masalah komunikasi remaja yang tidak tinggal … · betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan...

28

Upload: nguyenhanh

Post on 02-Jul-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat
Page 2: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat
Page 3: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL

BERSAMA IBU BAPA. SATU KAJIAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH

MENENGAH TINGGI AGAMA (ARAB)

MAAHAD PONTIAN.

SAHIDAH BINTI SAAT

Laporan projek ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

September, 2003

Page 4: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ________________________________

Nama Penulis : Sahidah Binti Hj.Saat

Tarikh : 26 September 2003

Page 5: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

iii

DEDIKASI

Kehadhrat Allah Di Panjatkan Doa Serta RahmatNya

Junjungan KekasihNya Selawat Dan Salam Baginda Muhammad SAW

Khas untuk ……

Almarhum Ayahnda Hj. Saat Bin Hj.Ali Bin Hj.Omar

Al-Fatihah…. Agar rohmya beroleh rahmat Allah.

Bondaku yang dikasihi Hjh.Siti Hamimah Binti Hj.Abdul Rahman Bin Kasmani

Doa kalian menjadi pendamping kejayaan ini

Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan

mendidikku

Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

Wahai suami yang selalu di rindui serta anak-anakku Hjh.Siti Kauthar, Nurul Husna, Ahmad Mu’az,

Muhammad Danial dan Abdul Aziz

Kalian membesar dengan kasih sayang dan menjadi

anak-anak yang soleh solehah…

Kesanggupan kalian sama-sama berkorban demi kejayaan

ini

Menjadi pendorong utama bagi diri yang kerdil ini

Adinda-adindaku Muhaimin, Hj.Suhaimi, Sarimah, Saihuddin, Husnah,

Rafie, Muhammad Jamil, Marliah, Saadon dan Jafri

Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad

Kerana ilmu itu adalah penyelamat,

Page 6: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

iv

kerananya juga kita dapat berbakti untuk

Agama,Bangsa dan Negara

Saudara-mara, sahabat handai, guru-guruku serta anak-anak didikku semua

Terima Kasih atas segalanya…….

PENGHARGAAN

بسم اهللا الرحمن الرحيم

محمد خاتم األنبياء والمرسلين وعلى آله ومن تبعه , الحمدهللا رب العالمين والصالة والسالم على رسوله األمين

.باحسان الى یوم الدین

Bersyukur ke hadrat Allah yang satu dengan limpah kurniaNya itu dapatlah di

sempurnakan kajian ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Abdullah Bin Sulong

selaku pensyarah yang membimbing dalam melaksanakan kajian ini. Segala bimbingan,

nasihat, dorongan serta tunjuk ajar beliau tetap di sanjung tinggi.

Sekalung penghargaan kepada individu-individu yang sudi memberi kerjasama

dalam usaha menjawab soal selidik dengan penuh keikhlasan. Serta sesiapa sahaja yang

terlibat secara langsung atau tidak dalam perlaksanaan kajian ini. Semoga Allah

merahmati kalian.

Tidak ketinggalan kepada bonda yang berjiwa penyayang dan almarhum ayahnda,

suami yang dirindui selalu serta anak-anak, pengorbanan dan sumbangan kalian sangat

besar ertinya dan tidak ternilai. Terima kasih yang tidak terhingga.

Page 7: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

v

Sekian, wassalam.

SAHIDAH BINTI SAAT

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik masalah remaja terhadap komunikasi

dengan ibu bapa yang tidak tinggal bersama mereka. Lima dimensi telah digunakan

untuk mengukur persepsi tersebut, iaitu kekerapan berkomunikasi, kesukaran,

kepuasan, sumber rujukan dan sifat terbuka. Responden bagi soal selidik kajian ialah

pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Tinggi Agama (Arab) Maahad Pontian, Johor.

Data-data yang telah diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dengan

menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The Social Science) Version

11 dengan memberikan tumpuan kepada kekerapan, peratusan dan min. Min

keseluruhan bagi kelima-lima dimensi komunikasi menunjukkan persepsi yang

signifikan. Walau bagaimanapun, apabila dilihat min bagi setiap dimensi secara

berasingan didapati bahawa dimensi kesukaran dan sumber rujukan berkomunikasi

mempunyai persepsi yang signifikan. Manakala dimensi kekerapan, kepuasan dan

sifat terbuka mempunyai persepsi yang tidak signifikan.

