masalah membaca kadangkala

7
Masalah membaca kadangkala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian, tidak aktif membaca, tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan-latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak -kanak itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya. Menurut pandangan Jais dan Mat Nor (1990) membincangkan faktor-faktor yang sering dikaitkan dengan murid yang memerlukan pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran. Mereka membahagikan punca masalah kepada tiga faktor iaitu psikologi, biologi dan persekitaran. Dalam faktor psikologi kedua-dua pengkaji ini telah melibatkan dua perkara penting yang mempengaruh iaitu kecerdasan dan kesihatan emosi. Manakala dalam faktor biologi, mereka telah membahagikan faktor tersebut kepada dua perkara yang diutamakan iaitu kesihatan fizikal dan fungsi neurologi manakala dalam faktor persekitaran pula ianya dapat dikaitkan deangan dua perkara iaitu pembentukan bahasa dan amalan di sekolah. Pendapat di atas juga disokong oleh Carrol (1993) dalam Anwar Ridzi (2000) yang mana beliau menyatakan bahawa pelajar yang menghadapi masalah membaca adalah disebabkan oleh beberapa faktor penting iaitu kelemahan kecerdasan mental, bakat, sikap, dan minat. Ada beberapa cara untuk membantu murid -murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak -kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -kanak ini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman. Menurut Abu Basar (1998), masalah membaca ini sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Ini boleh

Upload: iimusinah

Post on 29-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

masalah membaca

TRANSCRIPT

Page 1: Masalah membaca   kadangkala

Masalah membaca kadangkala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak

faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian, tidak aktif

membaca, tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan-latihan tertentu

perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak -kanak itu supaya dia dapat

memahami apa yang dibacanya.

Menurut pandangan Jais dan Mat Nor (1990) membincangkan faktor-faktor yang sering

dikaitkan dengan murid yang memerlukan pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran.

Mereka membahagikan punca masalah kepada tiga faktor iaitu psikologi, biologi dan

persekitaran. Dalam faktor psikologi kedua-dua pengkaji ini telah melibatkan dua perkara

penting yang mempengaruh iaitu kecerdasan dan kesihatan emosi. Manakala dalam faktor

biologi, mereka telah membahagikan faktor tersebut kepada dua perkara yang diutamakan

iaitu kesihatan fizikal dan fungsi neurologi manakala dalam faktor persekitaran pula ianya

dapat dikaitkan deangan dua perkara iaitu pembentukan bahasa dan amalan di sekolah.

Pendapat di atas juga disokong oleh Carrol (1993) dalam Anwar Ridzi (2000) yang mana

beliau menyatakan bahawa pelajar yang menghadapi masalah membaca adalah disebabkan

oleh beberapa faktor penting iaitu kelemahan kecerdasan mental, bakat, sikap, dan minat.

Ada beberapa cara untuk membantu murid -murid sekolah yang masih tidak boleh membaca.

Kanak -kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya.

Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa. Keadaan ini perlu

diperbaiki. Kanak -kanak ini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan

yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman.

Menurut Abu Basar (1998), masalah membaca ini sering terdapat di kalangan kanak -kanak

yang mengalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori iaitu

Page 2: Masalah membaca   kadangkala

masalah mengenal huruf (decording) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading

comprehension )

Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan maka jelaslah bahawa

permainan bahasa dapat membantu meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka

KVKV. Selain itu permainan bahasa juga dapat meningkatkan minat dan tumpuan murid

untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca dalam mata

pelajaran bahasa melayu. Penggunaan permainan bahasa sebagai medium menyampaikan isi

pembelajaran kemahiran membaca menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku

dalam suasana yang lebih menyeronokkan kerana murid seolah sedang bermain tanpa

menyedari proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Dapatan kajian bertepatan dengan kajianyang dijalankan oleh Antari bAyuning Asri (2011)

yang menyatakan isi pelajaran yang disampaikan dengan menggunakan bahan permainan

bahasa menjadikan murid-murid seolah-olah sedang bermain seterusnya menyumbang

kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Proses pengajaran dan

pembe3lajaran yang menyreronokkan ini akan dapat membantu guru untuk mendapatkan

tumpuan murid sepanjang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaranseterusnya

menjadikan ianya satu pembelajaran yang bermakna.

Berdasarkan rekod data pemerhatian yang telkah dibuat, aktiviti pembelajaran yang

berbentuk permainan bahasa terbukti mampu untuk memikat tumpuan murid slow leaner bagi

mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca menggunakn permainan

bahasa. Dapatan kajian ini menyokong penyataansolomon (1993) yang menyatakan

pendidikan yang melibatkan permainan bahasa dapat menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran lebih bermakna.

Page 3: Masalah membaca   kadangkala

Para penyelidik perubatan berpendapat kebanyakkan masalah pembelajaran ada

kaitan dentgan kecederaan otak. Kecederaan otak pada system sarat pusat biasanya berlaku

sebelum kelahiran bayi dan selepas kelahiran bayi. Sebelum kelahiran bayi, kemungkinan

terjadi pelbagai kejadian semasa kandungan yang menyebabkan kecederaan otak. Ibu yang

menghidap penyakit seperti Rubella, herpes simplex, mengambil dadah, merokok, minum

alkohol, terdedah kepada logam berat dan sinar X akan mengalami risiko yang tinggi kepada

masalah ini. Selain itu, semasa kelahiran bayi yang dilahirkan yang terdedah dengan

kekurangan oksigen, tidak cukup bulan atau kurang berat badan dan penggunaan alatan

perubatan seperti forsep dan vakum boleh menyebabkan terjadinya masalah ini. Selepas

kelahiran bayi juga seorang kanak-kanak sering terdedah dengan pelbagai kemalangan yang

mengakibatkan kecederaan otak. Contohnya, kemalangan, demam yang terlalu tinggi,

ketumbuhan pada otak seperti meningitis.

