kepuasan kerja di kalangan guru - guru … · jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku...

23

Upload: doanhanh

Post on 12-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan
Page 2: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan

i

KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU KEMAHIRAN HIDUP DI

ENAM BUAH SEKOLAH MENENGAH DAERAH MELAKA TENGAH

WAHIDA BTE SAUL HAMID

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 3: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan

ii

Saya/kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya/kami* karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ).

Tandatangan : __________________________

Nama Penyelia : MD.YUSUP BIN KAYAT

Tarikh : __________________________

* Potong yang mana tidak berkenaan

Page 4: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan
Page 5: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan

iv

DEDIKASI

Ku abadikan halaman ini istimewa buat.............

.......... suami tercinta Abdul Rahim Hj Shaik Mohamed.

Terima asih di atas kesabaran dan pengorbanan mu selama ini.

Untuk Ayahanda, Hj Saul Hamid, Ibunda Hjh Aishah.

Doa dan jasa kalian sumber kejayaanku.

Untuk Ibu Mertuaku, Hajah Maimon

Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan.

Untuk Puteraku, Moh Rafikqin

Teruskan jalan yang ku rintis ini sehingga ke puncak jaya.

Teman seperjuangan.. SPH PKPG

Kenangan bersama tak mungkin hilang di memoriku,

Suka duka perjalanan telah kita lalui bersama

Semoga Allah memberkati kejayaan kita semua.

Page 6: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan

v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani dan segala pujian

untuk Allah s.w.t serta selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w.

Alhamdulilah berkat rahmat dan keizinanNya yang telah memberi semangat

dan ketenangan kepada saya dalam menyiapkan projek penyelidikan ini bagi

memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

Kemahiran Hidup.

Setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia saya,

En. Md. Yusup bin Kayat yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat

dan motivasi yang amat berguna dalam usaha menyempurnakan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada pensyarah - pensyarah yang pernah membimbing,

rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang terlibat secara langsung dalam meyiapkan

kajian ini, segala jasa baik yang diberikan semoga mendapat keberkatan di dalam

kehidupan kalian semua. Insyallah.

Wassalam.

Page 7: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan

vi

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengkaji kepuasan kerja di kalangan

guru-guru Kemahiran Hidup di daerah Melaka Tengah. Batasan kajian di

tertumpu kepada pembolehubah- pembolehubah yang menyumbang ke arah kepuasan

kerja di kalangan guru KH di mana skop kajian ini menyentuh lima aspek kepuasan

kerja iaitu dari segi beban tugas, persekitaran, interaksi guru dengan rakan sekerja dan

pentadbir, peluang kenaikan pangkat dan kepuasan mengajar. Dalam kajian ini,

seramai 40 orang dipilih secara rawak mudah dari 6 buah sekolah Men di daerah

Melaka Tengah. Pengkaji menggunakan soalan selidik sebagai alat instrumen untuk

mengukur. Kejituan kajian bergantung kepada kejujuran responden menjawab soal-

selidik. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, menggambarkan guru-guru belum

mencapai tahap kepuasan kerja. Adalah diharapkan dari sudut profesion hasil kajian

ini dapat memberi panduan kepada guru dalam memotivasikan diri dalam tujuan

mencapai kepuasan kerja serta memperbaiki kekurangan yang ada. Dalam sesebuah

orgnaisasi pendidikan, kepuasan kerja memberi kesan kepada organisasi itu sendiri

kerana ia merupakan salah satu faktor kejayaan organisasi tersebut.

Page 8: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan

vii

ABSTRACT

The study was conducted for the job satisfaction of teachers in the

Malaca Tengah District. The focus of the study was towards the factors which

contributed to the job satisfaction among the kh teachers, whereby the scope only

focus on 5 aspects. The aspects are Burden Of Duties, Envoirment, Chances Of

Promotion and Salary and also the Satisfaction Of Teaching. In the study, a total of

40 participants were chosen on random from six secondary schools in the Malacca

Tengah District. Questionaire were used by the researches as the main instrument to

conduct the study. The success of the study depended on the honesty and sincerelity

of the participants in answering the questionaire. In conclusion, we can see that there

is still lack in the aspects of jobs satisfaction. It is also hoped that this study will be a

guideline for the teaching profession in motivating themselves in order to achieve job

satisfaction, overcome weakness and other shortcomings or problems.

In an education organisation, job satisfaction has an impact for the organisation itself,

because it is one of the factors for the success of each organisation.

Page 9: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

HALAMAN SENARAI JADUAL xii

HALAMAN SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 3

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Objektif Kajian 8

1.6 Skop Kajian 9

1.7 Definisi Istilah Kajian 9

1.7.1 Guru 9

1.7.2 Kemahiran Hidup 10

1.7.3 Kepuasan Kerja 10

Page 10: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan

ix

1.7.4 Beban Tugas 11

1.7.5 Persekitaran 11

1.8 Penutup 12

BAB 2 PENDAHULUAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Teori Kepuasan Kerja 15

2.3 Beban Tugas 16

2.4 Peluang Kenaikan Pangkat 17

2.5 Interaksi Guru Dengan Rakan sekerja 18

dan Pentadbir

2.6 Persekitaran 20

2.7 Hubungan Kepuasan Dengan Prestasi Kerja 22

2.8 Motivasi dan Kepuasan Guru 23

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Reka Bentuk Kajian 25

3.3 Tempat Kajian 25

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26

3.5 Instrumen Kajian 28

3.6 Kajian Rintis 31

3.7 Prosedur Kajian 32

3.8 Kaedah Pengumpulan Data 33

Analisis Data 34

Page 11: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan

x

Penutup 34

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 35

4.1.1.Bahagian A - Latar Belakang Responden 36

4.1.2 Bahagian B - Set item-item soal selidik 36

4.2 Latar Belakang Responden 37

4.2.1 Jantina 37

4.2.2 Bangsa 37

4.3.3 Pengkhususan 38

4.2.4 Umur 39

4.2.5 Pengalaman Mengajar 40

4.2.6 Bilangan Waktu Mengajar 40

4.3 Keputusan Kajian Bahagian B 41

4.4 Dapatan Persoalan 1 Kajian 44

4.5 Dapatan Persoalan 2 Kajian 47

4.6 Dapatan persoalan 3 Kajian 50

4.7 Dapatan Persoalan 4 Kajian 53

4.8 Dapatan Persoalan 5 Kajian 56

4.9. Penutup 57

Page 12: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan

xi

BAB 5 RUMUSAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 58

5.2. Rumusan 61

5.2.1 Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian A 62

5.3.0 Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian B 63

5.3.1 Perbincangan Soalan Kajian 1 64

5.3.2 Perbincangan Soalan Kajian 2 65

5.3.3 Perbincangan Soalan Kajian 3 66

5.3.4 Perbincangan Soalan Kajian 4 67

5.3.5 Perbincangan Soalan Kajian 5 68

5.4 Cadangan Kajian 69

1.5.1 Cadangan Kepada Kementerian 70

Pendidikan

5.4.2 Cadangan Kepada Sekolah 71

5.4.3 Cadangan Kepada Guru 71

5.5 Kajian Pada Masa Hadapan 71

5.6 Kesimpulan dan Penutup 72

RUJUKAN 73

Page 13: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Senarai Nama dan Bilangan Guru Di Enam Buah Sekolah 26

Hendak Dikaji

3.2 Saiz Sample Berdasarkan Populasi 27

3.5.1 Kandungan Soal Selidik 28

3.5.2 Persoalan Kajian dan Nombor Item 29

3.5.3 Skor Skala Likert 29

3.6.1 Nilai Alpha Cronbach 31

3.7.0 Skor dan Tahap Pertimbangan 34

4.3.1 Taburan Bilangan Responden Mengikut Jantina 37

4.3.2 Taburan Bilangan Responden Mengikut Bangsa 37

4.3.3 Taburan Bilangan Responden Mengikut Pengkhususan 38

Page 14: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan

xiii

4.3.4 Taburan Umur Responden 39

4.3.5 Taburan Pengalaman Mengajar 40

4.5.1 Taburan Item-item Persoalan Kajian 1 43

4.6.1 Taburan Item-item Persoalan kajan 2 46

4.7.1 Taburan Item-item Persoalan Kajian 3 49

4.8.1 Taburan Item-item Persoalan Kajian 4 52

4.9.1 Taburan Item-item Persoalan Kajian 5 55

Page 15: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan

xiv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Taburan Purata Peratus Persoalan 44

Kajian 1

4.2 Taburan Purata Peratus Persoalan 47

Kajian 2

4.3 Taburan Purata Peratus Persoalan 50

Kajian 3

4.4 Taburan Purata Peratus Persoalan 53

Kajian 4

4.5 Taburan Purata Peratus Persoalan 56

Kajian 5

Page 16: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Akuan Pelajar 76

B Contoh Borang Soal Selidik 83

C Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat 84

Sekolah-Sekolah Dari Jabatan Pendidikan

Melaka

Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian 85

Di Sekolah-Sekolah Dari Kementerian Pendidikan

Surat Kebenaran Menjalankan kajian Di 86

Sekolah-Sekolah Pendidikan Di bawah Kementerian

Surat Menjalankan Kajian Rintis Di Sekolah 87

Menengah Kangkar Pulai

D Nilai Alpha Kajian Rintis. 88

Page 17: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Harapan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020

telah memberikan suatu cabaran hebat dalam sistem pendidikan negara.

Pembangunan sumber manusia melalui dasar sistem serta kemudahan pendidikan

yang baik merupakan jaminan yang kukuh bagi memenuhi matlamat wawasan negara

Selaras dengan itu penyemakan semula kurikulum adalah satu usaha

penambahbaikan yang bertujuan untuk memantapkan keperluan dan kehendak Akta

Pendidikan demi mempertingkatkan keupayaan dan kreadibiliti pelajar menghadapi

cabaran pendidikan abad ke 21.

Sesuatu kurikulum yang bersifat statik dan bertahan bertahun-tahun lamanya

sudah tidak lagi sesuai pada zaman ledakan pengetahuan dan kepesatan pembangunan

teknologi yang sedang di hadapi kini. Ia haruslah bersifat lebih dinamik, yang dilihat

pada keupayaannya menyesuaikan serta memenuhi kehendak dan tuntutan

semasa. Justeru itu penyemakan semula Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu ini

dibuat dengan mengambil kira keperluan, di samping mempertimbangkan keperluan

pembangunan negara, dan kehendak lain-lain stakeholders sistem pendidikan negara.

( Pusat Perkembangan Kurikulum: Kementerian Pendidikan Malaysia 2003 )

Jelas sekali, guru Kemahiran Hidup mempunyai peranan yang penting dalam

menentukan sejauh mana perancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

boleh berjaya mencapai segala objektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Page 18: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan

2

Guru perlu komited kepada pelaksanaan kurikulum ini.

Tidak hairanlah saya katakan perkembangan kerjaya pendidikan memerlukan

peningkatan dan perkembangan pendidikan yang sistematik dan pantas.

Ini dibuktikan dalam Laporan Tahunan Pendidikan 1995, yang menyatakan bahawa

kancah perubahan yang pantas dan meluas serta cabaran yang hebat dalam pelbagai

bidang. Perguruan adalah suatu profesion yang matlamat utamanya adalah untuk

membentuk insan manusia yang sempurna. Peranan yang dimainkan oleh guru amat

penting dalam usaha mencorak generasi yang akan datang. Dalam usaha untuk

merealisasikan pendidikan ke arah teknologi, kepuasan kerja adalah perlu di kalangan

guru-guru Kemahiran Hidup kerana golongan inilah yang menjadi teras dalam

mencapai pendidikan negara. Sikap positif terhadap pekerjaan selalunya membawa

kepada prestasi kerja dan kepuasan kerja yang cemerlang, manakala sikap negatif

terhadap kerja boleh menyebabkan ketidakpuasan kerja.

Prestasi kerja yang cemerlang hasil daripada nilai kerja yang positif dan amanah akan

dapat meningkatkan produktiviti organisasi.

Banyak kehendak yang di perlukan oleh seseorang individu termasuklah yang

melibatkan kebajikan mereka seperti rawatan percuma, cuti tanpa rekod, elaun ,

bonus, gaji serta ganjaran, kenaikan pangkat dan inisiatif lain serta sentiasa

mewujudkan hubungan kemanusiaan antara pihak organisasi dan pengurusan.

Untuk mengukur kepuasan kerja di kalangan guru mungkin berbeza dengan pekerja di

sektor awam dan swasta yang lain. Ada yang berpendapat kerja seorang guru sangat

senang, kerja setengah hari, cuti banyak dan lain-lain lagi. Sebenarnya tugas guru

meliputi semua aspek kehidupan seharian seorang pelajar. Selain mengajar, guru

juga menyemaikan nilai-nilai murni agar pelajar yang dihasilkan seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelektualnya. Guru juga terlibat dengan aktiviti ko -

kurikulum, aktiviti persatuan, kursus dalaman dan luaran. Semua ini memerlukan

komitmen yang tinggi di kalangan guru. Para guru memerlukan jaminan kebajikan

daripada majikan mereka supaya mereka boleh bekerja secara aman dan tenang.

Arus perkembangan teknologi yang semakin pesat telah memberi suatu

pembaharuan yang mendadak dalam organisasi pendidikan. Pihak kerajaan telah

Page 19: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan

3

mengambil berbagai langkah untuk menyedarkan anak bangsa dengan ilmu,

kemahiran teknologi

sebagai persiapan untuk menghadapi arus teknologi yang pesat berkembang, namun

begitu, masih ada lagi guru-guru yang merintih dan mengeluh akan perkembangan ini,

adakah guru sudah bosan atau jemu dengan profesionnya?

1.2 Latar Belakang Masalah

Perkembangan ekonomi negara yang mendadak bukan sahaja menyebabkan

struktur dan sistem masyarakat berubah, malah sistem pendidikan turut berubah. Mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu telah mula diperkenalkan di Sekolah

Menengah mulai tahun 1989. Ini bertujuan untuk memberi persediaan awal kepada

pelajar apabila memasuki alam pekerjaan. Dalam kurikulum baru 2003, guru-guru

terpaksa memperlengkapkan diri dengan ilmu mengikut sukatan pelajaran terkini, di

mana kandungan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Teras dan Pilihan.

Bahagian Teras meliputi bidang pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi, manakala

Bahagian Pilihan merangkumi empat bidang pembelajaran iaitu Kemahiran Teknikal,

Ekonomi Rumahtangga, Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan. (Pusat

perkembangan kurikulum: Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan

(1-3).

Guru terpaksa menghadapi cabaran ini serentak dan juga menyediakan diri

kerana subjek ini mempunyai skop yang luas dan ini merupakan satu cabaran bagi

guru Kemahiran Hidup yang sedang mengajar agar dapat menyampaikan pengajaran

dengan lebih berkesan.

Sejauh manakah mata pelajaran Kemahiran Hidup mencapai matlamatnya dapat

dilihat dari segi keberkesanan pelaksanaan mata pelajaran di sekolah. Mata pelajaran

kemahiran Hidup kini telah memasuki musim keempat sejak pelancarannya pada

tahun 1989. Menurut Mahadevan (1990), di kalangan guru pula kebanyakan mereka

merasakan garis panduan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah kabur,

Page 20: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan

4

walaupun mereka telah mengikuti kursus dalam perkhidmatan, namun kajian

menunjukkan keberkesanan belum lagi mencapai tahap yang boleh dibanggakan.

