan mentah berkurangan, tempat memasarkan barang-

barang siap tiada dan tempat untuk melabor modal juga tiada. Pada ketika ini,

persaingan dalam Revolusi Perindustrian1 di Eropah telah menyebabkan

British berhasrat menguasai Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

yang kaya dengan bijih timah untuk keperluan kilang-kilangnya. British

mengambil kesempatan untuk campur tangan dan memaksa sultan-sultan

Melayu menerima naungan British bagi negeri-negeri ini kerana

ketidakstabilan politik pada masa itu. Campur tangan British bermula secara

rasmi dengan termaktubnya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Hal ini

merupakan satu titik permulaan yang telah meletakkan seluruh Semenanjung

Tanah Melayu di bawah taklukan Inggeris, hasil daripada berbagai tipu helah

yang dilakukan pihak Inggeris (Shamsul Amri Baharuddin, 1979, pp. 335-

339). Tujuan utama mereka adalah untuk mengeksploitasi kekayaan hasil

bumi negeri-negeri di Tanah Melayu demi keperluan untuk Revolusi

Perindustrian di Eropah. Bagi tujuan tersebut, penjajah Inggerismembawa

masuk imigran-imigran luar terutamanya dari negara China dan India untuk

bekerja di Tanah Melayu. Kemasukan imigran sebagai buruh asing tersebut

adalah satu agenda ekonomi Inggeris bagi mengeksploitasi hasil bumi di

Tanah Melayu, antaranya untuk mengusahakan pertanian dagangan,

lombong-lombong bijih timah dan ladang-ladang getah.

2.1 Penghijrahan Imigran Cina dan India

Setelah menguasai Tanah Melayu, British memperkenalkan pertanian

dagangan. Pada awalnya British mengusahakan beberapa jenis tanaman

tradisional seperti lada hitam, gambir, buah pala, cengkih, ubi kayu, tebu dan

1 Revolusi Perindustrian adalah zaman pada akhir kurun ke-18 dan awal kurun ke-19 apabila

perubahan besar dalam pertanian, pembuatan dan pengangkutan memberi impak yang besar kepada sosioekonomi dan kebudayaan di Britain.

Page 2: Masyarakat Majmuk Tanah Melayu Zaman Kolonial

nanas. Tanaman ini diusahakan kerana mendapat pasaran yang baik. Pada

mulanya, penanaman lada hitam untuk tujuan eksport diperkenalkan di Pulau

Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak. Kemudiannya, pada abad

ke-19, tanaman lada hitam dan gambir diperkenalkan di Johor. Oleh yang

demikian, British memerlukan buruh yang banyak. Berikutan itu, imigran

Cina dari Singapura dibawa masuk untuk mengusahakan tanaman

tersebut melalui Sistem Kangcu. Sehingga awal kurun ke-20, lada hitam

menjadi eksport utama Johor pada awal abad ke-20.

Selain migrasi yang berlaku untuk tujuan pertanian dagangan,

kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu juga adalah disebabkan Revolusi

Perindustrian. Revolusi Perindustrian telah menyebabkan kekayaan sumber

bijih timah di Tanah Melayu diperlukan British untuk tujuan perusahaan

mengetin makanan. Dengan itu, British mesti menguasai negeri-negeri

Melayu yang kaya dengan sumber ini sebelum dikuasai negara Eropah yang

lain untuk mendapatkan bekalan bijih timah yang berterusan dan

menjadikannya tempat memasarkan hasil keluaran kilang mereka. Untuk

tujuan tersebut, British memerlukan tenaga buruh yang banyak. Sungguhpun

bijih timah telah dilombong oleh orang-orang Melayu sejak berabad-abad

lamanya, namun pengeluarannya adalah terhad kerana dijalankan dengan

menggunakan cara tradisional seperti mendulang (Sheela Abraham, 1993,

pp. 52). Hal ini telah menyebabkan pihak British untuk membawa masuk

imigran Cina ke Tanah Melayu, demikian kerana mereka mempunyai

kepakaran dalam perlombongan bijih timah yang dapat memaksimumkan

pengeluaran bagi memenuhi kepentingan British. Pelombong Cina ini

menggunakan kaedah lombong dedah, mesin wap dan pam kerikil. Teknologi

ini sememangnya dapat meningkatkan hasil pengeluaran bijih timah

berbanding cara tradisional yang digunakan orang Melayu.

