masalah pemerdagangan manusia pada masa kini

Upload: wen-jie-liow

Post on 06-Oct-2015

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ELM 3043 - Isu-isu Pendidikan Moral

TRANSCRIPT

Liow Wen Jie 6 PISMP BC/PJ/PM 2Pemerdagangan Manusia : Kesan Salah satu kesan aktiviti pemerdagangan manusia adalah mencemarkan imej negara di mata dunia. Pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan masalah tersebut.Aktiviti pemerdagangan manusia bermaksud segala bentuk eksploitasi sama ada untuk tujuan seks, kerja paksa, perhambaan bahkan turut melibatkan pemindahan organ manusia. Aktiviti ini mendatangkan pelbagai kesan negatif dan pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan aktiviti ini.

Kesan1. Mencemarkan imej negara di mata duniaKedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu permerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia.Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang.Negara dianggaap sebagai sarang jenayah.

2. Mengancam keselamatan dan keamanan negaraJenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran , pusat hiburan dan rumah urut dan sebagainya.Sindiket atau mereka yang terlibat juga melakukan aktiviti jenayah lain untuk mengumpulkan kekayaan.

3. Menjejaskan hubungan diplomatik antara negaraPenyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara.Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat

4. Peningkatan masalah sosialMasalah sosial bertambah merebak dalam masyarakatseperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya.Penularan penyakit berjangkitPenyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular dalam kalangan masyarakat

KESAN PEMERDAGANGAN MANUSIA TERHADAP KERAJAAN MALAYSIADILABEL SEBAGAI NEGARA PERSINGGAHAN BAGI KEGIATAN PEMERDANGAN MANUSIA

Terletak di tengah-tengah ASEAN,Malaysia menjadi lokasi paling strategik sama ada sebagai negara destinasi atau transit bagi aktiviti pemerdagangan manusia.Kelemahan dari sudut kedudukan geografi itu memudahkan negara menghadapi kesan limpahan apabila berlakunya masalah ekonomi . Keamanan dalam negara juga menyebabkan Malaysia menjadi destinasi pilihan. Negara juga dijadikan pusat transit untuk menyeludup manusia ke negara ketiga seperti ke Australia dan Amerika Syarikat (AS).Hasil kajian mendapati, Negara Malaysia khususnys negeri Sabah adalah salah satu destinasi, dan Negeri persinggahan untuk wanita dan kanak-kanak yang diperdagangkan untuk ekploitasi seks secara komesial dan buruh paksa bagi lelaki

KESAN MASALAH PEMERDAGANGAN MANUSIA TERHADAP MASYARAKATMasyarakatMasalah pemerdagangan manusia semakin berleluasa dan mendatangkan impak negatif terhadap masyarakat. Masalah pemerdagangan manusia akan menyebabkan masyarakat hidup dalam kerisauan. Nilai kejiranan mungkin tidak lagi wujud dalam kalangan masyarakat kerana risau anak-anak mereka akan diculik atau ditipu oleh jiran. Sebagai contoh, dewasa ini ibu yang hendak ke pasar tidak lagi akan tinggalkan anak kecil mereka kepada jiran, mereka sanggup bawa anak kecil bersama-sama walaupun sangat menyusahkan. Budaya ini tidak sama seperti dulu, nilai kejiranan semakin terhakis. Silaturahim antara masyarakat akan semakin tegang.

KESAN MASALAH PEMERDAGANGAN MANUSIA TERHADAP EKONOMI DAN BUDAYARamai yang tidak tahu dan tidak ambil peduli terhadap kesan daripada aktiviti pemedagangan manusia ini.Setiap yang terjadi misti ada akibatnya,sebagai contoh dari segi ekonomi.Ramai yang tidak sedar dan tahu bahawa pada setiap tahun kira-kira 20 bilion poun wang mengalir keluar negara akibat daripada aktiviti tersebut.Keadaan ini menyebabkan berlakunya kerugian yang besar terhadap negara dan ternyata pengaliran wang keluar yang banyak ke luar negara akan menjejaskan ekonomi negara kita. Selain itu,kehadiran manusi yang diseludup dari pelbagai negara ini yang ada budaya tersendiri akan menjejaskan negara dari segi DEMOGRAFI, BUDAYA, SOSIAL, dan INSTITUSI KEKELUARGAAN.