maslah dan penyelasaian

2
Sebagai pelajar dewasa yang bekerja, terdapat beberapa masalah yang saya hadapi secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada pembelajaran saya. Antara masalah tersebut termasuklah masalah pengangkutan, masalah kewangan dan juga masalah penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah. Tiga masalah ini sedikit sebanyak menjejaskan pelajaran saya. Masalah pengangkutan mungkin dipandang remeh oleh sesetengah orang. Namun, bagi saya ia merupakan masalah utama saya dalam melanjutkan pelajaran di peringkat diploma ini. Saya tinggal di Raub dan belajar di Kampus Open University Malaysia Pahang di Kuantan. Jarak antara Raub dan Kuantan adalah melebihi 300 kilometer. Saya tidak memiliki kenderaan sendiri dan terpaksa menumpang kawan yang mempunyai kenderaan. Ini menyukarkan saya kerana ada masanya jadual kelas kami berbeza dan ada kalanya kawan saya mengalami masalah yang menyebabkan dia tidak dapat menghadiri kelas. Bagi menghadapi masalah ini, saya telah membuat plan B. Sebagai contoh, sekiranya tiada kenderaan , saya akan menaiki bas sehari sebelum kelas bermula bagi memastikan saya dapat menghadiri kelas pada hari Ahad. Ini akan mengelakkan saya ketinggalan dalam pelajaran. Masalah kedua yang saya hadapi adalah masalah kewangan. Sementelah mempunyai masalah pengangkutan, sumber kewangan yang terhad juga mendatangkan masalah kepada saya. Jumlah perbelanjaan bagi saya berulang alik ke kampus adalah menelan belanja lebih kurang RM200 sebulan. Sekiranya terpaksa menginap di Kuantan, kos ini meningkat kepada RM300. Ini membebankan saya kerana dengan jumlah gaji yang kecil, saya juga mempunyai tanggungan lain yang memerlukan sumber

Upload: aishahbintialamudin

Post on 26-Sep-2015

17 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Masalah dan penyelesaian bagi pelajar jarak jauh oumh

TRANSCRIPT

Sebagai pelajar dewasa yang bekerja, terdapat beberapa masalah yang saya hadapi secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada pembelajaran saya. Antara masalah tersebut termasuklah masalah pengangkutan, masalah kewangan dan juga masalah penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah. Tiga masalah ini sedikit sebanyak menjejaskan pelajaran saya. Masalah pengangkutan mungkin dipandang remeh oleh sesetengah orang. Namun, bagi saya ia merupakan masalah utama saya dalam melanjutkan pelajaran di peringkat diploma ini. Saya tinggal di Raub dan belajar di Kampus Open University Malaysia Pahang di Kuantan. Jarak antara Raub dan Kuantan adalah melebihi 300 kilometer. Saya tidak memiliki kenderaan sendiri dan terpaksa menumpang kawan yang mempunyai kenderaan. Ini menyukarkan saya kerana ada masanya jadual kelas kami berbeza dan ada kalanya kawan saya mengalami masalah yang menyebabkan dia tidak dapat menghadiri kelas. Bagi menghadapi masalah ini, saya telah membuat plan B. Sebagai contoh, sekiranya tiada kenderaan , saya akan menaiki bas sehari sebelum kelas bermula bagi memastikan saya dapat menghadiri kelas pada hari Ahad. Ini akan mengelakkan saya ketinggalan dalam pelajaran. Masalah kedua yang saya hadapi adalah masalah kewangan. Sementelah mempunyai masalah pengangkutan, sumber kewangan yang terhad juga mendatangkan masalah kepada saya. Jumlah perbelanjaan bagi saya berulang alik ke kampus adalah menelan belanja lebih kurang RM200 sebulan. Sekiranya terpaksa menginap di Kuantan, kos ini meningkat kepada RM300. Ini membebankan saya kerana dengan jumlah gaji yang kecil, saya juga mempunyai tanggungan lain yang memerlukan sumber kewangan. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mengambil langkah awal iaitu dengan membuat tabungan khas untuk pelajaran saya. Ini penting bagi memastikan sumber kewangan mencukupi dan tidak terjejas.Masalah ketiga yang saya hadapi ialah masalah penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah. Latar belakang pendidikan saya di Pondok Pengajian Agama Islam tidak menekankan penggunaan Bahasa Inggeris. Saya juga tidak mempunyai kawan-kawan yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa percakapan mereka. Penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah agak menyukarkan saya dalam memahami mata pelajaran yang menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya. Walaupun masalah ini besar bagi saya, saya telah mengambil beberapa langkah bagi mengatasinya. Sebagai contoh, saya menghadiri kelas tambahan Bahasa Inggeris dan membaca surat khabar serta menyemak perkataan yang sukar difahami melalui kamus Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia. Saya amat berharap langkah ini dapat mengatasi masalah penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah. Sebagai kesimpulannya, saya berharap agar masalah yang saya hadapi dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar jarak jauh ini akan dapat diatasi dengan sempurna. Ini amat penting dalam menjamin usaha saya dalam meningkatkan taraf pendidikan saya akan berjaya dengan cemerlang.