Hari ini, berbagai masalah yang berkaitan dengan kebajikan, motivasi

kepuasan bekerja di kalangan guru sering diperkatakan. Pendedahan telah dibuat

dalam media massa bercetak dari semasa ke semasa. Guru diharapkan dapat menjadi

pendidik, kaunselor, mentor, pemimpin, rajin, petah bercakap berbudi bahasa, kaya

ilmu, bijak mengurus dan yang terkini bestari, sedangkan kebajikan yang sepatutnya

dinikmati oleh para guru tidak diperolehi seperti skim perkhidmatan , gaji, suasana

persekolahan, peluang kenaikan pangkat . (Berita Harian, 26 Mei 1997)

“Guru Tertekan Akibat Beban Tugas”, hakikatnya sekarang, kebanyakan guru

kita sibuk dengan pelbagai tugas sehinggakan kebanyakan mereka kelihatan terkejar-

kejar di antara satu tugasan dengan tugasan yang lain. Pengagihan tugas yang tidak

seimbang di antara guru dalam setahun, sikap pentadbir yang suka pilih kasih,

tugasan sampingan sering dibebankan ke bahu guru oleh beberapa pihak atasan.

Kebiasaannya sebilangan kecil guru hanya mampu bertahan lama kerana pada

hakikatnya ganjaran kenaikan pangkat secara pratikalnya lebih terbatas dalam rangka

relatif. Ramai di antara mereka yang meletak jawatan atau kehilangan semangat

apabila gejala ketidakadilan berleluasa. (Dewan Masyarakat; Februari 1993)

Kemuncak dari rasa tidak kepuasan ini, dilihat apabila pihak Kesatuan

Perguruan Kebangsaan (KPPK) melalui Setiauasaha Agung N. Subramaniam telah

menyarankan untuk mengambil tindakan apabila memulakan pemulauan kegiatan

ko- kurikulum dan aktiviti di luar waktu sekolah. Perkara ini timbul apabila ada

penolakan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai tuntutan elaun kerja

lebih masa kepada guru-guru di bumi Malaysia. Perkhidmatan lain boleh membuat

tuntutan tetapi bidang pendidikan tidak menjanjikan apa-apa. ( Utusan Malaysia, 22

Julai 1997 )

Di Malaysia, terdapat beberapa kajian berkaitan dengan tekanan guru yang

telah dijalankan oleh Norkiah (1980), Nor Azzuddin (1990), Siti Rohani (1991), Md

Hassidin (1995), Chong (1994), Junaidah (1995) dan lain-lain.

Page 21: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan

5

Kajian ini semakin mendapat perhatian dalam tahun 1990 an. Kajian Md Hasidin

(1995) pula secara khusus mendapati semua kakitangan sumber kemahiran Hidup

Sekolah Menengah Johor mengalami tekanan berbanding dengan mereka yang tidak

memegang jawatan. Tekanan kerja guru seringkali dikaitkan dengan kepuasan kerja

guru. Menurut kajian Siti Rohani (1991), yang telah mengkaji pengaruh faktor

sekolah ke atas tekanan guru dengan menggunakan soal-selidik yang diubahsuai

daripada Kynacou dan Sutcliffer (1979). Subjek kajian beliau terdiri daripada 200

orang guru yang dipilih secara rawak dari 10 buah sekolah menengah di Seremban.

Empat faktor menunjukkan guru mengalami tekanan iaitu beban tugas, tekanan masa,

keadaan persekitaran serta kerjasama sekolah. Menurut Tan (1996) menyenaraikan

sepuluh punca tekanan guru dikenalpasti dalam kajian di SRJK( c) daerah Gombak,

antaranya saiz kelas yang besar, gaji yang rendah, sikap buruk pelajar, kerap menjadi

guru ganti, terlalu banyak kerja pekeranian serta kurang kerjasama dari ibu bapa. Ini

bererti guru-guru Kemahiran Hidup dibebani pelbagai masalah dalaman dan luaran.

Faktor Kewangan juga antara pekara penting yang menjadi faktor pengukur

kualiti para guru. Tugas guru sememangnya banyak. Tidak sekadar mengajar, mereka

juga terpaksa melakukan kerja lebih masa di luar bidang rasmi mereka (Utusan

Malaysia 15 Mei 2001). Setiap pihak harus berusaha memainkan peranan yang

terbaik untuk membantu golongan ini dalam menangani dan menjalankan

tanggungjawab dengan baik dalam profesion yang mereka ceburi agar dapat ia

menjadi faktor penggalak motivasi kepada kepuasan kerja guru.

Semakin banyak diperkatakan, semakin kusut masalah yang dialami oleh para

guru yang melibatkan kepuasan bekerja. Adakah benar guru menyambung pelajaran

semula di sebabkan sudah hilang kepuasan diri. Persoalan ini sukar dipastikan, oleh

yang demikian kaijan ini di rasakan perlu untuk mengkaji sejauh manakah kepuasan

kerja guru Kemahiran Hidup.

Page 22: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan

6

1.3 Penyataan Masalah

Kepuasan kerja dilihat sekiranya ia dapat menyesuaikan diri dari organisasi

tempat ia bekerja. Di samping itu, kesetiaan dan komitmen yang ditunjukkan serta

wujud suasana kerja yang ceria menggambarkan bahawa tahap kepuasan kerja telah

dicapai. Justeru, kerjaya dalam bidang Pendidikan memerlukan minat, kesungguhan,

dedakasi serta motivasi yang tinggi. Perkembangan dan kemajuan dalam kerjaya

guru adalah idaman semua pendidik. Dalam menghadapi situasi ini guru tidak lari

dari masalah-masalah dan isu-isu hangat yang berkaitan dengan kebajikan, beban

tugas, minat, kurang pengalaman dalam bidang, rungutan elaun, ketiadaan pembantu

makmal, kerja-kerja di bengkel.

Reformasi yang berlaku dalam sistem pendidikan kini menjadikan

pentadbiran sekolah semakin kompleks. Walaupun pada dasarnya tugas guru hanya

mengajar, tetapi lebih kepada bebanan tugas lain. Adakah faktor-faktor ini telah

menunjukkan bahawa kepuasan kerjaya di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup

semakin berkurangan?

Guru-guru Kemahiran Hidup diharapkan dapat melalui suatu anjakan paradigma

ke arah mencapai matlamat dalam pekerjaan. Suatu pendekatan akan dibuat melalui

tinjauan yang akan dibuat ke atas enam buah sekolah Menengah Daerah Melaka

Tengah. Tinjauan ini akan dilakukan ke atas guru-guru yang mengajar Kemahiran

Hidup Tingkatan 1-3 .

Aspek-aspek yang akan dikaji akan difokuskan kepada faktor peluang kenaikan

pangkat dan gaji, interaksi guru dengan rakan sekerja dan pentadbir, beban tugas,

persekitaran dan kepuasan mengajar.

Page 23: KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU - GURU … · Jasa dan pengorbananmu, terima kasih tak terhingga ku ucapkan. Untuk Puteraku, Moh Rafikqin ... peluang kenaikan pangkat dan kepuasan

7

1.4 Persoalan kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menjawab beberapa persoalan mengenai

kepuasan bekerja di kalangan guru Kemahiran Hidup

1.4.1 Adakah guru dibebani dengan tugas- tugas perkeranian di sekolah selain

waktu mengajar?

1.4.2 Adakah suasana persekitaran bengkel yang selesa dan ceria memberi

kepuasan kerja dalam pengajaran guru?

1.4.3 Adakah gaji yang diterima setimpal dengan kerja anda sebagai seorang guru

yang berpengalaman?

1.4.4 Adakah interaksi anda dengan pengetua dan rakan sekerja

mesra?

1.4.5 Adakah anda berpuas hati mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup ?