masa reaksi3

39
KAJIAN BERKAITAN Sejarah Ringkas Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan di dalam Pendidikan Jasmani, Psikologi dan bidang-bidang lain berhubung dengan masa reaksi dan kepantasan pergerakan. Pada asalnya, para ahli psikologi telah menumpukan perhatian dalam mengkaji perkaitan di antara masa reaksi dengan pembelajaran, manakala bagi para pengkaji di dalam bidang sukan pula telah melihat masa reaksi ini daripada segi kaedah-kaedah untuk mempertingkatkan kepantasan pergerakan dengan masa reaksi dan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi fizikal. Sejarah penyelidikan masa reaksi telah dimulakan oleh seorang pengkaji di Pusat Pemerhatian Greenwich yang telah membuat keputusan untuk memecat seorang pembantunya kerana telah mencatatkan masa persinggahan bintang melintasi teropong, 0.5 saat lebih lambat daripada catatan sebenar.

Upload: rasyizan-b-rejab

Post on 02-Jan-2016

344 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Masa Reaksi3

KAJIAN BERKAITAN

Sejarah Ringkas

Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan di dalam Pendidikan

Jasmani, Psikologi dan bidang-bidang lain berhubung dengan masa reaksi dan

kepantasan pergerakan. Pada asalnya, para ahli psikologi telah menumpukan

perhatian dalam mengkaji perkaitan di antara masa reaksi dengan pembelajaran,

manakala bagi para pengkaji di dalam bidang sukan pula telah melihat masa

reaksi ini daripada segi kaedah-kaedah untuk mempertingkatkan kepantasan

pergerakan dengan masa reaksi dan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi

fizikal.

Sejarah penyelidikan masa reaksi telah dimulakan oleh seorang pengkaji

di Pusat Pemerhatian Greenwich yang telah membuat keputusan untuk memecat

seorang pembantunya kerana telah mencatatkan masa persinggahan bintang

melintasi teropong, 0.5 saat lebih lambat daripada catatan sebenar. Ekoran

kejadian tersebut, timbul minat dikalangan beberapa pengkaji ketika itu untuk

mengkaji masa reaksi dengan lebih mendalam. Antara pengkaji-pengkaji

tersebut ialah Bessel, Donders dan Singer.

Page 2: Masa Reaksi3

KAJIAN LAMPAU

Banyak kajian berkaitan dengan masa reaksi telah dilakukan oleh para

pengkaji mengikut perkembangan dan keperluan semasa. Penyelidikan tentang

masa reaksi tidak hanya tertumpu kepada sesuatu aspek sahaja malahan turut

membabitkan aspek fisiologi dan psikologi. Ramai yang menjangkakan

terdapatnya perkaitan rapat antara masa reaksi dan kepantasan pergerakan

seseorangi individu kerana setiap individu mempunyai tahap kepantasan reaksi

yang berbeza terhadap rangsangan yang diterima. Kepantasan masa reaksi

akan meningkat seiring dengan perkembangan individu. Thomas, Callagher dan

Purvis (1981) dalam Johnson dan Nelson (1986) telah mengkaji kesan

perkembangan dan pertumbuhan manusia terhadap masa reaksi. Mereka

berpendapat bahawa apabila umur meningkat, masa reaksi juga akan

meningkat.

Botwinik dan Thompson (1968) dalam Johnson dan Nelson (1986) pula

berpendapat bahawa orang-orang tua mempunyai masa reaksi yang lebih

perlahan jika dibandingkan dengan golongan yang lebih muda. Apabila

mencapai umur akhir remaja dan awal 20an, didapati kepantasan masa reaksi

seseorang berada pada tahap mendatar lalu beransur kurang. Chema (1977)

dalam Johnson dan Nelson (1986), dalam kajiannya mendapati orang-orang tua

mempunyai masa reaksi pramotor yang lebih lambat dalam semua keadaan.

Beliau mengaitkan faktor utama yang menyebabkan keadaan sebegini adalah

kemampuan sistem saraf pusat yang semakin berkurangan dan lebih perlahan.

Page 3: Masa Reaksi3

Christina pula ( 1973 ) dalam Johnson dan Nelson (1986) menguji

Hipotesis Henry (1960) iaitu mengenai ‘Memory Drum Theory’ . ‘Memory Drum

Theory’ menyatakan set sensori bertumpu kepada rangsangan sementara set

motor lebih kepada pergerakan yang akan dilakukan. Henry mengandaikan

penumpuan perhatian kepada pergerakan akan melambatkan masa reaksi dan

pergerakan. Kajian Christina menyokong set sensori berkenaan dengan

kepantasan masa reaksi tetapi tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan

atau jelas pada skor masa pergerakan.

Norie (1974) dalam Johnson dan Nelson (1986) turut mengukuhkan

‘Memory Drum Theory’ sebagaimana pandangan Henry tadi dan beliau telah

berpendapat bahawa proses membuat keputusan bagi tugasan pergerakan

mudah berlaku sebelum bermulanya sesuatu pergerakan. Manakala

berdasarkan Goggin dan Cristina (1979) dalam Johnson dan Nelson (1986) ,

kepantasan masa reaksi adalah berkurangan bagi pergerakan yang laju

mengarah ke sasaran kecil kerana lebih masa diperlukan untuk merancang

tindakbalas. Ini dikukuhkan lagi dengan kajian Christina pada tahun 1985, iaitu

jelasnya semakin kompleks sesuatu tindakbalas, maka ia akan menambah masa

merancang lalu melambatkan masa memulakan tindakbalas.

Selain itu terdapat beberapa kajian yang menyatakan bahawa masa

reaksi atlit adalah lebih pantas daripada masa reaksi bukan atlit. Smith (1969)

dalam Johnson dan Nelson (1986), telah mendapati bahawa golongan atlit

mempunyai masa reaksi yang lebih pantas daripada bukan atlit. Hasil ujikajinya

juga, beliau berpendapat bahawa atlit yang terlibat dalam acara berpasukan

mempunyai masa reaksi yang lebih pantas berbanding dengan atlit dalam sukan

Page 4: Masa Reaksi3

individu. Situasi tersebut mungkin dipengaruhi kadar intensiti kerja yang

menyebabkan atlet lebih peka terhadap sesuatu rangsangan persekitaran.

Pada Tahun 1960-an Nelson, F. B. telah membentuk satu alat pengukur

masa reaksi yang membabitkan ujian masa tindakbalas untuk tangan dan ujian

masa tindakbalas untuk kaki. Alatan ujian masa reaksi Nelson adalah mudah dan

murah tetapi dibentuk berasaskan hukum pecutan malar objek yang jatuh bebas

di bawah tarikan graviti. Teknik yang telah diperkenalkan beliau telah menarik

minat ramai pihak untuk menggunakan kaedah yang sama untuk menjalankan

ujian terhadap masa reaksi.

Ujian yang diperkenalkan oleh Nelson, F.B, masih popular dan terus

digunakan hingga kini walaupun terdapat peralatan-peralatan lain yang lebih

canggih untuk mengukur kepantasan masa reaksi. Alat ini dinamakan “The

Nelson Reaction Timer”. Alat ini dicipta berasaskan hukum pecutan seragam

jasad yang jatuh dengan bebas. Beliau telah menggunakan sebatang kayu

berskala yang dibaca dalam unti masa untuk mendapatkan kepantasan reaksi

seseorang dengan menggunakan formula seperti berikut :-

Masa = 2 X jarak jatuhan kayu

Kelajuan akibat graviti

Page 5: Masa Reaksi3

Alat pengukur ini telah digunakan untuk mengukur masa reaksi tangan

dan kaki serta kepantasan pergerakan tangan. Pada keseluruhannya alat-alat

pengukuran ini adalah tepat.

Ujian pertama Nelson bertujuan menilai masa reaksi subjek untuk

menangkap alat pengukur yang dilepaskan setelah isyarat diberikan. Dalam ujian

pertama yang dinamakan ujian masa tindakbalas Nelson untuk tangan ini, subjek

dikehendaki duduk dalam keadaan selesa serta meletakkan tangan dominan di

atas lengan kerusi. Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, subjek

bersedia untuk mencubit alat pengukur yang digunakan. Subjek juga diingatkan

untuk memberikan sepenuh perhatian kepada ‘Zon Tumpuan’ yang ditandakan

pada hujung alat pengukur. Alat tersebut digantung pada jarak hujung bawahnya

berlegar atas ibu jari dan jari telunjuk subjek. Bagi mengelakkan subjek dapat

mengagak atau meramal jatuhan alat pengkur tersebut, maka masa melepaskan

alat selepas isyarat diberikan hendaklah sentiasa diubah-ubah oleh penguji. 20

percubaan diberikan dengan masa yang terpantas dan 5 masa yang terlambat

disingkirkan. Semua 10 masa yang lain dijumlahkan dan dibahagikan dengan 10

untuk mendapatkan purata masa.

Ujian kedua Nelson melibatkan ujian masa tindakbalas untuk kaki yang

bertujuan untuk menilai keupayaan subjek untuk bertindakbalas dan bergerak

dengan cepat ke arah yang betul mengikut rangsangan yang diberikan. Dalam

ujian ini dua garisan berjarak 14 ela dengan satu garisan tengah dilukis. Subjek

dikehendaki berdiri dalam keadaan sedia di atas garisan dengan menghadap ke

arah penguji. Pihak penguji akan menunjukkan tangan ke satu arah samada kiri

atau kanan dengan cepat dan pada masa yang sama memulakan jam randik.

Page 6: Masa Reaksi3

Subjek yang terlibat bertindakbalas kepada rangsangan dengan berlari pantas ke

arah yang telah ditunjukkan oleh rangsangan itu. Masa diberhentikan apabila

peserta melepasi garisan arah yang ditunjukkan oleh penguji tersebut. 10

percubaan diberikan dengan lima ke satu arah dan lima lagi ke arah yang

bertentangan. Walaupun begitu hala rangsangan hendaklah dilakukan secara

rawak dengan masa rehat 20 saat untuk setiap percubaan.

Masa reaksi juga melibatkan pengukuran julat dan aplikasi stimulus

sehingga perubahan pertama dalam aktiviti kortikol di dalam otak. Ia boleh diukur

dengan menggunakan Elektroensefalograf.(EEG). Masa reaksi terhadap

stimulus yang diterima oleh sistem auditori adalah lebih cepat dari masa reaksi

yang diterima oleh sistem visual iaitu kira-kira 50 msec. Kajian terkini mendapati

aktiviti stimulus auditori tiba di serebral kortek 8-9 msec selepas diberikan

rangsangan, berbanding stimulus visual yang mengambil kira-kira 20-40 msec

untuk sampai ke korteks. Oleh kerana panjang kedua-dua sensori adalah sama

maka perbezaan dianggarkan oleh perbezaan kepantasan pemindahan impuls.

(Sage, 1984).

Page 7: Masa Reaksi3

KAJIAN TERKINI

Bjorklund (1991), telah mengkaji tentang pengukuran masa reaksi dan

masa pergerakan dengan menekan dan melepaskan punat komputer. Peserta

terdiri daripada 20 orang pelajar lelaki yang berumur dalam lingkungan 20 hingga

28 tahun di Universiti of Oslo. Masa reaksi dan masa pergerakan diukur dalam

dua keadaan iaitu dengan menekan dan melepaskan punat komputer. Secara

amnya, keadaan melepaskan punat komputer memerlukan lebih maklumbalas

persepsi daripada menekan punat. Oleh itu masa reaksi adalah lebih panjang

dalam keadaan melepaskan punat. Bjorklund menjelaskan reaksi seseorang

dibantu oleh satu tegangan otot permulaan (initial muscle tension) sebelum

mengesan sesuatu isyarat. Oleh itu, jari yang dalam keadaan menekan dapat

menjanakan tegangan otot antisipatori yang lebih besar. Dalam keadaan

melepaskan kekunci pula, peserta mesti menghentikan daya tegangan otot itu

sebelum dapat melakukan pergerakan melepaskan kekunci. Oleh itu, masa

reaksi untuk menekan punat lebih singkat daripada pelepasan punat.

Lock dan Berger (1990), telah menjalankan kajian tentang pengaruh

jantina, umur dan blok percubaan keatas masa reaksi mudah kanak-kanak

sekolah rendah. Peserta terdiri daripada 78 orang kanak-kanak lelaki dan

perempuan yang dominan tangan kanan dan berumur 6, 8 dan 10 tahun. Mereka

ini diarahkan menekan satu daripada punat komputer sebagai respon terhadap

pemulaan stimulasi perintah (cahaya biru) untuk empat pelaziman dan 20 ujian

percubaan. 20 ujian percubaan tersebut terdiri daripada 5 blok percubaan yang

setiap satunya mempunyai 4 ‘foreperiod’. Analisis dibuat terhadap faktor yang

Page 8: Masa Reaksi3

berbeza (jantina, umur dan blok percubaan) dengan mengulangi ukuran fakor

terkini iaitu blok percubaan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa masa reaksi

kanak-kanak lelaki adalah lebih pantas berbanding dengan kanak-kanak

perempuan. Selain itu, masa reaksi juga berkurangan mengikut tahap umur. Hal

ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu kematangan saraf motor,

kemajuan dalam memproses maklumat dan peningkatkan dalam tumpuan

terhadap stimulus berkaitan. Didapati kanak-kanak bertindak lebih cepat semasa

percubaan blok pertama dan kedua-dua daripada blok yang lain.

Kesimpulannya, masa reaksi adalah merupakan masa yang diambil untuk

bergerak atau bertindak selepas menerima rangsangan untuk berbuat demikian.

