marcapada ini

5
Marcapada , slogan Negeri Bersih Rakyat Sihat sentiasa menjadi agenda utama kerajaan negeri Terengganu dalam usaha menyedarkan masyarakat tentang perlunya menjaga kebersihan. Hal ini demikian kerana sekiranya negeri bersih , rakyat akan beroleh kesihatan yang baik. Negeri membawa maksud daerah yang berada di bawah naungan seorang gabenor atau sultan . Manakala bersih pula bermaksud bebas daripada segala bentuk pencemaran sama ada dari segi persekitaran atau kehidupan sosial. Rakyat pula bererti seluruh penduduk di sesebuah negeri. Sihat pula bermaksud tidak menghadapi sebarang penyakit sama ada dari segi mental mahupun fizikal. Menjaga kebersihan persekitaran amat penting bagi memastikan kesihatan masyarakat terjamin. Persekitaran yang bersih dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran yang kotor akan menyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor akan mendatangkan banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan menghinggapi makanan kita. Hal ini menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti cirit birit dan muntah. Oleh itu , penjagaan kebersihan alam sekitar khususnya persekitaran tempat tinggal amat penting untuk memastikan masyarakat sihat. Selain itu, sekiranya negeri bersih sudah pasti rakyat yang mendiami negeri Terengganu mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik. Rakyat yang sihat dapat membantu dalam pembangunan sesebuah negeri. Kegiatan ekonomi akan berkembang dengan pesat kerana mereka dapat menyumbangkan tenaga secara produktif. Kehidupan yang selesa membolehkan mereka fokus kepada bidang kerja dan secara tidak langsung dapat meningkatkan hasil pengeluaran sesuatu industri di dalam negeri. Sebagai contoh , Terengganu terkenal dengan industri pelancongan kerana pulau pulau dan tasik yang bersih dan cantik seperti Tasik Kenyir dan Pulau Redang. Kecantikan tempat tempat pelancongan terjamin kerana penjagaan kebersihan oleh masyarakat setempat yang mementingkan keselesaan persekitaran mereka. Hal ini dapat menarik kedatangan pelancong . Oleh itu, selain pendapatan negari meningkat , 1

Upload: cik-su-yah

Post on 11-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

CONTOH KARANGAN NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT

TRANSCRIPT

Page 1: Marcapada Ini

Marcapada , slogan ‘ Negeri Bersih Rakyat Sihat ‘ sentiasa menjadi agenda utama

kerajaan negeri Terengganu dalam usaha menyedarkan masyarakat tentang perlunya

menjaga kebersihan. Hal ini demikian kerana sekiranya negeri bersih , rakyat akan beroleh

kesihatan yang baik. Negeri membawa maksud daerah yang berada di bawah naungan

seorang gabenor atau sultan . Manakala bersih pula bermaksud bebas daripada segala

bentuk pencemaran sama ada dari segi persekitaran atau kehidupan sosial. Rakyat pula

bererti seluruh penduduk di sesebuah negeri. Sihat pula bermaksud tidak menghadapi

sebarang penyakit sama ada dari segi mental mahupun fizikal.

Menjaga kebersihan persekitaran amat penting bagi memastikan kesihatan

masyarakat terjamin. Persekitaran yang bersih dapat mengelakkan pembiakan serangga.

Persekitaran yang kotor akan menyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam

nyawa manusia. Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang

berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor akan mendatangkan banyak lalat. Lalat yang

membawa kuman akan menghinggapi makanan kita. Hal ini menyebabkan kesihatan

manusia terjejas seperti cirit – birit dan muntah. Oleh itu , penjagaan kebersihan alam sekitar

khususnya persekitaran tempat tinggal amat penting untuk memastikan masyarakat sihat.

Selain itu, sekiranya negeri bersih sudah pasti rakyat yang mendiami negeri

Terengganu mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik. Rakyat yang sihat dapat

membantu dalam pembangunan sesebuah negeri. Kegiatan ekonomi akan berkembang

dengan pesat kerana mereka dapat menyumbangkan tenaga secara produktif. Kehidupan

yang selesa membolehkan mereka fokus kepada bidang kerja dan secara tidak langsung

dapat meningkatkan hasil pengeluaran sesuatu industri di dalam negeri. Sebagai contoh ,

Terengganu terkenal dengan industri pelancongan kerana pulau –pulau dan tasik yang

bersih dan cantik seperti Tasik Kenyir dan Pulau Redang. Kecantikan tempat – tempat

pelancongan terjamin kerana penjagaan kebersihan oleh masyarakat setempat yang

mementingkan keselesaan persekitaran mereka. Hal ini dapat menarik kedatangan

pelancong . Oleh itu, selain pendapatan negari meningkat , pendapatan isi rumah juga akan

meningkat dan dapat memastikan keharmonian sesebuah keluarga.

1

Page 2: Marcapada Ini

Seterusnya, persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang

segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan

manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau.

Tumbuh – tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita

mendapat bekalan oksigen secukupnya. Oleh hal yang demikian masyarakat dapat

melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan

rimas dan tidak selesa. Selain itu, udara yang segar dan bersih dapat memastikan pelajar

dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan fokus dalam pembelajaran di sekolah.

Oksigen yang mencukupi memastikan mereka sentiasa sihat dan cergas serta mempunyai

minda yang cerdas. Selain itu, aktiviti kokurikulum dapat dijalankan di sekolah tanpa ada

kekangan. Oleh itu, pelajar akan beroleh kecemerlangan dalam pelajaran dan dapat

mengharumkan nama negeri Terengganu sama ada dalam bidang akademik atau

kokurikulum.

Sehubungan dengan itu , bagi memastikan impian ‘ Negeri Bersih Rakyat sihat ‘

dapat direalisasikan beberapa usaha perlu dilaksanakan. Antaranya rakyat di Terengganu

perlulah memastikan nilai kebersihan diamalkan dalam kehidupan seharian. Kebersihan juga

hendaklah dijadikan sebahagian daripada budaya rakyat berbilang kaum dan memerlukan

penglibatan semua kaum yang terdapat di Terengganu. Propaganda ‘ Negeri Bersih Rakyat

Sihat ‘ dapat juga memupuk perpaduan melalui aktiviti gotong – royong yang anjurkan oleh

pihak kerajaan negeri. Penglibatan masyarakat dalam aktiviti tersebut mencerminkan

kecaknaan dan kecintaan mereka terhadap negeri serta keberkesanan kempen yang

dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Selain itu, pihak kerajaan hendaklah mengadakan kempen kebersihan secara

berterusan bagi memastikan amalan kebersihan menjadi darah daging atau sebati dengan

masyarakat. Aktiviti ini mestilah dilaksanakan secara berterusan kerana terdapat segelintir

masyarakat yang tidak mengambil berat perkara ini . Masih ada dalam kalangan mereka

yang mempunyai tabiat tidak mempedulikan kebersihan. Oleh itu, tabiat ini perlu dikikis dan

dibendung melalui program - program yang bercorak didikan seperti ceramah di sekolah –

2

Page 3: Marcapada Ini

sekolah dan ibu bapa sebagai suri teladan kepada anak – anak untuk memberi kesedaran

tentang kepentingan menjaga kebersihan. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari

rebungnya.

Kesimpulannya , terdapat beberapa kebaikan menjaga alam sekitar sesebuah negeri

agar sentiasa bersih dan ceria. Alam sekitar yang kotor akan mendatangkan kesan negatif

kepada rakyat dan negeri . Semua pihak sama ada kerajaan atau pun rakyat perlu

memainkan peranan masing – masing untuk menjayakan slogan ‘ Negeri Bersih Rakyat

Sihat ‘ agar keselesaan dan kesejahteraan rakyat dikekalkan.

3

Page 4: Marcapada Ini

NAMA:FARAH WAHIDA BINTI ABDUL HALIM

TINGKATAN : 3 UNGGUL

SEKOLAH :SMK KAMPUNG NYIUR23100 PAKA DUNGUN

TERENGGANU

NO KAD PENGENALAN : 001106-11-0166

TAJUK: NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT

KATEGORI :BAHASA MELAYU ( MENENGAH RENDAH )

4

Page 5: Marcapada Ini

NAMA:NURUL RABIHAH BINTI SUKRI

TINGKATAN : 3 UNGGUL

SEKOLAH :SMK KAMPUNG NYIUR23100 PAKA DUNGUN

TERENGGANU

NO KAD PENGENALAN : 000320-11-0410

TAJUK: NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT

KATEGORI :BAHASA MELAYU ( MENENGAH RENDAH )

5