Di samping itu, faktor yang lain ialah hubung kaitan dengan genetic.Menurut

Pennington, (1990) yang menjalankan kajian mendapati bahawa kira-kira 35 atau 45 peratus

kanak-kanak yang menghadapi masalah membaca mempunyai ibu atau bapa yang juga

menghadapi masalah membaca. Menurut b Raskind (2001), menyatakan bahawa kanak-

kanak menghadapi risiko yang tinggi sekiranya kedua-dua ibu bapanyanya mempunyai

masalah yang sama seperti mempunyai masalah membaca.

Ketidakseimbangan biokimia juga merupakan faktor kecederaan otak. Sesetengah

pendapat mengatakan ketidakseimbangan bahan-bahan kimia boleh menjadi punca kepada

masalah hiperaktiviti yang mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan atas kerja-kerja

rumah. Contohnya, penggunaan ubat-ubatan yang kononnya membantu mempertingkatkan

Page 4: Masalah membaca   kadangkala

memori atau mencerdaskan minda. Sehingga kini masih tiada bukti bahawa ubat-ubatan

sebegini dapat mengurangkan masalah pembelajaran.

Faktor yang terakhir ialah faktor persekitaran. Terdapat kajian menunjukkan bahawa

persekitaran yang tidak selesa seperti kemiskinan, persekitaran kotor, keadaan rumah yang

tidak selesa dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak tidak mesra boleh menimbulkan

masalah pembelajaran. Kajian jangka panjang yang dijalankan oleh Hart dan Risely (1995)

mendapati bahawa kanak-kanak yang tidak berkomunikasi dengan ibu bapa mereka,

mempunyai masalah perkembangan bahasa yang lewat.

Rumusannya, walaupun empat faktor yang diutarakan merupakan masalah

pembelajaran, namun sebagai seorang guru hendaklah mengajar kanak-kanak pendidikan

khas dengan tanpa mengaitkan masalah yang dihadapi.

Antara ciri-ciri yang dapat kami perhatikan pada Haziq ialah dia adalah pada

mulanya seorang yang pendiam tetapi suka melibatkan diri dalam aktiviti kelas. Buktinya,

semasa saya mengadakan aktiviti permainan bahasa di dalam kelas, dia seronok menjawab

soalan yang diajukan.

Antara kekuatan yang terdapat pada diri Haziq ialah dia faham setiap perkataan dan

arahan yang diberikan oleh guru. Oleh itu, dia akan melakukan setiap tugasan yang diberikan

dengan kawalan yang ketat dan pantauan rapi. Buktinya, semasa aktiviti menggunting kertas

untuk dijadikan kolaj, Haziq faham akan arahan yang diberikan dan mula menggunting kertas

mengikut contoh yang telah ditunjukkan. Setelah beberapa minit, gurunya menyuruhnya

bertukar gunting dengan rakan sebelah dan Haziq mengikut arahan guru berkenaan dengan

segera.

Page 5: Masalah membaca   kadangkala

Selain itu, Haziq merupakan seorang murid yang mampu menguruskan dirinya

sendiri. Contohnya, dia boleh makan, minum, memakai baju, berjalan dan sebagainya dengan

sendirinya. Oleh itu, dia adalah lebih mudah diajar dan dikawal oleh guru dalam PKBP

berbanding rakannya yang lebih bermasalah dari segi koordinasi dan pergerakan motor sama

ada halus mahupun kasar.

Selain itu, dia mempunyai sikap untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dengan segera

tanpa mempedulikan kerapian hasil tugasan tersebut. Walaupun begitu, sikapnya ini masih

lagi boleh dikira sebagai kekuatan yang ada padanya kerana dia mempunyai potensi untuk

diajar kerana faham arahan dan mempunyai keinginan untuk menyiapkan tugasan.

Contohnya, apabila disuruh untuk mewarna gambar, dia mewarna dengan sangat cepat

sehingga menyebabkan lukisan tersebut comot dan kotor. Namun begitu, kekemasan ini

boleh diajar sedikit demi sedikit dengan aktiviti berulang dan pantauan yang kerap.

Slow learner atau lembam ini merupakan kumpulan kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti

pelajaran di kelas/ kurikulum/ di sekolah biasa. Mereka terlalu lambat untuk mencapai satu-

satu objektif pengajaran yang mudah/ objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya

rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.

 Menurut Brennan (1974) - murid-murid jenis ini dikenali sebagai murid-murid yang gagal

menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka

tidak dianggap sebagai disebabkan oleh kecacatan.

 PPK 1984 mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran

tertentu, bersikap negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkahlaku yang

menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri.

Page 6: Masalah membaca   kadangkala

DEFINISI

Slow learner disini bermaksud kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas /

kurikulum / di sekolah biasa, dia terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif

pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta

daya pengamatan yang lemah / rendah.

CIRI-CIRI

- Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.

- Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.

- Sukar menerima arahan.

- Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.

- Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar.

- Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis.

- Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.

- Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.

- Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun

- Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah

- Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan.

- Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.

- Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.

- Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat