masjid

Upload: mohdradzlee77

Post on 04-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ouguifukyf

TRANSCRIPT

Isi Kandungan

1. Soalan

2. Pengenalan

SOALAN :

Islam di Malaysia telah memberi sumbangan yang besar terhadap kemajuan manusia berdasarkan kepada tamadun yang telah dicapai selama beberapa abad. Menurut Roziah Sidik (2011), kehebatan tamadun Islam sering dikaitkan dengan pelbagai faktor, antaranya, ialah peranan aktif semua pihak termasuk pemerintah dan orang perseorangan melalui kegiatan terjemahan, seni bina, keilmuan, reka cipta, hubungan dengan negara luar, faktor bahasa Arab dan juga faktor ekonomi.

Berdasarkan pernyataan di atas:

i. Pilih SATU contoh seni bina (masjid, madrasah, sekolah, institusi, bangunan) yang merupakan hasil pencapaian tamadun Islam di tempat anda berserta gambar-gambar sebagai bukti.

ii. Berdasarkan seni bina yang anda pilih, tuliskan sejarah pembinaannya.

iii. Melalui seni bina tersebut, huraikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan keilmuan atau kerja sosial yang memberi faedah kepada masyarakat tempatan.

iv. Nyatakan kesan-kesan positif terhadap masyarakat tempatan hasil daripada pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan melalui seni bina tersebut.

1. Pengenalan.Masjid merupakan rumah ibadah bagi umat Islam dalam mengerjakan solat dan majlis keagamaan serta pusat aktiviti sosial umat Islam. Masjid adalah sebuah institusi ibadah yang sepatutnya berkembang sejajar dengan arus perkembangan zaman dan memainkan peranan di dalam kehidupan masyarakat Islam sebagai sebuah institusi membina kemajuan ummah. Mengimarahkan masjid pula adalah tugas yang berkait rapat dengan konsep kejadian manusia untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Justeru itu, setiap individu Muslim seharusnya menunjukkan iltizam supaya memastikan pengurusan masjid berfungsi sebagai pusat ibadah dan pembangunan ummah. Selain itu, pentadbiran dan pengurusan masjid perlulah dikemaskini terutamanya mekanisme yang bercirikan profesionalisme dalam segenap sistem pengurusan dan pentadbiran masjid. Ini adalah kerana pembangunan dan kecemerlangan ummah bermula dari sejauhmana berkesannya penggerak dalam melaksana pengurusan masjid.

Seperti yang kita fahami bahawa sejak zaman Rasulullah SAW, masjid bukan terhad tempat ibadah semata-mata tetapi merupakan pusat kegiatan dakwah Islam yang luas. Ketika Rasulullah SAW dan para sahabatnya berhijrah dari kota Makkah ke Kota Madinah, baginda singgah di suatu tempat yang dikenali sebagai Quba. Disinilah Rasulullah SAW membangunkan sebuah Masjid yang diberi nama Masjid Quba iaitu Masjid terawal yang telah dibina pada zaman Rasulullah SAW dan begitu juga ketika sampai di Madinah, Rasulullah membangunkan Masjid Nabawi. Ini semua menunjukkan bahawa Masjid mempunyai kedudukan yang tinggi bagi umat Islam.

Di zaman Rasulullah SAW Masjid menjadi tempat untuk meningkatkan iman para sahabatnya. Dalam masa yang sama, Masjid juga digunakan sebagai tempat pembelajaran dan pengajian Islam. Allah SWT berfirman dalam al-Quran :

Maksudnya :Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut kepada siapapun selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk.

(Surah al-Taubah : 18)

Memakmurkan masjid mempunyai kesan positif bagi pembinaan masyarakat dalam rangka peningkatan kualiti hidup masyarakat dan negara. Oleh kerana itu setiap Muslim harus berperanan dalam memakmurkan masjid sebagaimana firman Allah di atas. Konsep terawal masjid adalah tempat untuk beribadah kepada Allah SWT. Namun begitu, dari masa ke semasa ia berubah kepada banyak fungsi dan peranan dalam menerangkan apakah fungsi sebenar sesebuah masjid dalam Islam serta umat Islam di seluruh dunia. Di Malaysia, sejarah kewujudan masjid juga dapat dilihat sebagai sebuah tempat penting di Zaman Kesultanan Melayu Melaka di mana masjid dan juga surau memainkan peranan sebagai pusat