untuk memahami buku ini

52
DONNY TUAH

Upload: donny-tuah

Post on 06-Oct-2015

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

DONNY TUAHUNTUK MEMAHAMI BUKU INI, ANDA PERLULAH MEMBACANYA BERULANG KALI UNTUK MENDAPATKAN KEPUTUSAN YANG MAKSIMUN, KERANA, SETIAP KALI ANDA MEMBACA AYAT YANG SAMA, ANDA AKAN MELIHAT MAKSUD YANG BERBEZA DARI SEBELUMNYA

PENDAHALUANTahniah diucapkan kerana telah memilih langkah bijak dengan menjadi Usahawan NETWORKING. Diharap semua Usahawan networking akan menanam semangat Jati Diri untuk sentiasa memecah rekod peribadi di dalam mencapai IMPIAN untuk bergelar JUTAWAN NETWORKINGMempunyai perniagaan sendiri merupakan impian setiap insan yang ingin bergelar JUTAWAN. Malangnya, kebanyakkan usahawan networking tidak mempunyai pengetahuan dan CARA PEMIKIRAN sebagai seorang usahawan yang betul. Justeru dengan itu, maka terbitlah buku ini agar memudahkan dan menyediakan usahawan-usahawan baru agar mempunyai panduan agar setiap yang dirancang dapat berjalan lancer dan seterusnya memudahkan usahawan networking membina perniagaan dangan lebih berjaya.Di dalam usaha bergelar JUTAWAN, beberapa proses terpaksa di lalui oleh usahawan networking dan MESTI di fahami sebagai satu proses pembelajaran oleh setiap usahawan di dalam menempuh segala dugaan dan cabaran yang bakal diterima sepanjang menjalankan perniagaan ini.Tanpa mengira latar belakang usahawan networking, samada pernah menjalankan perniagaan lain, pegawai kerajaan, suri rumah, pelajar, pekerja swasta dan sebagainya, diharap usahawan networking akan menyediakan diri sendiri untuk INGIN BELAJAR dan mendalami ilmu perniagaan ini sepenuhnya BOLEH DI AJAR dan memberikan peluang kepada diri sendiri untuk diajar oleh usahawan networking yang lebih senior di dalam perniagaan ini dan telah berjaya JANGAN KURANG AJAR kepada usahawan-usahawan networking yang membantu usahawan-usahawan baru dan jangan menutup peluang usahawan-usahawan baru untuk berkembang. Sentiasa menerima setiap ajaran dan arahan yang berkaitan tanpa banyak soal.Leader-leader kita telah menunjukkan bahawa perniagaan networking ini amat mudah mendatangkan hasil dalam beberapa bulan sahaja dan mereka merupakan orang yang paling layak untuk mengajar ilmu-ilmu networking kerana ilmu dan pengalaman yang mereka perolehi amatlah berharga.Perniagaan yang kita usahakan ini merupakan perniagaan yang memerlukan kita menduplikasikan teknik yang sedia ada tanpa memerlukan kita bersusah payah mereka cipta satu teknik baru. Oleh itu, semua usahawan networking diharap mengambil iktibar untuk belajar teknik-teknik dalam menjalankan perniagaan ini. Dan yang paling penting, usahawan networking dapat bertindak dan melakukan perkara yang telah dipelajari bagi merealisasikan keputusan yang dikehendaki. Tiada gunanya ilmu yang diperolehi tidak di aplikasikan dalam bentuk tindakan. Umpamanya, ingin memancing, kalau tak di di ikat mata kail, manakan dapat ikannya. Hendak jadi KAYA RAYA, tapi tak nak berusaha, tidak akan kemana.Kita tidak memerlukan ilmu yang terlalu banyak, tapi apa yang penting adalah tindakan kita terhadap ilmu yang kita perolehi itu. Tidak ada jalan mudah untuk berjaya melainkan kita mengambil langkah pertama yang bijak untuk bertindak.Ingatlah!!! NETWORKING adalah satu bentuk perniagaan. Di dalam mengusahakan perniagaan, ada dua perkara utama perlu ada dan ianya adalah1. ModalSemua usahawan networking telah pun mengeluarkan modal semasa mendaftar menjadi ahli. Tidak kiralah usahawan mengambil pakej besar atau kecil.2. Usaha Berbeza dengan skim pelaburan, networking merupakan perniagaan yang memerlukan usaha berterusan dari setiap usahawan-usahawannya.Akhir kata, semoga dengan buku penduan ini, diharap serba sedikit akan membantu usahawan-usahawan networking yang baru untuk memulakan perniagaan ini dengan lebih yakin dan seterusnya BERTINDAK untuk mencapai impian menjadi JUTAWANPROSES MENJADI JUTAWAN SANGAT STABIL STABIL MOMENTUM MENGAJAR BUAT BELAJAR

1. BELAJARPada peringkat ini, usahawan dikehendaki mempelajari seberapa cepat dan banyak mana ilmu-ilmu mengenai perniagaan ini untuk lebih berjaya. Antara aspek penting yang perlu dipelajari ialah:a) INTRODUCTIONPengenalan mengenai latar belakang syarikat, kelebihan-kelebihan produk, pelan perniagaan, pengurusan serta bonus-bonus dan semua yang berkaitanb) PROSPECTINGHOT MARKET ahli keluarga serta kawan-kawan rapat.WARM MARKET terdiri daripada kenalan, rakan-rakan pejabat dan selalunya nombor telefon bimbit yang berada di dalam handset kita.COLD MARKET terdiri dari mereka yang tidak kita kenal langsung yang kebanyakkan berada di luar sana.Dalam perniagaan ini, prospek dari golongan HOT dan WARM MARKET boleh digunakan sebagai latihan di dalam kita mempelajari bagaimana untuk membuat table talk. Tetapi, untuk berjaya, kita perlukan prospek-prospek dari COLD MARKET.Ramai yang memilih HOT MARKET DAN WARM MARKET gagal kerana golongan ini tahu latar belakang kita dan biasanya memberi jawapan dan tamparan negatif sepertiawak buat lah dulu, dah kaya boleh la belanja akujangan temberang la... kau pun tak de apa-apaDan sebagainya.........................................................Kalau anda memilih COLD MARKET, maka anda adalah seorang yang bijak dan akan berjaya kerana;Ada banyak potensi seperti usahawan, lawyer, doktor, salesman dan sebagainya. Dan yang paling penting, mereka menghormati anda kerana mereka belum mengenali anda sepenuhnya (rapat)c) FLYERS DAN SMS merupakan cara terbaik menarik golongan ini.Seterusnya, anda perlu; Menyenaraikan semua nama prospek anda dan senarai terbaik adalah senarai nama yang ada pada handphone anda. Menyampaikan mesej kepada mereka mengenai perniagaan dalam bentuk Short messaging system (sms) Flyers Telefon Email Website Lain-lain cara anda tersendiri Kemudian, buat temu janji dan lakukan table talk. Apabila mereka join, pastikan anda menduplikasikan segala tindakan anda kepada mereka. Seandainya mereka belum join, follow up dan guna kaedah-kaedah berikut;Katakan kepada mereka bahawa Anda (prospek) memiliki networking anda sendiri iaitu Ibu bapa anda Adik beradik serta saudara mara anda Kawan-kawan anda Rakan sekerja atau boss anda Customer atau jiran anda Setiap dari mereka pula memiliki networking mereka tersendiri. Gunakan networking mereka sebaik-baiknya. Seandainya anda berjaya menduplicatekan diri anda kepada mereka dan seterusnya menduplikasikan diri mereka dengan network mereka, maka bisness anda akan berjaya. Maka, tugasan anda memastikan mereka diduplicate serta menduplicate.INI AMAT PENTINGSekiranya networking anda tidak besar, inilah masanya untuk anda bersikap positif dan berkenalan dengan sesiapa sahaja. Kaedah terbaik ialah menggunakan pamphlet atau flyers. Cara terbaik untuk mendapatkan prospek adalah menggunakan flyers. Sebarkan flyers sekurang-kurangnya 5000 keping untuk dapat result!!Selalunya, response rate adalah 1%. Jadi, daripada 5000 keping flyers, anda mungkin akan menerima 50 sms. Jangan hanya sebarkan 20-30 keping dan mengharapkan response yang banyak. Ajar downline anda guna cara yang sama supaya tidak kehausan prospek (COLD CONTACT)SMS merupakan salah satu cara terbaik. Dapatkan nombor telefon dari akhbar, majalah atau apa-apa keratan iklan di bus stop, banner dan sebagainya. Asalkan ada no telefon, smskan sms power anda.Cara SMS adalah 3 kali berturut-turut (3hari) kerana kali pertama, sms anda akan di deletekan. Kali kedua, prospek akan perasan perkataan 4 angka atau 5 angka dan sms kali ketiga, barulah beliau akan bertanya kepada anda. Bila dia dahagakan jawapan, barulah anda ajak berjumpa. (Kalau tidak ada respon setelah 3 kali, lupakan sahaja.) pada ketika mereka dahagakan jawapan, jangan explainkan apa-apa. Cuma tetapkan temu janji sahaja.d) APPROACHApabila kita telah mengenal pasti prospek, langkah yang berikutnya adalah untuk membuat temujanji untuk bertemu dengan mereka. Tujuan utama bagi membuat temu janji ialah bagi menerangkan PELUANG PERNIAGAAN ini kepada prospek kita.e) HANDLING PHONE CALLSSelalunya, anda akan dapat feedback melalui phone call atau sms. Cara paling mudah adalah memberitahu prospek anda bahawa anda memerlukan setengah jan sahaja untuk explain tentang networking dan produk. Tanya prospek bila prospek tersebut nak jumpa anda. Ingat!!!!!! Anda mesti membuatkan prospek anda memerlukan anda, bukan sebaliknya.... oleh kerana itu, Tanya dimana @ bila tuan/puan hendak berjumpa saya dan bukan dimana @ bila saya boleh berjumpa tuan/puan. Jangan sesekali cuba menerangkan dalam telefon (kecuali yang jauh) kerana biasanya tanggapan dalam telefon yang diterima prospek adalah salah dan Cuma membazir masa anda. Sekiranya prospek itu berminat dan bersedia, dia akan jumpa anda. Kalau bukan, dia hanya bersahaja dan anda tidak memerlukan orang yang tidak serius dalam perniagaan ini. Beritahu prospek anda, ini bukanlah perniagaan seringgit dua yang dengan mudahnya diterangkan dalam telefon.f) SISTEM/COACHINGPerkara yang pertama perlu anda beritahu pada downline anda adalah LEARNING MONTH!Ada orang learning monthnya 1 bulan, ada 2 bulan, 3 bulan dan sebagainya. Seandainya setelah 6 bulan masih belum ada apa-apa perubahan.... maka lebih baik cari bidang lain. Kerana 6 bulan adalah masa yang panjang! Sekiranya anda tidak belajar apa-apa tentang bisnes ini, maka anda tidak layak digelar networkers!!Apa yang perlu anda perlu ingat, dalam tempoh learning month ini, pendapatan anda tidak stabil, momentum dan perasaan anda pun tak stabil.Akan tetapi, jika anda networkers sejati, anda akan set dalam minda anda apapun yang berlaku, sama ada aku dapat duit atau tidak, dihemtam, diherdik, atau apa-apa pun, aku tetap akan buat sampai aku berjaya!!Ajar mereka buat table talkAjar mereka key-inSms mereka setiap hari, contohnya:sila bawa mana-mana prospek, saya akan buat table talk malam ni, jam 8.00. reply a.s.a.p!!saya nakl jumpa u dengan prospek u pukul 3 petang ni. Sila beri kerjasamaIngat, ini cara anda gerakkan downline anda setiap hari.... anda perlu mengeluarkan arahan bukannya ikut gerak langkah mereka!!Duplication adalah amat penting. Anda kena bantu create downline baru anda dengan mengambil masa 1 jam untuk buat coaching ajar teknik-teknik untuk berjaya di saat mula-mula beliau masuk!! Anda rekrut, coaching...baru statement income anda akan sentiasa meningkat!!!

2. BUATSeperti yang telah dikatakan tadi, ilmu tanpa tindakan adalah sia-sia saja. Setelah belajar, maka tindakan seterusnya membuat keputusan untuk melakukannya. Kebanyakkan orang gagal pada peringkat ini. Peringkat ini merupakan titik tolak sama ada seseorang itu akan berjaya atau tidak. Sekiranya Usahawan networking dapat melepasi peringkat ini, pendapatan purata dalam lingkungan rm5000 hingga rm10,000 sebulan3. MENGAJARPada ketika ini, usahawan networking mempunyai beberapa orang bisnes partner di dalam rangkaian mereka. Justeru, amatlah sesuai pada peringkat ini, usahawan networking mengambil tanggungjawab mengajar bisnes partner menjalankan perniagaan ini. Pada peringkat ini, pendapatan akan menjangkau dalam lingkungan rm20k hingga rm30k.4. MOMENTUMPada peringkat ini, usahawan networking akan mempunyai beberapa player di dalam rangkaian mereka dan pendapatan mereka akan masuk tanpa henti. Pendapatan pada peringkat ini adalah dalam lingkungan rm30k hngga rm50k sebulanJauhkan tangan anda dari cawan berisi air panas maka anda tak rasa kepanasannya. Lekapkan tangan anda pada cawan panas itu baru terasa kepanasannya!! kalau anda terlalu lama tidak memanaskan diri anda, maka anda akan terkeluar dari bisnes ini!!!!Anda perlu selalu pergi ke OFIS atau CENTRE (paling kurang seminggu sekali) supaya sentiasa terasa kepanasannya bagi memastikan momentum anda pada tahap tinggi!. Anda perlu hadir walaupun tanpa prospek, supaya dapat rasa serta melihat kejayaan orang lain sebagai pendorong paling menjarab untuk anda!! THE MORE U GIVE THE MORE U GET!!AKTIVITI UNTUK KEKALKAN MOMENTUMAnda perlu selalu adakan perjumpaan bersama downline anda sekurang-kurangnya 4-5 sekali. Kongsi pengalaman anda serta ayat-ayat yang berkesan dalam closing, teknik mengajar dan minta mereka share serta luahkan semua pengalaman.........ini akan membakar semangat mereka!! Perjumpaan sekurang-kurangnya seminggu sekaliMENUNGGU ADALAH SATU KESALAHAN!!Bertangguh adalah pantang paling besar dalam networking!!Speed amat penting, develop network/downline anda ketika masih panas, jangan biar mereka lemah.......Ada beberapa cara meyakinkan prospek anda antaranya table talk dan bawa prospek ke briefing perniagaan mengikut kawasan dalam jadual sedia ada.Sekiranya anda memilih yang kedua, maka pastikan:a. Anda menjemput mereka di rumah.....supaya mereka hadir dan tidak dapat mengelak. Mereka terpaksa tunggu hingga habis briefing dan tak boleh lari. Ramai leader yang bermuka masam menunggu prospek tak dating-datang di depan bangunan briefing dijalankan. Jangan lakukan kesilapan ini.b. Setelah tamat briefing maka bagi mereka peluang hisap rokok 5 minit (relax) lepas tu buat bulatan kerusi dan buat closing terus. Jangan sesekali kata kepada prospek balik fikir dulu!! Pastikan mereka isi borang dahulu!!! Kalau tak ada duit, maka minta deposit walaupun rm10!!, Kemudian, Tanya bila dia nak bayar habis dan tuliskan tarikh besar-besar pada boring di depan beliau.c. Keluarkan satu arahan (ingat, anda seorang leader!!) supaya mereka membawa prospek pada malam esoknya. Seandainya prospek mereka terus join serta membuat pembayaran, maka tak kelam kabutlah mereka mencari duit masa itu juga. Tau-tau dah adad. Jangan nak berbincang dengan mereka di kedai kopi, anda yang kena belanja. Kalau sesudah briefing, buat closing di tempat yang sama!! Kalau tiap-tiap malam anda kena keluar duit belanja mereka, maka duit yang anda akan dapat dari bisnes ini habis begitu saja...dah la begitu.... anda belanja prospek yang belum tentu join!! Kalau dah join dan dah buat duit untuk anda, bolehla anda belanja...e. Ramai yang menganggap dalam bisnes ini perlu tunjuk kita banyak duit, pakai kereta besar dan sebagainya untuk meyakinkan orang. Ini silap.....mereka join bukan kerana harta anda tetapi kerana attitude anda!!!5. STABILPada peringkat ini, usahawan networking akan mempunyai beberapa key player yang dapat bergerak indepedendently dan memperolehi pendapatan yang setaraf dengan momentum mereka. Justeru, pada ketika ini, pendapatan usahawan networking berada dalam lingkungan rm100,000 ke atas6. VERY VERY STABILPada peringkat ini, usahawan networking memang membuat duit yang banyak. Masalahnya, yang stabil usahawan networking diatas. Bagaimana pula dengan players dibawahnya??? Maka amatlah penting untuk memastikan player-player di bawahnya menjadi stabil juga. Sekiranya players di bawah stabil, maka usahawan networking di atas akan berada di kedudukan tertinggi iaitu very very stabil.

PRESENTATIONSediakan presentation anda terlebih dahulu sama ada secara solf-copy (menggunakan computer riba) atau hard copy (print out). Ada 5 bahagian dalam membuat presentasion;1. PENGENALAN Perkenalkan nama syarikat Perkenalkan trend bisness terkini (e-commerce) Perkenalkan produk dan kebaikan produk2. BUKA MINDA Mengapa perlu join networking.Berikan contoh-contoh jutawan seperti BILL GATES, LARRY PAGES, JEFF BEZOS, IRFAN KHAIRI dan banyak lagi. Apa yang mereka dapat setelah join income tiap-tiap hari. PERBEZAAN antara e-commerce dan direct selling. Maintenance berlaku secara AUTOMATIK Modal dibayar sekali seumur hidup Jual barang boleh, tak jual pun tak pa Nak simpan stok boleh, tak nak simpan stok pun boleh dan tak perlu hantar barang.

3. TESTIMONI Tunjukkan statement income anda atau upline anda. Ceritakan kejayaan ahli-ahli networking anda. Tunjukkan juga testimoni keberkesanan produk dan kebaikan produk.4. MARKETING PLANRamai orang hanya menceritakan tentang WHY (mengapa) kita perlu menjalankan perniagaan ini tetapi tiada HOW (bagaimana) dengan mudahnya kita mencari prospek dan seterusnya membuat closing.Sekiranya prospek kita faham bagaimana dengan mudahnya kita mendapat prospek, mereka akan join kerana mereka Nampak jalan yang mana sebelum ini mereka tidak nampak.Anda perlu memperlihatkan cara mendapat prospek melalui:SMS POWER; FLYERS atau PHAMPLET; TELEFON; EMAIL5. CLOSING PALING PENTINGSeandainya closing anda gagal, maka seluruh presentation anda SIA-SIA!!!!Gunakan ayat-ayat yang menyentuh hati seperti: Berapa anda nak bagi mak anda wang setiap bulan??? Bolehkah anda hantar ibubapa menunaikan haji dalam masa 3-6 bulan dari sekarang sementara mereka masih ada???? Apa akan jadi kepada anak isteri anda jika anda mati dalam kemalangan??? Apa akan jadi seandainya anda lumpuh????Kemudian, hulurkan borang dan Tanya prospek; nak ambik pakej apa?? Atau terus Tanya; apa nama anda?? Saya tolong isikan borang ini.

RAMAI ORANG MEMBERI PELUANG KEPADA PROSPEK MEREKA UNTUK BALIK FIKIR DULU.. INI ADALAH KESALAHAN MAKSIMUM DAN PUNCA KEGAGALAN SEBENAR!!!!Tahap panas seseorang hanyalah 48 jam sahaja!!! Oleh itu, biasanya sebelum prospek berkata balik fikir anda haruslah berkata hari ini saya minta abang buat satu keputusan. YES or NO. Kerana pertemuan ini adalah pertama dan terakhir kita.... abang isikan borang ni dulu, lepas tu kita akan cerita bila dan pakej apa abang nak ambilSeandainya dia tak tulis lagi, anda harus berkata, abang tak join tak apa. Tak da masalah bagi saya. Cuma bezanya, saya dah join dan tiap bulan dapat duit. Tapi abang????, setahun akan datang, abang akan berada di takuk lama kerana abang tidak mahu berubah. Jangan komplen rumah sempit, kereta buruk, hutang sana, hutang sini. Kerana jalannya dah di depan mata. Cuma abang sanggup untuk berubah atau tidak. Itu pilihan abang sendiri. Seandainya beliau masih tak menjawab jangan tunggu lagi. Katakan anda sibuk dan ada prospek lain ingin berjumpa anda.Sebagai pemimpin, hati mesti kering dalam hal closing. Jangan bazirkan masa pada mereka yang ragu-ragu untuk keluarkan modal. Sebab manusia sebegini belum pasti akan buat betul-betul. Prospek sebenarnya ingin melihat kepimpinan anda. Dia pun tak ingin join seandainya anda seperti seseorang yang terdesak memerlukan downline.Kalau anda tidak menggunakan cara begini, ini bermakna anda perlu buat follow-up dan biasanya prospek tidak akan menjawap dan membalas sms anda. Ini akan menyebabkan anda merasa marah dan usaha anda menjadi sia-sia.KAEDAH CREATE URGENCYApabila anda berjaya mendapatkan (ABU) sain borang dan membuat pembayaran, kepilkan duit beliau pada borang berkenaan. Berjumpa dengan semua prospek yang belum join atau anda sedang follow-up dan beritahu mereka, seandainya mereka join sekarang, maka Abu akan menjadi downline mereka. Dengan cara ini, anda akan dapat lebih banyak ahli dalam satu hari.INGAT.........JANGAN SESEKALI Janji pada mereka, anda akan dapatkan downline atau tak payah buat kerja. Buat table talk untuk downline lebih dari 4 kali. Ini akan menyebabkan mereka malas mencari ilmu dan belajar. (biar mereka mencari anda) Lupa follow-up dan selalu inform mereka perkembangan anda. Tidur dengan tidak menyampaikan sebarang bentuk mesej setiap hari. Bertangguh daftarkan ahli. (Terus buat appointment). Lupa bersedekah dengan rezeki yang diperolehi Sesekali menyatakan kepada prospek anda, balik fikir dulu.TERDAPAT BEBERAPA CARA UNTUK MEMBUAT PRESENTATIONANTARANYA:- EOM (entreprenuer Opportunity Meeting) @ ESTARTTerdapat banyak centre selain dari HQ yang mengadakan taklimat-taklimat secara percuma atau berbayar. Dapatkan salinan jadual dari HQ atau leader-leader anda yang memberikan butiran lengkap mengenai jadual EOM @ Estart seluruh Negara. Bawa sahaja prospek ke centre-centre ini dan taklimat akan diberikan usahawan networking yang telah berjaya. SGM (small group meeting)Ini selalunya diadakan oleh usahawan networking yang baru dimana mereka akan mengumpulkan di antara 3-10 orang prospek terdiri daripada kenalan atau saudara mara dan penerangan secara manual dilakukan oleh usahawan networking yang lebih senior.

TABLE TALKIni merupakan presentation secara one to one dan berdasarkan kepada kemahiran masing-masing. Ianya boleh dilakukan1. Table Talk 5 minit2. Table talk 30 minitAmatlah penting, kita menggunakan bahasa kehidupan dan bukan bahasa networking semasa membuat penerangan. (ayat2 mudah). Buat Table Talk diantara 30 hingga 45 minit sahaja. Tidak perlu ceritakan sampai prospek faham sebab apabila mereka faham, susah untuk mereka join. Katakana pada mereka, kalau nak faham lebih lanjut, join dulu. Kerana setelah anda join, ada akan faham seluruhnya. Kali pertama anda buat table talk, daripada 10 orang, mungkin 1 sahaja yang masuk!!! 10 orang seterusnya, mungkin 3 orang yang masuk!!! 10 orang seterusnya pula, mungkin 4-5 orang yang masuk!!! 10 orang seterusnya lagi, mungkin 7-8 orang yang masuk!!!Dengan itu, performance anda semakin baik setiap hari. Ibarat mengasah belakang parang yang mana akan semakin tajam setiap hari. Oleh itu, lakukan sahaja table talk sampai anda berjaya.MARKETING PLANBagaimana hendak bermula?? Semudah A, B, C, DA- Menjadi ahli dimana yuran Cuma RM++.++ sekali seumur hidup.B- Beli pakej produk, sekurang-kurangnya 1 pakej produk.C- Cari sekurang-kurangnya 2 bisnes partner.D- Duplikasikan system networking kepada bisnes partner baru.Fahami bagaimana nak menerangkan Marketing plan mengikut system (bonus). Marketing plan di luar system (keuntungan jualan). Perbezaan setiap bonus dan pembayaran mengikut pakej. Pendapatan yang mampu diperolehi mengikut pakej. CLOSING Gunakan ayat-ayat yang menyentuh hati seperti:1. Berapa anda nak bagi mak anda wang setiap bulan???2. Bolehkah anda hantar ibubapa menunaikan haji dalam masa 3-6 bulan dari sekarang sementara mereka masih ada????3. Apa akan jadi kepada anak isteri anda jika anda mati dalam kemalangan???4. Apa akan jadi seandainya anda lumpuh???? Kemudian hulurkan boring dan Tanya prospek; nak ambil pakej apa?? Atau terus Tanya; boleh bagi saya nama anda? saya tolong isikan borangSIKAP ORANG BERJAYA1. Tidak putus asa2. Rajin3. Bersungguh-sungguh4. Yakin setiap tindakannya5. Berbuat baik terhadap semua6. Jujur7. Sentiasa memperbaiki kelemahan8. Berani mencuba sesuatu yang baru9. Bertanggungjawab10. AmanahJadi, kesimpulannya, orang yang berjaya dalam sesuatu bidang semuanya dari ATTITUDE mereka. Bukan dari skill mereka, bukan dari INTELLIGENCE mereka dan bukan HARTA mereka.Maka anda perlu melatih diri memiliki ATTITUDE yang baik bagi memastikan kejayaan anda!!!

EXTRA CLOSINGSaya pun seperti anda, pakai seluar dalam koyak, kasut crocodile (koyak), ternganga lapar, Cuma beza saya dengan anda sekarang ialah saya join 3 bulan lebih awal....!!!!Kalau abang nak fikir, saya cadangkan abang balik tidur je la... orang yang tak yakin tak kan berjaya. Dalam agama pun, iman tu keyakinan... kalau tak yakin, sudah tentu abang tak menganuti agama tersebut...Kalau kita sama-sama buat bisnes ini... imposibble we can go wrong..! Dah berapa tahun abang kerja?? 10??15?? tak kan RM+++ (modal paling kecil) pun awak tak de?? Kalau kita jumpa lagi 3 tahun akan datang, abang masih di tahap yang sama sedangkan saya sudah jauh....!Berapa lama awak sanggup kerja sebagai kerani?? Kuli?? (DLL). Bangkrap ke kalau keluar modal RM++++??? Itu kalau tak de pulangan/ kalau ada pulangan, macam mana???Awak tak join tak pa.... saya tak rugi... tapi kena ingat.. saya buat duit tiap hari..! jangan merungut pakai kereta buruk, rumah sempit, tak da simpanan, atau kerja teruk..... sebab tu pilihan abang sendiri....Peluang selalunya datang semasa time kita dalam kesusahan...! kalau bukan sekarang bermula, bila lagi????Having a business is everyones dream....... having the right thinking everyones real problem.......... nak kaya tapi tak nak lakukan!!!!You boleh join mana syarikat yang you suka, you boleh join bawah sesiapa yang you suka tapi persoalannya, bolehkah orang tu drive you sampai you berjaya????Create urgency jangan paksa dia masuk, buat dia TERPAKSA MASUK!!!!Biasanya kalau anda paksa, maka manusia ada ego mereka dan mereka akan menolak bulat-bulat!! Tapi sekiranya anda di atas, dia di bawah dan buat mereka perlukan kita, bukannya kita perlukan dia, makanya ianya berhasil!!

HANDLING OBJECTIONS10 soalan yang selalu ditanya oleh prospek dan cara-cara menjawabnyaSemasa menjawab soalan, anda mesti bersetuju dahulu dan kemudian menghubungkaitkannya dengan pengalaman diri anda. Akhir sekali, beri mereka cara penyelesaian, kemudian tanya mereka untuk mendapatkan pengesahan.** Pantang larang utama semasa menjawab soalan prospek adalah jangan sekali bertengkar dengan prospek anda. Tugas kita adalah untuk menyelesaikan kebingungan mereka. Bukan mencetuskan pertengkaran!!

CONTOH PENOLAKAN 1: saya tidak suka/pandai jual barang(bersetuju) betul, saya pun macam tu(hubung kait) saya juga rasa begitu sebelum menyertai bisnes networking ni. Tiada sesiapa yang suka jual produk. Sekiranya bisnes ini adalah hanya untuk menjual produk, saya rasa saya adalah orang pertama yang akan berhenti buat perniagaan networking ni(penyelesaian) Dalam bisnes ni, kita memainkan peranan sebagai rakan niaga syarikat (ejen). Kita tidak perlu menyimpan stok atau produk untuk menjual kepada orang lain. Tugas kita sangat mudah, anda hanya perlu membantu networking anda untuk mempromosikan konsep beli-belah melalui internet sahaja atau e-shopping kepada kawan-kawan dan ahli keluarga anda. Selain itu, mengajar mereka untuk membina satu perniagaan home-based dengan system yang sedia ada dalam program usahawan networking ini. Anda akan diberi komisen apabila ada orang menyertai anda sebagai rakan niaga dan semasa pelanggan anda melakukan e-shopping. Kesimpulannya, dalam bisnes networking, kalau nak jual produk pun boleh, kalau tak nak jual produk, guna produk pun boleh juga. Tak payah menjaja produk seperti bisnes lain. Anda hanya menjual produk melalui konsep beli-belah dengan internet. Senang sahaja bukan?(pengesahan) anda Cuma ikut system saja, saya percaya semua orang boleh melakukannya!! Apa kata anda?CONTOH PENOLAKAN 2: Adakah ini satu SKIM CEPAT KAYA atau SKIM PIRAMID?Psikologi: Prospek anda mungkin berfikir,Adakah ini satu skim yang salah di sisi undang-undang?. Mereka juga akan berfikir sama ada ini adalah satu perniagaan yang berdasarkan skim pyramid seperti mana yang biasa mereka dengar apabila mendengar tentang terminology struktur pemasaran jaringan.Guna prinsip TANYA BALIK; Apa yang anda tahu tentang SKIM CEPAT KAYA atau SKIM PIRAMID?, Pernahkah anda terlibat?. Percayalah, mereka pasti tidak akan dapat menjawab. Mereka hanya semata-mata Tanya soalan sebegini kerana mereka sering mendengarnya. Sebenarnya mereka tidak tahu apakah definisinya.(bersetuju)Memang benar terdapat banyak syarikat menipu(hubungkait) saya juga bimbang tentang perkara yang sama sehinggalah saya memeriksa dengan teliti. Akhirnya, saya mendapati bahawa bisnes ini bukan tergolong dalam kategori seperti yang dikatakan(penyelesaian) skim Piramid atau Skim Cepat Kaya adalah skim pelaburan yang biasanya tidak melibatkan penjualan produk atau servis. Ia hanya pentingkan penambahan ahli dan memerlukan satu pelaburan modal yang tinggi serta dijalankan tanpa lessen perdagangan yang sah dari kerajaan (KPDN). Program networking ini tidak sebegitu. Anda boleh memulakan perniagaan dengan modal yang sedikit. Sebagai seorang rakan niaga (nama syarikat), komisen kita adalah berdasarkan jumlah jualnan pakej produk dan kita mengutamakan proses jualan berulang. Di samping itu, semua mesti bekerja untuk mendapatkan komisen. Semua ahli ada peluang yang sama untuk pendapatan yang ditetapkan, pendapatan anda mungkin lebih daripada upline anda. Akhirnya, yang paling penting sekali, kita tidak melanggar undang-undang Negara. Syarikat (nama perusahaan) memiliki lessen perdagangan yang sah (*kalau boleh, tunjukkan salinan lesen syarikat) dan produk yang berkualiti tinggi!. Kesimpulannya, bisnes networking ini mengamalkan konsep TIADA jualan; TIADA bonus.(pengesahan); Jadi anda boleh lihat ia tidak beroperasi seperti pyramid, betul tak?? Ini adalah peluang perniagaan yang paling hebat. Ramai individu yang bekerja sebagai professional seperti doctor, pensyarah, guru dan sebagainya juga menyertai program ini. Adakah anda rasa mereka akan menyertai program perniagaan ini seandainya ini merupakan satu skim piramid atau skim cepat kaya?

CONTOH PENOLAKAN 3: Saya tidak mempunyai ramai kawan(bersetuju) saya faham keadaan anda, memang bukan semua orang ada banyak kawan.(hubungkait) sebelum saya menyertai bisnes networking ini, saya pun begitu. Malahan saya merupakan orang yang paling susah untuk berkawan.(Penyelesaian 1) itulah keunikan perniagaan networking. Ia direka untuk orang seperti kita. Anda tidak perlu mengenali ramai orang. Anda boleh berjaya dengan hanya memperkenalkan beberapa orang kawan rapat anda ke dalam program kita. Syarikat ini berkembang berasakan konsep pemasaran jaringan dan pengiklanan secara lisan anda memberitahu beberapa orang kemudian yang lain akan memberitahu orang lain. Dalam bisnes networking, kalau ada 2 kumpulan aktif pun cukup (kiri/kanan). Walaupun anda digalakkan untuk dapat lebih dari 2 kumpulan. Tambahan pula, perniagaan networking selalu mengadakan bengkel latihan yang dapat mengajar kita tentang cara-cara untuk mencari kenalan baru. Jangan risau sebab dalam bisnes networking, anda bukan berkerja berseorangan, kita akan bekerja dalam satu pasukan(penyelesaian 2): cuba bayangkan bahawa anda akan berkahwin pada minggu depan. Cuba senaraikan siapa yang anda ajak untuk menghadiri majlis kenduri anda? 50 orang?? 100 orang?? Atau lebih??(pengesahan)kalau ada satu peluang untuk kita kenal lebih banyak kawan dan masukkan kawan-kawan itu ke dalam jaringan kita, kan itu satu idea yang lebih bagus??

CONTOH PENOLAKAN 4 : saya tidak mempunyai masa(bersetuju) memang betul cakap awak tu. Semua orang pun sibuk cari duit(hubungkait) saya pun macam tu juga. Dulu setiap hari saya kena kerja dari pagi sampai malam (*ikut kesesuaian anda). Kadang kala. Kena buat kerja part-time lagi...penat betul!! Tapi saya berfikir, kalau saya tak berubah, sampai bila saya kena kerja kuat macam ni dan sampai bila saya ada masa untuk keluarga saya?(penyelesaian 1): memang masa itu emas tetapi saya menyedari bahawa ia sebenarnya berkenaan dengan soal keutamaan. Apabila saya menyedari bahawa bukan semua yang saya lakukan sekarang dapat membantu saya berjaya dalam masa 3 hingga 5 tahun yang akan dating, ia hanya dapat perbelanjaan bulanan sahaja. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk meluangkan sedikit masa setiap minggu untuk melakukan sesuatu yang akan membantu saya mencapai impian-impian saya dan mempertingkatkan taraf hidup keluarga saya. Itulah sebab saya ingin menyertai bisnes ini. Kerana ia boleh dijalankan secara sambilan tanpa mengganggu kerja saya. Kita Cuma perlu berusaha kuat pada tahun pertama, selepas itu, saya percaya bahawa perniagaan networking ini akan berjalan seperti auto-pilot apabila jualan kumpulan saya sudah kukuh.(penyelesaian 2): Tuhan sangat adil, semua orang hanya diberikan 24 jam sehari. Tetapi kita patut menggunakan masa dengan bijak supaya kita dapat memaksimumkan produktiviti kita. System networking memang sesuai untuk golongan orang yang sibuk macam kita. Dalam bisnes networking, kita hanya meluangkan masa 8-10 jam seminggu untuk mempromosikan konsep perniagaan dan kemungkinan besar kita dapat menjana rm++ hingga rm+++ sehari atau lebih. Selain daripada itu, saya dapat menjimatkan banyak tenaga dan masa dengan adanya sokongan daripada upline saya!(pengesahan) Bukankah ini idea yang bagus untuk kita menambahkan pendapatan kita?

CONTOH PENOLAKAN 5: Saya tidak BERMINAT!!!(setuju); saya pun tak berminat bua bisnes, tapi saya berminat tentang strategi dan teknik cari duit dalam perniagaan ini CEPAT dan SENANG!(hubungkait) saya faham perasaan anda. Sebenarnya saya juga berasa begitu apabila kawan saya memperkenalkan peluang ini kepada saya. Dulu saya memang tak suka MLM atau Jualan Langsung ni, sebab saya rasa saya, semua tu kena jual produk, cari orang, mantain bulan-bulan, kumpul mata untul naik pangkat dan sebagainya(penyelesaian) setelah saya beri peluang kepada diri saya untuk melihat peluang di bisnes networking (sebut nama company dan laman web) ini, barulah saya faham segala-galanya. Inilah peluang yang saya cari selama ini. Kawan, kita ni hidup bukan semata-mata kerana minat tak minat tetapi kerana nak cari rezeki. Izinkan saya bertanya sesuatu. Adakah anda minat bekerja dari 8 atau 9 pagi hingga pukul 4 atau 5 petang??. Adakah anda minat dimarahi bos anda atau menunggu satu jam dalam kesesakkan lalu-lintas sebelum anda pulang kerumah?. Saya pasti anda juga tidak minat semua perkara tersebut tetapi anda masih melakukannya setiap hari. Adakah itu semua kerana minat anda?? Sudah pasti TIDAK!!. Saya tidak bercakap tentang minat selama satu jam dalam presentasion saya tetapi ia adalah satu peluang perniagaan yang mungkin dapat mengubah hidup anda. Maka, kami bukan berbincang tentang minat sebaliknya komitmen kita untuk member yang terbaik kepada keluarga serta diri kita.(pengesahan) apa yang ingin saya tunjukkan kepada anda ialah cara-cara bagaimana mendapatkan RM20,000.00 sebulan. Saya pasti, jika anda adalah salah seorang yang berminda usahawan, tentunya anda berminat untuk mendapatkan pendapatan tambahan atau peluang keemasan ini. Betul tak??

CONTOH PENOLAKAN 6: saya tidak ada DUIT(setuju) saya faham keadaan anda, itulah sebab utama saya jumpa anda(hubungkait) saya pun menghadapi masalah yang sama. Sebelum menyertai bisnes ini. Gaji hanya cukup untuk bayar hutang kereta dan rumah(penyelesaian 1)sebenarnya, kita se,ua ada wang. Kita menggunakan wang untuk menampung perbelanjaan keluarga. Selepas bayar bil-bil bulanan, akhirnya duit yang tertinggal hanya cukup makan sahaja. Tetapi, apabila memulakan perniagaan networking ini, saya mendapati saya tidak perlu bimbang tentang bagaimana hendak mendapat wang lebih untuk membayar bil yang seterusnya. Setiap bulan, komisen dan untung dalam bisnes ini boleh membantu saya untuk membayar perbelanjaan bulanan dan hidup saya menjadi bertambah senang. Bukankah ini hebat sekiranya ia berlaku kepada anda juga?(penyelesaian 2) ini adalah masalah yang paling senang untuk diatasi. Untuk membuktikannya, saya ingin memberikan contoh. Sekiranya saya memiliki sebuah kereta BMW yang berharsa rm200,000.00 dan saya menawarkannya kepada anda pada harga rm2,508.00 sahaja, tetapi anda mesti keluarkan duit tersebut dalam masa 2 jam. Bolehkah anda lakukannya?? Saya yakin anda dapat mengeluarkan wang itu walaupun anda tiada duit sejumlah itu sekarang. Kesimpulannya, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Kita mesti mencari jalan semasa peluang sampai di depan mata. Kita bukan cari alasan. Betul tak?(pengesahan) macam mana perasaan anda kalau tiada duit? Sampai bilakah kita kena hidup macam ni kalau tidak melakukan sesuatu??ORANG BERJAYA BUAT DUIT, BUKAN BUAT ALASAN

CONTOH PENOLAKAN 7: Saya kenalramai orang yang terlibat dalam MLM tapi semua tidak berjaya!(setuju) memang pun......industri MLM ini bukan sesuatu yang senang(hubungkait) saya juga mempunyai ramai kawan macam tu(penyelesaian 1) saya percaya kemungkinan besar mereka guna system yang salah atau kurang efektif. Ramai yang tidak sabar kemudian putus asa sebelum berjaya. Sebenarnya, dalam MLM tiada yang gagal. Cuma ada yang putus asa. Perniagaan jenis ini memerlukan kesabaran dan keazaman yang kuat, bukan semua orang boleh melaluinya. Oleh itu, tidak hairanlah, kenapa ramai yang tercicir dari perniagaan MLM. Dalam bisnes ini(nama bisnes), kita boleh berjaya kalau ikut SISTEM. Tidak mungkin gagal pada mereka yang ikut SISTEM yang sedia ada kerana ramai yang sudah membuktikannya walaupun tidak berpendidikan tinggi atau yang tidak berpengalaman dalam bidang MLM. (tunjukkan Testimoni leader-leader yang sudah berjaya)(penyelesaian 2) benar, ia mungkin berlaku. Dalam dunia perniagaan yang penuh dengan persaingan hari ini, ramai individu yang terkandas tidak kira apa jua jenis perniagaan. Tetapi pada masa yang sama, ramai juga yang telah berjaya. Biasanya, terdapat perbezaan yang amat ketara antara orang yang berjaya dengan sikap yang positif. Sekiranya anda mengikut system yang telah sedia disediakan, saya yakin anda pasti akan berjaya kerana anda adalah seorang yang positif!(pengesahan) adakah anda berani menerima cabaran dalam bidang perniagaan ini?

CONTOH PENOLAKAN 8: SAYA PERLU BALIK FIKIR DULU atau SAYA PERLU TANYA SUAMI/ISTERI SAYA DAHULU(setuju) bagus, itu adalah tindakan yang wajar. Hanya orang yang serius tentang perniagaan ini akan berbuat demikian dan saya pasti banyak lagi yang hendak ditanya(hubungkait) masa saya diperkenalkan tentang peluang perniagaan ini, saya juga beritahu kawan saya bahawa saya perlu fikir dulu. Memang biasa untuk kita mengambil masa untuk memikirkan sesuatu yang baru(penyelesaian 1) pengalaman semasa saya fikir di rumah sangat membazirkan masa sebab saya tidak tahu apa yang perlu saya fikirkan. Yang paling malang, manusia ini suka memikirkan tentang perkara-perkara yang negative seperti bolehkah saya berjaya dalam perniagaan ini? Macam mana kalau rugi kalau tak jadi? Apakah akan terjadi kalau kawan-kawan saya tidak minat? Alangkah baiknya kalau saya letakkan masa tersebut untuk memikirkan tentang strategi bagaimana saya hendak membuka pasaran dan belajar skil-skil dari orang yang sudah berjaya dalam program ini(penyelesaian 2) apa yang saya faham adalah ketepatan membuat keputusan yang penting, bukan secepat mana keputusan tersebut dibuat, betulkan? Cuba fikirkan apa yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membuat keputusan. Adakah disebabkan modal?? Kawan?? Keyakinan?? Cara-cara untuk berjaya dalam bisnes ini ataupun tentang PLAN PEMASARAN atau PRODUK? Mana satu yang encik kurang jelas?? Boleh saya bantu sekarang?? (jawab semua soalan yang dikemukakan oleh prospek anda. Pastikan setiap jawapan anda memuaskan hatinya!)(pengesahan) saya pasti anda juga bersetuju sekarang adalah masa yang paling baik untuk memulakan perniagaan ini. Sekiranya jawapan masih tidak, maka anda harus meminjamkannya bahan-bahan rujukan seperti majalah, CD, risalah (browser) yang dapat membantu/menolongnya berfikir nanti. Dengan berbuat demikian, anda dapat berjumpa dengannya kali kedua semasa prospek anda memulangkan bahan-bahan tersebut.

CONTOH PENOLAKAN 9: berapakah pendapatan anda?(setuju) saya sudah dapat bonus dalam program ini tapi tidak sebanyak pemimpin-pemimpin yang lain(hubungkait) mereka pun sama dengan saya semasa permulaan(penyelesaian) perniagaan ini bukan seperti skim cepat kaya, hari ini masuk esok sudah kaya. Ini adalah satu perniagaan yang sahih, ia perlu suatu jangka masa untuk membina jaringan kumpulan anda. Saya baru saja mula dan berfikir mungkin anda berminat untuk berjaya bersama saya. Anda adalah antara orang terawal saya fikir berpotensi untuk menyertai program ini. Walaubagaimanapun, jika anda ingin melihat lebih ramai rakan niaga (sebut nama perniagaan) yang telah mendapat 5 angka sebulan, boleh lah saya memperkenalkan mereka kepada anda, ok??(pengesahan) adakah anda masih ragu-ragu untuk menyertai program ini?

CONTOH PENOLAKAN 10: apa akan berlaku kalau syarikat tutup berapa lama syarikat boleh bertahan(setuju) saya faham apa yang anda maksudkan(hubungkait) apa yang difahamkan oleh saya adalah setiap perniagaan di dunia ini mesti ada risiko, betul tak?? Perniagaan ini pun tidak terkecuali(penyelesaian) tetapi, jika dibandingkan dengan perniagaan tradisional yang memerlukan modal yang tinggi dan berisiko tinggi, sebaliknya dalam perniagaan ini(nama perniagaan), kita hanya mengeluarkan modal yang sangat rendah. Risikonya juga rendah. Walau bagaimanapun, tiada satu pun perniagaan di dunia ini yang boleh memberikan jaminan termasuk bank. Kalau tidak ada keuntungan, mana-mana perniagaan pun tak dapat bertahan. Dengan perkembangan semasa perniagaan ini (nama perniagaan), sekarang perniagaan ini (nama perniagaan) sudah mempunyai lebih kurang +++++ ahli seluruh Malaysia. Kita sudah sampai pada kedudukan yang kukuh kerana jualan bulanan syarikat sudah melebihi rm10 jutaKESIMPULANDalam setiap perniagaan, kita akan berjumpa dengan individu yang akan member kita pelbagai jenis alas an mengapa mereka enggan membeli produk atau servis kami. Ini adalah satu kebiasaan dalam bidang pemasaran. Kuatkan Azam anda, akhirnya anda akan sampai ke puncak kejayaan juga!!CONTOH SOALAN LAINS: Saya tak ada duit la nak join...J: Pasal tak ada duit la you kena join.S: Saya tak ada masa nak jalankan bisnes ni...J: Ini la peluang you nak relax tapi duit masuk tiap-tiap hari.S: Saya tak pandai cari orang.J: You sanggup ke duduk dalam golongan gagal asyik buat alasan...! Sekarang saya guna system orang cari saya.... Pagi-pagi bangun tidur ada 15 miss call, 7-8 sms, semuanya ORANG CARI SAYA...S: Kalau tak jadi macam mana?J: Itu kalau abang fikir tak jadi...... kalau jadi???S: Saya tak minat la benda-benda macam ni..J: Tu pasal tak rasa duitnya lagi.....kalau dah rasa, confirm minat sampai fanatik!!S: Ni bukan bidang saya.... saya buat bidang saya je...J: Kalau saya, boring hari-hari asyik makan ayam je..... bosan.S: Boleh percaya ke ni???J: Saya tak perlukan kepercayaan abang.... abang tak join tak pe.... tapi beza antara saya dengan abang, saya tetap buat duit tiap-tiap hari...abang masih sama macam ni....!!!!S: Kalau bayar lambat tak pe ke??J: Saya tak de masalah langsung... tak bayar pun tak pe... tapi, besok jangan menyesal kalau semua kawan-kawan abang dah join, semua dah dapat rm20k sebulan baru abang nak buat....lambatlah.....S: Macam skim cepat kaya je ni....J: Memang skim cepat kaya....kalau skim cepat miskin abang nak join ke?? Tapi kuta ada lesen, dah keluar tv, keluar akhbar, majalah...... jadi apa masalah kalau cepat kaya ni bang??

FOLLOW THRUAbility to drive people foward. Setelah join, usahawan networking yang baru mesti bertanya, WHAT SHOULD I DO NEXT???KITA KENA FAHAM KENAPA ORANG Join? sebab mereka ada interest. (2iC) Interest -Family & FriendsResidual Income/RetirementIncomeEntertainmentNice ThingDevelopmentSecurity Involved-Ajak usahawan baru bersama di dalam menjalankan aktiviti. Commitment-dapatkan komitmen mereka untuk membuat perniagaan ini. Stay? Kita mewakili kepentingan mereka Quit? sebab tak faham perniagaan ini

PEMIMPIM DAN PENJUAL YANG BAGUSPenjual Yang Bagus boleh mengajak seberapa ramai untuk join networking. Tetapi beliau adalah satu-satunya player dan terpaksa bekerja keras setiap hari bagi memastikan income ada setiap hari. Penjual yang bagus boleh bawa orang yang ke 100 orang dalam bisnes ini, tetapi, disaat dia bawa orang yang ke 100, 99 orang sebelumnya telah terkeluar dari bisnes ini!!! Sebabnya, mereka tak tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak diajar apa-apa!! Pemimpin yang bagus ialah orang yang boleh mengajak ramai join bisnes networking dan mampu mendidik mereka menjadi penjual yang bagus dan pemimpin yang bagus serentak!!!!. Beliau tidak perlu kerja keras setelah melahirkan ramai player di bawah beliau...... identify your player!!!LEADERSHIPSebagai seorang leader, tugas paling utama anda adalah mengajar downline anda segala formula untuk berjaya dalam bidang networking. Perkara paling penting adalah kaedah table talk serta closing & learning month (sebagai antibodi). Ajar mereka pada hari pertama mereka bergelar networker... keluarkan arahan untuk proses table talk. Contohnya:malam ini aku nak buat table talk pukul 8 malam di ??????. sila bawa prospek sekurang-kurangnya 2 orang!! Memandangkan downline anda masih fresh maka dia menunggu arahan daripada anda kerana tak tahu apa nak buat (jangan anggap dia macam anda). Jadi tugas seorang leader adalah mengeluarkan arahan. Kalau ada yang bagi alas an, jawabsaya tak de interest nak tolong awak dalam bisnes ini, tapi kalau awak nak berjaya, kena ikut cakap saya atau jangan menyesal nanti kalau saya tak tolong.... ketegasan seorang leader perlu ada.Apabila prospek dan downline anda hadir pada masa yang ditetapkan, beritahu downline anda supaya menumpukan perhatian sepenuhnya serta meniru semua ayat-ayat anda kerana table talk yang seterusnya, dia pula yang buat manakala anda perhati!!. Sekiranya banyak alasan dan tak ada ciri-ciri ingin berjaya, setelah mencuba beberapa kali, maka tinggalkan saja downline anda. Kalau tak, anda pun tenggelam. Teruskan perjuangan anda sponser orang baru. Develop dan pass button!!!. Ingat, lagi banyak anda mengajar maka lebih ramai anda, maka lebih banyak income anda!!!!

KAEDAH UNTUK BERJAYABuat sekurang-kurangnya 4 table talk sehariMenyampaikan sebarang bentuk mesej kepada orang ramai setiap hariJujur serta bersikap positifPastikan anda memiliki player (downline yang betul-betul aktif) di bawah andaSelagi anda belum jumpa, teruskan usaha anda!! Tinggalkan mereka yang tak mahu berjaya, teruskan perjuangan anda sehingga anda berjaya!!!SMS POWERGunakan kaedah ini untuk approach prospek menggunakan handset;-ramai orang menghadapi masalah kewangan tetapi tak tahu mengatasinya, hubungi saya sekiranya anda mahu mengatasinya.idea baru buat duit hari-hari....nak tahu, hubungi @ sms saya nak buat duit raya???, hubungi sayakalau anda seorang yang hebat, layari website saya...............simple plan making money, never try never know....want to know more? Sms?call menew idea in making money, simple with no risk!! Want ti know?? Sms/call merahsia jutawan muda telah terbongkar!!! Nak tahu??? sms@hubungi sayaAnda pun boleh buat sendiri SMS POWER anda!!!!SMS 3x berturut-turut hari berlainan untuk mendapatkan result maximum!!!POWER OF SUBCONCIOUS MIND!!!Apakah kereta impian anda? Apakah rumah impian anda?Asalkan ianya logic dan tepat, maka anda boleh memilikinya..Anda kena ingat betul-betul. Berapa harga yang tepat, bentuk kereta/rumah yang anda impikan.....ingat, walaupun bentuk sport rim mahupun steringnya. Sekali....... ambil gambarnya, lekatkan ditepi cermin muka anda..... setiap kali anda melihat gambar maka berkatalah dalam hati.......rumah ini akan jadi milik aku dalam masa 6 bulan..... letakkan gambar tersebut sebagai wallpaper skrin telefon bimbit@komputer anda dan lakukan perkara yang sama setiap kali melihatnya.....Nescaya anda akan berjaya. Asalkan ianya logic dan tepat. Lebih 99% orang yang melakukan ini telah berjaya!!!!!!!

KATEGORI MANUSIA ADA DUIT TAPI TAK ADA MASA ADA MASA TAPI TAK ADA DUIT TAK ADA MASA DAN TAK ADA DUITSeandainya anda berjaya mencapai tahap NETWORKERS maka anda duduk dalam golongan ini: ADA DUIT DAN ADA MASA

PRAKTIKKAN SEMUA TEKNIK YANG TERDAPAT DALAM BUKU INI. MUSTAHIL ANDA AKAN GAGAL!!!. NEVER STOP SPONSERING = MILLIONARE IN THE MAKINGSEMOGA BERJAYA DARIDONNY TUAHLEADER BOB2e LAROME BORNEOHak cipta terpeliharaSegala penyalinan semula tidak dibenarkan Dan akan diambil tindakan.