Page 8: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

vi

ABSTRACT

The main purpose of this study is to examine the communication problems of

teenagers with their parents who do not stay with them. Five dimensions: frequency,

difficulty, satisfaction, source of references and openness in communication with

their parents. The respondents of the research questionnaire were the students of

Sekolah Menengah Tinggi Agama (Arab) Maahad Pontian, Johor. The research data

were analysed with descriptive statistic analysis ( frequency, percentage and mean )

using SPSS (Statistical Package For The Social Science) version 11. The mean of

the five dimensions of communication indicates that the perception of the students is

significant. However, the means of the individual dimensions of communication

show that difficulty source of references in communication have significant

perception, while frequency, satisfaction and openness in communication have

insignificant perception.

Page 9: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS -

NILAI PEMARKAHAN -

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SIMBOL xviii

SENARAI RAJAH xix

SENARAI LAMPIRAN xx

BAB 1 : PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 01

1.2 Latarbelakang Masalah 03

Page 10: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

viii

1.3 Pernyataan Masalah 05

1.4 Persoalan Kajian 05

1.5 Objektif Kajian 06

1.6 Kepentingan Kajian 07

1.7 Batasan Kajian 07

1.8 Istilah/Takrif

1.8.1 Remaja 08

1.8.2 Masalah 08

1.8.3 Komunikasi 09

BAB 2: SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi

Remaja 11

2.2.1 Faktor Pergaulan Rakan

Sebaya 12

2.2.2 Faktor Keluarga 13

2.3 Kajian Lepas 24

2.4 Kesimpulan 28

Page 11: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

ix

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Tatacara Kajian 29

3.2.1 Rangka Kerja Kajian 30

3.3 Reka bentuk Kajian 31

3.4 Kaedah Persampelan 32

3.5 Instrumen Kajian 33

3.6 Tatacara Pengumpulan Data 33

3.6.1 Kaedah Pengumpulan

Data Primer 33

3.6.1.1 Soal Selidik 34

3.6.2 Kaedah Pengumpulan

Data Sekunder 34

3.7 Analisis Data 35

BAB 4: ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 36

4.2 Analisis Data Taburan Responden

Berdasarkan Latar Belakang 37

Jadual 1: Umur 37

Jadual 2: Jantina 37

Jadual 3: Pendidikan Bapa 38

Jadual 4: Pendidikan Ibu 38

Page 12: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

x

4.3 Analisis Deskriptif Dan Tahap

Bilangan Serta Peratusan Responden

Yang Menjawab Setiap Item Bahagian B 39

4.3.1.1 Dimensi Persepsi: Jadual 5-17 39

4.3.1.2 Dimensi Sifat Terbuka:

Jadual 18-24 46

4.3.1.3 Dimensi Sumber Rujukan:

Jadual 25-31 50

4.3.1.4 Dimensi Kepuasan:

Jadual 32-38 54

4.3.1.5 Dimensi Kekerapan:

Jadual 39-46 58

4.3.1.6 Dimensi Kesukaran:

Jadual 47-52 63

4.3.1.7 Dimensi Persepsi Terhadap

Ibu Bapa: Jadual 53-55 66

4.4 Perbincangan 68

4.4.1 Bahagian A 4.2 Jadual 1 68

4.4.2 Bahagian B 4.3 69

4.4.2.1 Dimensi Persepsi 69

4.4.2.2 Dimensi Sifat Terbuka 72

4.4.2.3 Dimensi Sumber

Page 13: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

xi

Rujukan 73

4.4.2.4 Dimensi Kepuasan 73

4.4.2.5 Dimensi Kekerapan 73

4.4.2.6 Dimensi Kesukaran 73

4.4.2.7 Dimensi Persepsi

Terhadap Ibu Bapa 74

4.6 Rumusan 74

BAB 5: KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 75

5.2 Ringkasan Kajian 75

5.3 Implikasi Hasil Kajian 76

5.4 Cadangan-cadangan 78

(Usaha-usaha yang perlu diambil perhatian) 79

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 80

5.6 Penutup 81

BIBLIOGRAFI 82

LAMPIRAN 88

Page 14: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden

Mengikut Umur 37

2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden

Mengikut Jantina 37

3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden

Mengikut Pendidikan Bapa 38

4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden

Mengikut Pendidikan Ibu 38

5 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 04: “Saya mempunyai hubungan yang

baik dengan ibu bapa.” 39

6 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 05: “Saya selalu berbual dengan

