faktor-faktor yang mendorong amalan berhutang. … · zainal abidin bin muningin & nor farhanah...

23
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG AMALAN BERHUTANG. SATU KAJIAN TERHADAP IBU BAPA DI TAMAN SETIA WARISAN, SHAH ALAM, SELANGOR. NOR MOHD ASYRAF BIN ZAINAL ABIDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 20-Sep-2019

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG AMALAN BERHUTANG.

SATU KAJIAN TERHADAP IBU BAPA DI TAMAN SETIA WARISAN,

SHAH ALAM, SELANGOR.

NOR MOHD ASYRAF BIN ZAINAL ABIDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dantempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHADTesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan,penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG AMALAN BERHUTANG.SATU KAJIAN TERHADAP IBU BAPA DI TAMAN SETIA WARISAN,SHAH ALAM, SELANGOR.

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya NOR MOHD ASYRAF BIN ZAINAL ABIDIN__ ________(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTARAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD

_____________________________________(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap :NO28, JALAN 2A/4 PERUMAHANANTARA GAPI, HULU YAM BHARU,48200, SERENDAH, SELANGOR.

Tarikh : 20 APRIL 2010

____________________________________(TANDATANGAN PENYELIA)

Nama Penyelia :PROFESSOR SELAMAT BIN HASHIM

Tarikh : 20 APRIL 2010

√DISAHKAN OLEH:

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”.

Tandatangan : …………………………………………...

Nama Penyelia : PROFESSOR SELAMAT BIN HASHIM

Tarikh : 20 APRIL 2010

i

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG AMALAN BERHUTANG:

SATU KAJIAN TERHADAP IBU BAPA DI TAMAN SETIA WARISAN,

SHAH ALAM, SELANGOR.

NOR MOHD ASYRAF BIN ZAINAL ABIDIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

ii

PENGAKUAN

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………………………...

Nama Penulis : NOR MOHD ASYRAF BIN ZAINAL ABIDIN

Tarikh : 20 APRIL 2010

iii

DEDIKASI

Buat insan yang disanjungi

Ayahanda & Bonda

Zainal Abidin Bin Muningin & Nor Farhanah Binti Daud

Terima kasih atas kesabaran dan pengorbananmu dalam mendidikku,

membesarkanku serta sentiasa mendoakanku, sesungguhnya kasih ibu dan bapa

membawa ke syurga. Mudah-mudahan kalian menjadi insan yang sentiasa dinaungi

rahmat dan limpah kurnia Allah S.W.T..

Adinda

Nur Mohd Azmi, Nur Adawiyah, Abdul Rahman, dan Abdul Hafiz. Ku doakan agar

kalian sentiasa berjaya. Jangan hampakan harapan ibu dan ayah.

Para Pensyarah FTI & FP

Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan. Hanya

Allah S.W.T. yang dapat membalas jasa kalian.

Sahabat seperjuangan

Jasa dan pertolonganmu semua akan kukenang hingga akhir hayat .

Terima Kasih.

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas limpah dan

kurniaNya dan dengan izinNya projek ini dapat dijalankan serta disempurnakan.

Selawat serta salam buat Rasulullah S.A.W., ahli keluarga baginda, para sahabat dan

sekalian mujahidin Islam.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Professor Selamat Bin Hashim,

selaku penyelia tesis ini yang banyak membantu dalam memberi bimbingan serta

dorongan sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga juga buat pensyarah-pensyarah

dan warga staf Fakuti Tamadun Islam (FTI) dan Fakulti Pendidikan (FP) dalam

membantu dan memberi informasi bagi menyiapkan tesis ini.

Tidak dilupakan juga buat rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama

berjuang di jalan Allah, serta buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dalam membantu laporan ini. Segala sumbangan dan dorongan kalian akan

diberkati, Insya Allah. Akhir kata, sekian terima kasih.

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang

mendorong amalan berhutang, di kalangan ibu bapa di Taman Setia Warisan, Shah

Alam, Selangor. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti persepsi ibu bapa

terhadap amalan berhutang, faktor-faktor yang mendorong amalan berhutang dan

langkah awal sebelum berhutang. Kajian ini melibatkan 83 responden terdiri dari ibu

bapa yang telah dipilih secara persampelan rawak mudah di Taman Setia Warisan,

Shah Alam. Set soal selidik yang mengandungi 39 item telah diedarkan kepada

responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan,

peratusan, dan min menggunakan perisian Statistical Package For The Social

Science (SPSS) for Windows version 15.0. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah

α = 0.845. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, kebanyakan responden

bersetuju dengan amalan berhutang dengan nilai min yang tinggi iaitu 4.00. Dapatan

kajian juga menunjukkan responden bersetuju dengan faktor-faktor yang mendorong

amalan berhutang berdasarkan nilai min 4.33. Manakala bagi langkah awal sebelum

berhutang, majoriti responden bersetuju dengan faktor-faktor tersebut berdasarkan

nilai min yang tinggi iaitu 4.30. Pada akhir kajian juga disertakan beberapa cadangan

agar menjadi panduan dan tindakan pihak-pihak tertentu.

vi

ABSTRACT

This research was conducted aimed to determine the factors that encourage the

practice of debt, a study of parents in Taman Setia Warisan, Shah Alam, Selangor.

The objective of this research is to identify the perceptions of practice in debt, factors

that encourage the practice of debt and first step before the debt. This study involved

83 respondents consisting of parents have been selected using simple random

sampling technique at Taman Setia Warisan, Kampung Melayu Subang, Shah Alam,

Selangor. Set of questionnaire containing 39 items were distributed to respondents

and analyzed to obtain descriptive value of frequency, percentage, and mean using

the Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows version 15.0.

Questionnaire reliability value is α = 0845. Based on research findings obtained,

most respondents agreed with the practice of debt with a high value of 4:00 mean.

Study findings also showed respondents agreed with the factors that encourage

effective practices based on 4:33 mean. As for the first step before the debt, the

majority of respondents agreed with the factors based on the high value of 4:30

mean. At the end of the study also included several recommendations and actions to

be guided by certain parties.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.6.1 Kepentingan Kepada Individu 6

1.6.2 Kepentingan Kepada Masyarakat 7

viii

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 8

1.9 Kesimpulan 9

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 10

2.2 Konsep Hutang Menurut Islam 11

2.2.1 Takrifan Hutang. 11

2.2.2 Hukum Dibenarkan Berhutang

Dalam Islam. 13

2.2.3 Konsep Hutang Menurut Islam 15

2.2.4 Rukun Hutang 19

2.3 Ganjaran Bagi Pihak Yang Memberi

Hutang 20

2.4 Akibat Buruk Amalan Hutang 21

2.5 Faktor-Faktor Yang Mendorong

Amalan Berhutang 24

2.6 Langkah-Langkah Berhutang Menurut

Islam 26

2.6.1 Berhutang Mengikut Kemampuan 27

2.6.2 Tanggungjawab Membayar Hutang 27

2.6.3 Jangan Berhutang Sekiranya

Ingin Merasa Riak 28

2.7 Kajian Lepas 29

2.8 Kesimpulan 30

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 31

3.2 Rekabentuk Kajian 31

3.3 Tempat Kajian 32

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 33

3.5 Instrumen Kajian 34

3.5.1 Pengumpulan Data Premier 35

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 37

3.6 Tatacara Kajian 38

3.7 Kajian Rintis 38

3.8 Kajian Sebenar 39

3.9 Jangkamasa Kajian 40

3.10 Analisis Data 40

3.11 Kesimpulan 43

BAB IV ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 44

4.2 Bahagian A: Analisis Data Latar Belakang

Responden 45

4.3 Analisis Bahagian B

4.3.1 Analisis Data Berkenaan Persepsi

Ibu Bapa Terhadap Amalan Berhutang 49

4.3.2 Analisis Data Berkenaan Persepsi

Ibu Bapa Terhadap Faktor-Faktor yang

Mendorong Amalan Berhutang 55

4.3.3 Analisi Data Berkenaan Persepsi

Ibu Bapa Terhadap Langkah Awal

Sebelum Berhutang 62

x

4.4 Rumusan Min Dapatan Kajian 66

4.6.1 Persepsi Ibu Bapa Terhadap

Amalan Berhutang. 67

4.6.2 Persepsi Ibu Bapa Terhadap Faktor-

Faktor Yang Mendorong Amalan

Berhutang 68

4.6.3 Persepsi Ibu Bapa Terhadap Langkah

Awal Sebelum Berhutang 70

4.7 Kesimpulan 72

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 73

5.2 Perbincangan 73

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 74

5.2.2 Persepsi Ibu Bapa Terhadap Amalan

Berhutang. 75

5.2.3 Persepsi Ibu Bapa Terhadap Faktor-

Faktor Yang Mendorong Amalan

Berhutang. 77

5.2.4 Persepsi Ibu Bapa Terhadap Langkah

Awal Sebelum Berhutang 78

5.3 Rumusan 80

5.4 Cadangan 81

5.4.1 Cadangan Kepada Ibu Bapa 81

5.4.2 Cadangan Kepada Masyarakat Setempat

Atau Ahli Rukun Tetangga 82

5.4.3 Cadangan Kepada Institusi Kewangan Dan

Syarikat-Syarikat Yang Terlibat. 82

xi

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 83

5.6 Kesimpulan 84

BIBLIOGRAFI 85

LAMPIRAN 89

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual Skala Likert 37

3.2 Skala Pemeringkatan Untuk Min 41

3.3 Nilai Skor Min 42

3.4 Ringkasan Tugas Yang Dijalankan Sepanjang Jangka

Masa Kajian 42

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 46

4.2 Taburan Responden Mengikut Sektor Pekerjaan 46

4.3 Taburan Responden Mengikut Taraf Kehidupan 47

4.4 Taburan Responden Mengikut Gaji Sebulan 47

4.5 Taburan Responden Mengikut Bilangan Tanggungan 48

4.6 Taburan Responden Mengikut Jumlah Pendapatan

Keluarga Sebulan 48

4.7 Taburan Skor bagi item B1 49

4.8 Taburan Skor bagi item B2 50

4.9 Taburan Skor bagi item B3 50

4.10 Taburan Skor bagi item B4 51

4.11 Taburan Skor bagi item B5 51

4.12 Taburan Skor bagi item B6 52

4.13 Taburan Skor bagi item B7 52

4.14 Taburan Skor bagi item B8 53

4.15 Taburan Skor bagi item B9 53

4.16 Taburan Skor bagi item B10 54

xiii

4.17 Taburan Skor bagi item B11 54

4.18 Taburan Skor bagi item B12 55

4.19 Taburan Skor bagi item C1 56

4.20 Taburan Skor bagi item C2 56

4.21 Taburan Skor bagi item C3 57

4.22 Taburan Skor bagi item C4 57

4.23 Taburan Skor bagi item C5 58

4.24 Taburan Skor bagi item C6 58

4.25 Taburan Skor bagi item C7 59

4.26 Taburan Skor bagi item C8 59

4.27 Taburan Skor bagi item C9 60

4.28 Taburan Skor bagi item C10 60

4.29 Taburan Skor bagi item C11 61

4.30 Taburan Skor bagi item C12 61

4.31 Taburan Skor bagi item D1 62

4.32 Taburan Skor bagi item D2 62

4.33 Taburan Skor bagi item D3 63

4.34 Taburan Skor bagi item D4 63

4.35 Taburan Skor bagi item D5 64

4.36 Taburan Skor bagi item D6 64

4.37 Taburan Skor bagi item D7 65

4.38 Taburan Skor bagi item D8 65

4.39 Taburan Skor bagi item D9 66

4.40 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi Persepsi Ibu Bapa

Terhadap Amalan Berhutang. 67

4.41 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi Persepsi Ibu Bapa

Terhadap Faktor-Faktor Yang Mendorong Amalan Berhutang 68

4.42 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi Persepsi Ibu Bapa

Terhadap Langkah Awal Sebelum Berhutang 70

4.43 Min Keseluruhan Bagi Setiap Objektif 72

xiv

SENARAI SINGKATAN

FP - Fakulti Pendidikan

FTI - Fakulti Tamadun Islam

IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia

KS - Kurang Setuju

S - Setuju

S.A.W - Sallallahu calaihi wa-sallam

S.W.T - Subhanahu Wata cala

SPSS - Statistical Package for Social Science

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan

Ajaran Islam menggalakkan umatnya untuk saling bantu membantu, tolong

menolong dalam pelbagai bentuk masalah masyarakat masa kini seperti membantu

seseorang yang menghadapi masalah, menziarahi pesakit serta pinjaman kewangan

bagi sesiapa yang memerlukan. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T. :

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan

dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada

melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

(al-Maidah 05 : 2)

Hutang adalah amalan yang tidak asing lagi bagi masyarakat masa kini.

Pelbagai bentuk hutang pada masa kini, seperti pinjaman peribadi, hutang kereta,

pemilikan kad kredit dan pelbagai skim ditawarkan oleh syarikat perbankan, pendek

kata, ia membawa kepada maksud hutang.

2

Dalam masa yang sama juga, ajaran Islam membenar dan mengharuskan

seseorang itu berhutang, terutamanya bila ia berdepan dengan kesusahan dan

kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan. Firman Allah S.W.T. :

.

Sesungguhnya orang orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang

perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman

kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan

digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan

mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.

(al-Hadid 57 : 18)

Namun demikian, ajaran Islam begitu teliti dan amat memandang berat

terhadap amalan berhutang ini. Islam membenarkan seseorang itu untuk berhutang,

memberi dan membayar semula hutang mengikut dasar-dasar yang telah ditetapkan

oleh Islam. Di samping itu juga, ajaran Islam telah memberi garis panduan dalam

berhutang agar ia tidak mendatangkan kesan negatif kepada mana-mana individu.

Bagaimanapun jika dilihat dari konteks yang lebih luas, berhutang tidak

semestinya membawa kepada kesan negatif kepada individu yang berhutang. Ada

kalanya hutang menjadi satu keperluan yang boleh dimanfaatkan bukan sahaja untuk

pembangunan diri, malah dalam masa yang sama juga dapat membantu

membangunkan sesebuah negara (Utusan Malaysia, 26 April 2006).

Justeru itu, amalan berhutang di dalam masyarakat kini perlu diteliti dan

dikaji dengan lebih mendalam lagi bagi memastikan amalan berhutang ini berjalan

mengikut syariat tanpa memudaratkan mana-mana pihak, sama ada kepada si

3

pemberi hutang mahupun penghutang dalam konteks hidup bermasyarakat pada

zaman serba maju ini.

1.2 Latar Belakang Masalah

Hutang adalah salah satu penyakit yang sukar dihindari oleh sesetengah

individu masa kini, kerana dengan amalan berhutang ini sahaja dapat membantu

individu yang memerlukannya. Manakala terdapat sesetengah individu lain pula

berhutang bukan kerana memerlukannya, akan tetapi hutang tersebut digunakan

untuk mencapai kemewahan seperti individu yang lain.

Seringkali kita dengar dan lihat melalui laporan media cetak dan elektronik

menerangkan tentang situasi mereka yang terpaksa berdepan dengan pelbagai

bahaya, bukan sahaja kepada diri sendiri malah turut melibatkan ahli keluarga yang

menjadi mangsa seperti diugut, dipukul, disamun, dibunuh dan sebagainya akibat

dari amalan berhutang.

Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 27 Mei 2005, krisis

ekonomi yang melanda telah menggangu sumber ekonomi bagi individu-individu

tertentu, seterusnya menggalakkan lagi kepada pelbagai cabang masalah lain sepeti

amalan berhutang, pinjaman peribadi, dan kad kredit. Secara tidak langsung,

berhutang kini semacam menjadi satu kemestian dalam kehidupan sebilangan besar

sesebuah masyarakat.

Tambahan pula, amalan hutang kini yang tidak berlandaskan pada jalan yang

benar akan meninggalkan kesan yang negatif kepada individu tersebut. Seperti kes

4

pada 25 Oktober 2009, apabila seorang wanita yang sarat mengandung telah

mendakwa hidupnya sekeluarga diancam lima kumpulan Ah Long selepas gagal

melunaskan hutang yang mencecah lebih RM12000. Menurut mangsa, Ah Long

terbabit juga mengugut akan menembak suaminya sekiranya gagal melunaskan

hutang tersebut (Berita Harian, 25 Oktober 2009).

Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 14 Julai 2009,

seorang suri rumah hampir kehilangan tangan akibat perbuatannya yang meminjam

duit daripada Ah Long. Malah, apa yang lebih lagi mengemparkan masyarakat kita

pada 29 Mei 2009, apabila sekumpulan Ah Long bertindak kejam terhadap tiga orang

peminjamnya yang gagal membayar semula pinjaman yang telah dilakukan, dengan

cara mengurung dan mengikat mangsa tidak ubah seperti layanan terhadap haiwan

(Utusan Malaysia, 30 Mei 2009).

Malah terdapat juga beberapa kes tertentu yang melibatkan keengganan

peminjam untuk melunaskan hutang yang telah dipinjam sebelum ini. Menurut

laporan akhbar Kosmo yang bertarikh 2 Oktober 2009, seramai 26,000 nama

peminjam tegar yang gagal menjelaskan hutang mereka telah diserahkan kepada

Jabatan Imigresen untuk disenarai hitam daripada keluar negara.

Berdasarkan kepada laporan dan permasalahan di atas, jelas menunjukkan

bahawa amalan berhutang kini semakin parah dan membimbangkan. Di mana di

dalam sesetengah kes amalan berhutang ini boleh membawa kepada kehilangan jiwa

seseorang. Permasalahan ini seharusnya diambil serius oleh semua pihak, dalam

usaha untuk membendung amalan berhutang ini.

5

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam konteks masyarakat kita pada hari ini, hutang bukan lagi perkara yang

asing dari kehidupan masa kini. Dapat kita lihat di muka akhbar hari ini,

memaparkan berita berkaitan hutang dan pinjaman dari pelbagai aspek

kemasyarakatan, akan tetapi kebanyakan dari kes-kes yang dilaporkan, jelas sekali

amalan berhutang ini membawa kepada kemudaratan.

Justeru itu, seharusnya amalan hutang ini diteliti dengan serius bagi

mengenalpasti apakah faktor yang mendorong masyarakat berhutang, kesedaran

tentang bahayanya hutang, seterusnya mencari alternatif lain bagi mengelakkan

masyarakat terjerumus ke dalam keadaan yang boleh memudaratkan diri. Oleh itu,

masyarakat seharusnya didedahkan dengan konsep berhutang yang lebih baik

berbanding Ah Long.

Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan untuk melihat apakah faktor–

faktor yang mendorong masyarakat untuk berhutang, serta langkah–langkah yang

perlu diambil kira oleh masyarakat dalam berhutang menurut Islam agar ekonomi

individu mahupun negara sentiasa dalam keadaan yang stabil.

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Mengenal pasti persepsi ibu bapa terhadap amalan berhutang.

1.4.2 Mengenal pasti persepsi ibu bapa terhadap faktor-faktor yang mendorong

amalan berhutang.

1.4.3 Mengenal pasti persepsi ibu bapa terhadap langkah awal sebelum berhutang.

6

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah persepsi ibu bapa terhadap amalan berhutang?

1.5.2 Apakah persepsi ibu bapa terhadap faktor-faktor yang mendorong amalan

berhutang?

1.5.3 Apakah persepsi ibu bapa terhadap lagkah awal sebelum berhutang?