Di samping dasar pemerintahan British di Tanah Melayu, penghijrahan

imigran Cina juga adalah disebabkan oleh beberapa faktor penolak di

negara mereka seperti masalah sosial dan ekonomi di China, di samping

kekacauan dan korupsi politik pemerintahan kerajaan Manchu2.

2 Kerajaan Manchu ialah dinasti China yang memerintah dari tahun 1644 hingga 1911.

Page 3: Masyarakat Majmuk Tanah Melayu Zaman Kolonial

Selain imigran dari negara China, British turut membawa masuk

imigran dari India. Faktor utama berlakunya penghijrahan orang India secara

beramai-ramai ke Tanah Melayu adalah disebabkan perkembangan

perusahaan getah bagi British selepas kopi mengalami kejatuhan harga.

Hampir semua imigran India yang berhijrah masuk ke Tanah Melayu berasal

dari India Selatan terutamanya dari wilayah Madras (Tamil Nadu) dan India

Utara dari Punjab. British memberi penekanan terhadap perusahaan getah

kerana pada zaman tersebut, permintaan terhadap getah meningkat di mana

ia diperlukan dalam perusahaan membuat motokar di Amerika Syarikat dan

Eropah, perusahaan getah di Tanah Melayu menarik banyak modal oleh

syarikat-syarikat besar di Eropah dan pembukaan ladang getah dikenakan

cukai yang rendah berbanding tanaman lain.

Selain faktor perusahaan getah, kedatangan imigran India ke Tanah

Melayu juga adalah disebabkan galakan daripada British. Dua buah

perkhidmatan awam yang paling banyak menggunakan buruh India ialah

Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya. Di samping itu, peluang pekerjaan

bagi golongan menengah di Tanah Melayu turut dipenuhi oleh orang India

seperti kerani, guru, doktor dan lain-lain. Pada tahun 1920-an kestabilan

politik di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang-orang India.

Selain itu, adanya terdapat hubungan antara Kerajaan British di Tanah

Melayu dan Kerajaan British di India turut memudahkan lagi kemasukan

orang India di Tanah Melayu. Tambahan lain, kejayaan orang-orang India

yang sebelumnya yang datang ke Tanah Melayu telah mendorong kepada

kemasukan lebih ramai orang India.

Seperti imigran Cina, imigran India berhijrah ke Tanah Melayu turut

juga didorong oleh faktor penolak di negara mereka. Bencana alam yang

berterusan di India telah menimbulkan penderitaan yang teruk pada

penduduk akibat hasil pertanian yang tidak mencukupi. Penindasan oleh tuan

tanah dan penindasan kasta yang teruk juga menyebabkan orang India

semakin menderita di India juga mendorong orang India datang ke Tanah

Melayu.

Page 4: Masyarakat Majmuk Tanah Melayu Zaman Kolonial

2.2 Dasar Pemerintahan British Membawa Pembentukan Masyarakat

Majmuk

J.S Furnival, seorang pelopor dalam teori masyarakat majmuk

mendefinisikan masyarakat majmuk sebagai sebuah masyarakan yang terdiri

daripada pelbagai bangsa yang berbeza dan berada atau tinggal di dalam

satu unit politik yang sama tetapi terpisah disebabkan tidak wujud interaksi di

antara satu kaum dengan kaum yang lain (Ruslan Zainuddin, 2004, pp.108-

109). Konsep masyarakat majmuk berdasarkan pengertian Furnival adalah

jelas dipamerkan semasa dasar pemerintahan kolonial British.

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, British membawa masuk

imigran dari negara China dan India sebagai buruh untuk mengeksploitasi

kekayaan hasil bumi Tanah Melayu. Seterusnya, bagi mengoptimumkan hasil

pengeluaran tersebut, British mengamalkan dasar pemerintahan yang

memisahkan bangsa-bangsa yang telah diwujudkan oleh mereka ini bagi

mengelakkan perpaduan yang seterusnya berkemungkinan mengakibatkan

berlakunya penentangan. Pentadbiran British ini dikenali sebagai dasar

pecah dan perintah3 dan bertujuan untuk memantapkan pengaruh politik dan

ekonomi di Tanah Melayu. Melalui dasar ini, kerajaan Inggeris mentadbir

penduduk Tanah Melayu dan imigran luar secara berasingan. Bagi mereka,

pengasingan kaum adalah penting untuk memudahkan pentadbiran setiap

kaum yang hanya perlu diwakili oleh ketua kaum masing-masing sahaja.

Pada zaman kolonial tersebut, berlaku kesukaran hubungan antara

kaum kerana perbezaan bangsa, bahasa, adat resam, agama, kebudayaan,

kegiatan ekonomi, taraf hidup dan lokasi kediaman. Hal ini demikian

kerana perkembangan sosioekonomi kolonial pada masa itu. Oleh itu,

pembentukan masyarakat majmuk ketika zaman pemerintahan British ini

dapat dilihat dari beberapa faktor iaitu faktor sosial, faktor pendidikan,

faktor ekonomi, pengeluaran akhbar pelbagai bahasa dan kewujudan

persatuan pelbagai kaum.

3 Dasar Pecah dan Perintah merupakan satu kaedah imperialisme penjajah Eropah yang

digunakan di tanah jajahan untuk `melemahkan’ bumiputera dan pada masa yang sama memberikan keutamaan kepada kaum imigran dan sekali gus memisahkan mereka daripada penduduk Bumiputera.

Page 5: Masyarakat Majmuk Tanah Melayu Zaman Kolonial

2.2.1 Keadaan Sosial

Semasa zaman kolonialisme British, ketiga-tiga kaum iaitu Melayu,

Cina dan India sengaja dipisahkan oleh golongan kulit putih ini. Hal ini adalah

supaya penduduk tempatan tidak mempunyai kekuatan untuk menentang

penjajah Inggeris. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan orang Melayu

daripada menerima pendedahan luar yang boleh mencetuskan perasaan

tidak puas hati dan seterusnya menjurus kepada pemberontakan.

Disebabkan pemisahan antara kaum pada masa tersebut, perpaduan

kaum sukar untuk dicapai. Hal ini disebabkan terdapat perbezaan bahasa

pertuturan dan perbezaan agama bagi ketiga-tiga kaum ketika itu.

Oleh kerana wujudnya perbezaan bahasa pertuturan, interaksi antara

kaum sukar untuk dilakukan. Kaum bumiputera bertutur menggunakan

bahasa Melayu. Kaum Cina bertutur dalam pelbagai loghat seperti Hokkien,

Hakka, Mandarin dan Kantonis. Manakala, kaum India pula bertutur dalam

bahasa Tamil dan Telegu.

Begitu juga dari faktor perbezaan agama antara kaum. Dengan

wujudnya perbezaan amalan agama ini, perpaduan sukar diwujudkan dek

kerana terdapat bermacam-macam budaya dan adat resam di Tanah Melayu

ketika itu, dan masing-masing kaum tidak berupaya bertoleransi untuk

menerima budaya kaum yang lain. Orang Melayu menganuti agama Islam,

orang Cina beragama Buddha dan mengamalkan kepercayaan

Confucianisme dan Taoisme manakala orang India beragama Hindu.

Sementara itu, kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak pula menganut

agama Kristian.

2.2.2 Perbezaan Sistem Pendidikan

Pada zaman kolonialisme British, pendidikan turut diberikan kepada

penduduk di Tanah Melayu. Akan tetapi, sistem pendidikan pada masa

tersebut tidak dapat menyatupadukan pelbagai kaum yang ada, sebaliknya

meningkatkan lagi jurang antara kaum. Sekolah-sekolah yang didirikan pada

Page 6: Masyarakat Majmuk Tanah Melayu Zaman Kolonial

masa itu hanyalah memenuhi keperluan kaum masing-masing baik dari segi

bahasa pengantar mahupun kurikulumnya.

Bagi orang Melayu, pendidikan awal kanak-kanak adalah berasaskan

pendidikan agama Islam. Menjelang tahun 1920-an, British menubuhkan

sekolah aliran Melayu, akan tetapi tidak mendapat sambutan. British

menggalakkan pendidikan vokasional dalam kalangan orang Melayu

supaya mereka terus terlibat dalam pertanian. Sekolah-sekolah Inggeris

hanya dibina di bandar dan keutamaan diberikan kepada anak-anak golongan

diraja dan bangsawan sahaja. Walaupun begitu, sekolah ini juga tidak

mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana kedudukan sekolah

jauh dari tempat kediaman dan dikelolakan oleh mubaligh Kristian.

Sementara itu, bagi orang Cina dan India pula, British kurang

memberikan perhatian kerana menganggap masyarakat Cina dan India

hanyalah sebagai masyarakat sementara. Oleh yang demikian, orang Cina

telah mendirikan sekolah sendiri yang dibiayai oleh persatuan sukarela dan

persatuan orang Cina. Sekolah cina menggunakan bahasa pengantar

berdasarkan dialek masing-masing, manakala sukatan pelajaran, buku-buku

teks dan guru-guru dibawa dari negara China. Begitu juga dengan pendidikan

Tamil, turut kurang diberikan perhatian. Pendidikan Tamil hanya terhad bagi

peringkat rendah sahaja. Di kawasan bandar, sekolah Tamil dibiayai oleh

kerajaan Inggeris kerana ibu bapa mereka berkhidmat dengan kerajaan.

Manakala di kawasan estet, sekolah Tamil dibiayai oleh pihak ladang,

mubaligh Kristian dan persatuan orang India.

Disebabkan terbinanya sekolah yang mempunyai pelbagai aliran yang

berorientasikan sistem pendidikan di negara asal masing-masing, jurang

perbezaan antara kaum di Tanah Melayu pada ketika itu menjadi lebih luas.

2.2.3 Taraf Ekonomi Penduduk

Pada zaman tersebut, setiap kaum masing-masing mempunyai

kegiatan ekonomi yang tersendiri. Keadaaan ini menjurus kepada

pengenalan kaum mengikut ekonomi yang diceburi. Misalnya, orang Melayu

Page 7: Masyarakat Majmuk Tanah Melayu Zaman Kolonial

meneruskan kegiatan ekonomi bercorak sara diri iaitu nelayan dan petani,

dan mereka tinggal di kawasan pedalaman terutamanya persisiran pantai dan

lembah sungai. Di kawasan bandar pula didiami oleh orang Cina yang

memonopoli ekonomi bercorak komersial khususnya perlombongan bijih

timah dan perdagangan. Manakala, orang India kebanyakannya tinggal di

kawasan estet-estet getah dan bekerja sebagai buruh di ladang-ladang getah.

Oleh kerana sesuatu bidang ekonomi hanya dikuasai oleh sesuatu

kaum tertentu, wujud perbezaan taraf hidup yang ketara di antara setiap

kaum pada masa itu. Orang Cina yang melibatkan diri dalam perlombongan

dan perdagangan didapati mencapai taraf hidup yang lebih baik jika

dibandingkan dengan orang Melayu atau India. Hal ini kerana, kebanyakan

orang Cina tinggal di kawasan-kawasan bandar utama seperti Taiping, Ipoh,

Kuala Kangsar, Seremban dan Kuala Lumpur yang mempunyai pelbagai

kemajuan dan kemudahan yang disediakan penjajah Inggeris.

Manakala, orang Melayu yang merupakan tuan kepada Tanah Melayu

pula masih hidup dalam keadaan serba kekurangan dan mundur serta

terpinggir dari arus pemodenan. Hal ini demikian kerana orang Melayu tinggal

di kawasan pedalaman, dan British tidak memfokuskan untuk

menambahbaikkan kemudahan infrastruktur hingga ke pedalaman. Hanya

bandar-bandar yang mempunyai sumber asli yang banyak sahaja dimajukan

dan kawasan pedalaman tidak dihiraukan. Ini menyebabkan orang Melayu

menjadi ‘miskin’ di bumi sendiri, sedangkan kejayaan dinikmati oleh orang

asing (Ruslan Zainuddin, 2004, pp.110). Dengan wujudnya jurang ekonomi

yang nyata seperti ini di antara orang Melayu, Cina dan India, British berjaya

mengekalkan dasar pemerintahan yang mengelakkan perpaduan dalam

kalangan rakyat berbilang kaum pada masa itu.

2.2.4 Akhbar Pelbagai Bahasa

Akhbar merupakan satu elemen penting dalam penyatuan pelbagai

kaum dalam masyarakat majmuk. Selain itu, ia juga berperanan meniup

semangat perkauman dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ketika

Page 8: Masyarakat Majmuk Tanah Melayu Zaman Kolonial

zaman kolonial British, akhbar turut diterbitkan khususnya bagi memenuhi

keperluan sesuatu kaum sahaja. Sebagai contoh, akhbar berbahasa Cina

hanya berfungsi menyebarkan maklumat untuk kaum Cina sahaja dan

beritanya pula berkisarkan kepada pergolakan dan peristiwa yang berlaku di

negara China, bukannya keadaan semasa di Tanah Melayu. Demikian hal

yang sama juga berlaku kepada akhbar berbahasa Tamil. Kesan daripada

akhbar yang sedemikian, semangat cintakan tanah air masing-masing terus

bersemadi di hati mereka. Walaupun orang Cina dan India berjauhan dari

tanah air mereka tetapi mereka masih dapat mengetahui keadaan di sana.

Akhbar-akhbar sebegini berjaya mewujudkan jalinan yang rapat dalam

kalangan kaum mereka, tetapi tidak di antara mereka dengan kaum yang lain.

Kewujudan akhbar pelbagai bahasa ini terus merenggangkan lagi

pengasingan kaum di Tanah Melayu.

2.2.5 Persatuan Pelbagai Kaum

Semasa zaman tersebut, pelbagai persatuan telah ditubuhkan demi

menjaga kepentingan penduduk di Tanah Melayu. Setiap kaum menubuhkan

persatuan kebajikan dan pertubuhan-pertubuhan sosial untuk memelihara

kepentingan dan aktiviti bagi kaum masing-masing. Antaranya, Kelab

Melayu, Kelab Cina dan Persatuan Orang-orang India. Keadaan ini

mendorong kepada jurang perbezaan kaum yang lebih luas kerana masing-

masing berjuang untuk kepentingan kaum sendiri sahaja.

Oleh yang demikian, berdasarkan perkara-perkara yang dibincangkan

sebelum ini, jelaslah bahawa perkembangan sosioekonomi kolonial telah

bertanggungjawab mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu, di

mana, British bertanggungjawab membawa imigran luar ke Tanah Melayu

dan dasar pemerintahannya pula menekankan konsep masyarakat yang

terpisah antara satu kaum dengan kaum yang lain.