Ibu bapa saya.” 40

7 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 06: “Saya jarang berbual dengan ibu

Bapa saya.” 40

8 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Page 15: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

xiii

Item 07: “Saya tidak pandai berbual dengan

ibu bapa saya.” 41

9 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 08: “Saya kurang mesra dalam 41

perbualan dengan ibu bapa saya.”

10 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 09: “Ibu bapa berbual mesra

dengan saya.” 42

11 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 10: “Ibu bapa saya suka bergurau

senda dengan saya.” 42

12 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 11: “Ibu bapa saya selalu memper-

lekehkan pendapat saya.” 43

13 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 12: “Ibu bapa saya selalu meminta

pendapat saya dalam sesuatu hal.” 43

14 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 13: “Ibu bapa saya selalu menunjuk-

kan kemesraan mereka apabila berbual

dengan saya.” 44

15 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 14: “Ibu bapa saya menghormati

setiap keputusan saya.” 45

16 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 15: “Ibu bapa saya mahu saya me-

nerima keputusannya.” 45

17 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 16: “Kami saling memahami antara

satu sama lain.” 46

18 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 17: “Ibu bapa saya bersikap terbuka

tentang sesuatu perkara yang saya cerita-

kan kepada mereka.” 46

Page 16: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

xiv

19 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 18: “Ibu bapa saya sentiasa bersedia

mendengar luahan hati saya.” 47

20 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 19: “Saya selalu berkongsi rahsia

dengan ibu bapa saya.” 47

21 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 20: “Tiada rahsia di antara saya dan

ibu bapa saya.” 48

22 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 21: “Saya tidak menceritakan hal

peribadi saya kepada ibu bapa saya.” 48

23 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 22: “Saya akan melindungi masalah

yang saya hadapi daripada diketahui oleh

ibu bapa.” 49

24 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 23: “Ibu bapa saya bersikap terbuka

apabila kami berbual mengenai perhubungan

saya dengan teman yang berlainan jantina.” 50

25 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 24: “Saya kerap menceritakan masalah

saya kepada kedua ibu bapa saya.” 50

26 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 25: “Ibu bapa saya sentiasa mahu

mendengar luahan hati saya.” 51

27 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 26: “Ibu bapa saya menerima

luahan hati saya.” 51

28 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 27: “Ibu bapa saya bersedia berkongsi

masalah dengan saya.” 52

29 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 28: “Ibu bapa saya sering bertanya

Page 17: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

xv

pendapat saya tentang perancangan masa

depan saya yang perlu dibuat untuk kebaik-

an kami bersama.” 52

30 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 29: “Saya akan mendapatkan panda-

ngan ibu bapa saya untuk menyelesaikan

masalah saya.” 53

31 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 30: “Saya akan mendapatkan bantuan

ibu bapa saya berkaitan masa depan saya.” 54

32 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 31: “Saya berasa puas ketika berkomu-

nikasi dengan ibu bapa saya.” 54

33 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 32: “Ibu bapa saya memberikan reaksi

yang positif ketika saya berbual-bual dengan

mereka.” 55

34 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 33: “Saya berasa puas apabila ibu bapa

saya selalu meluangkan masa berbual-bual

dengan saya.” 55

35 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 34: “Saya lebih suka berbual bersama

ibu saya daripada kawan-kawan saya.” 56

36 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 35: “Hubungan yang baik antara saya

dan ibu bapa saya akan tercapai apabila ibu

bapa dapat berinteraksi dengan baik dan sa-

ling memahami antara kami.” 56

37 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 36: “Ibu bapa saya kurang memberikan

penerangan tentang sesuatu perkara kepada

saya.”. 57

38 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Page 18: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

xvi

Item 37: “Ibu bapa saya tidak cuba mema-

hami tentang apa yang saya perlukan dalam

berkomunikasi.” 58

39 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 38: “Saya sering berbual bersama ibu

bapa saya.” 58

40 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 39: “Ibu bapa selalu bertanya tentang

hal saya.” 59

41 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 40; “Ibu bapa selalu ingin berbual

dengan saya.” 59

42 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 41: “Saya lebih banyak menghabiskan

masa bersama-sama rakan sebaya.” 60

43 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 42; “Ibu bapa saya selalu mengajak

saya berbual.” 60

44 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 43: “Ibu bapa saya selalu sibuk dan

tidak ada masa berbual dengan saya.” 61

45 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 44: “Saya akan hanya berbual dengan

ibu bapa saya apabila ada keperluan.” 61

46 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 45: “Ibu bapa saya kurang memulakan

perbualan dengan saya.” 62

47 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 46: “Saya takut untuk berbual dengan

ibu bapa saya.” 63

48 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 47: “Ibu bapa saya sangat serius dan

sukar di ajak berbual.” 63

Page 19: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

xvii

49 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 48: “Saya takut menceritakan masalah

saya kepada ibu bapa saya.” 64

50 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 49: “ Ibu bapa saya sering menunjukkan

kemarahan mereka apabila bertentangan

pendapat dengan saya.” 64

51 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 50: “Ibu bapa saya tidak mahu menerima

pendapat saya.” 65

52 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 51: “Ibu bapa saya tidak berminat untuk

mendengar permasalahan saya.” 65

53 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 52: “Ibu kerap berbual dengan saya ber-

banding dengan bapa.” 66

54 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 53: “Saya lebih selesa berbual dengan

ibu berbanding bapa.” 67

55 Taburan Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Item 54: “Ibu saya lebih menunjukkan sikap

menerima dan memahami setiap pendapat

yang saya berikan berbanding dengan bapa.” 67

Page 20: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

xviii

SENARAI SIMBOL

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

SMA : Sijil Sekolah Menengah Agama

SRA : Sijil Rendah Agama

PMR : Penilaian Menengah Rendah

SPM : Sijil Pelajaran Malaysia

KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

SPSS : Statistical Package For Social Science

SPACE : School of Professional and Continuing Education

(Sekolah Profesional Dan Pendidikan Berterusan)

PPIPS : Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial

SPI : Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Page 21: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

xix

SENARAI RAJAH

No Rajah Tajuk Muka Surat

1. Rangka Kerja Kajian 29

Page 22: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

xx

SENARAI LAMPIRAN

No Lampiran Tajuk Muka Surat Lampiran A Surat Kenyataan dan Borang

Soal Selidik 88

Lampiran B Surat Kebenaran daripada

Fakulti Pendidikan 94

Lampiran C Surat Kebenaran daripada

pihak S P A C E 95

Lampiran D Surat Fakulti kepada Sekolah

yang di lakukan kajian ke atasnya 96

Lampiran E Surat Akuan daripada Pihak Sekolah 97

Page 23: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

1

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Secara umum, remaja adalah golongan anak muda yang beransur-ansur

berkembang menjadi dewasa dan mulai matang atau sudah pandai berfikir sendiri.

Umur mereka ialah disekitar 12-18 tahun. Kata-kata ini telah di sokong oleh Ibrahim

Mamat (1997), beliau mengatakan remaja ialah mereka yang sedang mengalami proses

pematangan fizikal, intelek, rohani dan emosi. Umur mereka adalah di antara 12

hingga 18 tahun ( Ibrahim Mamat. 1997).

Remaja dianggap sebagai pemimpin pada masa hadapan. Sebagaimana

peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa “ pemuda harapan bangsa dan pemudi

tiang negara.” Namun, ada sebilangan remaja yang diharapkan sebagai pelapis untuk

membangunkan negara telah hilang pedoman dan hala tuju sehingga terdorong untuk

melakukan perbuatan jenayah seperti merompak, mencuri, pecah rumah, merogol dan

membunuh.

Kata-kata ini disokong oleh Noor Hiyah Mat Desa (1998), menurut katanya

kebanyakan masalah keruntuhan akhlak remaja membabitkan usia dalam lingkungan

10-18 tahun. Kata beliau lagi, menurut pengakuan daripada Polis Bukit Aman, kes

jenayah remaja pada tahun 1996 telah meningkat sebanyak 1,719, ia membabitkan kes

Page 24: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

2

bunuh, serangan dengan niat, rompak bersenjata, rogol, pecah rumah, mencuri dan

membunuh.

Allah berfirman di dalam Al-Quran:

:قال اهللا تعالى

سورة المائدة :49

Ertinya yang bermaksud:

“ Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang

yang diturunkan oleh Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan

berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari

sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling ( dari

hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah

menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-

dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang

fasik”.

-Surah Al-Maidah: 49 -

Ayat di atas menjelaskan kepada manusia, agar berhati-hati terhadap orang-

orang yang bertindak hanya kerana mengikutkan hawa nafsu mereka semata-mata,

sedangkan Allah telah memberi amaran dengan balak ( musibah) atas perbuatan

Page 25: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

3

manusia yang fasik dan berdosa itu. Kaitan ayat dalam konteks tajuk kajian ini ialah

menghalang setiap individu daripada melakukan berbagai kerosakkan di muka bumi ini.

Secara umumnya remaja seperti yang dinyatakan di atas masih bersekolah dan

tinggal bersama keluarga . Ini bererti ibu bapa adalah orang yang paling penting dalam

membina dan membentuk peribadi serta tingkah laku remaja. Ibu bapa juga

bertanggungjawab mewujudkan hubungan dua hala, iaitu hubungan ibu bapa terhadap

anak remaja, begitu juga sebaliknya iaitu hubungan remaja dengan ibu bapa.

1.2 Latarbelakang Masalah

Kebelakangan ini banyak laporan tentang ketegangan yang wujud dalam

hubungan di antara ibu bapa dengan remaja, yang mana remaja membantah saranan

dan pandangan ibu bapa . Keadaan ini menurut Zuhriah Mohd Juoi (1999) adalah

berpunca daripada kurang jelasnya matlamat mereka dalam berkomunikasi.

Matlamat berkomunikasi adalah penting bagi ibu bapa untuk memahamkan anak-

anak remaja mereka. Selain itu kegagalan ibu bapa berkomunikasi mungkin disebabkan

oleh sikap mereka yang kurang mahir sebagai pendengar yang berkesan sehingga

menyebabkan anak-anak mengalami tekanan emosi dan mental. Hal ini kerana zaman

remaja adalah merupakan suatu tempoh seseorang individu itu membina identiti kendiri

yang di percayai ada kaitannya dalam hubungan berkomunikasi.

“Identiti kendiri melibatkan remaja mencari jawapan terhadap kemusykilan

tentang peranannya dan siapakah dirinya yang sebenar” ( Rohaty Mohd Majzub, 1998).

Menurut beliau lagi , remaja juga mengalami tarikan heteroseksual , iaitu tarikan

antara remaja yang berlainan jantina. Mereka menghadapi keadaan yang paling

romantis melalui perdampingan mereka dengan remaja lain. Perasaan romantis tersebut

mempengaruhi perhubungan mereka dengan remaja lain yang memikat hati mereka.

Oleh itu, keperluan mereka dari segi mental dan emosi perlu diberi perhatian.

Page 26: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

4

Krisis identiti kendiri dikalangan remaja, juga menyebabkan hubungan di antara

remaja dan ibu bapa renggang. Ibu bapa tidak cuba memahami luahan perasaan dan

pandangan remaja . Ibu bapa harus sedar bahawa manusia itu berbeza dari segi

permasalahan yang dihadapi. Perbezaan ini sepatutnya diteliti oleh para ibu bapa. Jika

status ini tidak dihargai, ia akan menimbulkan implikasi yang tidak sihat dalam

hubungan ibu bapa dan anak remaja mereka.