Kebolehan seseorang itu bergerakbalas dengan secepat yang mungkin

membantunya dalam situasi permainan dan di dalam keadaan kecemasan. Ianya

juga merupakan kombinasi kekuatan otot dengan kelajuan dimana ia merujuk

kepada kebolehan individu melakukan suatu pergerakan pantas (mengejut atau

eksplosive) yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dengan kecekapan yang

tinggi. Hasil daripada penguncupan otot yang cepat dalam jangkamasa yang

singkat memerlukan gabungan dan kepantasan penguncupan otot.

Page 9: Masa Reaksi3

RUMUSAN

Rangsangan terhadap deria dapat memberikan kesan kepada masa

reaksi. Rangsangan terhadap deria yang berlainan menghasilkan masa reaksi

yang berbeza. Susunan kepekaan deria terhadap rangsangan ialah

pendengaran, penglihatan, kesakitan, rasa, menghidu dan sentuhan. Apabila

umur meningkat, masa reaksi juga akan turut meningkat. Di samping itu, lelaki

mempunyai masa reaksi yang lebih pantas berbanding perempuan. Namun

begitu, apabila umur melepasi 25 tahun, masa reaksi akan menurun. Kajian juga

menunjukkan seseorang ahli sukan mempunyai masa reaksi yang lebih pantas

berbanding mereka yang tidak melibatkan diri dalam sukan.

Hasil penyelidikan dalam topik ini juga menunjukkan bahawa masa reaksi

amat mempengaruhi pencapaian prestasi seseorang dalam sukan. Pengaruh

masa reaksi dapat dilihat dengan jelas terutamanya melibatkan sukan-sukan

yang mementingkan elemen-elemen ketangkasan seperti larian pecutan dalam

olahraga, bola sepak, ragbi serta sukan-sukan tempur lain seperti taekwondo

dan silat olahraga. Kita perlu mempercayai bahawa, memiliki masa reaksi yang

pantas dalam sukan-sukan tersebut akan memberikan kelebihan untuk

mengatasi lawan semasa bertanding.

Walaupun begitu, masa reaksi mungkin kurang mempengaruhi sukan-

sukan yang mementingkan kemahiran motor halus (fine motor skill) atau

mudahnya sukan-sukan yang tidak mementingkan keagresifan. Keadaan ini

dapat dilihat dalam sukan-sukan seperti memanah, menembak dan boling.

Page 10: Masa Reaksi3

Masa reaksi mungkin tidak mempengaruhi sukan-sukan seperti ini kerana ianya

tidak mementingkan keagresifan sebaliknya lebih menitikberatkan kepada

ketenangan ketika bertanding.

Di samping itu terdapat beberapa faktor yang lain yang mempengaruhi

pencapaian masa reaksi seseorang tetapi tidak dinyatakan secara mendalam

melalui perbincangan topik ini. Salah satu faktor tersebut ialah arousal ataupun

lebih dikenali sebagai kebangkitan. Kebiasaannya seseorang yang mempunyai

arousal akan lebih bersedia untuk beraksi samada secara fizikal, intelektual atau

perseptual berbanding atlet yang tidak mempunyai arousal. Seseorang yang

mempunyai arousal juga biasanya akan lebih bersedia untuk menghadapi

stimulus yang bakal dihadapinya. Kedua-dua kenyataan di atas jelas

membuktikan bahawa apabila seseorang itu mempunyai arousal maka secara

tidak langsung ia turut mempengaruhi pencapaian masa reaksi yang lebih baik.

Walaupun begitu tahap arousal seseorang perlu dikawal kerana arousal yang

terlalu tinggi adakalanya akan menjejaskan prestasi.

Kesimpulannya, masa reaksi banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti

jantina, motivasi seseorang, tahap kecerdasan, rangsangan dan keadaan

kesihatan individu itu sendiri. Bagi individu yang kurang aktif faktor-faktor

tersebut amat memainkan peranan penting dalam menentukan kepantasan

untuk bertindakblas terhadap rangsangan persekitaran. Walaupun begitu, bagi

individu yang bergelar atlet, faktor-faktor tersebut bukanlah alasan utama kepada

kegagalan masa reaksi yang baik sebaliknya pencapaian masa reaksi yang baik

boleh dihasilkan melalui latihan.

Page 11: Masa Reaksi3

KEPENTINGAN KAJIAN

Ujian kepantasan masa reaksi ini mempunyai pelbagai kegunaan dalam bidang

Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. Antara kepentingan ujian masa reaksi

ialah:

i. Sebagai salah satu faktor di dalam ujian-ujian kecergasan motor,

keupayaan motor dan kemahiran sukan atau permainan.

ii. Sebagai panduan kepada guru atau jurulatih untuk menjalankan

latihan yang spesifik.

iii. Berguna kepada guru-guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan

dalam mengklasifikasikan pelajar kepada kumpulan tertentu untuk

menjalankan aktiviti.

iv. Digunakan untuk menilai keberkesanan latihan dalam

mempertingkatkan kepantasan pelajar.

v. Dapat mengenalpasti keupayaan kepantasan masa reaksi pelajar bagi

merancang program latihan.

vi. Dapat digunakan dalam memilih pelajar untuk aktiviti sukan.

vii. Sebagai satu alat pengukuran untuk mengetahui perbezaan dan

membuat perbandingan keupayaan kepantasan masa reaksi atlit-atlit

dalam bidang tertentu.

viii. Sebagai sumber motivasi dan maklum balas kepada pelajar untuk

mempertingkatkan prestasi masa reaksi pelajar.

Page 12: Masa Reaksi3

ix. Sebagai alat pengukuran untuk mengetahui perbezaan dan

perbandingan keupayaan masa reaksi seseorang atlit atau pelajar

dalam bidang sukan yang berlainan.

OBJEKTIF UJIAN

Pada akhir sesi ujian masa reaksi ini diharapkan agar pelajar dapat:

i. Menerangkan konsep dan kepentingan ujian kepantasan masa reaksi

dengan jelas dan tepat.

ii. Menggunakan alat pengukuran ujian dengan teknik yang betul.

iii. Mengelola dan mentadbir ujian-ujian kepantasan masa reaksi dengan

teknik yang betul dan sistematik.

iv. Memperoleh data-data untuk membentuk norma tahap kepantasan

masa reaksi individu dan kumpulan.

v. Mengetahui apakah faktor-faktor fisiologi dan psikologi yang

mempengaruhi prestasi kepantasan masa reaksi individu.

vi. Mengenalpasti ujian-ujian yang sesuai yang boleh dijalankan untuk

mengukur kepantasan masa reaksi.

vii. Mengumpul dan menganalisa data-data yang diperolehi untuk

mengetahui prestasi individu.

Page 13: Masa Reaksi3

DILIMITASI UJIAN

Ujian masa reaksi ini dijalankan kepada pelajar-pelajar Universiti

Pendidikan Sultan Idris bagi memenuhi keperluan Kursus Pengukuran,

Pengujian dan Penilaian Pendidikan Sains Sukan. Subjek yang dipilih adalah

berdasarkan latar belakang yang berbeza seperti jantina, umur dan tahap

kecergasan yang berlainan. Sebanyak tiga bateri ujian masa reaksi telah dipilih

dan ujian berkenaan hanya sah digunakan pada masa dan tarikh ia dijalankan.

Hasil dapatan ujian hanya boleh digunakan untuk rujukan kepada pelajar-pelajar

Universiti Pendidikan Idris sahaja. Keputusan yang diperolehi tidak boleh

digunakan sebagai rujukan oleh mana-mana pihak lain yang ingin mentadbir

ujian masa reaksi yang sama di mana-mana tempat lain.

LIMITASI UJIAN

Pengendalian ujian dan keputusan yang diperolehi daripada ujian ini

dibatasi oleh beberapa limitasi. Di antaranya adalah seperti berikut:

i. Alatan - Pengukuran kepantasan keseluruhan badan yang tepat sukar

dijalankan kecuali dengan menggunakan peralatan yang canggih dan

piawai.

Page 14: Masa Reaksi3

ii. Keadaan Makmal - Kepantasan masa reaksi dalam situasi permainan

sebenar mungkin lebih tepat jika dibandingkan dengan ujian yang

dilaksanakan dalam makmal. Situasi ini dipengaruhi oleh beberapa

faktor seperti interpretasi subjek terhadap ujian tersebut, kedudukan

badan yang berlainan semasa menjalankan ujian, tahap penguasaan

asas subjek serta pengalaman lampau.

iii. Persekitaran - Situasi semasa ujian dijalankan harus dapat

merangsang subjek supaya tahap penumpuan perhatian dan

persediaan diri membolehkan subjek mencapai prestasi yang optima.

iv. Subjek - Faktor jangkaan akan mempengaruhi pengukuran

kepantasan masa reaksi. Tahap Kesihatan dan kesediaan subjek dari

segi mental, emosi dan fizikal semasa menjalankan ujian juga akan

mempengaruhi keputusan ujian. Kebiasaannya motivasi yang tinggi

akan mempengaruhi pencapaian prestasi. Oleh itu kesungguhan dan

keikhlasan subjek ketika menjalani ujian juga mempengaruhi

keputusan ujian. Di samping itu faktor kelesuan akan menjejaskan

prestasi. Percubaan yang terlalu banyak juga menyebabkan subjek

hilang minat dan menjejaskan dapatan kajian.

v. Masa - Skor kepantasan masa reaksi yang tepat boleh didapati

selepas beberapa ujian dan bilangan percubaan yang mencukupi. Ini

melibatkan tempoh masa yang panjang.

Page 15: Masa Reaksi3

vi. Penguji - Penguji seharusnya terlatih atau faham prosedur ujian dan

konsisten dalam memberi arahan dan pembacaan skor.

Ketidakcekapan penguji semasa mengendalikan ujian akan memberi

ralat kepada keputusan.

vii. Jenis Rangsangan - Ujian kepantasan masa reaksi lebih banyak

menggunakan rangsangan penglihatan.

Page 16: Masa Reaksi3

PENTADBIRAN UJIAN MASA REAKSI

Pentadbiran Ujian

Prosedur Am:

i. Seramai 9 orang pelajar yang mempunyai kepelbagaian tahap

kecergasan telah dipilih sebagai subjek bagi ujian masa reaksi. Subjek

telah dipecahkan kepada tiga kumpulan yang dinamakan sebagai

kumpulan A, B dan C .

ii. Bagi memastikan ujian ini membabitkan penglibatan secara menyeluruh,

maka ketiga-tiga ujian ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh para pelajar

dan bukannya oleh kumpulan pembentang. Walaupun begitu, setiap

stesen ditetapkan dua orang ahli pembentang yang akan bertindak

sebagai penunjuk cara dan pemantau.

iii. Setiap kumpulan akan bergerak dari satu stesen ke stesen yang lain

dalam kumpulan masing-masing mengikut urutan yang telah ditetapkan.

iv. Subjek dicadangkan untuk melakukan ujian tersebut secara bersungguh-

sungguh dengan memberikan sepenuh tumpuan semasa melakukan ujian

berkenaan.

v. Bagi stesen 1 dan 2, hanya tujuh percubaan dibenarkan untuk setiap

subjek dan bukannya 20 percubaan seperti yang dicatatkan dalam

prosedur ujian. Tindakan ini bagi membolehkan pelajar-pelajar dalam

kumpulan tersebut melakukan ujian yang sama sekiranya masa

mencukupi.

Page 17: Masa Reaksi3

Protokol Menjalankan Ujian

i. Sebelum melaksanakan ujian, satu sesi taklimat ringkas dibuat yang akan

dikendalikan oleh penunjuk cara di setiap stesen tersebut. Setiap ahli

kumpulan akan memerhatikan cara melaksanakan ujian tersebut.

ii. Stesen ujian masa reaksi dibahagikan kepada tiga stesen. Keterangan

berkaitan dengan stesen-stesen tersebut adalah seperti berikut:

a) Bateri Ujian 1

Ujian Reaksi Tangan Nelson - (Johnson dan Nelson).

b) Bateri Ujian 2

Ujian Reaksi Kaki Nelson

c) Bateri Ujian 3

Ujian Tindakbalas Pilihan Nelson –(Johnson dan Nelson)

Ujian ini akan ditadbirkan selama 50 (anggaran masa) minit bagi keempat-

empat stesen tersebut.

iii. Bagi setiap jenis ujian, subjek akan diberikan penerangan selama

beberapa minit oleh penunjukcara sebelum menjalankan ujian. Subjek

juga akan diberi satu percubaan sebagai latihan sebelum melakukan

setiap ujian masa reaksi bergantung kepada peruntukan masa yang ada.

iv. Bagi memudahkan prosedur pertukaran stesen, satu wisel akan

dibunyikan apabila tempoh waktu yang ditetapkan telah tamat.

v. Selepas selesai menjalankan ketiga-tiga ujian, setiap kumpulan pelajar

dikehendaki berkumpul di satu kawasan yang ditetapkan untuk sesi soal

jawab.

Page 18: Masa Reaksi3

Bateri Ujian

Ujian Kepantasan Reaksi Tangan Nelson

Objektif : Pada akhir ujian ini, penguji akan dapat mengukur

kepantasan reaksi tangan setiap subjek apabila

rangsangan diberikan.

Peringkat umur : Pelajar-pelajar Major Sains Sukan UPSI yang

mengambil Kursus KSS 3073.

Kesahan : Pengukuran masa wujud kerana tarikan graviti bumi

membuat objek tersebut jatuh dengan kadar pecutan

yang sama.

Kebolehpercayaan : Dilaporkan r = 0.89 (Johnson & Nelson (1986)

Alatan : a) Pembaris

b) Meja

c) Kerusi

d) Kapur penanda

Page 19: Masa Reaksi3

Prosedur : a) Subjek duduk dikerusi dalam keadaan rehat.

b) Tangan yang dominan diletakkan diatas diatas

meja. Subjek akan disapu dengan kapur

penanda pada ibu jari dan jari telunjuk.

Kedudukan jari terkeluar 3 – 4 inci dari sisi

meja.

c) Kedudukan jari subjek seperti bersedia dengan

jarak menyepit diantara ibu jari dan jari telunjuk

seluas 1 inci.

d) Penguji memegang kayu pengukur pada

bahagian atas dan biarkan kayu pengukur

tergantung diantara ibu jari dengan jari

telunjuk.

e) Subjek menumpukan perhatian kepada

bahagian yang ditandakan pada alat pengukur.

f) Seterusnya, penguji berkata SEDIA dan

melepaskan kayu pembaris diantara ibu jari

dan jari telunjuk subjek pada bila-bila masa

dengan selang masa yang berbeza-beza.

g) Subjek menyepit kayu pembaris dengan

keadaan tangan kekal diatas meja.

h) Subjek diberikan percubaan 3 – 4 kali,

sebelum diuji.

Page 20: Masa Reaksi3

Pengukuran : a) Subjek diberi percubaan sebanyak 20 kali.

b) Lima percubaan yang tertinggi dan terendah

bezanya tidak akan dikira didalam skor.

c) Bacaan akan diambilkira berdasarkan kepada

tanda atau garis yang terdekat dengan

bahagian atas ibu jari subjek.

d) Skor diambil daripada purata 10 bacaan yang

tinggal.

Lampiran Ilustrasi : Sila Lihat Lampiran A(1)

Page 21: Masa Reaksi3

Ujian Kepantasan Reaksi Kaki Nelson

Objektif : Untuk mengukur masa reaksi kaki subjek apabila

rangsangan visual diberikan.

Tahap umur : Pelajar-pelajar Major Sains Sukan UPSI yang

mengambil kursus KSS 3073.

Kesahan : Pengukuran masa wujud kerana tarikan graviti bumi

yang membuatkan objek jatuh dengan kadar pecutan

yang sama.

Kebolehpercayaan : Dilaporkan r = 0.85 (Johnson & Nelson)

Alatan : a) Alat Pengukur (kayu pembaris)

b) Kerusi dan permukaan dinding

c) Kapur penanda

Page 22: Masa Reaksi3

Prosedur : a) Subjek duduk di kerusi dalam keadaan rehat.

b) Subjek akan menyapu bebola kaki dengan

kapur penanda.

c) Tapak kaki selari dengan dinding dalam 1 inci.

d) Jarak tumit dengan hujung kerusi lebih kurang

atau 2inci.

e) Penguji memegang kayu pada bahagian

atas dan membiarkan kayu pengukur

tergantung diantara dinding dan tapak kaki

subjek.

f) Subjek menumpukan perhatian kepada

bahagian yang ditanda pada alat pengukur.

g) Penguji menyebut SEDIA dan melepaskan

kayu pembaris di antara tapak kaki subjek

dengan permukaan dinding.

h) Subjek akan menekan kayu pengukur

menggunakan bebola kaki yang tekal di

atas kerusi.

i) Subjek diberikan 3-4 kali percubaan

sebelum diuji.

Page 23: Masa Reaksi3

Pengukuran : a) Subjek diberi percubaan sebanyak 20 kali yang

mana lima kali percubaan tertinggi dan

terendah bacaannya tidak akan dikira dalam

skor.

b) Bacaan akan diambil kira berdasarkan garis

atau tanda yang terdekat dengan bahagian

atas ibu jari kaki subjek.

c) Skor diambil daripada purata 10 bacaan

yang tinggal.

Lampiran Ilustrasi : Sila Lihat Lampiran A (2)

Page 24: Masa Reaksi3

Ujian Tindakbalas Pilihan Pergerakan Nelson

Objektif : Pada akhir ujian ini, penguji akan dapat mengukur

kebolehan bertindakbalas dan bergerak apabila

rangsangan diberikan. (melalui ujian ini dipercayai

untuk mengetahui jenis pergerakan dalam sesuatu

jenis sukan)

Peringkat Umur : Pelajar-pelajar Major Sains Sukan UPSI yang

mengambil kursus KSS3073

Kesahan : Kesahan lahir diterima

Kebolehpercayaan : Dilaporkan r = 0.87

Alatan : a) Jam Randik

b) Pita Pengukur

c) Pita Pelekat

d) Kon Penanda

e) Bendera Merah dan Kuning

Page 25: Masa Reaksi3

Prosedur : a) Jarak antara dua kon penanda adalah 14 ela

(12.80 meter).

b) Peserta berdiri di titik tengah antara dua

garisan penamat (kon penanda) dalam

keadaan bersedia, kaki dibuka seluas bahu

menghadap penguji

c) Penguji memegang “BENDERA” di kedua-dua

belah tangan dengan keadaan kedua-dua

belah tangan diangkat.

d) Penguji berkata ‘SEDIA’ dan memberi isyarat

‘MULA’ dengan mengarah tangan ke kiri atau

ke kanan serentak dengan itu pencatat masa

menekan butang “start”.

e) Subjek bergerak sepantas mungkin ke arah

yang ditunjuk oleh penguji sehingga melintasi

garisan penamat.

f) Jeda rehat antara percubaan adalah selama

20 saat

g) Masa diambil oleh pencatat masa apabila

penguji mengarahkan tangan hingga subjek

melintasi garisan penamat.

h) Jika subjek berlari ke arah yang bertentangan

dari yang ditunjukkan oleh penguji, masa tetap

terus diambil sehingga peserta berpatah balik

Page 26: Masa Reaksi3

dan melintasi garisan penamat yang

sepatutnya.

i) Skor diambil daripada purata 5 bacaan masa

yang hampir

j) Penguji sepatutnya terlebih dahulu praktis

untuk melakukan signal arahan untuk

mendapatkan kemahiran memberi arahan

dengan tangan serentak menekan butang

start.

k) Dalam memilih rangkaian arahan penguji boleh

dengan mudah meletakkan 5 slips di kanan

mereka dan 5 slips di kiri mereka.

l) Prosedur ini dapat mengelakkan dari terjadi

subjek dari mengharapkan arahan dari satu

percubaan seterusnya.

m) Subjek sepatutnya tidak diberitahu yang dia

akan bergerak ke atas rangsangan yang

diberikan.

Keselamatan : a) Penguji perlu memastikan subjek berpakaian

lengkap yang sesuai dengan ujian serta

melakukan aktiviti senaman dan rangsangan

terlebih dahulu.

b) Kawasan ujian mesti bebas dari sebarang

gangguan dan halangan

Page 27: Masa Reaksi3

Pengukuran : a) Skor diambil daripada purata 5 bacaan masa

yang hampir.

b) Masa diambil apabila penguji mengarahkan

tangan hingga subjek melintasi garisan

penamat.

Lampiran Ilustrasi : Sila Lihat Lampiran A (3)

Norma Ujian Pergerakan Tindakbalas Pilihan Nelson

TAHAP PENCAPAIAN

CATATAN MASA (SAAT)

LELAKI WANITA

CEMERLANG 1.30 dan ke bawah 1.60 dan ke bawah

BAIK 1.60 – 1.35 1.90 – 1.65

SEDERHANA 2.40 – 1.65 2.55 – 1.95

LEMAH 2.70 – 2.45 2.85 – 2.60

SANGAT LEMAH 2.75 dan ke atas 2.90 dan ke atas

Catatan:

Data diperolehi daripada 200 orang lelaki, Louisiana State University, Baton Rough, La, 1968 dan 45 orang wanita, Carpus Christi State University, Corpus Christi, Tex, 1976.

Sumber: Johnson, B. L. & Nelson, J. K. (1986). Practical Measurement for Evaluation in Physical Education (4th ed.) Minneapolis, Minnesota: Burgess Publishing Company

Page 28: Masa Reaksi3

BIBLIOGRAFI

Adrian, M.J., & Cooper, J.M. (1995). Biomechanics of human movement. Dubuque, Iowa : Brown & Benchmark.

Bjorklund, R. A. (1991). Reaction And Movement Time Measured In A Key Press And A Key Release Condition. Perceptual and Motor Skill, 72, 663-673.

Johnson, B. L., & Nelson, J. K. (1986). Practical Measurements For Evaluation In Physical Education (4th ed.) New York : Macmillan Publishing Company.

Lock, K. K., & Berger, R. A. (1990). Influence Of Sex, Age And Trial Block OnSimple Reaction Time Of Elementary School Children. Perceptual and

Motor Skill, 71, 1379 –1387.

Magill, R.A. (1998). Motor Learning-Concepts And Applications ( 5th ed.) Dubuque, Iowa : McGraw-Hill.

Martini, F.H. & Bartholomew, E.F. (2000). Essentials Of Anatomy & Physiology (2nd ed.) Prentice Hall ; Upper Saddle River, New Jersey.

Sage, G.H. (1984). Motor Learning & A Neuropsychological Approach . Dubuque,

Iowa : Wm. C. Brown Publishers.

Schmidt, R.A. (1991). Motor Learning And Performance-From Principles To Practice. Champaign, Illinios : Human Kinetics.

Tharp, G.D. (1997). Experiments In Physiology ( 7th ed.) Prentice Hall : Upper Saddle River.