masyarakat majmuk

Upload: izyana-yana-nana

Post on 05-Oct-2015

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

majmuk

TRANSCRIPT

PENGENALANMalaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan majmuk yang terunggul di mata dunia. Disebabkan masyarakat berbilang bangsa, masalah perpaduan dan integrasi merupakan satu masalah besar. Perubahan yang wujud di antara kaum dari segi pemikiran, tingkahlaku telah menimbulkan pertelingkahan atau ketegangan dalam negara. Ini dapat dilihat melalui peristiwa 13 Mei 1969 yang mengugat keselamatan dan keharmonian negara. Selepas tragedi ini, kerajaan sedar bahawa perpaduan tidak dapat dicapai secara semulajadi dan telah mengatur pelbagai langkah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat.Perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang berkait rapat dan digunakan bersilih-ganti. Namun demikian, perpaduan dan integrasi merujuk kepada dua proses yang berbeza. Perpaduan negara ialah satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Manakala integrasi nasional merupakan satu proses dinamik yang merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam masyarakat bagi membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.Pada masa kini ramai yang prihatin terhadap perpaduan dan integrasi nasional. Dalam buku Malaysia Kita integrasi nasional bermaksud proses penyatupadukan berbagai-bagai kumpulan yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti nasional. Disamping itu, terdapat juga pendapat lain yang mengatakan integrasi nasional sebagai satu bentuk integrasi sosial bersama dengan mengetepikan perbezaan-perbezaan besar tetapi dalam masa yang sama tidak menhilangkan identiti asas masing-masing. Sarjana tempatan Haji Ishak bin Saat dalam bukunya Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia menjelaskan integrasi lebih merupakan penerapan ciri-ciri luar atau ciri-ciri budaya kaum lain ke dalam sesuatu budaya hingga ciri-ciri itu dapat disebatikan dengan budaya yang menerimanya.