Cara komunikasi di antara ibu bapa dan remaja juga perlu diberikan perhatian

agar mesej yang hendak disampaikan itu memberikan kesan yang positif. Justeru, apa

yang berlaku ialah ibu bapa kurang menitik beratkan cara dan kaedah komunikasi yang

sesuai dengan remaja, atau mereka tidak tahu cara berkomunikasi yang sewajarnya

dengan golongan remaja, menyebabkan adanya halangan proses berkomunikasi.

Adanya halangan-halangan dalam proses komunikasi di antara ibu bapa dan

remaja meninggalkan kesan buruk ke atas tingkah laku remaja itu sendiri. Misalnya,

ibu bapa hanya setakat ingin mendengar perkara-perkara yang mereka setujui untuk

dimaklumi, tanpa mengambil kira apakah sebenarnya yang ingin di sampaikan oleh

remaja berkenaan. Akibatnya ibu bapa kurang meneliti perkara sebenar yang hendak

disampaikan oleh remaja mereka. Ini menunjukkan terdapatnya unsur-unsur keegoan

ketika proses komunikasi itu berlaku.

Ciri-ciri keegoan yang tinggi ketika berkomunikasi dengan para remaja juga

menjadi sebahagian daripada penghalang kepada proses berkomunikasi ini. Lazimnnya

faktor usia dijadikan ukuran apabila berbicara tentang hal-hal yang bersangkut-paut dengan

pengalaman. Malah ibu bapa beranggapan bahawa mereka telah lebih dahulu hidup dari

remaja berkenaan, sebagaimana pepatah ada mengatakan ‘sudah lebih dahulu makan

garam’. Ada juga sesetengah ibu bapa yang mempunyai prasangka buruk terhadap anak-

anak remaja menyebabkan mereka tidak mahu berkomunikasi dengan anak-anak remaja

mereka ( Rokiah Kulop Hamzah, 1995).

Page 27: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

5

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh mana para remaja berkomunikasi

dengan ibu bapa mereka, sedangkan mereka tidak tinggal bersama keduanya. Faktor-

faktor yang berkaitan adalah hanya kerana mereka tidak tinggal bersama. Dalam

Kajian ini lebih menekankan lagi tentang adanya kejanggalan dalam hubungan dan

proses komunikasi di antara remaja dan ibu bapa mereka. Ini menyebabkan mereka

menjadi kurang intim dalam proses komunikasi tersebut.

Oleh itu, berdasarkan kepada persoalan-persoalan tersebut, maka penyelidik

berasakan perlu diadakan kajian bagi mengetahui pendapat atau pandangan dari

kalangan remaja, terhadap komunikasi mereka dengan ibu bapa dan sebaliknya iaitu

komunikasi ibu bapa dengan remaja mereka.

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memberi suatu gambaran yang jelas tentang

hubungan remaja dalam masalah berkomunikasi dengan ibu bapa seperti tahap

kepuasan apabila berkomunikasi, kekerapan berkomunikasi serta persoalan seperti

berikut:

Page 28: MASALAH KOMUNIKASI REMAJA YANG TIDAK TINGGAL … · Betapa agongnya pengorbananmu dalam membesarkan dan mendidikku Agar menjadi insan berguna, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

6

(i) Adakah tinggal berjauhan memberi kesan terhadap komunikasi dengan

ibu bapa.

(ii) Bagaimanakah bentuk komunikasi remaja yang tinggal berjauhan

dengan ibu bapa.

(iii) Sejauh manakah ibu bapa menjadi sumber rujukan utama oleh para

remaja apabila mereka bermasalah.

1.5 Objektif Kajian

Terdapat beberapa objektif atau tujuan yang begitu mendorong penyelidik untuk

melakukan kajian ini iaitu:

1. Untuk melihat sama ada remaja menghadapi masalah dalam

berkomunikasi dengan kedua ibu bapa mereka apabila tinggal berjauhan

daripada keduanya.

2. Melihat cara remaja berkomunikasi dengan kedua ibu bapa mereka,

terutama apabila mereka berjauhan.

3. Mengkaji adakah berkomunikasi dengan ibu bapa menjadi sumber

rujukan utama dalam menghadapi masalah.